Oleh |
Petua nak hafal ayat Al-Quran |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 27-05-06 15:46
Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly and openly, hope for commerce that will never fail". Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As ra telah meriwayatkan:Rasullullah SAW telah bersabda, "The one who was devoted to the Qur'an will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." . Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya. Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan ra telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it." . Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran. a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya. c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain. di) Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya) f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya. pergi) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu. h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu . i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik. Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang diredhainya..Ameen.Wallahu'alam
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 14-08-06 14:11
terima kasih...mudah2an apa yang diingat kekal di minda
|
Nuralisa
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.10.2005 Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI
|
Posting pada: 14-08-06 15:12
Jadikan Al-Qur'an temanmu kerana Ia akan membantumu di akhirat kelak...kemahuan yang ada kita jadikan platform untuk kita hafal sedikit demi sedikit...mungkin ada yang risau tentang tajwid, belajar tajwid sekaligus menghafal ayat yang telah dipelajari tajwidnya akan membantu kita menyelesaikan dua perkara sekaligus malahan ganjarannya juga tak mampu kita hitung bilangannya kerana Allah yang maha memberi ganjaran buat hamba-Nya yang beramal tanpa mengenal erti putus harap. ----------------- "Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..." Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)
|
syaakiroh
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.02.2005 Ahli No: 14254
Posting: 22
Dari: temerloh
|
Posting pada: 14-08-06 15:20
Assalamuaaikum.... Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi. InsyaAllah ana akan buat yang terbaik untuk hafalan ana. Wassalam,
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 14-08-06 19:28
terima kasih...Alhamdulillah....
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 14-08-06 19:38
ana pernah dengar yang orang cakap kalau kita terlupa apa yang kita hafal berdosa.... memang lah...yang tu ana tau... tapi ada sapa-sapa boleh xplen lebih lanjut tak? syukran jazilan..
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 15-08-06 06:07
Pada 14-08-06 19:38 , qibtiyah posting:!!! QUOTE !!! ana pernah dengar yang orang cakap kalau kita terlupa apa yang kita hafal berdosa.... memang lah...yang tu ana tau... tapi ada sapa-sapa boleh xplen lebih lanjut tak?
syukran jazilan.. kalau terlupe tak dosa,yang berdosa tu sengaja melupakan apa yang telah dihafaz..contoh tak ngulang ke apa ke... p/s:ngulang selagi boleh!
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 17-08-06 12:57
saya dapat hafal ayat2 yang pendek2 sahaja.......nanti nak cuba hafal surah2 yang panjang2 pula...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
starfish
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban
|
Posting pada: 18-08-06 10:39
alhamdulillah syulran jazilan
|
lukmanulhakim
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.12.2005 Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah
|
Posting pada: 18-08-06 11:52
Syukran jazilan atas ilmu yang diberi... Moga-moga semua orang mendapat manfaatnya... Insya-Allah...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 19-08-06 08:05
|
putra_adi
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.10.2005 Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor
|
Posting pada: 19-08-06 08:14
seorang hafis Al-quran dapat memberi syafaat kepada 7 ahli keluarganya,moga kita diantara mareka.
|
putra_adi
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.10.2005 Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor
|
Posting pada: 19-08-06 08:16
jadilah kita hafiz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran semata, malah jadilah kita hafiz yang memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. amin...
|
dziaulhaq
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU
|
Posting pada: 24-12-07 03:34
Pada 19-08-06 08:16 , putra_adi posting:!!! QUOTE !!! jadilah kita hafiz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran semata, malah jadilah kita hafiz yang memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. amin... ::ameen -----------------
|
ahda
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.04.2004 Ahli No: 8665
Posting: 73
Dari: terengganu
|
Posting pada: 30-06-08 16:14
Pada 24-12-07 03:34 , dziaulhaq posting:!!! QUOTE !!! Pada 19-08-06 08:16 , putra_adi posting:!!! QUOTE !!! jadilah kita hafiz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran semata, malah jadilah kita hafiz yang memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. amin...
::ameen
amin...
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 30-06-08 17:50
kalau banyak nengok benda maksiat dalam tv memang susah nak ngafal...malah ayat yang sudah dihafal pun kita akan lupa....so kalau nak jaga hafalan, jaga juga pandangan yang boleh menumpulkan fikiran...dan membuat kita mudah lupa....sekian terima kasih
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 03-07-08 09:31
mehla pakat-pakat ngafal al-quran.. paling kurang, juzuk amma dah ada dalam ingatan.. hafal Al-Quran lebih mulia dr hafal lagu-lagu yang entah apa-apa..yang tak boleh bagi motivasi kat kita tadabbur lah Al-Quran, dan untunglah mereka yang hamlatul Quran.. teringat satu nasyid dari kumpulan Al-Anwar/ Harakat Madani: tingginya insan, kerana Al-Quran pengasuh ummah asas kemajuan tetapi sayang, ia ditinggalkan hanya menjadi lukisan zaman..Kandunganmu petunjuk Ummah sahabat manusia paling setia ... Ayatmu penghinda sifat mazmumah nur melangit menerpa wajah ketenangan di capai padanya menjadikan diri terpelihara Datangmu melalui sejarah benar riwayat terang isinya Antara Allah dan RasulNya penuh nasihat dan pengajarannya Al-Quran pembimbing Ummah Firman dari Allah tercinta Janganlah dipandang dengan bersahaja itulah kunci menentang durjana..begitulah lebih kurang liriknya..dah tak berapa ingat.. moral nya.. BACA, FAHAM, AMAL dengan firman Allah! Bukan menunggu Ramadhan baru Quran perlu dikhatam atau dihafaz ayat-ayatnya.. peringatan diriku jua..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 03-07-08 13:25
Salam... Ini sekadar pengalaman ana mengafal ayat2 Quran. Cara paling mudah untuk memastikan ayat tersebut melekat adalah dengan mengulangnya serta merta. Sebagai contoh, ada ayat Quran yang nak digunakan semasa menyampaikan ceramah pada waktu malam. Kebiasaannya jika dihafalkan pada waktu petang dan disampaikan pada waktu malam, insyaallah ayat tersebut akan terus melekat. Apatah lagi kalau diulang2 selepas itu sama ada dalam ceramah lain atau dalam bacaan solat. Mungkin kawan-kawan ada cara lain...
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 03-07-08 14:36
tambahan sikit...juga elakkan makan benda-benda yang shubhah..haram memang jauh sekali..yang ragu2 pun kalau boleh tinggalkan..takut ia akan effect pada ingatan..kurangkan makanan masa macam epal hijua mangga..ia boleh lemahkan ingatan..yang penting jangan dok tengok benda-benda yang tak senonoh..ia pernah berlaku seorang hamba Allah memang hafaz juga lah ayat quran...tapi dah jadi susah nak ingat lepas tertengok gambar yang kurang elok..kurangkan gelak ketawa jugak..dan selalulah baca setiap masa lapang...supaya ingat sentiasa...
|
riz_eiza
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.09.2007 Ahli No: 30946
Posting: 78
Dari: selangor
|
Posting pada: 06-07-08 23:44
.. cara saya hafal ayat2 Quran.. tak kira lah hanya amma or surah2 lain yang panjang2.. Cara saya senang saja.. macam ni.. anda pernah dengar tak "imanstar software"? google saja.. download kat pc.. boleh pilih mana-mana ayat yang nak hafal.. boleh loop surah or ayat.. sambil buat kerja pun boleh hafal.. manfaatkan waktu.. sambil2 baring nak hilangkan penat pun boleh hafal.. 29.49 (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.
|
Aezza
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.09.2005 Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang
|
Posting pada: 08-07-08 01:38
alhamdulillah..dapat juga info sebegini.. terdetik dalam hati untuk menghafaz ayat suci Al-Quran..kalamullah
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 08-07-08 12:31
ana pernah minta nasihat kat ustaz ana...dia bagi tip paling mudah dan payah juga nak dilakukan.. 1)dia suruh juga pmakanan,,,,(dikaitkan dengan kisah imam assyafie) 2)solat mlm 2 penting.... -pas solat mlm 2,,,terus mbaca sampai ke subuh,,,,, hindarkan dr mlakukkan maksiat mata,,mulut,,,yang paling utama maksiat hati.... ustaz ana adalah tahfiz......sekarang dia buka kedai buku kat pkns shah alam,,apa yang diajar tu,,adalah cara klasik,,,,,walaupun cara klasik,,,tapi hikmahnya,,ckup2 mngajar individu itu bdsiplin dengan qiamulail dan alquran... tapi sekarang da banyak kaedah dan teknik phafalan Al quran..kaedah al hufaz ada dan kaedah jibril pun ada... ada juga ana pernah dengar,,,baca sebanyak 60 kali....gerenti ingat...tapi ana lebih senang guna cara ustaz ana,,,tapi dulu lah...sekarang ni laghonye,huhuhuuhujuhuhuuhu....sedih dengan diri ni...
|
riz_eiza
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.09.2007 Ahli No: 30946
Posting: 78
Dari: selangor
|
Posting pada: 10-07-08 22:32
tapi kan daripada kita malas nak buat sebab2 teknik yang agak susah.. apa salahnya kita gunakan teknik2 mudah dengan teknologi yang ada sekarang.. walaupun tak dinafikan teknik2 yang lama tu memang bagus dan banyak manfaat.. tapi kita jangan sekat diri kita dari berbuat. kita buat dengan ikhlas dan gembira.
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 11-07-08 09:38
Pada 10-07-08 22:32 , riz_eiza posting:!!! QUOTE !!! tapi kan daripada kita malas nak buat sebab2 teknik yang agak susah.. apa salahnya kita gunakan teknik2 mudah dengan teknologi yang ada sekarang.. walaupun tak dinafikan teknik2 yang lama tu memang bagus dan banyak manfaat.. tapi kita jangan sekat diri kita dari berbuat. kita buat dengan ikhlas dan gembira. ada juga dengar sesetengah pendapat....nak mulakan memang payah..tapi kalau istiqhamah selama 40 hari,,insyaAllah,,,pekara tu jadi amalan dan disiplin dalam dr,,,kalau tak buat sekali,,rasa lain macam.... paksa dr,,jangan manja dr...
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 11-07-08 11:14
Pada 08-07-08 12:31 , umar_khalil posting:!!! QUOTE !!!
ada juga ana pernah dengar,,,baca sebanyak 60 kali....gerenti ingat...
wr wbt kawan saya yang tahfiz pun cakap begitu juga..baca 60 kali..dia tak ada pun jaga pemakanan sangat..makan saja katanya..tapi yang penting kena selalu mengulang dan menghafal supaya tak lupa..sebab Al-Quran ni mukjizat..sesiapa pun boleh hafal..dan senang-senang juga boleh lupa.. Ustaz dia kata..ayat Al-Quran ni ibarat seekor unta liar yang diikat tali..kalau tak jaga tali tu..akan mudah terlepas.. Semoga dipermudahkan kita dalam menghafaz ayat2 suci Allah ini..InsyaAllah.. -----------------
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 11-07-08 16:18
wah...terima kasih keatas tunjuk ajar ini.. semoga semoga..hhehe -----------------
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 16-07-08 16:13
salam.. notes ni ana copy dari blog sahabat rasa macam dah posting..dan sudah ada topik ni.. tapi.. dek keterbatasan waktu untuk explore find topik-topik sebegini.. ana terusan titipkan notes yang ada dalam simpanan ana.. Menurut Ustaz Shafie, seseorang yang ingin menghafaz, memerlukan persediaan mental yang kuat selain skil2 menghafal yang baik. Untuk menghafaz al-Quran 75% adalah mental yang kuat manakal 25% ialah kemahiran menghafaz. Apakah tips menghafaz Quran? 1. Niat kerana Allah 2. Taqwa 3. Maafkan orang lain 4. Yakin Allah bersama kita Bagi skil menghafaz pula: 1. Baca ayat yang hendak dihafaz secara talaqi untuk memeriksa bacaan kita. 2. Jika ayat yang hendak dihafaz itu panjang, 'potongkan' ayat itu supaya mempunyai 4-5 patah perkataan sahaja. {contoh : sekiranya satu ayat itu mempunyai 12 perkataan, ceraikan kepada 4-4-4 supaya mudah dihafaz. Bilangan perkataan maksimum yang boleh diingat dengan baik oleh otak manusia ialah sebanyak 5 perkataan.} 3. Baca rangkap ayat yang hendak dihafaz sebanyak 10 kali sambil memandang ayat itu. Maklumat dimasukkan dalam ingatan jangka pendek. 4. Ulang rangkap ayat sebanyak 60 kali. { 5 kali dengan memandang ayat, 5 kali pejam mata, 5 kali baca ayat, 5 kali pejam mata...dst.} Langkah pertama menanam maklumat dalam ingatan jangka panjang. 5. Ulang rangkap tadi sebanyak 200 kali sebagai pengukuhan. Maklumat terus dimasukkan ke dalam ingatan jangka masa panjang. 6. Ulang langkah 2-5 bagi rangkap yang seterusnya. ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 16-07-08 16:18
ok. tambahan lagi... ana tak ingat blog sahabat yang mana.. yang di atas.. dari sahabat shye...kinobaik.. yang notes ni.. ada lupa untuk copy.. jadi.. kita sama-sama cuba untuk hafal dikit demi dikit ye.. yeah.. pesanan pada ss.. ya ALLAh kuatkan hafalanku.. bukakanlah pintu hatiku.. agar mudah untuk menghafal..amin... ** Sebelum menghafal Mempunyai azam dan minat untuk menghafal Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. Berada dalam keadaan tenang. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal. Teknik Menghafal A. Teknik "Chunking" Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. Memisah-misahkan hanya kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 hanya dan sebagainya. B. Teknik Mengulang Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. C. Teknik Tumpu dan Ingat Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman Pilih seorang teman yang sama minat. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. E. Teknik Mendengar Kaset Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. F. Teknik Merakamkan Suara Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. pergi. Teknik Menulis Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.Kemudian semak semula dengan mashaf. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap hanya, atau setiap surah dalam satu helai kertas. H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. Dengar kembali dari awal surah, hanya atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. J. Teknik "Mindmaping" Bagi setiap hanya, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.Bagi setiap 10 hanya, buat cabang bagi setiap hanya, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu' Mengekalkan Hafalan Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah hanya, 1 hanya dan sebagainya. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. Menulis setiap ayat yang mutashabih wallahu'alam... sama-sama kita berAZam...yeah.. jangan azam saja.. tapi no action..huhuhu.. ya ALLAh kuatkan smgtku..amin.. ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
achuyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate
|
Posting pada: 22-07-08 10:54
assalamualaikum syukran jazilan .....tips yang cukup berfaedah...onceagain.....syukran.
|
izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor
|
Posting pada: 22-07-08 12:57
baguslah info ini...memang tengah cari maklumat ini.. .. moga boleh diamalkan bersama-sama
|
Eisyaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak
|
Posting pada: 22-07-08 14:43
thanks for the info.
|
miss_nuyu
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.09.2008 Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 06-10-08 12:05
best lah info ni....dapat mana ek???time kshh...moga dapat d amalkan sama-sama k...
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 02-11-08 17:49
thank you atas info ni.bolehlah diamalkan bagi yang tengah menghafaz al-quran..
|