Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 2 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 'Sure Heboh', 'Jom Heboh', 'Fiesta Hurra' tetap haram - Mufti Perak


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 'Sure Heboh', 'Jom Heboh', 'Fiesta Hurra' tetap haram - Mufti Perak

Please Mendaftar To Post


Oleh 'Sure Heboh', 'Jom Heboh', 'Fiesta Hurra' tetap haram - Mufti Perak

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-05-06 19:55


'Sure Heboh', 'Jom Heboh', 'Fiesta Hurra' tetap haram - Mufti Perak

Thu | May 25, 06 | 10:57:43 AM
Oleh Sahar Abdul Majid

KOTA KINABALU, 25 Mei (Hrkh) - Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria berkata, program konsert 'Sure Heboh' yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di negara ini tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.


Sebuah akhbar tempatan di sini melaporkan, Harussani menyifatkan program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas.


"Saya bersedih program itu masih diteruskan dan kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan oleh televisyen milik kerajaan sendiri” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.


Menurutnya, program yang diadakan bagi kempen pesta bola sepak Piala Dunia itu sudah bertukar menjadi pesta hiburan dan tarian tanpa mempunyai batas pergaulan lelaki dan perempuan.


Beliau berkata, sebagai Mufti dan pemimpin Islam, beliau bertanggungjawab untuk membuat kenyataan seperti ini demi menjaga kehormatan umat Islam.


Katanya ketika orang lain sibuk membincangkan masa depan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan masing-masing, umat Islam negara ini pula asyik memikirkan tentang hiburan.


Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi Islam kerana ia melalikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.


Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan oleh itu ia wajar dihentikan.


Dalam perkembangan lain, Harussani berkata, umat Islam negara ini juga perlu serius dalam usaha menangani isu murtad kerana ia dikatakan telah membabitkan lebih 100,000 orang terutama remaja Melayu.


Harussani juga berkata, pihaknya juga baru-baru ini menerima surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa 40,000 orang Islam warganegara Malaysia telah memeluk agama mereka.


Umat Islam tidak boleh memandang remeh perkara ini atau bimbang untuk membicangkannya dengan alasan ia sebagai isu sensitif, lapor akhbar berkenaan.


Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di htto://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

sumber:
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.orang


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 27-05-06 15:01


Hmm...umat islam sekarang lebih memberatkan hiburan dari segala-galanya.Konsert2,jomheboh,sureheboh,surekecoh,insyaAllahheboh dan yang sewaktu dengannya yang menggalakkan pergaulan bebas tetap haram.Orang Islam hanya akan menjadi bahan ketawa orang bukan islam kalau mereka sendiri memijak ketamadunan islam mereka yang hakiki..pergaulan bebas lebih memudahkan musuh islam menghancurkan umat islam.Bilakah akan lahir pemimpin2 seperti Salahuddin al-Ayyubi lagi??

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 27-05-06 15:35


sure bala

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

pejuangummah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2092
Posting: 178
Dari: Kota Bharu,Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 03:48


Maaflah mencelah...
majlis mufti ke majlis fatwa yang kata sure heboh haram...sebab setahu ana apa yang dikatakan oleh seorang dua mufti adalah pendapat dan bukan fatwa..tapi kalau ada kesepakatan...dan ia dibentuk...barulah boleh dikatakan sebagai fatwa.
biasanya mufti akan menjawab sesuatu soalan berdasarkan cara sesuatu soalan itu ditanya.Contohnya berkaitan insuran.

Apakah hukum jika kita simpan dalam insuran hayat lepas tu kita keluarkan sebahagian duit...kita kena bayar caj perkhidmatan...jawapannya haram.sebab menindas...

Apakah hukumnya jika kita simpan dalam insuran hayat, lepas tu kita keluarkan sebahagian duit, kita kena bayar caj, tapi duit kita tak terusik,sebab kita guna duit syarikat bukan duit kita dan bonus tetap akan kita dapat.jawapannya harus..sebab tidak menindas...
sebenarnya kita banyak dipermainkan oleh golongan yang menggunakan nama islam.sebut saja islam kita terus percaya tanpa mengkajinya.oleh itu dalam apa jua yang kita buat...kaji dulu jangan percaya dulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuangummahProfil   Hantar PM kepada pejuangummah   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 30-05-06 10:14


sure hancur....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 10:41


sure jahanam....

hahaha...
kalau mati kat situ,bagaimana la nak jawab masa kat dalam kubur

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113171 saat. Lajunya....