Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 2 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Al Aqsa dalam bahaya!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Al Aqsa dalam bahaya!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Al Aqsa dalam bahaya!!!!

Al-Maralim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24489
Posting: 36
Dari: Bumi Allah (Maadrasah politekik)

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 22:46


Setiausaha agung Gerakan Islam di Palestin, Kamal Al Khatib mengingatkan bahawa masjid Al Aqsa sedang menghampiri fasa paling bahaya dalam sejarah apabila Zionis-Yahudi sedang giat menyiapkan rancangan penghancuran masjid Al Aqsa.

Seperti yang dikeluarakan oleh Markaz filistini liliam, Khatib menegaskan, menurut Yahudi, jika al-Aqsa tidak dirobohkan dan dan digantikan dengan haikal mereka, maka Tuhan tidak akan mengampuni mereka
Sementara itu, Mufti Al Quds, Ikrimah Shabri menyatakan bahawa Al Aqsa ketika ini sedang berada dalam keadaan amat kritikal. Beliau menyatakan, bahawa Zionis-Israel menjaga masjid Al Aqsa hanya bertujuan untuk menguasai kawsan itu Beliau turut menolak prosedur Zionis-Israel yang menghalang kaum muslimin di bawah usia 50 tahun untuk dating beribadah di sana. Ini bertujuan mengepung Al Quds dan akan memberi kesempatan kepada kumpulan Yahudi ekstrim menguasai masjid Al Aqsa.

Dalam satu kejadian lain, radio Zionis-Israel menyebutkan, bahawa ratusan rakyat Palestin tiba di masjid Al Aqsa untuk solat zuhur. Dalam keadaan itu, terjadi kejadian serangan antara pemuda Palestin dengan polis Israel sehingga menyebabkan beberapa orang polis Zionis-Israel dan pemuda Palestin mengalami kecederaan.


-----------------
“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MaralimProfil   Hantar PM kepada Al-Maralim   Quote dan BalasQuote

ummuafeera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13690
Posting: 140
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 26-05-06 00:08


ni komen ana berkenaan dengan topik sumbangan untuk rakyat palestin...ana copy paste kat sini jugak..

hhmmm...siapalah yang nak prihatin pasal isu ni...mungkin ada yang prihatin tapi berapalah sangat...cuba kalau buka topik berkaitan cinta...percayalah cakap saya...itulah topik yang paling laku...

agak sukar sebenarnya nak buka minda para siswa dan siswi sekarang ni...

cuba tanya kat siswa siswi sekarang ni...siapa pm indon...vietnam...filipina...hmm...entah apa-apa jwpan mereka..

saya pun pernah lalui keadaan menjadi tin kosong...dan mungkin sekarang ni masih tin kosong...tapi still mencari ilmu...

di saat musuh islam mengetahui setiap inci pergerakan umat islam tapi umat islam pulak...tanya berkenaan dengan apa yang berlaku kat asia tenggara pun tak tahu..

kalau asia tenggara yang dekat pun tak tahu...rasa-rasanya tahu ke pelajar-pelajar kat malaysia ni mengenai sekatan ekonomi kat palestin dll...

di saat begitu ramai kanak-kanak perempuan palestin dirogol di depan keluarga sendiri...masihkah ada insan yang peduli di sini?

ada kanak2 perempuan yang belum haid dirogol sehingga memakai beg air kencing dan drip i.v...dah parah...dihantar ke hospital menggunakan ambulans..dalam perjalanan...ditahan...dicabut beg air kencing dan i.v drip...dirogol lagik...dibogelkan...SIAPA PEDULI???

yang mahasiswa kita tahu...BERCINTA...kalau yang golongan tudung labuh ...pakai kpiah ...sibuk dengan cinta anta antinya...yang lain2 tu...faham2 sajalah..

barangkali sebutan rogol sudah biasa didengar sehingga tak timbul apa-apa bila mendengarnya..

sebabnya...sebab hari ini kita boleh menerima segala kekarutan yang yahudi sogokkan kat kita...kita boleh tengok cerita superman yang pakai seluar dalam kat luar...kita boleh terima cerita karut harry potter...dan segala macam cerita karut yang lain...

apalah sangat kalau nak dengar cerita mnegenai rogol...mengenai rakyat palestin yang meminta fatwa supaya dibolehkan memakan mayat...apalah sangat semua ni...sebabnya...sebab yahudi dah berjaya nak meracuni pemikiran kita..

buat yang lain ...ingtlah surah assaf ayat 11"....berjihad di jalan Allah dengan harta dan dirimu..."...Kenapa agaknya Allah ayat tu disebut berkorban dengan harta terlebih dahulu dan bukannya diri..

sebab kalau harta yang kita ada pun kita tak boleh nak korbankan...agak-agaknya boleh ke kita nak korbankan diri kita pada jalan Allah

buat mereka yang bercita-cita nak syahid...cuba-cubalah korbankan harta yang ada dulu...

p/s-saya ni manusia biasa...banyak buat silap..apa yang baik tu datang dr Allah...apa yang buruk tu...datang dr diri saya...hakikatnya...kedua-duanya dr Allah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuafeeraProfil   Hantar PM kepada ummuafeera   Pergi ke ummuafeera's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Maralim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24489
Posting: 36
Dari: Bumi Allah (Maadrasah politekik)

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-06 14:31


Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.



-----------------
“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MaralimProfil   Hantar PM kepada Al-Maralim   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-05-06 15:27


ya ALLAH...

pelihara & selamatknlah saudara Islamku di Palestin
kuat & teguhknlh iman mereka melawan seteru agamaMU ya ALLAH..

amin...



israel laknatullah!
[ Telah diedit oleh: hudahasnan pada 28-05-06 15:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112213 saat. Lajunya....