Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Abang angkat VS kakak Angkat


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Abang angkat VS kakak Angkat

Please Mendaftar To Post


Oleh Abang angkat VS kakak Angkat

Al-Maralim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24489
Posting: 36
Dari: Bumi Allah (Maadrasah politekik)

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 17:05


hanya want to share our opinion about this situation…Budaya adik angkat,kakak angkat ni bukan satu budaya baru dalam kehidupan remaja Islam ni..Amat mengejutkan apabila budaya ni turut diamalkan oleh insan yang berkopiah dan bertudung litup…
Niat di hati kononnya nak bagi semangat dan motivasi kepada si adik angkat yang berlainan jantina…betul ke?...pada ana, ia bukanlah satu budaya yang sihat...

Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan la’natullah. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berkainan,tetapi isinya adalah sama. Adik angkat,abang angkat,kakak angkat adalah bentuk tipu daya syaitan dan iblis la’natullah. Ini pun satu bentuk penipuan. Pandanglah orang yang terlibat dengan budaya angkat-angkat ni, adik,abang,kakak angkat ditatang betul-betul, niat ikhlas konon nak berdakwah tapi adik,abang,kakak kandung sendiri entah jadi apa….kadang-kadang diambil kesempatan untuk berseronok-seronok,sekurang-kurangnya bila miscall ada orang yang sudi melayan, bila hantar sms ada orang sudi membalas, bila bergayut ada orang sanggup luangkan masa berbual dengan perkara yang entah apa-apa. Ada juga kes adik angkat diperalatkan untuk mengenakan orang lain. kasihan tapi itulah hakikatnya. manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ni sebenarnya masuk ke dalam perangkap syaitan la’natullah. Cuma tunggu masa untuk dikorbankan. Ini pun satu budaya yang tidak bermaruah.,jika seorang wanita itu menjaga maruahnya sebagai seorang wanita,pasti dia akan menjaga pergaulannya sama ada dalam telefon atau tidak. Murahnya nilai seorang wanita jika dengan miscall/sms/call dia boleh layan lelaki yang tidak ada keperluannya.Kalau dah hari-hari miscall, hati siapa yang tak terasa?mulalah rasa seronok ada orang ambil berat,kalau boleh setiap apa yang berlaku antara diri dengan adik/abang/kakak angkat di cerita pada orang lain akhirnya menimbulkan pelbagai fitnah.
Namakan dengan nama apa sekalipun, abang/kakak/adik angkat ke , motivator ke,semuanya sama. Jalan yang menghampiri zina dan akhirnya mesti lah zina. Mungkin bukan zina besar tapi berapa ramai yang tertipu dengan zina kecil?

p/s : Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara…waspadalah sahabat2ku sekalian…jangan tertipu dengan muslihat ini….


-----------------
“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MaralimProfil   Hantar PM kepada Al-Maralim   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 22-05-06 17:55


Assalamualaikum,

Amboi pedasnya al-Maralim......
saya ada seorang kakak angkat....
baik sangat....
tak pernah pula buat benda tak elok.....

apa pun saya sangat menghargai pendapat anda

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 22:24


pandai²la jaga batas pergaualan... :-)


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nmz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5323
Posting: 226
Dari: shah alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 23:52


ana setuju dengan saudara Al-Maralim:-)...
dulu, ana pernah ada seorang adik angkat berlainan jantina...
kemudian, alhamdulillah...hidayah Allah mengisi hati ini...
so, i make it lost...baru terasa bersalah dengan perbuatan sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nmzProfil   Hantar PM kepada nmz   Quote dan BalasQuote

ukhrawi
Warga Rasmi
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24179
Posting: 9
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 23-05-06 04:35


Assalamualaikum ye ke macam tu..
baru tau.. sapa suruh p tempat sepatutnya kalau tak nak adik angkat dan angkat...
bila satu tempat tu ada kaum berlainan jantina maka semestinya la ada erti kata macam tu..abang dan adik @akak angkat...
usrah selalu program ada laki perempuan macam mana tu?institusi mana pulak ada laki dan perempuan?... macam mana pendapat u all?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhrawiProfil   Hantar PM kepada ukhrawi   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 09:53


Pada 23-05-06 04:35 , ukhrawi posting:

!!! QUOTE !!!

usrah selalu program ada laki perempuan macam mana tu?


tak pernah pulak buat usrah bercampur lelaki dan perempuan.

abang angkat ke, kakak angkat ke, adik angkat ke....semua ni bukan tiket untuk lelaki dan perempuan bermesra kononya macam adik beradik...hukumnya sama saja, berdosa!

tapi inilah senario sekarang......


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 10:27


tak kisahla berangkat2 pun cuma jagalah batas-batas agama.hukum tak menghalalkan cara.wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 11:06


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
niat merupakan kunci segala perbuatan..
dan niat tidak menghalalkan cara...
Allah Maha Mengetahui...
of course, mudah untuk menipu tentang
niat kita terhadap manusia..
tapi siapalah kita untuk menipu Allah...
sering kita lupa bahawa Allah mengetahui dan memerhati
setiap tingkah laku kita,
Allah mendengar kata hati kita.
dan tiada tempat untuk kita bersembunyi
daripada Allah...
hulurkan kasih kita untuk keluarga...
apa perlu dibazirkan pada orang lain hanya untuk
memenuhi tuntutan nafsu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-06 14:29


sedikit pendapat saja....
boleh, asalkan tahu batas-batas.
kekadang kita ada juga rasa nak tahu pendapat orang yang berlainan jantina...
so, rasanya tak salah.
kita tak perlu kuarkan pendapat yang keras sangat asalkan kita ada pegangan and panduan yang kukuh.....
ok...salam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 13:22


Pada 22-05-06 22:24 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

pandai²la jaga batas pergaualan... :-)



betul tu..saya pun setuju..pandai-pandai la nak jaga diri tu...saya pun ada abang angkat ..... :-) :-)


-----------------
dulu, kini, dan selamanya......


Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 13:29


tak ada istilah ni dalam islam...yang ada hanya anak angkat...
ermm asalkan tau jaga batas pergaulan..tu yang penting..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 13:33


aku tak larat nak angkat2 ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-05-06 13:52


Pada 22-05-06 22:24 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

pandai²la jaga batas pergaualan... :-)




setuju!

itulh pokok pangkalnya..


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

azzahra_qistina
Warga Rasmi
Menyertai: 21.05.2006
Ahli No: 24475
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 14:29


assalamualaikum

menarik perbincangan ni. saya setuju dengan pendapat al-maralim dan kawan2 semua. hujah yang tepat walaupun ringkas.Sekadar untuk memberi pendapat tambahan, pada saya.. bukanlah salah untuk ber'adik', ber'abang' atau ber'kakak' angkat tapi perlulah ada batas dan caranya. ini juga tidak bermakna ianya betul. Secara lumrahnya, tak semua manusia di jadikan sama, masing-masing mempunyai watak yang berbeza. tak semua orang boleh kawal hati dan perasaan sendiri..betul?

berbalik pada konsep 'angkat' tadi, dia bergantung pada diri kita jugak, macam mana kita mengawal perhubungan tu untuk menjadi perhubungan yang bermakna, perhubungan yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pertukaran idea antara keduanya. Tak dinafikan kita adakalanya alpa dalam menjalin perhubungan ni, jadi kalau kita dah tau di mana tahap kita dan apa yang akan berlaku selepasnya, jangan mulakan..

saya cadangkan cuba kawan2 baca buku 'tentang cinta' karangan Pahrol Mohd Juoi. Ulasan yang lengkap dan hujah yang tepat serta mudah difahami..

wallahua'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahra_qistinaProfil   Hantar PM kepada azzahra_qistina   Quote dan BalasQuote

cipoi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.05.2006
Ahli No: 24504
Posting: 242
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 14:37


saya ada seorang adik angkat perempuan. kami hanya berbincang benda-benada yang perlu sahaja. itu pun dalam telefon sahaja. bila masing-masing perlu bantuan kami akan tolong menolong. dan dia telah berpunya. Pada saya tidak menjadi masalah selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi batas-batas agama. Cuma perlu sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cipoiProfil   Hantar PM kepada cipoi   Pergi ke cipoi's Website   Quote dan BalasQuote

hambamu
Warga Rasmi
Menyertai: 25.05.2006
Ahli No: 24540
Posting: 1
Dari: ...Darul Naim

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 15:43


sentiasalah mengangkat dirimu pada martabat yang tinggi...
tinggi di sisi allah s.w.t...
kerna itu lebih mulia...
saya setuju dengan pendapat abadaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hambamuProfil   Hantar PM kepada hambamu   Quote dan BalasQuote

Al-Maralim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24489
Posting: 36
Dari: Bumi Allah (Maadrasah politekik)

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-06 14:28


6 Alasan Mengapa Saya Menghampiri Zina



1) MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

2) SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

4) HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."



-----------------
“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MaralimProfil   Hantar PM kepada Al-Maralim   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 12:04


Erm...topik ini berkenaan ana juga...just wanna drop my opinion 2...
Erm...ana ada 4org adik angkat muslimat dan 2 orang muslimin. 4drpd6 same ekolah dulu, seorang same universiti dan seorang tak pernah jumpa pun...just kenal bermula dengan apabila dia baca sajak ana "Cintaku yang satu"

Damainya kau dengan kecintaanMu,
Tenangnya aku dengan kasih-sayangMu,
Tersenyum puas membaca warkah daripadaMu,
Namun tidak pernah ku tahu,
Bila akan kita bertemu.

Ku tersenyum dengan pemberianMu,
Nikmat terasa dalam hidupku,
Namun sangsi menyelubungi dariku,
Insan keberapakah aku dihatiMu?.

Biar ke puncak yang tinggi,
Biar ke dasar samudera,
Biar ke hujung dunia,
Akan tetap ku jejaki lembaranMu,
Demi rinduku padaMu,
Demi cintaku padaMu,
Hanya Kau kekasih yang satu,
Oh Tuhanku.


Erm...5 daripada 6 adik angkat ana memang tak ada kakak... Ana tak tahu Kenapa, tapi mereka ini berani minta ana jadi kakak angkat wlp time kat sekolah&asrama dulu ana ini boleh dikira garang...ye la...ketua disiplin. Ana rasa, wlp sekadar kakak angkat, ana ada tanggjwb mendidik mereka...Islam itu sendiri adalah nasihat. Ana banyak tekan pada hal2 agama and ana banyak tolong dan jadi pendengar kalau mereka ini ada masalah. Pada ana, semua ini bergantung pada niat, pada apa yang kita lakukan untuk mencari keredhaan Allah di muka bumi ini.
Ana sayang adik2 angkat ana.
WaAllahualam...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 12:56


Pada 25-05-06 13:29 , fatimahzahra posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada istilah ni dalam islam...yang ada hanya anak angkat...
ermm asalkan tau jaga batas pergaulan..tu yang penting..


betul tu..batas pergaulan kena jaga...


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 14:07


kalau kita dah tak boleh nak kawal,hindarkan saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 15:59


Kenapa perlu guna istilah "angkat"? Kenapa tak anggap sebagai kenalan biasa saja sama seperti orang-2 lain? Kalau betul perlu "jaga batas pergaulan" maka hubungan tu sama saja la dengan hubungan bukan mahram yang lain. Jadi istilah "angkat" tu tak perlu ada ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 00:10


Pada 23-05-06 09:53 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-05-06 04:35 , ukhrawi posting:

tak pernah pulak buat usrah bercampur lelaki dan perempuan.

abang angkat ke, kakak angkat ke, adik angkat ke....semua ni bukan tiket untuk lelaki dan perempuan bermesra kononya macam adik beradik...hukumnya sama saja, berdosa!

tapi inilah senario sekarang......



saya setuju..
betul tu..


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

Bi-klate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24818
Posting: 156
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 08:58


Saya tak nafikan, betul juga kata saudara al-maralim tadi..perkara seumpaya boleh mnarik kearah jaln pnzinaan..kita juga kena ingat..tanamkan niat biar betul-betul..apa tujuan nak ambik adik angkat dan sebagainya..Sya sndiripun ada abang angkat dan kakak angkat..meke selalu mmberi nasihat, mnolong diwktu saya dalam ksushan..saya juga ada adik angkat, seorang anak yatim piatu..yang penting semua ini jangan disalhertikan dan disalahgunakan. Betul juga kata al-maralim tadi..sesetengah orang kita bla dah ada adik angkat dan sebagainya..mereka cuba mngambil kesempatan dan sebagainya..bukan semua..So..tanamkan niat yang betul, dan buat kerana Allah.Kita tolong dia kerana Allah..sekurangnya diri seseorang lebih brmakna. Dan jangan lah kita bahawa kita juga ada kluarga kandung kita sendiri..yang itu pun perlu diutamakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bi-klateProfil   Hantar PM kepada Bi-klate   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 00:49


tak salah nak berangkat2 ni.....rasullullah juga ada anak angkat....
kita jaga adab dan agama lah.....jangan terlalu pedas sampai kan sesuatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 00:59


Pada 25-05-06 13:33 , Ketotoi posting:

!!! QUOTE !!!

aku tak larat nak angkat2 ni



haha..serupa lah!adik kat rumah tu pun tak terangkat..

jaga batas pergaulan?!!!
ehm..berapa ramai yang dah kecundang ke lembah zina?
syaitan tu pasti akan meniupkan bisikan berahi..cayolah cakap den!!!


-----------------
Menangkanlah Kaum Muslimin,
Hancurkanlah Kaum Musyrikin!


Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

Bi-klate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24818
Posting: 156
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 17:13


Yang penting buatlah kerana Allah dan juga adat2 pergaulan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bi-klateProfil   Hantar PM kepada Bi-klate   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129722 saat. Lajunya....