Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 195
Ahli: 0
Jumlah: 195




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Bagaimana Hendak Galakkan Wanita Bertudung?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Bagaimana Hendak Galakkan Wanita Bertudung?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimana Hendak Galakkan Wanita Bertudung?

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 11:29


Dhany Sarip: Apabila Hati Berbicara...

Tip pikat jiwa galak muslimat bertudung

Oleh: Endok Sempo Tahir

Sejak akhir akhir ini isu tudung menjadi hangat semula. Bertudung adalah satu kewajipan yang jelas diperintahkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ia adalah satu daripada kewajipan wanita Islam.

Antara tips yang boleh menarik hati yang ikhlas dan sejahtera:

Lindungi daripada dikasari

Ini agak rumit tetapi perlu dilakukan. Ada beberapa organisasi Islam yang ingin melaksanakan Islam menggunakan kaedah yang disebutkan sebagai pendekatan ‘baseball bat’: dengan menggunakan kekerasan atau main kasar.Ini amat bertentangan dengan kaedah Islam yang anjal. Apabila kita melihat wanita Islam yang tidak memakai tudung dikasari atau diberi layanan negatif kita perlu menolongnya dan berbuat baik kepadanya.

Beritahu kepada rakan yang lain jangan prasangka atau menghukum

Aktivis Muslim perlu diberitahu supaya tidak menggunakan pendekatan “baseball bat†dan terlalu mudah menghukum wanita yang tidak bertudung. Beritahu mereka dengan bukti dari Quran dan Sunnah bahawa Islam mengajak manusia menggunakan kebijaksanaan.Jika cara ini tidak berkesan, dapatkan ilmuwan atau mereka yang boleh dipercayai boleh memberikan nasihat, kaunseling, teman berbincang yang mendengar, boleh dipercayai dalam menyelesaikan masalah.

Tekankan keimanan terlebih dulu

Islam diutuskan kepada Nabi (SAW) secara berperingkat dan Muslim pada hari ini juga harus melaksanakannya secara berperingkat. Sebelum seseorang memperkatakan mengenai tudung kepada seorang wanita, aspek yang paling penting yang perlu ditekankan ialah aspek asas Islam dan asas keimanan. Asas Islam perlu diperhatikan dulu seperti kepentingan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa di dan sebagainya.

Tidak menjadi apologetik

Dalam menggunakan pendekatan bersikap baik dan berlemah lembut, jangan kita bersikap apologetik atau menyembunyikan kebenaran pengajaran Islam. Sekali lagi, kebijaksanaan adalah perlu, tetapi seorang wanita tidak boleh mengatakan tidak memakai tudung adalah diterima dari perspektif Islam. Hukum bertudung sepakat oleh jumhur ulama dan tidak boleh dipertikaikan.

Jika mereka mula mahu bertudung, sokonglah mereka

"Sokongan yang padu amat diperlukan bagi mereka yang ingin bertudung,†kata Dr Katherine Bullock. Apabila seorang wanita menerima tanggungjawab untuk bertudung, dia selalunya memerlukan pertolongan, menyiapkan persiapan mental untuk menghadapi beberapa kemungkinan: berdepan dengan ibu bapa, diskriminasi oleh majikan, ejekan rakan dan juga pengetahuan Islam yang cetek untuk menangkis sebarang soalan soalan yang diajukan.Pengalaman menunjukkan pada peringkat awal kita sering meluangkan masa untuk meyakinkan seseorang untuk menerima ajaran Islam. Tetapi apabila individu sudah menerimanya, kita tidak membuat ‘penerusan’’, menyepikan atau menjauhkan diri, kurang komitment untuk terus membantu mereka yang berusaha untuk menjadi saudara baru. Oleh itu langkah yang paling berat adalah selepas, bukannya sebelum. sokongan, persahabatan dan yang paling penting adalah untuk mengekalkannya.

Allahu Ta'ala a'lam...


-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
[ Telah diedit oleh: SaLaFiaN pada 17-05-06 11:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 14:53


Assalamualaikum..
erm..tip dr "salafian" ni amat berguna untuk kita ambil sebagai panduan...
"bertudung"...itu adalah sesuatu yang dituntut...
bertudung atau apajua yang menjadi tuntutan adalah lebih baik jika ianya lahir dari hati yang ikhlas dan rela hati...
moga ianya adalah kerana ALLAH S.W.T..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 15:56


Alhamdulillah...ada tips untuk pikat wanita bertudung...bagus sangat!!
tapi point paling utama bertudung itu adalah satu perkara yang dituntut dalam agama islam kita...jadi terpulang pada indidvidu or golongan yang tidak memakai tudung itu untuk menyedari perkara ini sedangkan perkara ini telah diterap pada kita ketika kita berada di dalam alam usia kanak-kanak yang mana dalam pendidikan Islam yang diajar di peringkat sekolah rendah lagi...tepuk dada tanya lah iman....sejauh mana kita mengikut perintah Allah itu...apa yang saya tahu bagi mereka yang tidak mahu bertudung ini bukan tak tahu hukumnya, tapi sebaliknya banyak alasan bila nak melakukannya...itu ini lah....jadi terpulang lah...kita yang melihatnya sama2la berdoa agar dibukakkan pintu hati untuk memakai tudung or menutup aurat...insya allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-06 18:24


:-) Assalamualaikum....


    Alhamdulillah....ada tips untuk wanita bertudung...namun jangan setakat bertudung saja...tapi yang lebih perlu adalah menutup aurat sebagaimana yang di anjurkan oleh ISLAM......bukan sekadar bertudung sahaja...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 02:00


...erm...kalau yang masih belum bertudung jangan pula puji rambut dia cantik la apa laaa...lagi la dia rasa bangga dengan rambut dia...dan kalau yang mula bertudung pula tapi belum yakin, selitkan kata-kata pujian sikit bila lihat mereka bertudung...bukan lah nak buat hati mereka kembang dan riak, cuma nak bagi keyakinan supaya mereka yakin dengan bertudung takkan menggugat rupa mereka...hehe..malah rasanya semakin manis...insyaAllah

lepas itu kalau best lagi hadiahkan lah tudung...baru depa rasa ada sokongan..

p/s: suka ni kawan yang sebelum ni tak bertudung mula terbuka hati untuk bertudung...rasa seronok sangat...


-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>


Bookmark and Share

    


  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

mardhoti
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 13:39


alhamdulillah...membangun bersama Islam!ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhotiProfil   Hantar PM kepada mardhoti   Pergi ke mardhoti's Website   Quote dan BalasQuote

faz
Warga Rasmi
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 3907
Posting: 15
Dari: spg rengam johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-06 14:06


assalamualaikum......
sekarang ini kes wanita tak bertudung dah banyak...
Banyak cara dapat kita buat untuk menggalakkan mereka bertudung..
Antaranya jangan terlalu memaksa mereka.Kita seharusnya bermula dengan cara yang halus. Apabila kita terlalu mendesak mereka ini akan emnimbulkan rarsa 'kegeraman' pada mereka...So, gunakan cara yang lembut anataranya menasihati mereka.Gunakan pendekatan yang ini khususnya untuk remaja kita pada zaman sekarang...Insyaallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fazProfil   Hantar PM kepada faz   Pergi ke faz's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-05-06 14:42


Assalamualaikum w.b.t...
banyak caranya.. salah satunya.. bagi dia baca artikel-artikel yang boleh menyentuh perasaannya.. kerana wanita ini memang fitrah tercipta mudah tersentuh dengan kata-kata dan pembacaan.. tak hairanlah wanita ni banyak habis masa duduk ngadap novel-novel cintan.. so.. salah satu web yang dicadangkan.. www.step12.bravehost.com/guideurlife.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

iza79
Warga Rasmi
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24412
Posting: 11
Dari: terengganu

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-05-06 15:55


kalau nak pujuk awek2 dan kawan2 kita bertudung...cuba belikan tudung yang cantik2 & mahal dan hadiahkan pada mereka..... bukan beli selalu, sekali saja..untuk permulaan.
kalau mereka pun memang ada niat nak pakai tudung, tengok pula tudung cantik, insyaallah...mereka pakai agaknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For iza79Profil   Hantar PM kepada iza79   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 18-05-06 19:43


Teringat model bertudung iklan sunsilk kat kelantan...

Balik pada punca Kenapa manusia berubah : fear and desire.

'Takutkan' mereka dengan balasan bagi yang tak bertudung, dan terangkan tentang faedah bertudung...

Contohnya, bagitahu mereka, lelaki suka yang bertudung. Macam manusia suka makanan bertudung, yang tidak dihinggapi lalat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 00:12


bagaimana pula hendak galakkan wanita bertudung labuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Al-Fadhil
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19378
Posting: 119
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-05-06 22:55


Ikon remaja juga boleh jadi faktor utama. Contohnya Wardina yang menukar imej kepada bertudung. Norjuma juga contoh paling baik kerana dia tetap anggun menggayakan tudung. MAWI juga sedikit sebanyak telah menjadikan sebahagian wanita gemar bertudung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FadhilProfil   Hantar PM kepada Al-Fadhil   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 11:43


Pada 18-05-06 15:55 , iza79 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau nak pujuk awek2 dan kawan2 kita bertudung...cuba belikan tudung yang cantik2 & mahal dan hadiahkan pada mereka..... bukan beli selalu, sekali saja..untuk permulaan.
kalau mereka pun memang ada niat nak pakai tudung, tengok pula tudung cantik, insyaallah...mereka pakai agaknya.


a'aa kempen bertudung...takpun kasi tudung free..

p/s: Kenapa susah sangat nak bertudung...memang rambut tu lawo tapi nanti kena bakar...sedih betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 11:18


ok..kalau dah bertudung tapi masih bergelek sana sini macam mana pula??

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

Individu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2006
Ahli No: 24670
Posting: 244
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-06-06 11:24


Rasanya, kiat buat satu kempen , cari sponsor, untuk spon buku yang bertajuk " Kenapa Saya bertudung" kalau tak silap lah.

then sukarelawan semua bawa buku pergi shopping complex and edarkan secara percuma.

tu kalau yang senior kasi pada remaja , budak sekolah tu memang cantiklah. terasa lah rasnya.

tak tau lah jadi ke tak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For IndividuProfil   Hantar PM kepada Individu   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.391195 saat. Lajunya....