Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: pelajar-pelajar


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» pelajar-pelajar

Please Mendaftar To Post


Oleh pelajar-pelajar

sakura_marlina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 374
Posting: 37
Dari: johor

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-05-03 12:17


jenguk-jenguk lah sekeliling kita persekitaran kita..apa yang kita nampak...dan amat menyedihkan apabila ada dikalangan bakal cerdik pandai yang bijak dan pintar tetapi tidak berakhlak..bukan saja dari segi pemakaian malah percakapan..orang kata cara berpakaian tak semestinya mengambarkan diri seseorang tapi melalui pemakaian lah imej seseorang itu ditafsirkan...lihat cara pelajar2 ataupun sahabat2 kita di universiti bagaimana pandangan orang yang tak ke universiti andainya akhlak dan moral yang di tampilkan tak jauh bezanya..jadi dimanakah kebijaksanaan yang anda miliki...maka wujudlah insan yang rasional dan mempunyai kelulusan tinggi tetapi bila menyentuh soal islam dan amalan mereka sudah mula tidak rasional lagi..jadi dimana jalan penyelesaiannya...apakah gunanya ilmu jika tiada iman di dada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_marlinaProfil   Hantar PM kepada sakura_marlina   Quote dan BalasQuote

ikhqoi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 266
Posting: 60
Dari: klang, selangor

taiwan  


posticon Posting pada: 17-05-03 12:37


akum...anda terlampau sempit pandangannyer..
kerana nila setitik rosak susu sebelanga...kenapa anda suker melihat orang pada pakaiannyer.. mungkin diorang selesa pakai camtuer... tak yah sebok hal orang, sebok hal sendiri dulu.. tak guner tudung litup, tp ader yg giler sex gaks... tak guner berserban tp haruan makan anak gaks... yang penting jaga diri dan keluarga kiter dulu.. dan seru mereka supaya pakai pakaian yang sopan..hal orang lain..mak bapak diorang leh tegor..awak?? kalu silap tegor, penumbuk kekadang naik tau..
jika setiap insan seru kebaikan kat famili terlebih dulu. masalah ini takkan berlaku..
pokok pangkalnyer diri sendiri dulu...
bye


-----------------
sesungguhnya...pertemuan tidak menjanjikan percintaan tetapi percintaan terbit dari sebuah pertemuan.. itulah realitinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhqoiProfil   Hantar PM kepada ikhqoi   Pergi ke ikhqoi's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 12:52


Quote:

On 2003-05-17 12:37, ikhqoi wrote:
tak guner tudung litup, tp ader yg giler sex gaks...



Syariat Islam sendiri telah meletakkan agar wanita yang beragama Islam supaya menutup aurat. Hukum-hakam tidak perlu diperlekehkan. Hukum wajib, tetap menjadi wajib. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Jangan kerana minoriti yang b'tudung litup tetapi akhlak tidak t'jaga, menyebabkan hukum menutup aurat disalah ertikan ! Jangan m'pertikaikan hukum-hakam yang ditetapkan oleh-Nya !

Quote:

On 2003-05-17 12:37, ikhqoi wrote:
tak guner berserban tp haruan makan anak gaks...



Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelenga. Tidak perlulah bagi kita mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah m'pertikaikan sunnah RasuluLlah SAW...

Quote:

On 2003-05-17 12:37, ikhqoi wrote:
yang penting jaga diri dan keluarga kiter dulu.. dan seru mereka supaya pakai pakaian yang sopan..hal orang lain..mak bapak diorang leh tegor..awak?? kalu silap tegor, penumbuk kekadang naik tau..
jika setiap insan seru kebaikan kat famili terlebih dulu. masalah ini takkan berlaku..
pokok pangkalnyer diri sendiri dulu...
bye



Sememangnya yang paling utama kita berdakwah kepada diri sendiri dan juga keluarga. Tetapi, adalah tidak m'jadi kesalahan seandainya kita menyampaikan dakwah kepada orang lain. Hatta, RasuluLlah pernah b'sabda :

"Sampaikan daripadaku walau sepatah."

Malah, metadologi dakwah Islamiah telah dinyatakan di dalam hadith Baginda yang lain. Dan salah satunya adalah kita menegur dan menasihati...

Maka, apa yang kita tahu dapat m'bawa manfaat
kepada agama, perlu kita sampaikan...

Kena penumbuk ? Bagaimanapula RasuluLlah SAW suatu ketika dulu pernah dilontar dengan batu, dipukul, dicerca, dihina dan sebagainya. Sudah m'jadi ketetapan dalam b'juang untuk menyampaikan yang haq, pasti wujud tribulasi yang menanti...

Kesimpulannya, tidak m'jadi suatu kesalahan untuk menegur suatu kemungkaran yang b'laku. Adalah suatu pandangan yang jumud, seandainya kita b'fikir bahawa tugasan untuk menyampaikan risalah agama bukanlah tugasan kita semua sebagai mukmin...

Allahu Ta'ala a'lam...

-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 17-05-03 12:52


hmmm.....satu isu yang menarik....tapi tak semua budak u macam tu kan...macam u tempat saya...alhamdulillah...ajk sendiri dapat mengawal....boleh la dikatakan islamic jugak...

-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

stefaisle
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 220
Posting: 87
Dari: marang, terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 15:11


jagalah imej diri...
janganlah bertudung litup...berkopiah..
tapi hakikatnya lebih teruk drpd yg tak bertudung..fikirkanlah apa tujuan sebenar kita
bertuduutk mng..berkopiah...adakah hanya utk
mendpt pujian...niat ikhlas kpd Allah...
mmg tak dinafikan ramai yg camtu...
wallahu'alam..

-----------------
BiLa HidaYAh MeNyApa maJUsI
LaUTan BeRgelOra sAnGgUp dIRenAnGI
DeMi mENcaRi cINta YanG suCi
Akan KUtabAhkan dIRi DemiMU YA RABBI!

Bookmark and Share

    


  Member Information For stefaisleProfil   Hantar PM kepada stefaisle   Quote dan BalasQuote

heizam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 182
Posting: 107
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 18:26


a'kum... pada pandangan ana la.... tentang rendahnyer akhlak peljar u nie . bukannyer perkra baru... dulu lagi ana dah tau... pemakaian di universiti & pergaulan memang tak dinafikan memang tak boleh kawal... tapi buakn sume peljar u cam tu hanye sebilangan saje.... takkan nila setitik rosak susu sebelanga, dalam setandan pisang ade yang busuk dak ade yang elok........... tepuk dada sendiri tanye iman kite adetak kite nie orang yang cam anata kate kan @ tak???...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For heizamProfil   Hantar PM kepada heizam   Pergi ke heizam's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 18:41


assalamualaikum....
hehhee....
satu topik yg menarik dan rasanya hangat/panas skang nih..ttg moral bebudak U.
hehhee....bukan semua student U rosak akhlak..
segelintir je.....tak semua...
saya pun student U gak dulu...
terasa gak ni...tapi kita kena lihat benda ni dr sudut islam....kena fikir betul2...
gunakan ilmu yg ada utk memperbetulkan salah tu..
saya amat menyokong kenyataan salafian....
lihat je bila UIA mewajibkan pemakaian cara islam maka berduyun2 komen dr semua lapisan...
komen ni kebykkannya bukan menyokong tapi menentang...yg herannya..yg menentang tu org islam sendiri(lihat akhbar ruangan pembaca)

pandangan ikhqoi kiranya tergolong dlm kategori menentang juga ni...hehhehe...
nak tanyala pada ikhqoi...
katakan lah ibu anda pakai skrit pendek pastu gi pasar...hehhe takkan nak biar kot....
kalo dah wajib kita kena buat...
kalo ALLAH kata haram..jgn la buat...

tapi bila kata bab serban ni...
rasanya...ikhqoi kena byk belaja lagi ni..
hehe....tak gitu salafian...
amarah jgn dikutkan...
nanti binasa badan...tak binasa dibumi akhirat kena gak...hehhe...jgn pertikaikan sunnah...

"jika ternampak sesuatu kesalahan maka wajib ditegur kesalahan itu,tegurlah dengan lidahmu(kata2),tegurlah dengan tanganmu(perbuatan) dan jika enggan juga tegurlah dengan hatimu(do'a)
sesungguhnya perkara ke3 itu adalah selemah2 iman"

pada stefaisle...
hehee...bertudung bukan utk dpt pujian tapi itukan dah syariat.dah diwajibkan...serban tuh sunnah....ttg akhlak tuh perkara berbeza....
jgn dicampur adukkan....kita jgn pertikaikan yg wajib dan sunnah....
jika betul ada yg berkopiah/bertudung rendah akhlak maka kitalah yg seelok2nya tegur dan bimbing mereka kembali kearah islam....
Aku pening satu je...org skang ni suka sangat pertikaikan org yg pakai tudung,serban...
kalo jumpa kat pasar mlm pun org pandang atas bawah...tapi bila tgk org jantan pakai seluar pendek gi supermarket org tak heran pun...
bila tgk pompuan rambut mengerbang org wat tak tau je...tapi bila tgk org pakai jubah/hijab org heran al maunnah ke nih?

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 17-05-03 22:30


ntahlah.. itulah jadinya ilmu tanpa amal

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

LiaNa87
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 185
Posting: 22

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-03 07:46


macamniela,
jgnlah kita nak kata "pelajar U rendah akhlak"
tak sesuai tu...
sebab bukannya semua...
tak semua manusia sempurna di dunia,
dan awak tak leh terus kata pelajar U rendah akhlak...
kalau ya,sila berikan bukti...
kalau ya,sudah tentu tiada lagi pelajar yang bijaksana mencapai kejayaan...
sebab kerana akhlak mereka of course mereka akan musnah pelajaran,
so...
sekarang nie,
jangan lah nak kata semua...
coz...
tak sesuaila...
sekian...

-Sahabat Sejati-

Bookmark and Share

    


  Member Information For LiaNa87Profil   Hantar PM kepada LiaNa87   Pergi ke LiaNa87's Website   Quote dan BalasQuote

ikhqoi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 266
Posting: 60
Dari: klang, selangor

taiwan  


posticon Posting pada: 18-05-03 13:14


akum... bukan saya menghina orang yang pakai serban atau bertudung. sbb saya pun pakai serban dan famili saya bertudung.. cuber disini ingin saya kongsikan dan komen, jgn nilai semuer budak ipta truk rentetan daripada sikap setengah-setengah daripada mereka... anda kener ingat mahasiswa -mahasiswa inilah pelapis kepada pemimpin negara... diorang pun manusia biaser gaks... sampai biler kiter mesti dan sering menyalahkan dan menuduh mereka itu dan ini. kiter mahu diorang jd perfect... tp kiter luper.... mereka-mereka inilah sebenarnyer yang telah dilahirkan berdasarkan sistem pendidikan negara.. kalu mereka truk, mengapa truknyer dicampakkan kepada mereka 100%? so, saya raser anda semuer paham aper yang ingin saya utarakan... kiter terlampau sebok pada bender-bender individu nier... soal aurat, honestly saya cakap itu hak individu. bukan saya orientalis.. meremehkan soal aurat. tp kiter kener ingat bukan semuer mahasiswa beruntung cam anda-anda semuer dapat pendidikan agama yang byk cam bersekolah di KISAS, SMKA, sekolah pondok. ader antara mereka, yang masuk ipta baru kenal solat.. baru kenal tudung... baru kenal tikar sejadah... orang-orang ini anda harapkan mereka berubah dengan cepat... pi mampuslah angan-angan anda tuer. per yang penting kalu anda raser anda lebih ilmu daripada diorang. bimbing mereka... ini tidak, per yang saya nampak ader kalangan yang alim skit kat ipta tuer cuber buat zon selamat antara mereka. tak nak trun padang.. so yang takder kat zon selamat tuer... trus tak selamat sampai biler-biler...
mahasiswa bukan tak leh terimer nasihat atau teguran... tp biarlah kener pada tempatnyer...
diorang tak buta dan tuli dari mendengar nasihat anda semuer.... so mahasiswa yang lain... setuju tak pendapat saya ini

-----------------
sesungguhnya...pertemuan tidak menjanjikan percintaan tetapi percintaan terbit dari sebuah pertemuan.. itulah realitinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhqoiProfil   Hantar PM kepada ikhqoi   Pergi ke ikhqoi's Website   Quote dan BalasQuote

simba
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-03 18:56


Ada yang setuju..da yang tidak setuju

Bookmark and Share

    


  Member Information For simbaProfil   Hantar PM kepada simba   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-05-03 10:45


Assalamualaikum.......
tenang2 saudara...jgn cepat melatah..
dan jgn emosi.....
kata2 saudara penuh emosi...
bukan kami nak pertikaikan akidah saudara..
tapi sebagai saudara seislam wajib bagi kami
menegur perbuatan salah saudara...
jgn sesekali kita pertikaikan apa yg disunnahkan.
jgn dipertikaikan apa yg disyariatkan ALLAH...
itu saya kata..dlm berhujah kena ada ketenangan
jgn emosi...jika emosi byk ayat2 yg boleh
membawa kepada salah faham....

ttg mahasiswa......
terus terang saya katakan..
kesalahan itu bukanlah 100% ditangan mereka..
ibu bapa juga perlu memberi bimbingan yg baik..
guru2 disekolah juga....
malah kerajaan juga perlu dipertanggungjawapkan..
ini kerana masa yg diperuntukkan utk matapelajaran agama tidak cukup....
begitu juga dengan pergaulan diantara bukan muhrim yg berleluasa...
tapi kesalahan besar adalah dr masiswa itu sendiri...merekalah sepatutnya mencorakkan hidup meraka...mereka golongan terpelajar pasti dpt membezakan yg benar dan yg bathil..
dan jika tiada/kurang ilmu agama..sepatutnya didlm kampus itu sendiri pasti ada kuliah2 agama dan kelas2 al quran ....dan jgn sesekali kita salahkan mahasiswa2 yg ada latar belakang pendidikan agama...kerana tidak menegur.
mereka ini biasanya menegur tapi terpulang pada yg ditegur utk berubah atau tidak...
kita berdakwah..tapi terpulang pada ALLAH sama ada yg didakwah itu diberikan hidayah atau tidak..
yg pentingnya adalah perkara pokok...yakni iman..
jika iman kita kuat.. jika ribut dugaan atau taufan rintanganpun pasti dpt diharungi...
sekian WALLAHUALAM.

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sakura_marlina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 374
Posting: 37
Dari: johor

saudiarabia  


posticon Posting pada: 19-05-03 15:58


maaf..andainya isu ini..banyak menyentuh perasaan pelbagai pihak..saya juga pernah menjadi pelajar seperti anda semua dan skrg juga saya masih bergelar pelajar..wlu pun hanya Program Jarak Jauh di salah sebuah ipta...tapi sebenarnyer saya cuma ingin kita sama2 ungkaikan permasalahan ini...tak guna kita heboh2 yang penting usaha kita..saya amat bersetuju tak semua begitu..tetapi seperti kata pepatah..kerana nila setitik rosak susu sebelanga itu yang plg mengerunkan...tak hiba ke hati kita melihat agama Islam yang kita sanjung ini tak dihargai apatah lagi dinilai dengan hati dan akal...terutama bagi yang berilmu kelebihan ini harus dipergunakan...bukan tujuan saya untuk menimbulkan pandangan yang negatif..saya bertujuan untuk sama2 mencari jalan penyelesaian..jika bukan kita..siapa lagi..kita lah sebagai muslim apatah lagi hal ini terjadi di dalam kelompok kehidupan kita..maka adalah wajib bagi kita untuk menanganinya...harap apa yang fikirkan ini tidak silap..dan harap saudaraku sekalian..dapat memahaminya...wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_marlinaProfil   Hantar PM kepada sakura_marlina   Quote dan BalasQuote

sakura_marlina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 374
Posting: 37
Dari: johor

saudiarabia  


posticon Posting pada: 19-05-03 15:59


maaf..andainya isu ini..banyak menyentuh perasaan pelbagai pihak..saya juga pernah menjadi pelajar seperti anda semua dan skrg juga saya masih bergelar pelajar..wlu pun hanya Program Jarak Jauh di salah sebuah ipta...tapi sebenarnyer saya cuma ingin kita sama2 ungkaikan permasalahan ini...tak guna kita heboh2 yang penting usaha kita..saya amat bersetuju tak semua begitu..tetapi seperti kata pepatah..kerana nila setitik rosak susu sebelanga itu yang plg mengerunkan...tak hiba ke hati kita melihat agama Islam yang kita sanjung ini tak dihargai apatah lagi dinilai dengan hati dan akal...terutama bagi yang berilmu kelebihan ini harus dipergunakan...bukan tujuan saya untuk menimbulkan pandangan yang negatif..saya bertujuan untuk sama2 mencari jalan penyelesaian..jika bukan kita..siapa lagi..kita lah sebagai muslim apatah lagi hal ini terjadi di dalam kelompok kehidupan kita..maka adalah wajib bagi kita untuk menanganinya...harap apa yang saya fikirkan ini tidak silap..dan harap saudaraku sekalian..dapat memahaminya...wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_marlinaProfil   Hantar PM kepada sakura_marlina   Quote dan BalasQuote

annasihah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 553
Posting: 35
Dari: darul ridzuan

Perak  


posticon Posting pada: 19-05-03 16:23


ermm... assalamua'laikum

ramai antara kita yg mudah melatah yerk ?
mungkin topik ini sekadar lontaran ....

dan jangan sekali-kali kita bersikap seperti penghukum.....kita bukan hakim

berbaik sangka itu selemah lemah ukhwah...
persiapkan diri dengan ilmu dan amal dalan memperoleh redha Ilahi...
kalau bukan kita... siapa lagi ... kerna di luar sana penyakit al -wahan menyerang sahabat@saudara kita sendiri...
wa nauzubillahimin zalik

Bookmark and Share

    


  Member Information For annasihahProfil   Hantar PM kepada annasihah   Quote dan BalasQuote

sakura_marlina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 374
Posting: 37
Dari: johor

saudiarabia  


posticon Posting pada: 19-05-03 16:39


sebenarnyer sebagai manusia kita tak dapat lari dari kesilapan..dan kita sebagai manusia tidaklah sesempurna mana..dari situlah saya bukan menimbulkan isu ini untuk menyakiti sesiapa sebagai manusia yang serba kekurangan saya cuma ingin mencari jalan memperbaiki diri dan mencari jalan agar kita sama-sama dapat mendaulatkan agama Islam yang suci ini...bulat air kerana pembentung..bulat kata kerana muafakat...permuafakatan dan musyawarahlah yang saya harapkan di sini untuk sama-sama menangani isu ini..bukan tujuan saya untuk mewujudkan perbalahan..kita sama2 insan apatah lagi bergelar hamba..maka sedarlah siapa kita sebenarnyer...wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_marlinaProfil   Hantar PM kepada sakura_marlina   Quote dan BalasQuote

puterakasih_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 296
Posting: 39
Dari: johor

iran  


posticon Posting pada: 19-05-03 17:18


Assalamualaikum...
Rasanya terpanggil pula untuk memberitahu sesuatu
yang mungkin penting. Memang tidak dinafikan, ader sesetengah yang berserban, kopiah, bertudung labuh dan setaranya mempunyai sifat yang sebaliknya dari luaran.Sebenarnya ape yang kite nak beritahu, mereka ini sebenarnya terdetik di hati untuk menjadi baik seperti org soleh, dan juga solehah. Tidak terlanjur jika saya katakan
dari pemakaian seperti ni juga akan sebanyak sedikit mendorong mereka ini kearah kebaikan sepeti pada pakaiannya selain mereka akan cuba nak jadi baik-sebaiknya,sesolehnya. Jadi kite ni yg dah lah tak cuba nak pakai seperti ini cuba untuk memperlekehkannya, malah cuba untuk mendorongnya dan cuba memperbetulkan jika salah melalui cara yang baik.
Assalamualaikum...

-----------------
indahnya seseorang itu melalui budi pekertinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterakasih_85Profil   Hantar PM kepada puterakasih_85   Quote dan BalasQuote

puterakasih_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 296
Posting: 39
Dari: johor

iran  


posticon Posting pada: 19-05-03 17:18


Assalamualaikum...
Rasanya terpanggil pula untuk memberitahu sesuatu
yang mungkin penting. Memang tidak dinafikan, ader sesetengah yang berserban, kopiah, bertudung labuh dan setaranya mempunyai sifat yang sebaliknya dari luaran.Sebenarnya ape yang kite nak beritahu, mereka ini sebenarnya terdetik di hati untuk menjadi baik seperti org soleh, dan juga solehah. Tidak terlanjur jika saya katakan
dari pemakaian seperti ni juga akan sebanyak sedikit mendorong mereka ini kearah kebaikan sepeti pada pakaiannya selain mereka akan cuba nak jadi baik-sebaiknya,sesolehnya. Jadi kite ni yg dah lah tak cuba nak pakai seperti ini cuba untuk memperlekehkannya, malah cuba untuk mendorongnya dan cuba memperbetulkan jika salah melalui cara yang baik.
Assalamualaikum...

-----------------
indahnya seseorang itu melalui budi pekertinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterakasih_85Profil   Hantar PM kepada puterakasih_85   Quote dan BalasQuote

Arcaine
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 20-05-03 12:50


A'kum

Hei tak semestinya begitu. Ni yang aku marah ni.

pst: Gurau je.



-----------------
Hidup ini suatu perjuangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArcaineProfil   Hantar PM kepada Arcaine   Quote dan BalasQuote

sakura_marlina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 374
Posting: 37
Dari: johor

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-05-03 14:35


betul kata puterakasih_85 tu...inilah yang dikatakan pemakaian melambangkan keperibadian..dimana kita akan jadi sepertimana yang kita gambarkan dari cara kita berpakaian...dan disini terbukti bahawa pemakaian mempengaruhi keperibadian..insyaAllah niat yang baik dari hati yang ikhlas pasti akan mendapat limpahan keredhaan dan rahmat dr Allah..wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_marlinaProfil   Hantar PM kepada sakura_marlina   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 09:40


a'kum

ye ke?

mungkin ye kot

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 11:48


Assalamualaikum..
camtulah......
sokong2 dengan apa yg diutarakan oleh..
saya sarah ngan sakura marlina....

bukan utk menghukum...
apalagi nak jadi hakim utk menghukum..
jika ada sahabat2 yg keliru kita fahamkan...
jika ada yg tersilap kita bimbing....
jika ada yg tak tahu..pada yg ada ilmu tu..
kongsi2 kan lah...
kita bukan nak jadi jaguh...
apalagi nak tunjuk pandai...
tapi tujuan kita dikomuniti ini nak kongsi2 ilmu
nak kongsi2 maklumat...

SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALO SALAH TOLONG ABG2 AKAK2 TUNJUKKAN.

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sakura_marlina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 374
Posting: 37
Dari: johor

saudiarabia  


posticon Posting pada: 21-05-03 14:15


ye..firdaus_azimi..itulah yang amat saya harap2kan dan alhamdullilah topik ini telah sampai kepada motif yang sebenarnyer..terima kasih sahabat2 sekalian..dan marilah kita sama2 berusaha...wsalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_marlinaProfil   Hantar PM kepada sakura_marlina   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 18:45


assalamualaikum sahabat,..
Saya tidak bercadang untuk memanjangkan kalam kerana dari apa yang saya sempat baca secara rambang d atas banyak perkara telah dirungkaikan oleh saudara2 kita dan sebenarnya isu ini telahpun selesai, terima kasih kepada semua sahabat yang tidak beremosi dan jika yang beremosi itu tandanya sensitiviti kita tinggi utnuk membela ISlam dan ajaranNya. alhamdulillah.... Pertamanya kita perlu akur bahawa mahasiswa adalah kelompok orang2 berilmu di kalangan masyarakat dan inilah relaitinya.... perkara menjaga akhlak dan moral bukan hanya khusus kepada mahasiswa tetapi semua kelompok masyarakat lain, YA, sudah tentu mahasiswa amat perlu menjaga akhlak kerana mereka dianggap kelompok berilmu di kalangan masyarakat dan inilah title yang harus dijaga, benar kata ikhqoi mereka bakal menjadi pimpinan negara.... apapun baik buruk seseorang bukan pada rupaparasnya tetapi pada hati dan budipekertinya dan ana rasa kita semua setuju pada asasnya berdasarkan hadis, tetapi apabila kita memakai pakaian seperti serban, tudung labuh dan sebagainya maka kita lebih perlu menjaga akhlak dan tingkahlaku kita kerana di sisi agama tudung adalah wajib dan serban dan berjubah adalah sunat dan juga di kalangan bangsa melayu sendiri pakaian ini adalah sopan dan bermaruah (walaupun jubah bagi sebhbgn arab menjadi satu pakaian budaya mereka). perihal mereka memakai tudung dan serban dan melakukan maksiat tidak timbul kerana maksiat lahir dari kerosakan hati dan bukannya dari pakaian. maka jika seorang perempuan tidak memakai tudung melakukan maksiat (apajua maksiat) maka ia dikira sudah melakukan dua kesalahan berbanding perempuan yang memakai tudung dan ia melalkukan maksiat. jangan salahkan mulut jika perut yang tidak mahu makan...maka di sini apa yang haram perlu kita katakan haram dan apa yang halal atau harus perlu kita katakan boleh... Ana bersetuju dengan itqoi ...kadangkala ada sesetengah kawan yang berilmu tidak menggunakan pendekatan hikmah untuk menegur dan menasihat sahabat muslim yang lain, kita perlu ingat kita tegur mereka bukan kerana kita benci kepada dri mereka tetapi kita menegur mereka kerana kita sayang mereka dan hanya benci pada sikap mereka...apatah lagi jika perbuatan itu adalah seseuatu yang dilarang oleh Allah swt, maka nasihat dan teguran ini bukan hanya khusus kepada keluarga kita sahaja tetapi kita perlu menegur semua manusia agar kembali kepada keredhaan Allah. YA, Saya bersetuju dengan ItQOI untuk menasihati keluarga kita dahulu tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk kita menegur orang lain juga, pepatah arab ada berbunyi lihatlah apa yang dkata dan jangan melihat siapa yang berkata.. dan juga ia bukanlah isu peribadi dan ia adalah isu agama dan maruahnya, alakullihalnya saudara kita salafian dah banyak menjawab tentang hal ini,

saya juga pernah menjadi mahasiswa dan realiti ini pernah dirasai, sekeras2 jiwa manusia mereka masih menjadi saudara kita dan bukanlah musuh kita.....

berbalik kepada isu utama, mahasiswa perlu lebih menjaga adab sopan kerana mereka telah diangap sebagai manusia berilmu.mereka sebagai teladan dan contoh kepada kelompok yang lain, mereka perlu mencurahkan ilmu yang ada demi menghilangkan haus dan dahaga ummah, tak kira apa jua bidang mereka ..merekalah yang bakal mencorak dan memegang teraju negara ..merekalah ulamak dan merekalah juga umarak....sedar atau tidak , kita juga perlu memikul tangungjawab ini, wallahualam. maaf jika terkasar bahasa...


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 08-07-05 19:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 18:56


Hakikat yang sukar ditelan biarpun berlaku di depan mata...

p/s:bukan semua..



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 23:32


kesimpulannya, adalah penting untuk kita semua menjaga diri dan yang paling utama manjaga hati agar tidak terjerumus ke arah perkara yang melalaikan. hati adalah raja yang mengawal segala tingkah laku manusia. jika hati kita 'sakit', maka wujudlah pelbagai penyakit yang dizahirkan melalui perbuatan. jaga hati, jaga iman.
wallahu 'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 23:32


kesimpulannya, adalah penting untuk kita semua menjaga diri dan yang paling utama manjaga hati agar tidak terjerumus ke arah perkara yang melalaikan. hati adalah raja yang mengawal segala tingkah laku manusia. jika hati kita 'sakit', maka wujudlah pelbagai penyakit yang dizahirkan melalui perbuatan. jaga hati, jaga iman.
wallahu 'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 09:35


dah nak simpul dah ke? nanti lah dulu.

soalan asas topik ni ana nak bawa balik. soalannya jika dibaca betul2 bukanlah bercakap hanya mengenai soal pemakaian sangat. bagi ana, sakura_marlina sebenarnya cuba menyentuh soal akhlak dan moral pelajar u.

benarlah kata sakura_marlina. apa guna jadi pelajar u, tapi akhlak dan moral yang ditunjukkan tidak mencerminkan seorang pelajar u.

ps: pakaian sememangnya salah satu contoh imej yang perlu dipelihara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134996 saat. Lajunya....