Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi
sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa
dia bersabar; yang menyenagkan hatimu bila
kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu
menyuruhnya (Maksud Hadith)
Selepas asar, ana pulang ke bilik. Sambil
mendengar lagu seorang gadis hati ana
terdetik...tiba-tiba jadi sayu...ana teringat satu
cerita....
Apa yang ingin ana ceritakan di sini..bukanlah
kisah dongengan tetapi kisah benar yang berlaku
pada seseorang...anggapla wanita ini
sebagai Bunga..Ambillah pengajaran WANITA!!!!!
Ada seorang gadis, termenung di
jendela,Memikirkan nasibnya, Yang telah
ternoda,Terpinggir Terhina, Kerana dosa-dosa
silamnya
Begitulah bunga...
Kerana cinta..dirinya ternoda...Ana bertanya pada
diri ana...Adakah ini hukumnya cinta?
Disemai, dibaja....akhirnya berbuahlah pohon cinta
terlarang...masam,manis dan memabukkan..
Tidak sempat diracun perosak cinta, madu telah
pun dicuri kumbang...Adakah itu katanya cinta?
Bak madah Laila Majnun, gunung sanggup didaki,
lurah dituruni, lautan api sanggup direnangi...tetapi
tidakkah kita sedar....tidakkah kau sedar
bunga.....api itulah yang membakar hangus
dirimu..rentung meninggalkan debu yang
berterbangan...Tidakkah kau sedar,bunga???
Ketika itu, diri ini masih terkapai-kapai...ana
sendiri tidak mampu membawa pulang bunga
kepada kehidupan yang benar....
Pada siapa ingin dipersalahkan? Pada
janji? Manis kata dibibir mulut, tapi hati lain
bicara....ingin menyalahkan taqdir? Memisahkan
cinta suci antara dua insan?
Cuba kita renung kembali wahai hawa.....renung
dengan mendalam....
Siapakah kita?
Bagaimanakah kita
dijadikan?.....Ingatlah... Pelangi untuk dilihat
bukan untuk ditangkap
Jika benar kumbang itulah yang akan memberikan
kebahagiaan kepada bunga...
Dan mencinta bunga sepenuh hati..
Mana mungkin dia sanggup memetik kuntuman-
kuntuman bunga yang sedang mekar berkembang!!!
Mana mungkin dia sanggup melayukan seri si
bunga!!!
Mana mungkin dia mencantas ranting si bunga!!!
Dan....
Mana mungkin si kumbang sanggup mencuri
madunya!!!!
Jika betullah lelaki itu menyayanginya dengan
tidak sanggup membakar kekasihnya dengan
puntung rokok sekalipun, tetapi Kenapa dia
sanggup menempah api neraka???MENGAPA???
MENGAPA LELAKI????kerana ego?kerana
sejarah silam??kerana nafsu bukan!!!!!!!!!
Astaghfirullahalazim.....
Hati ana rasa kosong bila ana memikirkan nasib
wanita hari ini...
Ana gerun bila membaca surah An-Nur...ayat 26
bad statement are for bad people(or bad women
for bad men) and bad people for bad statements(or
bad men for bed women).Good statements are for
good people(or good women for good men) and
good people for good statements(good men for
good women): such (good people) are innocent of
(every) bad statement which they say; for them is
forgiveness, and Rizqun Karim(generous provision
i.e. Paradise)
Marilah kita sama-sama renung tentang diri
kita....sudahkah kita boleh digelar layak untuk
mendapat lelaki yang baik dan soleh sebagai
suami??
Renungkanla...
Wahai puteriku sayang,
Kau ibarat kuntum penyeri sang suria pagi,
Kudupnya mekar meniti hari,
Mewangi bak haruman syurgawi,
Usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka,
Lantaran iman tatkala leka,
Taqwamu menjadi benteng diri,
Angkatlah martabatmu....kepuncak tertinggi.....
Wassalam...
-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129