Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 163
Ahli: 0
Jumlah: 163




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: angin ribut melanda johor.....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» angin ribut melanda johor.....

Please Mendaftar To Post


Oleh angin ribut melanda johor.....

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-03-06 14:32


Terima bantuan segera

Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD dan ZALIFAH MOHD YATIM

JOHOR BAHRU: Mangsa ribut di beberapa kampung di sekitar bandar raya ini, petang kelmarin akan menerima bantuan segera bagi meringankan beban mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Freddie Long, yang melawat kawasan kejadian semalam, mengeluarkan peruntukan peribadi RM1,000 bagi membeli plastik dan gelung untuk menutup bumbung rumah mangsa yang tercabut.

Berikutan kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, lebih 100 rumah di Kampung Datuk Hajah Hasnah, Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Kampung Desa Jaya, Kampung Desa Makmur, Kampung Tengah dan Kampung Melayu Pandan Darat rosak, terutama bahagian bumbung dan siling.

Beliau berkata, semua pemimpin kawasan diarah menyenaraikan pemilik kediaman yang terbabit dalam kejadian itu bagi memudahkan pemberian ganti rugi dibuat.

“Selepas laporan lengkap diperoleh, bantuan untuk membaiki kerosakan akan diagihkan dan proses ini dijangka mengambil masa dua hari.

“Saya akan berusaha mendapatkan bantuan agensi kerajaan terbabit, manakala bagi kawasan membabitkan pihak swasta, usaha turut dilakukan bagi meminta bantuan berkaitan.

“Bantuan plastik dan gelung yang diagihkan hari ini (semalam) hanya penyelesaian jangka pendek untuk menutup bumbung rosak bagi mengelakkan rumah dimasuki air jika hujan,” katanya.

Beliau berkata, bagi kerosakan surau dan sekolah agama, pihaknya merujuk Pejabat Daerah supaya memperbaikinya segera.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, berkata tinjauan dibuat di kawasan itu dan bantuan akan diagihkan mengikut kerosakan dialami mangsa.

“Bantuan akan diagihkan mengikut kerosakan. Jika teruk akan dapat lebih, jika hanya sedikit sangat kerosakan mungkin tidak menerima apa-apa... jika bantuan diberi sama rata tidak adil bagi mereka yang mengalami kerosakan teruk,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Surau Al Falah, Kampung Melayu Pandan Darat, Mohamad Samad, 60, berkata penduduk kampung bergotong-royong memasang semula kubah yang diterbangkan angin, petang semalam.

“Kita akan naikkan semula kubah itu secara bergotong-royong dan meletakkannya di tempat asal sementara menunggu bantuan kubah baru.

“Tindakan segera perlu diambil kerana tanpa kubah, bumbung surau itu berlubang. Keadaan ini boleh merosakkan perkakas lain, terutama permaidani, jika hujan, selain menjejaskan aktiviti surau,” katanya.

Harian Metro edisi Johor semalam melaporkan, kejadian ribut melanda beberapa penempatan, menyebabkan lebih 100 rumah mengalami kerosakan, terutama bumbung dan siling, walaupun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kubah Surau Al Falah seberat kira-kira 50 kilogram turut melayang ditiup angin.

Selain rumah penduduk, beberapa bumbung bangunan seperti sekolah agama turut rosak.

------------------------------------------------------------------------------------- renungan kepada semua..


-----------------
bangunlah bersama islam,kerana islam akan tetap tertegak walau tanpa kita bangunkan.rgilah mereka yang tidak ambil bahagian dalam membangunkan islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-06 14:47


assalamualaikum..

semua ciptaan Allah akan binasa...Allah ada hak memberi pengajaran kepada makhlukya...

renungkanlah...bila negara kita juga dah dilanda ribut lagilah negara2 lain....jauhilah perkara mugkar...hampiri perkara kebaikan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 12-03-06 16:14


......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-03-06 15:36


assalamualaikum....

erm...sekadar renungan sahaja... tapi benda ni berlaku dekat kampung saya...sebab tu saya ridau sikit...

apa-apa pun..kalau ada berita terbaru boleh lah post ye....

ibnu fariz....sengar kata sekarang ni kat mesir ni selalu berlaku ribut pasir betul ke???

cerita lah sikit keadaan kat mesir sana....boleh juga tau perkembangan kat mesir...

hehe ...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-03-06 16:48


Assalamualaikum...

Ermmm macam tuelah khalifah...kat sini kalau tak ribut pasir mana sah..ana dah ada pengalaman kena serbu dek ribut pasir itu..tapi taklah sampai menghilangkan nyawa ana...ermmm ka sini kalau ribut pasir melanda keadaannyer nampak kekuningan sebab udara bercampur dengan debu2 dan pasir...sebab itu lah berwarna kuning....apa lagi ye...

lagi satu kalau ribut pasir melanda kita tak digalakkan keluar rumah sebab bahaya...lagipun peredaran pernafasan akan terjejas dek oksigen yag tidak teratur fungsinya.

Itu semua makhluk Allah...Allah yang maha berkuasa dan maha menjadikan...

ilalliqa'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-03-06 17:52


waalaikumussalam...

assalamualaikum...

syukran kepada ibnu fariz yang sudi bagi sedikit pengalaman nya sepanjang berada dibumi anbiya'

kalau sahabat2 nak konmgsi pengalaman boleh juga..manalah tau boleh ddijadikan pengajaran kepada sahabat2 yang lain...

wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 14:42


assalamualaikum wbt...

tiada benda yang kekal di dunia ini... semuanya hanya sementara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 22-03-06 03:44


betul itu saudara alin..sokong....tiada apa yang kekal di dunia melainkan dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087885 saat. Lajunya....