Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 177
Ahli: 0
Jumlah: 177




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 27 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: renungilah lama sikit & fikir-fikirkanlah


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» renungilah lama sikit & fikir-fikirkanlah

Please Mendaftar To Post


Oleh renungilah lama sikit & fikir-fikirkanlah

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 18:06


To: "Ikhwan Muslimun"
From: Caring Mommy@
Date: itu, 7 Mar 2006 10:41:11 +0800
Subject: Re: Bismillah SIM : RENUNGAN: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
    
Assalamualaikum,

Maaf kerana saya ada pandangan berbeza berkenaan dengan kisah-kisah akhlak sebegini...

Sebenarnya, dari kecil hingga dewasa, selalu sangat kita disajikan dengan kisah-kisah teladan. Buat baik, dibalas baik. Seperti ' hukum karma '. Ada juga yang memetik kata-kata 'what goes around comes around' atau terjemahannya yang lebih kurang begini - hari ni kita buat begini, esok orang akan buat kita pula, dsb. Di dalam buku-buku edisi kanak-kanak, seringkali dipaparkan kisah kejujuran murid miskin. Walaupun miskin, mereka jujur dan memulangkan wang yang ditemui kepada polis. Di akhir cerita, murid itu mendapat pujian dan hadiah di atas kejujurannya. Akibatnya, minda seorang kanak-kanak seperti saya telah tertanam suatu perasaan bahawa :-

i. Jika kita buat baik, kita akan dapat balasan segera (balasan di dunia secara tunai atau cash on delivery (COD).
ii. Kejujuran hanya dimiliki oleh orang miskin. Orang kaya adalah orang yang jahat, tidak berakhlak dan mereka sentiasa mencari peluang menindas golongan miskin.

Ada juga yang menambah-nambah dengan mengatakan kita kena bersyukur walaupun miskin kerana kekayaan akan menjadikan kita jahat. Kita kena zuhud. Buang dunia. Tak perlu sibuk menikmati indahnya sinar pelangi dan kicauan burung-burung di angkasa. Itu hak orang kafir yang memang dapat bahagian di dunia sahaja.

Bila besar sikit, realiti berubah. Saya menyaksikan orang kaya yang murah hati, berderma sana sini. Panjang tangan menurut istilah bahasa arab iaitu pemurah (bukan istilah orang melayu yang bermakna kuat mencuri). Disamping itu, mereka secara zahirnya nampak seperti golongan yang patuh agama. Saya juga menyaksikan orang miskin bertambah hina kerana sudahlah miskin, akhlak buruk, ketaatan pada agama yang boleh dinilai secara fizikal habis lintang pukang. Persepsi seorang kanak-kanak seperti saya berubah lagi... kisah suri teladan semasa kecil hanya kisah dalam buku cerita saja...

Bila besar (matang sikit), dan setelah belajar dalam usrah, sebagai seorang Islam, perbuatan seseorang itu adalah berdasarkan pada hukum syarak. Kaedah usul fiqh asas untuk benda dan perbuatan:-

1. Al aslu fii al-asyia' al-ibaahtu maa lam yariddaleel attahreem - hukum asal benda adalah mubah selagi tidak ada dalil/nas yang mengharamkan.

2. Al aslu fi af'al attaqoyyudu bi hukmi syar'ie - hukum asal perbuatan itu adalah tertakluk pada hukum syarak.

Maka, perbuatan seseorang muslim itu bukanlah kerana mengharapkan balasan baik di hujung sana secara tunai, sebaliknya ia mengharapkan ganjaran (pahala) dari Allah dan juga untuk menjauhkan dari larangan dan kemurkaan Allah. Jika harap akan di hargai oleh manusia, dapat balasan, award, ganjaran, pujian dsb - maka ia telah tersasar dari tujuan asal. Memang adakalanya kita berbuat suatu kebajikan pada seseorang, tiba-tiba Allah membalasnya melalui perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain pada kita - tetapi itu adalah secara kebetulan sahaja dan kita tak boleh menganggap ia kerana kita buat baik pada orang. Kita buat baik sebab itu perintah Allah. Jika ada orang nak buat baik pada kita, alhamdulillah. Bonus. Tetapi jika tidak dapat balasan baik atau layanan baik dari manusia, kita tetap akan berbuat baik secara istiqamah jika kita hanya nakkan redha dan ganjaran dari Allah (ikhlas kerana Allah dan dengan kaifiyat yang betul). Selalu juga orang berhenti buat baik bila madu dibalas tuba, beri bunga dapat najis. Itu tak ikhlas namanya...

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak kita tentang hal ini supaya mereka mendapat pendedahan awal dan tidak tunggu besar dan tua baru dapat maklumat.

Maaf jika tersilap dan terkasar bahasa. Wassalam.


On 3/5/06, ruzaihan.junit wrote:
----- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 03/05/2006
07:35 AM -----

                     Abang Long
                                                    cc:
                     Sent by:                        Subject: SIM : RENUNGAN: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
                    
                     ogroups.com



                     02/17/2006 08:17 AM





"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah
mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh
seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki
meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak
memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,
"Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami
yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup
kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang
menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita
kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama
setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.
Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang
baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka
pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat
mengharukan hati wanita itu.

Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya
memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan
kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya
masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan
bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana
saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan
sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. Saya sedih dengan
perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa
pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."
Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut,
tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini
menjadi suamimu ini. Saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang
haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang
bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nur_namia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 18:09


emm betul memberi teladan..
hidup kita ini sprti roda sts berpusing2 skjp datas dan sekejap dbawah...setiap rezeki yang dikurniakan adalah hak milik Allah dan kita sebgi hamba-Nya hanya mengharap kasih daripada-Nya...
tak semua orang mmpunyai nasib yang sama..igtlah Allah Maha Mengetahui setiap kejadian itu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_namiaProfil   Hantar PM kepada nur_namia   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 18:15


subhanallah...
menariknya cerita ummi tu...
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
semuanya terletak pada hati manusia untuk menilai setiap keajaiban yang berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 19:22


cerita yang kedua tu macam tak logik.....

tapi ada pengajarannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 11-03-06 01:53


cerita kedua sangat menarik... thank you ummi

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-03-06 22:08


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Umi nak ajak minda anak-anak agar keluar dari kotak namun masih dalam lingkungan syarak dalam membaca apa jua artikel.

Artikel di atas itu sememangnya membuat kita berfikir dan teruskanlah berfikir kerana bila otak berjalan dengan berfikir maka insyaAllah ia akan menjadi pusat kepada penyelesaian kepada masalah hidup individu itu dan juga mereka yang mengharpkannya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wasssalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - buat baik berpada-pada, buat jahat jangan dicuba, senyum jangan dipaksa namun lahir dari jiwa yang peka. Ameen!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 16:59


Thanks ummi

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 09:55


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Kekadang cerita itu boleh membuka minda dan hati kita untuk bertambah keimanan kepada Nya. Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sabar itu separuh dari iman

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 12:58


syukran ya ummi

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 18-06-06 16:07


Pada 10-03-06 19:22 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

cerita yang kedua tu macam tak logik.....

tapi ada pengajarannya....


tapi itulah sebenarnya kuasa Ilahi......

tiada benda yang mustahil bagiNya...


-----------------
ingin sentiasa dipuji itu tanda iman diuji
bila hati redha dikeji itu tanda iman yang suci


Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

era
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15229
Posting: 129
Dari: b.baru bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 16:22


syukran jazilan ummi...
cerita yang penuh dengan pengajaran dan peringatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eraProfil   Hantar PM kepada era   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 19:25


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah afwan ya anak-anak. Umi copy paste sikit sekedar untuk saling mengingati -

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. Saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."
Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. Saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

Kehidupan ini memerlukan cerita yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan kerana jiwa insan tidak sama. Ada yang terpukul dengan kata-kata yang sinis tetapi ramai yang boleh terima teguran dengan kaedah yang lemah lembut.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - hargailah umur dengan lakukan yang mendatangkan manfaat kepada diri dan mereka yang kita sayangi terutama ibu bapa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

kdinx
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.01.2006
Ahli No: 21823
Posting: 69
Dari: Moscow

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-06-06 20:08


thank you ummi!

Bookmark and Share

    


  Member Information For kdinxProfil   Hantar PM kepada kdinx   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 00:54


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah welcome my dear doctor son :).

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan ma'ruf, serta berpaling dari orang-orang yang bodoh" (mafhum QS Al-A'raf:199)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.906838 saat. Lajunya....