Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 224
Ahli: 0
Jumlah: 224




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Cadangan SPR agar tiada lagi perang poster semasa pilihanraya.


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Cadangan SPR agar tiada lagi perang poster semasa pilihanraya.

Please Mendaftar To Post


Oleh Cadangan SPR agar tiada lagi perang poster semasa pilihanraya.

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 05:15


Assalamualaikum

Akhbar hari ini memaparkan cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)agar tidak lagi membenarkan penggunaan poster, sepanduk dan banting untuk pilihanraya yang akan datang atas alasan penggunaan poster pada setiap kali pilihanraya telah mengakibatkan parti politik yang bertanding terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar. Jadi cadangan ini bertujuan untuk menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh parti politik yang bertanding.

Adalah suatu yang pelik apabila SPR begitu prihatin sekali tentang kos yang terpaksa ditanggung oleh parti politik apabila bertanding pilihraya, mungkin inilah salah satu contoh kesan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Sebenarnya soal kos ini tidak perlu menjadi isu kerana ianya adalah kesanggupan sesebuah parti yang ingin menyertai pilihanraya dan mereka hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebegini lima tahun sekali sahaja.

Cumanya ianya bergantung kepada tahap kewangan parti yang bertanding, jika sesuatu parti itu mempunyai tahap kewangan yang besar maka jika mahu memasang poster di segenap kawasan pilihanraya pun tidak mengapa dan bagi parti politik yang mempunyai kewangan yang terhad, hatta jika tidak mahu menggantung poster pun tidak menjadi masalah, tidak ada pun undang-undang yang menetapkan agar setiap parti yang bertanding mesti menyertai perang poster.

Sebagai contoh pada pilihanraya umum yang lepas di Parlimen Kelana Jaya, BN yang mempunyai kewangan yang kukuh menggunakan poster yang hanya siap untuk digantung sahaja, tidak perlu petugas-petugas parti bersusah payah untuk memasang satu persatu poster parti pada tali rafia. sedangkan bagi Pas dan pakatan dalam Barisan Alternatif yang mempunyai kewangan yang terhad, para petugasnya perlu menyediakan poster secara manual, namun apapun bentuk dan cara poster itu dihasilkan, perang poster di kawasan pilihanraya P104 tetap meriah dan yang penting juga ialah kesediaan setiap parti untuk membersihkan kembali poster-poster yang telah dipasang apabila tamatnya musim pilihanraya.

Bagi saya sebelum SPR mengeluarkan cadangan tersebut, mereka perlu memastikan terlebih dahulu bahawa media-media cetak dan elektronik di negara kita bebas dan bersedia untuk memberikan ruang dan peluang kepada semua parti politik yang bertanding, tidak kira parti pemerintah mahupun parti pembangkang untuk berkempen dengan bebas. SPR juga harus memastikan penguasaan media massa oleh parti pemerintah setiap kali menjelang pilihanraya dihentikan. Ini penting kerana apa yang kita lihat kali terakhir pilihanraya kecil Di Dun Pengkalan Pasir penguasaan media oleh parti pemerintah masih lagi ketara dan ruang untuk parti pembangkang khususnya Pas masih lagi terhad. Oleh itu Pas hanya bergantung kepada poster, sepanduk, banting, risalah dan media-media yang terhad sebarannya seperti akhbar Harakah dan webtv dalam usaha kempen pilihanraya. Jika poster, sepanduk dan banting ini juga tidak dibenarkan, bagaimana lagikah caranya untuk parti-parti pembangkang berhadapan dengan parti pemerintah yang menguasai media massa.

Kembali kepada persoalan mengurangkan kos itu tadi, jika SPR benar-benar prihatin tentang kos yang terpaksa ditanggung oleh parti-parti politik yang bertanding, caranya ialah turunkan sahaja bayaran deposit atau wang pertaruhan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ingin jadi calon pilihanraya. Kerana wang deposit ini juga adalah suatu yang agak berat bagi parti yang ingin bertanding pilihanraya, apalagi bila memikirkan risiko hilang wang deposit apabila kalah teruk. Bagi saya ini mungkin tiada masalah kerana deposit pilihanraya tiada kena-mengena dengan harga minyak.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 08:39


yelah BN boleh kempen kat tv dan radio...PAS dan pembangkang mana boleh.So, kalau poster tak ada maknanya pembangkang tak ada apa-apa kempen lah...pendek kata seolah-olah macam tak sertai pilihanraya lah

Bukan kita tak tau, SPR kan salah satu komponen BN seperti UMNO, MIC,MCA,PBS,PPP, Gerakan, FRU, BPR, PDRM, Mahkamah dan lain lain lagi yang angguk-angguk dan tak ada geleng2

Bookmark and Share

    


  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

wafana_nur96
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2398
Posting: 27

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-03-06 08:56


assalamualaikum
ala politik kampus saja.. mula2 masa zaman dulu (demokrasi 100%).. semua boleh untuk PR. bebas berkempen. lepas tu, zamn sekarang nilah (demokrasi campur kuku besi)..dah tak boleh dah. bukannya tak boleh, berat sebelah saja . nak tampal poster kena cabut, nak bagi flyers kena tangkap. nak undi pilihan sediri, kalau tak menepati khndk mereka kena buang kolej, kena ugut.:(. sama sajalah dengan PR kampus.. cumanya pilihanraya umum lagi 'lemah lembut' dan 'berhikmah' agaknya, nak jimat duit... nak jimat kos walhal taktik politik :(

hee... maflah kalau ana emosi
entahlah :-?
[ Telah diedit oleh: wafana_nur96 pada 09-03-06 09:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For wafana_nur96Profil   Hantar PM kepada wafana_nur96   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 09-03-06 22:32


:-? :roll: :-o :-( :-| :-P :oops: 8-) ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 23:03


Bagi saya, ada pro nya jugak..khusus dr segi deposit...untuk bertanding sebagai wakil rakyat..risiko kekalahan dan kewangan wajar diambil kira..

RM5000-10000 untuk berebut satu kerusi..jika kalah dan hilang wang pertaruhan..habislah..

kalau satu kerusi= satu individu=peruntukan rm5000 untuk jadi calon+ duit untuk banner, poster,tetunggul, bunting dan seangkatan dengannya=mengjangkau rm20000 +-..

bayangkan berapa duit yang perlu dilabur semata-mata merebut jawatan sebagai wakil rakyat...

isu ini dibincangkan di dalam kelas hari ini..

dan kami menilai, ada wajar di"hapus"kan peraturan pesta poster kerana memikirkan beban kewangan yang ditanggung setiap parti..dengan syarat:SPR sendiri turut telus dalam pilihanraya dr awal hingga akhir pilihanraya :takkira general election ke..by election ke..mesti saksama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 22:31


Assalamualaikum

kalau nak kata soal kos ni BN lagi banyak pakai duit sebab petugas parti mereka untuk pasang poster dibayar sedangkan dalam pas petugasnya bekerja secara sukarela.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-06 04:35


Hm, nak memenangkan parti pemerintah. Bila PAS dan KEADILAN bawa isu, SPR buat tuli saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-06 04:36


Sati lagi cadangan bodoh...Kalau tidak ad poster, adakah namanya pilihanraya???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-03-06 08:33


macam tak best saja kalau tak ada perang poster..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-03-06 08:34


Keadilan?..bila anwar dah bebas keadilan pun macam hilang arah..entahler..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

sharkuitm
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.02.2006
Ahli No: 22667
Posting: 109
Dari: UITM SHAH ALAM

brazil   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 15:03


ok juga!tak payah nak gadoh gadoh rebot tanah nak pacak muker calon itu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharkuitmProfil   Hantar PM kepada sharkuitm   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 21-03-06 00:33


JANGAN KITA MENYALAK SAJA.........

JALANKAN USAHA DAKWAH KITA..............

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT..............

ISLAM TAKKAN TERTEGAK DENGAN BERBALAH SESAMA KITA..............

TETAPI DENGAN KERJA DAN GERAK KERJA KITA.....................

AYUH SAHABAT2.................

MEDIUM TEKNOLOGI SUDAH SEMAKIN HEBAT.........

GUNAKAN SEBAIK2NYA UNTUK BERDAKWAH................

JANGAN BUANG MASA..........

JANGAN TUNGGU BILA DAULAH NAK TEGAK.............

TANYA DIRI KITA APA YANG KITA MAMPU SUMBANG UNTUK ISLAM TERCINTA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112821 saat. Lajunya....