Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 238
Ahli: 0
Jumlah: 238




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 27 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Berkomunikasi Gambaran Akhlak


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Berkomunikasi Gambaran Akhlak

Please Mendaftar To Post


Oleh Berkomunikasi Gambaran Akhlak

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-03-06 22:13


Keberkesanan berkomunikasi gambaran ketinggian akhlak
Oleh Dr Suriyakhatun Osman


"Saya tidak suka perbuatan makcik saya yang suka masuk campur dan memberitahu saya cara nak menjalani kehidupan," kata gadis comel yang datang berjumpa saya untuk rawatan.

"Andai kata tidak ada perkara yang menghalang anda, apa yang anda nak beritahu makcik anda?" saya bertanya.

"Makcik, saya tak suka makcik dok beritahu saya apa yang saya kena buat. Bukan makcik yang nak kahwin, bukan makcik yang nak kerja. Saya yang nak kahwin, saya yang nak kerja. Apapun saya yang tanggung. Buat apa saya ikut cakap makcik, sedangkan saya tak suka kalau saya ikut cakap makcik. Jika ada perkara tak baik berlaku, saya yang menerima padahnya. Tak payahlah makcik nak menyibuk."

"Bagus Ina, anda telah meluahkan perasaan anda dengan komunikasi anda. Mari kita perhaluskan sedikit supaya anda boleh luahkan kepada makcik dengan cara yang baik.

"Cuba kita ubahkan sedikit supaya maknanya tidak lari tetapi lebih mudah diterima Makcik Leha nanti.

"Makcik Leha, saya amat menghargai makcik sebab terlalu prihatin dengan kebahagiaan saya dan selalu mengambil berat mengenai diri saya. Sudah tentu makcik inginkan saya hidup dengan bahagia bukan begitu? Bab jodoh dan bab kerja ini adalah perkara yang mustahak dalam kehidupan saya. Kalau saya salah buat pilihan, kehidupan saya dan kebahagiaan saya akan terjejas. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas pandangan makcik. Izinkan saya membuat keputusan saya sendiri sebab ia membabitkan kebahagiaan diri saya sendiri."

Ina tersenyum sambil mengangguk, "Betul juga. Kalau cakap macam itu, saya boleh sampaikan dan dia pun tak akan rasa sangat InsyaAllah."

Sebenarnya, cara kita bertutur boleh memberitahu pendengar banyak perkara mengenai siapa kita.

Saya pernah berjumpa lelaki berbangsa Amerika Asli (Native American) yang dibesarkan di kawasan khas `terlindung' (protected zone) dikhususkan untuk rakyat Amerika Asli.

Persepsi asal saya, sudah tentu telo percakapannya mencerminkan asal usulnya sebab alam persekolahan dan kehidupan awalnya adalah dalam kawasan `terlindung' itu.

Tetapi tidak, dia yang sudah dan melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) memiliki gaya dan telo pertuturan seperti golongan intelek tetapi jelas serta merendah diri.

Apabila saya bertanya mengenai perubahan telo dan gayanya yang tidak sedikitpun mencerminkan asal usulnya, beliau menjawab bahawa dia telah berusaha untuk mengubahkan pertuturannya kepada apa yang saya dengar dan lihat pada hari itu.

Pernah saya menghadiri sebuah bengkel kerja, dalam kumpulan saya ada dua wanita sering ketawa kerana mengetawakan jenaka yang mereka ceritakan antara satu sama lain, jenaka yang bersifat lucah.

Saya dapati saya tidak dapat ketawa dengan mereka, hati saya begitu berat untuk ikut sama dan saya cuba mengelak dari berbual dan bergaul dengan mereka.

Saya terfikir bahawa saya tidak ingin untuk menghayati jiwa dan pemikiran mereka yang bagi saya tidak aman tenteram, sebaliknya bergolak dengan perasaan tidak tentu hala.

Bolehkah kita mengenali diri kita sendiri dengan pertuturan dan perbualan kita? Kebanyakan kita tidak sedar orang boleh mengenali kita melalui cara pertuturan, gaya bahasa, telo, loghat, mimik muka serta gaya badan kita sendiri.

Dalam bidang neurolingual programming (NLP), gaya badan, mimik muka disebut sebagai `bahasa badan' iaitu bahasa yang tidak bohong dan memberitahu keadaan sebenarnya walaupun kita perkatakan sebaliknya.

Imam Ghazali menyarankan kita menukar tabiat buruk kepada baik dengan meniru perbuatan serta ucapan mereka yang berkelakuan baik, lama kelamaan kita juga akan memiliki tabiat baik.

Mungkin sudah menjadi tabiat kita bermuka masam dan berjalan bongkok. Ini mencerminkan keadaan jiwa yang muram.

Jika kita melatih diri tersenyum, angkat bahu dan tegakkan tulang belakang kita, lama kelamaan kita akan dapati diri bertambah ceria.

Perbualan dalam juga mempengaruhi tindak tanduk kita dan jika kita banyak berfikir hanya dari perspektif diri kita, perbualan kita akan banyak menunjukkan perspektif ini.

Orang yang selalu memikirkan tentang kepentingan diri akan banyak menyuarakan perkara dari perspektif ini dan akan menilai segala sesuatu mengikut sama ada perkara itu menguntungkan dirinya atau sebaliknya. Jika seorang itu selalu memikirkan bahawa orang akan menyakitinya maka sikap dan pertuturannya berbentuk membela diri dan mungkin juga bersifat agresif sebab sentiasa merasakan dirinya terancam.

Setelah menyedari serba sedikit kuasa pertuturan dan bahasa badan, apa yang boleh kita lakukan untuk mencapai pertuturan yang berkesan an boleh mempengaruhi orang demi kebaikan?

Berikut adalah beberapa saranan yang boleh menolong kita mencapai matlamat itu:

Memahami bahasa minda melalui pengawasan pemikiran dengan cara menulis dan mencatatkan pemikiran kita. Setiap hari lebih dari 60,000 fikiran dijanakan oleh minda kita dan jika kita dicatatkan, kita akan sedar apa yang berperanan dalam fikiran kita.

Melihat dan memahami bahasa negatif yang ada dalam minda dan mengarang ungkapan positif untuk menggantikannya. Ini dinamakan sebagai affirmasi. Tulis dan bacakan affirmasi setiap hari dan ulang seberapa kali yang boleh setiap hari supaya affirmasi ini menggantikan bahasa negatif minda kita.

Dalam sebuah dialog yang mungkin tegang dan bersifat menegur antara satu sama lain, latih diri menutur dengan bahasa baik, mudah di faham, mencerminkan apa yang kita rasakan dengan jelas tetapi tidak melukakan.

Cuba fahami dulu apa yang diperkatakan sebelum menjawab atau membuat andaian. Dalam banyak kes, salah faham dan perbalahan berlaku kerana tidak faham kedudukan sebenar atau banyak membuat andaian.

Jangan tinggikan atau naikkan suara dan jika kita perhatikan bahawa kita semakin marah, minta masa untuk redakan kemarahan sebelum berkomunikasi atau bertutur.

Letakkan diri di tempat orang yang mendengar atau dalam komunikasi bertulis cuba lihat perspektif pembaca yang disasarkan. Ini akan menolong kita menimbangkan sama ada kita telah menyampaikan atau akan menyampaikan dengan cara yang jelas dan mudah difahami.

Minta maklum balas daripada orang yang mendengar dan jadi pendengar yang baik. Jika menjadi pendengar yang baik, kita juga akan didengar.

Dalam menegur, berikan kata-kata perangsang dan naikkan semangat sebelum mengatakan apa yang boleh pertingkatkan serta gantikan perkataan `tetapi' dengan perkataan `dan'.

Contohnya, "Saya suka bila Hana rajin memasak didapur. Lauknya sedap dan membuka selera dan (menggantikan tetapi) Mama sarankan lain kali Hana kemas dapur selepas masak ya."

Tanya soalan yang boleh membuka minda. Apabila pendengar menjawab soalan, pendengar sebenarnya akan lebih menghayati dan memahami pertuturan kita.

Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai pertuturan serta bahasa badan dan pertuturan yang baik mencerminkan watak dan akhlak kita. Oleh itu, berusahalah untuk melatih diri meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

JeSsamIn
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15751
Posting: 56
Dari: no man's land

Perlis  


posticon Posting pada: 08-03-06 22:52


Jazakallah broshahir.. a nice article indeed. memang banyak interpersonal skill yang perlu ditambah baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JeSsamInProfil   Hantar PM kepada JeSsamIn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105558 saat. Lajunya....