Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42

  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 4 hari yang lalu
azemi: 8 hari yang lalu
Firdaus15: 14 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 17 hari yang lalu
secureofficemovers: 18 hari yang lalu
Naqiu: 24 hari yang lalu
nawfaa79: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 28 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Alasan Baru Kenaikan Minyak..

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Alasan Baru Kenaikan Minyak..

Please Mendaftar To Post

Oleh Alasan Baru Kenaikan Minyak..

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 09:41

PM perjelas isu minyak -- Pengurangan subsidi RM4.4b diguna tingkat pengangkutan awam
Oleh Asuki Abas dan Mustafa Kamal Basri

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan penjimatan kira-kira RM4.4 bilion daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, penjimatan itu yang diperoleh berikutan peningkatan harga runcit petrol dan diesel mulai hari ini, akan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia.

``Penjimatan yang kita peroleh daripada pengurangan subsidi ini kita mahu gunakan untuk projek-projek pembangunan yang akan memberi faedah kepada rakyat, bukan kita mahu belanja untuk kesenangan dan kemewahan kerajaan.

``Kita akan pulangkan balik kepada rakyat, gunakan wang ini untuk projek yang akan menelan kos agak banyak iaitu pengangkutan awam yang pada hari ini keadaannya tidak memuaskan hati sehingga menyusahkan rakyat dan memaksa mereka membeli kereta.

``Kalau ada pengangkutan awam cekap hari ini untuk digunakan oleh rakyat, ia akan menyenangkan serta memudahkan kita semua selain turut membantu dalam hal-hal berkaitan ekonomi,'' katanya.

Beliau menambah, sekiranya projek kemudahan pengangkutan awam itu siap, baki daripada anggaran penjimatan RM4.4 bilion itu akan digunakan bagi projek-projek lain pula.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Dwitahunan Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di ibu pejabat bank pusat itu, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Perdana Menteri mengulas kenaikan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair sebanyak 30 sen yang berkuat kuasa hari ini.

Harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Kenaikan itu bagi menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia selain membendung peningkatan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Walaupun kadar peningkatan itu agak mengejutkan, Abdullah menganggap ia masih lagi berpatutan.

``Rakyat kena faham bahawa kita bukan hapuskan terus subsidi. Kalau hapuskan terus kena bayar lebih RM2 seliter tetapi kerajaan masih beri subsidi.

``Kita cuma harap mereka buat sedikit pengorbanan dengan membayar lebih 30 sen, itu sahaja,'' tegas beliau.

Perdana Menteri yang mengulangi jaminan bahawa ia adalah satu-satunya kenaikan harga minyak petrol dan diesel bagi tahun ini berkata, kerajaan membuat keputusan menaikkan 30 sen sekali gus bagi mengurangkan ketidaktentuan.

``Kalau kita naik secara berperingkat-peringkat lagi susah,'' jelasnya.

Tambah beliau, walaupun harga minyak mentah dunia kelihatan stabil sejak beberapa minggu lalu, ia kekal pada paras yang amat tinggi.

Menurut Abdullah, kerajaan juga akan meningkatkan lagi pemantauan bagi memastikan harga barangan tidak meningkat berikutan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel itu.

``Paras inflasi juga kita kena jaga supaya sentiasa berada pada tahap yang dapat diuruskan dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang kesusahan.

``Tadi kita ada bincang juga antara pendekatan-pendekatan yang boleh diambil dalam hal ini,'' katanya tanpa mengulas lanjut.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

ummuarib
Warga Rasmi
Menyertai: 17.02.2005
Ahli No: 14448
Posting: 13
Dari: Taman Idaman..

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 10:02

apa saja alasan boleh diberi, beribu-ribu alasan boleh dibuat untuk mengalas segala tindakan tu..yang pasti yang menanggungnya rakyat jelata jugak.

sehebat mana pemantauan depa nak buat untuk pastikan harga barang tak boleh dinaikkan.lagikan naik seposen julai 2005 lepaspun kecoh haru biru..ni 30 sen..baaanyak tuu. tu hanya untuk tahun ni.tahun depan dan lagi dan lagi dan lagi...mahu satu tangki rm100 lebih..
ni yang buat ada yang nak jual kereta, beli kuda lagi bagus apa...

Bookmark and Share

  Member Information For ummuaribProfil   Hantar PM kepada ummuarib   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3081
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 11:30

ni la pemimpin yang tak reti memerintah......

hanya ingin memenuhkan poket menantu dia saja...

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

itqan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12589
Posting: 22
Dari: kelantan

Kelantan  

posticon Posting pada: 01-03-06 12:22

Dengan kenaikan harga minyak,menambahkan lagi rasa ketidakpercayaan rakyat kepada pemerintah,terutama kepada Pak lah..tidak kira daripada BN atau BA..rata-rata akan merasa tersepit bila barang naik akibat kenaikan minyak ni...yang kita nak dengar bukan sekadar alasan-alasan..pemimpin yang baik akan mengelakkan daripada memberi bermacam2 alasan...yang tersepit tetap rakyat malaysia..mungkin Pak lah nak peraktikkan kata "jangan tanya apa sumbangan kerajaan pada anda;tanya apa sumbangan kita kepada kerajaan"jawapannya..terpaksa menanggung keperitan akibat kenaikan harga minyak,bla..bla..bla..

Bookmark and Share

  Member Information For itqanProfil   Hantar PM kepada itqan   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 13:57

inilah kesan apabila diamalkan ekonomi Kapitalis..yang kaya semakin kaya yang miskin papa kedana....

alasan kenaikan nampak kukuh..,berjiwa rakyat,.....konon......
tapi pada hakikatnya,rakyat bawahan terus ditindas secara halus tanpa mereka sedari,orang atasan terus kaya.....ini tidak adil!!!

Bookmark and Share

  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 14:02

nak suruh kita naik pengangkutan awam?
jual kenderaan lah lepas ni?

Bookmark and Share

  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 14:07

jen betul...mun pandai kutuk orang saja...cuba la ambil pendekatan realistik sikit...kenapa mesti emosional????kenapa mesti kutuk pemimpin kita...Kalau xdok mereka kita tak tahu nasib kita sekarang ini...

walaupun jika ada kesilapan dalam pemerintahan, itu urusan dia dengan Allah kelak.tak pasal2 anda semua ini dapat dosa..

ada bukti ke anda semua tuduh yang bukan2...????
mana perginya nilai moral anda sebagai mahasiswa??/ini ke sikap mahasiswa????Kalau nak kutuk ke, nak komen ke, tak puas hati ke,silakanlah guna pendekatan yang sesuai..jangan berani bercakap saja, tapi hasil hamprakkk tak ada. jen betul...

ingat sahabatku...Allah menjadikan kita sebagai khalifah untuk memimpin mukabumi ini...
kepimpinan kita ini akan ditanya oleh Allah kelak...so, fikir2 kan lah....

Bookmark and Share

  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 14:50

Pada 01-03-06 14:07 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

jen betul...mun pandai kutuk orang saja...cuba la ambil pendekatan realistik sikit...Kenapa mesti emosional????Kenapa mesti kutuk pemimpin kita...Kalau xdok mereka kita tak tahu nasib kita sekarang ini...

Kalau tak setuju, bagi point/fakta la. Jangan melalut pulak.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 14:52

Pada 01-03-06 14:07 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

jen betul...mun pandai kutuk orang saja...cuba la ambil pendekatan realistik sikit...Kenapa mesti emosional????Kenapa mesti kutuk pemimpin kita...Kalau xdok mereka kita tak tahu nasib kita sekarang ini...

Aikk, sapa yang bagi rezeki?

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 14:54

Nak tanggung kos MRR2 la... agaknya... habis jalan2 rosak tu nak ganti pakai apa..

semua dasar korupsi...

Bookmark and Share

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 15:21

terasa sangat kali ni sebab minyak naik banyak sangat. memangla 30sen seliter,tapi bukan pakai sekali 1liter, sampai penuh tangki isi memang terasa sangat2 la.macam nak suruh pakar rekacipta kita komersilkan produk kerata berenjin asas air.

Bookmark and Share

  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

elmifaiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22925
Posting: 41
Dari: Brickfields

Selangor  

posticon Posting pada: 01-03-06 15:33

masyallah....

anda semua ni tak pernah rasa bersyukur....
tahukah anda harga petrol di luar negara ada yang mencecah lebih RM5 seliter?
alhamdulilah kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak...

jangan cepat melatah saudaraku....

Bookmark and Share

  Member Information For elmifaizProfil   Hantar PM kepada elmifaiz   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 15:38

!!! QUOTE !!!

anda semua ni tak pernah rasa bersyukur....
tahukah anda harga petrol di luar negara ada yang mencecah lebih RM5 seliter?
alhamdulilah kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak...

jangan cepat melatah saudaraku....

Kena melatah sebab ke mana perginya keuntungan 50 billion petronas...

Bersyukur ????

Mungkin anda tak pernah jumpa melayu yang dhaif, kais pagi makan pagi, rumah seperti reban ayam, makan nasi dengan garam.....

Akhir zaman ni ya akhi....yang kaya bertambah kaya...yang miskin semakin miskin, semakin ditindas....

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 15:45

Minyak naik darahpun naik...    
Wed | Mar 01, 06 | 01:58:32 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

SEMALAM ketika saya ke stesen minyak, saya telah menjangkakan bahawa tangki minyak motor saya tidak akan penuh jika diisi pada kadar biasa iaitu RM15 seperti sebelum ini.

Benar sekali, kerana saya perlu menambah kepada RM3 lagi untuk memenuhkan tangki minyak motor saya.

Ini bermakna perbelanjaan kenderaan saya meningkat kepada 20 peratus daripada kebiasaannya.

Kenaikan harga minyak sejumlah 30 sen yang diumumkan kerajaan benar-benar mengejutkan 'poket' saya yang mungkin akan kontang kerana bebanan mengisi minyak untuk berulang alik dari Seremban 2 ke Kuala Lumpur.

Darah saya mula mendidih, ditambah lagi semalam bila menonton Buletin Utama yang menyiarkan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Pak Lah minta rakyat berkongsi kereta atau menaiki pengangkutan awam berikutan keniakna harga minyak ini.Pelik sekali cadangan pemimpin Islam Hadhari ini.

Nak tanya sikit, Pak Lah pernah ke naik bas ke tempat kerja?atau naik teksi ke Putrajaya?Cakap mudah tetapi merasai mungkin tidak pernah..

Satu lagi perkara, soal perkongsian kereta, apakah sudi Pak Lah dan para menteri-menteri kabinetnya berkongsi kereta sesama sendiri.

Saya yakin ini tidak mampu dilakukan Pak Lah dan menterinya.Mereka (pak menteri) diberi laluan mudah untuk ke mana-mana dengan naik kereta duduk di bahagian belakang (orang besarlah katakan) di iringi pengawal, malah rakyat terpaksa ketepi ketika mereka melintasi jalan raya meskipun dalam keadaan sesak.

Inilah apa yang boleh dikatakan sebagai cakap tak serupa bikin, menteri boleh cadangkan apa sahaja kepada rakyat, tetapi yang menanggung kesusahan adalah rakyat.

Rakyat dikerah membayar cukai, membayar segala macam yuran untuk persekolahan anak-anak, membeli buku teks dan membayar caj perkhidmatan elektrik, air dan pembentungan dengan kadar yang tinggi.

Yang sengsaranya rakyat, yang tersepit adalah rakyat, apa yang menteri rasa ketika ini, jika keadaan kehidupan menteri yang dilihat hari ini tidakpun menampakkan mereka susah.

Ke sana kemari, laluan mudah dengan ada pengawal.Jalan sikit klim minyaknya beribu.Duduk di hotel dapat klim.Elaun tak habis makan, tak termasuk elaun jadi pengarah, jadi pengerusi pelbagai syarikat berkepentingan kerajaan dan bukan kerajaan.

Apa yang ada pada rakyat?sabar-sabar sabar....hinggalah tekanan darah meningkat..yang sakitnya rakyat, sakit...sakit...sakit sakit..menteri sakit boleh dapat rawatan di hospital swasta yang terpilih, tetapi rakyat hanya boleh pergi ke hospital kerajaan yang kelengkapanya mungkin tak setara dengan hospital seperti Gleneagle atau Ampang Puteri.

Inilah yang seharusnya difikirkan pemimpin, bukannya naikkan minyak ikut sesuka hati mereka, kononnya atas dasar nak membuat pembangunan.

Bosannya bila berbicara soal minyak naik ni,sebab darah saya akan naik jika terus menceritakannya.Ketika saya menulis inipun kawan saya sedang memaki hamun kerajaan, umno dan sekutunya kerana kenaikan harga minyak.

Pesanan kepada Pak Lah,..".tak apalah, orang Melayu tak pernah marah Pak Lah naikkan minyak....Naiklah lagi...Kalau boleh tahun depan naik sehingga 90 sen setahun, pukul rata, mudah sikit."

Terkadang saya berfikir, tulis banyak-banyak dengan bahasa yang standard pun orang tak ambil peduli soal kenaikan harga minyak.Bila agaknya orang Melayu nak sedar betapa keadaan mereka hari ini tersepit..Hanya Allah yang tahu..

Di petik dari Harakahdaily.com

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 16:11

Pada 01-03-06 15:33 , elmifaiz posting:

!!! QUOTE !!!

masyallah....

anda semua ni tak pernah rasa bersyukur....
tahukah anda harga petrol di luar negara ada yang mencecah lebih RM5 seliter?
alhamdulilah kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak...

jangan cepat melatah saudaraku....

Bersyukur tu bab lain, bersyukur kepada Allah, bukan kepada Pak Lah. Bukan dia yang bagi kita makan. Tapi sebab sekadar sedikit usaha dan tanggungjawab kepada negara dan masyarakat apabila ada sesuatu macam tak kena.

Kalau nak banding harga minyak dengan sesuatu negara lain, kena bandingkan semua sekali. Negara lain minyak mungkin mahal sikit sebab negara mereka memang tak ada minyak, tapi harga kenderaan murah, sebab kerajaan tak cekik rakyat dengan cukai yang tinggi sampai menyebabkan harga kereta di Malaysia antara yang termahal di dunia walaupun rakyatnya bukanlah yang terkaya.
Negara lain mana ada jalan yang terlampau banyak tol. Sebab sepatutnya belanja buat jalan kerajaan kena tanggung sebab dia kutip cukai, hasil negara semua diamanahkan kepada dia.
Sesetengah negara lain tak payah nak renew lesen setiap tahun? Buat apa nak renew? Sebab nak duit rakyat la.. Itu belum kira road tax lagi. Setengah negara lain yang ada minyak akan bagi kepada rakyat balik bila harga minyak naik contohnya kuwait siap bagi duit lagi kat setiap rakyat.
So in summary, kalau tak paham lagi, tengok ni..

kos pengangkutan kat Malaysia.
Tol
+Road tax
+lesen
+cukai kereta/kenderaan (bayar upfront)
-subsidi minyak(makin sikit)

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 16:42

Masih ramai yang 'pengsan'...SEDARLAH WOIIIII...

Betullah kata Dr.Mahathir, melayu mudah lupa

Minggu ni kerajaan tindas rakyat, minggu depan penyokong2 kerajaan ni rasa dah tak ada apa-apa walaupun poket mereka kering......sebab macam-macam bebanan yang dibebankan kerajaan pada rakyat...

kasihan melayu....layu sentiasa....Islam pun taknak pegang, akhirnya ..memetik kata-kata oghe kato...."KENO bodoh PAH CEROH"

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 01-03-06 16:50

kalau anda orang kaya atau dr keluarga yang tidak ada masalah kewangan pasti anda berkata..bersyukurlah sebab negara luar bayar RM5 seliter...dahulu terengganu produced minyak hasil negeri itu sendiri...dan tanpa mengambil 1sen pun duit minyak yang mereka dapat..mereka dengan taat hantar ke kerajaan pusat...begitu juga dengan sarawak dan sabah...kerajaan negeri tidak membantah asalkan mereka fikir duit itu sama rata dibahagikan tuk ekonomi negara dan sekaligus membantu rakyat...itu cerita beberapa tahun yang dahulu...Dr Mahathir nak naikkan minyak 1sen...boleh kira berapa tahun sekali...mungkin beliau kekurangan ilmu agama tapi bijak mengatur ekonomi negara...kata Dr Mahathir mengeluh lagi..'orang melayu suka abiskan duit afundi AF, bukan nak belajar supaya jadi pandai'..mengeluh beliau...

Pemerintahan mula berubah, dahulu pemimpin kita tak pernah jadi imam pada rakyat tapi sekarang dah ada dah...tapi pemimpin kini juga telah menaikkan minyak entah bape banyak kali sampai tak kira banyaknya...kalau naik 1 atau 2 sen pun kesannya amat tinggi..ini kan pulak 30 sen..kalau minyak memang isi 10 atau 30 sen saja dah boleh jalan berpuluh2 kilometer tak apa...ini full tank motor pun dah jadi RM10...teringat 2-3thn lepas RM10 ini tuk kereta kancil saja...tapi sekarang minyak moto dah RM10...kata nak bina pengangutan awam??untuk siapa???untuk orang kampung yang menoreh getah or nelayan ke???pendapatan rakyat kampung xpenah berubah dari dulu sampai sekarang...tapi kenaikan minyak sekaligus menaikkan benda2 lain....apa faedah buat pengangkutan awam kalau bukan semu rakyat boleh guna..alasan2..

kalau xreti nak control ekonomi...bawak2la kurangkan aktiviti sosial...ni tahun baru nak smbut juga..mercun saja cecah berjuta2...malam merdeka nak terhegeh2 juga...duit cecah juta lagi..program2 maksiat yang lain 2x5 jugak...bila sampai maal hijrah...start kul 8 pagi sampai tengah hari saja...yang datang berapa orang sangat??kos xsmpai juta pun..

bersyukur sebab rakyat malaysia bukan macam indonesia...kalau tak confirm dah mogok ini...sebab memang dr dulu lagi..kita xpenah nak sibuk dan fikir masalah hal orang lain...yang kita tau janji kita senang dahla..pernah tak kita bayangkan...bila semua benda naik???tapi gaji tak naik..or kerja makin tak ada...kucar kacir negara ni...semu orang akan cari jalan senang tuk hidup...mencuri,bunuh membunuh..kadar jenayah akan meningkat...jangan terkejut sekali lagi kalau Dr Mashitah keluar kenyataan lagi pasnie boleh melacur dr kalau dah terdesak sebab semu orang nak cari duit tuk tampung kehidupan zaman sekarang..

kalau sesiapa yang xpenah bekerja or tinggal dengan parents lagi..anda mungkin xrase fenomena yang orang-orang macam saya rasekan...tapi fikirkan2 kan kalau keadaan ini berterusan.....
[ Telah diedit oleh: hafeezzul pada 01-03-06 16:55 ]

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 16:52

aku tak rasa apa yang mun rasa...

takut mun agaknya...keno bodoh pah ceroh..huhuhu

Bookmark and Share

  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:03

Assalamualaikum...
Terasa bahang juga bila baca forum hari ni.. kes minyak lah pula..
Sesetengah orang ni kalau bagi minyak free pun kalau dok tak suka dia kutuk jugak.. standard la.. Bila bicara soal politik dalam forum di Ukhawah.com ni dah mestinya side kerajaan kena hentam.. tapi bila kita hentam the other parties.. macam-macam cekadak pula dia sebut.. fact la, prove la..

mari kita fikir macam ini.. Ada yang kata Petronas untung sampai 50 Billion la.. tapi ye ke kita kat sini yang bagi keuntungan kepada Petronas.. ada ke Hamba Allah dalam forum ni yang hanya guna minyak Petronas? ada ke. Aku rasa macam tak ada.. kita lebih fikir yang mana kita cepat sampai la, minyak kualiti lebih la.. Kalau kita semua beli minyak kat Petronas dan Petronas dah kaya raya.. macam-macam Petronas boleh bagi kat kita.. Itu pendapat aku base on apa yang terjadi kat Miri la..

Kalau nak kata minyak mahal.. kita ni kira murah lagi compare to Thailand.. Brunai memang murah la.. sebab kat Brunai minyak banyak dan kereta pun sikit.. Kuwait pun negara dia bukan besar mana..

Kekadang aku masih rasa bersyukur kepada Allah dikurniakan pemimpin sebegini dari menerima pemimpin yang seperti terjadi di Thailand dan Filipina..

Kenapa kalau bicara soal agama kita boleh mengaku cetek ilmu.. tetapi kalau bab politik dah macam dapat Phd dah.. Kata orang macam tu macam ini... Pak Lah bagi kaya menantu la.. Pak Lah itu la .. Pak Lah ini la.. Sebagai mana orang2 lain fanatik kepada kepemimpinan bukan kerajaan dan rapat dengan mereka.. Aku berasal dari Kepala Batas dan cukup rasa bertuah berada disini.. At least apa yang pihak lain perkatakan terhadap Pak Lah boleh jugak aku sangkal.. Dan nama tempat Kepala Batas ni cukup bermakna bagi Parti Islam Se-Malaysia kerana di Kepala Batas lah mereka ditubuhkan.. bukannya di Pantai Timur pun..

Apa yang aku celoteh dari isu minyak ni pun tak tau la.. dah sembang pasal minyak.. orang lain pun dok simbah minyak..

Bookmark and Share

  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:05

Pada 01-03-06 16:50 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

kalau sesiapa yang xpenah bekerja or tinggal dengan parents lagi..anda mungkin xrase fenomena yang orang-orang macam saya rasekan...tapi fikirkan2 kan kalau keadaan ini berterusan.....

mereka ni biasala mentaliti, asalkan aku hidup senang, peduli apa orang lain.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:12

Pada 01-03-06 17:03 , Bunga_Raya_Putih posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Terasa bahang juga bila baca forum hari ni.. kes minyak lah pula..
Sesetengah orang ni kalau bagi minyak free pun kalau dok tak suka dia kutuk jugak.. standard la.. Bila bicara soal politik dalam forum di Ukhawah.com ni dah mestinya side kerajaan kena hentam.. tapi bila kita hentam the other parties.. macam-macam cekadak pula dia sebut.. fact la, prove la..

mari kita fikir macam ini.. Ada yang kata Petronas untung sampai 50 Billion la.. tapi ye ke kita kat sini yang bagi keuntungan kepada Petronas.. ada ke Hamba Allah dalam forum ni yang hanya guna minyak Petronas? ada ke. Aku rasa macam tak ada.. kita lebih fikir yang mana kita cepat sampai la, minyak kualiti lebih la.. Kalau kita semua beli minyak kat Petronas dan Petronas dah kaya raya.. macam-macam Petronas boleh bagi kat kita.. Itu pendapat aku base on apa yang terjadi kat Miri la..

Kalau nak kata minyak mahal.. kita ni kira murah lagi compare to Thailand.. Brunai memang murah la.. sebab kat Brunai minyak banyak dan kereta pun sikit.. Kuwait pun negara dia bukan besar mana..

Kekadang aku masih rasa bersyukur kepada Allah dikurniakan pemimpin sebegini dari menerima pemimpin yang seperti terjadi di Thailand dan Filipina..

Kenapa kalau bicara soal agama kita boleh mengaku cetek ilmu.. tetapi kalau bab politik dah macam dapat Phd dah.. Kata orang macam tu macam ini... Pak Lah bagi kaya menantu la.. Pak Lah itu la .. Pak Lah ini la.. Sebagai mana orang2 lain fanatik kepada kepemimpinan bukan kerajaan dan rapat dengan mereka.. Aku berasal dari Kepala Batas dan cukup rasa bertuah berada disini.. At least apa yang pihak lain perkatakan terhadap Pak Lah boleh jugak aku sangkal.. Dan nama tempat Kepala Batas ni cukup bermakna bagi Parti Islam Se-Malaysia kerana di Kepala Batas lah mereka ditubuhkan.. bukannya di Pantai Timur pun..

Apa yang aku celoteh dari isu minyak ni pun tak tau la.. dah sembang pasal minyak.. orang lain pun dok simbah minyak..

tak paham macam mana nak explain kat awak ni. Boleh tak baca semua posting sebelum buat posting?
[ Telah diedit oleh: pukau pada 01-03-06 17:20 ]

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:16

perlu tahu ke asal usul kalau nak berposting?

Bookmark and Share

  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:21

Pada 01-03-06 17:16 , Bunga_Raya_Putih posting:

!!! QUOTE !!!

perlu tahu ke asal usul kalau nak berposting?

pasal awak ni melalut sangat..nak kata tak sekolah kang marah.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:24

Mana ada saya melalut la.. Baca dan cari lah fakta2 didalamnya.. Tapi kalau malas baca. terpulanglah.

Bookmark and Share

  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:43

Pada 01-03-06 17:24 , Bunga_Raya_Putih posting:

!!! QUOTE !!!

Mana ada saya melalut la.. Baca dan cari lah fakta2 didalamnya.. Tapi kalau malas baca. terpulanglah.

Alahai beruntunglah pak lah dapat penyokong setia macam awak ni.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 17:45

Sokong guna akal... Mengangguk juga guna akal.. cuma mengundi guna tangan.. sebab akal tak boleh menulis..

Bookmark and Share

  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 18:03

;-) hhmmm....tak tahu laaa....yang pasti,semua harga barangan lain akan naik

:-) tadi ana beli akhbar KOSMO!,ana just bagi saja 0.40 sen (harga biasa untuk IPTA/IPTS) tapi tiba2 akak yang jaga kaunter tu cakap yang KOSMO! dah naik seposen jadi lima posen.......

-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...

Bookmark and Share

  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 18:07

Satu perkara yang pihak penguatkuasaan tak dapat nak sekat adalah harga barangan di dalam kawasan2 kampung.. sebab orang kampung yang beli adalah kerana keperluan produk dan tiada pilihan.. Kekadang PBT ni pun hanya jalan2 saja kat pasar. bukan nak buat apa pun.. (based on my experience)

Bookmark and Share

  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-06 22:35

Bang bunga, Cuba jawab yang ni, pakai fakta la sikit, janganlah nak putar alam kok ye pun umno hardcore.

Bersyukur tu bab lain, bersyukur kepada Allah, bukan kepada Pak Lah. Bukan dia yang bagi kita makan. Tapi sebab sekadar sedikit usaha dan tanggungjawab kepada negara dan masyarakat apabila ada sesuatu macam tak kena.

Kalau nak banding harga minyak dengan sesuatu negara lain, kena bandingkan semua sekali. Negara lain minyak mungkin mahal sikit sebab negara mereka memang tak ada minyak, tapi harga kenderaan murah, sebab kerajaan tak cekik rakyat dengan cukai yang tinggi sampai menyebabkan harga kereta di Malaysia antara yang termahal di dunia walaupun rakyatnya bukanlah yang terkaya.
Negara lain mana ada jalan yang terlampau banyak tol. Sebab sepatutnya belanja buat jalan kerajaan kena tanggung sebab dia kutip cukai, hasil negara semua diamanahkan kepada dia.
Sesetengah negara lain tak payah nak renew lesen setiap tahun? Buat apa nak renew? Sebab nak duit rakyat la.. Itu belum kira road tax lagi. Setengah negara lain yang ada minyak akan bagi kepada rakyat balik bila harga minyak naik contohnya kuwait siap bagi duit lagi kat setiap rakyat.
So in summary, kalau tak paham lagi, tengok ni..

kos pengangkutan kat Malaysia.
Tol
+Road tax
+lesen
+cukai kereta/kenderaan (bayar upfront)
-subsidi minyak(makin sikit)

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 01:58

Baru siang tadi Bas yang kami sewa untuk program hari keluarga menaikan sewa Bas sebanyak RM50 atas alasan harga minyak. Bayangkan sedangkan harga asal yang dipersetujui pada awal bulan 2 hari tu adalah RM400 untuk perjalanan ke sg congkak, hulu langat, bila kenaikan harga minyak diesel diumumkan kelmarin, pemilik Bas terus naikkan RM50

Bookmark and Share

  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 07:01

Pada 01-03-06 14:07 , Ghufranallah posting:

!!! QUOTE !!!

jen betul...mun pandai kutuk orang saja...cuba la ambil pendekatan realistik sikit...Kenapa mesti emosional????Kenapa mesti kutuk pemimpin kita...Kalau xdok mereka kita tak tahu nasib kita sekarang ini...

walaupun jika ada kesilapan dalam pemerintahan, itu urusan dia dengan Allah kelak.tak pasal2 anda semua ini dapat dosa..

ada bukti ke anda semua tuduh yang bukan2...????
mana perginya nilai moral anda sebagai mahasiswa??/ini ke sikap mahasiswa????Kalau nak kutuk ke, nak komen ke, tak puas hati ke,silakanlah guna pendekatan yang sesuai..jangan berani bercakap saja, tapi hasil hamprakkk tak ada. jen betul...

ingat sahabatku...Allah menjadikan kita sebagai khalifah untuk memimpin mukabumi ini...
kepimpinan kita ini akan ditanya oleh Allah kelak...so, fikir2 kan lah....

1. saudara/i perlu perbetulkan sikit...siapa yang menurunkan rezeki kepada kita???? siapa yang mencipta kita???? fikir dulu sebelum cakap....nanti lain jadinya pada aqidah anda....

2. sebelum anda tanya moral pengkritik....sila nilai diri pemimpin terlebih dahulu....dan jangan lupa bukan pemimpin saja yang di soal? tapi anda juga di soal sama ada memilih pemimpin yang hendakkan islam secara syumul atau sebaliknya...

3. nak bukti apa lagi????? sah anda tak ikut perkembangan semasa...

4. motif kita sekarang nak jaga pemimpin daripada di soal kemudian hari....ada faham?????

5. rakyat berhak bersuara jika terdapat tindakan yang tak munasabah daripada pemimpin......

Bookmark and Share

  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 07:08

Pada 01-03-06 15:33 , elmifaiz posting:

!!! QUOTE !!!

masyallah....

anda semua ni tak pernah rasa bersyukur....
tahukah anda harga petrol di luar negara ada yang mencecah lebih RM5 seliter?
alhamdulilah kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak...

jangan cepat melatah saudaraku....

ni seorang lagi yang bermasalah....itu negara yang tiada sumber minyak...mestilah mahal sikit....tapi negara kita antara pngeluar minyak...sedarlah sikit dari lamunan....pemimpin kata hitam..hitamlah......pemimpin kata putih..putihlah.....celik sikit...fikir...beban masyarakat...jangan fikir diri sendiri saja....tak faham politik langsung....

Bookmark and Share

  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 07:46

la tak tau ke?

10 sen daripada setiap bayaran tuan-tuan, puan-puan dan encik-encik semua dimasukkan dalam dana Pilihanraya Umum nanti.

ha! Pilih, pilih!

Bookmark and Share

  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 09:04

tukar lah nick 'Ghufranallah' kepada 'ghufranumno', ianya lebih sesuai dengan mentality anda

Bookmark and Share

  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

Qayum
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15906
Posting: 84
Dari: Pulo Pine

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 09:34

Nak minta rakyat guna perkhidmatan awam konon, la ni pun bas mai sejam sekali..Itu pun nasib baik, kadang-kadang tak mai langsung sebab rosak. Pak Lah nampak kat KL saja..10 minit sekali.
    Tunggu Pak Lah kawin lagi pun belum tentu perkhidmatan kenderaan awam bertambah baik...

Bookmark and Share

  Member Information For QayumProfil   Hantar PM kepada Qayum   Quote dan BalasQuote

Abdul_Mateen
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2006
Ahli No: 21607
Posting: 11
Dari: Eindhoven

netherlands   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 10:41

"Perdana Menteri yang mengulangi jaminan bahawa ia adalah satu-satunya kenaikan harga minyak petrol dan diesel bagi tahun ini berkata, kerajaan membuat keputusan menaikkan 30 sen sekali gus bagi mengurangkan ketidaktentuan."
satu2nya kenaikan pada tahun ini itu...nampak sangat tahun depan nak naik lagi..lepas itu tahun berikutnya naik lagi..last2 dah same dengan harga tanpa subsidi..konon harga minyak kita ni murah sangat..then nak banding dengan negara jiran..arab saudi pun ada minyak juga..tapi tak ada pun naik harganya..10 tahun, maintain harga sama..heh..konon

Bookmark and Share

  Member Information For Abdul_MateenProfil   Hantar PM kepada Abdul_Mateen   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 15:54

yang pelik kenaiikan mendadak menguntungkan rakyat? teori apa yang dia pakai..

Kalau logic..
Penaikkan berkala.
Jan 2.60 feb 2.60 march 2.70 april 2.70 mei.2.70 jun 2.70 jul 2.70 ogos 2.80 sept 2.80 okt 2.80 nov 2.90 disember 2.90 = RM 32.90
Penaikkan mendadak.
Jan 2.60 feb 2.60 march to dec 2.90(10) = 5.20 + 29.00 = 34.20

bezanya 1.30 sen kalau logic macam ni... tu belum kira barang yang naik..sekaligus..

yang pelik kenapa naik sampai 30 sen? apa logicnya?... MRR2? project terbengkalai? kos sukan? kos apa yang kerajaan tanggung lagi?

Bookmark and Share

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 16:07

minyak naik, tapi gaji tak naik pun?
logik akal, negara pengeluar minyak yang berkualiti di dunia, menjual minyak yang kurang berkualiti kepada rakyatnya dengan harga yang mahal...

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 16:41

!!! QUOTE !!!

ingat sahabatku...Allah menjadikan kita sebagai khalifah untuk memimpin mukabumi ini...
kepimpinan kita ini akan ditanya oleh Allah kelak...so, fikir2 kan lah....

Tau pulak yang kepimpinan akan ditanya....anda tuju pada siapa ni...siapa yang memerintah

Anda tak rasa apa-apa mungkin sebab anda kaya....tapi bagaimana dengan yang miskin....

Setiap orang ada hak untuk menuntut keadilan...

Kalau anda pandai sangat tentang khalifah dan kepimpinan, anda lupakah semasa Saidina Umar di lantik menjadi khalifah.... Rakyat dibawah mencabar umar dengan pedang dengan katanya kalau umar memerintah tak betul pedang ini akan membetulkan kamu

Tak salah kita nak emosional sebab kita ditindas....

Kesilapan dalam pemerintahan bukan urusan dia dengan Allah sahaja....anda sedar tak sabdaan Nabi yang menyuruh kita berkata benar kepada pemerintah dan mencegah perbuatan mungkar pemerintah....

Dari zaman dahulu lagi, Ulama2 kita kebanyakannya menentang pemerintah zalim.....

Dan anda tahu Kenapa Allah menurunkan bala pada sesuatu tempat, kerana sikap taknak ambil tahu tentang kezaliman, tentang kemungkaran yang berlaku di sekeliling....natijahnya semua orang kena bala yang diturunkan Allah....

Anda sedang mempertahankan kerajaan yang membelakangkan Islam sebagai suatu sistem pemerintahan, anda sedar ke tak ?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

" Tidak ada ketaatan pada makhluk yang bermaksiat pada Khaliq

Wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: mujahadatunnafsi pada 02-03-06 16:43 ]

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

pola
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3788
Posting: 2
Dari: nummex

Johor  

posticon Posting pada: 02-03-06 16:42

wahh..hebat ah anda berdebat..
kalah forum dalam tv nun...
biasa la..
manusia memang pandai berkata2..
tapi bla nak melaksanakan..
tak ramai yang mampu...
aku pun terlalu cetek ilmu..
takut nak kata lbey-lbey...
aku petik kata-kata pensyarah aku...
"balik balik..cermin dari..tengok sapa kita.."
aku tak rasa paklah akan baca apa yang kita tulis ni..
so..kalau antum rasa apa yang antum kata betul..yang tak buat surat rasmi saja hantar kat dia..
hantar kat surat kabar...
kita ada hak untuk bersuara..
antum juga yang dapat pahala buat amal untuk rakyat..
mungkin ramai yang kata siapa nak layan..
bla dah terlelu ramai yang mengusulkan...pasti terbangkit jugak..

Bookmark and Share

  Member Information For polaProfil   Hantar PM kepada pola   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 16:47

Pak Lah tak baca tapi malaikat mencatit dan Allah melihat...setidak-tidaknya kita dah berperanan untuk mencegah kemungkaran...mudah-mudahan ada yang membaca dan ada yang sedar dengan hakikat yang berlaku sekarang...

Kita yang merasai peritnya kita tahulah bagaimana, mungkin orang kaya-kaya tak mengapalah naik rm10 sekalipun.....

Bookmark and Share

  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

nike_007
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20933
Posting: 125
Dari: pasir mas

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 17:02

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menjadi pengimport bersih petroleum sepenuhnya dalam tempoh empat tahun lagi jika tahap penggunaan minyak yang semakin meningkat di kalangan rakyat sekarang berterusan, kata Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain mengurangkan beban subsidi, langkah kerajaan menaikkan harga runcit petroleum sebanyak 30 sen kelmarin turut bertujuan menimbulkan kesedaran supaya rakyat mengubah cara hidup dan menjimatkan bahan api.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kenaikan Harga Minyak, berkata tanggapan bahawa Malaysia pengeksport besar petroleum tidak tepat kerana kedudukan sebenar negara hanya sebagai pengeksport bersih yang kecil.

“Angka (eksport) bersih kita sekarang cuma 75,000 tong sehari sebab pengeluaran minyak kita mendatar iaitu kira-kira 650,000 tong sehari sedangkan penggunaan semakin meningkat. Jadi, jurang itu semakin mengecil.

“Saya tanya hari ini kepada Presiden Petronas dan beliau kata, kemungkinan menjelang 2010, iaitu empat tahun lagi, jika trend ini berterusan, kita akan menjadi pengimport bersih petroleum.

“Ertinya, kalau kita tidak buat langkah (mengurangkan beban subsidi) hari ini, generasi akan datang menanggung kesannya,” katanya dalam Program Wawancara Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh semua stesen televisyen, malam tadi.

Beliau ditanya mengapa kenaikan harga petroleum perlu dilakukan sedangkan Malaysia dilihat rakyat negara ini sebagai pengeksport komoditi itu.

Najib menjelaskan, kerajaan menetapkan kenaikan sebanyak 30 sen sekali gus kali ini kerana langkah itu dianggap lebih baik berbanding kenaikan secara berperingkat seperti dilakukan sebelum ini.

“Tahun lalu, kita naikkan harga bahan api, terutama diesel sebanyak tiga kali dan jumlahnya 45 sen tetapi kali ini, kenaikan hanya sekali saja dengan jumlahnya 30 sen.

“Kenaikan ini lebih baik kerana orang ramai dan peniaga mendapat kepastian. Ini memudahkan mereka membuat perancangan kewangan,” katanya sambil memberi jaminan, harga runcit itu tidak dinaikkan tahun ini sekalipun jika harga minyak dunia terus naik.

Beliau berkata, kerajaan perlu menanggung subsidi dan bentuk cukai sebanyak RM16 bilion tahun ini jika kenaikan harga tidak dilakukan. Kerana itu, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan api berikutan peningkatan tinggi harga minyak dunia yang di luar kawalan.

“Kita perlu terima hakikat bahawa kenaikan ini tidak dapat dielakkan. Jika kita sudah terima hakikat, lebih mudah untuk kita membuat penyesuaian, cara hidup dan berbelanja supaya walaupun harga naik, kita dapat mengekalkan kualiti hidup.

“Yang penting, kita perlu sedar bahawa dengan langkah penjimatan ini, kerajaan meletakkan asas ekonomi dan kewangan yang lebih kukuh untuk masa depan.

“Satu daripada kebaikan yang boleh terbit daripada kenaikan ini ialah timbul kesedaran bahawa rakyat perlu membuat perubahan cara hidup, berbelanja secara berhemah, menentukan keutamaan perbelanjaan dan tidak membazir,” katanya.

Najib berkata, selain janji tidak akan menaikkan lagi harga bahan itu tahun ini, kerajaan juga akan menggunakan sepenuhnya wang yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi itu untuk pembangunan, terutama meningkatkan kemudahan pengangkutan awam.

Selain itu, kerajaan menyediakan kemudahan `fleetcard’ bagi membolehkan subsidi diesel terus dinikmati pengusaha pengangkutan awam dan nelayan supaya kos pengangkutan mereka tidak naik ketara.

Ditanya apakah kenaikan harga bahan api itu akan menjejaskan daya saing Malaysia dan Wawasan 2020, Najib berkata, tiada sebab Kenapa negara tidak boleh mencapai matlamat itu.

“Jika negara lain yang hapuskan subsidi sama sekali dan tetapkan harga diesel yang jauh lebih tinggi boleh kompetitif, takkan Malaysia tak boleh kompetitif kerana kos kita lebih rendah.

“Soal mencapai Wawasan 2020 itu komitmen politik kita. Kita akan teruskan dan saya percaya kita dapat menentukan pertumbuhan ekonomi secukupnya untuk sampai ke tahap negara maju,” katanya.

Najib turut memberi amaran, peniaga tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan kerana kajian menunjukkan kos minyak hanya 1.5 peratus daripada komponen kos pengeluaran.

“Mereka mendapat ‘fleetcard’ dan barang mereka datang dengan lori yang dapat subsidi minyak. Kenapa mereka perlu naikkan harga,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lebih banyak kedai harga patut bagi membolehkan rakyat terus menikmati barangan pada harga berpatutan, sekali gus mengawal inflasi.

“Jika kita guna kuasa pengguna dengan membeli di kedai ini, kedai lain juga akan terpaksa ikut menurunkan harga,” katanya.

FAKTA:
75,000 - Jumlah tong eksport minyak sehari
650,000 - Jumlah tong pengeluaran sehari

Bookmark and Share

  Member Information For nike_007Profil   Hantar PM kepada nike_007   Pergi ke nike_007's Website   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 18:38

kita kena bezakan mengutuk dengan mengkritik dalam bab ni......tak timbul langsung soal tak bersyukur,kutuk pemimpin dll.....ini negara kita,kita pertahankan....perpaduan diutamakan....

dalam soal kenaikan minyak ni,memang kita rakyat biasa ni tak berapa faham,,....jadi kena tanya orang yang lebih memahaminya,......jangan bercakap apa yang kita kurang tahu ,..takut2 tersalah nanti.....

tapi jelas,kenaikan minyak kali ini menguntungkan pihak2 tertentu sahaja...dasar ekonomi kapitalis..........

Bookmark and Share

  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3081
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 21:30

siapa yang tak bersyukur???
badawi ke kita??????

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 02-03-06 22:22

em nampaknye ada jugak puak2 yang setuju harga minyak naik...tak faham betul la...siapa yang setuju sangat itu boleh tolong support saya tak??kalau xsupport saya pun support orang lagi teruk nasibnya dari saya...

Apa pun hakikatnya kenaikan ini memang saya tak setuju...ikut hati rasa nak bom saja pejabat perdana menteri...tapi biasala ikut hati punya cerita la..nak gambarkan tengah tension xtension nya ini...apa pun siapa yang sokong kerajaan tolong la nasihat orang-orang diatas itu supaya tgk2 la orang bawah...kempen nak kongsi kenderaan konon...kalau PM dan TPM kongsi baru boleh sembang...kalau suruh rakyat kongsi lepas itu hangpa naik perdana seorang satu dengan driver lagi...nak suruh kongsi...cakap boleh la...

kalau naik sebab nak tolong orang lain tak apa juga...ekonomi saja naik...tapi rakyat makin teruk juga...baik habis duit buat benda lain...tak dapat dunia pun tak apalah..janji boleh dapat akhirat!!

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 23:43

kurang ajar betul biruenie??

Bookmark and Share

  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar

posticon Posting pada: 02-03-06 23:47

ada ke patut tukar nick name aku kepada ghuranumno...memang kurang asam betul...

wehHhh...aku just komen saja..tapi tak semestinya aku sokong...jen betul....
yang aku tak puas hati..anda semua tak pasal2 dapat dosa..kutuk orang..., caci mencaci...ini ke sikap anda semua sebagai seorang mahasiswa??/ini ke pemikiran mahasiswa???apa nak jadi la....Kalau anda nak tegur pun tegur lah secara berhikmah...

bukannya kutuk dalam portal ini...buat biruenie...anda dah mencabar sifat kesabaran aku......Kalau anda kat usm ini..aku cari anda......!!!!!marah ni....

Bookmark and Share

  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 04:03

assalamualaikum

Akhbar hari ini sayap Pemuda parti pemerintah itu mengeluarkan kenyataan memuji tindakan Pak Lah selaku perdana menteri yang menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen sekaligus sebagai langkah yang berani. Jika benar pun ahli Pemuda Umno rata-ratanya menggunakan basikal sebagai kenderaan rasmi mereka, mereka masih lagi perlu ingat bahawa semua barang-barang bagi memenuhi keperluan asas mereka dan rakyat bukan diangkut mengunakan kereta lembu, bukan dibawa dengan kereta api, semuanya diangkut dengan kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api petrol dan diesel. Jadi adalah mustahil jika mereka tidak terasa dengan kenaikan ini.

Di sini juga saya ingin sentuh penjelasan Dato Seri Najib Tun Razak selaku timbalan perdana menteri yang dimuatkan pada berita utama akhbar hari ini. Dalam memberi penjelasan tentang keputusan kerajaan menaikkan harga minyak, Dato' Seri Najib memberi alasan bahawa tindakan ini tidak secara langsung bertujuan menimbulkan kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan mengubah cara hidup dan menjimatkan penggunaan bahan api. Di sini Dato' Seri Najib perlu sedar bahawa isu ini bukan isu pengguna kenderaan persendirian semata-mata, malahan lebih daripada itu ianya adalah isu kenderaan perdagangan yang terlibat dengan pengangkutan barang-barang dagangan dan pengangkutan awam.

Sebagai seorang yang bekerja di syarikat haulier atau pengangkutan kontena, saya dapati bahawa bukan sedikit jumlah bahan api yang diperlukan untuk operasi pengangkutan kontena selama 24 jam. Maka kenaikan 30 sen bahan api diesel adalah sesuatu kenaikan yang amat besar sekali bagi syarikat pengangkutan lebih-lebih lagi harga diesel untuk kenderaan perdagangan adalah lebih tinggi berbanding harga minyak diesel kenderaan persendirian. Sebut tentang pengangkutan awam seperti bas, baru semalam Bas yang disewa untuk hari keluarga pada 12 Mac ini yang pada asalnya pemiliknya mengenakan RM400 bagi perjalanan ke Sungai Congkak, Hulu Langat, bila sahaja kenaikam harga minyak termasuk diesel diumumkan, sewa bas terus dinaikkan sebanyak RM50. Bayangkan kenaikan sebanyak RM0.30 memberi lonjakan kenaikan sebanyak RM50.

Pada akhbar tersebut juga saya tertarik dengan panduan rancang perbelanjaan berhemat yang ditujukan kepada rakyat dalam berhadapan kenaikan harga minyak. Namun bagi saya adalah tidak adil jika rakyat sahaja yang perlu diberi panduan dan ingatan dalam perbelanjaan, kerajaan juga perlulah diberi panduan dan peringatan dalam berhadapan dengan kenaikan harga minyak mentah dunia ini. Antara yang perlu diingatkan dan diberi panduan ialah tentang kaedah berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan mengurus, mengurangkan aktiviti-aktiviti yang membazir, membenteras secara serius amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan termasuk menteri-menteri kabinet yang selama ini ternyata telah merugikan jutaan wang negara dan boleh jadi juga pengurangan elaun menteri sebagai cara untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Ini penting kerana jika amalan pembaziran berlaku di kalangan rakyat, ianya hanya melibatkan duit poket individu terbabit tetapi jika amalan pembaziran ini berlaku dalam kerajaan, ianya telah melibatkan wang rakyat, wang pembayar cukai. Jika panduan ini diikuti secara serius oleh kerajaan insya-Allah soal kerajaan tidak mampu menampung subsidi minyak akibat kenaikan harga minyak mentah dunia tidak akan timbul.

Bookmark and Share

  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

zico
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2006
Ahli No: 22639
Posting: 48
Dari: Bangsar

lebanon  

posticon Posting pada: 03-03-06 08:25

sama sama kita pakat undi Pas no. Esok, apalagi, jom la mai demontrasi ramai-ramai.........
jangan cakap saj a pandai. ok

Bookmark and Share

  Member Information For zicoProfil   Hantar PM kepada zico   Quote dan BalasQuote

zico
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2006
Ahli No: 22639
Posting: 48
Dari: Bangsar

lebanon  

posticon Posting pada: 03-03-06 08:28

buat gufranallah........hang kalau dah sokong umno tu cakap saja la hang sokong umno.
nak terbeliak nak nyorok2 tu apekehalnya.
aku dan team ukhwah ni pun paham.
tak akan kami nak rayu kau sokong BA
dasar umno TOTOK

Bookmark and Share

  Member Information For zicoProfil   Hantar PM kepada zico   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 08:46

aku budak usm lah...aku kenal hang

Bookmark and Share

  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 09:42

Hehe... biarlah berbeza ideology asalkan still ada rasa sayangkan Islam..

Tapi pilihlah yang menjamin hidup dunia akhirat.. At least, menunjukkan kasih sayang kita kepada agama dan Rasulullah kita..

Wallahu a'lam..

Bookmark and Share

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 10:17

pengampu2 kerajaan dah mula menyatakan sokongan kepada PM...
ampu patik beribu-ribu ampu, sembah patik harap diberi projek...

Bookmark and Share

  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 12:14

hak masing2 nak sokong BN ke PAS

yang penting antara PAS dan BN
aku sokong Parti BUruh..huhuhuhuhuhuhu

jen betul mun Zico...

Bookmark and Share

  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

lebah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 20:05

saya pun sokong kalau nickname anda tukar saja daripada Ghufranallah ke ghuranumno.

sebabnya kata-kata anda tidak melambangkan apa yang dikehendaki oleh allah tetapi lebih kepada umno...

-----------------
iCaM SeLaMat
"kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)

Bookmark and Share

  Member Information For lebahProfil   Hantar PM kepada lebah   Quote dan BalasQuote

ainafizah
Warga Rasmi
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15858
Posting: 4
Dari: Malaysia

Kedah  

posticon Posting pada: 03-03-06 20:28

saya bersetuju dengan AMRIZALLLLL
semua belajo,semua pandai fikir

Bookmark and Share

  Member Information For ainafizahProfil   Hantar PM kepada ainafizah   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 03-03-06 23:01

Saudara
>sekalian
>
> Pertama sekali abang kepada Perdana Menteri kita ia itu
> Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef
> menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan
> MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk
> sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual
> sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30
> setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
>
>     Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah
> mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan
> duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.
>
>     Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama
> Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin
> menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak
> sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta.
> Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang
> yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
>
>     Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang
> sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen
> satu liter.
>
>     Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit
> rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat
> telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar
> ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu
> buat kontrak.
>
>     Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi
> minyak.
>
>     Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia
> pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
> Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke
> Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang
> sekeluarga.
>
>     Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan
> yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
>
>     Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik,
> belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala
> Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta
> Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja
> makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi
> sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud
> jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik
> dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.
>
>     Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga
> minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak
> di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
>
>     Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100
> batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong
> tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya
> Utara Selatan kita). aku tau ni sebab aku pernah study
> kat utara kedah 5 tahun....
>
>     Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda
> Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah
> daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.
> Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.
>
>     Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang
> perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250
> sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000
> sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal
> sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan
> selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang
> terpaksa tanggung rasuah AP ini.
>
>     Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang
> dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga
> sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia
> rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak
> cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik
> lah harga minyak 30 sen satu liter.
>
> Maklumat ini
> elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di
> kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan
> melindungi rakyat Malaysia yang bersusah payah
> daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba
> Kerajaan. renung baik2..habis la kita terutamanya
> melayu jadi mangsa melayu...laksanakan hukumIslam...hapuskan sebarang tindasan
>
>     Sekian. Salam.

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 04-03-06 00:40

Masalahnya wang rakyat digunakan untuk kepentingan mereka saja...
sebab tu harga minyak kena naikkan...
sebab nak cover balik yang diambil

-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::

Bookmark and Share

  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 04-03-06 09:20

Pada 03-03-06 20:05 , lebah posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun sokong kalau nickname anda tukar saja daripada Ghufranallah ke ghuranumno.

sebabnya kata-kata anda tidak melambangkan apa yang dikehendaki oleh allah tetapi lebih kepada umno...

Sukahati dialah nak sokong sesiapa pun.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 04-03-06 09:23

Pada 03-03-06 23:01 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Saudara
>sekalian
>
> Pertama sekali abang kepada Perdana Menteri kita ia itu
> Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef
> menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan
> MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk
> sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual
> sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30
> setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
>
>     Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah
> mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan
> duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.
>
>     Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama
> Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin
> menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak
> sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta.
> Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang
> yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
>
>     Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang
> sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen
> satu liter.
>
>     Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit
> rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat
> telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar
> ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu
> buat kontrak.
>
>     Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi
> minyak.
>
>     Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia
> pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
> Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke
> Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang
> sekeluarga.
>
>     Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan
> yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
>
>     Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik,
> belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala
> Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta
> Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja
> makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi
> sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud
> jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik
> dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.
>
>     Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga
> minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak
> di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
>
>     Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100
> batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong
> tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya
> Utara Selatan kita). aku tau ni sebab aku pernah study
> kat utara kedah 5 tahun....
>
>     Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda
> Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah
> daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.
> Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.
>
>     Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang
> perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250
> sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000
> sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal
> sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan
> selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang
> terpaksa tanggung rasuah AP ini.
>
>     Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang
> dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga
> sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia
> rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak
> cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik
> lah harga minyak 30 sen satu liter.
>
> Maklumat ini
> elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di
> kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan
> melindungi rakyat Malaysia yang bersusah payah
> daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba
> Kerajaan. renung baik2..habis la kita terutamanya
> melayu jadi mangsa melayu...laksanakan hukumIslam...hapuskan sebarang tindasan
>
>     Sekian. Salam.

Kepada Penyokong Umno Hardcore, baca kasi paham betul2. bukalah sikit mata tu oiii. Jangan nak hangguk saja dan telan saja apa orang cakap. Gunala sikit otak. Kalau anda pun dapat special treatment dari Pak Lah, kira baloilah jugak jadi tukang angguk sepenuh masa.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar

posticon Posting pada: 04-03-06 10:06

huh naik lagi

Bookmark and Share

  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 04-03-06 10:30

:roll: thank you hafeezzul......tapi betul ke kereta honda civic 1.5 kat Thailand cuma RM40,000 saja....memang murah arrr.....

-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...

Bookmark and Share

  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 04-03-06 11:44

Susu

Bookmark and Share

  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 05-03-06 15:03

jangan kata honda civic..mercedes pun murah...xcaya pergi singapore pun murah juga...Kenapa kereta kita mahal??harga proton untuk pasaran hanya berbelas ribu saja..tapi jual kat rakyat sendiri berpuluh2 ribu..kita xkesah harga minyak naik..sebab rakyat Malaysia ini pemurah...semua nya murah...harga diri pun murah...orang pijak kepala kita pun kita angguk saja...kalau orang xtindas kita memang kita akur dan taat pada pemimpin...tapi kalau pemimpin nyusahkan rakyat...siapa nak??nabi pemimpin dunia pun tak ada katil kat umh tidur atas daun2 pokok kurma saja...bukan nak kata pemimpin xperlu ada katil...tapi pemimpin orang yang paling patut berkorban untuk rakyat sendiri..bukan ambil kesempatan...orang lain bayar cukai tuk dapat kesenangan diri sendiri dan masyarakat..bukan bayar cukai suruh buat program2 maksiat!!

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 05-03-06 15:16

LAGI CERITA MALANG UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG BUDIMAN!!!

Permit AP: Malang sungguh rakyat Malaysia
Jun 6, 05 1:56pm

Terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
yang
meminta nama pemegang AP (approved permit) didedahkan. Kalau beliau
tidak
membuka mulut, sampai sekarangpun rakyat tidak tahu betapa mereka
menjadi
`mangsa' mereka yang diberi keistimewaan (baca: kroni) perniagaan atas
angin ini.

Hari ini tahulah kita betapa murahnya harga kereta siap pasang (CBU).
Menurut laporan akhbar, sebuah kereta import 1.0 liter jenama popular
dari
Korea Selatan hanya berharga RM8,762 apabila tiba di Pelabuhan Kelang.

Namun, setelah dikenakan cukai, harga kereta tersebut menjadi
RM22,868.
Ia
dijual pula oleh pemegang permit AP dengan harga RM46,000! Bayangkan,
selepas cukai 160 peratus pun, mereka masih boleh mengaut keuntungan
lebih 100 peratus.

Begitulah juga dengan kereta 1.3 liter jenama Korea Selatan yang
berharga
RM11,000 apabil! a tiba di Pelabuhan Kelang. Tetapi apabila sampai ke
tangan pembeli, harganya menjadi RM59,000 hingga RM63,000! Maknanya,
setelah
dicampur cukai, dan keuntungan besar 'orang-orang istimewa' ini,
rakyat
terpaksa membayar hampir enam kali ganda, atau 600 peratus
lebih mahal!

Cukai yang keterlaluan yang dikenakan oleh kerajaan untuk memberi
perlindungan kepada 'kereta nasional' seperti Proton dan Perodua,
bukanlah
bukan cerita baru. Betapa murahnya harga sebuah kereta import dan jika
kerajaan bertimbang rasa, kereta buatan Korea Selatan model 1.0 liter
atau 1.3 liter itu mungkin boleh dijual pada harga RM20,000 hingga
RM25,000
sahaja.

Kereta jenama tempatan yang sesuai untuk kegunaan keluarga yang paling
murah, dijual dengan harga RM45,000. Jadi sebuah keluarga yang
berpendapatan RM3,000 sebulan, terpaksa membayar kira-kira RM700
sebulan
untuk tempoh limahingga tujuh tahun bagi melangsaikan pinjaman kereta
mereka!
Hari ini, kereta adalah keperluan, apatah lagi dengan sistem
pengangkutan
awam di Lembah Kelang yang amat tidak memuaskan. Apabila DrMahathir
berkata orang Malaysia sudah pandai membuat kereta sendiri seawal
tahun
1984 dahulu, kita bertepuk sorak kerana terlalu berbangga.

Selepas 21 tahun, Dr Mahathir masih bercakap tentang perlindungan ke
atas
kereta buatan nasional. Rakyat pula semakin merasakan tertipu dengan
kenaikan harga kereta walaupun selepas perlaksaan Zon Perdagangan
Bebas
Asean (Afta).

Di Thailand dan Singapura, di mana tiada 'kereta nasional' untuk
dibangga-
banggakan, harga kenderaan jauh lebih murah selepas Afta. Tetapi tidak
di
negara kita. Persoalannya, Kenapa perlu memberi keistimewaan kepada
orang-
orang tertentu untuk mendapatkan AP dengan menindas golongan
kebanyakan?

P/S: YANG KAYA TERUS KAYA, YANG tak BERAPA NAK ada DUIT ini SENTIASA MENJADI MANGSA KERAKUSAN orang ATASAN...

yang xsedar lagi itu..truskanla dengan mimpi2 anda...lagipun bukan duit dan masalah anda pun..so buat apa dengan fikir kan..(mentaliti rakyat malaysia yang budiman)...ke pengecut???

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

al-walid-04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah

Kelantan  

posticon Posting pada: 21-01-08 05:59

so...seterusnya yang memilih barisan pemacu kerajaan itu sama ada yang betul-betul layak ataupun yang boleh menerima amanah org ramai adalah terletak dibahu kita sendiri....oleh itu, tepuklah dada....

Bookmark and Share

  Member Information For al-walid-04Profil   Hantar PM kepada al-walid-04   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.189933 saat. Lajunya....