Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 255
Ahli: 0
Jumlah: 255




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Milik Siapakah Hati Ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Milik Siapakah Hati Ini

Please Mendaftar To Post


Oleh Milik Siapakah Hati Ini

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 15:41


Siulan burung berterbangan di ufuk timur menceriakan suasana alam maya. Sang mentari yang kelihatan agak malu perlahan-lahan menunjukkan dirinya di balik awan. Ayam jantan dah serak suara berkokok, namun masih ada yang menutup telinga seolah-olah benci mendengarnya. Lebih rela menarik selimut dan kembali membuai mimpi.

“ Mad, buat apa lama sangat kat bawah rumah tu? Orang suruh tengok kambing,entah apa dibuatnya tu…” Zulaikha perlahan-lahan mengintai adiknya, Ahmad. Terkejut dibuatnya! “Mad…apa Mad buat ni?Kakak suruh bagi Mbek ni makan,tapi Mad…!”
Zulaikha terkejut melihat adiknya yang sedang asyik menunggang kambing jantannya. Nasib baiklah kambing tu jinak,kalau tidak terpelanting budak tu.

“Jom,bawa Mbek ke padang. Kenapa buat begini?Sakit Mbek tau?” kata Zulaikha lagi. Ahmad hanya tersengeh. Mbek dibawa ke padang rumput tak berapa jauh dari rumah.
Terdapat juga kawanan kambing lain di situ. Tapi Mbek tidak berkeliaran, ia setia bersama tuannya,Ahmad.

“Kak,Kenapa Mbek tak ada susu? Mad tengok,kambing-kambing kat sana semuanya ada susu.” Soalan apa pulak ditanya Ahmad ni. Zulaikha tersenyum seketika, “Mad,Mbek ni jantan. Kalau betina,baru ada susu.” Ahmad masih tidak puas hati, “Tu..Kenapa susunya nampak lanjut?” Zulaikha segera menutup mulutnya, “Issh!Jangan banyak tanya,lah. Tuhan dah cipta ia begitu,nak buat macam mana? Cuba tengok Mad, umur dah dekat 20,tapi perangai macam budak-budak.” Kata-katanya membuatkan Ahmad tertunduk malu.

“Oh,kakak minta maaf,dik. Bukan niat kakak nak cakap begitu. Maaf,ye? Dahlah,jom bawa Mbek ke tepi sungai sana. Boleh tengok itik mandi.” Mbek ditarik perlahan-lahan, Ahmad ikut sahaja. Dari luaran,Ahmad memang nampak macam orang dewasa,tetapi cara pemikirannya lembab sedikit.

Mbek nampaknya sukakan rumput di situ. Kelihatan itik-itik asyik berenang di sungai bersama anak- anak. Dari kejauhan,ada mata yang asyik memandang gelagat gadis bertudung itu. Sesekali senyuman meleret di bibir, hatinya rasa terhibur. Siapakah gerangan gadis itu? Apa yang membuatkan hatinya tiba-tiba ingin mengenalinya.

****************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 15:49


Selesai solat fardhu Isyak,kanak-kanak tidak melepaskan peluang belajar mengaji Al-Quran. Kanak-kanak lelaki di bahagian lelaki, sementara kanak-kanak perempuan diajar oleh Zulaikha. Memang menjadi rutin baginya mengajar budak-budak mengaji. Adiknya juga diajar sendiri di rumah,memandangkan dia malu untuk belajar di surau. Namun begitu,Ahmad rajin ke surau bersama abangnya untuk solat.

Habis sahaja mengaji,budak-budak berebut untuk pulang ke rumah. Zulaikha hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Zulaikha duduk di muka pintu surau,menanti abangnya yang asyik bersembang dengan Haji Fahmi.

Kebetulan purnama penuh malam itu. Kelihatan seseorang masih belum berganjak dari tangga surau. Apa yang dinantinya. Hatinya berbelah bagi antara mahu tegur atau tidak.
Baharu saja dia bangkit dari tangga surau,dilihatnya si dia telah berlalu.
“Alamak,melepas! Dia dah kahwin rupanya.” Hatinya hanya mengeluh kecil. Kakinya dihayun longlai pulang ke rumah.


Kenangan lalu mengusik kalbu….

Sepucuk surat dipegangnya erat.Rasanya tak sabar-sabar untuk mengetahui isinya.
Rumput-rumput diranapnya ganas, melabuhkan punggung tergesa-gesa. Hatinya berdebar-debar,apakah cintanya akan terbalas oleh si dia yang dipuja.

Isi kandungan dibaca satu persatu. Senyuman yang meleret bertukar hempedu. Jiwanya bergelora.Cintanya ditolak bulat-bulat. Oh,tidak!! Hatinya menjerit sepuasnya,surat itu dikoyaknya hancur.

Si dia yang dipuja tidak dapat menerima cintanya, Alasannya mereka masih di bangku sekolah. Apa salahnya? Atau si dia sudah ada yang bertakhta di jiwa? Alasan! Hatinya masih tidak puas hati.

“Ariff…….” Satu suara mematikan lamunannya. “Kenapa termenung kat padang ni? Puas Tok Wan cari. Kau dah makan?” Rupanya atuknya yang datang. Ariff tersengeh, “Ariff boringlah,Tok Wan.”

“Jeng,jeng,jeng!!” Muncul sahabat karibnya dari balik Tok Wan. “Apo kaba,demo? Lamo dok jupo! Patut senyap pun,ruponyo..duduk bertapo sinih!” Tengkujuh memeluk Ariff. Jelas kegembiraan di wajahnya.

“Tengkujuh rupanya!Macam mana tahu saya ada kat sini?”
“Kawe ni professional..haha….!Cuti semester ni,bulehla kawe jenguk saing baik kawe ni. Tapi,Kalau dok suko,kawe boleh chow!”
“Eh,eh! Tinggallah lama kat sini,ye?Boleh temankan saya.”
Tengkujuh bersorak gembira.

Mereka dikejutkan dengan suara orang minta tolong. Suara mengembek pula tak henti-henti. Kelihatan seorang budak lelaki terkapai-kapai dalam sungai berhampiran. Tanpa berlengah lagi, Ariff segera terjun dan menyelamatkannya.

Ahmad rupanya,kakaknya resah gelisah. Tanpa banyak bicara, Ahmad dibawa pulang ke rumah. Keadaannya sudah stabil. Fariz mengucapkan terima kasih kepada empunya yang menyelamatkan adiknya. Dari situ baharu diketahui bahawa Fariz abang Zulaikha,bukan suaminya. Hatinya berbunga lagi. Masihkah ada peluang bagi mengisi kekosongan hati?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 17:25


Assalamualaikum
a nice piece indeed. sesejuksalju, nak kawan dengan Mbek boleh tak? Hehehe :-di


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 16-02-06 17:35


lepas itu bila nak sambung cerita ini...

macam best juga!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 19:22


:-di macam tajuk lagu Allahyarham Sudirman pula.....tapi ada beza sikit,Milik Siapakah Gadis Ini :-P


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-06 13:20


Sejak pertemuan itu,hati menjadi tidak keruan. Hatinya ingin mengenali gadis itu. Tapi bagaimana? Pelbagai persoalan bermain di mindanya.

“Demo ni kawe tengok gila bayang jah. Haha..ni mesti kes tadi. Berkenan ke?” Tengkujuh seolah dapat meneka apa yang bermain di mindanya.
“Saya rasa kan.. gadis tu macam pernah kenal,lah. Rupanya seiras kawan sekolah dulu.
Apa namanya….dah lupa.”
“Zulaikha.” Celah Tengkujuh.
“Emm,Zulaikha! Ku..tolonglah saya. Saya mesti jumpa dia. Kalau betul dia orang yang saya maksudkan,mungkin ini adalah peluang kedua Allah beri kepada saya. Tolonglah…!”
“Kes berat ini!Demo belajar dok habis lagi. Gelenya nok nikoh pulok. Sedar anda dok ni?”
“Ku..saya mesti jumpa dia. Inilah saja peluang yang saya ada. Saya takut saya tak sempat lagi jumpa dia selepas ini.”
“Ok,ok. Demi sahabat,kawe rela berkorban.Hehehe…” Tengkujuh cuba mencari akal untuk memenuhi impian sahabatnya itu.

***********************************

“Kak,surat untuk kakak. Ada orang bagi.” Ahmad segera berlari ke luar rumah mendapatkan Mbek kesayangan. Surat apa yang diterimanya ini. Cop setem pun tak ada. Pelik. Tanpa membuang masa, dia duduk di tangga rumah,sesekali matanya menoleh ke kiri dan kanan, takut kelibat abangnya muncul. Lipatan surat dibuka penuh debaran.Isinya penuh persoalan. Namun di akhir kalam disertakan dengan nama “Ariff Ariffin.”

“Ariff Ariffin? Di..dia? Ya Allah,dugaan apa yang Kau beri padaku? Dulu aku telahpun cuba melupakannya. Tapi,hari ni…!Kau pertemukan semula jodoh kami yang terputus itu. Bisakah aku menerimanya buat kali kedua? Apakah hati ini telah ditakdirkan miliknya?Oh, Tuhan..berikan aku petunjuk-Mu.”

Hatinya merintih sayu. Perkara itu dilupakan buat seketika. Pandangannya beralih ke depan, tiada! Ahmad dan Mbek tiada!Ke mana pula perginya mereka. Dengan tergesa-gesa disarungnya selipar lalu mencari.

Puas mencari, di padang tiada. Tepi sungai tiada. Kalau abang Fariz tahu, mesti dia marah. Harap-harap tiada apa yang berlaku. Kaki laju meniti bendang, sesekali meremang bulu roma bila kelibat ular menjalar dalam air sawah. Nafasnya mencungap laju. Keringat mula menitik membasahi sebahagian bajunya. Mentari makin meninggi,sekejap lagi masuk waktu solat Zuhur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-06 13:21


Shamr nak kawan dengan Mbek ye...?..:)

boleh....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-06 16:26


Dari jauh kedengaran suara kambing mengembek. Telinganya menangkap pula suara budak menangis. Kaki bertambah laju menuju ke sebuah rumah yang tidak jauh dari bendang. Kelihatan Mak Bedah tak henti-henti memaki hamun dan memukul Ahmad serta kambingnya. Hati Zulaikha tersentuh, dia segera berlari dan menghalang mak Bedah dari terus memukul Ahmad.

“Sudahlah,Mak Bedah. Jangan pukul dia lagi…” Zulaikha memeluk adiknya.
“Tepi,jangan halang aku! Budak tak guna,dahlah curi buah rambutan aku. Tu..sayur aku tu..habis dimakan binatang ni!” Mak bedah tak berhenti membebel.
“Sudahlah, kesianlah adik saya ni, Mak bedah…isk,isk..” air matanya mengalir laju. Dia tak tahan melihat adiknya dipukul begitu. Mahu rasanya ditempeleng, tapi Mak Bedah orang tua.
“Macam mana kau jaga adik kau,ha? Dahlah bodoh!Malang sungguh sesiapa yang kawin dengan kau ni! Abang kau pun sama!”
“Jaga sikit mulut tu, Mak Bedah!Kami sedar kami miskin, mak Bedah kaya. Tapi kami tak menyusahkan Mak Bedah tau? Tu..anak Mak Bedah tu, hisap dadah pun tak tahu. Kami bukan sehina itu tau?!” terbakar rasanya hati Zulaikha dengan kata-kata kesat itu.
“Kenapa ni,Zulaikha?” tiba-tiba tercongong Ariff dan sahabatnya di situ.
“Ni jantan mana pulak ni?” Mak Bedah pandang semacam.
“Super Hero!” Tengkujuh menjelingnya tajam.
“Gapo jenis orang ini?Budok besar nipun bedal,nati kawe adu kat pegawai kemasyarakatan, baru tahu.”
“Apa dia cakap ni?” berkerut muka orang tua tu.
“Biar saya hantar pulang,jom. Ku…tarik kambing tu.” Tanpa dipinta,Ariff membawa Ahmad pulang. Zulaikha cuba menyembunyikan perasaan sedihnya, tapi Ariff tahu segala-galanya.
“Ingat kat kampong kito jah ada kambing, sinih pun ado jugok! Jom kito saing duo deh.” Mbek mengembek perlahan. “Haha..dia suka kat kita ruponyo..” Tengkujuh menarik Mbek balik.

Fariz duduk berehat di bangku bawah pohon mangga. Dia terkejut melihat keadaan adiknya yang lebam-lebam dipukul orang. Badan Mbek juga ada kesan luka. Api barannya naik mencecah beberapa celcius,tapi cepat-cepat ditenangkan adiknya, Zulaikha.

Fariz duduk berehat di bangku bawah pohon mangga. Dia terkejut melihat keadaan adiknya yang lebam-lebam dipukul orang. Badan Mbek juga ada kesan luka. Api barannya naik mencecah beberapa celcius,tapi cepat-cepat ditenangkan adiknya, Zulaikha.

“Apa salah budak tu sampai dibuat begitu?” Fariz termenung di bangku.
“kasihan Ahmad, ye bang? Dia tak kacau orang pun.” Kata Ariff pula.
“Beginilah hidup kami, Ariff. Dahlah mak ayah tak ada.”
“Abang tak nak kawin ke?” terpacul soalan cepu emas. Pertanyaan itu buat Fariz terdiam seketika. “Maaflah,banyak tanya pulak saya ni.” Fariz senyum, “Tak apa. Mungkin tiada jodoh agaknya.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-02-06 22:38


:-) Assalamualaikum...



     Cerita ni ok...tak ada sambungan ke?


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-06 23:49


Pada 19-02-06 13:21 , sesejuksalju posting:

!!! QUOTE !!!

Shamr nak kawan dengan Mbek ye...?..:)

boleh....:)


ya ya! :-di


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-02-06 08:37


empunya tuan Mbek pun bagi...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-02-06 08:53


Sementara itu, Ahmad siap mandi dan berbaju baru. Zulaikha setia menanti adiknya itu makan di dapur. Hatinya tersentuh kembali bila teringatkan peristiwa sebentar tadi.Zulaikha cuba menyelami hati adiknya itu.

“Mad, betul ke Mad curi buah rambutan Mak Bedah? Cuba bagitau kakak, kakak tak marah.”
“Mad tak curi,kak. Tadi masa Mad jalan-jalan dengan Mbek, abang Rosli suruh Mad panjat pokok rambutan. Mad tak nak, tapi dia tangkap Mbek. Jadi Mad terpaksalah panjat pokok tu. Bila mak dia datang, dia terus lari.”
“Oo..ye ke?Tak apalah,Mad. Perbuatan jahat akan dibalas jahat jugak.”
“Abang Rosli jahat ke akak?”
“Entahlah,Mad. Akak doakan suatu hari nanti dia akan jadi seorang yang baik.”
“Tapi,kak..Kenapa dia pukul Mbek? Mbek tak salah!” Ahmad teringatkan kambing kesayangannya.
“Kakak tahu. Mad makan kenyang-kenyang,ye? Lepas solat Zuhur nanti,kita mengaji,ye?” Zulaikha memerhati lesu adiknya di sisi.

Fikirannya tiba-tiba melayang pada tetamu di luar. Dia bergegas ke laman rumah. Kelihatan Tengkujuh asyik bermain dengan Mbek. Zulaikha tersenyum seketika.
Pandangannya beralih pula pada si dia. Kebetulan Ariff memandangnya, Zulaikha cepat-cepat toleh ke arah lain.

“Jemputlah makan tengah hari dulu,” Zulaikha menyarung seliparnya turun merapati mereka.
“Lain kali sajalah,ye?Kami ada hal nak dibuat ni.” Kata Ariff penuh sopan.
“Tak sudi makan di pondok buruk kami ke?” tegur Fariz pula.
“Takdalah, bukan begitu. Lain kali sajalah,ye? Emm..malam nanti, boleh abang ajar mengaji? Ni..Tengkujuh ni…nak cakap,malu,hehe…” Ariff memaut lengan sahabatnya.
“Issh, demo ni..bikin kawe malula…” berbisik perlahan.
Fariz tertawa kecil, “Boleh sangat-sangat. Kita jumpa di surau,ye?”
“Insya-Allah,bang. Pergi dulu,assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam..”

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-06 14:15


Alamak bila nak sambung ni sesejuksalju?


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 12:40


sabar,ye...
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 00:35


emm..best..
loghat klate lagi..
nak tunggu smbungan ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 01-03-06 00:36


hati ni milik Allah la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 11:30


Jauh di sudut ruang di dalam surau, kelihatan Ahmad asyik tertawa. Pengajiannya terganggu dengan kehadiran ‘budak baru’.

“Ha, Mad..dah tak malu mengaji? Biasanya mengaji kat rumah saja.” Tegur Haji Fahmi dari jauh. Ahmad hanya senyum.
“Baca Bismillah elok-elok. Tahu sesuatu tak?” tanya Fariz lagi.
“Tak tahu..” dua sahabat menggelengkan kepala.

“Kalau tak disebut betul-betul huruf dalam Al-Quran ni,esok-esok ia akan laknat kita tau?”
“Iye ke? Kawe baru tahu,kuang,kuang,kuang,kuang…!!” buat lawak Apek Senario pulak si Tengkujuh. ni. Ariff terus menyigungnya,”Oii,ni surau,bukan pentas!”

“Oppss,sorry. Lupo kawe tengah mengaji,hehe…” Tengkujuh membetulkan songkoknya.
“Lawaklah abang Tengkujuh ni,hehe…” Ahmad masih ketawa memandangnya.
“Ado iras Apek?” menayangkan mukanya depan Ahmad. Ahmad geleng, “Rupa bangla ada,haha…” ketawa lagi. Ariff turut ketawa,tapi cepat-cepat ditahannya.
“Ahmad….!” Fariz menjelingnya. “Nak roti panjang ke?” Ahmad geleng. “Sudah,ikut abang semua. Bismillahirrahmaanirrahiiim…..” mengajilah mereka semua hingga lewat malam.

Hampir tesengguk di tangga surau. Muncul Fariz dan yang lain. Senyuman terukir di bibir masing-masing.

“Kawe pandai ngaji, cumo..keno belajar lebih sikit,hehe..” Tengkujuh cuba cover diri. “Yela tu..sebut huruf pun tak betul.” Sampuk Ariff diiringi tawa kecil.
“Kenapa nama abang Tengkujuh?” tanya Ahmad tiba-tiba.
“Entah,beranak musim tengkujuh agaknya,haha…” ketawa tak berhenti.
“Dah lewat malam ni, Zu,naik motor cepat. Ahmad,duduk depan elok-elok.” Fariz cuba mengimbangkan badan.
“Boleh bawa ke tu? Jatuh karang…” Ariff risau lihat 3 orang naik satu motor.
“Tak apa, insya-Allah..selamat. Kamu pun baliklah,kirim salam kat Tok Wan. Tak tahu pulak kamu ni cucu dia.ok,pergi dulu.” Berlalu melewati pekatan malam.

****************************************

Mata tak berkelip. Apa agaknya yang dilihatnya tu. Meneropong ke apa. Puas sudah bersembunyi, bayang pun tak nampak. Nak main-main ke…pekenakan orang ni…badan mula rasa gatal-gatal. Tak tertahan lagi, terus keluar dari tempat persembunyian.

“Abang Tengkujuh!Hahaha…kena jugak,haha….” Sergah Ahmad dari belakang. Ahmad ketawa geli hati dapat pekenakan Tengkujuh. Tengkujuh muram semacam, “Tak aci, main tipu! Abang keluar sebab gatal..semut ketik…” katanya lagi sambil tergaru-garu.

“Apa,bang? Ketik?” Ahmad tak faham.
“Ketik tu maknanya gigit,lah.” Tengkujuh tak senang duduk, mukanya berkeriut. Sesekali tangannya merayap ke belakang,sesekali ke depan! “Aduh!Menate gapo ketik aku ini?Adoi,doi,doi!” Tangannya diseluk dalam baju.. “Kerenggo?! Patut ngetik pun!” Kerengga dijentik kuat.
Ahmad ketawa tak henti-henti mendengar leteran Tengkujuh.
“Lawaklah abang ni!Hahaha….!Sapa suruh sembunyi atas pokok machang tu? Haha..!”
“Mano Ariff ni? Bate hidung pun dok napok!” tercari-cari.
“Tu…duduk tepi sungai. Jom,bang…kita mandi.” Ahmad menarik Tengkujuh ke sungai berdekatan. Tok Wan ada sama.

“Ariff ni, siang malam duduk cerita pasal Zulaikha,tau? Tok Wan jadi pening dibuatnya. Tok Wan tak tahu Zu yang dia maksudkan. Ingatkan siapa…” kata Tok Wan panjang lebar. Zulaikha hanya tersenyum malu.
“Tok Wan ni, yang tu pun nak bagitau,malu Ariff.” Ariff membelai-belai Mbek. Mbek enak meragut rumput.
“Maaflah,saya tak macam awak. Dulu sihat sikit, sekarang kurus. Muka awak pucat saja, awak sakit ke?” Zulaikha dapat lihat perubahan pada riak wajahnya itu.
“Takdalah…saya sihat.” Kata-katanya tenggelam dalam keriuhan suara budak bermain air. “Issh, Tengkujuh ni, macam budak-budak! Habis basah…!” Ariff jauhkan diri dari tebing sungai.

“Mad, tak serik lagi lemas hari tu?Naik atas cepat.” Zulaikha bimbangkan adiknya itu.
“Naiklah, Mad. Kakak dah marah tu. Kita mandi lain kali,ye?” Tengkujuh bawa Ahmad naik ke tebing. Ahmad ikut sahaja. Tiba-tiba ditariknya Mbek balik ikut arah lain. Merajuk ke? Setahu Zulaikha itu jalan ke rumah Tok Wan Ariff. Ariff tidak membantah, sebaliknya diekori budak itu. Tok Wan hanya senyum, lalu mengajak Zulaikha ikut sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-03-06 14:54


Dah tentu milik Allah taala...apa saja yang ada dimuka bumi ni adalah miliknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-03-06 14:54


hati-hati dengan HATI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 16:17


Iya...aiwahh...sahih!!!
semestinya milik Allah taala...
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

eiza1810
Warga Rasmi
Menyertai: 21.01.2006
Ahli No: 22093
Posting: 12

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 17:44


umppp...best cter ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiza1810Profil   Hantar PM kepada eiza1810   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 11:05


...Assalamualaikum...maaf ada problem lama tak sambung...ana tak kisah tak ada orang baca..

Segan bukan main lagi. Tapi apakan daya, takut hati orang tua terguris pulak. Ahmad asyik mengintai-intai Kancil di laman rumah. Mungkin dia jarang dapat tengok benda begitu. Kelakuannya itu diperhati oleh Tengkujuh. Ahmad didekatinya.

“Mad tahu apa benda ni?”
“Tak tahu.”
“Abang pun tak tahu. Kuang,kuang,kuang,kuang..!”
“Dia mula dah…!” Ariff menjelingnya dari jauh.
“Ini Kancil,tau?” kata Tengkujuh lagi. Ahmad masih bingung. “ Kancil ni boleh jalan atas jalan raya tau? Semua bandar Kancil masuk.”

“Kancil kan ada dalam hutan? Apa abang buat dengan badan kancil ni? Abang tukar jadi besi,ye? Tak baik bunuh haiwan yang tak berdosa. Tak naklah kawan dengan abang, nanti abang ambik Mbek Mad, tukar jadi benda ni.” Ahmad memeluk erat kambingnya.

Yang lain hanya ketawa mendengarnya. Ariff menghidupkan kereta Kancilnya. Ahmad terkejut. Tapi segera diterangkan bahawa itu adalah sebuah kereta, bukan kancil betul.
Baru Ahmad faham. Tok Wan memberikan sesikat pisang kepada Zulaikha. Zulaikha membawanya pulang.

Mbek ditambat di bawah rumah. Rumput-rumput hijau masih banyak lagi. Ahmad membelai-belai Mbek sebelum meninggalkannya di situ.

Hari dah senja, sebentar lagi masuk waktu Maghrib. Ahmad siap mandi dan berpakaian bersih. Dia tak sabar-sabar hendak ke surau bersembahyang berjemaah dan belajar mengaji. Fariz berehat seketika di ruang luar. Zulaikha duduk bersimpuh menghadap abangnya

“Zu tinggal kat rumah malam ni,ye? Biar Zu ajar Ahmad mengaji. Nampak nak hujan tu, nanti menyusahkan abang pulak bawa 3 orang. Bahaya.”
“Berani ke?”
“Macamlah tak biasa.Abang pergilah, nanti ketinggalan solat berjemaah pulak.”

Ahmad tidak sabar-sabar untuk pergi bersama, tetapi dihalang.
“Mad, malam ni Mad temankan kak Zu kat rumah ye?” kata-kata Fariz buat Ahmad membisu. Semangat berkobar-kobar tadi bertukar pilu. Air mukanya berubah.
“Tak apalah,bang. Mad ikut abanglah pergi. Biar Zu duduk seorang. Insya-Allah, tak ada apa-apa berlaku. Mad mesti nak belajar dengan diaorang,kan? Pergilah.” Zulaikha cuba menceriakan hati adiknya yang sedih itu. Ahmad senyum semula.

“Kalau begitu, abang pergi dulu. Jaga diri baik-baik tau?” Fariz start enjin motor dan berlalu.

Pengajian berjalan seperti biasa. Ahmad semakin ada kemajuan sejak kedatangan Ariff dan Tengkujuh. Langit hitam berarak melindungi cahaya purnama. Suasana kembali gelap gelita. Angin yang tadi bertiup sepoi-sepoi bahasa bertukar ribut. Rintik-rintik kasar menerjah ke bumi. Mana yang sempat pulang, selamat tiba di rumah. Namun begitu,masih ada yang berteduh di surau sementara menunggu hujan berhenti.

Sesekali badan menggigil kesejukan menahan terjahan angin malam,ditambah tempias hujan di luar. Hujan masih tidak berhenti. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam.
Buat seketika Ahmad teringatkan kambing kesayangannya. Mbek takutkan air,entah macam mana keadaannya sekarang. Jiwanya mula gelisah. Riak wajahnya itu dapat dikesan Ariff.


ada masa ana sambung...insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 11:07


“Mad….” Bahu Ahmad dicuitnya, “Kenapa gelisah ni?” Ahmad geleng kepala. Dia tidak berani bersuara. “Mad bimbangkan kakak,ye?” tanya Ariff lagi. Sekali lagi digeleng kepala.
“Mbek….Mad risaukan Mbek..” katanya perlahan. Kenyataannya itu buat semua yang ada di situ tersenyum. Tengkujuh beri isyarat agar Ariff menggunakan Kancilnya menghantar Fariz dan Ahmad pulang.

“Jom, naik kereta!Biar saya hantar,naiklah,bang,Ahmad.” Ariff terlebih dahulu berlari ke keretanya. Tengkujuh turut berlari bersama Ahmad, lalu duduk di tempat belakang.
“Motor,macam mana..?” Fariz menoleh seketika ke arah motornya yang tersorot tidak jauh dari surau.
“Esok, saya hantar,lah. Abang tak usah risau.”

Kereta dipandu perlahan memandangkan keadaan cuaca yang kurang menyenangkan. Hanya silauan cahaya kereta sahaja yang menyuluh jalan-jalan becak yang dilalui. Hujan belum menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berhenti.

Tiba sahaja di perkarangan rumah, Ahmad terus keluar mendapatkan Mbeknya. Mbeknya selamat. Nasib baik tempat tinggalnya dibina tinggi. Tapi suara mengembeknya tak henti-henti kedengaran. Ahmad cuba menenangkannya sambil dibelai-belai mesra.

“Sayang betul Ahmad kat Mbeknya tu.” Kata Ariff dari dalam kereta. Hujan masih lebat.
Sambil melambai tangan, kedua-dua sahabat meninggalkan perkarangan rumah meredah pekatan malam.

*********************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 18-04-06 18:04


hm...seronok..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-04-06 18:41


uiks..
sayang sungguh pada Mbeknya..
kalau lah semua orang macam ni..aman dunia agaknya :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 20:14


salam...

macam pernah kubaca.. tapi di mana ya..??

ada lagi sambungannya sesejuksalju..?

salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-04-06 12:46


emm....pernah baca?
iyerla..lama tulis...lepas tu..tenggelam..
ni sambung pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 20-04-06 21:06


er...boleh nak sambung,apa jadi kat zulaikha?????dia ok?tak sabar nak tau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 16:20


Assalamu'alaikum

teruskan mengarang...nak tahu juga apa endingnya


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 21-04-06 16:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 18:00


Pada 21-04-06 16:20 , Nuralisa posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamu'alaikum

teruskan mengarang...nak tahu juga apa endingnya



betu, betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 12:52


assalamualaikum...

maaf...terlalu lama tertangguh.....
kesibukan...

ni ana sambung sikit.....

**************************************************

Setelah Mbek telah tenang, Ahmad meninggalkannya di situ. Suasana sunyi sepi, bayang Zulaikha pun tidak nampak. “ Takkan dah tidur agaknya? Zu…..!” Fariz perlahan – lahan menjengah masuk ke bilik adiknya itu. Suis lampu dibuka, kelihatan Zulaikha berselimut seluruh badan. “Zu…awal tidur? Eh, panas ni!” Fariz meletakkan tangannya di dahi Zulaikha. “Kenapa tak bagitau abang? Kalau tahu tadi..abang tak tinggalkan Zu tau? Issh,ish..budak ni…esok kita ke klinik ye? Emm..tidurlah.” Rambut adiknya dibelai-belai. Zulaikha terlena tanpa bercakap sepatah pun.

*******************************************************

Tanah masih becak, langkah diatur perlahan menuju ke destinasi. Motor diparking di tepi bangku. Sambil mengatur langkah, salam diberi. Kelihatan Fariz siap sedia untuk pergi bekerja. Senyumannya lebar.“Terima kasih,lah..Tengkujuh. Eh, abang tak dengar bunyi enjin motor pun.” Fariz senyum. Tengkujuh tersipu malu. Mengalahkan anak dara pulak.

“Kito lebih suko jale kaki. Dok pandai naik motor ni,hehe…” Tengkujuh tersengeh-sengeh. Fariz tertawa kecil. Ada jugak orang lelaki tak pandai tunggang motor.
“Emm..mana Ariff? Tak nampak pun.”
“Dia napok dok sihat tu, pergi klinik doh tadi.”
“Ye ke?kasihan pulak,ni mesti demam kena hujan semalam. Kirim salam kat Ariff,ye?Tok Wan buat apa?”
“Mano lagi? duduk sawoh dio bakali. Maaflah, abe Fariz…saya ni dok reti kecek bahaso rasmi ni,hehe..” Tengkujuh senyum lagi. “Tapi,time raso nok guno, kecek jugok. Kalau abe dok peha,nanti saya translatekan. Saya balik dululah,ye?”bersalaman mesra.

Suasana masih suram, namun diberanikan juga ke padang rumput di belakang rumah. Bayang insan pun tak nampak, hati tenang dapat menyedut udara segar. Mbek dibiarkan meragut rumput tanpa gangguan.

“Psst..psst…!” terdengar sesuatu. Mata liar mencari,tapi tak ada apa pun. Sekali lagi suara tadi kedengaran, kali ini jantung berdegup kencang. Perlahan-lahan merapati Mbek kesayangannya sambil mata liar mencari sesuatu.


Dalam berdebar-debar itu, kaki laju berjalan melalui kawasan becak. Tiba-tiba kakinya tergelincir, Ahmad terjatuh dalam lopak yang penuh dengan selut. Mukanya macam hantu! Satu tangan menepuknya dari belakang. Ahmad sekali lagi terkejut.Terdengar suara mengilai.

“Hahaha…!Bakpo ni,Mad?Jadi hantu siam anda?” Tengkujuh geli hati melihat rupa Ahmad. Ahmad menyapu selut di muka, “Abang Tengkujuh ni,jahatlah!”
“Bakpo pulok?” sambil menarik Ahmad keluar dari becak selut tadi.
“Abanglah usik Mad tadi. Ingatkan ada hantu…!” bajunya habis kotor. Tengkujuh ketawa lagi, “Maaflah, abang saja usik tadi. Kebetulan abang lalu kat sini.”
“Haa..pandai pun cakap bahasa rasmi,hehe…” Ahmad pula ketawa.
“Oo..perli ek…!Apa..ingat abang tak reti kecek bahasa Melayu?Ini Tengkujuhlah…pakar psikologi kanak-kanak,haha…” Tengkujuh menarik kambing Ahmad.

“Eh,abang nak bawa ke mana Mbek tu?”
“Baliklah,jom ikut abe. Ahmad boleh mandi sano. Jomlah…” Tengkujuh menarik sama Mbeknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 12:54


Biasanya Ahmad susah nak ikut seseorang tanpa pengetahuan keluarganya,tapi dengan sahabat barunya itu, dia rasa selamat dan gembira. Di rumah Tok Wan Ahmad menghabiskan masanya bermain dan belajar membaca.

“Abang, mana abang Ariff? Dari tadi Mad tak nampak.” Ahmad baru perasan akan ketiadaan Ariff di situ.
“Abe Ariff takdok, dio ge klinik di bandar.Jangan risau, kejap lagi baliklah tu. Mad suko dok belajar baco ni?” Tengkujuh berlagak seperti seorang guru. Ahmad mengangguk-anggukkan kepalanya tanda gembira. “Nanti abe bawok Mad ge beli buku di bandar,ok.”
“Mbek macam mana?” Ahmad risaukan Mbek. Tengkujuh senyum, “Mad, Mbek mano boleh lari? Kito ge kejap jah.” Terdengar bunyi enjin kereta di laman rumah. “Ha, tu abe Ariff balik.”

Ariff kelihatan sugul saja. Kunci dan bungkusan ubat diletak atas meja,lalu duduk berehat di kerusi. Ariff kemudian memejamkan mata. Mengantuk ke apa. Perangainya itu membuatkan semua orang hairan. Ahmad dan Tengkujuh saling berpandangan.

“Ariff, demo sihat anda dok ini? Kawe tengok pelik jah,muko pun pucat. Demo sakit?” Tengkujuh mendekati sahabatnya itu. Ariff kemudian buka mata,tapi pandangannya telus ke luar pintu. Entah apa difikirnya. “Saya tak apa-apa, demam saja. Jangan risau.” Katanya perlahan. Namun begitu,tiada keceriaan di wajahnya tika itu.

“Abang…Mad nak balik. Mad tak nak ganggu orang sakit.” Ahmad tiba-tiba mencelah.
“Eh, tak perasan Mad ada kat sini. Maaflah,Mad. Abang tak dapat bersembang macam biasa, abang tak sihat.” Ariff bangkit dari kerusinya,lalu menuju ke bilik.
“Mad jange ambik hati,deh?Abe Ariff dok sihat tu. Takpo,ado maso nanti kito pergi round bandar,ok? Jom abe hantar Mad balik. Mbek pun duduk panggil tu.” Tengkujuh segera menarik Mbek bersama.

*******************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 20:31


salam..
nice story..bila nak sambung?cepat-cepatlah bagi habis...
lawak juga baca cerita ini tambah2 loghat kelate dio..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 22:19


best...nice story.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

zeti
Warga Rasmi
Menyertai: 01.09.2006
Ahli No: 26144
Posting: 3
Dari: Ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 09-10-06 13:59


Seronok lah cerita ni.. Apa lah endingnyer.. Nanti sambung banyak-banyak sikit ye('',)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 10:59


“Zu rasa nak cari kerja di bandarlah,bang.” Tiba-tiba cetusan rasa diluahkan kepada abangnya, Fariz. Fariz tidak terus menjawab, sebaliknya dipekakkan saja. Matanya asyik memandang jauh di luar rumah.

Apa yang ada pada dirinya. Walaupun bergelar ‘abang’, namun tiada apa kemewahan yang dapat diberikan kepada adik-adiknya itu. Hanya rumah buruk itu sahaja yang ditinggalkan untuk mereka. Kerjanya tak menentu, nasib baik kudrat empat keratnya masih kuat lagi.

Saudara-maranya yang lain jauh sekali nak menjenguk. Dahulu pernah sekali Fariz menagih ihsan kepada mak saudaranya, bukan apa. Hanya sedikit wang untuk beli pakaian baru sempena hari raya. Hampa, dia dihalau,bahkan dimaki dengan kata-kata kesat. Hanya linangan air mata yang dibawa pulang. Adik-adiknya hanya memandang lesu.

“Bang, dengar tak apa yang Zu cakap ni?” Zulaikha sekali lagi menegur abangnya. Fariz tersentak,tanpa disedari,air matanya menitis di pipi. “Eh, abang nangis?” Zulaikha pandang tepat anak mata abangnya itu. “Tak..” cepat-cepat disapunya. “Mata masuk habuk,dik.” Zulaikha menatap sayu wajah abangnya. Ada sesuatu yang disembunyikan. Biarlah, mungkin dia tak mahu adiknya tahu apa yang terbuku di hati. Hasratnya diluahkan sekali lagi.

“Kerja? Sekarang ni susah, Zu. Setakat SPM, kerja apa yang Zu boleh dapat? Dahlah zaman sekarang penganggur bertimbun. Harapan tipis, Zu. .Dalam hal ni, abang yang bersalah. Abang tak dapat penuhi impian Zu untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kalau tidak, mesti Zu dah berjaya memegang segulung ijazah.”

“Sudahlah,bang. Semuanya suratan takdir, Zu tak salahkan abang. Abang dah banyak berkorban untuk kami. Biarlah Zu pula yang bantu abang,ye? Izinkanlah Zu bekerja,bang.” Zulaikha terus memujuk Fariz. Dia tidak sanggup menyusahkan Fariz lagi.

“Abang sukar nak lepaskan Zu pergi seorang diri. Zu perempuan, banyak godaan di bandar tu. Abang takut sesuatu yang tak diingini berlaku.”
“Habis,takkan Zu nak duduk terperap kat rumah saja?” Zulaikha mengeluh kecil. Memang nasibnya malang tak dapat memyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hasrat itu masih ada, tapi terpaksa disimpan dalam hati.

“Pucat saja muka, demam lagi ke? Dah makan ubat?”
“Sudah,bang.Maaflah, bazirkan duit abang saja.”
“Lepas ni, Zu kena jaga kesihatan baik-baik. Jangan buat kerja berat sembarangan.”
“lah..kerja rumah ringan saja. Malaslah duduk goyang kaki, lainlah orang berada….” Zulaikha tersenyum, diikuti Fariz.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 11:41


******************************************************

Assalamualaikum,” sapa Ariff yang tiba-tiba muncul di depan rumah. Bunyi tapak kaki tak dengar, entah dari mana datangnya. Salam dijawab mesra. Ariff duduk di tangga rumah, sementara Tengkujuh seronok melayan karenah Ahmad bersama Mbeknya.

“Kamu dari mana ni?” Tanya Fariz. Zulaikha minta diri untuk ke dapur.
“Dari rumah,uhuk,uhuk!” sesekali terbatuk-batuk kecil. Tapi raut wajahnya tetap berseri dengan senyuman. “Kamu tak sihat,Ariff?” Fariz ambil berat.

“Batuk saja,bang. Hari tu demam, batuk seratus hari agaknya….” Katanya dalam tawa kecil.
“Dalam cuti ni, takkan tak balik jenguk mak ayah di bandar? Tak rindu mereka ke?”
“Tak apa. Hari-hari saya telefon,bang. Saya balik sini sambil nak tenangkan fikiran.Nak cari idea buat assignment. Samalah si tengkujuh tu. Kami ambil subjek sama,psikologi kanak-kanak.”

“Oo..pakar psikologi kanak-kanaklah ni.Emm..sekarang dah masuk tahun berapa?”
“Final year,bang. Projek pun belum siap lagi. Nasib baik bercuti di kampung, dapat jugak
buat assignment. Tengkujuh pun rajin pergi ke perpustakaan di bandar. Tak sia-sialah dia datang sini.”

“Jemputlah minum.” Zulaikha duduk menghidangkan minuman.
“Betul awak nak kerja?” Tanya Ariff tiba-tiba. Terkejut dibuatnya. Bila masa dia tahu pasal hasrat Zulaikha? Zulaikha terkedu, Fariz pula pandang semacam. “Err..maaflah. Kebetulan saya terdengar perbualan kamu tadi.”
“Oh,tak mengapa.” Fariz senyum.
“Kenapa tak bagitahu saya dahulu? Kalau tidak,boleh saya tolong.” Kata-kata Ariff membuatkan perasaan Zulaikha tersentuh. rasa terharu menyelubungi kalbu.
“Apa yang kamu boleh bantu, Ariff? Kamu tu student lagi.” Kata Fariz sambil meneguk kopi.

.......nanti sambung......:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 14-12-06 12:49


wah bestnya fariz bakal menjadi pakar psikologi kanak-kanak.. :-D


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 11:55


emm..bukan Fariz..Ariff...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 17-12-06 13:36


beznyer cerita ni..boleh nak sambung balik?
tak sabar nak tau endingnyer........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

muslimah105
Warga Rasmi
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23936
Posting: 13
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 14:31


salam....

best cerita ini...cepat-cepat lah sambung ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah105Profil   Hantar PM kepada muslimah105   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 01-01-07 07:50


wah...best!cpat r sambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 09:02


Ariff diam seketika, “Saya tahu SPM awak tinggi. Tapi..kalau awak sudi…ada kerja
yang sesuai untuk awak.”

Zulaikha tak terkata. Lidahnya kelu tiba-tiba.
“Kerja apa yang sesuai untuk Zulaikha ni, Ariff?” Fariz tertunggu-tunggu jawapan Ariff.
Ariff hanya senyum, “Nantilah, erm..bak sini sijil SPM awak. Jangan tanya, cepat pergi ambil.”
“Err…?Baiklah.” Zulaikha cepat-cepat beredar ke biliknya. Tidak lama kemudian Zulaikha keluar membawa sijilnya. Tangannya teragak-agak untuk menghulurkannya kepada Ariff.

“Bak sini, nak malu apa?” Tangan dihulur, Zulaikha akur dengan permintaannya itu.
Zulaikha duduk sambil tertunduk malu. Dia tahu keputusan SPMnya tidak sebaik Ariff.
Ariff asyik meneliti sijil Zulaikha, “ Erm..kira oklah ni. Saya minta izin pegang sijil ni, ye?”
“Awak nak buat apa dengan sijil saya tu?”
Fariz segera memotong, “ Biarlah, Zu. Mungkin Ariff nak bantu Zu. Tak begitu, Ariff?”
Ariff senyum, “Emm..insya-Allah, saya akan bantu setakat yang mampu. Bang, saya minta diri dululah. Ada banyak kerja lagi tak settle.” Bersalaman mesra.
“Yelah, terima kasih, Ariff.” Tangan Ariff digenggamnya erat.

************************************************

Tanpa menghiraukan sesiapa, Mbek dibawa ke tepi sungai. Langit kelihatan mendung, ayam itik masih berkeliaran di sekitarnya. Sesekali bayu dingin berhembus, Ahmad tetap tidak berganjak dari situ. Ahmad leka bermain-main dengan Mbeknya.

“Mad!” Satu suara menegurnya dari belakng. Terkejut Ahmad. Rosli anak Mak Bedah tersengeh-sengeh memandangnya. “Mad, Mad nak duit banyak tak? Abang boleh bagi tau?” Cuba memujuk rayu Ahmad.
“Duit banyak buat apa? Mad bukan nak beli apa-apa pun.” Mbek dipegangnya erat.
“lah…kenapa kau ni bodoh sangat? Orang nak bagi duit, dia tak nak pulak. Tolak rezeki betul kau ni!”
“Tak apalah, Mad nak balik.” rasa takut mula menyelubungi dirinya. Mbek ditarik perlahan-lahan. Tiba-tiba tali Mbeknya direntap Rosli.

“Aku nak kambing kau ni, faham tak?!” naik berang tiba-tiba.
“Apa pulak? Ini Mbek Mad…bukan abang punya!” menarik kuat tali.
“Degil betul budak sewel ni!” terus berebutkan Mbek.
Mbek tak henti-henti mengembek. Mungkin kerana kesakitan ditarik kuat atau kasihankan tuannya, Ahmad.

“Tolongg…!!” Ahmad cuba menjerit meminta tolong.
“Jeritlah, jerit! Tiada siapa dengar, hahahaha….” Hampir-hampir berjaya mendapatkan Mbek. Hujan mula turun, mereka basah kuyup. Dalam keadaan itu, Mbek meronta-ronta kerana takutkan air hujan. Tanpa diduga, Mbek menendang Rosli yang kebetulan berada di tebing sungai. Rosli terpelanting ke dalam sungai, lalu terkapai-kapai meminta tolong. Rupa-rupanya Rosli tidak pandai berenang.

Ahmad pada mulanya ingin beredar dari situ. Namun begitu timbul rasa simpati dalam hatinya. Ahmad segera mencapai kayu panjang, lalu dihulur kepada Rosli. Dalam terkapai-kapai itu, Rosli berjaya memaut batang kayu dan naik ke tebing.

Mbek entah ke mana larinya. Ahmad masih tercegat dalam hujan. Dalam nafas tercungap-cungap, Rosli cuba bangun. Ahmad takut-takut dan cuba lari dari situ.
“Tunggu dulu!!” Laung Rosli, dia cuba menangkap tangan Ahmad. “Tolong abang, Mad..” rayunya lagi.
“Abang Rosli jahat!!”
“Mad..abang minta maaf…abang tahu abang banyak buat jahat. Maafkan abang,ye?” Ahmad dipeluknya erat. Ahmad diam tak terkata. “Mad dah selamatkan abang. Abang terhutang budi pada Mad.”

“Abang nak tipu Mad lagi,ye…? Mad tahu..abang nak Mbek, kan?” masih ragu-ragu.
“Tidak!!” katanya tegas. “Abang betul-betul ni! Sudah, jom abang hantar balik, nanti demam pulak.” Rosli nampaknya betul-betul dah menyesal.
“Tapi, bang…” wajahnya muram tiba-tiba. “Mbek Dah hilang…” Ahmad jadi tak tentu arah.
“Hujan lebat ni, Mad. Kita balik dulu,ye? Nanti Mad demam, susah.”

“Tak nak, tak nak!Mbek…..!” Ahmad menjerit dalam hujan.
“Mbekk…mbekk…….!!” Terdengar sahutan kambingnya tidak jauh dari situ. Rupa-rupanya kambingnya berselindung di sebalik pokok besar di situ. Ahmad segera mendapatkannya.
“Mbek…! Jangan tinggalkan Mad lagi, ye?Sayang Mbek!” Mbek dibelainya penuh kasih sayang.
“Sudahlah, jom kita balik.” Rosli membawa Ahmad dan kambingnya pulang ke rumah.

*******************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 15-01-07 10:26


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 11:59


Suasana masih suram. Dalam keadaan basah kuyup, tiba jua di rumah.Fariz dan Zulaikha terkejut melihat Ahmad ada bersama Rosli.

“Apa dah jadi ni?” Fariz segera mendapatkan adiknya. Ahmad hanya diam sambil memeluk erat kambingnya. Fariz pandang Rosli yang kelihatan gugup.
“Err…tadi…Mad dah selamatkan saya, bang. Nasib baik saya tak mati lemas. Saya betul-betul terhutang budi.”

“Apa kau cakap ni, Rosli? Setahu aku..Mad tak pandai berenang!” Fariz masih sangsi dengan kata-kata orang di hadapannya itu yang terkenal dengan sikap jahatnya selama ini.
“Abang Fariz, Zulaikha..saya minta maaf ok? Saya tahu selama ini saya bersikap buruk. Sekarang saya dah insaf! Mulai hari ni saya takkan buat jahat lagi terhadap keluarga abang Fariz. Sumpah!” katanya sungguh-sungguh.

“Hey..jangan main-main sumpah ni, silap hari bulan kena sambar petir! Sudah, mari naik dulu.” Hatinya yang panas baran bertukar lembut.
“Abang….” Zulaikha menjeling abangnya.
“Sudahlah, Zu. Rosli sepupu kita jugak. mari naik, Rosli.” Mbek diletak di tempat teduh.
“Mari Mad, salin baju tu.” Zulaikha berlalu ke dapur. Ahmad mengekori dari belakang.

“Terima kasih ye, bang. Nanti hujan reda, saya baliklah.”
Fariz senyum, “Nak tidur kat sini pun tak apa. Nanti abang ambil pakaian.” Berlalu ke biliknya. Tinggal Rosli termenung mengenangkan kisah silamnya dahulu.

Cahaya bulan suram di balik awan gelap. Tanah masih becak dan bertakung dengan tinggalan hujan petang tadi. Namun begitu suara katak masih bersahutan mengharapkan hujan akan turun lagi.

“Rosli…” Fariz memulakan bicara, “Abang nak tanya sikit.”
“Tanya banyak pun boleh, bang.”
“Kenapa sikap kau berubah tiba-tiba?”
Rosli tergelak kecil, “Erm..biasalah, bang. Manusia kan tak pernah lari dari buat silap?
Saya pun tak tahu Kenapa sikap saya buruk dahulu. Mungkin kerana termakan kata-kata mak agaknya.”

“Apa maksud kau, Rosli?”
“Mak kata arwah ayah dan arwah ayah abang bukan adik-beradik kandung. Arwah ayah abang telah merampas tanah tinggalan datuk. Tanah tempat rumah abang duduk inilah.”
“Apa?!” Fariz terkejut. Zulaikha yang ada di situ turut terkejut.
“Rilek, bang. Masa tu otak saya tak betul. Saya terima bulat-bulat saja apa mak kata. Jangan bimbang, bang. Nanti saya siasat semula,ok?”

“Kamu ni ok ke tak?” tercengang.
Rosli senyum, “Hehe..oklah, bang. Abang sepatutnya dapat apa yang kami dapat.”
“Abang Rosli,” celah Zulaikha. “Setahu Zu, tanah dan rumah ni arwah ayah yang tinggalkan untuk kami. Arwah ayah tak sebut pulak pasal ‘rampasan’ harta ni.”
“Kamu kecik lagi…jangan masuk campur.” Kata Rosli diringi tawa kecil.

“Em..biar kami selesaikan perkara ni, Zu. Abang harap lepas ni kau kotakan kata-kata kau tu, Rosli. Abang pun nak tahu jugak rahsia yang tersirat di sebalik semua ni.”
“Insya-Allah, bang.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 12:00


Suasana masih suram. Dalam keadaan basah kuyup, tiba jua di rumah.Fariz dan Zulaikha terkejut melihat Ahmad ada bersama Rosli.

“Apa dah jadi ni?” Fariz segera mendapatkan adiknya. Ahmad hanya diam sambil memeluk erat kambingnya. Fariz pandang Rosli yang kelihatan gugup.
“Err…tadi…Mad dah selamatkan saya, bang. Nasib baik saya tak mati lemas. Saya betul-betul terhutang budi.”

“Apa kau cakap ni, Rosli? Setahu aku..Mad tak pandai berenang!” Fariz masih sangsi dengan kata-kata orang di hadapannya itu yang terkenal dengan sikap jahatnya selama ini.
“Abang Fariz, Zulaikha..saya minta maaf ok? Saya tahu selama ini saya bersikap buruk. Sekarang saya dah insaf! Mulai hari ni saya takkan buat jahat lagi terhadap keluarga abang Fariz. Sumpah!” katanya sungguh-sungguh.

“Hey..jangan main-main sumpah ni, silap hari bulan kena sambar petir! Sudah, mari naik dulu.” Hatinya yang panas baran bertukar lembut.
“Abang….” Zulaikha menjeling abangnya.
“Sudahlah, Zu. Rosli sepupu kita jugak. mari naik, Rosli.” Mbek diletak di tempat teduh.
“Mari Mad, salin baju tu.” Zulaikha berlalu ke dapur. Ahmad mengekori dari belakang.

“Terima kasih ye, bang. Nanti hujan reda, saya baliklah.”
Fariz senyum, “Nak tidur kat sini pun tak apa. Nanti abang ambil pakaian.” Berlalu ke biliknya. Tinggal Rosli termenung mengenangkan kisah silamnya dahulu.

Cahaya bulan suram di balik awan gelap. Tanah masih becak dan bertakung dengan tinggalan hujan petang tadi. Namun begitu suara katak masih bersahutan mengharapkan hujan akan turun lagi.

“Rosli…” Fariz memulakan bicara, “Abang nak tanya sikit.”
“Tanya banyak pun boleh, bang.”
“Kenapa sikap kau berubah tiba-tiba?”
Rosli tergelak kecil, “Erm..biasalah, bang. Manusia kan tak pernah lari dari buat silap?
Saya pun tak tahu Kenapa sikap saya buruk dahulu. Mungkin kerana termakan kata-kata mak agaknya.”

“Apa maksud kau, Rosli?”
“Mak kata arwah ayah dan arwah ayah abang bukan adik-beradik kandung. Arwah ayah abang telah merampas tanah tinggalan datuk. Tanah tempat rumah abang duduk inilah.”
“Apa?!” Fariz terkejut. Zulaikha yang ada di situ turut terkejut.
“Rilek, bang. Masa tu otak saya tak betul. Saya terima bulat-bulat saja apa mak kata. Jangan bimbang, bang. Nanti saya siasat semula,ok?”

“Kamu ni ok ke tak?” tercengang.
Rosli senyum, “Hehe..oklah, bang. Abang sepatutnya dapat apa yang kami dapat.”
“Abang Rosli,” celah Zulaikha. “Setahu Zu, tanah dan rumah ni arwah ayah yang tinggalkan untuk kami. Arwah ayah tak sebut pulak pasal ‘rampasan’ harta ni.”
“Kamu kecik lagi…jangan masuk campur.” Kata Rosli diringi tawa kecil.

“Em..biar kami selesaikan perkara ni, Zu. Abang harap lepas ni kau kotakan kata-kata kau tu, Rosli. Abang pun nak tahu jugak rahsia yang tersirat di sebalik semua ni.”
“Insya-Allah, bang.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 12:00


Suasana masih suram. Dalam keadaan basah kuyup, tiba jua di rumah.Fariz dan Zulaikha terkejut melihat Ahmad ada bersama Rosli.

“Apa dah jadi ni?” Fariz segera mendapatkan adiknya. Ahmad hanya diam sambil memeluk erat kambingnya. Fariz pandang Rosli yang kelihatan gugup.
“Err…tadi…Mad dah selamatkan saya, bang. Nasib baik saya tak mati lemas. Saya betul-betul terhutang budi.”

“Apa kau cakap ni, Rosli? Setahu aku..Mad tak pandai berenang!” Fariz masih sangsi dengan kata-kata orang di hadapannya itu yang terkenal dengan sikap jahatnya selama ini.
“Abang Fariz, Zulaikha..saya minta maaf ok? Saya tahu selama ini saya bersikap buruk. Sekarang saya dah insaf! Mulai hari ni saya takkan buat jahat lagi terhadap keluarga abang Fariz. Sumpah!” katanya sungguh-sungguh.

“Hey..jangan main-main sumpah ni, silap hari bulan kena sambar petir! Sudah, mari naik dulu.” Hatinya yang panas baran bertukar lembut.
“Abang….” Zulaikha menjeling abangnya.
“Sudahlah, Zu. Rosli sepupu kita jugak. mari naik, Rosli.” Mbek diletak di tempat teduh.
“Mari Mad, salin baju tu.” Zulaikha berlalu ke dapur. Ahmad mengekori dari belakang.

“Terima kasih ye, bang. Nanti hujan reda, saya baliklah.”
Fariz senyum, “Nak tidur kat sini pun tak apa. Nanti abang ambil pakaian.” Berlalu ke biliknya. Tinggal Rosli termenung mengenangkan kisah silamnya dahulu.

Cahaya bulan suram di balik awan gelap. Tanah masih becak dan bertakung dengan tinggalan hujan petang tadi. Namun begitu suara katak masih bersahutan mengharapkan hujan akan turun lagi.

“Rosli…” Fariz memulakan bicara, “Abang nak tanya sikit.”
“Tanya banyak pun boleh, bang.”
“Kenapa sikap kau berubah tiba-tiba?”
Rosli tergelak kecil, “Erm..biasalah, bang. Manusia kan tak pernah lari dari buat silap?
Saya pun tak tahu Kenapa sikap saya buruk dahulu. Mungkin kerana termakan kata-kata mak agaknya.”

“Apa maksud kau, Rosli?”
“Mak kata arwah ayah dan arwah ayah abang bukan adik-beradik kandung. Arwah ayah abang telah merampas tanah tinggalan datuk. Tanah tempat rumah abang duduk inilah.”
“Apa?!” Fariz terkejut. Zulaikha yang ada di situ turut terkejut.
“Rilek, bang. Masa tu otak saya tak betul. Saya terima bulat-bulat saja apa mak kata. Jangan bimbang, bang. Nanti saya siasat semula,ok?”

“Kamu ni ok ke tak?” tercengang.
Rosli senyum, “Hehe..oklah, bang. Abang sepatutnya dapat apa yang kami dapat.”
“Abang Rosli,” celah Zulaikha. “Setahu Zu, tanah dan rumah ni arwah ayah yang tinggalkan untuk kami. Arwah ayah tak sebut pulak pasal ‘rampasan’ harta ni.”
“Kamu kecik lagi…jangan masuk campur.” Kata Rosli diringi tawa kecil.

“Em..biar kami selesaikan perkara ni, Zu. Abang harap lepas ni kau kotakan kata-kata kau tu, Rosli. Abang pun nak tahu jugak rahsia yang tersirat di sebalik semua ni.”
“Insya-Allah, bang.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 12:35


Opps...maaf ye...terpost 2 kali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 19:26


kalau terpost dua kali tu senang saja bye ... lu pergi tekan ikon edit lepas itu lu klik kat Buang ... bahasa Remp-It ... hehhehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-07 07:15


salam...

ingatkan dah tak ada sambungannya... huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 19-01-07 14:07


hm...makin menarik...boleh nak habiskan?habiskan terus r...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-07 12:35


maafla..kadang-kadang internet tak ok kat sini...ada masa nanti sambung...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 09:33


Sementara itu, Ariff termenung memikirkan kerja buat Zulaikha. Sesekali terbatuk memecah kesepian malam. Tiba-tiba dinding rumah berdetak kuat.
“Mak, antu!!” Tengkujuh melompat atas riba Ariff.
“Eh, apa ni, Ku?! Penakut betullah kau ni!” Turut terkejut, lalu menjauhi Tengkujuh.
“Eeii…bunyi gapo itu? Sinih ado pontianak anda?” Tengkujuh takut.
“Ish,mengarut betul kau ni! Mana ada? Bunyi cicak pun takut ke? Tu bunyi ekor cicak,lah.Hehe..baru tahu Ku penakut rupanya…” Ariff tertawa lucu.

Tok Wan yang dari tadi asyik melipat kain turut ketawa geli hati.
“Apalah Ku ni, cicak pun takut ke?”
“Hehe…,” mukanya merah padam. “Dok aih, mano ado!” cepat-cepat duduk di muka pintu.
“Tak nak mengaku pulak. Ha, Ariff..Kenapa Tok Wan tengok moyok saja. Sakit kau datang lagi ye?”
“Syhh….!” Cepat-cepat mendekati Tok Wan. “Cakap tu biar perlahan sikit.”
“Hai..kawe raso telingo kawe ini ok lagi…” sahut Tengkujuh sambil menjeling nakal.
“Apa yang kau dengar? Tak ada apa-apalah!” cuba sembunyikan sesuatu.

Tengkujuh merapati sahabatnya itu.
“ Demo ini..saing sendiri pun nok berahsia. Kecik hati kawe. Acu royak juga, kawe nok tahu jugok. Kawe sanggup berkorban demi saing kawe.” Terus menyanyi, “Berkorban..apa saja..harta ataupun nyawa..Itulah kasih mesra..sejati dan mulia…”
“Cukup,cukup!Eeii..geli aku mendengarnya!Baik kau nyanyi buat kekasih kau.”

“Demo ini, kawe nok gurau sikit, tak boleh.”
“Tok Wan, esok Ariff nak ke bandar kejap. Ada urusan.”
“Nok ikut, boleh?” Celah Tengkujuh penuh girang.
“Duduklah kat rumah, teman Tok Wan.”

“Ariff, baik kau bawa kawan kau ni sekali. Kalau dia ada, tak boleh duduk diam dibuatnya. Nanti dia kacau kerja Tok Wan.”
“Yelah, yelah.”
“Yaahooo…...!Ni kawe saya demo ini.” Memeluk erat Ariff.
“Dahlah tu…! Ariff masuk tidur dululah, Tok Wan.” Cepat-cepat beredar.
“Kawe ngatuk jugok ini. Tok We..tidur dulu deh.”
Tok Wan hanya tersenyum melihat gelagat anak teruna itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-01-07 12:44


sesejuksalju tulis sendiri ke cerpen ni..?? Bagus juga cerpen ni. mula-mula best sangat-sangat...tak sabar nak baca sambunggan nya...thank you.:)
Tapi bila dah sampai masa Rosli lemas tu..macam ("_)..
Karang lah banyak-banyak dulu..baru post..tak sabar lah nak baca semua sekali..:):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 12:25


syukran...em..dah ada cerpen ana posting dalam ni. Cuba cari tajuk cerpen "CERMIN DIRI"...:)

Emm..nak buat panjang..tapi ada permintaan suruh sambung cepat..jadi masa pun terhad..insyaAllah...ingatkan nak pendekkan..nak buat ending dah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 12:37


Kenderaan masih tidak sibuk tika ini. Langit masih mendung, kabus pagi mendinginkan suasana. Tepat jam lapan pagi, tiba di Klinik Syifa’.

Assalamualaikum…” melangkah masuk ke dalam bilik doktor.
“Waalaikummussalam…eh?!” terkesima seketika. Cermin mata dilap berkali-kali.
“Kenapa ni? Macam nampak hantu saja.” Ariff tersengeh-sengeh.
“Sinih pun ado hantu jugok anda?Eeii..” Tengkujuh melilau sekeliling bilik.
Ariff tertawa kecil, “ Ish,kau ni! Mengarut sajalah.Ha..ayah, ini kawan sekuliah Ariff, Tengkujuh. Yang ni kawan Ariff jugak, Zulaikha.”
Zulaikha hanya senyum nipis. Hatinya masih bermain teka-teki. Apa tujuan Ariff bawanya ke klinik itu. Padahal dia tidak sakit.

Dr.Ariffin diam seketika, namun bibirnya tidak lokek dengan senyuman.
“Inilah Zulaikha, ye?” tanyanya penuh minat. “Ok, mulai hari ni awak boleh bekerja di sini. Nanti saya suruh Lina bagitau apa yang patut awak buat.”

“Ha?! Apa ni, Ariff? Saya tak faham.” Zulaikha keliru.
Ariff hanya tersenyum, “ Awak dah dengar apa Dr. Ariffin cakap sebentar tadi kan? Awak diterima bekerja di sini. Tahniah!”
Zulaikha terkebil-kebil.

“Kira orait lah tu. Eh, napok dok suko pun!” celah Tengkujuh pula.
“Suka, saya suka!” Zulaikha cuba ambil hati semua orang. “Terima kasih, saya tak tahu nak kata apa. Terima kasih, Ariff.”
“Ini saja yang dapat saya tolong. Awak cubalah cari pengalaman di sini dulu,ye?”
“..insya-Allah. Boleh saya mulakan kerja saya sekarang, Dr?”
“Lina!” Laung kuat, Lina tergesa-gesa datang. “Ini pembantu baru, tolong beri tunjuk ajar, ye? Zulaikha boleh ikut Lina.”
“Terima kasih, Dr.” beredar dari situ.

Ariff menarik nafas panjang.
“Lain macam saja ayah tengok kau layan budak tu. Ada apa-apa ke?”
“Dia kan kawan Ariff? Mestilah layan dengan baik.” Cuba berdalih.
“Betul, pak cik! Dio ni baik hati. Kalau boleh, semua oghe dio nok tulung. Hehe..” Celah Tengkujuh sambil ketawa.

“Ku..nak kena ni…!” jelingan Ariff membuat Tengkujuh diam.
“Kau ni, Ariff. Jangan garang sangat, jaga kesihatan tu.”
“Eh, anak mak ada di sini? Rindu betul rasanya!” Puan Zakiah meluru memeluk anaknya. “Balik kampung, terus lupa mak, ye?”

“Tak adalah, Ariff kan sibuk? Mak dari mana ni?”
“Mak nak ke pasar, singgah kejap jumpa ayah kau ni. Tak sangka pulak dapat jumpa anak mak.”
“Bahgianyo family demo, jealous kawe.” Tengkujuh rasa sedih.
“Mak, ini Tengkujuh..kawan Ariff. Kami macam isi dengan kuku, tau?”
“Oo..inilah kawan klate yang kau selalu ceritakan tu? Kenapa tak bawa jalan-jalan ke rumah? Kau ni Ariff…!”
“Nantilah, mak. Kerja kami belum selesai lagi. Tinggal sikit saja lagi.”

“Bang, saya tengok ada budak baru kat depan tadi. Siapa tu?”
“Itu Zulaikha, kawan Ariff inilah.”
Puan Zakiah senyum nakal, “ Kawan ke..girlfriend?Hehe…”
“Tak adalah. Biar kami balik dululah, nak sambung kerja.” Cepat-cepat minta diri. “Jom, Ku!” Tengkujuh ditariknya keluar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 12:41


perhatian : bahasa kelantan

anda tu maksudnya ke....bukan engkau
jadi Kalau admin yang tukar jadi 'anda'..harap fahamlah ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 17-03-07 18:39


bila nak sambung.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 09:12


hmm... nice story... cepat-cepat lah sambung ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 09:27


lama dah tak nampak id sesejuksalju online kat ukhwah ni..
p mana..?
bila lagi cerita tengkujuh ni nak bersambung...
dan sebulan lebuh dah ni... huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-03-07 09:48


best cerita ni....
bila nak sambung ni?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 12:20


salam....maaf sibuk sikit...ni ana sambung dulu...:)

*************
Masa berlalu begitu cepat mendewasakan semua orang.

“Surat, bang!” Ahmad mendapatkan Fariz di tangga rumah. Ahmad nampaknya semakin matang, tidak lagi kebudak-budakkan. Tapi Mbeknya masih menjadi teman setianya.

“Surat untuk Zulaikha ni. Zu! Ada surat!” laung dari luar. Zulaikha segera datang.
Isi kandungannya terus dibaca, bibirnya mengukir senyuman.
“Daripada Ariff, bang.”
“Iye? Dia buat apa sekarang?”

“Ariff dan Tengkujuh sekarang dah jadi pakar psikologi kanak-kanak, bang. Tak sia-sialah usaha mereka dulu. Mad pun dah pandai membaca. Terkenang pulak waktu Tengkujuh ada kat sini kan?”
“Ehem..terkenang Tengkujuh ke..si Ariff tu?”
“Ada-ada saja abang ni!” melipat surat.

Assalamualaikum!” Rosli datang tiba-tiba lalu merapati Fariz.
“Waalaikummussalam, ada apa, Rosli?”
Rosli senyum bersahaja, “Ini untuk abang Fariz. Harap-harap ia dapat mengubat hati luka abang selama ini.” Sehelai dokumen yang sudah lapuk diberi.

Isinya diteliti satu persatu. Sekejap dekat, sekejap jauh, maklumlah tulisannya hampir tidak nampak.

“Betul ke apa yang terkandung dalam ni, Rosli?”
“Betul, bang. Mak malu nak datang, jadi saya datanglah sendiri. Mulai hari ni, tanah dan rumah ni akan jadi milik abang. Begitu juga kolam ikan di belakang tu.”
Fariz tidak dapat berkata apa-apa. Perasaannya bercampur baur.
“Tapi..Mak Bedah tak marah ke?” celah Zulaikha.
“Mak dah menyesal, Zu. Tapi abang Fariz dan Zu akan maafkan mak kan?”
“Mestilah. Sedangkan Nabi ampunkan umat…” Zulaikha senyum gembira.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala. Rosli, terima kasih banyak kerana bantu abang selama ini.”
“Tak ada apalah, bang. Saya balik dululah. Simpan baik-baik.” Berjabat tangan, lalu beredar dari situ.

Tidak henti-henti ucapan syukur kepada Allah Taala. Bermula dari situ, bolehlah mereka perbaiki keadaan rumah agar kelihatan selesa.

*******************************************************

Pagi masih awal, Zulaikha asyik mengemas ruang setor. Tiba-tiba pandangannya nampak gelap. Badannya berpeluh-peluh. Nafasnya tercungap-cungap, dia lalu pengsan.

…..Kelihatan kipas berpusing-pusing di ruang siling. Beberapa lembaga manusia samar-samar kelihatan di sisinya. Jantungnya berdegup kuat.

“Astaghfirullahalaziiim..!! Di mana saya?” segera bangkit.
“Tenang, Zu,” kata Lina. “ Zu pengsan tadi, nasib baik Dr. Ariffin datang cepat. Kalau tidak, tak taulah saya.”
“Saya letih agaknya,” malu pada diri sendiri.
“Awak ni tak tahu jaga kesihatan ke?” Dr. Ariffin mencelah.
“Ha? Saya biasa saja, Dr.”
“Zu, awak sedar tak awak sakit?”

“Jangan bergurau, Dr. Saya tak apa-apalah.” Cuba beredar dari bilik doktor.
“Dengar dulu apa doktor nak cakap tu, Zu.” Ariff muncul tiba-tiba.
Zulaikha terkejut.
“Zu, saya dapati awak menghidap paru-paru berair.” Kata Dr. Ariffin dengan tenang.
“Apa?! Tak mungkin!”
“Terimalah kenyataan, Zu. Awak memang sakit, itulah ketentuan Ilahi.”
“Tapi…saya sihat sebelum ni, isk..isk…!” sebak di dada tak dapat ditahan lagi.
“Sabar, Zu. Anggaplah semua ini ujian daripada-Nya.” Ariff cuba memujuk
Zulaikha menangis di sisi Lina.

“Saya rasa baik awak berehat dulu. Ambil cuti hari ni. Ariff, kau hantar Zu pulang.”
“Tengkujuh pun ada kat luar tu.”
“Terima kasih, Dr.” perlahan-lahan keluar diiringi Lina.

“Ayah..teruk ke sakit dia tu?” keresahan jelas tergambar di ruang mata.
Dr. Ariffin tenang di kerusinya, “Tiada apa ayah nak cakap, Ariff. Diri kau tu.”
“Kenapa dengan Ariff?”
“Mak cakap..kau malas makan ubat. Betul ke?”
Ariff tersipu malu, “ Ariff dah makan ubat. Mak tu cerewet.”
“Ayah nasihatkan kau rajin makan ubat. Faham tak? Kalau degil, ayah tidak teragak-agak untuk masukkan kau dalam wad.”
“Err..pergi dulu,ayah. Tengkujuh duduk tunggu tu.Assalamualaikum.” cepat-cepat keluar.
Dr. Ariffin hanya menggeleng-gelengkan kepala.

*******************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

nrelisa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26937
Posting: 33
Dari: tempat beradanya makhluk Allah

haiti  


posticon Posting pada: 11-04-07 13:24


menarik......:-) :-) ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nrelisaProfil   Hantar PM kepada nrelisa   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 16:13


assalamualaikum..
da ending ke belum ni?best ar cerita ni..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 18:37


best cerita ni....nanti sambung eh

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-07 13:08


emm..ada masa sambung..insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 11:27


Perjalanan sepi. Masing-masing diam seribu bahasa. Tiada siapa berani bersuara. Hanya Tengkujuh sekali-sekala berseloroh menceriakan suasana.

“Woitt! Guano ni? Kawe seorang jah asyik kecek. Demo dua oghe ni bakpo?”
Ariff dan Zulaikha tertawa kecil mendengar rungutan Tengkujuh.

“Kau Kenapa, Ku?” Ariff berpaling memandang Tengkujuh dengan wajah masam.
“Hey,hey…kenapa ni? Kalau gini, baik kawe turun, demo bawok kereta ni.” Tengkujuh perlahankan kereta.
“Ku…jangan cari pasal. Sorry, ok. Aku tengah bad mood ni. Sorry.” Ariff senyum nipis.
“Emm..bad mood? Ayoh demo ado sebut sesuatu buat demo teraso anda?”
“Tak adalah. Tolong jangan banyak tanya, kita kena hantar Zulaikha ni.”
“Ok, boss.” Terus memandu.

Berita itu telah sampai ke telinga Fariz.Apakan daya, takdir Tuhan telah menentukannya.Semuanya diterima dengan redha.

“Abang bila nak kahwin?” tiba-tiba bertanya, “Inilah masanya abang cari calon isteri. Bila Zu dah tiada nanti…!”
“Zu!” Fariz memotong percakapannya, “Apa Zu mengarut ni?”
Zulaikha tampak muram.
“Bang, bukan Zu tak tahu. Abang dah lama pendam perasaan pada kak Nurin. Abang cepat-cepatlah pergi meminang, nanti terlepas pula.”
“Jangan mengarutlah, Zu.” Cuba sembunyikan rahsia di hati.

Assalamualaikum…!” Kedengaran suara di luar. Masing-masing menjenguk.

Zulaikha senyum mesra, “Panjang umur akak, baru sebut tadi. Pak Ya dan Makcik Sarah pun ada? Jenputlah naik.”

Fariz turut terkejut dengan kedatangan mereka. Kali ini mereka membawa hajat yang besar, Fariz tidak dapat mengelaknya lagi. Nampaknya tidak lama lagi, rumah mereka akan berseri dengan kedatangan orang baru. Hari yang bersejarah itu telah pun ditetapkan.

*******************************************************

“Alhamdulillah, Zu senang hati sekarang melihat abang dah kahwin.”
“Ala..tak lama lagi Zu pulak.” Fariz memakai kasutnya perlahan-lahan.
“Zu?Minta maaf, ye? Zu tak nak!” segera berlari ke belakang rumah.
“Eh, nak ke mana tu?”
“Zu nak jalan-jalan saja. Jaga baik-baik kak Nurin tu.Hehe..” menghilang dari pandangan.
“Nakal jugak Zulaikha ni.” Nurin senyum bersahaja.
“Jom, abang bawa Nurin jalan-jalan ye?”
Mereka berlalu dengan kereta.

Kicauan burung masih kedengaran di awan. Kelihatan deretan burung terbang sekawan membentuk lingkaran ‘V’ di awan Subhanallah! Sungguh indah ciptaan Allah.

“Eh, akak buat apa kat sini?” Ahmad asyik memerhatikan Mbeknya meragut rumput di tebing sungai. Zulaikha duduk sama.
“Saja..jalan-jalan. Em..dah lama kawan Mad tak sini,kan? Mad tak rindu ke?”
“Emm? Siapa?” Ahmad kebingungan.
“Tengkujuhlah..!Takkan dah lupa,agaknya? Mad ni…” cuba ingatkan Ahmad.
Ahmad tersengeh, “Oh..abang Tengkujuh rupanya. Akak telefonlah abang Ariff.”
“Malaslah, dia kan lelaki. Akak tak naklah!” senyum simpul.

Tiba-tiba sesuatu mengena kepala Ahmad.

“Adoi! Siapa main baling batu ini?!” Ahmad menoleh ke kanan kiri, tiada orang.
“Kenapa, Mad? Mana ada orang kat sini?” Zulaikha turut kehairanan.
“Siang-siang pun ada hantu ke? Sakit kepala ni!” Menggosok-gosok kepalanya.
“Jom kita balik, Mad.”takut-takut.
“Mari balik, Mbek.” Ditariknya sama.

Mereka melalui jalan semak belukar. Tiba-tiba belukar di situ bergerak-gerak, sedangkan angin tiada. Zulaikha mula berdebar-debar. Ahmad perlahan-lahan mencapai sebatang kayu, lalu menghampiri belukar itu.

“Nah,rasakan! Kalau betul kau hantu, keluar!” melibas-libas belukar dengan kuat.
“Aduh,aduh!! Berenti woi! Kawe ini!” terdengar satu suara menjerit.
“Aik, macam pernah dengar..tapi kat mana ye…” Ahmad cuba mengingat.
Tengkujuh muncul dari sebalik belukar.
“Eh, abang Tengkujuh! Datang jugak akhirmya!” terus memeluknya erat.
Tengkujuh terpinga-pinga.
“Woi,woit! Apo peluk-peluk ini?Malu kito!”
Ahmad segara lepaskan pelukan, “Abang buat apa dalam semak tu?”
“Sajo jah..duduk bertapo. Tapi dok jadi..adui…!!”menggosok-gosok tubuhnya.
“Itulah, siapa suruh usik orang?Hehe…” Zulaikha tertawa kecil.
“Maaflah, Mad tak tahu abang duduk dalam tu. Ingatkan hantu.”
“Salah kita jugok. Jom, balik. Ariff ado tu.”

Kelihatan Ariff lena di kerusi keretanya.
“Ariff, bangun!” Tengkujuh menepuk-nepuk pintu kereta. Ariff terjaga sambil memandang sekeliling.
“Abang Ariff apa khabar?” Ahmad bersalaman mesra, Ariff memeluknya erat.
“Emm..sihat. Mad semakin sihat nampak. Kakaknya pula yang kurus.”
“Ish, ke situ pulak.” Zulaikha tersipu malu. “Zu bancuh air dulu,ye?”
“Tak apalah. Kejap saja singgah ni. Kami nak pergi jenguk Tok Wan.”
“Tak tunggu abang Fariz ke?”
“Tak, kirim salam ye?Jom, Ku.” Beredar ke kereta.
“Punggung kawe dok panah lagi ini, metar jah duduk.Oklah, Mad..Nati kito
jupo lagi.Bye…” beredar dengan senyuman.
“Bye…..!!” melambai tangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 11:34


Malam masih awal…suara batuk memecah kesunyian malam.
“Bakpo demo ini? Make ubat doh anda?” Tengkujuh hampiri Ariff yang duduk termenung di brenda luar.
“Aku oklah.”
“Bukannya kau tak tak tahu, Ku. Ariff ni tak suka makan ubat.” Celah Tok Wan.
“Hey, oghe sakit keno make ubat,tahu?mari kawe suap.” Cuba paksa Ariff.
“Awas, nanti aku muntah karang, kau jugak yang susah. Lainlah kalau kau nak makan muntah aku, jadi macam Badang kuat.Haha…”
“Uweekk..!Kawe pulok nok termuntoh!Eeii…kecek tu molek sikit,beb.”
“Haha..padan muka! Paksa-paksa orang pulak.Uhuk,uhuk!”
“Tengoklah cucu Tok We ni..susoh sunggoh dibuatnyo!” geram.

Tok Wan senyum.
“Ariff, Tok Wan dah sampaikan hajat hati kau semalam.”
“Tok Wan dah bagitau? Malulah Ariff nanti…!Uhuk,uhuk!” Batuk menjadi-jadi.
“Bodohlah kau ni!” Ketuk kepala Ariff. “Yang tu pun malu!”
Tengkujuh diam seketika.
“Tok We oyat gapo? Kawe dok peha…” garu-garu kepalanya.
Tok Wan senyum, “ Si Ariff ni..nak kawin dengan Zulaikha.”
“Ha?!” Terkejut, “Musnah harapanku, isk,isk…” bersandiwara.
“Apa kena kau ni, Ku?Oo..kau ada hati kat Zulaikha,ye?”
“Haha…demo ni jealouslah!Kawe suko demo nok kawin dengan Zu.”
“Suspend betul Ku ni.”
“Zu belum tahu tau?” kata Tok Wan lagi.
“Aik? Kenapa pulak?”
“Tapi Tok percaya, Zu mesti setuju. Kau jangan bimbang ok?”
Ariff kembali termenung.

*******************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 12:18


sigh
banyak sangat lah cerita yang dipos lah ni,
tak sempat nak update semua sekali,
tak kerja pula nanti,
anyway keep it up.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-06-07 00:18


..... nice story
bila nak sambung lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-07 11:30


Kerja diteruskan seperti biasa. Masa berlalu cepat.

“Zu, ada berita tentang anak saya tak?” Tanya Dr. Ariffin tiba-tiba.
Zulaikha rasa pelik. Kenapa anak sendiri pun nak tanya orang asing?
“Kenapa, Dr? Ada yang tak kena ke?”
Dr. Ariffin tampak muram, “Emm..dah seminggu tak balik.”
Terkejut Zulaikha, “ Apa?!”
“Erm..., ingatkan Zu tahu mana dia pergi. Tak apalah.”
“Eh..bukan ke…Ariff jenguk Tok Wan di kampung?”
“Dia tak cakap apa-apapun! Pelik betul budak ni. Tak mengapalah, balik nanti saya hantar,ye?”
“Eh, tak aplah, Dr..saya boleh balik sendiri.”
“Saya ikhlas ni. Jalan kita sama kan? Sudah, balik nanti, tunggu saya.”
“Err..baiklah.” Zulaikha menyambung kerjanya.

Hujan turun renyai-renyai. Setibanya di laman, kelihatan Ariff duduk lesu di tangga rumah. Tok Wan ada sama. Ariff terkejut, dia sedikit berganjak dari tempat duduknya. Nak lari, sudah terlambat.

“Ha, nak lari ke mana tu?” tersenyum nakal.
“Mana ada? Erm..ayah buat apa di sini?” tergagap-gagap.
“Saja..makan angin kat kampung ni.” Bersalaman dengan Tok Wan.
“Emm..yela tu.” turut tersenyum dengan kata-kata Dr Ariffin.
“kenapa menyorok kat sini?Takut jarum ek….” Ketawa geli hati.
“Mana ada? Saja saja…makan angin….hehe…” ketawa kecil.
“Bertuah punya anak….” Menyigung bahu Ariff.
“Pin, Kenapa biarkan anak kau menderita? Mak tak sanggup melihatnya begini.”
“lah..dia sendiri cari penyakit! Suruh makan ubat, tak nak!”

“Penyakit apa pulak ni? Mak maksudkan…anak kau ni nak kawin!”
“Apa?Kawin?! Hai…senyap-senyap dah ada calon? Bertuah punya anak, Kenapa tak bagitahu awal-awal?Eeii…!” menarik telinga Ariff.
“Sakitlah, ayah..!” menjerit manja. “ Bukan Ariff yang pandai-pandai, Tok Wan,lah.”
“Ish, budak ni! Bukan nak berterima kasih!” turut menarik telinga cucunya itu.
“ Apa ni? Sakitlah, Tok Wan…!” mengaduh sekali lagi.

Tok Wan ceritakan apa yang terjadi kepada si ayah. Walaupun masih risau tentang kesihatan anak, namun sebagai seorang ayah, hati tak sanggup melihat seorang anak menderita.

“Beginilah, kalau dah suka…biar ayah hantar rombongan meminang esok jugak!”
“Tapi…!” Ariff cuba mencelah, tapi terus dipotong, “Tak ada tapi-tapi! Makan ubat dan tidur cukup. Mak, saya balik dulu.” Bersalaman cepat-cepat lalu beredar.
“Cepatnya…” memandang bersahaja.

Ariff terbatuk-batuk, “ Uhuk-uhuk!! Tok Wan ni…memandai sajalah!” muncung semacam.
“Hey, nak kena tarik telinag lagi ke? Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik kau penuhi impian kau tu. Tok Wan tak nak kau menyesal.”
“Tapi, saya tak sihat, Tok Wan. Saya tak nak menyusahkan sesiapa.”
“Sudahlah tu. Kata-kata ayah kau muktamad! Masuk dalam, dah gelap ni.”
“Yelah…” segera menutup pintu.

*******************************************************


Kedatangan rombongan keluarga Ariff memeranjatkan Zulaikha. Tapi Dr. Ariffin telah mententeramkan suasana dengan penjelasannya yang panjang lebar.
Akhirnya dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, pinangan pihak lelaki diterima.

Dalam majlis yang serba ringkas, Ariff dan Zulaikha disatukan. Termeterilah ikatan keduanya sebagai suami isteri.

Pelbagai soalan timbul dalam diri masing-masing. Masa terus berdetik melanjutkan waktunya.

“ Maaf, Zu nak tanya sikit,boleh?” mula berbicara.
“Erm..banyak pun boleh, Zu.” Matanya memandang pemandangan hijau saujana luas sawah padi.
“Kenapa pilih Zu? Zu tak sempurna, bang.”
“Dah takdir Tuhan pertemukan kita. Abang ikhlas terima Zu, tau? Zu pun tahukan..abang bukannya sihat. Entah bila abang akan mati.”
“Abang!! Tak baik cakap begitu.” Zulaikha takut.
“Semua yang bernyawa pasti akan merasai mati, Zu.”
“Zu tahu.” Diam seketika. Hatinya sebak tiba-tiba.

Ariff dapat membaca air muka isterinya.
“Jangan bersedih, Zu…” digenggam erat jari jemari Zulaikha.
“Walau apa pun yang terjadi, hati Zu tetap untuk abang saja.”
“.. hati dan jiwa kita adalah milik Allah.” Mengukir senyuman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-07 11:33


Dari kejauhan terdengar suara Ahmad memanggil-manggil.

“Surat dari abang Tengkujuh!” tercungap-cungap.
“Mana dia pergi,ye? Masa kita kawin pun tak datang.” Ariff membuka isi kandungannya. Dibaca satu-persatu. Tak semena-mena surat itu terjatuh dari tangan. Ariff tiba-tiba menangis.

“Kenapa, bang?” Zulaikha segera mengambil surat itu dan membacanya. Hatinya turut sebak, “Innaalillaawainnailaihiraajiuunn…..!”
“Kenapa,kak? Abang Tengkujuh nak datang sini ke?” celah Ahmad pula.
“Mad…abang Tengkujuh dah meninggal. Surat ni family dia yang hantar.”
Ahmad seperti tidak percaya, “Ha?! Baru semalam Mad mimpi naik kuda terbang dengan abang Tengkujuh. Abang Ariff….” Memeluk erat Ariff.

Tiada kata-kata yang terucap waktu ini. Hati sayu tak terkata. Apa boleh buat, sudah ketentuan Ilahi. Siapa tidak sedih kehilangan sahabat karib.

“Sabar, bang. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita yang sakit, duduk mikir soal mati. Allah itu lebih mengetahui ajal maut hamba-hamba-Nya,bang. Siapa duga, Ku pergi dulu sebelum kita. Kita doakanlah semoga rohya dicucuri Rahmat.” Cuba menenangkan Ariff yang masih dalam kesedihan.

“Abang Tengkujuh sakit apa,kak?” air mata masih berlinangan.
“Sakit leukemia. Tapi..Kenapa arwah tak beritahu kita,ye?Tiap kali jumpa, pasti ceria.”
“Erm..begitulah perangainya, Zu. Betul kata Zu, kita kena redha dengan ketentuan Ilahi. Kita yang masih hidup ni, mesti teruskan kehidupan..beribadah kepada-Nya.” Air mata dikesatnya perlahan-lahan.

Begitulah kitaran hidup manusia. Ada kematian, ada kelahiran baru. Namun masih ada yang masih lalai, leka oleh duniawi. Sebelum terlambat, teruskan dan tingkatkan mutu ibadah agar apabila berhadapan dengan Allah nanti, jiwa takkan menyesal. Setiap jiwa adalah milik ALLAH. Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.




-TAMMAT-


jika ada silap salah sepanjang ana berkarya atau apa-apa semasa di portal, ana mohon maaf..... salam ukhwah fillah ..Wassalam :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-07-07 14:02


syukran sesejuksalju....ada usaha yang murni nak sampaikan sesuatau...
terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

limau_nipis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.10.2007
Ahli No: 31306
Posting: 44
Dari: putrajaya...bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 10:26


best suka baca...tak boring...

Bookmark and Share

    


  Member Information For limau_nipisProfil   Hantar PM kepada limau_nipis   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 11:39


Alhamdulillah..tamat sudah cerita ni...walau ujian datang, kebahagaiaan tu tetap milik kita jika kita redha dengan segala ujianNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-11 13:47


iyer...baru semak kembali....syukran semua yang sudi baca....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.321681 saat. Lajunya....