Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 163
Ahli: 0
Jumlah: 163




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Warkah Untuk Warda


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Warkah Untuk Warda

Please Mendaftar To Post


Oleh Warkah Untuk Warda

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 01:56


Assalammualaikum....sejahtera kepada semua ahli ukhwah...
apa yang saya post ini merupakan karya saya sendirik...sesajer saja teringin nak tulis...nak minta pendapat ahli ukhwah...hehe...kalau nak kutuk, kutuk saja...tapi yang membangun lah ye...hehe

=========================================
Assalammualaikum w.b.t,

        

Mesti kau terkejutkan Kenapa tetiber aku tulis panjang lebar macam ini. Dah lama sebenarnya aku tunggu masa ini. masa yang akan menjadi sejarah dalam hidup aku. Sebelum itu aku nak minta maaf banyak2 sekiranya cara aku ini membuatkan kau tersinggung.

sebenarnya dalam warkah yang agak panjang ini aku nak luahkan segala perasaan yang dah lama terpendam. aku tahu tak ada gunernyer disimpan kerana perasaan itu dijadikan untuk diluahkan. aku tak mampu untuk luahkan secara lisan dek terlalu menghormati kau. Bagi aku, kau adalah lain dari yang lain. Terlalu hina jikalau aku luahkan begitu sahaja. Nak call pun aku minta permission kau. Dah lama aku cuba merisik perasaan kau. aku tau juga yang kau tak kan mudah membuat keputusan untuk hal yang sebegini. aku tahu. Dah menjadi kebiasaan hidup aku untuk malu dengan seorang perempuan. Apatah lagi perempuan yang aku minati. Walaupun banyak perubahan berlaku kat aku tapi tiada satu pun yang dapat buatkan perasaan aku kat kau hilang macam tu sahaja. Tak tahu Kenapa. Mungkin permainan syaitan atau takdir tuhan.

aku mula memendam perasaan ketika Form 2 lagi. Di mana aku lihat kau betul2 lain dengan kawan-kawan yang lain. Yang lain pun aku tak mampu tegur apa lagi kau. Peribadi kau yang sopan, lembut percakapan, bertudung dan berpakaian sempurna, cukup untuk dikatakan seorang muslimah. Kerana status aku sebagai pelajar menjadi penghalang untuk aku terus melayani perasaan itu. Teringat pesan mak dengan abah. Tak apa. aku terus simpan sehingga masing-masing melanjuntukan pelajaran ke MRSM. aku MRSM Pasir Salak dan kau MRSM Muadzam Shah. Tak sangka kan. sama-sama masuk mrsm. Tapi masa itu aku mula kurang untuk mengingati kau dan agak hampir lupa. Agak lama juga rasanya. Sebulan selepas kita masuk mrsm ingat tak kita ada keluar town main bowling? Tak silap aku yang ada masa tu Amirah, Syuhada, kau, Hafiz dengan aku. aku rasa ada seorang lagi perempuan tapi tak ingat siapa. Agaknya setahun lepas tu. Akhir tahun rasanya, ada suatu hari itu aku hantar email kat kau. Ingat tak. aku dapat pun dari Amirah. aku pun bukannya minta. Ada dalam senarai forward messages. aku pun sesaja hantar. Tapi kau balas juga. Inilah dinamakan kebetulan yang teramat. Macam ada sesuatu cuba ingatkan aku kembali kepada kau. Ada suatu hari kau ada hantar request card masa form 5. Time tu aku tengah kelas prep. Alangkah gembiranya aku. Bila dapat sesuatu dari orang yang aku suka. Perasaan yang kian menghilang dalam hati aku mula bercambah kembali. Ketika tu aku belum ada handphone lagi. Selepas Semester . aku dah ada handphone dan kerap juga mesej kau. Tiap kali balik dari kelas. Petang saja aku akan cuba hubungi kau. Tak berani nak call. Tapi itu lah. Sms yang menjadi medium perantaraan kita. Ingat tak ada satu hari itu kau sakit kaki. Sebab jatuh tangga. Kesiannya. Masa itu aku sentiasa nak bagi semangat kat kau. Tak taue Kenapa ada rasa risau. Huh. Memang susah untuk mentafsir perasaan sendiri apa lagi perasaan orang. Ridhwan yang sebilik dengan aku sentiasa bagi semangat kat aku. Dialah yang menjadi pendorong utama untuk aku terus contact kau. Dan berharap tak nak lost contact lagi. Ingat tak kau ada bagi kad raya kat aku masa SPM dulu? Masa itu baru lepas exam bio agaknya. Sekali lagi aku berasa terharu sebab tak ada orang bagi kad kat aku sebelum ini. Hmm. terima kasih banyak2. Hal ini membuatkan perasaan aku kian tegar. Lepas SPM pula kau ada buat open house kan. Ikutkan aku memang tak nak pergi. bukannya apa. Segan. Tapi dah kawan2 lain bria2 nak ajak aku pergi sahaja lah. Dapat juga jumpa kau lepas dah setahun tak jumpa. Hehe. Tak sangka semua berjumpa kat terminal. Tapi rumah kau dekat dengan rumah aku. boleh jalan kaki pula itu. Memang lawak. Satu lagi. Kau ingat tak Kenapa aku beria2 nak buat reunion?? Semua ini sebab aku nak jumpa kau. aku cuba buat reunion ini jadik. Tapi tetiber kau kata masa open house itu chalet kat pada full. Huh. Frust gila aku. memang frust. Tapi aku tak show kat kau. aku cuba plan lagi tapi memang gagal. Mungkin tak ikhlas tujuan aku. Ridhwan sahaja yang tau. Dia yang tenangkan aku. Agaknya itu lah rancangan tak jadik. Tak diredhai Allah agaknya.

Tak lama kemudian result keluar. aku terkejut juga tengok result aku tak begitu baik tapi baik juga sebenarnya. Hehe. aku tak kisah kerana ini sahaja rezeki yang aku dapat. Mungkin rezeki aku kemudian agaknya. Tak apa lah. aku dah set mind aku. Tak lama lepas itu, masa sembahyang Jumaat aku jumpa Hafiz kat masjid. Kiteorang borak2 pasal result rakan2 yang lain. Huh. aku dapat tahu result kau agak tak memuaskan hati kau. Tapi yang aku hairan Kenapa lepas itu aku mesej kau langsung kau tak balas. aku cuba mesej untuk memberi semangat. Naik kan kembali keyakinan kau. Untuk pengetahuan kau. aku kerap keluar dengan Hafiz. tiba-tiba rasa cemburu aku terbit bila dapat tahu kau kerap mesej dengan Hafiz. I saw bundle of messages from u in Hafiz`s hp. sebenarnya aku yang suruh dia tanya kau course apa yang kau mohon untuk upu. masa itu aku dengan Hafiz baru lepas main bowling. kat Food Court. Terkejut juga amat pantas kau reply. aku cuba mesej kau lepas itu. Tapi hampa. Kau tak reply pun. Huh. Yang aku mampu hanya diam saja. Tak kan aku nak marah kau. Tak ada hak langsung. Inilah perasaan. Tapi yang menimbulkan tanda tanya sampai lah sekarang. Kenapa sejak dari result keluar aku mesej kau tak balas langsung. Memang langsung tak balas. Biarlah. aku decide lepas itu aku tak nak contact kau lagi. aku terasa macam aku tak layak untuk menyukai kau. Masa memang berlalu amat pantas. Dalam bulan 4. aku tak tahu apa yang menjadi titik permulaan aku teringat kembali kat kau. Tak silap aku kau tetiber mesej kat aku bagaimana nak pasang internet kat rumah. Tak sangka ye. Walau pun aku dah decide nak luperkan semua ni tapi aku tak boleh tipu perasaan. aku berusaha untuk tolong kau. Cakap sedetail yang boleh pasal bagaimana nak pasang internet kat rumah kau. Prepaid lah, line lah, macam2 lagi lah. Akhirnyer. Perkara ini lah yang menjadi titik permulaan kita selalu chatting tengah2 malam sampai ke pagi. Hmm. Kau masa itu tak kerja. Mak kau tak beri kan. Anak manja lah katerkan. Hehe. Gurau saja. aku pula kerja kat Petronas. Walaupun aku penat. aku sanggup luangkan masa untuk sihat dengan kau padahal esoknya aku masuk syif pagi. Kau nak taue tak. semua yang aku dengan kau chatting aku save dan buat dalam satu folder khas. saja suka-suka bila senang boleh baca balik. bila Ridhwan nampak aku letih saja time kejer mesti dia cakap “chatting dengan Warda lah itu”. Jeles nampaknyer dia. Lawak juga. Actually masa bulan . aku ada pergi bahau sebab ada gathering darjah 6. Seronok juga. kat situ aku sempat beli satu frame gambar. Bukan frame saja ada gambar bunga sekali. memang cantik. aku niat nak bagi kau sempena birthday kau. Tapi aku tak tau nak bagi bagaimana. Tak kan nak pergi rumah kau agaknya. Tak pasal2 bapak kau kejar aku dengan parang. Hehe. Frame itu aku simpan sahaja. sekarang ini ada kat bilik aku kat matrik. Buat kenangan. apa yang aku boleh cakap sampai takat ini dah 3 kali lost contact. Dan 3 kali juga aku try nak lupakan semua ini. Memang susah.

Lepas itu masa keluar result kemasukan matrikulasi. Kau ada bagi tau aku yang kau tak dapat. kasihan juga. aku ada cakap kat kau supaya terima sahaja. Rezeki kau bukan kat situ. Kau ada cakap yang result kau tu yang teruk. aku balas balik supaya kau jangan salahkan result. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah sahaja yang tahu. Rezeki kau kat Kolej Universiti agaknya. Lepas aku masuk matriks aku rasa kita lost contact sekali lagi. aku balik rumah pun sekejap sahaja dapat sihat dengan kau. Hmm. aku tak banyak cakap pasal keadaan di matriks. sebab tak nak buat kau kecik hati. aku memang seboleh2nyer tak nak kau sedih sikit pun. Tetiber masa aku kat matrik kau mesej aku. Ingatkan siapa. tanya kabar aku pula itu. Hmm. Tak sangka. Terkejut juga aku kau masa tu dah masuk universiti. kat Alor Gajah. Area melaka juga rupernyer. Terlalu banyak kebetulan. memang terlalu banyak kebetulan. kita belajar tempat yang berdekatan walaupun tak sama tempat. Faktor ini lah yang membuat aku decide there are no lost contact anymore. Ameen. Sejak itu aku kerap mesej kau. Tambah2 lagi kau minta tolong aku carik buku math untuk kau. aku tak kan lepaskan peluang ini. aku tolong sebaik mungkin. memang kener pada masernyer. masa cuti mid sem aku fotostat then aku hantar kat rumah kau. Mula2 nya memang aku berharap dapat lah jumpa kau untuk bagi buku itu. tapi sayang tol kau tak balik minggu itu. Ingat nak post. Tapi tak best lah. aku bukan taue sangat post. Hehe. Last2 hantar terus kat rumah kau. Ayah kau yang ambil. aku harap buku itu useful bagi kau. Niat nak jumpa kau itu tak lah sangat. aku cuma berharap dapat bagi sesuatu yang penting untuk kau. Hmm. Sejak itu kerap aku mesej kau. ada sekali itu buat 2mgu berturut2 setiap hari aku hantar mesej “good nite”. Kau yang suruh hantar. aku hantar lah. Actually, no. hp kau aku dah setkan salah satu active . aku. Dah setahun aku rasa. 1sen saja sms. itu lah aku tak kisah sangat. sebenarnya pada asalnye aku tak puas hati dengan cara mesej kau. aku taip panjang2 kau jawab punya lah ringkas. Huh. aku sabar saja. Banyak andaian yang aku buat. Positive, negative semua ada. Kau ada juga terangkan kau tak pandai layan orang. tapi akhirnyer. aku pun ada solution sendirik(rahsia). aku anggap cara mesej kau unik. Unik bagaimana tak taue lah. Lepas itu masuk pula bulan puasa. ingat masa 1st day puasa. aku mis col kau pukul 5 pagi. Sesajer, kot2 tak bangun sahur. Tetiber kau msj aku. Hmm. aku pun balas lah. tanya makan apa. Minum apa. Alangkah seronoknyer. Hmm. Sepanjang puasa tak habis-habis, boleh dikaterkan tiap2 petang sebelum berbuka tanya dah beli makanan ke, makan apa. bila teringat balik macam pelik juga. Kau tak pelik ke Kenapa aku mesej begitu. ada ke seorang kawan mesej begitu? Whut eva. Ingat tak masa cuti raya hari itu. aku ada hantar mesej “aku suka kau”. Ridhwan yang hantar sebenarnya. dia bengang sebab dalam kereta aku asyik cerita pasal kau saja. Menggelabah aku. aku terus stop kat kedai mamak. Turun pergi minum kejap. habis aku marah Ridhwan. Pastue reply balik kat kau. yang aku hairan. Kenapa mesti kau cakap yang kau dah tau tapi kau tak tau respon apa yang harus kau bagi. Huh. Kalau kau tak tau. aku lagi lah tak tau. itu lah yang buat aku cakap tak perlu rush. Hati tak boleh dipaksa. Tapi sebaliknya aku berfikir juga. Kenapa aku tak cakap direct sahaja time itu? Huh..

Cukuplah takat ini aku menceritakan sedikit coretan hidup aku. Kembali kepada tujuan sebenar. aku harap kau faham Kenapa aku tulis panjang lebar semua ini. aku dah lama nak buat macam ini. ingat nak hantar masa birthday aku saja. tapi masa itu bukan ruang yang penuh. Masa itu ruang yang teramat besar kapasitinya. Dalam 1 saat macam2 boleh terjadik. Apatah lagi 2 bulan . aku bukan hendak meraih simpati. Cuma mahukan RESPON dari kau. Tak kisah lah respon apa. Tapi hanya RESPON. RESPON sahaja. aku tak mampu untuk terus simpan perasaan ini. Perasaan yang penuh harapan. aku pernah tanya kau. Patutkah seseorang menutup peluang orang lain semata-mata untuk orang lain??. Soalan ini sebenarnya bermaksud “seseorang” itu adalah aku dan “orang lain” itu adalah kau. tapi kau jawab lain. Yang kau jawab. Salah orang itu Kenapa dia tak luahkan. Huh. Pelik pula aku. Tapi yang pasti kau tujukan kepada aku. sebenarnya dah banyak hint yang aku beri kat kau kan. aku beri cerpen, lagu, kad raya, macam2 lagi. Bibie roommate kau kan? Ingat lagi masa bulan September lepas? Kau beri dia sihat dengan aku sebab kau ada kerja nak buat. aku simpan lagi dialog itu sampai lah sekarang. Bibie encourage aku supaya expresskan perasaan aku kat kau. Siap bagi klue lagi. Huh. Terkejut aku Kenapa ada juga orang baik kat aku semata2 untuk perkara macam ini. Hmm. dia ada cakap pasal senior kau hantar wakil nak ushar kau. Hmm. sebenarnya aku dah taue lama pasal itu. Ridhwan pernah tanya kau kan? Dan kau pernah cakap kat dia kan pasal perkara ini? Lepas dia dapat mesej itu dia terus forward kat aku. Hmm. masa itu aku tengah lecture chem. Pergh. Terkejut juga aku. masa itu aku terus patah semangat sehingga lah aku sihat dengan Bibie. Dia terangkan semua. memang orang macam kau ramai peminat. Tak taue sama ada kau minat atau tak mereka termasuk lah aku.

Cukuplah takat ini sahaja. aku just nak cakap. aku SUKAKAN KAU. Maaf banyak2 kalau cara ini tak sesuai. Ayat-ayat yang puitis ini pun keluar dari idea sendirik. Akibat baca novel banyak sangat. Kau pun sama kan? Percayalah i`m REALLY respect u. hanya tell me what u want to say. aku tak kisah. Malah ia akan lebih melegakan aku. aku dah lega bila aku taip text ini. Tak payah lagi nak sorok2. Akhirnyer muncul jua hari yang ditunggu ini. Pertama dalam hidup aku meluahkan perasaan kat seorang perempuan. hmm.. semoga hubungan kita yang akan datang diredhai Allah. Tak kira apa pun hubungan kita. Ameen.

Tapi kasihan kat akukan. Belum sempat aku hantar surat ini aku dah dapat jawapannya. aku tak tahu dari mana kekuatan datang kat aku untuk aku cakap perkara ini kat kau. Huh. aku dah agak perkara ini akan jadik. Ketika aku chatting dengan kau hari itu. aku rasa macam sesuatu akan terjadi. aku terpaksa jugak cakap. Memang dah terpaksa. Tapi. aku cuma mahukan respon. Bukannya jawapan. Tapi apa yang kau beri?? Secara terus menerus kau menolak. Mungkin kau tak sedar kau telah memberikan kata-kata yang aku memang tak nak dengar. Memang indah kau berkata2 pada malam itu. Langsung tidak menghormati aku sebagai seorang lelaki dan apatah lagi seorang kawan. Ikutkan hendak saja aku membalas balik. aku yang memang tak biasa dengan hal sebegini agak bingung. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Akhirnya aku cuma mampu diam saja. Sebagai seorang muslim dan seorang anak Islam yang dah dididik sempurna ilmu agamanya tahu hubungan antara lelaki dan perempuan tidak wujud selagi tidak dilafazkan ijab dan qabul. Huh. aku cuma berniat baik. Cuma untuk melepaskan apa yang ada dalam perasaan aku. aku dapat kepuasan kerana berjaya jugak aku beritahu kau tentang perasaan aku. Tapi, ada bonus yang kau beri. aku juga kecewa kerana kau telah menyalah tafsirkan niat aku. Huh. aku masih ada ego seorang lelaki. Yang terbaru kau mesej aku. Terkandung permintaan dalam mesej itu supaya aku melupakan kau dan jangan contact kau lagi. Apa maksud semua ini?? U were not giv me the full response. How can I forget u. How?? Kau dah lama tahu aku sukakan kau. Dah lama kan? Tapi Kenapa mesti masa itu jugak kau bagi tahu aku. Kau sengaja ke. aku yakin. Kau bukan orang yang begitu. aku tak kisah. Nak melupakan bukan senang Warda. Walaupun indah mulut berkata lupa, tapi hati sentiasa melaungkan nama kau Warda sehingga terdengar dek telinga aku. aku marah, kecewa lepas malam itu. aku jumpa Ridhwan petang itu. Berbincang. Ridhwan memang cukup marah. Apa boleh buat. aku cakap kat dia jangan buat apa-apa. Ikutkan dia ada cakap dia nak call kau. Nak buat slow talk. Huh. Nasib baik aku larang. Kalau kau nak tahu. Selera makan aku hilang untuk 2 hari. Huh. Makanan kegemaran yang aku order pun ambil masa setengah jam nak habiskan. Macam ini ruper2nyer efek untuk seseorang yang marah dan kecewa. Betul-betul kecewa. Pertama kali aku merasai perasaan macam ini. aku sajer2 gelak. Bergurau. Tapi aku sentiasa teringatkan peristiwa ini. Subhanallah. Hebatnya perasaan yang Kau cipta ini. Yang aku mampu hanya berdiam diri. aku decide tak nak contact kau lagi. aku pernah berfikir balik. Orang yang aku suka, dan pernah decide tak nak lost contact lagi akhirnya aku sendiri yang wujudkan lost contact itu. Huh. Tak sangka. Tapi tak dijadikkan sesorang itu oleh Allah dengan penuh dugaan jika tak mampu. aku dikalangan orang yang mampu. aku tahu ada hikmahnya. aku hormati permintaan kau Warda. aku juga hormati jodoh. Jangan salahkan Allah jikalau jodoh kau adalah dengan aku. aku sentiasa redha dengan keputusanNya. Bagaimana kau Warda? Adakah kau menentang ketentuan Tuhan sebelum mengetahui hikmahnya…?? Semoga masing-masing bertemu kejayaan dalam hidup.

Dan yang terakhir ingin aku sampaikan. Kau adalah manusia pertama bernama perempuan yang pernah mengisi ruang dalam hati ini. Dan ruang itu akan kekal ada. Tidak akan dibuang. Cuma hanya kekal begitu sahaja. Semakin lama makin kelam. Tetapi ruang itu kekal ada. Kekal ada. Jika ada manusia kedua, ruang yang baru akan dicipta. Mungkin tidak sebaik yang pertama. Dicipta bukan untuk menandingi yang pertama. Tapi untuk menerangi ruang hati yang kian lama kelam. Dan bukan mudah untuk melupakan seseorang.


Jangan mudah melafaz Cinta,
kerana Cinta itu untuk Allah,
Cinta pada bunga akan layu,
Cinta pada manusia akan pergi.....


Yang Pernah Menyukaimu,
muhammad nur akmal
[ Telah diedit oleh: sazuwi pada 04-02-06 13:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 04-02-06 10:10


Hmm...sedih bila ana baca kisah ni.cinta yang tak kesampaian.tak sangka hebat betul penangan seorang wanita.sampai goyah dibuatnya iman seorang lelaki.memang semua manusia sukakan kesempurnaan,termasuk dalam hal memilih teman hidup..tapi kalau dah bukan jodoh kita..redha sajalah..mungkin Allah akan temukan kita dengan jodoh yang lebih baik dari itu..

Nasihat ana..kalau nak memilih sesuatu..tanya pada yang berhak..tanyalah Dia Yang Maha Mengetahui akan sesuatu..bila dah dapat petunjuk..barulah boleh go on..teruskan niat..ingat..carilah teman yang cintakan Allah..nescaya dirimu juga akan dicintai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 10:39


erk...macam luahan hati sazuwi saja...:-)
apapun qis suka warkah ni. sebabnya sazuwi betul2 menjiwai watak 'aku'. qis dapat lihat kepuasan 'aku' meluahkan perasaan dia yang terpendam melalui warkah tuk wardah ni walaupun dengan bahasa yang sempoi..
teruskan berkarya..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

balqiszie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 04-02-06 12:38


mmmm ini cerita pasal kisah hidup awak ke sazuwi

Bookmark and Share

    


  Member Information For balqiszieProfil   Hantar PM kepada balqiszie   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 13:30


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 04-02-06 14:25


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 11:39


real life story sazuwi ye.....

kalau ya, tak mengapa.. kalau tak pun tak mengapa juga. huhu.. apa-apa pun, bab-bab ni, kena ambil masa untuk sembuh. yang dapat melupakan kita akan kisah suka kita yang lama, adalah dengan menyukai perkara lain yang baru.

nasihat saya pada penulis surat ni, jangan pandang belakang lagi. Majulah ke hadapan. Teruskan hidup dan jangan jadikan hidup anda bergantung pada wanita. Wanita yang tak memahami perasaan anda pula tu. Ingatlah, anda boleh berdikari dan berbahagia jika anda mahu. All the best....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 14:12


kisah baru nak menjengah ke alam remaja la ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

wieda
Warga Rasmi
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19266
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 16:42


tak semestinya orang yang kita minat telah tercipta untuk kita dan tak semestinya dia yang terbaik untuk kita...segala2nya ketetapan Illahi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wiedaProfil   Hantar PM kepada wieda   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-03-06 13:52


ok juga luahan hati dan perasaan muhammad nur akmal ni..
kira orait la sazuwi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

eikien
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22751
Posting: 22
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-03-06 14:17


erm..saya simpati dengan awak sazuwi..bertapa pahitnye jika cinta kita ditolak tapi saya tahu awak kuat kan...mungkin benda baik bagi kita tu tak baik bagi ALLAH..bersabar laa wahai teman..senyum sikit...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For eikienProfil   Hantar PM kepada eikien   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 07-03-06 14:24


best...tapi seolah-olah.. memang watak yang real.. enta pernah alaminye ke sezuwi?hehe...
ape2pn.. semua tu terletak di tangan Allah...
kita perlu berdoa agar dipermudahkan jodoh...dan juga baik tok agame, keluarga, diri dan masa hadapan... insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 02:19


jom kita jenguk tafsir bagi ayat 216 al baqarah....
ada jawapan nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 15-04-06 20:52


tabahlah. kerna hidup perlu kekuatan

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 01:27


insyaAllah
nantikan warkah untuk wardah II ye..
jalan cerita yang lebih mantap dan matang..
juga plot tersusun..InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

mashitah_izzati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.06.2006
Ahli No: 24677
Posting: 69
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 06-12-06 09:16


assalamualaikum.....

carilah cinta yang hakiki dahulu...
insya-allah takkan kecewa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mashitah_izzatiProfil   Hantar PM kepada mashitah_izzati   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 09:42


salam...
a'a lah macam real story saja...mungkin juga kan :)
cepat2la buat warkah untuk wardah II...tak sabar pula rasanya nak baca...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

zafrullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2006
Ahli No: 23286
Posting: 25
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 10:13


hmmmm....rasanya warkah2 yang seperti ini boleh disimpan saja untuk diri sendiri.kalau pun mahu berkongsi,bolehlah berkongsi dengan ibu bapa,keluarga,kawan rapat @kaunselor.ianya agak kurang ilmiah dibandingkan dengan tajuk2 utama yang sepatutnya dibincangkan disini.saya bukanlah hipokrit tapi kadangkala rasanya kita kena kurangkan perkara macam ni,bukan buang terus ye sahabat2 sekalian. selagi hati dan jiwa kita mudah di sapu dan dijentik dengan perkara seperti ini,selagi itulah akan muncul pihak2 yang semakin berani mempersoalkan agama kita.wasalam.sekadar pandangan peribadi.harap maaf tersalah kata,tersilap bicara...
[ Telah diedit oleh: zafrullah pada 06-12-06 10:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zafrullahProfil   Hantar PM kepada zafrullah   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-06 04:33


Assalammualaikum...

saya sokong pendapat zafrullah...
ada btulnyer...
tapi kembali kepada niat..
bagi saya niat saya hanya sekadar berkongsi apa yang menjadi masalah bagi remaja zaman sekarang ini...
untuk memperbaiki apa yang menjadik masalah..
saya berharap pembacer semua ambil pengajaran apa yang dilalui oleh org lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-06 04:54


Hmm...Warkah Untuk Wardah II dah pun saya post..
and please beri komen ye...

http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=28173&forum=27

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 14-01-07 16:55


cerita yang agak menarik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11393 saat. Lajunya....