Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 215
Ahli: 0
Jumlah: 215




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: nak kiamat ke?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» nak kiamat ke?

Please Mendaftar To Post


Oleh nak kiamat ke?

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-07-03 11:50


Hadith Alamat Kiamat

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3. Zakat dianggap sebagai beban hutang
4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri
5. Anak menderhakai ibunya
6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7. Ayahnya (pula) disingkir jauh
8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)
10. Seseorang dimuliakan kerana hendak menghindari kejahatannya
11. Arak menjadi minuman lumrah
12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)
13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama Leluhur)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.
(Hadith riwayat Tirmizi)



Penerangan Hadis:
Hadith ini menjelaskan beberapa pertanda buruk dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan psikologi yang melanda umat dan bangsa yang akan runtuh dan musnah. Bangsa tersebut tidak lagi bersifat bertanggongjawab. Mereka tidak amanah, memandang hina saranan agama bahkan nama agamapun mereka anggap punca kejahatan.Zakat dianggap sebagai suatu beban yang menyusahkan. Belajar ilmu pengetahuan bukan untuk tujuan berkhidmat untuk agama (tambahan dalam Hadith riwayat Abu Hurairah) Mereka dikuasai oleh emosi dan nafsu.Hubungan sosial antara keluarga dan orang luar tidak lagi berdasarkan tatasusila yang normal. Masjid berubah menjadi tempat menyampaikan sesuatu yang tidak berkaitan dengan ajaran Islam. Kepimpinan mereka adalah kepimpinan yang jahat dan merosak. Mereka tidak ada lagi penghargaan terhadap para alim ulama. Baik Ulama Leluhur maupun ulama masa kini. Mereka bangga dengan majlis budaya yang menimbulkan keghairahan kepada artis genit dan muzik atau pesta-pesta lain yang bersifatlagha. Golongan ini memang diambang kemusnahan. Mereka akan dibala tuhan dengan berbagai bala bencana dan kemusnahan. Puncaknya adalah kiamat. Siapakah mereka yang sebenarnya? wallahu a'lam

Riwayat: Minhaj al-Salihin dan lain-lain


-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098093 saat. Lajunya....