Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
tereturubuzu: 6 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 17 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: bolehkah muslimah bersalaman dengan abang saudara?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» bolehkah muslimah bersalaman dengan abang saudara?

Please Mendaftar To Post


Oleh bolehkah muslimah bersalaman dengan abang saudara?

abgchik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1294
Posting: 23
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 21:46


kurang jelas dan was-was sama ada berdosa atau tidak..
harap anda semua kemukakanlah kebenaran...
jelaskan bersama-sama hadis, firman Allah serta sabda Nabi..
- kurang pasti. :-(

Bookmark and Share

  


  Member Information For abgchikProfil   Hantar PM kepada abgchik   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-01-06 01:33


abang saudara...adik saudara...kakak saudara....rasanya semua ini tergolong dalam kumpulan SEPUPU kan.

so....jawapannya...tak boleh bersalaman...HARAM...muslimah tak boleh bersalaman dengan sepupu lelaki....muslimin tak boleh bersalaman dengan sepupu perempuan....semuanya tergolong sebagai BUKAN MAHRAM.

dalilnya...sila rujuk al-Quran ayat 31 surah an-Nur...ianya berkaitan dengan aurat perempuan yang perlu dijaga ...dan jugak pergaulan antara lelaki perempuan.

wallahua'lam.

ps: sila baca ayat dan jugak maksud ayat tersebut sampai habis...then fahamkan...kalau tak faham, bukak kitab tafsir, tengok apa tafsiran ulama' tentang ayat tersebut dan jugak golongan2 yang boleh melihat aurat seorang muslimah.

ps lagi: kalau sepupu yang dianggap ramai sebagai family pun HARAM...bagaimana pulak dengan balak, awek, tunang, kawan pejabat, boss, orang-orang politik, raja, sultan (bila berhadapan dengan 4 golongan ini,ramai yang susah untuk tolak jabat salam mereka...Kenapa ye??...apa yang hebatnnye mereka ini sampai ada yang sanggup pejam mata, tolak hukum Allah SWT)....lagilah tak boleh bersalaman antara berlainan jantina.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 17-01-06 01:41 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

abgchik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1294
Posting: 23
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 03:35


jawapan sudah melencong ke lain. tanya lain, lain di jawab.
tak tanya pasal aurat.. tak berbincang pasal aurat.
bercakap pasal sentuhan, dan bersalaman antara abang saudara dengan adik saudara perempuan. boss, politik, raja, sultan, tiada kena mengena dan kaitan. jawapannya hanya ringkas.

iaitu: tak boleh bersalaman dengan abang saudara kerana tergolong dalam kumpulan sepupu. sila rujuk Al-Quranul Kareem pada Surah An-Nur; ayat 31..

untuk PS LAGI anda itu, sila buka topik baru :).. topik sudah melencong ke lain, disini hanya bertanyakan tentang sentuhan sama ada haram atau tidak dan berdosa atau tidak. itu sahaja..
tentang bersalaman dengan berlainan jantina.. semua orang pun tahu.

saya cuma tiada kefahaman tentang bersalaman dengan saudara.. yang selebihnya, anda buka lah topik baru :) sekian terima kasih.
terima kasih untuk ilmu2 anda.. - yang ikhlas.

Bookmark and Share

  


  Member Information For abgchikProfil   Hantar PM kepada abgchik   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 10:02


assalamualaikum.

apalah abgchik ni....kan naruto-san dah jawab soalan.
apa salahnya kalau nak tulis lebih2?
lagipun ia bekaitan jugak..
sentuhan dengan bukan mahram...

Bookmark and Share

  


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-01-06 10:31


sokong triptofana

Bookmark and Share

  


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:04


ana pun sokong juga...tak semestinya kena buka tajuk baru!

Bookmark and Share

  


  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:11


nak tanya tapi nak marah...apela abang cik..lain kali pegila tanya kat kaunter pertanyaan....:)...gurau saja...

Bookmark and Share

  


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:15


abang cik ni... :-) cool...
islam WORLD!

Bookmark and Share

  


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

norayhunt
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3272
Posting: 53
Dari: Pel.Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:51


jawapan yang bernas dari naruto san....syukran

Bookmark and Share

  


  Member Information For norayhuntProfil   Hantar PM kepada norayhunt   Quote dan BalasQuote

lubna
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21861
Posting: 25
Dari: PUTRAJAYA

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:56


Sabar...jangan marah2..sini tempat nak berbincang....Sabar itu IMAN

Bookmark and Share

  


  Member Information For lubnaProfil   Hantar PM kepada lubna   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 14:49


Assalamualaikum wbt...
regarding main topic disini....
ana nak meluahkan lah sikit...
Ana ni jenis yang aktif...pendek kata sejak sekolah rendah hingga kini ( di uiniversiti ) ana sering diberi tanggjawab dan jawatan.
Walaibagaimanapun ana tak pernah lupa perintah Allah.
Yang prob nya.... ana mesti akan terkene salam dengan orang bukan mahram ana. purate ana bersalam begitu lebih kurang sekali dalam dua tahun....ana takut dan ana sedih sangat... ana nak lari dari situasi tu tapi ana terpakse hadapi....
Contoh terbaru adalah pada tahun lepas dimana ana menghadiri majlis penyampaian watikah mpp di shah alam. after tangkap gambar dengan naib canselor dan sebelum turun dr pentas, we all terpakse lalu dihadapan beliau dan bersalam dengan beliau....ana try cari sarung tangan, tapi di negeri tempat ana belajar ni,masih belum ana jumpa. Ana rasa even ada sarung tangan pun ana tak sanggup lagi....
dulu waktu sekolah menengah ana terpakse bersalam apabila ana memenangi pertandingan2 yang ana sertai.....
so bagaimana?? ana rasa bersalah...sebenarnya ana tak nak lagi hadapi perkara ini...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

  


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 17-01-06 16:17


xada masalah pun kalau dia jawab lebih2 lagi pun dia sekadar menghuraikan..kan ke jawapan sudah terjawab tetapi yang bawah tu sekadar penjelasan yang sewaktu dengan nya... :lol: ;-) :-)


-----------------
Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T


Bookmark and Share

  


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-01-06 16:31


abgchik....naruto-san dah pesan dah awal2 dalam tulisan naruto-san....baca and fahamkan maksud ayat itu sampai habis....tengok, apa dah jadi....ramai kawan2 dalam ukhwah ini dah tegur abgchik....

kalau tak faham tentang ayat itu, rujuk kitab tafsir, tengok apa tafsiran ulama' tentang ayat itu....walaupun ayat itu superficially tentang aurat, tapi ianya jugak secara tak langsung menceritekan tentang adab2 bergaul dengan lelaki perempuan....naruto-san suruh refer kitab tafsir supaya abgchik "buat kerje"....janganlah jadi pemalas, asyik nak suruh semua orang suapkan...jadilah seorang Islam yang rajin.

Pada 17-01-06 14:49 , niza_ati posting:

!!! QUOTE !!!

Contoh terbaru adalah pada tahun lepas dimana ana menghadiri majlis penyampaian watikah mpp di shah alam. after tangkap gambar dengan naib canselor dan sebelum turun dr pentas, we all terpakse lalu dihadapan beliau dan bersalam dengan beliau....ana try cari sarung tangan, tapi di negeri tempat ana belajar ni,masih belum ana jumpa. Ana rasa even ada sarung tangan pun ana tak sanggup lagi....
dulu waktu sekolah menengah ana terpakse bersalam apabila ana memenangi pertandingan2 yang ana sertai.....
so bagaimana?? ana rasa bersalah...sebenarnya ana tak nak lagi hadapi perkara ini...


:-) ...situasi yang selalu terjadi di university....termasuk jugak dalam kumpulan PS LAGI yang naruto-san tulis...

hhmm...kalau ikut apa yang kawan muslimah naruto-san pernah buat....setiap kali ada majlis2 macam itu....dia akan segera lari ke tandas....dia kata nak termuntah, rasa pening2, rasa loya atau nak buang air....lepas event bersalaman itu, baru dia datang balik....alhamdulillah, kawan naruto-san itu memang kuat imannya....dia tak peduli apa kata kawan2 (yang jahil) yang lain....diugut macam2....kawan naruto-san hanya jawab...tangan dia hanya boleh disalam and disentuh oleh suami and mahram sahaja. :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 17:31


ni yang ana dapat..
maaf kalau ada yang tak puas hati..


http://www.darulnuman.com/soal/urut9.html#87

87. Bersalaman Bukan Muhrim
Soalan:
Adakah batal wuduk saya jika saya bersalam dengan kakak ipar saya dan adakah dia bukan muhrim saya. Bagaimana pula kedudukan isteri kepada anak saudara saya? Jazakallah.
Azhar, Johor Bahru
Jawapan:
    Bersalaman dengan orang yang bukan muhrim hukumnya haram. Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Uqbah bin Amir, ujarnya, Rasulullah SAW sesungguhynya telah bersabda: Jauhlah olehmu sekalian masuk ke tempat wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?. Sabda Rasulullah: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i) Namun untuk mengelakkan salah faham (fitnah) dalam keadaan tertentu, dibolehkan bersalam tetapi beralaskan kain yang tidak lut sinar.



http://www.darulnuman.com/soal/urut22.html#218

218. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?

Halim, Kota Tinggi
Jawapan:
    Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.
    Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

    Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

    Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Muslimah Sejati dan 027
2. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' dan 148
3. Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih dan 224

Bookmark and Share

  


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109732 saat. Lajunya....