Oleh |
Give Up... |
Hanya_Aku
Warga Rasmi Menyertai: 01.01.2006 Ahli No: 21584
Posting: 20
|
Posting pada: 11-01-06 09:55
Kenapa saya rasa tak percaya dan tak yakin lagi dengan ALLAH? semua berlaku kerana saya terlalu lama hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan. dulu semasa teruk ALLAH uji saya, saya tak pernah putus asa dan terus mendekatinya dan bersangka baik padaNYA. sesekali saya tidak lupa untuk sujud padaNYA tapi kali ini ALLAH turunkan ujian besar yang melibatkan maruah saya, saya tewas. saya seolah-olah dah tak percaya akan ALLAH dan tak yakin lagi padaNYA. saya tidak pernah merasai sebuah kebahgiaan. hidup saya hanya dilingkari kesedihan, kesengsaraan dan penderitaan. Kenapa hari ini saya jadi begini? tewas dan tak percaya lagi pada ALLAH? saya sampai terpikir untuk jadi pelacur. padahal saya bukan perempuan jalang tapi keadaan menjadikan saya terpikir begini. hidup saya dari kecil hingga sekarang di kelilingi lelaki yang jahat yang ambil kesempatan pada saya. tapi saya tetap sujud pada ALLAH. tapi entah mengapa hari ini saya seolah-olah hilang akal sampai terfikir nak jadi pelacur sampai rasa tak percaya lagi pada ALLAH. ----------------- Hanya saya Insan yang Hina Tak Punya Apa Hanya saya... [ Telah diedit oleh: Hanya_Aku pada 11-01-06 09:59 ]
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 11-01-06 10:23
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt La haulaa walaa quuwata illabillahil 'aliiyul 'azeem. Istighfar banyak-banyak ya anakanda. Lintasan hati ini seringkali berkaitan dengan bisikan syaiton iaitu musuh nombor satu orang beriman ... orang Islam. Jadi anakanda usahlah tertipu dengan bisikan syaiton itu ya. Rasululullah S.A.W. pernah memberikan keterangan tentang erti iman di dalam suatu majlis bersama-sama sahabat ketika didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai iman dan Rasulullah menerangkan: "Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya serta hari Akhirat dan engkau beriman kepada taqdir (yang ditentukan oleh Allah) baik dan buruknya." Iman bererti: 1. Percaya dengan sebenarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu. 2. Segala jenis ketaatan hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu. 3. Perkara-perkara yang diimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut. Percaya secara mutlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan segala peraturanNya. Kepercayaan yang mutlak ini hendaklah mengandungi tiga unsur penting, iaitu; 1. Iqrar dengan lidah 2. Tasdiq (dibenarkan) dengan hati 3. Dilakukan dengan anggota Abul Ala Maududi, seorang ulama' terkemuka, menjelaskan hubungan antara iman dengan Islam; "Hubungan antara Islam dengan iman ialah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya, demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi muslim tanpa mempunyai keimanan." BILANGAN RUKUN IMAN Rukun iman ada enam (6) kesemuanya. Ia terdiri daripada; 1. Iman kepada Allah 2. Iman kepada para Malaikat 3. Iman kepada KitabNya 4. Iman kepada Rasul-rasul 5. Iman kepada Hari Akhirat 6. Iman kepada Qada'dan Qadar (disunting daripada buku Asas-asas Fardhu Ain) Harap artikel di atas dapat membantu. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - sekiranya ingin melakukan maksiat carilah dunia lain selain dunia ini kerana segala-galanya adalah milik Allah SWT. Apa hak kita sebagai makhluk untuk membuat maksiat kepada Nya? Fikir-fikirkanlah .......
|
DinnaFatiha
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.12.2003 Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor
|
Posting pada: 11-01-06 10:25
kenaa sampi begini jadinya..percayala adik.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. kadang kita merasakan apa yang berlaku keatas kita sungguh dashyat tapi jika kita lihat sekeliling ada lagi orang yang lebih teruk dugaannya dr kita..dugaan yang allah kurniaan kita itu bersebab..Allah takkan menzalimi hambanya...mungkin hari ini kita derita tapi penderitaan itu mungkin diakhiri dengan kebahgiaan...jangan lupa Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..
|
Hanya_Aku
Warga Rasmi Menyertai: 01.01.2006 Ahli No: 21584
Posting: 20
|
Posting pada: 11-01-06 10:34
ummi, saya tahu semua tu ummi. saya bukan perempuan yang jahil tentang agama. saya mempraktikkan apa yang saya ada. saya percaya akan kewujudan ALLAH. tapi maybe kerana sering hidup dalam penderitaan saya seolah dah tak yakin dengan ALLAH. saya tengok lelaki2 yang aniaya saya hidup bahagia dan gembira tetapi saya yang dianiaya hidup dalam ketakutan, kesedihan dan kegelisahan dan terus hidup dalam penderitaan.
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 11-01-06 10:52
Subhanallah.... Walau apa pun terjadi kita sebagai seorang Islam kena beriman kepada-Nya... Hidup kita ini hanya sementara...Kita tak tahu bila kita akan mati...mati tak kira tua, muda...Jadi tempuhilah segala dugaan Allah itu dengan penuh sabar... "Sesungguhnya Allah itu bersama orang yang bersabar" memang saya tahu senang saja untuk bercakap namun untuk laksanakannya memang sukar....tapi ingatlah hidup di akhirat kelak lagi lama... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
Hanya_Aku
Warga Rasmi Menyertai: 01.01.2006 Ahli No: 21584
Posting: 20
|
Posting pada: 11-01-06 11:01
Kenapa lelaki2 yang aniaya saya ALLAH tak azab mereka? Kenapa saya yang diseksa? itu menunjukkan ALLAH tak adil dan aniaya saya sahaja. padahal mereka yang aniaya saya, hancurkan hidup saya. yang lebih malang, keluarga saya buang saya dan tak pedulikan saya. itupun nasib baik saya tak bunuh diri, masih bertahan walau tuhan yang tahu sakit dan seksanya. sorg2 lalui semua ini. ----------------- Hanya saya Insan yang Hina Tak Punya Apa Hanya saya... [ Telah diedit oleh: Hanya_Aku pada 11-01-06 11:07 ]
|
khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.
|
Posting pada: 11-01-06 11:11
Setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya.. Allah terlalu sayangkan anti sebab tu dia uji anti.. bersabarlah ye...ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya...bersabar dan terus bersabar..percayalah pada ALLAH! -----------------
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 11-01-06 11:21
Pada 11-01-06 11:01 , Hanya_Aku posting:!!! QUOTE !!! Kenapa lelaki2 yang aniaya saya ALLAH tak azab mereka? Kenapa saya yang diseksa? itu menunjukkan ALLAH tak adil dan aniaya saya sahaja. padahal mereka yang aniaya saya, hancurkan hidup saya.
yang lebih malang, keluarga saya buang saya dan tak pedulikan saya. itupun nasib baik saya tak bunuh diri, masih bertahan walau tuhan yang tahu sakit dan seksanya. sorg2 lalui semua ini.
Saya rasa awak memang banyak menderita sehinggakan keluarga abaikan saudari...Ada hikmah disebalik apa yang berlaku...Allah itu Maha Bijaksana...Walaupun mereka yang menaniaya saudari tak mendapat balasan di dunia namun di akhirat kelak mereka tak akan terlepas...Saya amat bimbang kalau saudari semakin hilang arah...Kami sahabat ukhwah sudi membantu apa yang terdaya jika saudari inginkan pertolongan ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 11-01-06 12:49
Beriman dan bertaqwalah kepada Allah.... insyaAllah....
|
najwa_mnor
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.11.2003 Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak
|
Posting pada: 11-01-06 13:23
kalau anda rasa anda adalah orang yang paling malang, patutnya anda imbas balik kesengsaraan rakyat palestin yang berganda lagi perit. bersyukurlah di atas apa yang ada..Selepas anda dah berjaya mengharungi segala halangan, sekarang nak give up?? Tak sia-siakah kesabaran yang ditaburkan selama ini..mungkin lagi beberapa halangan lagi Allah akan mengurniakan nikmat kepada anda..siapa yang tahukan?? Andaikan keadaan anda mendaki bukit sekarang..sudah berhari-hari memanjat tapi puncaknya pun tidak nampak..akhirnya sudah hampir sampai ke kemuncaknya..tetapi sudah teramat penat yang sangat..adakah ingin mensia-siakan keringat yang dicurahkan selama ini..adakah ingin terjun ke bawah?? pada pendapat saya lebih baik berehat dulu yakni bersabar..jika sudah hilang lelah sambunglah balik pendakian itu. jangan sesekali berputus asa...satu hari nanti andaa akan sampai juga ke puncaknya..ingatlah..bila dah sampai di kemuncak itu anda akan dapat lupakan segala cabaran dan halangan yang pernah diharungi dengan mudah sekali . tapi ingatlah semua itu memerlukan kesabaran dan ikhtiar.. semoga diberi kesabarn yang tinggi oleh Allah..kalau masih payah lagi..anda boleh menonton cd anak2 palestine..pada waktu itu anda akan rasakan yang anda cukup bertuah berbanding mereka yang tidak langsung diberi peluang untuk menentukan arah hidup sendiri.
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 11-01-06 14:23
something wrong with your case... setiap perbuatan ada balasannye...kalau tak sekarang, akan datang...ingat tuuu..... come on...dont give uplah...banyakkan berdoa & usaha..muhasabah diri... hanya_aku...macam kenal saja...kenal...tak kenal...kenal...tak kenal...ermmm..dun knowlah.....
|
dhamiraqistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13287
Posting: 271
|
Posting pada: 11-01-06 15:59
saya ni pun bukan pndi sangat dalam bab2 cmni.... cmnila..awak jangan fikir kan yang Allah duga awak dengan dugaan yang truk.. kalau awak hadapi ujian yang truk ..fikir lah bahawa ada lagi orang yang hadapi ujian yang lebih dahsyat..ingat tu..ada hikmh di sebalik setiap sesuatu itu...bersabarla ye..
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 11-01-06 17:16
"Mudah-mudahan kita di kalangan orang-orang yang tak berputus asa dengan rahmatNya dan beroleh taufiq untuk terus bertaubat kepadaNya" ( 39:53-54 )
|
uqu
WARGA SETIA Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING
|
Posting pada: 11-01-06 17:43
... cuba enti fikir betul2.... dugaan itu tak pernah ada yang terkecuali... cuba enti lihat, Allah beri kita nikmat, memiliki pancaindera, otak untuk kita fikir, banyak lagi, ana nak letak semua, ana tak mampu, kerana terlalu banyak... cuba enti rasa, tanpa nikmat Allah, kita mungkin tidak dapat bernafas di atas bumiNya ini... bila kita kena sedikit dugaan, Mengapa harus kita putus asa... Sedangkan dugaan itu untuk menguji tahap keimanan kita??? ana sendiri pernah berasa putus asa, tapi, ana banyakkan muhasabah diri, fikir sedalam-dalamnya... banyakkan baca Al Quran.. Insya Allah hati enti akan tenang... Bersabarlah dengan dugaan Allah, InsyaAllah kat Akhirat kelak kita akan peroleh kejayaan... p/s: enti banyakkan bersabar ye... Insya Allah apa yang dapat ana dan ahli ukhwah.com yang lain bantu, kami akan cuba bantu... Kita kan Saudara SEISLAM... sabar ye...
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 11-01-06 17:44
Failure is only a temporary, but if you stop trying, that is what makes it permanent.. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
Hanya_Aku
Warga Rasmi Menyertai: 01.01.2006 Ahli No: 21584
Posting: 20
|
Posting pada: 12-01-06 13:13
Alhamdulillah...saya rasa saya hampir temui apa yang saya cari. di sana saya akan habiskan sisa hidup saya. menumpang kasih di sana. moga2 itu adalah yang terbaik buat saya, buat saya yang terpinggir dari dunia ini....doakan semoga itulah kebahagiaan saya.
|
syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar
|
Posting pada: 12-01-06 15:30
Alhamdulillah...ana tumpang gembira sebab enti dah temui apa yang enti cari...semoga apa yang enti temui tu mendapat redha ALLAH ----------------- [ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 12-01-06 15:33 ]
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 12-01-06 15:35
Sabarlah kerana Allah tu sentiasa adil kepada hambaNya. Dan ingatlah setiap perkara tu ujian dari Allah. Bersyukurlah sebab saudari sedar dan masih dibimbing oleh Allah. Takutlah kepada balasan Allah, mintalah pengampunan darinya, sesungguhnya manusia itu selalu diuji, tapi Allah hanya menguji bersesuaian dengan kemampuan hambaNya. Bahagia, bukan hanya secara lahiriah. Mungkin saudari nampak orang yang menginaya bahagia, tapi dihati siapa yang tahu. Tenang menghadapi dugaan, sebab Allah tu maha pengampun. Ingatlah Allah, mintalah pengampunan sebab kita selalu berdosa. secara sedar atau tidak..
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 12-01-06 16:00
Hanya_Aku, aku sebenarnya tak berapa jelas dengan apa yang awak hadapi. tapi daripada apa yang saya lihat dan tafsirkan dengan fikiran saya yang terbatas ni, awak ada masalah dengan lelaki yang berada disekitar awak ye... macam ni lah, awak cari punca kepada masalah keputusasaan awak tu.. jawapannya ialah lelaki di sekitar awak kan? jadi, cadangan saya, awak larilah daripada mereka, maksud saya pergi ke tempat lain, jalani hidup baru di tempat lain. kalaulah lelaki yang buat awak merana tu adalah lelaki yang ada pangkat penting dengan diri awak, awak tinggalkan mereka buat sementara waktu. awak pergilah ke tempat yang boleh tenangkan awak, yang boleh bina semula keyakinan diri awak untuk terus hidup, dan tempat yang mampu membina semula keyakinan awak kepada Allah SWT. saya yakin awak akan temui. dalam posting awak yang baru tu, awak kata awak dah hampir temui apa yang awak cari, awak akan habiskan sisa hidup awak di sana.. tapi awak janganlah fikir yang awak dipinggirkan dari dunia ni, sebab awak kan masih berdidi di atas bumi ni? maknanya, awak masih punyai tempat di dunia ni... saya pernah hadapi masalah juga, tapi mungkin tidaklah sebesar masalah awak dan tidaklah seperit apa yang awak rasa... tapi saya muhasabah balik apa sebenarnya punca kepada masalah tu. dan saya baiki apa yang salah dan saya cuba lengkapkan apa yang kurang... kalau perkara yang saya lakukan tu salah dari sudut agama, saya cuba untuk tegah diri saya daripada ulang perkara tu kerana saya benci dengan apa yang dah berlaku bila saya buat perkara tu.. saya yakin, awak pun benci dengan apa yang dah berlaku atas diri awak, jadi awak carilah jalan penyelesaiannya.. tenangkan diri awak dan fikirlah dengan fikiran dan hati yang waras... sayangilah diri awak.. bagilah peluang untuk diri awak teruskan hidup... jadikan pengalaman perit awak tu sebagi pendorong untuk awak terus lari dari berulangnya kisah tu dengan membawa perubahan dalam hidup dan diri awak.. saya harap awak berjaya... mungkin awak perlu renungi sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku pada awak... renungilah rahmat ujian itu.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia... bersangka baiklah dengan Allah... tolonglah saudari, bersangka baiklah dengan Allah.. Allah tak jadikan awak hanya semata-mata untuk merasai sengsara.. mungkin awak sebenarnya cukup kuat untuk hadapi kesusahan itu, jadi Allah timpakannya pada awak.. mungkin saya tidak cukup kuat untuk hadapi kesulitan itu, jadi saya tak ditimpakan ujian itu, Allah timpakan saya ujian yang lain pula... mungkin Allah rindukan rintihan yang panjang dari awak, tu sebabnya Allah beri awak lalui kesusahan tu, kerana dengan itu awak akan merintih dan merayu pada Allah, awak akan berbicara dengan Allah... Hanya_Aku sahabat saya, saya harap awak teruskan hidup awak dengan yakin Allah swt itu Maha Adil dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. awak tau kan Kenapa hudud (hukum Allah) itu dikecualikan ke atas orang kafir? ini kerana, bagi Muslim yang telah melakukan kesalahan di dunia ini, semasa hidup mereka, hudud dikenakan ke atas mereka, maka mereka akan terlepas hukuman di akhirat. bagi kafir, hudud tidak dikenakan ke atas mereka kerana andai hudud dikenakan juga ke atas mereka, mereka tetap tidak terlepas hukuman di akhirat kelak. jadi, adilkah untuk mereka mendapat hukuman ketika hidup dan juga setelah mereka mati.. tak adil kan? { - Daripada 'Ubadah bin as-Shamit katanya: Pada satu ketika di satu majlis kami duduk bersama-sama RasuluLlah saw, lalu baginda bersabda: "Hendaklah kamu berjanji dangan mengaku kepadaku bahawa kamu tidak sekali-kali menyekutukan Allah (syirik) dan tidak akan melakukan perzinaan, dan tidak akan melakukan pencurian, dan juga tidak akan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali jalan yang haq. Sesiapa di kalangan kamu yang menyempurnakan (malaksanankan janji itu dengan sepenuhnya) maka ia akan menerima pahala dari Allah. Dan sesiapa yang melakukan sesuatu perkara dari apa yang dijanjikannya itu lalu mereka di'iqab (dijatuhkan hukuman Hudud) maka hukuman yang diterimanya itu adalah menghapuskan dosa yang dilakukannya itu (mereka tidak di'azab di akhirat nanti) di atas jenayah yang dilakukannya di dunia ini." (Riwayat Bukhari dan Muslim -hadith sahih)} Hanya_Aku, saya harap awak diberikan ketenangan... ketenangan itu kita kena cari.. dampingilah Al-Quran, terimalah segala-galanya dengan berlapang dada... berbaik sangkalah dengan Allah... ye.. Allah menyayangi semua hambaNya.. semoga hidup awak dirahmatiNya, di dunia dan di akhirat... ni ada lirik nasyid Rahmat Ujian.. masa ana down sebab ditimpa ujian, Allah takdirkan ana dengar lagu ni.. dan air mata ana menitis mengenangkan, betapa salahnya ana tidak dapat menerima ujian dengan sabar dan tenang.. sesungguhnya, ujian itu merupakan satu rahmat buat kita.. Rahmat Ujian Album : Layar Keinsafan Munsyid : Mestica http://liriknasyid.com Dalam derita ada bahagia Dalam gembira mungkin terselit duka Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu Bibir mudah mengucap sabar Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya c/o Harus ada rasa bersyukur Di setiap kali ujian menjelma Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan Hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi c/o Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya repeat c/o 2x Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu maafkan saya andai tersalah kata, terlanjur bicara, mengguris jiwa.. saya juga tak lari daripada melakukan kesilapan.. salam kasih sayang buat Hanya_Aku.. waLlahu ta'ala a'lam..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 12-01-06 18:09
ingatlah...sebenarnya kalau kita fikirkan kita ni menderita...ada lagi orang yang lebih menderita daripada kita...so bersyukurlah kita masih hidup di bumi Allah lagi....
|
fairuzah
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2004 Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 12-01-06 18:25
assalamualaikum wbt... bila semua benda screwed up & saya rasa tension gila...saya akan lihat ke langit dan berfikir tentang keagungan ciptaan Tuhan...fikir pula ada juga orang di tempat lain yang alami masalah yang lagi teruk dari saya...or just bandingkan diri saya ni dengan alam semesta yang maha luas ni diri saya umpama titik yang tersangat-sangat lah kecikkkkkkk....jadi saya akan rasa problem saya tak la dahsyat sangat & kuranglah tension saya....
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 12-01-06 19:50
"Saya rasa simpaty dengan masalah di hadapi anda Hanya_Aku,.Saya rasa anda tentu berada dalam kebuntuan.Saya yakin anda masih percayakan Allah,cuma kerana kecewa membuatkan anda rasa tak ada harapan lagi untuk berjuang terus hidup. Ye la jiwa manusia memang begitu ..Tapi percaya lah anda tak keseorangan dalam hal ini...masih ramai lagi orang yang senasib dengan anda.... Kalau anda menyalahkan takdir pun.....masalah ini tak akan lari daripada anda....bertindak begitu tak akan menyelesaikan masalah.Maka anda sendiri lah yang perlu menyelesaikannya. Allah telah berikan segala pancaindera,kudrat dan alam semesta ....terpulanglah kepada anda bagaimana anda ingin menyelesaikan masalah anda.Kalau anda perlukan pertolongan manusia lain,anda boleh carikannya.Tak semua manusia jahat ..malah saya yakin orang baik lebih ramai daripada orang jahat.Tengok lah dalam portal masih ramai yang ingin membantu.... Saya doakan agar anda berjaya menyelesaikan masalah dan beroleh kejayaan .....Aminnnn
|
hilmy
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.01.2006 Ahli No: 21712
Posting: 44
|
Posting pada: 12-01-06 19:57
in our life..never2 give up..
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 12-01-06 21:14
jangan cepat rasa putus asa...........yakinlah Allah itu maha segala2nya....
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 12-01-06 21:33
sabar banyak-banyak ye...insyaAllah, berkat ksabaran awak, awak akan bhgia..setiap mnusia pasti diuji. Allah sayangkan awak, sebab tu diberi ujian. hadapi dengan penuh ksabaran. ni ada lagu untuk awak... BERKORBAN DEMI CINTA - Hijjaz Bermula gemilang cahaya Petunjuk pimpinan yang Esa Menempuh jalan hidup di dunia Cabaran yang silih berganti Dugaan mematangkan diri Mengajar erti hidup ini Berjuang berkorban demi cinta Suka dan duka suratanNya Mengenal makna jalan bahagia Masa yang silih berlalu Semakin hampir saat itu Ya Tuhan tunjukkan Moga selamat bersamaMu Biarpun bersama kekurangan Namun bersyukur kurniaan Tuhan Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri DenganMu ku punyai segala Tak kan beruntung seisi dunia Limpah kurniakan petunjuk bantuan Tempuh hari yang mendatang Semoga Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi Setiap detik masa dalam amalan jua Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan Semoga dengan ini jambatan menemui Cinta yang sejati Itu yang abadi Berjuang mencari iman taqwa Perisai menempuh pancaroba Penentu tempat rahmat bahagia Seiring teman dan saudara Pimpinan tauladan baginda Ya Tuhan bantulah Moga selamat selamanya ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 13-01-06 10:49
Yang Abadi Album : Jalan Yang Satu Munsyid : Diwani http://liriknasyid.comSudah menjadi lumrah yang bernama manusia Tiada terlepas dari alpa dan dosa Nafsu yang menghalang syaitan menipu daya Hingga terleka dengan dunia Ayuh segera sedari Tuhan yang Maha Suci Penerima taubat dengan sesal di hati Tegh keazaman takkan berulang lagi Ikhlas amalan tekun berbudi pada Ilahi Kita hamba yang lemah dengan arus dunia Perlukan bantuan Penciptanya Dengan iman dan taqwa pada Tuhan yang Esa Syarat pembelaan di dunia Tiada yang abadi hidup di dunia ini Di sana yang menanti kehidupan hakiki Ambillah peringatan mulakan perubahan Kembali teman kepada Tuhan Lambaian kasih sayang dari kami semua Tanda keimanan kasih sesama manusia Mendapat rahmat-Nya hidup yang sementara Akhirat sana kekal bahagia buat selamanya Ingatlah kita bukannya bersorangan di dunia ni, masih ada sinar harapan, Insya Allah ----------------- Koleksi Busana
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 13-01-06 22:07
.... Saudari...harap saudari banyak2 bersabar di atas ketentuan ALLAH pada saudari...jika saudari rasa teruk diuji...ada lagi yang lebih teruk dari itu...doala banyak2 insyaALLAH...akan dimakbulkan oleh ALLAh...jangan dirisaukan pembalasan orang yang menganiaya...kerana setiap sesuatu pasti akan dibalas sama ada cepat atau lambat.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 13-01-06 22:33
cumanya janganlah terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku... pandanglah ke depan lupakan apa yang telah berlaku... Allah itu Maha Pengampun... cubalah baca posting yang saya buat dalam ukhwah dalam ruangan isu2 semasa kalau tak silap....yang mana tajuknya ialah kisah benar sahabatku.... kawan saya ni sekarang menyimpan dendam kepada perempuan...mungkin ia boleh diambil sebagai iktibar... apa pun don't give up ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
putra_adi
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.10.2005 Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor
|
Posting pada: 13-01-06 22:50
ana berasa bimbang bila enti berfikiran negetif,cuba enti biasaan diri agar sentiasa berfkiran positif dan bersangka baik terutama terhadap Allah "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 h. dan mari ita sama-sama merenung ayat ini, Kenapa aku diuji? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 ----------------- Berjiwa daie, Berfikiran Faqih...
|
mslina
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang
|
Posting pada: 13-01-06 23:41
ujian hanya diberikan kepada hambaNya yang mampu menghadapinya.. ujian penghapus dosa kita.. Yakinilah Allah..Allah sayang hambaNya yang sabar..
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 14-01-06 10:39
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah ramai yang simpati dengan anakanda hanya_aku kan. InsyaAllah telitilah saranan dan cadangan mereka itu agar jadi peringatan buat anakanda ya. Di sini umi ingin jelaskan bahawa masalah anakanda adalahlah juga masalah ramai remaja hari ini terutama remaja perempuan. Umi harap sangat remaja perempuan yang rasa kesunyian dan tidak dapat kasih sayang yang diharapkan dari ibu bapa dan adik beradik agar mencari ilmu dengan mendalami belajar tajwid dan kelas tafsir serta berkawan dengan mereka yang solehah. Elak dari terlalu ikutkan membaca novel picisan dan juga rakan-rakan yang tidak solehah dengan melepak dan enjoy tanpa tujuan. Ini bukan bermakna tidak boleh nak bersantai cuma biarlah bersantai dengan mereka yang solehah juga jadi iman kita akan terus terkawal. Kita tidak akan sewenangnya mencari kasih sayang yang dilarang yang boleh menjadi penyebab kepada masalah yang anakanda hadapi sekarang ini. Seperkara lagi kalau jauh dari keluarga ingatlah bahawa keluarga itulah yang patut didekati lebih dulu dari bf ya. Cubalah elak dari melakukan sebarang dosa dengan berbincang bab ini dengan kenalan yang solehah termasuk ustaz dan ustazah. Sebenarnya walaupun anakanda kata anakanda tahu bab iman namun kekadang kita hendaklah lahirkan iman yang dalam hati itu pada perkataan dan perbuatan barulah betul iman yang terdapat di dalam hati tu ya. InsyaAllah jodoh telah Allah tentukan maka teruskan hidup ini dengan penuh semangat untuk mencari redha Allah. Allah telah beri kita beberapa alam untuk di lalui - bermula dengan alam roh (di syurga), kemudian di alam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari lebihkurang, alam dunia (sekarang ni), alam kubur dan akhir sekali alam akhirat. Memandangkan alam dunia yang singkat (paling lama ikut sunnah ialah 63 tahun) maka adakah patut kita sekedar tumpu saja pada alam ini dan tidak mengindahkan implikasinya semasa di alam kubur dan akhirat yang kekal kelak tu? Wallahuta'ala a'lam bissawab Wasssalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Yesterday is experience, tomorrow is hope, today is getting from one to the other as best as we can -John M Henry.
|
awa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah
|
Posting pada: 16-01-06 11:41
!!!! Sabarla wahai sahabat ....sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya...Cuma kita tidak tahu...Apa yang berlaku pada seseorang tidak sama ujiannya...Insya Allah saudari akan mendapat kebahgiaan kelak dengan berkat kesabaran dan ketakwaan kepada Allah SWT. Hidup ini memang penuh cabaran...Saya situasi saudari, memang perit jika dinilai di dunia ni tapi yang perit itulah selalunya akan menjadi penawar di akhirat kelak... Kita wanita yang lemah jangan mudah tunduk dan berputus asa... Jika kita melayan perasaan dengan asyik...kita akan leka seterusnya hanyut bersama-samanya...Kuatkan semangat dengan adanya sahabat2 ukhwah saya harap saudari akan tabah.... Insya Allah bila saudari baca apa yang sahabat2 coretkan, saudari akan lebih tenang dan tidak rasa keseorangan....Saya pernah laluinya...Walaupun dugaan kita tak sama tapi dengan adanya laman ini kita boleh berkongsi dan akan lebih yakin bahawa ada insan lain yang lebih malang dari kita Hanya diri kita yang dapat mengawal baik buruk perlakuan kita...jangan lupa padaNya...Hanya Dialah tempat kita berdoa dan memohon sesuatu.... Harap saudari faham...Wassalam
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 16-01-06 15:52
just dont give up....mendung hari tak kan selalu...sinar bhgia pasti kan kau ketemu....jika kamu bersabar hukum Allah tetap berlaku dan kamu mendapat pahala...dan jika kamu mengeluh,ketentuan Allah tetap jua berlaku tapi kamu mendapat dosa... semoa ketenangan bertamu di hati...
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 16-01-06 15:58
percaya dan yakinla bahawa setiap yang menimpa keatas diri kita pasti ada hikmahnya... bersabarlah...suatu masa nanti sinar bahagia pasti menjelma.. jan putus asa dengan ALLAH.. Allah sayang akan kita semua
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 28-01-06 02:09
tinggalkan perkara yang tak baik dan byk2kan mengingati mati dan baca al-quran
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 28-01-06 09:49
bersabarlah....Allah akan menguji hamba2 nya yang beliau ingati..... kalau Allah menguji seseorang hamba itu, tu maknanya Dia ingat terhadap hamba Nya itu..... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 02-02-06 22:32
|
qville_islaami
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 04-02-06 01:23
Semoga Allah beri kekuatan pada enti. Doa dari ana. jangan sesekali buka ruang untuk syaitan mencelah dan menipudaya.
|
qville_islaami
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 04-02-06 20:30
Ada kalanya makhluk bergelar manusia itu tenggelam dalam lautan kenikmatan sehinggakan kasih sayang dan redha Allah. Namun ada pula suatu ketika wujud segolongan hambaNya yang hanyut dengan ujian dan keperitan hidup. Janganlah terus hanyut dibawa arus sebaliknya berenanglah menongkah arus ke tepian dan carilah haluan dalam kehidupan. walLahuaklam...
|