Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 243
Ahli: 0
Jumlah: 243




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Keistimewaan Aidiladha


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Keistimewaan Aidiladha

Please Mendaftar To Post


Oleh Keistimewaan Aidiladha

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 10:26


Oleh : MOHD SHAUKI ABD MAJID. (Penolong Pengarah-Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia {YADIM})

null

KEISTIMEWAAN Hari Raya Aidiladha berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri di mana ia dilakukan di seluruh dunia bersamaan waktunya dengan jemaah haji yang berkumpul di tanah suci melaksanakan rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji.

Syeikh Mahmud Syaltut menyatakan, bahawa serentak pada waktu yang bersamaan dilakukan dua perkara iaitu ibadah yang berlainan pada tempat yang berbeza.

Pertamanya ia dilakukan khusus di rumah suci Tuhan dan daerah sekitarnya di tempat-tempat yang suci dilakukan ibadah haji.

Jemaah haji yang merupakan wakil daripada seluruh dunia Islam mengerjakan tawaf di sekeliling Baitullah (Kaabah), berhenti wukuf di Mina dan mempersembahkan sembelihan-sembelihan haiwan (untuk fakir miskin) sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T.

Semuanya di dalam suasana perkenalan, saling bermusyawarah, bantu-membantu dan saling menghormati demi kebaikan dan kemajuan umat Islam seluruhnya.

Dan yang kedua ialah umum dilakukan oleh kaum Muslim di seluruh dunia yang jauh mahupun yang dekat.

Semenjak dari pagi fajar menyingsing, hari Arafah sehingga hari yang keempat mereka mengucapkan takbir (Allahu akbar).

Dengan semangat inilah mereka melahirkan rasa kebesaran nikmat Allah dan tiada sesuatu kekuatan atau kebesaran di hadapan mereka yang dapat menghalang mereka untuk mencapai kemuliaan dan kebesaran di dunia ini.

Mereka beramai-ramai menunaikan solat Aidiladha dan melakukan sembelihan haiwan untuk fakir miskin sebagai bukti ketaatan mereka kepada Allah dan memecahkan nafsu ego mereka untuk membantu sesama umat Islam dengan penuh keikhlasan.

Demikian Syeikh Mahmud Syaltut menggambarkan keistimewaan ibadah haji yang menjadi rukun Islam yang kelima.

Seolah-olah dunia seluruhnya dengan berpusat di tanah suci Mekah dan sekitarnya, diresapi oleh semangat iman dan teriakan Allahu akbar.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w disebutkan, "Tidak pernah syaitan dilihat begitu kecilnya, hina, muram dan dibenci pada hari-hari haji, dimulai dari hari Arafah.''

Di dalam al-Quran surah al-Haj ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud, "Demikianlah sesiapa yang membesarkan hari-hari kehormatan Tuhan, maka adalah paling baik di sisi Tuhan.''

Pengorbanan melaksanakan ibadah haji mengandungi dua maksud iaitu pertama, ia berkaitan dengan pengorbanan serta usaha kita selama ini menyimpan wang atau bekalan secara sedikit-sedikit bagi mencukupi untuk mengerjakan ibadah haji.

Mengumpul wang selama bertahun-tahun untuk mengerjakan haji adalah satu perjuangan atau jihad.

Dengan jihad itu bukan sahaja dapat melaksanakan rukun Islam yang kelima yang menjadi fardu ain (wajib peribadi) bagi setiap Muslim dan Muslimah, tetapi pengorbanan atau jihad harta tersebut akan menghasilkan keuntungan berlipat ganda di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud, "Nafkah mengerjakan ibadah haji adalah seperti nafkah pada sabilillah dengan mendapat pahala berlipat ganda sampai tujuh ratus.'' (hari Ahamad).

Kesulitan dan masalah sepanjang perjalanan juga merupakan satu pengorbanan apa lagi dengan peraturan yang bermacam-macam yang harus dilalui baik dari kerajaan Arab Saudi mahupun kerajaan kita sendiri.

Demikian juga suasana di tanah suci yang tidak biasa kita hadapi dengan sikap sesetengah manusia yang kasar seperti orang-orang Afrika yang menggunakan kekuatan badannya untuk berebut-rebut tempat bagi memperoleh keselesaan beribadah. Ini semuanya menuntut kesabaran dan pengorbanan yang setulusnya.

Kita amat bersedih dengan kematian empat jemaah haji dari negara kita akibat tragedi asrama runtuh di Mekah beberapa hari yang lepas.

Apatah lagi terutama keluarga mereka yang terlibat di mana kematian itu tidak berlaku di hadapan mereka.

Namun hakikatnya di sisi Allah, kematian mereka dinilai paling tinggi dan terhormat. Mereka akan disambut di akhirat nanti sebagai kekasih-kekasih Allah yang paling disayangi dan kedudukan mereka sejajar dengan para syuhada berdampingan dengan nabi-nabi dan para rasul.

Pengorbanan lain diajarkan sebagaimana kerelaan Nabi Ismail A.S. mengikuti perintah Allah. Kedua-duanya, Ibrahim dan Ismail A.S. mematuhi perintah Allah ini (iaitu ayah menyembelih anaknya berdasarkan perintah Allah), semata-mata dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila `llah).

/
Dan ini adalah cermin ketakwaan.

Dapatkah kita memperkuatkan takwa kita dengan pengorbanan yang kita lakukan? Dapatkah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah haji? Tentunya kita tidak ingin sekadar mendapat yang lahir sahaja dari ibadah ini.

Justeru, kita harus ingat bahawa korban yang kita lakukan pada hari-hari sekitar Aidiladha ini dengan menyembelih kambing atau biri-biri hendaknya akan menambahkan takwa kita kepada Allah S.W.T.

Firman Allah yang bermaksud, "Daging-daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaanlah yang dapat mencapainya.'' (Surah al-Haj, ayat 37).

Sesungguhnya Islam tidak menginginkan pelaksanaan ibadah-ibadah yang wajib dan yang sunah itu sekadar ritual dan formaliti. Tetapi yang penting adanya roh dalam ibadat itu, roh yang ikhlas dan takut kepada Allah yang menjadi syarat diterimanya ibadah tersebut seperti firman Allah yang bermaksud, "Dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus.'' (Surah al-Baiyinah ayat 5).

Sesungguhnya Islam mensyariatkan ibadah-ibadah itu dengan memberi hikmah-hikmah dan kerahsiaan yang boleh membawa manfaat dan kebaikan jiwa dan kebersihan hati dengan kemuliaan-kemuliaan akhlak.

Syeikh Mahmud Istanbuli menyatakan bahawa, "Ibadah haji merupakan sumbangan Islam yang paling positif bagi melahirkan manusia-manusia ideal yang bersatu hati dan bersatu amal yang semuanya itu diidam-idamkan oleh para ahli falsafah sejak dari zaman Plato atau al-Farabi sehinggalah ke zaman ini.

Perhatikanlah bagaimana seluruh umat Islam yang berbeza warna kulitnya serta tingkah laku berkumpul di tanah suci yang satu.

Hilang segala perbezaan dan keasingan, semuanya berkenalan, bersaudara bagaikan mereka daripada keluarga yang satu, tubuh yang satu yang sama merasakan sakit dan senang serta gembira.

Mereka memiliki semangat persaudaraan yang cukup tinggi. Semangat persaudaraan inilah yang perlu dimiliki dan dihayati oleh umat Islam seluruh dunia dalam apa jua saat dan ketika.

SUMBER UTUSAN ONLINE.

--------------
/
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 10-01-06 12:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 10-01-06 12:37


seronoknya dapat haji..cukup dah rukun islam kita..moga2 kita semua dapat haji mabrur

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

rul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 10-01-06 22:23


syukran².... syukran jazilah.... :)

->klik di sini.....
/

Bookmark and Share

    


  Member Information For rulProfil   Hantar PM kepada rul   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 22:50


syukran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 22:52


syukran :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103265 saat. Lajunya....