Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 247
Ahli: 0
Jumlah: 247




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Hukum Lima Saat dan makanan...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Hukum Lima Saat dan makanan...

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukum Lima Saat dan makanan...

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-12-05 09:32


Suatu hari roti yang dimakan terjatuh ke lantai, seorang sahabat cepat-cepat mengingatkan supaya ditiupkan roti tersebut. Katanya kuman belum sempat 'melompat' secara berseloroh, dan menjadi amalan saya ketika kecil sehingga kini berbuat begitu tanpa mengalami masalah selepas memakannya.

Tahukah anda? Seorang pelajar sekolah tinggi bernama Jillian Clarke telah membuktikan prinsip gastronomi ini betul dan menamakannya Hukum Lima Saat (HLS). Beliau menjalankan eksperimen ketika menyertai program pertukaran pelajar di Hans Blaschek's University of Illinois. Konsep gastronomi yang dicadangkan ialah: Jika makanan jatuh ke lantai dan menyentuh lantai dalam masa kurang lima saat, makanan tersebut selamat untuk dikutip dan dimakan. Gastronomi didefinisikan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 439) sebagai kajian, seni atau amalan memilih, menyediakan makanan yang baik. Menurut Clarke lagi, HLS membawa kita ke zaman Genghis Khan, manusia pertama yang menentukan jangka masa yang selamat bagi makanan untuk berada di atas lantai apabila jatuh. Namun begitu, piawai yang ditetapkan olehnya pada ketika itu agak panjang iaitu sehingga 12 jam. Sumbangan ini sekurang-kurangnya dikaji semula sesuai dengan perkembangan dunia sains yang ada pada hari ini. Jika Genghis Khan menetapkan masa yang agak panjang, kajian yang dilakukan hanya sesuai dengan kemampuan teknologi pada zamannya.

Beberapa penemuan yang ditemui daripada kajian Hukum Lima Saat.

*Tujuh puluh peratus perempuan dan 56% lelaki percaya dan pernah menggunakan gastronomi seperti yang dicadangkan dalam HLM. Mereka mengamalkan HLM secara spontan dalam kehidupan tanpa mengetahui konsepnya.

*Wanita lebih ramai daripada lelaki yang memakan makanan yang telah jatuh ke lantai.

*Gula-gula dan biskut manis lebih digemari untuk dikutip semula berbanding kubis bunga atau brokoli.

*Jika makanan dijatuhkan ke atas lantai yang mempunyai mikroorganisma, makanan tersebut akan tercemar apabila berada di atas lantai selama lima saat atau lebih.

Kajian ini telah memenangi Anugerah Ig Nobel ke-14 dalam bidang Sains.


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 26-12-05 09:41


hehehe.. terbukti juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

m_aisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15383
Posting: 107
Dari: hoMe

mauritius  


posticon Posting pada: 26-12-05 10:48


kanak2 biasa buat HLS ni..dan selalu pulak ditegah!
huhu sorry kids,how ignorant i was!!
tapi..prinsip ni applicable kat semua lantai ke??macam lantai tempat beli belah yang diketahui orang pijak guna kasut..
anyway thanks 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_aisyaProfil   Hantar PM kepada m_aisya   Quote dan BalasQuote

nikmudkb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah

malaysia  


posticon Posting pada: 26-12-05 10:49


hmmm macam ni laaa saudara ku....
ana rasa kerana makan xikut sunnah llaaa sebab makanan tu jatuh kat lantai
betul tak?...kalau saudara makan secara sunnah dengan duduk..ada safrah....makan dan makan secara sunnah semua tu takkan jadi kalau jatuh pun atas safrah
bersih....!
sooo mana yang ada kejayaan.....cara Nabi s.a.w @ cara lain...?
kita ni ummat Nabi s.a.w..dan rata2 kata nak berjaya/.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikmudkbProfil   Hantar PM kepada nikmudkb   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-12-05 11:53


kajian yang dibuat termasuklah di lamtai dalam tandas. tapi sampel makanan tu diuji kandungan mikroorganisma menggunakan mikroskop elektron. jadi bukanlah nak bagi tau, kena makan dalam tandas! Cuma nak habaq konsep HLS tu begitu.

Makan dalam tandas memang makruh hukumnya.

makan berjalan/ berdiri pun makruh juga.

thank you.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

falah_nurani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19262
Posting: 83
Dari: madrasah

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-12-05 13:27


Pada 26-12-05 10:49 , nikmudkb posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm macam ni laaa saudara ku....
ana rasa kerana makan xikut sunnah llaaa sebab makanan tu jatuh kat lantai
betul tak?...kalau saudara makan secara sunnah dengan duduk..ada safrah....makan dan makan secara sunnah semua tu takkan jadi kalau jatuh pun atas safrah
bersih....!
sooo mana yang ada kejayaan.....cara Nabi s.a.w @ cara lain...?
kita ni ummat Nabi s.a.w..dan rata2 kata nak berjaya/.....


ana setuju sangat..kalau jatuh pun semasa kita sedang makan duduk. it's ok sebab takkanlah kita nak duduk bersila atas tempat2 ktor,kan,kan,kan?


-----------------
~kerana KEWAJIPAN itu lebih banyak dari MaSA yang ada..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For falah_nuraniProfil   Hantar PM kepada falah_nurani   Quote dan BalasQuote

qville_islaami
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang

Kedah  


posticon Posting pada: 26-12-05 15:37


Thank You Allah

DApat lagi satu ilmu lagi. ilmu yang boleh dimanfaatkan. Tak begitu kawan-kawan. boleh kurangkan pembaziran. Bukan dalam semua keadaan boleh makan duduk letak safrah . Mana tau adarurat ke apa ke. Yang pastinya Allah tidak akan mentaqdirkan suatu itu dengan sia-sia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qville_islaamiProfil   Hantar PM kepada qville_islaami   Pergi ke qville_islaami's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 26-12-05 16:23


yahoooooooo

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102566 saat. Lajunya....