Oleh : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (ABU SAIF)
...
Bertudung adalah usaha untuk menjadi baik. Ia bukan petanda seseorang itu telah baik. Salah, jika kita menyebut, “eh, baiknya dia. Tengok tu, dia pakai tudung”. Sedangkan yang betul ialah, “kalau nak jadi baik kena pakai tudung. Mudah-mudahan, dengan pakai tudung, akan timbul sifat malu, akan tersedar yang kita menampilkan agama secara full display, maka dengan sendiri terasa tanggungjawab memelihara agama dari terfitnah”.
Bersolat adalah usaha untuk menjadi baik. Ia bukan petanda seseorang itu telah baik. Salah, jika kita menyebut “eh, baiknya dia. Tengok tu, dia sembahyang”. Sedangkan yang betul ialah, “kalau nak jadi baik, kenalah sembahyang. Mudah-mudahan, dengan bersembahyang akan terasalah diri ini sentiasa berhubung dengan Allah, akan teringatlah kepada janji-janji manis kepada Allah semasa di dalam solat, akan terserlahlah akhlak- mahmudah dari tarbiah bacaan dalam solat etc.”
Yang mana INPUT, yang mana PROSES, yang mana OUTPUT?
Jika bahulu tak menjadi, mungkin masalah pada input seperti tepung tak elok, gula tak betul, telur tak fresh etc. Mungkin juga pada proses, misalnya pukul bahulu tak betul, bakar tak betul api etc.
Jika solat tapi masih berlaku jahat, jika bertudung masih berbuat maksiat, jika bersekolah agama tapi bermusuh dengan agama, maka tanyalah, di manakah silapnya? Pada input atau pada proses?
Maybe solat bukan kerana Allah, maybe bertudung kerana polisi sekolah, mungkin sekolah agama atas paksaan mak ayah.
Maybe solat tapi ilmu tak cukup, bacaan tak faham dan kaifiyat tak betul. Mungkin bertudung tapi tutup rambut tengkuk keluar, siku terdedah dan pakaian ketat ala balut nangka. Maybe masuk sekolah agama, tapi hanya belajar pengeTAHUan agama Islam. Hanya TAHU tapi tak pernah diajar bagaimana hendak MAHU dan bagaimana boleh MAMPU.
Yang mana INPUT, yang mana PROSES, yang mana OUTPUT?
Maaf kerana tiada ayat al-Quran dan Hadith malah nampaknya seperti hanya guna logik akal. Namun jika memahami agama secara tidak logik, memang caca merba pemikiran jadinya.
Tanyalah, salah solat ke, salah tudung ke, salah sekolah agama ke? Atau kita yang tidak jelas, mana INPUT, mana PROSES, mana OUTPUT?
Tepuk dada tepuk kepala, tanya iman, tanya pemikiran!
Wallahua'lam....
-----------------
Perjuangan Ibarat Mata Rantai, Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir.....