Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 152
Ahli: 0
Jumlah: 152




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kes pendaki gunung everest beragama hindu yang memeluk islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kes pendaki gunung everest beragama hindu yang memeluk islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Kes pendaki gunung everest beragama hindu yang memeluk islam

An-Naqib
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.12.2003
Ahli No: 6025
Posting: 57
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 21-12-05 20:42


Assalamualaikum
Ana baru lepas baca surat khabar dan ana agak terkejut bila ana baca berita tentang seorang pendaki gunung everest kita yang dulunya agama hindu kini memeluk islam. Yang menjadi masalahnya, bila dia mati keluarga dia yang agama hindu nak kebumikan dia cara hindu tapi JAWI nak kan dia dikebumikan cara Islam. Kes ni sampai dirujuk ke mahkamah. jadi ana nak minta pendapat dari semua warga ukhwah tentang isu ini atau pun sesiapa yang tahu hakikat sebenar di sebalik isu ini..... thank you dan wassalam

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Bookmark and Share

    


  Member Information For An-NaqibProfil   Hantar PM kepada An-Naqib   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 21:17


siapa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 21:23


Jawi tangguh kebumi pendaki Gunung Everest


KUALA LUMPUR: Pengurusan mayat M Moorthy, seorang daripada 10 pendaki Projek Malaysia Everest 1997 yang meninggal dunia pagi semalam ditangguhkan sehingga mendapat perintah Mahkamah Syariah berikutan dakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bahawa beliau memeluk agama Islam pada 8 Mac lalu.

Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali, berkata pihaknya menerima permohonan Moorthy pada 28 Mac tahun lalu dan meluluskannya tahun ini menggunakan nama Muhamad bin Abdullah.

“Bagi menyelesaikan isu cara pengurusan mayat, kita akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah esok (hari ini) untuk menjalani pengebumian mengikut cara Islam.

“Sementara menunggu keputusan, mayat Moorthy disimpan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan tidak diserahkan kepada mana-mana pihak,†katanya semalam.

Beliau berkata, Moorthy mendaftar memeluk Islam melalui Kor Agama Kementerian Pertahanan ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi Jawi menerima permohonan selepas sah dia mengucap kalimah shahadah.

“Berdasarkan rekod, kita ada bukti kukuh dan akan kemukakan dokumen asal permohonan Moorthy,†katanya.

Moorthy meninggal dunia di depan isterinya, abang ipar dan seorang lagi saudara pada jam 11.10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepas dimasukkan ke wad berkenaan kerana sesak nafas akibat koma pada 11 November lalu.

Anak keenam daripada 10 beradik itu meninggalkan seorang balu, S Kalimmal, 30, dan seorang anak perempuan, Theneswary yang berusia sembilan tahun.

Sementara itu, di HKL semalam, keluarga Kalimmal enggan mayat suaminya dikebumikan mengikut cara Islam kerana mendakwa tidak mengetahui Moorthy menukar agama.

Kalimmal berkata, mereka sekeluarga terperanjat mengetahui perkara itu pada 1 Disember lalu.

“Beberapa orang dari Jawi datang ke rumah di Kuarters Tentera di Jelatek ketika Moorthy lumpuh. Mereka datang semula ketika Moorthy koma untuk memaklumkan bahawa dia sudah memeluk Islam,†katanya ketika ditemui di bilik mayat HKL.

“Kami sudah membuat keputusan memfailkan permohonan kepada mahkamah secepat mungkin bagi mengenal pasti status agama Moorthy supaya pengebumian dapat dijalankan dengan lancar,†katanya ketika ditemui di bilik mayat HKL.

Moorthy dimasukkan ke ICU selepas terjatuh dari kerusi rodanya ketika dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Rawang. Beliau menyertai Angkatan Tentera pada 1988 sebelum diserapkan dalam Unit Gerak Khas setahun kemudian.

Beliau lumpuh sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit ‘cervical sick’ selepas terjatuh ketika latihan ‘somersault’ di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998.

Ketika Projek Malaysia Everest 1997, beliau turut membantu dua rakannya, M Magendran dan dan Mohanadas menawan puncak Everest pada 23 Mei 1997.

Dipetik dari Laman Web Berita Harian


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 21:24


sama-sama doakan kemenangan berpihak pada kita, Ameen...........


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

nurazyyati_83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 21:41


ana pun baru baca berita ni petang tadi. tapi Kenapa dia tak tukar nama dia kepada muslim atau 'declare'kan ke?walau apa pun....ana doakan semoga jenazahnya berjaya diuruskan oleh JAWI

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurazyyati_83Profil   Hantar PM kepada nurazyyati_83   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-12-05 22:47


kita tengok siapa yang akan menang...Islam atau Hindu....sebab kat malaysia ini unpredictable soal2 Islam... sejajar and bersesuaian dengan moto kerajaan ISlam Hadhari iaitu...CAKAP PANDAI TAPI BUATNYE IDAK.

kalau saudara baru kita ini tak dikebumikan mengikut Islam...jangan terperanjat sebab sebelum ini pun dah ada kes seorang ayah bersama anaknya yang convert ISlam tapi dikebumikan ikut hindu sebab majlis agama Islam dinasihatkan supaya beralah untuk menjaga keselamatan awam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 22-12-05 00:04


assalamualaikum...saya pun tadi ada tengok berita tv3,berat juga kes ni kan,peguam bagi keluarga allahyarham dah mempersoal kan keislaman muhammad bin abdullah.nama nabi tuuu.dia tak pernah ke masjid,tak pernah solat,ermm kalau nak ikut logik memang lah kan saudara kita ni kalau dia solat pun takkan dia nak tunjuk2 kat family dia kan. ptg tadi siap kecoh juga lah,emak dia kata "saya yang bagi nama tuu".bagi sayalah kan time2 begini semua umat islam kat malaysia ni kena betul tawadok sungguh2 .pihak india muslim diharap memainkan peranan.pihak mahkamah mesti bersikap seadil2nya kerana matinya dalam agama islam walaupun lahirnya hindu,lihat lah betapa hebat perancangan ALLAH,betapa DIA nak tengok sejauh sensativiti umat hari ni..so marilah kita sesama memanjat kan doa semoga saudara kita,digolongkan bersama golongan yang beriman..ameen.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 22-12-05 08:17


Moga roh nya tenteram di alam lain kelak... bersamalah Kita doakan agar dia tergolong dikalangan yang di Kasihi Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 08:18


Jika dia telah masuk Islam bagaimana dengan isterinya yang masih Hindu ... adakah dia kena mufarakah dengan isterinya itu ??? Jika dia tetap terus bersama dengan isterinya itu bagaimana pula ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-12-05 09:47


dalam hal ini pihak berkuasa kena memainkan peranannya..jangan biarkan benda ini makin rumit

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 10:22


walaupun apa yang dilakukan sebelum islamnya.......
selepas dia mengucap kalimah syahadah, dia umpama bayi yang baru lahir! fuh... untungnye.....

pergi lantak lah dia makan bab* ke, minum arak ke........

tu sebab nabi bersungguh2 suruh abu talib mengucap sebalum dia mati....

harap2 Jawi bersedia!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 10:33


Balu mohon larang Jawi tuntut mayat Moorthy


KUALA LUMPUR: Balu M Moorthy, seorang daripada 10 pendaki Projek Malaysia Everest 1997, memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon perintah supaya Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyerahkan mayat suaminya serta-merta untuk diuruskan mengikut upacara Hindu.

S Kaliammal, 56, juga memohon perintah injunksi sementara untuk melarang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) daripada mengambil atau menuntut mayat si mati daripada HKL dengan apa cara sekalipun sehingga kes itu diputuskan mahkamah.

Beliau memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, semalam melalui peguam bela, A Sivanesan daripada firma guaman A Sivanesan & Co.

Kaliammal yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Pengarah Jawi, Pengarah HKL dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Akhbar semalam melaporkan pengurusan mayat Moorthy yang meninggal dunia pagi kelmarin, ditangguhkan sehingga mendapat perintah Mahkamah Syariah.

Mengikut afidavit sokongan, Kaliammal mendakwa suaminya terbabit dalam kemalangan di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka, menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan serta terpaksa menggunakan kerusi roda.

Beliau mendakwa pada 11 November lalu, Moorthy dimasukkan ke Hospital Selayang kerana koma dan sejak itu rakan sekerja sentiasa melawatnya termasuk Mejar Shukri Yahya.

“Pada 1 Disember lalu, Shukri memberitahu bahawa suami saya sudah memeluk Islam dan jika ada apa-apa berlaku, pihak jabatan agama Islam akan menguruskan mayatnya.

“Saya terkejut mendengar berita itu kerana selama ini tiada sesiapa memberitahu hal ini dan sepanjang pengetahuan saya kem tentera juga tidak pernah mengumumkan suami saya memeluk Islam.

“Sepanjang perkahwinan dengan si mati, saya tidak pernah melihat atau mendengar dia sembahyang, berpuasa atau ke masjid, malah dia selalu makan daging bab* dan minum minuman keras, menunjukkan dia bukan penganut Islam,†katanya.

Kaliammal juga mendakwa jika benar suaminya sudah memeluk Islam, ia bukannya dilakukan secara sukarela kerana dia adalah seorang kurang upaya.

Beliau mendakwa Jawi melalui ejennya dan pekerja HKL menghalang dan enggan menyerahkan jenazah suaminya di HKL pada 20 Disember lalu.

Laman Web Berita Harian Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 10:33


nampaknya kes dah jadi makin rumit................. :-o


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 10:34


semoga kemenangan di pihak yang Benar.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

emma83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 12:09


:) alhamdulillah...hati dia terbuka juga untuk islam....semoga jenazahnya dapat dikebumikan dengan sempurna..

Bookmark and Share

    


  Member Information For emma83Profil   Hantar PM kepada emma83   Quote dan BalasQuote

nur_amal04
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.12.2004
Ahli No: 12712
Posting: 30
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 01:52


sama-sama lah kita berdoa agar kemenangan berpihak pada kita....ameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_amal04Profil   Hantar PM kepada nur_amal04   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 03:41


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 23-12-05 08:24


Sila ke link ini :



Alhamdulillah.. Akhirnya Jenazah di perintahkan untuk di kebumikan oleh JAWI dengan cara Islam... Moga ianya menjadi kekuatan buat semua umat Islam khususnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 23-12-05 08:29


memang dah confirm,Allahyarham tu Islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Nury
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20779
Posting: 29
Dari: Kuala Lumpur

malaysia  


posticon Posting pada: 23-12-05 13:30


Rasanya ini bukan kes yang pertama di malaysia dan pertelingkahan juga pernah wujud dengan Hinddhu ni.Depa tu memang laku tu....?


Kesimpulannya dari kisah ini...cara hidup kita masa hidup tu penting sesangat( Islam is the way of life, must be practice) . Saya pun confuse juga, macam mana masa hidup dia, dengan wife dia yang masih Hinddu tu...dari dasarnya, perkahwinan mereka kan dah kira terbatal...Eh, banyak pulak yang confuse....


Apapun memang ada saksi dia dah peluk Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuryProfil   Hantar PM kepada Nury   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 14:07


alhamdulilah jika itu yang dikhabarkan oleh JAWI, dikebumikan cara islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-12-05 14:22


Alhamdulillah, akhirnya kes itu berpihak kepada Islam..semoga rohnya dijauhkan dari seksaan kubur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 15:55


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum warahmatulllah

Sebenarnya sahabat2, kes ini belum habis lagi..ini yang sahih ana ketahui lah..pada pukul 8.00 pagi tadi ana dan sahabat2 ana pergi ke rumah mayat hospital Kuala Lumpur! masa tu dah ramai orang dah berkumpul di sana...ramai group pekida lah ana rasa dan sb pun banyak juga..semuanya menunggu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengkebumian saudara baru kita ini..

Pada malam tadi, pihak JAWI telah pergi ke HKL untuk mengambil terus mayat Mohammad bin Abdullah ini (moorty), tapi malangnya tidak dibenarkan oleh pihak mahkamah dan peguamnya lagi..diminta tunggu sehingga keesokan harinya!(hari ini lah)

Tunggu punya tunggu, ramai lah yang datang, tentera majoritinya(sebab moorty dulu tentera, dari unit Komando), so, nampak semangat sikit...penyatuan orang2 Islam dalam hal2 yang perlu diambil berat! dalam pukul 10.00, peguam kepada isteri moorty, datang untuk menangguhkan pengeluaran mayat saudara kita ni..bincamng punya bincang...kes ini akan di bawa ke mahkamah Rayuan pada 29 Dis ini...bermakna lambat lagi lah nak di kebumikan..MasyaAllah!so, kami pun balik lah..frust juga..ramai yang datang, unit gerak khas dari mersing dan sungai udang. sembang dengan kawan kampung ana dari unit komando sungai udang, mahu ikut hati nak 'bedal dengan steyr' india2 di sini(banyak juga ahli keluarga Abdullah sebelum islam ada di sana)..

kepada sahabat2 di luar sana...berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan urusannya dengan Allah, dia Islam umpama seorang bayi yang lahir, tiada dosa2 yang terpaut padanya, bagi kita pula dah bergelumang dengan dosa2 berpuluh2 tahun ni, adakah dijamin kita dengan syurga!pintu taubat masih terbuka...Pohonlah keAmpunan dari-NYa...insyaAllah Dia akan memberinya..!!

jadi sahabat2,hargailah nikmat islam yang kita anuti ini, bandingkan dengan orang-orang kafir, mereka selepas mati kelak...tiada lagi nikmat untuk mereka!! bagi kita..sebarkan agama Islam selagi termampu...

pada malam tahun baru ini, sesiapa yang mencintai islam dan saudaranya dalam amal maaruf nahi mungkar, sama-sama lah kita turun di area bukit bintang, bangsar, hartamas..Pemuda Pas wilayah dan Pusat mengadakan Maksiat : watch & forbid.. pada malam tahun baru..bermula pukul 12.00 malam.(berkumpul di taman melewar)..insyaAllah!


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 17:02


tunggu dan lihat saja ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 00:46


tak selesai lagi ke? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 00:55


ni berita hari Sabtu lepas:

Bagi semua puas hati

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) yang akan bersidang pada 29 Disember depan berhubung pihak yang layak menuntut jenazah wira Everest, Koperal M Moorthy.

Pengarah HKL, Datuk dari Azmi Shapie, berkata meskipun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jaw) mendapat perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang mengisytiharkan Moorthy, 36, meninggal dunia Selasa lalu memeluk Islam dan akan dikebumikan mengikut hukum Syarak, HKL akan menyimpan jenazahnya sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung soal itu.

“Perkara ini di luar bidang kuasa HKL dan memandangkan tidak ada kata sepakat antara pihak yang menuntut jenazah itu, adalah lebih baik kita tunggu sehingga keputusan Mahkamah Tinggi, Khamis depan.

“Berdasarkan beberapa dokumen iaitu keputusan Mahkamah Syariah dan juga permohonan kepada mahkamah sivil (oleh keluarga Moorthy), serta rayuan keluarga, adalah lebih baik mayat tidak diserahkan sehingga kes dibicarakan,†katanya di bilik mayat HKL, semalam.

Pada mulanya, pihak hospital bercadang menyerahkan jenazah itu kepada Jawi tetapi selepas mendapat bantahan keluarga Moorthy, satu perbincangan diadakan antara dari Azmi, Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaludin dan peguam keluarga Moorthy, A Sivanesan.

Sementara itu, Muhammad Ismail berkata, pertikaian itu perlu diselesaikan secara aman bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan jenazah Moorthy diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk dikebumikan mengikut hukum syarak dan agama Islam.

Hakim Syarie Mahyuddin Ibrahim mengisytiharkan Moorthy seorang penganut Islam dengan nama Mohammad Abdullah dan memerintahkan mana-mana pihak yang menjaga mayatnya supaya menyerahkannya kepada MAIWP untuk dikebumikan dengan segera.

Laman Web Harian Metro Online


p/s: entahlah apa nak jadi, tak kasihan ke kat jenazah tu... :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-12-05 00:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-12-05 23:38


Allahyarham L/kapal Mohammad bin Abdullah selamat dikebumikan
/

Pagi tadi jam 8.00 saya telah berada di perkarangan Mahkamah Rayuan Sivil, KL. Kira-kira jam 9.00 pagi kamar mahkamah telah hampir penuh sungguhpun mahkamah dijangka bersidang hanya pada jam 10.

Kira-kira jam 10.15 pagi barulah Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas Dato Raus Shariff masuk dan memulakan persidangan

Mahkamah sunyi sepi apabila Dato Raus merumuskan hujah-hujah kedua-dua belah pihak dan akhirnya membuat keputusan beliau.

Keputusannya hanya satu dari permohonan pihak plaintif yang dibenarkan iaitu bahawa plaintiff S. Kaliammal, iaitu isteri Allahyarham yang masih beragama Hindu itu adalah isteri Allahyarham yang sah. Manakala permohonan-permohonan lain termasuklah mengisytiharkan Allahyarham sebagai seorang Hindu dan bukannya Muslim telah ditolak.

Menurut Dato Raus yang pentingnya adalah bahawa Mahkamah (Sivil) tidak mempunyai bidangkuasa menyemak atau membatalkan mana-mana keputusan Mahkamah Syariah. Ini menurut beliau adalah selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (a) yang menggariskan bidangkuasa mahkamah-mahkamah persekutuan yang padanya tidak termasuk mahkamah syariah.

Oleh itu berdasarkan keputusan Hakim Raus ini bermakna mahkamah rayuan tidak memiliki bidangkuasa menyemak atau membatalkan keputusan mahkamah syariah dan dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah KL tempoh hari yang telah berpuas hati bahawa Allahyarham Mohammad adalah seorang Muslim dan perlu dikebumikan secara Islam perlu dipatuhi.

http://n32.blogspot.com/

ps: syukur alhamdulillah
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 28-12-05 23:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 29-12-05 00:00


alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

nurfara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 02:37


syukur alhamdulillah akhirnya kes ni sudah terjawab...sian jenazah di biarkan lelame tak dikebumikan... :-( :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfaraProfil   Hantar PM kepada nurfara   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 29-12-05 08:05


Harap2 jangan ada la pulak puak2 yang teringin buat rusuhan lepas ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 08:23


al fatihah

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 10:03


**berita terbaru**

Pendaki Everest, selamat dikebumikan
Oleh: SOPI SAMAILE dan RAHMAN DAUD

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Jenazah pendaki Everest, M. Moorthy atau nama Islamnya, Mohamad Abdullah selamat dikebumikan mengikut hukum syarak di Tanah Perkuburan Taman Ibukota di Gombak dekat sini petang ini.

Ia sekali gus mengakhiri episod tuntutan mayatnya yang disimpan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 20 Disember lalu.

Pengebumian disempurnakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menuntut jenazah tersebut di bilik mayat HKL sebaik Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa menentukan sama ada pendaki itu seorang Islam atau tidak sebelum kematiannya.

Abang kandung Moorthy, Mohd. Hussin, 46, yang memeluk Islam bersyukur isu tuntutan mayat adiknya selesai secara baik.

Beliau meminta keluarga isteri Moorthy supaya tidak membuat tuntutan lagi kerana jenazah adiknya telah selamat dikebumikan.

``Perkara ini sudah selesai. Tidak perlu buat tuntutan lagi kerana jenazah adik saya sudah selamat dikebumikan.

``Saya harap semua pihak akur kerana mahkamah sudah buat keputusan. Jika ada lagi tuntutan, ia sia-sia sahaja,'' kata Mohd. Hussin yang tinggal di Sabah, ketika ditemui selepas pengebumian adiknya di sini.

Mohd. Hussin yang nama sebelum Islam M. Sugumaran adalah satu-satunya keluarga terdekat Moorthy yang hadir dan sama-sama menyempurnakan jenazah berkenaan.

Sejurus perintah Mahkamah Tinggi hari ini, jenazah Moorthy dimandi dan disembahyangkan di HKL kira-kira pukul 2 petang.

Jenazah itu kemudian diiringi ke Taman Ibukota dengan kawalan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta selamat dikebumikan pada pukul 2.55 petang.

Urusan pengebumian dilakukan oleh JAWI dengan bantuan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) manakala majlis talkin dan tahlil diketuai oleh Imam Surau Al-Muhajirin Taman Selasih II, Bakri Abdul Rahman.

Kira-kira 200 penduduk sekitar turut menghadiri pengkebumian itu.

Pada 22 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan pihak yang menjaga jenazah Moorthy supaya menyerahkannya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk dikebumikan segera mengikut agama Islam dan hukum syarak.

Isteri Moorthy, Kaliammal pula memfailkan saman pemula yang dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) di Mahkamah Tinggi pada 21 Disember lalu untuk mendapatkan deklarasi bahawa suaminya bukan beragama Islam dan perlu dikebumikan mengikut agama Hindu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 10:06


Alhamdulillah...telah selamat dikebumikan...

Tapi,ada lagi hal tak selesai....
(bahagian duniawi)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.147384 saat. Lajunya....