Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 274
Ahli: 0
Jumlah: 274




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: CERMIN DIRI


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» CERMIN DIRI

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh CERMIN DIRI

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 10:19


Assalamualaikum....

************************

Masa lunch dah dekat...mata mula berair..menguap berkali-kali.Tambahan pula seharian mata duk menghadap skrin komputer.

"Ish..apa saya nak buat ni?"Alissa termenung sambil tetikus memetik-metik icon di skrin.

Tiba-tiba matanya bertumpu pada sesuatu...."Eh,laman web apa ni?" Alissa rasa berminat pulak.Tangannya laju bermain tetikus.Perut yang lapar terasa kenyang.
Dalam leka itu,tiba-tiba satu tangan menyentuhnya…. “Opocot!!” Alissa terkejut.
Dilihatnya sahabatnya,Saleha asyik ketawa terkekeh-kekeh.
“Masya-Allah…!Leha,ingatkan siapa tadi!”
“Awat ni? Dari tadi Leha tengok Lissa duk termenung..saja.Kenapa?”
Alissa melirik kembali ke skrin komputer, “Nii…elok ke tak ni?”
Saleha turut meneliti, “Emm…Jodoh.com?Bila masa ada pakwe ni?”
“Takdalah!Lissa baru saja buka tadi.”
“Nak mencuba nasib ke?”
Alissa termenung lagi.. “Cuba tengok gambar-gambar pengantin ni,” tangannya terus klik gambar-gambar pasangan yang telah berjaya menemui pasangan mereka melalui web itu.
“Ok jugak.Nak cubalah.” Mukanya berkerut tiba-tiba.. “Tapi..Leha tak lawa!Mana ada orang hendak?”
“Belum cuba,belum tahu.” Alissa cuba meyakinkan sahabatnya itu.
“Kalau begitu,apa kata kita daftar dulu? Lepas tu kita lunch.Jom.” Tanpa berlengah lagi,mereka terus mendaftar.


Masa berlalu dengan cepat.Mereka mula memilih calon pasangan masing-masing.
Satu-satu diteliti,disiasat… “Ramai pulak yang offer diri,kan?Kelakar….” Saleha tertawa kecil. Tea dihirupnya perlahan.
“Emm…,” Alissa mengangguk. “Tapi kita tak letak gambar pun.kat sinipun ada yang letak gambar,ada yang tak ada.”
“Lissa dah jumpa,belum?”
“Entah…Leha?”
“Ada seorang tu…asyik mesej dia saja masuk inbox.” Saleha malu-malu.
“Siapa?”
“Errr..malulah nak cakap.”
“Eleh,gatal!Bagitaulah….” pujuk Alissa.
“Nama dia…nama dia…Shah Rukh Khan!” lalu menutup mukanya,malu.
“Apa?!Shah Rukh Khan?Haha..biar betul…” Alissa ketawa lucu.
“Ketawa pulak!” Saleha muncung saja.
“Sorrylah…ada jugak Shah Rukh Khan Malaysia.Kih,kih,kih…” Alissa tak dapat tahan tawanya.
“Dahlah tu!” Saleha cubit Alissa.

“Adoi!Sakitlah!” Alissa mengusap-usap lengannya.
“Dia nak jumpa Leha hari ni.”
“Ha?!” Alissa terkejut lagi.
“Emm..dia kata dia pakai baju petak-petak,pegang hamster.”
“Kih,kih,kih….kenapa pelik sangat?” Alissa ketawa lagi.Tapi cepat-cepat diam.
“Lissa ni,asyik ketawa sajalah!Bukan nak bagi semangat!” Saleha mula merajuk.
“Ok,ok.Maaf.Emm..Leha pakai apa pulak?”
Saleha senyum simpul, “Leha akan pakai sari.”
“Buang tabiat ke?”
“Gurau sajalah.Leha pakai baju kurung purple dengan tudung purple jugalah.”
“Leha pegang apa pulak?Anak kucing?” Alissa tertawa kecil.
“Issh,Lissa ni!Ke situ pulak. Leha akan pakai payung magic Leha tulah.”
“Nak buat apa payung buruk tu?”
“Tengoklah nanti.Lissa ikut sama ok.”
“Eh,betul ke apa kita buat ni?Jumpa kat mana?”
“Dekat saja..dekat McDonald.”
“Ikut suka hatilah,” Alissa terpaksa ikut sahabatnya itu.

......apa akan terjadi seterusnya....?.....
nantikan sambungannya pada hari dan masa yang sama....
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 10:39


ok...tengah tunggu ini...hehe..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 10:54


Pada masa yang dijanjikan,mereka menunggu di McDonald. Seorang demi seorang lelaki yang masuk,mereka perhati.Tiba-tiba kelibat orang yang dinanti tiba.

“Tu dia!” Saleha pandang tepat pada seorang lelaki berpakaian petak-petak,di tangannya ada plastik kecil.
“Dia pegang apa tu?” Alissa turut memerhati.
“Alamak,petai?!” Saleha terkejut.
“Bukan dia agaknya..tengok tu,dia pergi ke meja pak cik tua.Penjual petai rupanya.” Alissa tersenyum.
“Kuuss..semangat!” Saleha menarik nafas panjang.

“Hai,sweetie!!” tiba-tiba bahu dicuit dari belakang.
Saleha menoleh,kelihatan seorang lelaki pendek berpakaian petak-petak tersengeh memandangnya.. “U Saleha ke?I’m Shah Rukh Khan.” Katanya lagi.
Saleha bagai nak pengsan,tapi ditahannya.
“Err..yup!”

Alissa turut tercengang.Lelaki itu duduk bersama mereka.
“Sorry,I lambat tadi.Ni..hamster I lari.Dia ni pemalu sikit.” Hamster diusap-usapnya.
“Err..ye ke?” Saleha mula gelabah. “Comel hamster awak”
“Thank you.I dah bersedia nak bawa U jumpa famili I.” katanya tiba-tiba.
“Ha?!Kan..kita baru kenal?” Saleha terkejut.
“Tak apa.I tengok U pun,dah ok. I tak sabar nak kawin ni.” Tersengeh-sengeh.
“Lissa..apa Leha nak buat ni?” Berbisik perlahan.    
“Tak tahu.” Alissa mati akal.

“Terimalah hamster I ni sebagai tanda kasih I pada U.” diletaknya hamster atas riba Saleha.
Apalagi,Saleha terus menjerit.
“saya tak tahan dah!Jom,Lissa,kita blah!” Saleha menarik Alissa keluar dari situ.
“Jangan dekat!saya ketuk dengan payung ni karang!” Saleha cepat-cepat beredar.
“Tunggu,Saleha…!Alahai Saleha….!!” Lelaki itu mengusap-usap hamsternya.
Semua yang ada di situ hanya memerhati sambil ketawa.

Kereta dipandu laju.
“Oii,perlahanlah sikit.Nak kena saman ke?” tegur Alissa.
“Kenapalah Leha boleh tergerak hati nak jumpa dia?Menyesal!” keluhnya lagi.
“Tulah…lain kali selidik betul-betul dulu.Ini tidak,tak sempat apa-apa,dah nak jumpa.Tengok,apa dah jadi?”
“Betul jugak.Leha ni bodoh kan?Dahla muka tak lawa,tak ada siapa pun nak.”
“Tak baik cakap begitu.Rupa tak penting,tahu tak?”
“Mana ada orang beri perhatian pada Leha?Lainlah Lissa..,cantik,pandai…!” Saleha merendah diri.
“Jangan nak mengarut!Lissa tak anggap diri cantik,tau tak?Lissa macam orang lain jugak.Ada mata,ada hidung..tak begitu?Allah cipta makhluk-Nya semuanya elok-elok.Termasuk Leha.Kita sepatutnya bersyukur dengan keadaan diri kita ni.Cuba tengok orang di Afrika,gelap,rambut kontot..tapi mereka juga makhluk Allah juga,kan?”
“Yelah,yelah..!Ustazah ni,cakap sikit,tazkirah.”
“Bukan tazkirah,untuk ingatan kita jugak.”
“Tapi Lissa still cutie lady,hehe…” Saleha tersenyum mengusik.
“Issh,budak ni…” Alissa tersipu malu. “Nak guna lagi ke payung magic tu?”
“Nak buang!Hehe….,” Saleha ketawa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 11:10


tak habis lagi.....
*********************
Seperti biasa,selesai solat Isyak,Alissa duduk bermesra bersama keluarga di ruang tamu.Adik-adiknya tekun mentelaah pelajaran di meja belajar.

“Lissa,baba nak cakap sikit ni.” Baba Alissa mendekati anaknya.
“Ada apa,baba?”
“Ada orang masuk merisik Lissa.”
Jantungnya berdegup kencang, “Tapi..Lissa mana ada kenalan lelaki,baba?”
“Ye,baba tahu.Tapi baba dan ummi dah lama kenal family dia ni.Cuma tunggu masa saja.” Jelasnya lagi.
“Betul,Lissa.Ummi berkenan budak tu.Akhlaknya pun baik.” Celah ummi pula.
Alissa diam tak terkata.
“Tak apa,Lissa jangan risau.Nanti baba kenalkan dia dengan Lissa.”
“Ha?Lissa sibuklah,baba.Tak payahlah.”Hatinya resah gelisah.
“Mana ummi simpan gambar dia tu?” Baba pandang ummi.
“Ummi lupala,baba.Nanti ummi cari dulu.” Ummi tersenyum.

“Ni gambar abang Zaki tu,ummi.” Aini tercongong depan mereka.
“Mana Aini ambil ni?” Tanya ummi.
“Ummi letak atas meja tu,lupa ke?”
“Ye ke?Maaflah,ummi terlupa.Maklumlah,dah tua.” Ummi senyum simpul.
“Cuba tengok ni,kacak kan?” baba berikannya kepada Alissa.Alissa meniliknya.
“Kacak tak semestinya baik,baba.” Alissa seolah-olah tak berkenan.
“Budak ni,belum kenal,belum tahu.”
“Err..Lissa masuk bilik dululah,ye?Mengantuk.” Alissa cepat-cepat berlalu.
Gambar Zaki diletak atas meja.
“Tengoklah anak ummi tu,belum apa-apa dah tolak.” Baba mengeluh panjang.
“Biarlah,baba.Beri masa dia berfikir dulu.”

Alissa gelisah memikirkan perkara itu.Saleha pula telah menemui kenalan baru.Nampaknya Saleha sukakan pilihannya itu.Pertemuan diatur lagi.Alissa hanya mengikutnya sahaja.

“Kali ni Khan mana pulak Leha pilih?” Tanya Alissa dalam berseloroh.
“Tengoklah sendiri.Tapi Leha terpikat pada namanya tu,Mukhlis.”
“Mukhlis?Sedap nama tu.Mana tahu kali ni pilihan yang tepat.Sama-sama kita tengok.”
“Kalau tak ada jodoh jugak,Leha tak nak masuk Jodoh.com lagi.”
“Kita ikhtiar saja,kan?Selebihnya serah kepada Allah.” Alissa senyum.
“Lissa macam mana?Takkan tak ada seorangpun di Jodoh.com tu yang berkenan di hati?”
“Lissa saja masuk..tak ada apa-apalah.” Alissa diam.

Dari kejauhan kelihatan seseorang asyik memandang.Saleha mencuit Alissa.Alissa baru perasan. “Macam pernah tengok..”hatinya bermain teka-teki.
“Gatalnya lelaki tu!” Saleha geram. “Lissa,Kenapa dia pandang pelik,ha?”
“Entah,pedulikanlah!” Alissa buat tak tahu saja.

Assalamualaikum,” tegur seorang lelaki
“Waalaikummussalam…,” masing-masing terkedu.
“Yang mana satu Saleha?Saya Mukhlis.”katanya penuh sopan.
Saleha senyum simpul, “Sa..saya Saleha.Duduklah,”hatinya riang tidak terkata.
Mukhlis duduk,tapi pandangannya beralih pada Alissa.
Alissa pandang ke arah lain.
“Ni siapa pulak?” tanyanya.
“Alissa,” jawab Alissa perlahan.
Saleha rasa tidak sedap hati.
“Dia ni nak kena penangan kasut saya ni…!”desis hatinya seorang diri.

Lelaki yang dari tadi asyik memerhati,datang menghampiri meja mereka.
“Mesra nampak,” katanya tiba-tiba.
“Siapa pulak ni?Awak siapa ha?Tak malu tegur orang..” Saleha mula bengang.
“Hai,cik Alissa.Tak sangka perangai awak begini.Ingatkan nak dijadikan permaisuri hati.Tak apalah,sekurang-kurangnya saya dah kenal awak.” Katanya penuh sinis.
Alissa cuba mengamati wajah lelaki itu, “Oo…awak rupanya.Awak intip saya,ye?”
“Salah ke?” katanya lagi.
“Jadi inilah lelaki yang family Lissa berkenan tu?” Saleha baru faham.
“Maaflah,awak.Saya rasa awak tak layak untuk jadi bodyguard saya.Mak ayah saya tak suruh pun.” Alissa geram.
“Siapa jadi bodyguard awak?Saya pun tak ingin.Kirim salam kat ummi dan baba awak.Bagitahu diaorang..bunganya dah tak lawa lagi.Kumbang pun tak sudi dekat.”

Lelaki itu berlalu sambil ketawa.
Hati sakit tiada siapa yang tahu .Alissa tunduk membisu.Mukanya merah tiba-tiba.
“Leha,Lissa nak balik.” Cepat-cepat bangun dan beredar dari situ.
“Lissa!” Saleha cuba memanggil.
“Apa dah jadi ni?” Mukhlis turut bangun berdiri.
“Ini semua awak punya pasal!Saya tahula saya tak lawa,tapi janganlah mainkan perasaan saya.Lelaki sama saja!” Saleha beredar dari situ.
Mukhlis mengejarnya, “Nanti dulu,cik Saleha.Saya belum habis cakap lagi..”
Saleha tidak pedulikannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 11:17


Tragedi yang tidak disangka terjadi tiba-tiba. Kereta yang dipandu Alissa terlibat dengan kemalangan.Alissa cedera ringan sahaja,tetapi ada mangsa lain yang terlibat sama.Alissa dimasukkan ke hospital.

“Apa dah jadi ni?Baba tak suruh Lissa pandu laju-laju.” Babanya mula berleter.
“Sudahlah,baba,Anak kita kan selamat?” ummi cuba tenangkan baba.
“Betul,tapi dia telah menyebabkan orang lain cedera.”
“Mana Lissa nampak dia melintas jalan,baba.Lissa tak nampak pun.Betul!” Alissa sedih.
“Bila lalai,inilah jadinya.Syaitan mudah perdayakan mata kita,tahu tak?”
“Lissa mengaku,Lissa bersalah.Maafkan Lissa,baba,ummi.” Alissa menyesal.
“Betul ke apa Lissa kata berkenaan Zaki tu?” Tanya baba.
“Betul,baba.Kan Lissa dah kata.Kita tak boleh nilai seseorang tu dari luaran saja.”
“Maafkan kami sebab terburu-buru buat keputusan.” Kata ummi pula.
“Tak apa.Sekurang-kurangnya kita dah tahu siapa dia sebenarnya. Lissa cuma temankan Leha saja.”
“Lupakan hal ni.Kami takkan paksa Lissa lagi,ok.Lepas ni Lissa cari sendiri.Kami hanya doakan.”kata baba sambil tersenyum.
“Terima kasih,baba,ummi.Bila Lissa boleh keluar?”
“Lissa berehat dulu,esok kami ambil ye.” Kata baba.
“Mana Aini dan Aiman?”
“Ada kat luar tu.Oklah,kami pulang dulu.” Bersalaman mesra.
“Drive baik-baik,” pesan Alissa.
“Yelah,” ummi dan baba berlalu.

Hari berganti hari.Tragedi yang berlaku masih belum luput dari ingatan.Jodoh.com tiada lagi dalam memory.Semuanya dibuang jauh-jauh.Lembaran baru bermula.

Duduk keseorangan di cafe. Bihun goreng dimakan perlahan-lahan. Seleranya kurang bila tidak ditemani sahabat baiknya,Saleha.Alissa merasa sedih atas apa yang terjadi.

Assalamualaikum,” seseorang menegurnya.
“Waalaikummussalam,” Alissa menoleh ke kanan.Berdiri seorang lelaki.Tanpa banyak bicara,lelaki itu duduk sama.
Alissa gelabah, “Err..kalau tidak silap,awaklah yang masuk hospital tempoh hari,kan?”
Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk.
“Maafkan saya….saya tak sengaja.” Alissa cuba menutup malunya.
“Tak mengapa,salah saya jugak.Tak berhati-hati.Saya Haiqal.” Katanya lembut.
“Saya Alissa.Err..apa awak buat di sini?Awak nak saman saya ke?” Alissa masih takut-takut.
“Kebetulan saya lalu di sini tadi. Tak apalah,saya pergi dulu,assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam..” Alissa masih dalam kebingungan.
Kenapa muncul tiba-tiba dan pergi begitu saja.Pelik.

Kebetulan Saleha datang.
“Tengok apa tu?” tegurnya.
“Oh,Leha!Tak..tak ada apa.”
“Lupakanlah perkara yang dah berlalu.Tak ada jodoh,nak buat macam mana?”
“Tapi Lissa rasa bersalah pulak.kasihan Leha.” Katanya sedih.
“Leha dah lupakan semua tu. Lelaki…susah kan nak cari yang betul-betul sesuai?”
“Tapi,Lissa rasa Mukhlis tu dah padan dengan Leha,tau?Sama cantik,sama manis..hehe..” Alissa cuba menceriakan suasana.
“Mana ada?Leha dah tilik dalam cermin..kami jauh berbeza.Dia handsome,tapi Leha…gelap.”
“Cermin lain,Leha.Kadang-kadang ia memberi banyak makna palsu dari benar,tau?Leha gelap pun,manis ada….tak begitu?Lissa percaya,Mukhlis pasti akan datang cari Leha suatu hari nanti.Tengoklah,” Alissa beri harapan.
“Ada-ada saja,Lissa ni.” Saleha tersenyum.
“Cuba tengok,India muslim..walaupun luaran tampak gelap,tapi Nur imannya terserlah terbit dari dalamannya.Wajahnya jauh lebih bercahaya dari kita.Betul tak?”
“Emm..betul jugak.Boleh jadi ustazah ni.Ceewaahh….” usik Saleha sambil ketawa.
“Tak adalah,Lissa banyak kekurangannya tau?Tak makan ke?Diet ye?”
“Awal-awal dah makan.Saja nak temankan Lissa.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 11:26


….Tut..Tut…….
“Hello!Ye…saya.Ada orang nak jumpa di office?Baiklah.Terima kasih.”
“Siapa?” Alissa selesai makan.
“Laila..katanya ada orang nak jumpa kat office.” Jantungnya mula berdegup kencang.
“Siapa agaknya?”
“Alamak,Kenapa tiba-tiba berdebar ni?” Saleha panik.
“Be cool….jom Lissa temankan.Jangan takut,jom.” Mereka berjalan seiringan.

Mereka tiba di office.Seseorang sedang menunggu.
“Siapa nak jumpa saya tadi?” Saleha bertanyakan Laila.
“Tuu…..!” Laila menunjuk ke arah seorang lelaki yang siap sedia senyum kepada mereka.
Bagai nak tercabut jantung dibuatnya.
“Mukhlis?Apa..dia buat di sini?Silap tempat agaknya?” Hati Saleha bermain teka-teki.
Mukhlis tampil ke depan, “Jumpa juga akhirnya.”
“Awak buat apa di sini?” Tanya Saleha lagi.
“Saya nak jumpa awak,lah.” Katanya lembut. Perwatakannya tidak ubah sewaktu mula-mula bertemu dahulu.
“Minta maaf,awak silap orang.Saya bukan Saleha yang awak cari.Saya tak layak untuk orang macam awak.” Cuba menjauhi diri darinya.
“Saleha,” tuturnya perlahan, “Sebenarnya..awaklah orang yang saya cari selama ini.Itulah,dulu belum habis cakap,awak dah lari.Kawan awak pula jadi mangsa disebabkan saya.Saya minta maaf.”
Alissa cuba memujuk, “Leha,Lissa rasa dia betul-betul ikhlas.Terimalah dia.Tak baik tau?Jodoh baik dah ada di depan.Kalau tolak yang ini,susah nak dapat balik tau?”
Saleha akhirnya mengukir senyuman, “Baiklah,saya beri peluang kepada awak.”
“Alhamdulillah…bolehlah saya pergi ke rumah awak ye?” Kata Mukhlis,gembira.
“Eh,eh,siapa kata nak kawin dengan awak?” Saleha berseloroh.
“Habis tu?” Mukhlis bermuram.
“Kita kena kenali hati budi dahulu.Tak begitu,Lissa?” Saleha saja menyakat.
“Emm,betul tu.Jadi pandai-pandailah awak ambil hati Leha nanti.Semua dah selesai,Lissa nak sambung kerja.” Alissa berlalu dengan senyuman.
“Awak baliklah dulu,ye?Saya ada kerja nak buat.Jumpa lagi.”
“Baiklah.jaga diri baik-baik.Jumpa lagi.” Mukhlis beredar dari situ.
Saleha bersyukur dengan apa yang berlaku.Nampaknya dia telah temui pilihan hati.Bagaimana dengan Alissa?

Fail-fail yang perlu ditandatangani dibawa ke bilik Ketua Pengarah dengan segera. Sebaik sahaja tiba di muka pintu,satu perlanggaran berlaku.Fail jatuh berserakan.

“Minta maaf,Tuan Haji.Saya tak sengaja.” Alissa membongkok mengutip fail-fail yang terjatuh tadi.
“Tak mengapa.Saya yang tak hati-hati.” Terdengar satu suara yang berlainan sekali.
Alissa mendongak,seorang lelaki tersenyum padanya.
“A…awak?!”
“Kenapa,Haiqal?” suara Tuan Haji Ilyas terdengar dari dalam bilik.
“Ni…Haiqal terlanggar orang.Masuklah,” pintu bilik dibuka luas.
Tanpa banyak bicara,Alissa masuk menemui Tuan haji.
Haiqal masuk sama.

“Ada apa.Alissa?” Tanya Tuan Haji.
“Ni..ada beberapa dokumen yang perlu Tuan Haji tandatangan.” Alissa meletakkan fail-fail tadi di hadapannya. Alissa rasa gugup.Haiqal hanya memerhati sambil tersenyum.

Satu persatu dokumen ditandatangani.Alissa menunggu di meja.
“Eh,duduklah.Nanti patah kaki tu.” Kata Haiqal sambil tersenyum mengusik.
“Kau ni,Haiqal.Suka usik anak dara orang ye?Suruh kawin,tak nak.” Tuan Haji tersenyum.
“Siapalah nakkan Haiqal ni,ayah?” katanya lagi sambil menjeling Alissa.
“Ayah?!” Alissa terkejut,jantung makin berdebar.
“Lupa pula,Alissa,ini anak saya,Haiqal.Baru balik dari U.ok.Selepas ini bolehlah awak bekerjasama dengan dia.”
“Kenapa?Tuan Haji dah nak bersara ke?” Tanya Alissa pula.
Tuan Haji Ilyas tersenyum, “Emm..saya rasa dah tiba masanya saya bersara.Lagipun saya
dah tua.Haiqal dah balik,bolehlah dia ganti.”
“Tapi..Haiqal belum pandai selok-belok syarikat ni,” kata Haiqal pula.
“Jangan bimbang,Alissa ada, dia boleh bantu kau.”
“Kenapa saya?En.Saiful kan ada?Saya tak pandai ,Tuan Haji.” Celah Alissa.
Tuan Haji tertawa kecil, “Awak ni,Alissa.Awak dah lupa ke.. awak yang menyebabkan anak saya masuk hospital,kan?”
Alissa terkejut, “Err…mana Tuan Haji tahu?” sambil menundukkan muka menghadap meja.

“Anak saya,kan?Sudahlah,saya tak salahkan awak.Saya lebih percayakan awak,Alissa.Tolong ye?” pinta Tuan Haji lagi.
Muka dah merah padam,Alissa terkedu seketika.
“Alissa….,” Tuan Haji bersuara lagi.
“Ya,Tuan Haji!” Matanya serta-merta memandang Tuan Haji.
“Boleh ke tidak?”
“Boleh.Saya kuli,Tuan Haji Boss.Saya ikut sajalah.”
Tuan Haji tertawa lagi, “Kan elok macam tu.Emm..panggil Laila masuk.Saya nak suruh dia arrange majlis.”
“Majlis apa,Tuan Haji?”
“Sempena persaraan saya nanti.”
“Baiklah,saya keluar dulu.” Fail dikutipnya satu-persatu,lalu beredar keluar.
“Eeiii…rimasnya saya duk dalam tadi.” Keluhnya sendirian.
Gelagatnya itu diperhatikan Laila.
“Kenapa,Lissa?Ada yang tak kena ke?”
“Emm…Tuan Haji nak jumpa awak.Cepatlah masuk.”
“Nak jumpa saya?Alamak,Kenapa pula?Bismillahirrahmaanirrahiim….” Laila segera menuju ke bilik Ketua Pengarah.
“Laila..Laila….,” Alissa tersenyum sendirian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

hadiazeediaz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.12.2005
Ahli No: 21062
Posting: 63
Dari: bumi melaka

Johor  


posticon Posting pada: 19-12-05 11:27


sambungannya...?

huhu...

tak sabar nak baca.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hadiazeediazProfil   Hantar PM kepada hadiazeediaz   Pergi ke hadiazeediaz's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 11:43


tunggu sat......:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 11:47


Hari yang dinantikan tiba. Majlis meraikan Tuan Haji berjalan lancar. Masing-masing saling beramah mesra dengan anak Tuan Haji Ilyas.

“Leha tengok lain macam saja Tuan Haji layan Lissa,” tegur Saleha.
“Issh,mana ada!Makan nasi beriani tu,favourite Leha kan?Makan.” Alissa tidak pedulikan sahabatnya itu.
“Eh,Tuan Haji datang tu…” kata Leha. Alissa asyik menjamu selera.
“Alissa..” tegur Tuan Haji dari belakang.
“Eh,Tuan Haji!” cepat-cepat berdiri. “Tuan Haji dah siap makan ke?”
“Emm..saya ada hal nak keluar ni. Ingat janji awak ye?” Tuan Haji senyum pelik.
Saleha pandang Alissa. Alissa gelabah.
“Ya..ya. Saya ingat,Tuan Haji.”
“Walaupun dah bersara,saya tetap akan pantau staff-staff saya,tau?” katanya lagi.
“Tuan Haji,driver dah tunggu tu.” Laila datang beritahu.
“Baiklah.Alissa,Saleha..kerja baik-baik.Pergi dulu.” Beredar dengan senyuman misteri.
“Eh,apa janji Lissa dengan Boss?” Tanya Saleha.
“tak ada apa. Kita kena jaga syarikat dia,itu saja.” Duduk semula.
“Eh,Lissa perasan tak? Anak Boss kita handsome kan?Bolehlah Lissa tackle dia nanti.”
“Issh,ke situ pulak! Jangan nak berangan,lah.Tengoklah pula siapa kita ni. Tak setaraf tau?”
“Emm..betul jugak kan?Lagipun anak orang kaya bukan boleh percaya sangat.” Kata Saleha pula. “Eh,Lissa!kenapa dia asyik pandang kita,ha?” Saleha terpandang Haiqal di sebalik orang ramai.
“Mana?” Alissa tercari-cari
“Tu…!!Haa….dia terpikat kat Lissa agaknya?Hehe…” usik Saleha.
Alissa mencebik, “ Mana ada?Dahlah,Lissa nak balik office ni. Ramai sangat ahli ‘keparat’ kat sini,hehe..” Alissa tertawa kecil.
“Mesti mahal kan makan kat hotel ni?” berjalan keluar.
“Mestilah….” Memasuki kereta.

Setelah Tuan Haji Ilyas bersara, syarikatnya diambil alih oleh anaknya,Haiqal. Alissa banyak membantunya. Keadaan ini kadang-kadang menimbulkan rasa cemburu di kalangan staff lain. Segelintir sahaja yang memahami kerjasama antara mereka.
Tidak ketinggalan En.Saiful.

***********
rest kejap....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 12:19


Last sekali kawinnn .. hehehe .. itu la yang dikatakan jodoh .. tapi saya rasa Zaki tak bersalah .. dia ada hak nak tengok bagaimana perilaku wanita yang bakal dijodohkan dengan dia .. cuma salahnya si Zaki tu silap sangka saja ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 13:02


belum habis lagi.....

akan bersambung...tunggu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 22:39


best la cerita ni..bila nak sambung lagi...tak sabar ni..hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 22:41


a'aa sambung... :-di


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 23:12


alamak..bila nak sambung ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 08:56


Seperti biasa,kerja dibuat bersama-sama.Jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.Walaupun air-cond dah sedia ada,namun bahang panas terasa juga.

“Kenapa,Alissa?” tegur Haiqal.Dilihatnya Alissa kurang selesa duduk di meja.
“Err…Boss tak rasa panas ke?Saya rasa…air-cond tu dah rosak.” Alissa tersenyum.
Haiqal segera meneliti air-cond di dinding bilik, “A,alah…rosak. Kenapa saya tidak perasan?”
“Boss kan asyik bekerja,sehingga tiada masa nak urus hal lain.” Alissa tersenyum lagi.
“Ye jugak.Biar saya…!” belum sempat kata apa-apa,Alissa terus memotong.
“Tak apa,tak apa..saya dah uruskan.Petang nanti diaorang datang baiki.”
“Awak ni,saja buat suspen…” Haiqal turut tersenyum.
“Boss…..”, kata Alissa.
“Dah berapa kali saya cakap,panggil saya Haiqal.”
“Eh…tak boleh,Boss.Nanti Tuan Haji marah.”
“Saya kan Boss awak jugak. Awak ni…ikut Boss mana ha?”
“Dua-dua Boss saya….” Alissa senyum memanjang.
Keduanya mesra.

Tiba-tiba masuk tetamu tak diundang.

“Hai,Haiqal! How are u?” seorang perempuan masuk.
Alissa terkedu, “Siapa perempuan ni?Tak senonoh langsung.Salam pun tak bagi!” desis hatinya sendirian.
“U siapa?I tak kenal,ok?” Haiqal tidak pedulikannya.
“Come on,babeh!U dah lupa ke?I Sabrina..anak Dato’ Khalid. I baru pulang dari over sea.U tak nak raikan I ke?” jelasnya .
“Ooo…Sabrina! Sorrylah,I tak macam tadi.kenapa merah kuning ni?U kena cat ke?Haha…” Keduanya saling bergurau-senda.
“Ala U ni!Masih tak berubah,” manja.
Alissa mengutip kertas-kertas kerja yang berserakan.
“Alissa, saya keluar dulu. Jom,Sabrina.”
Mereka keluar dengan gembira.

Alissa mula rasa tak sedap hati.
“Kenapa tiba-tiba lain macam saja hati saya ni?Jealous ke?Tak mungkin,dia tu Boss saya.Malaslah nak layan!” Kertas kerja dihempas atas meja.

“Hai,Kenapa tu?Mengamuk ke?” tegur Laila.
“Tak adalah. Ada nampak Saleha?”
“Entah..rasanya dia cuti hari ni.”
“Cuti?Biasanya dia bagitau dulu. Tak apalah,” Alissa segera menelefon Saleha.

Sementara itu, majlis kecil diadakan bagi meraikan kepulangan anak tersayang.

“Kenapa U tak bagitau ayah I ada kat sini?” Haiqal memandang sekeliling.
“Saja..U tak suka ke?” Sabrina asyik memandangnya.
“Tak adalah.Kalau buat doa selamat kan bagus?Membazir semua ni.”
“Apalah U ni!Kolot sangat. Dulu lain,sekarang lain.”
“Apa yang lain?U dah jauh berubah.Mana tudung U? U dah rendam dalam Lautan Pacific ek?” Haiqal menyindirnya.
“Haiqal,jangan kata begitu.Malulah I..” merah padam mukanya.
“Tu…papa U panggil.” Haiqal menunjuk ke arah orang ramai.
“Emm..tunggu sini tau?I pergi kejap saja.” Sabrina segera beredar.

Haiqal menelefon seseorang.
“Hello!Alissa ada di situ? Apa?Dah balik?Ok,tak apalah.” Wajahnya muram semacam.
Tanpa menunggu lama,Haiqal meninggalkan majlis itu. Terlebih dahulu dia beritahu ayahnya dan Dato’ Khalid.

Segera pulang ke pejabat. Dilihatnya Alissa tiada di meja.
“Laila, mana Alissa?”
“Katanya dia nak balik,Boss.”
“Hai,senangnya!Saya pun tak diberitahu. Mana kertas kerja tadi?” sambil menyelongkar meja Alissa.
“Entah,saya tak tahu,Boss.” Laila mula gugup.
Wajah Haiqal garang semacam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 08:56


Apa yang terjadi?
TUNGGU....!!! ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

hadiazeediaz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.12.2005
Ahli No: 21062
Posting: 63
Dari: bumi melaka

Johor  


posticon Posting pada: 20-12-05 10:54


sabar menanti :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hadiazeediazProfil   Hantar PM kepada hadiazeediaz   Pergi ke hadiazeediaz's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 11:29


Alissa muncul tiba-tiba.Wajahnya tampak muram.Kakinya diayun perlahan . Alissa terkejut melihat Haiqal di mejanya.
“Ha,awak dari mana ni?Kan saya suruh awak uruskan kertas kerja tadi. Mana ia?!”
“Tadi saya letak kat sini,Boss.Eh,takkan hilang agaknya?” Alissa gelabah.
“Pandailah awak reka cerita!”
“Tapi,Boss..” mata Alissa mula berair.
“Sudah!Saya nak awak cari sampai dapat!Kalau tidak, U fired!!” terus masuk ke biliknya.
Alissa duduk di mejanya.
“Eh,Kenapa ni?” datang Saiful.
“Kertas kerja Boss hilang.” Kata Laila.
“Itula…Kenapa tak simpan di tempat yang selamat?” katanya penuh sinis.
“Awak kan orang yang amanah?Tuan Haji salah pilih orang rupanya.”
“Jaga sikit mulut tu!” Laila cuba membela Alissa.
“Itula..dulu Kenapa tak pilih saya?Perempuan..apa dia tahu?Baik saya masuk pujuk Boss..Mana tahu,dia berubah fikiran ke…haha….”Saiful berlalu dengan sombongya.
“Eeii..sakitnya hati saya!Lissa,apa dah jadi ni?Tiba-tiba saja garang. Takut saya dibuatnya.” Laila simpati pada Alissa.

“Entahlah,Lissa pun tak tahu. Tapi..Lissa letak kat sini tadi.Mustahil ia boleh hilang.Laila tak nampak ke orang datang sini tadi?” Alissa masih bersedih.
“Laila pergi toilet kejap saja tadi.Tak tahulah,Lissa…” Laila tak dapat menolong.

Si Saiful cuba memujuk bosnya. Dia masuk perlahan-lahan. Kelihatan Haiqal duduk termenung di kerusinya.

“Boss…” Saiful cuba menegurnya.
“Ha,ada apa hal?!” emosinya belum stabil.
“Rileks,Boss. Perkara macam ni biasa berlaku. Lebih-lebih lagi bila diberi tugas kepada orang yang tidak berkenaan.Betul tak kata saya,Boss?” Saiful cuba meracuni fikiran.
“Apa maksud awak,ha?!Saya tengah serabut ni!” Haiqal makin marah.
“Bertenang,Boss.Emm..kalau diberi peluang,biar saya bantu Boss selesaikan perkara ni.”
“Saya tak faham,”kata Haiqal lagi.
“Kertas kerja tu penting kan?”
“Yelah,minggu depan saya kena bentangkan projek baru kita tu. Habislah saya kalau tak jumpa!” Haiqal putus asa.
“Apa kata biar saya tolong carikan. Saya ada kenal seorang bomoh,dia pakar bab-bab macam ni.”
“Eh,apa kaitan dengan bomoh pulak? Karutlah.Sudah!Saya nak berehat.” Haiqal tidak pedulikan kata-kata Saiful.
Saiful beredar dengan perasaan marah, “Sombong ye.Jaga kau!”

“Muncung saja ni!” tegur Laila.
“Sombong!Jaga dia!” Saiful berlalu dengan jelingan tajam.
“Eh,apa kena dia tu?”
“Something wrong with him,I think.” Alissa kemudian mengemas mejanya.
“Lissa nak ke mana pulak ni? Nanti Boss tanya…!” Laila memegang lengan Alissa.
“Cuti kan masih banyak.Lissa nak cuti beberapa hari ni. Bagitau Boss ye,assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam…” Laila memerhati lesu Alissa pergi.
“Apa dah jadi dengan office ni?Ya Allah,permudahkanlah urusan kami,amin…” Laila menyambung kerjanya.

Sebenarnya Alissa pergi bertemu sahabatnya.Dia menceritakn segala-galanya dengan perasaan sedih. Saleha mendengarnya satu persatu.

“Tak sangka perkara ini terjadi semasa ketiadaan Leha.Maafkan Leha,ye?”
“Leha tak salah.Perkara dah nak jadi, Allah telah tentukan segala-galanya.”
“Lissa rasa siapa yang ambil kertas kerja tu?”
“Entah.Tapi sebelum tu,Lissa ada terima satu panggilan telefon mengatakan Ummi Lissa sakit tenat. Bila pulang,Ummi tak apa-apa pun. Hairan.” Alissa termenung lagi.
“Sabar,Lissa. Minum air tu,sejuk pulak.”
“Leha pun satu,Kenapa tak bagitahu demam?” lalu meneguk tea.
“Maaflah,tak sempat.Tiba-tiba saja sakit kepala.” Sambil mengurut-urut dahinya.
“Si dia tahu tak?” Alissa senyum mengusik.

“Mesti report…hehe….” Saleha ketawa,kemudian tersipu malu.
“Bahagianya Leha,baguslah.Syukur kepada Allah.Lissa doakan semoga sampai ke jinjang pelamin.”
“Tak nak!” kata Saleha tiba-tiba.
“kenapa pulak?”
“Nak tunggu Lissa jumpa jodoh dulu.”
“Issh..macam-macam Leha ni.”
“Lissa tahu tak?Mukhlis tu sahabat Boss kita tau?” katanya senyum memanjag.
“Mana Leha tahu?”
“Mukhlis bagitau Leha,lah. Emm..bolehlah Leha minta dia kenenkan Lissa dengan En.Haiqal nanti.”
“Tak nak!Lissa tak nak fikirkan soal ni lagi.Dia dah ada Sabrina.” Katanya dengan nada sayu.
“Sabrina mana pulak?”
“Entah,tadi datang ke office,terus tarik En.Haiqal keluar. Menyampah tengok,manja semacam.”
“Kalau Leha ada tadi,siap budak tu!” Saleha geram.
“Issh,jangan!Bukan urusan kita. Dia bukan setaraf kita .Kita kuli saja.” Merendah diri.
“Betul jugak kan? Suatu hari nanti,akan adalah putera datang meminang Lissa,hehe…” Saleha ketawa mengusik.

************

ada lagi ni....kejap:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 14:39


aik bersambung lagi.... :-)


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 15:08


maaf la ye...ana tulis lepas tu post kat sini..sebab tu lambat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 12:39


OOoO lepas itu tulis jangan lupa post kat sini ye...lucu juga cerita ini :-) :-di


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 14:42


Masa berlalu dengan cepat,kertas kerja yang hilang masih belum dijumpai.Semua kesalahan dituding kepada Alissa. Alissa mengambil masa cuti yang panjang bagi menenangkan fikiran.

“Ayah tak perlulah susah payah datang office,Haiqal boleh uruskan.” Haiqal terkejut ayahnya datang ke office.
“Boss apa kau ni?Anak buah pun tak reti nak jaga.” Tuan Haji membebel.
“Apa maksud ayah?”
“Mana pergi pekerja kau kat luar tu?”
“Semua ada,ayah.”
“Bukan itu maksud ayah…!” Tuan Haji pandang Haiqal.
“Oh,maksud ayah..Alissa?” Haiqal gugup seketika.
“Emm…mana dia?”
“Laila kata dia cuti.Tiga hari dah,tak call pun!”
“Apa dah jadi sebenarnya,Haiqal?”
Haiqal mundar-mandir, “Pasal kertas kerja tulah…!Dia hilangkan,tapi tak mengaku pulak!”
“Eh,setahu ayah,Alissa bukan begitu orangnya.”
“Depan ayah oklah,belakang lain ceritanya.”
“Kau ni Kenapa?Menuduh orang tak tentu pasal ni.Berdosa tau?Laila dah ceritakan segalanya pada ayah.”

“Laila?”
“Dia masih P.A ayah tau?Kan ayah dah kata,ayah akan pantau staff ayah.”
“Hello,Uncle,Haiqal…” Sabrina masuk tiba-tiba.
“Ada apa hal ni?Kami tengah meeting ni.” Haiqal kurang senang dengannya.
“Wrong time?Sorry…” Sabrina tersengeh-sengeh.
“Apalagi?Keluarlah…” Haiqal duduk menghadap ayahnya. Wajahnya muncung saja.
“U layan I macam ni,Haiqal? Sampai hati U.” merengek manja.
“Sabrina keluar dulu ok. Kami ada hal penting nak dibincangkan.” Kata Tuan Haji pula.
“Oklah..bye…” Sabrina keluar .
Laila memerhati dari atas ke bawah.
“Apa tengok-tengok?” kata Sabrina.
“Apa fesyen awak pakai ni?Macam dalam hutan saja.” Laila hampir tergelak.
“Jealous ke?” Sabrina bangga menggayakan baju bulunya yang ada kepala tupai.
“Setahu sayalah kan,Allah dah ciptakan semua makhluk tu elok-elok belaka.Tak tahulah,kalau ada orang yang nak jadi haiwan.Hehe…” Laila terus ketawa.
“Shut up!!” Sabrina mula melenting.
“Saya rasa kan,mesti masa sembahyang awak tak pakai telekung kan?” Tanya Laila lagi.
Merah padam muka Sabrina, “Hey!Saya orang Islam,mestilah pakai!”
“Ooo..pakai…emm..masa menghadap Allah,pakai…” Laila menilik Sabrina berkali-kali.
“Macamlah kita tak tahu,huh!” Sabrina membetulkan fesyen rambutnya.
“Tu…mana tudungnya?Nak tunggu menghadap Allah dalam kubur baru nak pakai?Begitu?” Laila makin menekannya.
“U…shut up!” Sabrina berlari keluar dari situ.
“Haha..padan muka!Datang sini buat stail mat salleh.Baru dia tahu siapa saya..” Laila ketawa sendirian.

Laila kemudian menuju ke bilik air. Bila melalui bilik Ketua Pemasaran,dilihatnya Saiful dalam keadaan mencurigakan. Banyak helaian kertas beserakan atas mejanya. Satu-satu diteliti. Kemudian dia pandang kiri kanan sebelum menyimpan semula helaian kertas itu dalam lacinya.

Nasib baik dia tak nampak Laila. Laila rasa hairan,tapi perkara itu dirahsiakan dahulu.Dalam terjengket-jengket itu,Laila terlanggar pak guard.
“Maaf,Pak Rahman….tak sengaja.” Laila tersengeh-sengeh.
“Tak apa…apa yang terjenguk-jenguk tadi?”
“Err..tak ada apa.”
“Mengintip En.Saiful ye..?” kata-kata Pak Rahman mengejutkan Laila.
“Mana ada?” cuba mengelak.
Pak Rahman tersenyum, “Bapak juga rasa pelik dengan perangai En.Saiful sejak kebelakangan ni.”
“Pelik?”
“Iya.Dia selalu pulang lewat malam.Bapak pernah terserempak dia duk menyelongkar meja Alissa. Entah apa dicarinya.”
“Bapak jangan beritahu sesiapa tau?Ini rahsia kita berdua. Entah-entah dia yang curi kertas kerja tu.Dia tu gila kuasa.Ok,saya nak ke toilet ni.” Laila cepat-cepat beredar.

Sementara itu,dua sahabat asyik bersembang. Masing-masing buntu memikirkan perkara yang telah terjadi.

“Takkan Lissa nak menyepikan diri macam ni? Tak ceria office kalau Lissa tak ada.” Kata Saleha.
“Masalahnya..Boss kita tu. Lissa malas nak berdepan dengan dia.”
“Tak baik tau kita tak bertegur sapa selama tiga hari…” Saleha cuba memujuk.
Alissa termenung.

Datang pula Ummi Alissa,ceria nampaknya.
“Nah,makanlah kuih ni,Leha. Ummi buat tadi,nak harapkan Lissa ni,jauh sekali.” Katanya sambil tertawa kecil.
“Maaflah,Ummi…Lissa tak tolong Ummi kat dapur tadi.” Alissa senyum manja.
“Tak apa,Ummi gurau saja.” Duduk bersama.
“Emm…sedaplah!” Saleha habis mengunyah kuih cucur kodok ikan bilis.
“Ummi yang buat kan…?” Alissa senyum memanjang.
“Alissa,Ummi rasa lebih baik Lissa pergi kerja. Tak baik tau?Kerja itu ibadah dan amanah kita. Kalau betul Lissa tak bersalah,cubalah berusaha mencari kebenarannya.Allah ada bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.” Ummi beri semangat.
Alissa akhirnya ersenyum, “Emm..betul jugak.Terima kasih,Ummi.Lissa dah solat hajat semalam,moga-moga Allah beri petunjuk –Nya nanti.”
“Haa..macam tulah,baru ada semangat!” Saleha menepuk bahu sahabatnya itu.

Baba datang menyampuk, “Lissa,baba dah jumpa calon untuk Lissa.”
“Alamak,ada lagi?Lissa nak lari.Jom,Leha..pergi kerja.” Alissa menarik sahabatnya ke tingkat atas.
“Oii..pintu kat depan ni.Buat apa naik atas?” laung babanya lagi.
“Nak salin bajulah,baba….” Kata Alissa pula.
“Budak-budak tu kelakar sungguh!” Ummi tertawa kecil. “Baba jumpa kat mana pulak calon baru tu?”
“Emm..ada,lah. Tapi tak tahu Alissa suka atau tidak.”
“Mana gambarnya?”
“Alamak…!Baba letak dalam kocek seluar tadi.Tapi Ummi dah basuh kan?” wajahnya gelisah.
“A,aa…dah mesin pun.” Ummi hanya senyum.
“Hancurlah gambar tu,Ummi…!” Baba rasa serba tak kena.
“Biarlah anak kita ketemu jodohnya sendiri.Eh,mana Aini dan Aiman?”
“Ada kat depan,main basikal.”
“Panas-panas macam ni main basikal?Kenapa baba tak larang?Nanti demam,Ummi jugak yang susah.Issh…!” Ummi bangkit lalu menuju ke laman rumah. “Aini…Aiman…!!Naik,panas tu..!!”
Baba hanya menggelengkan kepala sambil ketawa.

Petang itu,hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Dua sahabat mesra bersembang menuju meja masing-masing.

“Eh,datang jugak akhirnya. Ingatkan nak bersembunyi sampai kiamat..hahaha..” Saiful ketawa sambil masuk ke biliknya.
Alissa diam tak terkata.
“Jahatnya..tak sayang mulut ke?” Saleha menjeling tajam.
Mereka tidak hiraukan Saiful.

“Lissa!!” Laila memeluknya. “Ingatkan tak kerja dah!Mimpi apa masa ni baru datang ?”
“Tak boleh ke?Lissa baliklah..” Alissa pura-pura merajuk.
“Taklah…saja gurau.Cuti panjang ni pergi ke mana?”
“kat rumahlah.” Ringkas saja jawapannya.
“Laila nak tahu…tak lama lagi Alissa akan kawin tau?Hehe…” Saleha ketawa mengusik.
“Issh..mana ada?Leha ni saja tau…” Alissa mencubitnya.
“Tadi kan baba Lissa yang kata….” Saleha ketawa lagi.
“Tak ada apa-apalah!” Alissa naik malu.
“Kalau betul,apa salahnya…” Laila turut beri sokongan.

“Ehem,ehem!!” satu suara memecah kesunyian.
Masing-masing berpaling, “Alamak,Boss….” Laila dan Saleha berlari ke tempat mereka.
Rupa-rupanya dari tadi Haiqal telah mendengar perbualan mereka.
Alissa masih berdiri di situ.Tak sempat bersembunyi.
“Seronok nak kawin sampai tak ingat datang kerja?” Haiqal berdiri di belakangnya.

Hati terasa sepeti dicucuk sembilu. Kakinya diayun ke muka pintu semula.
“Nak ke mana tu?” tegur Haiqal.
“Orang tak suka kat kita,buat apa datang kerja.Baik duduk kat rumah.” Kaki terhenti, Alissa sedikitpun tidak pandang Haiqal.

Haiqal tertawa kecil, “Degil jugak awak ni. Masuk ke bilik saya sekarang juga. Ini satu perintah,faham?” Haiqal menanti sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Saleha dan Laila memerhati babak drama di hadapan mereka. Saleha memberi isyarat supaya Alissa mengikut arahan Haiqal.Pada mulanya Alissa gelengkan kepala.Laila pula memujuknya dengan jelingan tajam.
“Masuk sajalah!” Kata Laila lagi.
“Yelah,yelah!” Dengan rasa berat hati, kaki melangkah masuk ke dalam bilik Big Boss.
Haiqal mengekor dari belakang.

Suasana sepi seketika.Masing-masing tidak bersuara. Haiqal membelek-belek dokumen-dokumen di hadapannya tanpa pedulikan Alissa. Alissa terasa seperti dipermainkan.
Lama menunggu,tapi tiada sebarang arahan pun.

Alissa akhirnya bangkit dari kerusinya. Dadanya membara api kemarahan,tetapi bila diingat bahawa api kemarahan itu ‘syaitan’..dia segera sedar dan kembali tenang.

“Boss,saya minta izin untuk keluar dulu.Boleh tak?” Alissa bersuara perlahan.
Haiqal pandang Alissa, “Duduk dulu.” Lalu meneruskan kerjanya.
“Saya tidak suka dipermainkan begini.Saya nak keluar,” Alissa hendak beredar.
“Siapa kata saya tak sukakan awak?” tiba-tiba Haiqal bersuara.
Berderau darah Alissa dibuatnya. Alissa terdiam.

Haiqal kemudian maju ke depan, “Maafkan saya,mungkin saya terlalu mengikut perasaan tempoh hari. Saya tak mahu kehilangan seorang staff yang rajin macam awak. Kalau awak tiada,siapa nak tolong bancuhkan teh untuk saya?” Haiqal mengukir senyuman.
Alissa turut tersenyum,tetapi malu-malu.

“Laila kan ada, dia P.A kan? Saya buat kebetulan ada kerja dengan Boss.Itu saja.”
“Yelah tu. Boleh kita bekerjasama semula? Nanti ayah saya marah pulak. Pasal ‘kehilangan’ tu, kita ikhtiarkan bersama ye?Maaf menuduh awak yang bukan-bukan.”

Alissa tersenyum dan berasa lega dengan perubahan Haiqal.
“Oklah,Boss. Saya pun nak minta maaf jugak sebab cuti tak bagitau. Boss sign tak?”
“Emm..Laila dah bagi kat saya permohonan cuti awak tu. Disebabkan awak datang lewat hari ni,saya denda awak.” Haiqal senyum nakal.
“Denda? Mana ada undang-undang macam tu?”

Haiqal tertawa kecil, “Petang ni,saya hantar awak pulang,ok?”
Alissa gelabah, “Tapi,Boss..saya datang dengan Saleha tadi. Nanti kecik hati pula dia. Terima kasih sajalah,ye?” cuba mencari alasan.

Tanpa banya bicara, Haiqal panggil Saleha masuk.
“Ada apa,Boss?” Saleha berdiri di samping Alissa.
“Petang ni Alissa pulang dengan saya. Awak ada apa-apa bantahan?” Tanya Haiqal.
Saleha kehairanan sambil pandang sahabatnya itu, Alissa pun tak tahu nak kata apa.
“Err…bantahan apa pulak? Arahan Boss,saya nak bantah apa.” Kata Saleha pula.
Alissa mencubitnya,”Leha!!”
“Adoii!!” Saleha mengusap-usap lengannya. “Saya tak nak dibuang kerja..hehe..” lalu keluar.

“Awak dah dengar kan?Kalau awak cuba mengelak….saya akan kenakan denda yang lebih teruk lagi.”
“Berani ke?” cabar Alissa pula.
“Emm…awak nak saya dukung ke kereta?” Haiqal berbisik perlahan.
“Oh,tidak!!” Alissa terkejut. “Saya keluar dulu.” Beredar dari situ.
“Tahu takut…hehe…” Haiqal ketawa sendirian.

****
kena tulis lagi...tunggu..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 08:27


Hmmm ... tak elok tau orang lelaki naik kereta berdua-2an dengan wanita bukan mahram .. kecuali kalau berteman , tak pun wanita tu duk kat belakang saja ..

:-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 09:36


cerita belum habis lagi.....bukan seorang,tapi berempat.....itu just suspen saja......:)

saja nak tahu apa respon pembaca...
Terima kasih atas komen.....memang tak elok berdua-duaan......

saksikan sambungannya......:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 11:44


Sebaik sahaja buka pintu,kelihatan dua sahabatnya asyik ketawa sesama mereka.
Mereka segera menarik Alissa ke bilik rehat di belakang.

“Boss cuba pikat Lissa ye….?” Usik Laila.
“Jangan cakap sembarangan tau?” Alissa cuba mengelak.
“Apa Lissa cakap tadi,tiba-tiba saja mesra. Ingat Boss nak pecat Lissa.” Kata Saleha pula.
Alissa menarik nafas panjang.
“Tak pasal-pasal kena naik kereta dia. Tak sukalah!”
“Dia Boss kita,kenalah hormati dia.” Kata Laila.
“Hormat,hormat jugak.Tapi yang ni melampau. Lissa takutlah,bila berdua…maka yang ketiga itu adalah syaitan!Takkan dia tak tahu? Paksa-paksa orang pulak.”

“Kalau dia buat apa-apa kat Lissa,jerit kuat-kuat. Nanti kami datang menolong.” Saleha ketawa mengusik.
“Pandailah dia…,” Alissa turut tersenyum.
“Laila rasa mungkin dia nak tebus balik apa yang dia dah buat kat Liss agaknya..” kata Laila pula.
“Dahlah,lupakan. Lissa risau pasal kes tu. Macam mana ni?”
“Haa…baru teringat!Dengar sini Laila nak cakap…” terus bercerita tentang segala yang diketahuinya.

Jam berputar ligat,hujan masih tak berhenti. Awan berarak mendung kelabu. Jalan raya pula dipenuhi kenderaan yang ingin menuju hala tuju masing-masing.

Mercedes Silver telah sedia menunggu.

“Apa tunggu lagi?Masuklah,” kata Haiqal.
Alissa serba salah,sahabat-sahabatnya telah pulang. Hujan bertambah lebat.
“Nak saya dukung ke?” Haiqal senyum mengusik.

Tiba-tiba cermin gelap tingkap belakang terbuka secara automatik.
“Ha,tak nak balik ke? Nanti lewat sembahyang Asar.” Tuan Haji Ilyas menjenguk muka keluar.
“Tuan Haji?!” terkejut Alissa.
Tuan haji hanya senyum, “Masuk,Alissa.”
Haiqal bukakan pintu kereta.
“Saya bukan puteri raja,lah.Tak payah susah-susah.” Alissa bersuara perlahan. Haiqal hanya tersenyum.
“Apa sok-sek, sok-sek tu…?” tegur Tuan Haji.
“Tak ada apa,” lalu masuk.
Haiqal pula cuba duduk di sebelah Alissa.
“Apa kena kau ni? Duduk depan!” kata Tuan haji.
Alissa gabra tak tentu arah.

Haiqal ketawa mengusik, “Haiqal nak test saja tadi…..hehe…” lalu duduk di depan bersama driver.
“Eeii..dia ni memang nak kena!”katanya dalam hati. Mukanya merah padam.

Sepanjang perjalanan,mereka tidak sunyi menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Hati rasa tenang dan damai. Walaupun hujan semakin lebat,tiada pula kilat sabung menyabung.
Perjalanan mereka juga bergerak lancar. Semuanya urusan Allah.

Hujan mulai berhenti,air bertakung di sana sini.

“Dah sampai,terima kasih Tuan Haji….” Alissa keluar dari Mercedes.
Haiqal turut keluar, “Tuan Haji seorang saja ke?”
“Terima kasih,Boss…..” kata Alissa dengan terpaksa.
“Ikhlas ke tidak tu?” Tanya Haiqal lagi.
“Sudahlah tu.Masuk Haiqal,nanti kau pula yang demam.” Kata Tuan Haji pula.

Haiqal senyum melirik sambil memasuki kereta.
“Kirim salam kat mak ayah. Assalamualaikum,” Tuan Haji senyum mesra.
“Waalaikummussalam….” Alissa memerhati mereka berlalu.

Kebetulan baba dan ummi ada di muka pintu.Wajah mereka ceria.
“Bertuahnya anak baba. Siapa hantar tadi?” Tanya baba sambil senyum sampai ke telinga.
“Tuan Haji,baba.” Kata Alissa lalu duduk di ruang tamu.
“Kenapa tiba-tiba dia hantar Alissa pulang? Ada apa-apa ke?” Tanya ummi pula.
“Tak ada apa-apa,lah,ummi,baba.”
“Boss kecik marah lagi ke?”
“Dia ada juga tadi. Kami dah berbaik,ummi. Lupa,Tuan Haji kirim salam. Oklah,Lissa nak solat Asar.Nanti lewat pulak.” Lalu beredar dari situ.

Baba senyum gembira, “Ummi rasa tak apa yang baba rasa?”
“Sejuk ke?Kan hujan tadi?”
“Ummi ni,ke situ pulak. Baba rasa kan..tak lama lagi..kita akan dapat menantu.” Baba gembira.
“Baba ni,belum apa-apa,dah berangan.Sudahlah,ummi nak ke dapur.”
“Ummi ni,baba belum habis cakap lagi.” Tinggal baba di situ duk berangan.

Mentari muncul kembali keesokan harinya. Satu pertemuan diadakan bersama sahabat yang tersayang. Seronok menikmati keindahan pantai. Sea-food Resort menjadi pilihan.Cerita semalam turut diberitahu.

Saleha ketawa mengusik, “Kelakar betul Boss kita tu kan? Rugi Leha tak teman Lissa semalam.Kalau tidak,boleh naik Mercedes.Hehe…” ketawa lagi.

“Lissa tetap menghormati mereka sebagai Boss kita. Tidak lebih dari itu.” Kata Alissa.
“Pelik dia tu. Kalau suka kat Lissa,bagitahu sajalah.”
“Dia milik Sabrina,Leha. Mereka sama padan,sama cantik,berpangkat,berharta..semua ada. Tapi Lissa….!” Kata-katanya terhenti di situ.

“Haa..tengok tu!Dulu Lissa juga yang nasihatkan Leha kan? Jangan pandang dari luaran saja,tengok dalaman sama. Tak begitu?”
Alissa mengangguk, “Tapi Leha lain,Lissa lain.”
“Lain?” Saleha memerhati Alissa dari dekat. “ Kenapa? Leha ada misai?Janggut?”
“Issh..ke situ pulak.” Alissa tertawa kecil.
“Lissa ada hati kat Boss kita ke?” Tanya Saleha lagi.
Alissa malu-malu,“Malulah nak cakap. Tak setaraf.”
“Jangan cakap macam tu. Mana tahu Lissa ada jodoh dengan dia.”
“Tak nak fikirlah.Lupakan saja.”

Dalam asyik bersembang,datang pula….. “kat sini awak rupanya,” Mukhlis tersenyum mesra.
Saleha malu-malu,“Dah lama sampai?kenapa tak bagi salam?”
Assalamualaikum…..” celah Haiqal dari belakang Mukhlis.
“Waalaikummussalam….” Terkejut Alissa. Mukanya tak tahu nak sorok di mana.
“Ni sahabat baik saya, Haiqal. Dah kenal kan?” kata Mukhlis.
“Err..Boss buat apa kat sini?” tegur Saleha.
“Kenapa? Tak boleh ke saya nak berehat tenangkan fikiran?kat office tu,tiada apa yang menarik pun. Nak pecah kepala,adalah.” Haiqal duduk sama.

“Saya ajak dia tadi. Tak apa,kan?”
“Tak apa,lagi bagus. Kan.Alissa?” Saleha menyigung sahabatnya itu. Alissa hanya mengangguk perlahan. Matanya tidak berani pandang Haiqal.
“Saleha bakal tunang Mukhlis rupanya…” Haiqal senyum memandang Saleha.
“Kenapa? Tak percaya?” Mukhlis pandang Saleha,Saleha toleh ke arah lain.
“Siapa pula bakal tunang cik Alissa ni? Baik cepat-cepat kawin,nanti jadi anak dara tua.” Haiqal sengaja berkata begitu.
“Jadi anak dara tua lebih baik dari dipermainkan orang.” Celah Alissa,wajahnya berubah tiba-tiba. “Leha, Lissa minta diri kejap.” Lalu beredar dari situ.
“Alamak,saya silap cakap ke?” Haiqal pandang Mukhlis.
“Kau ni tak pandai jaga hati perempuanlah.”

….Tak perlu…saya ragui...Sucinya…Cinta yang kau beri…….
(nada lagu In-Team) bergema………..

Haiqal segera menjawab, “ Assalamualaikum,oh,ayah.Apa?Ajak datang ke rumah?Baiklah,” handphone dimatikan.

“Kenapa?Ayah kau sakit ke?” Tanya Mukhlis.
“Ayah ajak awak semua ke rumah,jom.” Haiqal terlebih dahulu bangkit.
“Nantilah kejap,tunggu Alissa.” Kata Saleha pula.
“Tu pun dia,jom.” Haiqal berjalan ke Mercedesnya,diikuti Mukhlis.
“Jom,Lissa.” Saleha menarik Alissa .Alissa tercengang.
“Nak ke mana ni?” dalam kehairanan.
“Tuan Haji nak jumpa.” Terus start enjin keretanya dan berlalu.

Hidangan sudah tersedia di atas meja makan. Tapi seorangpun tidak menjamahnya,sebaliknya duduk berkumpul di ruang tamu.

“Laila sudah beritahu ayah segala-galanya tentang apa yang telah terjadi.” Tuan Haji memulakan bicara.
Masing –masing saling berpandangan.
“Tuan Haji sudah tahu?” Tanya Saleha.
“Tahu apa,ayah?” Haiqal kehairanan.
“Kau ni tak boleh harap langsung. Perkara penting pun tak tahu.Lepas tu nak salahkan orang lain.”
“Alissa tidak bersalah. En.Saiful yang curi kertas kerja tu.” Kata Saleha.
Alissa hanya diam.
“Maaf,ayah. Haiqal tidak tahu.”
“Lain kali siasat dulu.Macam mana nak jadi Boss ni?” kata Tuan Haji lagi.
Haiqal tunduk malu.

“Pada hari kejadian tu,Alissa terima satu panggilan telefon mengatakan umminya sakit.Jadi Alissa pulanglah ke rumah.Tapi umminya sihat. Bila tiba di office,kertas kerja tu dah hilang.” Jelas Saleha panjang lebar.

“Betul,Alissa?” Tanya Tuan Haji.
Alissa mengangguk perlahan.
“Kenapa tak beritahu saya?” Haiqal pandang Alissa.
“Boss tuduh saya yang bukan-bukan hari tu. Tak beri peluang langsung saya bercakap.”
Kata Alissa,matanya sekali sekala pandang Haiqal.

“Tapi,Saiful tak nampak macam orang jahat pun.” Kata Haiqal lagi.
“Haiqal,rupa paras seseorang bukan jadi ukuran. Kadang-kadang lembut gigi dari lidah,tau?” Tuan Haji berbicara lagi.
“Betul,Tuan Haji. Kita tak boleh nilai seseorang melalui paras rupa sahaja,akhlak tu kena tengok jugak.Lainlah Alissa,rupa cantik,akhlak pun baik.” Mukhlis yang dari tadi diam,turut bersuara.
“Betul-betul,” Saleha turut sokong kata-kata Mukhlis.
Merah padam muka Alissa.
“Mukhlis ni,saya pulak yang kena.” Alissa tersipu-sipu malu.
Tuan Haji tertawa kecil mendengar gurauan itu.

“Cuba tengok Sabrina,lawa orangnya kan?Tapi sayang…tudung hilang entah ke mana. Kadang-kadang ayah tengok baju yang dia pakai tu macam tak cukup kain saja.” Buka topik lain.

“Apa kaitan dia dalam kes ni?Ayah ni….” Haiqal pandang ayahnya semacam.

“Mana tahu kau ada hati kat dia. Boleh ayah tolong masuk meminang,haha…” sindir Tuan Haji,yang lain tertawa sama.
“Issh..saya dah ada pilihan saya sendiri. Ayah jangan risau, saya takkan pilih Sabrina tu.” Sesekali matanya melirik Alissa. Nasib baik Alissa tak nampak.

“Emm..kita berhenti kat mana tadi? Iklan sikit….haha…..” Tuan Haji senyum.
“Apa Tuan Haji nak buat pasal En.Saiful tu?” Tanya Saleha.
“Emm..Haiqal,ayah serahkan perkara ni pada kau. Buat yang terbaik,tunjukkan kuasa Boss kau yang sebenar. Adili perkara ni sebaik mungkin,faham?” Tuan Haji menaruh harapan pada anaknya.
Haiqal mengangguk.

“Jangan angguk saja,buat….faham?” kata Tuan Haji lagi.
“Ok,Boss!” Haiqal tabik hormat. Yang lain ketawa melihat telatahnya itu.
“Jemputlah makan,semua. Dah sejuk nasi ni.” Kata Puan Aisyah sambil tersenyum.
“Ye,ye..silakan. Buat macam rumah sendiri. Sila Mukhlis,Alissa,Saleha..” kata Tuan Haji lagi

Mereka duduk menghadap meja makan.
“Haiqal,baca doa makan. Kalau tak reti,cakap tak reti..” Tuan Haji menyakat anaknya.
Haiqal baca doa makan, “Ayah ni,buat Haiqal malu saja.Mana Nur Hidayah?”
“Dia kat bilik,demam.” Kata Puan Aisyah.
“Dah makan ubat?”
“Sudah,semalam bukan main seronok main hujan.” Sambungnya lagi.
“Kenapa mak tak larang?” Haiqal ambil berat pasal adiknya itu.
“Degil,nak buat macam mana?”
“Sudahlah tu. Depan rezeki jangan duk sembang-sembang….makan.” kata Tuan haji pula.
“Aik? Sikitnya nasi,diet ke?Awak tu dahlah kurus,makanlah banyak sikit.” Haiqal masih sempat menyakat Alissa.
“Haiqal….!” Tuan haji menjelingnya.
“Maaf,maaf..hehe..” Haiqal senyap.


****

maaf ye... tak habis lagi....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

iefa
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2005
Ahli No: 17742
Posting: 10
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 13:26


tak sabar dah nak tunggu sambungannya ni.suspens betul.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For iefaProfil   Hantar PM kepada iefa   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 16:21


Selesai makan,dua anak dara bantu Puan Aisyah di dapur pula. Masing-masing saling bermesra dan mengenali hati budi. Kemudian berehat seketika di ruang tamu.

“Hai…!!Ramainya orang,ada apa ni?” Sabrina muncul di muka pintu. Tetamu tak diundang mengganggu ketenteraman.
“Sabrina,masuklah.” Puan Aisyah menjemputnya masuk.
“Mak ni,tak payahlah jemput masuk.” Haiqal berbisik perlahan.
“Tak baik,tetamu mesti dihormati.” Puan Aisyah senyum.
“Kami pulang dulu,ye? Terima kasih,Tuan haji,Puan…” Saleha dan Alissa bersalaman dengan Puan Aisyah.

“Kau ni tak salam ke dengan staff Uncle tu?” Tuan Haji tegur Sabrina yang tidak menghiraukan langsung tetamu lain di situ.
“Kalau tetamu tu,buatlah cara tetamu….” Haiqal pula menyindir.
Telinga terasa bahang panas seketika, Sabrina kemudian bersalam dengan mereka.

“Macam tulah…” Haiqal tertawa kecil. “Ayah,mak,Haiqal nak hantar Mukhlis ni.Pergi dulu,ye?” Haiqal meninggalkan tetamu tak diundang di situ.
“Haiqal,I nak ikut sama….!” Laung Sabrina dari dalam rumah.
Haiqal tidak pedulikannya,dia dan yang lain beredar.

Tinggal Sabrina bersedih di situ. Tuan Haji tersenyum melihat telatah Sabrina.
“Uncle,Untie,Kenapa Haiqal tak layan Sabrina?”
“Dia kan sibuk? Sabrina tak kerja ke?” kata Puan Aisyah.
“Mama suruh duduk kat rumah dulu.”
“Eh,rugi tau tak kerja? Sabrina kena gunakan ilmu yang dipelajari tu.Kalau tidak,buat apa study jauh-jauh.” Kata Tuan Haji pula.
“Sabrina rasa nak kawin dulu,lah,Uncle…hehe…” tersengeh-sengeh.
“Gatal sungguh budak ni!” kata Tuan Haji dalam hati.
“Mak cik nak tanya sikit.” Kata Puan Aisyah.
“Apa dia,Untie?Kalau pasal Haiqal..Sabrina setuju,hehe…” Sabrina ketawa lagi.
“Uncle minta diri dulu,lah.Penat.” Tuan Haji beredar dari situ.
“Untie nak masuk meminang Sabrina ke?” tanyanya tak sabar-sabar.
Puan Aisyah tersenyum, “Mak cik anggap Sabrina macam anak mak cik sendiri.”

Sabrina muram tiba-tiba.

“Jangan moyok macam tu,tak elok.” Kata Puan Aisyah lagi.
“Apa kurang Sabrina ni?” dalam nada sedih.
“Sabrina tak kurang apa-apa. Sabrina sama macam orang lain.”
“Tapi,Kenapa Haiqal tak layan Sabrina dengan baik? Sabrina sedih tau?”
“Ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mak cik rasa,Sabrina faham.” Kata Puan Aisyah lagi.
“Sabrina tak faham,Untie.” Katanya dalam kebingungan.
“Seorang gadis akan dipandang mulia sekiranya dia menurut syarit-syariat Islam.
Dia pandai menjaga diri,akhlaknya pula mencerminkan keindahan peribadi.”

Sabrina mendengar satu persatu, “Maksud Untie,Sabrina bukan gadis Islam lagi?”
Puan Aisyah tersenyum, “Bukan begitu. Cuba ingat kembali diri Sabrina sebelum ke U.ok. Sabrina nampak ayu dan sopan bila bertudung serta berbaju kurung. Ingat tak?Masa tu mama dan papa Sabrina menatang Sabrina bagai minyak yang penuh. Mereka mengharapkan Sabrina akan kekal menjadi muslimah sejati. Tapi,harapan mereka hancur melihat perubahan Sabrina setelah balik dari U.ok.”

“Tapi,mereka tak tegur pun.”
“Betul. Tapi Sabrina kena fikir,Sabrina dah dewasa. Dosa dan pahala terletak atas kepala Sabrina sendiri. Jangan heret mereka ke lubang neraka di belakang hari.”
“Hah?!Tak nak,tak nak!!” jiwanya tersentuh dengan kata-kata itu.

Bergenang air matanya, “Sabrina malu,Untie,malu!Isk,isk…” tanpa segan silu,dia menangis di hadapan Puan Aisyah.
Puan Aisyah tenang memujuknya, “Masih belum terlambat untuk bertaubat,Sabrina.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”

Suasana syahdu seketika.

“Sabrina telah lupa diri bila bergaul dengan bangsa barat. Astaghfirullaahal aziiim…..!!”
rasa penyesalannya membara di jiwa.

Puan Aisyah masih di situ, “Maafkan mak cik kerana beri teguran seperti itu. Ia untuk kebaikan Sabrina juga.”
Sabrina mengesat air matanya, “Tak apa. Terima kasih,Untie.Sekarang baru Sabrina sedar. Sabrina akan betulkan semula kesilapan Sabrina. Sabrina mahu jadi anak yang baik.” Katanya lagi.
“Alhamdulillah,baguslah.” Puan Aisyah turut gembira.
“Sabrina minta diri dulu,” bersalaman dengannya.
“Mak cik harap Sabrina tak segan silu untuk datang ke sini lagi,ye?”
“Insya-Allah,Sabrina akan datang lagi. Assalamualaikum,” senyum mesra.
“Waalaikummussalam….” Puan Aisyah kemudian menutup pintu.

“Pandai isteri abang ‘basuh’ budak tu tadi,” tiba-tiba Tuan Haji menjengah ke ruang tamu.
“Terkejut saya! Ingatkan duk atas,” senyum simpul.
“Tak sia-sia abang kahwin dengan ‘ustazah’ ni ye?” Tuan Haji mengusik isterinya lagi.
“Ala,abang ni..saya hanya nak bantu dia.Itu saja.”
“Lepas ni bolehlah bantu abang ‘tambah’ satu lagi ye?”
“Boleh sangat-sangat,bang….!” Masing-masing saling bergurau senda.

Pada suatu saat yang ditentukan,satu misi bermula.
Hembusan dingin angin malam menusuk-nusuk kulit tubuh. Tapi ditahan juga untuk menjayakan misi penting.

PAPP!!! Tamparan demi tamparan memecah kesunyian malam.
“Adoii!!” jerit Saleha dalam gelap.
“Sorry…tak sengaja,hehe…” Laila sengeh memanjang.
“Kasut apa Laila pakai ni?” Saleha menilik-nilik kakinya yang kena pijak.
“Sorry,lah..sakit ke?”
“It’s ok.Ssyhh….!!Kita dalam misi ni,” terus berjalan berjengket-jengket.

Dari sudut lain pula, “Betul Bapak nampak Saiful balik lewat malam?” Tanya Haiqal.
“Betul,Boss. Bapak tak berani tegur,nanti kena marah.” Kata Pak Rahman,perlahan.
“Sekarang dah jam satu pagi,tak nampak pun dia.” Kata Mukhlis pula.
“Buat apa kita tunggu kat parking ni? Naik atas,lah…” Kata Pak Rahman.
“Ye tak ye juga.Takkan nak biarkan anak gadis duk kat atas?Kalau terjadi apa-apa kan susah.” Kata Haiqal pula.
“Jom,jom lekas!” Mukhlis bimbang keselamatan mereka.

Dalam samara-samar cahaya lampu,kelihatan kelibat manusia sedang menyelongkar laci meja Alissa. Kertas habis berterabur. Entah apa yang dicari.

“Awak cari apa tu?” tegur Alissa dari belakang.
Terperanjat Saiful,suis lampu dibuka. Saleha dan Laila turut berdiri di situ.
“Awak yang curi kertas kerja tu kan?” kata Laila.
Saiful gelabah,matanya meliar ke sana sini mencari jalan melarikan diri.
“Kenapa awak sanggup buat begini?Apa salah saya?” kata Alissa pula.
Saiful masih tidak berkata apa-apa.
“Mana kertas kerja tu?” celah Saleha pula.
Tiba-tiba Saiful capai satu folder kecil, tangan kirinya memegang lighter.
“Kalau dekat,saya bakar semua ni!!” katanya kasar.

Masing-masing berdebar.

“Apa manfaatnya awak buat begini? Cuba beritahu saya.” Alissa cuba memujuk.
“Semua orang sukakan awak,saya cemburu tau tak?Padahal pangkat awak rendah!Boss pula selalu puji awak. Saya diketepikan!!” Saiful marah-marah.

“Jadi,awak marah kat sayalah ni?Jangan ikutkan perasaan,tak baik. Allah tak suruh kita berdendam sesama manusia. Awak tak takut hukum Allah,ye?” Alissa cuba memujuknya lagi.
“Lissa,jangan dekat,bahaya!” kata Saleha.

Alissa cuba mendekatinya, “En.Saiful,selama saya di sini,saya hormati awak. Dulu awak juga yang beri tunjuk ajar kan? Kenapa tiba-tiba En.Saiful boleh anggap saya musuh pula? Saya anggap En.Saiful macam abang saya sendiri.”

Saiful terdiam seketika mendengar kata-kata Alissa.

“Saiful!!” tiba-tiba datang Haiqal. “Apa awak sedang buat tu? Awak nak bakar office kita ke? Awak tak sayang isteri dan anak?”

“Boss tak terlibat dalam kes ni.Saya yang dia nak. Biar saya mati dengan En.Saiful.
Baru adil,kan?” Alissa sudah berada di depan Saiful.Api masih dinyalakan.
Haiqal dan yang lain gelisah.

“Call polis,Bapak..” bisik Mukhlis perlahan.
Pak Rahman beredar perlahan-lahan.
“Alissa,jangan dekat!” Haiqal resah gelisah.
Alissa pandang Haiqal dengan sayu, “Nyawa saya tak penting,office Boss ni yang penting.”

“Alissa….” Saleha dan Laila saling berpelukan.
“Sabar,Leha…….” Pujuk Mukhlis.
“Tak guna office ni kalau awak tiada,Alissa.” Kata Haiqal dengan nada sedih.
“Aik?!” Saleha dan Laila saling berpandangan.
“Apa kena Boss tu?” Saleha kehairanan.
“Kita tengah tonton filem Hindustan ke?” Laila mengesat air mata.
“Kita tengok apa kan jadi lepas ni,” Mukhlis sabar menanti.

“En.Saiful,kertas kerja tu untuk kemajuan office kita. Kalau awak musnahkan semuanya,macam mana isteri dan anak awak nak hidup?Awak suka kalau mereka jadi peminta sedeqah di jalanan?Kalau zaman Nabi kita tak apalah, peminta sedeqah Yahudi pun baginda sanggup bagi makan tiap-tiap hari. Sekarang lain,tak sama. Lupakanlah niat awak tu,bertaubatlah sebelum terlambat.” Sempat lagi bagi tazkirah.

“Tak sangka Lissa terror bagi tazkirah,ye?” bisik Laila.
“Power tu…Leha buat silap sikit,berjela tazkirah dia.” Kata Saleha sambil tertawa kecil.
“Iyer..?” Laila senyum.

“Apa awak nak sebenarnya,Saiful?Awak nak saya naikkan gaji?Baiklah,saya akan tunaikan. Tapi janganlah awak musnahkan office tempat awak cari makan ni. Awak sepatutnya bersyukur dapat bekerja di sini. Apa..awak mahu masuk penjara?” kata Haiqal.

Saiful kembali emosi, “Awak Boss,sedap hati awaklah nak buat apa!”
“Begini…kalau awak setuju,biar saya berhenti kerja. Awak tak perlu berdendam dengan sesiapa lagi. Saya rayu pada awak, En.saiful..tolonglah letak lighter tu.Bahaya!!” Alissa tidak tahu nak apa lagi.

Haiqal makin mendekati, “Saiful,perkara ni boleh bawa berbincang. Letak lighter tu.”
Lighter makin panas, akhirnya…… “Auww!!” lighter terlepas dari tangan.
Haiqal dan Mukhlis terus mendapatkan Saiful.
Alissa pula tiba-tiba pengsan.
“Alissa!!” Saleha dan Laila mendapatkannya.

*********************

alamak,tak sempat tulis,esok,lusa cuti...sambung lain kali....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 23:48


alamak..sambung...sabar sajalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 11:48


Watak Zaki tu tak nak keluarkan balik ke ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 11:49


Watak Zaki tu tak dikeluarkan balik ke ??

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 16:55


lama ke nak tunggu sambungan nya :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 26-12-05 01:11


Pada 23-12-05 11:49 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Watak Zaki tu tak dikeluarkan balik ke ??



erm...taknak lah transmission....lelaki yang suka buruk sangka baik dipupus kan saja watak nya dari cerita ni...:lol: gurau saja...jangan marah no...nanti kena jual...hehe

ps: tak elok burok sangka macam zaki tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-05 10:14


Assalamualaikum..maaf ye..
cuti panjang
nanti sambung

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 14:43


“Nak angkat macam mana ni?Tak ada kudratlah.” Kata Saleha.
“Emm..Boss,tolong boleh?” Laila pandang Haiqal.
“Tu pun polis datang,kenapa lambat?” Haiqal serahkan Saiful kepada anggita polis yang baru tiba.
“Tolong datang ke balai untuk buat laporan,” kata polis berkenaan.
“Baik,encik.Terima kasih,encik.” Haiqal menarik nafas panjang.

“Ni..kenapa tidur kat lantai ni?” Pak Rahman pandang Alissa yang nampak macam orang tidur.
“Bapak tolong angkat,dia pengsan. Diaorang tak ada kudrat.” Kata Haiqal.
“Tulang Bapak dah reput ni,mana ada kudrat?Bosslah…” kata Pak Rahman pula.
Haiqal serba salah, dia hampiri Alissa yang berada di pangkuan Saleha dan Laila.

“Err..minta maaf ye,saya terpaksa…” belum sempat buat apa-apa, Alissa tersedar.
Haiqal segera jauhkan diri.
“Lissa dah sedar? Lissa pengsan tadi,nyaris-nyaris Boss kita nak angkat,hehe…” Saleha ketawa mengusik.
Alissa cepat-cepat bangun,malu.
Haiqal dan Mukhlis saling tersenyum.
“Semua dah selesai.Kita semua kena pergi report kat balai,jom.”

Masing-masing senang hati bila segalanya telah selesai.

Hari yang dinantikan telah tiba. Haiqal telah menghadiri satu persidangan untuk membentangkan kertas kerjanya. Hasilnya amat membanggakan.

Sementara itu, satu majlis sedang berlangsung di kediaman Saleha.
Keluarga terdekat hadir sama memeriahkannya,tidak ketinggalan sahabat-handai.

“Tahniah,Leha!” Alissa mencium pipi sahabatnya itu.
“rasa nak menangislah pulak,isk,isk…” Saleha memeluk Alissa.
“Ini kan hari gembira Leha,tak elok menangis,tau?” Alissa turut rasa terharu.
“Tak sangka Leha dah kahwin hari ni. Ingatkan nak bertunang dulu,rupa-rupanya Mukhlis hantar rombongan meminang terus.” Katanya lagi.

“Dah jodoh Leha,kan?Perkara baik tak elok ditangguh-tangguh. Bertuah Leha dapat Mukhlis. Cuba tengok dalam cermin, apa beza Leha dengan Mukhlis tu?” Saleha dihadap ke hadapan cermin besar.
“Mukhlis handsome..Leha ge….!” Belum habis berkata-kata, Alissa terus cubitnya.. “Adoii! Kenapa Lissa cubit ni?” mengusap-usap lengannya.

“Kan dah kata dulu,rupa tak penting.Hati budi dan pegangan agamanya tu…” Alissa tersenyum. “Sakit ke? Bila lagi nak cubit Leha? Lepas ni tak boleh dah….” Katanya lagi.

“Hai!! Mana pengantin lelakinya?” Laila menjengah masuk.
“Baru pukul berapa ni? Kejap lagi sampailah tu…” Alissa menilik jam tangannya.
“Mana Boss kecik kita ,ha? Tuan Haji dan isterinya ada kat luar tu.” Kata Laila.
“Kan dia ada pembentangan hari ni?” Alissa mengingatkan Laila.
“Oh…terlupa saya!Macam mana kes Saiful tu?” Tanya Laila lagi.
“Lissa kasihan kat dia sebenarnya. Dia bukannya jahat.” Alissa simpati.
“Orang macam tu Lissa masih nak kasihan? Dia hampir-hampir nak bakar office kita, tau?” kata Laila.
“Tapi,kesianlah kat anak isteri dia. Entah macam mana keadaan mereka sekarang.” Alissa merenung jauh.
“Lissa dah lupa ke apa dia dah buat pada Lissa?” Tanya Laila,tidak puas hati.
“Siapa tak rasa tersinggung,Laila. Tapi…memaafkan itu lebih utama kan? Sedangkan Nabi ampunkan umat.” Kata Alissa dengan tenang.
“Kan dah kena tu….” Saleha tertawa kecil.
Laila tersipu malu, “Yelah,yelah.”

“Tak nak bagi tazkirah terakhir ke pada Saleha ni?” Laila menjeling nakal,Saleha tersenyum.
“Emm..Mukhlis,lah yang bimbing Leha nanti,ye?Lissa apa yang ada…,” merendah diri.
“Lissa ni suka sangat merendah diri,” kata Laila lagi.
“Tak adalah,biasa saja.”

Kedengaran riuh-rendah di luar rumah. Nampaknya pengantin lelaki dah sampai.
Semua hadirin bertumpu padanya. Namun segera dibawa ke bilik pengantin perempuan.

“Tahniah!!” serentak sahabat-sahabat di situ mengucapkan.
“Terima kasih,semua.” Kata Mukhlis.
“Eh,tak bersanding ke?” Tanya Laila.
“Malam nanti,untuk keluarga terdekat saja. Seganlah,Laila.” Kata Saleha malu-malu.
“Laila tak boleh datanglah?”
“Ishh,Laila ni! Sahabat Leha kena datang tau?Lissa pun,jangan lupa datang.”
“Insya-Allah. Ha,nak ambil gambar ni. Posinglah sikit.” Alissa bersedia dengan kameranya.

Mukhlis dan Saleha masih terpinga-pinga di situ.
“Alahai,susahnya mempelai dua orang ni. Macam ni…” Laila tolong betulkan gaya mereka. Masing-masing tersipu malu.
“Sedia…1…2…3!”
KLIK! KLIK!

Saudara-mara juga tidak ketinggalan bergambar sama. Kemudian kedua mempelai keluar melayan tetamu yang menjamu selera. Mereka turut makan bersama berserta keluarga masing-masing.

Malam masih meriah dengan majlis dua mempelai. Tak putus-putus ucapan tahniah yang diterima mereka.

“Lepas ni,jangan lupa pulak tanggungjawab kat office,ye….” Tuan Haji berseloroh.
“Insya-Allah,Tuan Haji. Amanah mana boleh diabaikan,” kata Saleha senyum mesra.
“Mukhlis,kau pujuklah Haiqal tu. Takkan nak membujang sampai ke tua? Kerja sampai bila pun tak habis.” Kata Tuan Haji lagi.
Mukhlis tersenyum, “Entahlah,Tuan Haji. Entah siapa yang dia tunggu.”
“Kami minta diri dulu,lah.” Tuan Haji bersalaman dengan Mukhlis.
“Terima kasih,Tuan Haji,Puan…” Saleha bersalaman dengan Puan Aisyah.
“Jaga diri baik-baik,ye.” Puan Aisyah senyum mesra.
“Bapak pun minta diri dululah,ye?” Pak Rahman turut bersalaman dengan Mukhlis.
Mereka beredar pulang.

“Mana Alissa ni? Tak nampak pun.” Saleha gelisah.
“Nanti datanglah tu.Laila kan ada…” kata Mukhlis pula.
“Leha,Mukhlis,orang panggil nak bergambar tu.” Laila datang beritahu.
“Jom,masuk dulu.” Mukhlis menarik mesra Saleha.
Dalam terpaksa, Saleha melangkah masuk .Tapi kepalanya masih sempat berpaling ke belakang mencari sahabatnya itu.

TIba-tiba Saleha berpatah balik ke luar rumah, “Lissa!Ingatkan tak datang.”
Ditariknya Alissa masuk bersama,Mukhlis hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu.

“Kuat sungguh ikatan dua orang ni.” Kata Mukhlis.
“Mestilah.Sahabat baik Leha,kan?Jom,bergambar bersama. Ummi dan lain-lain tu jomlah.” Saleha gembira.
“Anak kita ni bila pulak nak kahwin agaknya?” bisik baba Alissa.
“Serahkan saja kepada Yang Maha Esa.” Ummi hanya tersenyum,sambil memimpin Ain dan Aiman.

Dalam seronok bergambar itu,muncul tetamu yang mengejutkan semua hadirin.
“Eh,itu kan Saiful?” Laila hairan.
Tetamu yang hadir semakin berkurangan.
“Apa dia buat di sini? Anak dan isterinya pun ada sama. Eh,abang jemput diaorang ke?” Tanya Saleha.
“Tak adalah. Abang tak tahu.” Kata Mukhlis.

Di sebalik celahan ramai,muncul Haiqal berbaju batik bercorak warna warni bunga-bunga pink bercampur purple. Haiqal senyum mesra sambil mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai.

“Kenapa kamu semua ni?Pelik semacam saja?Macam orang nampak hantu.” Katanya.
“Bukankah Saiful berada dalam penjara?” Tanya Laila.
Haiqal senyum, “Betul. Sekarang dia dah bebas. Saya yang keluarkan dia dari penjara.”
“Tapi,Kenapa?” Tanya Saleha pula.
“Segalanya telah selesai. Saiful akan bekerja semula di office kita tu.”
Kenyataannya itu mengejutkan semua orang.

“Alissa,saya minta maaf atas apa yang terjadi. Saya menyesal kerana bersikap buruk begitu. Saya telah bertaubat dan janji tak akan buat lagi.” Saiful tampil ke hadapan.

Alissa senyum, “Alhamdulillah,saya bersyukur awak dah sedar.Lagipun saya dah lama maafkan awak. Saya gembira awak akan bekerja semula di office kita.”
Yang lain hanya tercengang.

“Lissa ok ke tak ni?” Saleha berbisik.
“Entah,” Laila menggelengkan kepalanya.
“Tak pernah saya jumpa orang semulia awak.” Saiful sungguh terharu.
“Eh,jangan kata begitu. Saya dah anggap awak macam abang saya sendiri. Saya tak semulia Rasulullah tau?” katanya lagi.
“Lissa ni suka sangat merendah diri,” kata Laila pula.
“Terima kasih,ye,dik?” isteri Saiful,Farhana segera memeluknya erat.
Terkejut Alissa.

“Dahlah tu.Kak…apa nama ye?” Saleha turut senyum.
“Farhana,ni anak kami,Anis.” Katanya lembut.
“Comelnya,berapa tahun ni?” Laila membelai mesra Anis.
“Lima tahun,” katanya.
“Pandai!Jom,kita bergambar bersama ye?” Saleha menarik Anis dan yang lain-lain.
“Salam ukhuwwah,bang.” Mukhlis memeluk Saiful.
“Terima kasih,” terharu dengan layanan yang diberi.

Haiqal tersenyum memerhati gelagat mereka semua. Alissa bermesra di sana, Haiqal asyik memerhatinya.

“Kau pandang isteri saya ke…..Alissa?” Mukhlis mengejutkan Haiqal.
Haiqal tersenyum, “Kau ni…mana ada?”
“Kalau berkenan,bagitau saja.”
“Banyak lagi tanggungjawab saya kena pikul. Biarlah dulu.”
“Jom ke sana,” Mukhlis meletakkan tangan pada bahu Haiqal.
    
“Aik?Kamu berdua ni pakat ek?Baju sedondon saja…hehe..” Laila mengusik Alissa yang sama baju dengan Haiqal.
Masing-masing tersipu-sipu malu.
“Kami tak janji,ok?” kata Haiqal.
“Laila ni,ada-ada sajalah. Boss kita tu tau? Hormat sikit. Maaf,lah Boss.” Alissa senyum.
“It’s ok. Cepatlah ambil gambar.”
Sepupu Mukhlis tolong ambilkan gambar mereka semua.

Mereka sungguh gembira pada malam itu.

**********

ada lagi...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

nur_amal04
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.12.2004
Ahli No: 12712
Posting: 30
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 10:26


bila nak sambung,dah tak sabar nak baca

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_amal04Profil   Hantar PM kepada nur_amal04   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 11:36


Perubahan demi perubahan terjadi. Apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar. Demikian juga perubahan pada diri insan.

“Eh,betul ke apa mama nampak ni?” Datin Samsiah menggosok-gosok matanya memerhati anaknya dari atas ke bawah.
“Sabrina minta maaf,mama.” Mencium tangan mamanya. “Selama ini Sabrina telah menconteng arang ke muka mama dan papa.”katanya lembut.
“Alhamdulillah,mama gembira kau dah sedar. Tapi apa yang menyebabkan kau berubah?”
“Ada seorang hamba Allah tu,mama. Dia,lah yang menyedarkan Sabrina.”

“Kan cantik berbaju kurung begini. Emm..Haiqal macam mana?”
Sabrina senyum, “Mama,Haiqal telah ada pilihannya sendiri. Biarlah,Sabrina lebih suka menganggapnya seperti abang.”
“Tapi….!” Datin Samsiah tidak puas hati.
“Mama,kekayaan dan kemewahan tak penting. Ia tak dapat dibawa ke dalam kubur. Biarlah kita hidup bersyukur dengan seadanya. Mama mahu lihat anak mama bahagia,kan?” Sabrina merenung lembut wajah mamanya.

Datin Samsiah akhirnya tersenyum, “Baiklah,mama faham. Syukur mama masih mempunyai seorang anak yang solehah.” Lalu memeluknya erat.

“Mesranya dua beranak ni,” celah Dato’ Khalid.
“Abang dari mana ni?Baru pukul sepuluh.” Kata Datin Samsiah.
“Emm…saja pulang awal. Tak boleh ke?” duduk di samping isterinya.
“Eh,baru papa perasan.” Menilik anak perempuannya. “Betul ke Sabrina anak Dato’ Khalid ni?”
Sabrina tersipu malu, “Betullah,papa. Anak papa,lah ni.Kenapa? Tak suka ke?”
“Suka,suka!” Dato’ Khalid senyum. “Boyfriend mana yang didik anak papa ni?”
“Bukan boyfriend,lah,papa..Sabrina sedar apa yang Sabrina buat dulu salah.”
“Tahu pun. Haa…cuba tengok ni.Papa dah confirm!” hulurkan sekeping gambar.

Berdebar dada Sabrina dibuatnya.
“Siapa ni,papa?” Sabrina menilik gambar seorang lelaki.
“Bakal suami Sabrina,lah. Eh, takkan dah lupa? Sepupu Sabrina masa kecik-kecik dulu.Ingat tak,masa Sabrina jatuh basikal,dialah yang tolong angkat.Dah lupa?” kata Dato’ Khalid panjang lebar.
Sabrina termenung seketika, “Oh..dia ke?Tak camlah. handsome jugak.Takkan dia belum kahwin lagi?Mustahil.”
“Papa sendiri jumpa family dia tadi. Petang nanti,mereka nak datang.”
“Buat apa?” Sabrina tak suka.
“Jangan cakap banyak,petang nanti bersiap. Mama,suruh orang gaji masak sedap-sedap.”
“Baiklah.” Datin Samsiah mengikut sahaja.

Apa yang bakal berlaku?Yang pasti kewujudan seorang insan ini akan mengeruhkan suasana. Hubungan mula terjalin dengan pertemuan bersama keluarga. Kenangan zaman lalu mengeratkan semula hubungan yang terputus.

Urusan pejabat berjalan seperti biasa. Tiada lagi hasad dengki antara mereka.
Kerjasama sesama mereka menunjukkan komitmen yang baik untuk memajukan pejabat pada masa akan datang.

“Sunyinya office kita sekarang ni,” kata Laila.
“Yelah,sejak Saleha pergi honeymoon.” Kata Alissa pula.
“Kalau macam tu,Laila pun nak cari calon juga,lah.” Laila berseloroh.
“Haa…kalau tak confirm,jangan cari sembarangan,tau?Nanti bikin susah.”
“Tahulah mana Laila nak cari nanti,hehe….” Matanya melirik ke bilik Big Boss.
“kenapa mata asyik pandang ke sana tu?” Alissa pelik dengan kelakuan Laila.
“Emm…dah jumpa.Jom,masuk bilik Boss.” Menarik Alissa ke dalam bilik Boss.
“Eh,eh!Apa tarik-tarik ni?” Alissa terpaksa mengikutnya masuk.

Kelihatan Haiqal asyik menghadap skrin komputernya. Haiqal terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

“Boss….” Kata Laila teragak-agak.
“Ye,ada apa?” Haiqal menunggu kata-kata Laila. Alissa berada di belakang Laila.
“Err…Alissa,Boss.” Katanya ringkas.
“Kenapa dengan Alissa?” tanyanya lagi.
Alissa tak terkata,dia diam sahaja.
“Boss tak nak ucap terima kasih ke? Alissa yang bantu selamatkan office kita ni.”
“Itu saja?Laila ni….” Alissa berbisik, dia ingin keluar. Tapi Laila memegangnya.
“Maaf,Boss. Saya tak ingin dibalas apa-apa pun. Laila ni yang memandai.” Alissa tunduk sahaja.

Haiqal tersenyum, “Betul juga kata Laila tu. Saya terlupa nak ucap terima kasih.”
“Saya buat begitu untuk Boss dan office ni jugak.Saya ikhlas,Boss.” Kata Alissa perlahan.
“Emm…saya tahu.”

Belum sempat berbual panjang,masuk pula dua tetamu.
Assalamualaikum,Haiqal.” Sabrina senyum mesra.
Semua yang ada di situ menjawab salam.
“Sabrina? What happened? You looked beautiful!” Haiqal terkejut dengan perubahannya.
“Ibu awak yang buat saya berubah.Saya dah sedar sekarang.” Katanya lembut.
“Tujuan awak datang ni….” Matanya melirik ke arah seorang lelaki di sebelah Sabrina.
“Oh,ya!Ini Zaki,tunang saya.” Sabrina perkenalkan kepada semua.

“Apa khabar?” bersalaman dengan Haiqal.
“Haiqal ni dah macam abang sendiri,tau? Jangan jealous pulak.” Kata Sabrina.
“Tak sangka Sabrina berubah begitu sekali. Bila nak kahwin?” Tanya Haiqal.
Alissa mula berdebar, Zaki menjeling padanya.
“Apa khabar,Cik Alissa?Lama tak nampak,” sapanya perlahan.
“Eh,awak kenal ke?” Sabrina hairan,begitu juga Haiqal dan Laila.
“Kenal,tapi tak sempat rapat,” katanya sambil ketawa kecil.
Haiqal pandang semacam.

“Ha,Haiqal bila pulak nak bawa Alissa datang ke rumah?” tiba-tiba Sabrina ajukan soalan cepu emas. Terkejut Alissa.
“Eh,kami tak ada apa-apa,lah. Dia Boss saya.” Alissa cepat-cepat mencelah.
“Orang macam ni nak dijadikan pasangan?” Zaki mencebik.
“Apa awak cakap ni?” Haiqal hairan.
Alissa mula rasa tak sedap hati.
“Apa yang awak merepek ni?” Laila tidak suka cara percakapan Zaki.

“Dulu,nasib baik saya tak pinang dia. Nampak saja baik,tapi tak malu berdua-duaan dengan lelaki. Saya sendiri tengok tau? Betul tak Cik Alissa?” Zaki cuba meracuni fikiran semua orang.
Alissa makin tersepit. Di saat dilanda masalah,sahabat baiknya selalu tiada di sisi.

“Alissa bukan jenis begitu,awak sengaja nak burukkan nama dia,kan?” Laila geram.
“Terpulang,saya hanya beritahu pada awak,Haiqal. Jangan pandang kecantikan saja.
Perempuan macam ni,awal-awal saya dah reject!” sungguh berbisa kata-katanya.
“Cukup,Zaki,cukup!!” Alissa tidak dapat menahan sabarnya. “Kesabaran ada tahapnya juga,tau?” Alissa pandang tepat Zaki.Wajahnya merah padam.

“Eh,saya ingatkan Haiqal dan Alissa…!” Sabrina tak terkata.
“Siapa kata saya nak kahwin dengan Alissa?” Haiqal tiba-tiba bersuara.
“Baguslah begitu,” Zaki senyum puas hati.
“Astaghfirullahalaziiim…!” Alissa menarik nafas panjang. “Baguslah Boss kata begitu. Saya sedar diri saya siapa.” Air matanya mula menitis.
“Lissa….” Laila turut rasa sebak.

“Hari tu saya dah janji bila En.saiful bekerja semula,saya akan berhenti. So,sekarang jugak saya letak jawatan. Terima kasih atas segalanya.” Alissa melangkah keluar,diikuti Laila.

“Apa yang berlaku ni? Zaki,Kenapa awak buat begitu?” Sabrina masih tidak faham.
“Perempuan macam tu tak layak dengan sesiapapun.” Katanya lagi.
“Saya tak faham,tak faham!Kenapalah saya boleh terima awak?Menyesal!!” Sabrina berlari keluar.
“Sabrina,tunggu!!” Zaki pula mengejarnya dari belakang.

Tinggal Haiqal terkebil-kebil di situ. Fikirannya kini berserabut.
Tidak lama kemudian,Alissa masuk lalu meletakkan surat letak jawatan di mejanya.
Haiqal diam membisu.

Dengan hati sedih dan pilu,Alissa mengemas barang-barangnya lalu melangkah keluar dari office itu.

Bertembung dengan Pak Rahman, “Eh,mahu ke mana ni?”
“Balik,” jawabnya ringkas. Wajahnya tiada lagi kegembiraan.
“Masih awal lagi.” Pak Rahman menilik jam tangannya.
“Lissa pergi dulu,ye…isk..isk…” Alissa tidak dapat menahan air matanya. Alissa berlalu pergi.

Tak jauh dari situ,kelihatan Laila berlari-lari mencari Alissa.
“Ada nampak Alissa?”
“Tadi,baru pergi. Kenapa?” Pak Rahman hairan.
“Dia tertinggal ni…” Laila memegang bungkusan hadiah kecil.
“Apa dah jadi,Laila?”
“Alissa dah letak jawatan,Bapak.” Laila berlalu dari situ.

Kembali ke tingkat atas,bungkusan hadiah kecil diletak di atas meja. Termenung.

Datang pula Saiful, “Betul ke apa saya dengar?Alissa letak jawatan? Tapi Kenapa?”
Laila pandang Saiful, “En.Saiful…Alissa buat begitu untuk kebaikan awak. Dia dah janji kan...kalau awak bekerja semula di sini,dia akan berhenti.”
“Oh,tidak! Saya tidak benarkan dia buat begitu.”
“Ia muktamad!Boss pun tak larang,” kata Laila lagi.
“Biar saya jumpa Boss,” kata Saiful.
Belum sempat masuk ke bilik Boss, Haiqal terlebih dahulu keluar.

“Boss,Kenapa tak halang Alissa?Dia tak ada kena mengena dengan peristiwa hari tu.”
“Awak pun tiada kena mengena dengan keputusan dia. Itu hak dia,apa hak awak nak masuk campur pulak?” wajah Haiqal tidak ceria.
“Sebab dia yang selamatkan saya.”
“Ooo..dia selamatkan awak?Kalau macam tu,biar saya sumbat awak dalam penjara semula!” Katanya dengan nada serius.
“Boss dah gila ke?” celah Laila tiba-tiba, “Opss,sorry,Boss,” Laila terlanjur kata.

Haiqal senyum selamba, “Kalau tiada apa-apa,saya keluar dulu.”
Haiqal beredar dari situ.
“Teruklah Boss kita ni!!” Laila tidak puas hati.
“Kenapa tiba-tiba dia berubah?Pelik.” Saiful hairan.
“Ini semua sebab tunang Sabrina tu!”
“Sabrina?!Dia dah bertunang?”
“Iye,tadi dia datang dengan tunangnya.Apa namanya…..emm..Zaki.”
“Apa kaitan dia dengan Alissa?”
“Si Zaki tu memburukkan nama Alissa depan Boss.Macam-macam dia kata.Panas telinga ni,tau?”

“Eh,orang lain pulak yang rasa pedasnya,hehe..” Saiful tertawa kecil.
“Mestilah….dahlah,malas nak cakap lagi.” Laila mengemas mejanya,tiba-tiba matanya tertumpu pada bungkusan kecil tadi, “Eh,Kenapa nama Boss ada kat sini?”
“Untuk Boss agaknya?Siapa punya?” Saiful turut membelek-beleknya.
“Alissa….,letak atas meja Boss sajalah.Malas nak tegur dia.”
Cepat-cepat masuk ke bilik Boss. Kemudian keluar , “Dah beres,keluar dulu.”
“Ok,” Saiful senyum.    

***

sambung lagi...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 14:09


Suasana gembira bertukar gundah-gelana. Perhubungan ingin diputuskan segera.

“Apa masalahnya ni? Tiba-tiba saja nak putuskan pertunangan?” Datin Samsiah kehairanan.
“Sabrina tersilap pilih,lah,mama.” Kata Sabrina.
“Apa kurangnya Zaki tu?Cuba bagitau mama.”
“Entahlah,mama. Tapi Sabrina dah tawar hati dengan dia.”
“Rugi tau Sabrina tolak dia….” Datin Samsiah cuba memujuk.
“Mama…Sabrina tak suka mama pandang pangkat dan harta. Tak guna semua tu,mama.Baru sebentar tadi dia cuba cemarkan nama orang. Sabrina tak suka perangainya tu.”

“Cemarkan nama orang? Mama tak faham,” Datin Samsiah inginkan penjelasan lanjut.
“Tak apalah,mama. Buat masa ni,Sabrina nak tenangkan fikiran dulu.” Lalu beredar ke laman rumah.
“Budak ni,benda elok nak tolak pulak.Issh..tak faham saya!” berleter sendirian.

Perkara sama berlaku di kediaman Tuan Haji. Laila telah menceritakan segala-galanya tanpa pengetahuan Haiqal.

“Betul apa yang Laila bagitau ayah?” Tuan Haji menunggu jawapan.
“Haiqal tak paksa dia letak jawatan,dia yang rela hati.” Jawabnya ringkas.
“Kenapa tak halang? Bodohlah kau ni!” marah Tuan Haji.
“Ayah ni peliklah.Kenapa selalu sebelahi Alissa tu? Dia tak ada hubungan keluarga dengan kita.” Haiqal tidak puas hati.
“Ayah dah lama kenal dia.Ayah tahulah perangai dia tu. Dia takkan berhenti kerja sesuka hati kalau kau tak buat perangai. Apa kau dah buat,ha?Bagitau ayah!” Tuan Haji bertegas.

Haiqal gugup seketika, “Err..dia kerja kat office sebab ada tujuan lain.”
“Tujuan apa?”    
“Dia bukan perempuan baik,ayah. Depan kita dia berpura-pura sopan,lah..apa,lah….!Hakikatnya dia nak pikat anak ayah ni! Nak tumpang kekayaan!”
“Awas sikit bercakap tu. Jangan sampai jadi fitnah,buruk akibatnya!” Tuan Haji tidak percaya dengan kata-kata Haiqal.

“Yelah,Haiqal.Mak tengok Alissa tu baik orangnya. Takkanlah dia tergamak buat begitu.” Celah Puan Aisyah.
“Mak dan ayah sama saja.”
“Eh,cakap baik-baik sikit. Ayah dan mak tak sama tau?saya ketuk dengan pasu bunga ni baru tahu!” Tuan Haji mengangkat pasu bunga kecil,tetapi diletak semula.
“Sabar,bang…” Puan Aisyah pula menenangkan.

“Ayah dah tahu ke Sabrina dah bertunang? Tadi dia datang ke office bawa tunangnya,Zaki. Sabrina dah berubah,cantik bertudung.” Kata Haiqal,perlahan.
“Baguslah begitu.” Celah Puan Aisyah.

“Tunangnya tu yang bagitau Haiqal tentang Alissa.Berdua-duaan dengan lelaki,kan tak elok tu?”
“Kau percaya kata-kata dia?Dia tu siapa ikut sedap hati tuduh Alissa yang bukan-bukan! Kau bawa ayah jumpa dia,ayah nak bersemuka dengan dia.” Tuan Haji bangkit dari sofa.

“Eh,ayah ni Kenapa? Alissa tu anak ayah ke?” Haiqal semakin pelik melihat perangai ayahnya yang mengambil berat tentang Alissa.
“Lebih daripada itu!” Tuan Haji merenung tajam anaknya.
“Ayah,apa kata biar Haiqal call Sabrina dulu,ok? Sabar…” Haiqal kemudian berlalu ke biliknya.

“Budak ni,kalau ikutkan hati,saya tempeleng kuat-kuat!Boss apa tak reti jaga hati staff! Alissa tu baik orangnya.” Tuan Haji masih berleter.
“Sabar,lah,bang. .” Puan Aisyah cuba memujuknya.

Terus mendail nombor Sabrina…… “Assalamualaikum,Sabrina.”
“Waalaikummussalam….,oh,Haiqal..ada apa?”
“Ada kes berat ini.Begini…!” Haiqal cerita satu persatu.
Sabrina turut gelisah, “Alamak,ini semua salah saya. Maaflah,Haiqal…saya tak sengaja.”
“Bukan salah awak,sekurang-kurangnya saya dah tahu perangai Alissa tu.”
“Awak pun terpengaruh sama? Tak baik tau?Kasihan Alissa.”
“Kenapa kasihan kat dia?Awak tak kenal dia pun.”
“Peliklah,Haiqal ni!Awak tak berkenan ke kat Alissa tu? Dia baik tau?” Sabrina pula yang cuba cover Alissa.

“Sudahlah,Sabrina. Ramai lagi perempuan lain kat luar sana.”
“Saya tak faham perangai lelaki zaman sekarang. Dah jumpa jodoh kat depan mata pun,masih nak cari yang jauh-jauh.”
“Siapa awak maksudkan?Awak ke?Hehe…” Haiqal ketawa kecil.
“Sorry…you not my taste,hehe….” Sabrina pula ketawa.
“Sombong ye…..tak apa….nanti saya cari yang lebih cantik daripada awak.”

“Cantik tak bermakna indah keseluruhannya.Carilah yang cantik di mata,sejuk di hati. Sayang seribu kali sayang,awak menolaknya begitu saja.” Sabrina cuba berkias,tetapi Haiqal tetap tidak faham.
“Apa awak cakap ni?Saya tak fahamlah.Err..macam mana ni? Nak suruh ayah pergi ke rumah?” cuba tukar topik asal.
“Pujuk dulu Tuan Haji tu.Nanti saya fikirkan,ok?”
“Ok,thanks.” Talian diputuskan.    

Barang-barang diletak dalam bilik setor di bahagian dapur. Sesekali terbersin,maklumlah bukan selalu masuk ke situ. Selesai semuanya, Alissa duduk termenung di meja makan. Gelagatnya itu diperhatikan oleh umminya.

“Kenapa termenung ni? Masih fikirkan pasal Haiqal?” tegur ummimya,lalu duduk sama.
“Lissa malu,ummi.Tak tahu macam mana nak berdepan dengan dia lagi.” Alissa merenung umminya.
“Si Zaki tu pun satu. Kenapa dia buat begitu pada Lissa? Dia berdendam ke?”
“Lissa tak buat apa-apa pun,ummi.”
“Ummi tahu,Lissa tak pernah sakitkan hati orang.”
“Lissa hilang kesabaran bila dia tuduh Lissa yang bukan-bukan. Nasib baik tak kena sepatu Lissa.Kalau tidak,naya!” Alissa geram.

Ummi tersenyum, “Garang jugak anak ummi rupanya,hehe…” senyum meleret.
Alissa turut tersenyum, “Ummi tahu tak, Lissa selalu dilanda masalah bila Leha tiada di sisi. Rindula pulak kat dia...”
“Orang baru kahwin,biasalah…” kata ummi lagi. “Apa Lissa nak buat sekarang?”
“Duk kat rumah,lah. Boleh Lissa tolong ummi,kan?”
“Boleh tu boleh. Tak nak jumpa Tuan Haji ke?”
Wajah Alissa berubah, “Lissa tidak perlukan simpati orang,ummi. Lissa sedar,Lissa kuli saja. Tak layak berkawan dengan orang kaya.”

“Siapa kata?” tiba-tiba suatu suara mencelah.
“Leha!!” lalu memeluknya erat. “Bila balik? Tak call pun,” Alissa gembira.
“Sorry,lah. Saja nak buat surprise. Eh,tak kerja ke?” Tanya Saleha pula.
Wajah berubah tiba-tiba, “Leha…..isk,isk….!” Alissa menangis,lalu duduk di meja.
“Eh,Kenapa ni,Lissa?Apa dah terjadi?Ada orang buli ke?” Saleha duduk dekatnya.
“Kamu berbual,lah,ye.Mana Mukhlis?” kata ummi.
“Tu..kat luar,ummi.”
“Biar ummi ke luar,” lalu beredar ke ruang tamu.

Alissa menceritakan segalanya kepada Saleha. Saleha bersimpati dengan apa yang terjadi.

“Tak sangka perkara ni terjadi semasa Leha tiada. Si Zaki tu memang nak kena payung magic saya ni!” membebel sendirian.
“Ha?Kan Leha dah buang?” kata Alissa,air mata disapu perlahan-lahan.
Saleha tersengeh, “Hehe…lupa pulak. Dahlah tu..jangan nangis lagi. Leha dah balik.Nanti Leha bersihkan nama Lissa,ok?”
“Tak perlu susahkan diri,Leha. Lissa dah letak jawatan.”
“Mana boleh? Leha tak puas hati tau?Lissa tak salah apa-apa pun.”
“Tahu…!Lissa malu nak jumpa Haiqal.,Leha.”
“Jom, pergi depan.” Saleha menarik Alissa.

“kejap,tudung Lissa…ha,tu..tepi tangga tu.Tolong ambil,Leha.” Alissa terlupa pakai tudung.
Saleha cepat-cepat ambil, “Nah,pakai cepat.”
“Terima kasih,” lalu ke ruang tamu.

“Lissa,apa khabar?” tegur Mukhlis sambil senyum mesra.
Alissa senyum, “Sihat.”
“Lissa jangan bimbang,ok? Nanti saya tolong pujuk Haiqal.” Kata Mukhlis lagi.
“Err…apa ummi bagitau Mukhlis tadi?Malu,Lissa..” Alissa pandag umminya.
Ummi senyum, “Apa salahnya?Mukhlis yang nak tolong.”
“Betul tu.Kita dah lama berkawan,Leha tak nak lihat Lissa bersedih,ok?Leha pun susah hati.” Kata Saleha pula.
“Lissa tak nak menyusahkan orang,” kata Alissa pula.
“Tulah,dia..selalu pendam masalah seorang-seorang. Orang nak tolong,tak nak.” Kata Saleha.

“Lissa memang macam tu,Leha. Susah nak terima pertolongan orang. Tak nak menyusahkan orang,biar diri sendiri menderita pun.” Tambah umminya pula.
“Ummi ni….” Alissa tunduk malu.
“Tahu malu.” Kata umminya lagi.
“Kalau begitu,biar kami pulang dulu,lah. Nanti kita bincang lagi,” Saleha bersalaman.
“Leha ni makin cantiklah sejak balik honeymoon,” Alissa sempat berbisik.
“Hehe…ye ke?Malu Leha.” Tersipu-sipu.
“Pulang dulu,ye?Kirim salam kat pak cik,” kata Mukhlis pula,lalu menuju ke kereta.
“Insya-Allah,” sambil melambai kepada mereka.

Kerja berjalan seperti biasa,ruang office diserikan dengan kedatangan pengantin baru yang baru balik dari honeymoon.

“Ewah,ewaahh….makin berseri Leha kita ni. Cemburu Laila.” Laila cuba menyakat sahabatnya itu.
“Biasa sajalah. Laila ni tak ada kerja lain,asyik menyakat orang saja kerjanya.” Kata Saleha pula.
“Mukhlis pula bertambah handsome,hehe…” Laila tertawa kecil.
“Ishh…tak ada,lah…” Mukhlis senyum.
“Leha,nak tahu satu cerita tak?” bisik Laila.
“Dah tahu.” Kata Saleha,ringkas.
“Tentang Alissa?” tanyanya lagi.
Saleha mengangguk, “Abang pergilah jumpa dia tu.”
“Baiklah,” Mukhlis menuju ke bilik Haiqal.
“Eh,dari mana Leha tahu?” Laila hairan.
“Ini kan Leha…?” Saleha senyum selamba.

Saling berjabat tangan tanda kemesraan dua sahabat. Masing-masing berbual mesra.

“Emm..saya dengar Alissa berhenti kerja,betul ke?” Mukhlis beralih topik.
“Siapa bagitau?”
“saya pergi ke rumah dia.”
“Oo..dia mengadu pada kau,ye?” kata Haiqal pula.
“Tidak. saya sendiri yang tanya. Haiqal,Kenapa kau buat begitu?Kau suka saja bila Alissa berhenti. Kenapa?”
Haiqal bangun menghadap cermin tingkap, “Ini bukan urusan kau,Mukhlis.”
“saya nak tanya kau satu soalan,” Mukhlis turut bangun.
“Tanya,lah,”

“Kau ada hati kat Alissa kan? Tapi bila kau dengar perkara yang buruk tentangnya, kau terus patah hati. Kau terima bulat-bulat saja apa orang kata tanpa usul periksa.”
“Siapa kata saya ada hati kat dia? Dia tu yang perasan nakkan orang kaya tau?”

“Astaghfirullahalaziiim….!Kau dididik elok oleh mak ayah kau. Tak malu ke kau buat begini?Alissa bukan begitu.” Mukhlis cuba cover Alissa.
“Kau pun sama macam mak ayah saya.”
“Kau dah banyak berubah,Haiqal.” Mukhlis tak tahu nak kata apa lagi.

Dua tetamu dibawa masuk, “Maaf,mengganggu.” Saleha dan Laila membawa masuk Sabrina dan Zaki.
“Sabrina?” Haiqal tercengang seketika.
“Saya hanya nak betulkan keadaan,Haiqal.” Kata Sabrina,perlahan.
“Eh,tadi kata nak pergi tengok baju pengantin. Kenapa datang ke sini pulak?” tanya Zaki,kehairanan.
“Maaf,saya terpaksa berbohong.” Sabrina beralih ke tepi Saleha.
“Apa yang berlaku ni?” tanya Haiqal pula.

Zaki terpandang Mukhlis, “Eh,kalau tak silap saya…awaklah yang saya jumpa dengan Alissa tu,kan?Haiqal..dialah lelaki tu.” Zaki bangga dapat kenakan Alissa.
“Tapi,bukan berdua-duaan!” celah Saleha.
“Hari tu saya ajak Alissa temankan saya jumpa Mukhlis,tapi awak yang tiba-tiba datang kacau daun. Tak pasal-pasal tuduh orang yang bukan-bukan!” Saleha geram.
“Ooo..betullah,baru saya ingat.Awaklah yang tak malu mengintip Alissa,kan?” kata Mukhlis pula.

Zaki mula gugup, “Err…mana ada?”
“Nasib baik jodoh kami telah ditetapkan Allah.” Kata Saleha lagi.
“Dia isteri saya yang sah,tau?” kata Mukhlis pula.
“Jadi,Alissa tidak bersalah,lah ye?” Laila gembira.

“Haiqal,awak dah dengar kan? Alissa tidak seperti yang awak sangkakan.” Kata Sabrina pula.
Haiqal terduduk di kerusinya. Mukhlis mendapatkannya, “Haiqal,kau ok?”
Haiqal diam,tidak berkata-kata.

“Zaki,mulai hari ini kita tiada apa-apa hubungan lagi. Maafkan saya.Saleha,Laila,saya minta diri dulu.” Bersalaman dengan mereka.
“Terima kasih banyak,Sabrina.” Kata Saleha.
“It’s ok.” Beredar dengan senyuman.

“Sabrina…,” Zaki cuba memanggil,tapi tidak diendahkannya.
“Apa lagi awak nak?” tanya Laila sambil menjelingnya tajam.
“Laila…jaga mata tu..” bisik saleha pula.
“Saya minta maaf,” Zaki berlalu keluar. Mukanya tebal sepuluh inci.
“Padan muka!” Laila geram.

***
nantikan sambungannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 00:27


alamak tengah syok-syok baca bersambung pulak...takpa sabar, sabar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 02:54


Mak ai pjg nya,,.,,,,,kat sejam ana baca ni...huhuhu...
penat nya baca...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 04:10


banyaknya idea penulis ini.... cerita ni agak lucu. macam laju.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

nurainaishah
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2005
Ahli No: 20104
Posting: 15
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 10:47


pjgnyer....malas la nak baca. tak cukup masa ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainaishahProfil   Hantar PM kepada nurainaishah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 14:08


Kan dah cakap .. watak Zaki tu ada balik ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 14:35


emm...atas permintaan transmissionline kan...:)
tengah taip ini..belum paste lagi....
tunggu...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 14:45


Yey.. cant wait untuk bc sambungannya.. :) chaiyo2! hehe
Sekadar mengisi keboringan musim cuti..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 10:50


musim cuti dah habis..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 11:09


Suasana sepi seketika.

“Haiqal,kau tenangkan fikiran dulu. saya nak balik ni,” Mukhlis perlahan-lahan keluar,diikuti Saleha dan Laila.
“Kenapa saya bodoh sangat?!” Haiqal menyesali dirinya. Matanya bertumpu pada bungkusan hadiah kecil. “Bila pulak birthday saya? Rasanya dah lepas.”
Bungkusan dibuka perlahan-lahan.

        “….Assalamualaikum…Boss.
Tahniah atas kejayaan Boss,semoga diberi kesihatan dan eberkatan oleh-Nya
untuk menghadapi hari mendatang…:) Maju bersama office kita.”
                                 Staff Boss : Alissa

“Alissa…..” timbul kekesalan di hatinya. Hadiah berupa jam meja kecil,bila tiba setiap
satu jam,ia akan mengumandangkan gema azan.

Tanpa berfikir panjang,Haiqal meninggalkan office. Mercedes dipandu laju. Halanya dituju ke rumah Alissa. Mercedes diparking depan rumah Alissa,tapi dia tidak berani keluar. Matanya hanya memerhati jauh,tapi kelibat Alissa pun tak nampak.

Haiqal ingin bertemu dan meminta maaf daripadanya. Tapi dia tidak berdaya,kakinya kaku. Akhirnya Haiqal berpatah balik ke office,fikirannya hanya bertumpu pada Alissa.

“Laila,tolong ambilkan personel file..Alissa punya,” kata Haiqal, lalu masuk ke biliknya.
“Alamak,mana Laila tahu?” gelabah.
“Kenapa tiba-tiba minta fail pulak?Pelik,” Saleha turut rasa hairan.
“Pergilah cari lekas,nanti marah pulak.”kata Saleha.
“Yelah,” Laila cepat-cepat ke bilik fail.

Lama mencari,tapi tak jumpa. Dengan gugup dan takut, Laila masuk ke bilik Haiqal.
“Boss..,” kata Laila,perlahan.
“Mana fail tu?”
“Err…saya tak dapat cari,Boss.”
“Eh,itu pun tak dapat cari?”
“Sebelum ni,Alissa yang cari fail,bukan saya.”
“Tak apalah,awak boleh keluar.” Haiqal tidak marah-marah lagi.
“Terima kasih,Boss.” Laila keluar sambil menarik nafas lega.

Hari minggu bermula,masing-masing buat aktiviti sendiri. Tiada lagi kesedihan yang menyelubungi diri.

“Terima kasih,Leha,Mukhlis. Lissa tak tahu macam mana nak balas budi,” Alissa rasa terharu.
Saleha senyum, “Kita kan kawan baik?Takkan Leha nak biar Lissa susah seorang diri?”
“Bertuahnya ada sahabat macam Leha.Tak rugi Mukhlis kahwin dengan Leha,tau?Hari tu nyaris-nyaris Leha nak reject!Hehe…” Alissa mengimbas kembali kenangan lalu.
“Ye ke?Sampai hati,Leha.” Mukhlis berseloroh.
“Emm..nasib baik Lissa pujuk Leha hari tu tau? Kalau tidak,Leha memang tak ingin jumpa abang.” Saleha senyum mesra.
“Ye ke?” Mukhlis senyum sama. “Kita dah sampai dah ni.” Memasuki kawasan banglo dua tingkat milik Dato’ Khalid.

Tiba di muka pintu,salam diberi. Tak lama kemudian,muncul tuan rumah menyambut mereka masuk.

“Apa khabar,Sabrina?” Sapa Saleha sambil bersalaman, diikuti Alissa.
“Sihat. Duduklah,buat macam rumah sendiri.” Sabrina duduk sama.
“Maaflah,mengganggu masa awak.” Kata Alissa pula.
“Eh,tak apa.Saya pun seorang,mama dan papa keluar. Biar saya bancuh teh kejap.”

“Eh,tak payah susah-susah…kami dah minum tadi. Saja melawat Sabrina.” Kata Saleha pula.
“Betul ke?Atau segan?”
“Betul,dah minum tadi.” Kata Alissa sungguh-sungguh. “Terima kasih,Sabrina atas bantuan awak.” Tambahnya lagi.

“Tak perlu berterima kasih,saya gembira awak dapat kerja semula.”
“Tak…saya takkan kerja di situ lagi. Sabrina,saya minta maaf ye? Kerana saya,pertunangan awak dengan Zaki putus.” Kata Alissa,perlahan.

“Eh,tiada kena mengena dengan awak,Alissa. Saya bersyukur kerana sedar lebih awal.Kalau tidak,tak tahulah apa akan jadi bila dah kahwin nanti.” Sabrina senyum.
“Sabrina, Kenapa awak tak cuba berbaik semula dengan Haiqal? Dia padan dengan awak. Dia pun sukakan awak,kan?” kata Alissa.
Sabrina terdiam.

“Alissa,jangan campur urusan peribadi orang,” bisik Saleha,perlahan.
“Belum terlambat lagi,Sabrina. Awak bagitaulah dia isi hati awak tu.” Kata Alissa lagi.
“Alissa….!” Saleha menjelingnya.
Alissa tersenyum, “Kami minta diri dulu,lah. Leha,tadi kata nak beli tudung baru. Jomlah.” Alissa terlebih dahulu bangun dan bersalaman dengan Sabrina.
“Err..ya!” Saleha turut bersalaman.
“Datanglah lagi,ye?” Sabrina mengiringi mereka ke laman rumah.

Tiba-tiba sebuah Mercedes masuk parking di laman,tentu saja orangnya cukup dikenali.

Assalamualaikum,” keluar Haiqal,diikuti Tuan Haji dan Puan Aisyah.
Yang lain menjawab dan saling bersalaman.

Alissa cuba menyorokkan dirinya.
“Alissa,dah tak kenal saya lagi ke?” tegur Tuan Haji.
“Err…kenal,Boss.” Jawabnya ringkas.
Haiqal cuba mencuri pandang,namun hampa.
“Kami pulang dulu,ye?” Alissa terlebih dahulu memasuki kereta,diikuti yang lain.
“Pergi dulu,Tuan Haji,Haiqal…”
Mukhlis melambai,lalu beredar.

Tetamu dijemput masuk. Masing-masing berbual mesra.
“Kenapa tak ikut mama dan papa keluar?” tanya Puan Aisyah.
“Sabrina lebih suka berada di rumah. Malas nak keluar,Untie.”
“Pak cik dah dengar apa yang berlaku di office. Terima kasih ye?Pak cik tak dapat balas budi Sabrina.” Kata Tuan Haji.
“Tak ada apa,lah,Uncle. Nasib baik saya belum kahwin lagi dengan Zaki tu.” Sabrina tersenyum.

“Lepas ni,apa rancangan Sabrina?” tanya Tuan Haji.
“Entahlah,Uncle.” Sabrina mengeluh kecil.
“Mama dan papa tak cari pengganti ke?” tanya Haiqal pula.
“Buat masa ni,tiada.Kenapa?Haiqal nak masuk meminang ke?” Sabrina berseloroh.

Masing-masing ketawa.

“Sayang tau Sabrina ditinggalkan begitu saja tanpa pengganti.” Kata Puan Aisyah pula.
“Siapalah yang nakkan Sabrina ni?” merendah diri.
“Ada….!Sabrina tak nampak……” Haiqal senyum nakal.
“Kelakar Haiqal ni,” Sabrina senyum simpul.
“Nanti suruh mama dan papa datang ke rumah,ye?Ada hal sikit.” Kata Tuan Haji,penuh rahsia.
“Hal apa pulak?” Sabrina ingin tahu.
“Rahsia..” Puan Aisyah senyum.

Hari Raya Aidil Adha akan tiba tidak lama lagi.Umat Islam dari seluruh dunia bertumpu di Mekah Al-Mukarramah bagi menunaikan Fadhu Haji. Namun kemeriahan sambutannya bertambah sekiranya terdapat upacara ibadat korban,biasanya di kampung-kampung.

“Sudah lama menyepi diri,tak nak melawat teman kat office ke?” tegur Saleha.
“Seganlah.Lissa bukan staff kat situ lagi.” Alissa membelek-belek pakaian di rak kedai pakaian.
“Tuan Haji selalu tanya Lissa,tau?Laila yang bagitau Leha,” kata Saleha.
“Tuan Haji bukan Boss kita lagi.Tu..yang satu lagi tu….” Alissa maksudkan Haiqal.
“Sejak Lissa tiada,dia macam kekurangan sesuatu tau?Serba tak kena. Asyik tersasul sebut Laila…Lissa,hehe…” Saleha tertawa kecil.

“Tipulah.Lissa rasa dia bahagia dengan Sabrina sekarang.”
“Emm..Sabrina ada jugak datang ke office.Tapi,dia tak kata apa-apa pun.”
“Biarlah,kalau dah jodoh mereka..Lissa doakan mereka bahagia.” Alissa senyum.
“Lissa ni,cepat putus asa,lah!” Saleha geram.
“Lissa lebih suka seorang diri.Kalau ada jodoh,ada. Kalau tak ada…redha sajalah.”
“Lissa….!” Lalu cubit lengannya.
“Adoii! Hai…sejak pregnant ni,dah pandai cubit orang ye?” Alissa pula terkena cubitannya.
“Hehe…tau sakit. Dah pilih kain ke?”

“Rasanya nak beli baju siap teruslah,senang. Dah lewat ni,raya akan menjelma tak lama lagi.Emm…Leha tak nak beli baju pregnant ke?” Alissa memilih baju pregnant labuh untuk
Saleha.

“Emm..ini padan.” Sambil memerhati ukuran badan Saleha.
“Emm..Lissa tak nak jumpa Haiqal ke?” tiba-tiba bertanya. “Jangan jual mahal,nanti tak laku.” Katanya lagi.

Alissa terdiam seketika, “Leha ambil yang ni,ye?Lissa tolong bayar,jom.” Alissa menuju ke kaunter bayaran.
“Lissa,Leha tanya ni!Issh..susah betul dia ni!Kalaulah Haiqal ada kat sini….” Saleha merungut seorang diri.

Alissa sudah siap membuat bayaran,dia kalut memegang plastik pakaian.Dompetnya terjatuh. Belum sempat menunduk untuk mengambilnya,satu tangan sudah mengutipnya.

********************************************

“Awak punya?” dompet dihulurkan.
Alissa terkedu, “ Err..terima kasih.” Dompet diambilnya. “Mana Leha ni?” tercari-cari Saleha. Jantungnya berdebar-debar, dia cuba mengelak daripada Haiqal.

“seorang ke?” tegur Haiqal lagi.
Alissa pandang kiri kanan, tiada orang.
“Err…tanya saya ke?” Alissa gugup. Dia rasa kekok setelah sekian lama tidak bersua.
Haiqal tersenyum melihat gelagatnya itu, “Yelah,takkan saya tanya hantu pulak?”
Alissa tersipu malu, “Maaflah,Boss…” matanya masih mencari-cari Saleha.

“Masih ingat rupanya,ingatkan dah lupakan saya.Eh,Kenapa gabra saja ni?Takut tunang marah ke?” tanya Haiqal.
“Eh,tak adalah…” Alissa tidak dapat berganjak dari situ.
“Eh,Boss ada kat sini jugak? Apa khabar?” Saleha datang menegur.
“Fuhh,lega!” Alissa menarik nafas panjang.

“Awak rupanya,Saleha,”Haiqal senyum. “Ingatkan Alissa tunggu tunang dia tadi,”matanya melirik Alissa. Alissa diam tak terkata.
“Tak sangka jumpa Boss kat sini,” Saleha sengeh memanjang.

“Habis basah!” Sabrina muncul, “Eh,awak pun ada kat sini?
Alissa…lama tak jumpa,sihat?” bersalaman mesra.
Alissa menyambutnya, “Alhamdulillah,sihat.Sabrina sihat?Ceria nampak,” kata Alissa pula.

“Sihat.Ingat nak singgah kat butik depan tu,hujan pulak.” Sabrina senyum.
“Nak buat apa kat butik?kat sini kan banyak pilihan?” tanya Saleha.
“Nak tempah pakaian pengantin,lah..oh,lupa!Nanti jangan lupa datang ke rumah,ye?Kad tak bawa,lah pulak.” Sabrina membelek-belek tas tangannya.
“Dah nak kawin rupanya,tahniahlah!” kata Saleha.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 22:55


Ha?.. Haiqal kahwin dengan Sabrina?.. huk huk.. berdebar2... menarik jalan cerita ni.. cepatlah sambung ye :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 05-01-06 10:44


Haiqal kahwin dengan Sabrina .. OK la tu .. tapi biasanya cerita macam ni mesti ada kejutan .. alah .. novel Melayu ni macam cerita Hindustan jugak .. kan ??
Apa pun teruskan cerita anda ... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-01-06 19:55


kalau haiqal kahwin dengan sabrina, alissa pulak bagaimana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 02:46


Kau biarkan saya sendiri menderita seksa
racun hidupku Saliha
Kau biarkan saya sendiri melewati sepi
dalam hidupku Saliha
Kau biarkan saya sendiri meratapi nasib
dalam gelita Saliha
Oh Saleha

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 21:53


dah habis ke belum ini?? :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 21:55


hmmmmmmmm........

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 08:34


belum habis lagi...dah paste hari tu..tiba-tiba server pulak buat hal...tunggu ek...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 11:05


jenuhnya menunggu :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 16:28


“Emm..tahniah,Sabrina.”Alissa menggenggam erat tangan Sabrina. “Leha,cepatlah. Nanti Mukhlis tertunggu-tunggu pulak dalam kereta. Pergi dulu,ye?” cepat-cepat berjalan merentas hujan.

“Err..pergi dulu,ye?” Saleha turut beredar.
“Kenapa diam saja,Haiqal?” tanya Sabrina.
“Nak kata apa?” soalnya balik.
“Peliklah awak ni. Jom ke butik sana. Nanti hujan lebat pulak.”
“Jom,” Haiqal berjalan seiringan.

Hujan masih turun membasahi bumi.Tak sangka hampir hari raya korban,panas bertukar sejuk.

“Ummi,Sabrina akan kahwin tak lama lagi.” Kata Alissa sambil membantu umminya menyalin sarung kusyen sofa di ruang tamu.
“Iye?Dengan siapa?”
“Haiqal.”jawabnya ringkas.
“Macam tak percaya pulak. Mana Lissa tahu? Lissa tak rasa sedih ke?” tanya umminya pula.
Alissa senyum, “Lissa jumpa diaorang kat butik pengantin. Lissa doakan mereka bahagia,ummi.”

“Ummi tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Sabarlah,nanti akan ada yang terbaik buat Lissa.” Umminya fahami anaknya itu.
“Letihnya!!” Baba Alissa berbaring atas sofa.
“Eh,dari mana baba ni?” tanya Alissa.

“Adik-adik kaulah….!Penat baba dibuatnya,nak beli itulah,inilah.”
Alissa tersenyum, “Mana Ain dan Aiman?”
“Dalam biliklah tu,” kata babanya. “Lissa,dah sampai masa kau kahwin,tau?”
“Baba ni,Lissa nak kahwin dengan siapa?Tak ada orang hendak.” Terus menyalin sarung sofa.
“Ada,kau saja yang tak nak.” Kata Baba lagi.

“Haa..baba,tolonglah…Lissa tak nak tengok gambar lagi. Tak suka,” Alissa tak suka babanya mencari calon untuknya.
“Baba tak cari,dia yang datang sendiri.”
“Apa?Jangan bergurau,baba.Lissa tak suka dipermainkan.” Alissa berdebar-debar.
Babanya senyum, “Baba rasa kau akan gembira bila bertemunya nanti.”

“Baba ni,janganlah buat Lissa berdebar. Takutlah….” Alissa berhenti buat kerja.
“Sabar,nanti Lissa akan tahu jugak.Oklah,baba nak mandi.” Beredar.
“Ummi,tengoklah baba tu.Berahsia pulak.”
“Ummi tak tahu…” umminya hanya tersenyum.

“Kak Lissa,ni untuk akak.” Ain memberinya sepasang baju kebarung yang telah dijahit siap.
Alissa mengambinya lalu dibelek-belek, “Cantiknya!Eh,baba tak beli untuk ummi sama ke?”
“Ummi kena minta dengan baba,lah,hehe…” Ain cuba sembunyikan sesuatu.

“Ain pergi shopping kat mana tadi?”
“Banyak tempat. Emm..akak pakailah masa raya kedua nanti,ye?Pasti nampak cantik.” Kata Ain lagi.
“Raya pertama ok jugak.” Alissa hairan dengan permintaan adiknya itu.
“Kita nak pergi kenduri tau?Oklah,Ain nak mandi.” Terus berlari ke biliknya.
“Ummi,kenduri siapa kita nak pergi?” tanya Alissa.
“Tak tahu,tanya baba.” Meneruskan kerjanya.

Sementara itu,persiapan sedang rancak di rumah bakal pengantin.Ruang rumah dihias cantik,termasuk lamannya.

“Dah siap semua?” Dato’ Khalid sibuk memerhati para pekerja memasang khemah.
“Sudah,abang pergilah berehat.Dari pagi tadi duk berjalan ke hulu,ke hilir. Tak penat ke?” kata Datin Samsiah.
“Abang gembira,akhirnya anak kita akan kahwin jugak.”
“Biarlah,asalkan anak kita bahagia.”

“Mana Sabrina? Tak nampak pun.” Dato’ tercari-cari.
“Dalam bilik agaknya,biar dia tenangkan jiwa,bang.”
“Yelah. Tolong ambilkan air,dahagalah,” kata Dato’ Khalid.
“Nak bermanjalah tu.” Lalu beredar.

Assalamualaikum,” sapa Haiqal dari belakang.
“Waalaikummussalam,oh,Haiqal…” saling berjabat tangan.
“Sibuk nampak? Raya dah dekat dah….semua beres ke?”
“Beres,belah pengantin lelaki pulak?” tanya Dato’ Khalid pula.
“Mestilah beres….!” Haiqal senyum memanjang. “Sabrina gembira tak?”
“Mestilah gembira,kau ni…!” Dato’ Khalid jeling nakal.

“Harap-harap cuaca panas raya kedua nanti. Kalau hujan,becak tanah ni. Nanti tak ceria,lah.” Kata Haiqal lagi.
“Insya-Allah,mak ayah sihat?”
“Sihat. Mereka kirim salam.”
“Waalaikummussalam…,kau nak jumpa Sabrina ke?”
“Tak apalah,nanti akan jumpa jugak.” Haiqal senyum.

“Biar Uncle panggil,ye?” nak beredar,tapi dihalang.
“Jangan susah-susah. Saya saja datang sini,jenguk persiapan belah perempuan.”
“Eh,Haiqal!Bila sampai?” Datin Samsiah membawa segelas fresh orange untuk suaminya.
“Baru saja,Untie. Tak apalah,saya minta diri dulu,ye?Nak jumpa kawan,” bersalaman dengan Dato’ Khalid.,lalu beredar.

Pertemuan antara sahabat baik diatur di sebuah restoran terkemuka. Suasana ruang makan hotel diterangi sinaran lampu neon kekuningan,begitu juga di lobby.

“Mimpi apa ajak saya makan di hotel ni?” tanya Mukhlis.
“Saja,lama kita tak makan bersama. Saleha sihat?” Haiqal senyum.
“Sihat,dah pregnant 3 bulan.”
“Nanti jadi daddylah,kau,ye?Tahniah!” Haiqal kelihatan gembira.
“Terima kasih.Emm..Haiqal,betul ke keputusan kau buat ni?”
Haiqal terdiam seketika, “Nak buat macam mana,saya terpaksa.”

“Terpaksa?Kau tu ego!Apa faedahnya kau buat begini? Kau juga yang akan sengsara!”Mukhlis geram dengan perangai sahabatnya itu.
“saya tak ego,” kata Haiqal cuba menafikan.
“Susah sangat ke nak luahkan perasaan kau tu?Tengok saya,dah kahwin pun.Come on, gentleman,la sikit…!” Mukhlis beri semangat.

“Keputusan saya muktamad,ok.” Haiqal tetap dengan pendiriannya.
“saya dengar ada orang merisik Alissa,tak lama lagi kahwinlah dia.” Kata Mukhlis pula.
“Ye ke?Siapa?” Haiqal tenang sahaja.
“Kau ni,cool saja.saya tak fahamlah.” Mukhlis tak tahu macam mana nak pujuk Haiqal.
“Satu hari nanti,kau pun akan sokong keputusan saya ni.Tengoklah,” Haiqal senyum sahaja.

“Disebabkan kau sahabat baik saya. saya akan sokong kau. Tapi,kau fikirlah semula bila pulang nanti. Jangan sampai ada hati yang terluka.” Mukhlis meneguk minumannya.
“Kau jangan bimbang. Trust me,ok?” Haiqal masih berahsia dengan sahabatnya.

Apa rahsianya?Semestinya dirinya sahaja yang tahu.

Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki sedang bermesra dengan seorang gadis cantik. Nampaknya lelaki ini tidak puas mempermainkan perempuan.

“Eh,kau kenal tak tu?” Haiqal menuding ke arah lelaki tersebut.
“Dia lagi! Baru putus tunang,dah ada pengganti.” Mukhlis menggelengkan kepalanya.
“Orang macam ni,kena ajar tau?” Haiqal bangkit lalu menuju ke arah lelaki itu.
Mukhlis ikut sama.

Dalam asyik bergurau senda itu, mereka diganggu.

“Happy nampak,” tegur Haiqal,sambil memegang bahunya.
Zaki gelabah, “Err…siapa ni?” pura-pura tak kenal.
“Eh,takkan dah lupa agaknya?” kata Mukhlis pula.

“Hebat jugak awak ni.Baru putus tunang,dah cari yang lain. Lepas ni,awak nak buat apa?Nak kikis harta gadis ni pulak?” kata Haiqal.
“Apa diaorang cakap ni,bang?” gadis di sisinya turut tercengang.
“Err..tak ada apa-apa,abang tak kenalpun.” Zaki masih menafikan perkara sebenar.

Haiqal tersenyum, “Cik adik,sebelum terlambat..baik cik adik pergi dari sini.Dia ni buaya,kaki betina. Dah ramai perempuan jadi mangsanya.”

“Shut up!!” Zaki melenting.
“You shut up!!” Haiqal merenung tajam Zaki. Zaki gugup.
“Sabar,Haiqal…sabar..” Mukhlis menenangkannya.
“Rupa handsome pun tak guna kalau akhlak buruk. Bila awak nak bertaubat,ha?” kata Haiqal lagi.

“Cik adik,dia ni baru putus tunang,tau?Lebih baik cik adik cari lelaki yang berakhlak mulia. Satu lagi..kalau cik adik pakai tudung,rasanya cik adik lebih ayu,tau? Allah pun suka.” Mukhlis beri kata-kata manis.
Gadis itu tertunduk malu.

Zaki memegang tangannya, “Ina,jangan percaya cakap mereka. Mereka penipu.”
Gadis itu segera lepaskan pegangan tangan, “Awak penipu,bukan mereka!Menyesal percayakan awak!” Gadis itu ingin beredar,tapi Zaki menghalangnya.
“Jangan pergi,Ina.I sayang you.”Zaki merayu.
“Lepaskan saya!” lalu memijak kakinya dan beredar.
“Auww!! Aduss….!!” Zaki mengaduh sakit.

Haiqal dan Mukhlis tertawa kecil melihat insiden itu. Kemudian cepat-cepat diam.

“Kalau saya jadi perempuan,saya ketuk dengan sepatu,hehe..” kata Mukhlis.
“Berubahlah,Zaki. Awak tak malu ke? Allah itu Maha Pengasih,Maha Penyayang. Allah suka hamba-Nya yang berakhlak mulia seperti Rasulullah. Cepat-cepatlah bertaubat,ajal maut tak kira tua muda.” Kata Haiqal panjang lebar.
Zaki tunduk membisu.

“Saya pasti,kalau awak jadi seorang lelaki yang baik,Allah akan ketemukan awak dengan jodoh yang baik juga. Ingat tak lagu arab tu..emm…ATOYYIBUUNA LITTOYYIBAAT...,” Mukhlis nyanyi sikit-sikit.
Haiqal tertawa kecil, “Lawak jugak kau ni,hehe..”


“Haa..lebih kurang begitulah. Itulah firman Allah. Allah Maha Adil ke atas hamba-hamba-Nya.Sudahlah,maafkan kami jika terkasar bahasa tadi.” Mukhlis hulurkan tangan.
Dengan pandangan mata nan redup,Zaki menyambut dengan senyuman.
“Terima kasih kerna menyedarkan saya.”
“Saya pun minta maaf,” Haiqal turut berjabat tangan.
Semuanya senyum mesra.

“Jom,saya belanja makan.” Kata Zaki.
“Tak apalah,lain kali saja. Kami ada hal ni.” Kata Haiqal pula.
“Kalau begitu,jumpa lagi.Assalamualaikum,” Zaki beredar.
Salam dijawab bersama.

“Alhamdulillah,tak sia-sia usaha kita tadi.” Mukhlis menarik nafas panjang.
“Harap-harap dia dah berubah,” Haiqal ragu-ragu.
“Jom,habiskan makanan kita tu. Membazir pulak.” Mukhlis berjalan ke meja makan mereka tadi.
“Jom,” berjalan seiringan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 16:32


sibuk sikit,esok pulak,insya-Allah....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 16:38


bersambung....hehehe :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-06 16:46


selamat hari raya Aidil Adha....maaf atas segala slah silap..

jumpa lepas raya...

apa kesudahannya?

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

zaid3246
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21710
Posting: 45

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 11:19


nanti saya pergi ambil cermin kejap ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaid3246Profil   Hantar PM kepada zaid3246   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 10:15


Pada 10-01-06 11:19 , zaid3246 posting:

!!! QUOTE !!!

nanti saya pergi ambil cermin kejap ok


nak tumpang sekaki boleh tak cermin tu zaid ?
:di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 10:30


Pada pagi Hari Raya Aidil Adha,bergemalah takbir raya memuji kebesaran Allah,Tuhan sekalian alam. Kecil,besar,tua,muda,semuanya tersenyum gembira menyambutnya. Begitu juga umat Islam di seluruh dunia.

Selesai solat hari raya, kanak-kanak tidak sabar menunggu di padang untuk menyaksikan upacara ibadat korban. Keadaan begini boleh dilihat di kampung-kampung. Memang meriah jika berhari raya di kampung. Lain pula keadaan di bandar. Suasana hari raya hanya dirasakan sehari sahaja,berbanding negeri-negeri tertentu.

“Ha,Lissa..termenung nampak? Hari ni hari raya,senyumlah sikit.” Tegur babanya.
Alissa senyum, “Tak ada apalah,baba. Lissa sedih bila mengenangkan nasib umat Islam lain yang tidak semewah kita di Malaysia ni. Entah mereka dapat makan cukup ke tidak.”

“Kalau macam tu, Lissa pergilah jadi sukarelawan di Afghanistan ke…Iraq ke….” Kata babanya sambil ketawa.
“Boleh dapat suami ajnabii,” celah umminya pula.
“Ke situ pulak, tak naklah.” Alissa tersipu malu.

“Tak apa…tak lama lagi Ain akan dapat abang ipar,hehe….” Ain ketawa sambil berlari ke ruang tamu, bekas biskut diambilnya sama.
“Budak ni….!Pandai-pandailah dia,” Alissa senyum memanjang.
“Ain….!Jangan berlari,jatuh bekas tu karang!” laung umminya.
“Tengok tu,budak kecik pun tahu pasal jodoh,” kata babanya pula.

“kenapa asyik cakap pasal jodoh ni?Lissa peliklah.Ada apa-apa rahsia yang Lissa tak tahu ke?” Alissa cuba mencungkil rahsia.
“Tak..tak ada,” babanya segera berlalu ke ruang tamu.
“Ummi,tengoklah baba tu. Kalau baba buat macam hari tu,Lissa lari dari rumah.”
“Isshh…sampai begitu sekali?Baba bergurau saja tu. Sudah,bawa minuman tu ke depan. Nanti tercekik tetamu,” kata umminya.
“Yelah,” Alissa berlalu pergi.

Ain dan Aiman ceria melayani tetamu. Setelah mendapat duit raya, kedua-duanya berlari ke laman rumah, bermain-main.

“Tak payah bazirkan duit,lah Mukhlis. Budak-budak tu,memang begitu.” Kata baba.
“Tak apa,lah.Sekali-sekala, bukan selalu…” Mukhlis senyum mesra.
“Jemputlah minum,” Alissa menuangkan air teh ke dalam cawan.
“Tak korban ke,Leha?” tanya ummi pula.
“Tak, tahun lepas dah korban.Ummi?” tanya Saleha pula.
“Tak jugak,” ummi senyum.

“Emm..teringat masa remaja dulu. kat kampung selalu buat korban. Saya antara orang yang pertama duduk kat depan, nak tengok macam mana orang sembelih lembu.” Mukhlis mengimbas kenangan dulu.

“Iye?” baba senyum dan berminat dengan ceritanya itu.
“Kebetulan masa tu ada dua ekor lembu yang nak disembelih. Seekor ditambat kat pokok rambutan,seekor lagi dah siap sedia nak dikorbankan. Saya berada dekatlah dengan lembu tu,kasihan pulak tengok.” Sambung Mukhlis lagi.
“Kalau ada perasaan kasihan,maka tak ada,lah ibadat korban. Ye tak?” celah Alissa.
“Betul tu. Lepas tu,bang?” kata Saleha pula.

“Entah macam mana,lembu tu tiba-tiba terlepas dari ikatan. Apalagi,habis bertempiaran lari. Ada yang panjat pokok rambutan, macam-macamlah.” Mukhlis ketawa kecil.
“Abang pulak?” tanya Saleha.
“Kan abang duduk dekat lembu masa tu, terkejut dibuatnya!Bila lembu tu bingkas bangun, abang automatik lari.Hehe..” Mukhlis ketawa lagi.

“Apa jadi lepas tu?” baba pula tak sabar-sabar nak tahu endingnya.
“Masa tu saya lari sekuat hati, sampai terlompat pagar pun tak sedar. Ingatkan dah lepaskan diri,saya berhenti rehat. Bila toleh ke belakang,rupa-rupanya lembu tu masih mengejar saya. Kepalanya terangguk-angguk ke arah saya.Jantung bagaikan tercabut. Saya lari,lah!”

Semua yang ada di situ ketawa bagai nak pecah perut mendengar cerita Mukhlis.
“Hahaha….kelakar sungguh! Macam mana boleh tertarik nak kejar Mukhlis?Orang lain kan ramai?” baba ketawa geli hati.
“Entah, nasib baik tak terkencing kat situ. Fuuh…selamat saya!Hehe….” Mukhlis turut tertawa bila mengenangkan kisah lampaunya itu.

“Korban tak lembu tu?” tanya Saleha.
“Korban,tapi kasihan,kena tembak kat kaki. Yelah,kalau tak tembak,sampai ke esok pun tak dapat kejar.”
“Emm..nasib baik abang tak jadi korban hari tu,hehe…” Saleha tertawa kecil.
“Lembu yang seekor lagi tu,kelakar jugak. Bila ia nampak kawan ia lari,ia pun lari sama. Yang ni laju,lari sampai ke padang .Tapi kena tembak kat kaki jugak.” Kata Mukhlis lagi.
“Hai..kelakar betul!” baba masih ketawa.

“Ada orang kata,darah lembu korban ni boleh dibuat ubat. Betul ke?” tanya Alissa.
“Ubat apa?” Mukhlis pun ingin tahu.
“Kalau tangan atau kaki yang merekah, bila disapu dengan darah lembu yang masih panas tu,insya-Allah,akan hilang. Ramai yang dah cuba,alhamdulillah,menjadi.Semuanya dengan izin Allah,lah.” Kata Alissa sambil tersenyum.

“Ye ke? Kalau perut merekah,boleh hilang ke?” tanya Saleha pula.
“Isshh..kamu ni,Leha. Bersalin tak lagi, dah cakap pasal perut merekah. Kamu tu muda lagi,beranak ramai dulu.” Kata ummi.
Saleha tersipu malu, “Alah ummi ni,Leha tanya saja.”

“Alissa bila lagi? Nak saya carikan?” Mukhlis senyum.
Alissa tersipu malu, diam tak terkata.
“Dia ni nak jadi anak dara tua….!” Celah baba sambil ketawa.
“Baba ni,ke situ pulak.” Merah padam mukanya.
“Tak apa,Lissa. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Emm..meja Lissa kat office tu kosong lagi. Haiqal sayang nak cari pengganti.” Kata Saleha.

“Carilah yang lain,nanti terbengkalai kerja office. Dia jugak susah.” Kata Alissa pula.
“Tengok,Lissa masih ambil berat pasal office. Kerjalah semula….” Pujuk Saleha.
Alissa hanya diam.

“Oh,ya! Dapat undangan ke majlis Sabrina?” tanya baba.
“Tak,” jawab Saleha ringkas.
“Haiqal ada bagi hari tu,tapi tak sempat nak tengok isinya. Abang letak dalam kereta.” Celah Mukhlis.
“Abang ni,yang tu boleh lupa.” Saleha menjeling manja.
“Esok,kita pergi sama ye?” baba senyum.
“Alissa tak tahu pun?” kata Alissa.
“Kita semua kena pergi esok. Suka atau tidak, Lissa kena ikut. Faham?” kata baba lagi.
Alissa hanya diam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 12:00


Tiba saat dan ketikanya. Majlis perkahwinan Sabrina anak Dato’ Khalid diadakan secara besar-besaran. Maklumlah, Dato’ kan. Kalau diikutkan, Sabrina tidak mahu buat begitu,membazir. Apakan daya,sebagai anak, kenalah mengikut kehendak orang tuanya,termasuklah bab jodoh.

Tetamu jauh dekat tidak melepaskan peluang bertandang ke rumah mempelai.

“Kenapa abang senyum memanjang ni?” Saleha pelik dengan perangai suaminya yang asyik senyum sejak dari rumah sampailah ke rumah mempelai.
“Tak ada apa-apa,” Mukhlis senyum lagi.
“Abang…!” Saleha cubit lengan Mukhlis.
“Adoii! Kenapa Leha ni?” mengusap-usap lengannya.
“Abang teringat kat perempuan mana ni?!” merajuk.
“Susahnya perempuan pregnant ni!Leha seorang saja isteri abang, tak boleh challenge orang lain,percayalah!” kata Mukhlis sungguh-sungguh.

“Betul?” Saleha tersenyum malu.
“Betul. Abang senyum sebab kawan Leha akan bertemu juga buah hatinya kat sini.”
“Haiqal? Mana mungkin!Dia tu dah jadi suami orang.”
“Tengoklah nanti. Jom,masuk.Hati-hati berjalan.Jatuh karang,susah.” Mukhlis memimpin mesra isterinya itu.
“Ni Leha sayang abang ni…” berjalan seiringan.

Suasana di laman penuh sesak dengan tetamu yang datang. Menjengah masuk ke ruang dalam. Di suatu sudut,tersergam singgahsana indah pelamin tempat persandingan.

“Mana pengantin perempuan?” Saleha cuba bertanyakan mak cik di situ.
“Dalam bilik. Siapa anak ni?” tanya mak cik itu pula.
“Kawan Sabrina,mak cik.”
“Masuklah,dia ada kat dalam bilik.”
“Seganlah pulak. Ha,Lissa!” Saleha menjerit memanggil Alissa yang baru masuk bersama keluarganya.
“Slow sikit,malu kat orang.” Bisik Mukhlis pula.
“Jemputlah makan dulu kat depan,jom.” Baba ajak Mukhlis sambil menarik dua anaknya,Ain dan Aiman.
“Ummi makanlah dulu,” kata Alissa pula.

“Yelah.Kan cantik anak ummi pakai kebarung ni…” ummi senyum.
“Baju raya ke? Siapa beli?” tanya Saleha.
“Baba,” jawab Alissa ringkas.
“Look like his taste…” kata Mukhlis perlahan.
“Apa awak cakap?Siapa?” tanya Alissa.
“Err..tak ada apa.Leha tak nak makan ke?”

“Nak jugak.Alamak,kompang dah dipalu tu.Pengantin lelaki mesti dah sampai.” Saleha cuba mengintai di celahan ramai.
Hati Alissa berdebar-debar. rasa tak keruan. Kakinya mahu lari saja dari situ,tetapi tak boleh. Ia terpaku di situ,menanti kedatangan pengantin lelaki menjejakkan kaki ke ruang rumah.

Alissa cuba nak lari,tapi dihalang.
“Lissa nak ke mana? Tunggulah,” kata Mukhlis.
“Rimaslah kat sini,” cuba mencari alasan.
“Eh,tengok tu! Cantiknya Sabrina!” Saleha menunjuk ke arah pengantin perempuan yang dibawa keluar dari bilik menuju ke pelamin.

“Serba kuning,macam anak raja,” celah Mukhlis pula.
“Apa khabar?” tiba-tiba disapa orang.
“Eh,abang Saiful!” Mukhlis bersalaman mesra.
“Lissa,lama tak tengok. Makin cantik pulak. Ingatkan Lissa yang nak kahwin.” Saiful senyum.
“Abang Saiful sihat? Kerja ok?” kata Alissa,senyum mesra.

“Kerja ok.Tapi…sejak Lissa tak ada,sunyi office. Tiada penyeri.” Kata Saiful pula.
“Ada-ada saja abangSaiful ni. Kan ramai lagi kat office?” Alissa tersipu malu.
“Tak sama dengan Alissa.Betul tak Saleha?”
“Betul tu. Mana pengantin lelaki? Tak masuk lagi ke?Takkan malu agaknya?” Saleha tercari-cari.

“Pengantin lelaki ni lain sikit,Leha. Dia pemalu,ada kat luar tu. Gabra agaknya,hehe…” kata Saiful sambil tertawa.
“Pelik,Haiqal bukan begitu orangnya.” Kata Saleha lagi.
“Haha…tengok tu! Pengantin perempuan pulak tolong tarik pengantin lelaki ke pelamin,haha..” Saiful ketawa lagi.
Ruang luar gamat dengan suara hilaian tawa hadirin yang hadir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 12:12


Gamat.. gamat.. Aa.. tak sabar
Seronoknya!! hehehe..
Chaiyo2!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 16:00


“Aikk??!” Saleha tercengang. “Si..siapa pengantin lelaki tu?Mana Haiqal?Takkan silap orang agaknya?” Saleha menggosok-gosok matanya.
“Kan abang dah kata tadi,Leha tak percaya.” Mukhlis tersenyum.
“Hehe..Kenapa kelakar sangat pengantin lelaki tu? Takut pelamin runtuh ke?” Saleha turut tertawa.

“Entah…tapi Sabrina nampak sayang kat dia.” Kata Mukhlis lagi.
“Lissa….,eh,mana Lissa pergi?” Saleha tercari-cari. Tadi ada di tepi,sekarang dah menghilang.
“Dia lari agaknya,” kata Mukhlis.
“Isshh..abang ni!” Saleha masih tercari-cari di celahan ramai,tapi tak jumpa.

“Leha nak ke mana tu?” Mukhlis terpaksa mengekori isterinya yang tiba-tiba meninggalkannya. “Leceh betullah,dia tu pregnant. Tak sayang diri ke?” leter Mukhlis seorang diri.

Terus melewati orang ramai. Tiba di luar rumah,matanya masih tercari-cari kelibat sahabatnya itu.

“Leha,slow la sikit. Leha pregnant tu,nanti jatuh,abang jugak susah.” Mukhlis memegangnya erat.
“Tak apa,abang. Isteri abang ni kuat,” Saleha tersenyum.
“Tapi tak sama macam baby kita tu,” kata Mukhlis lagi.
“Ye la,ye la…!Mana Lissa ni?” Saleha dah letih.

“Eh,dah nak balik ke?” sapa Tuan Haji Ilyas.
“Tak,err…Tuan Haji baru sampai?” Saleha gabra.
“Iye. Kami tolong iring pengantin lelaki tu. Nasib baik selamat sampai.”
“Kamu dah mengandung,Leha?” tegur Puan Aisyah.
“Ye,Puan. Err..apa hubungan Tuan Haji dengan pengantin lelaki tu?” Saleha hairan.

“Dia tu anak saudara saya,belajar kat U.K. Dia tu pemalu sikit, tak macam Haiqal,nakal.Hehe..” Tuan haji tertawa kecil.
“Anak saudara? Macam mana boleh kawin dengan Sabrina?Kan….!” Saleha masih keliru.
Tuan Haji tersenyum, “Jodoh Allah yang tetapkan. Kalau dah jodoh,takkan ke mana.”
“Betul tu. Hasnil ni sepupu Haiqal. Mereka rapat sejak dari kecil lagi. Cuma dia lewat sikit tamat belajar. Haiqal pulang dulu.” Kata Puan Aisyah pula.

“Mana Haiqal? Tak nampak pun,” tanya Mukhlis.
“Eh,dia tak bagitau kamu ke? Dia akan pergi ke U.K. tak lama lagi. Dia nak sambung belajar. Entah, tiba-tiba nak belajar semula.” Beritahu Tuan Haji.
“Patutlah lain macam saja cara dia cakap hari tu.” Kata Mukhlis.
“Cakap apa?” tanya Tuan Haji.
“Tak..tak ada apa. Dia tak datang ke?”

“Katanya datang lewat sikit. Kami masuk dulu,lah ye?” Tuan Haji berlalu masuk,diikuti isterinya.
“Kenapa tak bagitau Leha awal-awal?Abang dah tahu,tapi buat-buat tak tahu.” Saleha merajuk.

“Abang baru tengok kad tu tadi. Leha yang tak tengok. Dahlah,Sabrina dah kahwin. Cepat pujuk kawan Leha tu. Nanti terlepas.” Kata Mukhlis sambil senyum mesra.
“Mana nak cari dia? Orang ramai ni…!” Saleha hampir putus asa.
“Mesti ada dekat sini. Haa…cuba call handset dia.” Saran Mukhlis.
“Ye tak ye jugak,” Saleha mencapai handsetnya lalu didail nombor Alissa.
“Sambil-sambil tu,kita jalan.Jom,” Mukhlis memimpin isterinya.

Irama lagu nasyid bergema. Dalam kekalutan melarikan diri,tangan segera meraba-raba tas tangan mencari handset. Kaki dihayun laju,sama laju dengan tangannya.Tiba-tiba terlanggar seseorang,handsetnya terjatuh.

“Maaf,tak sengaja…” handset dihulur kembali pada empunya badan.
Mata bertentang mata. Cepat-cepat dialihkan,takut panahan anak panah iblis meracuni minda.

“Terima kasih,” handset disimpan semula.
“Eh,tak nak jawab ke? kasihan orang tu penat mendail,” kata Haiqal,senyum nakal.
Alissa kaget,bercampur malu.
“Dah jatuh,siapa nak jawab?” kata Alissa.
Alissa ingin beredar dari situ.

“Eh,awak tak nak tengok pengantin ke?Rugi tau? Sepupu saya tu kacak jugak orangnya. Tak sangka jodohnya dengan Sabrina. Cantik kebarung awak pakai?” Haiqal menjeling nakal.
“Maaf,saya nak balik.” Terus berjalan laju.
Haiqal mengekori perlahan-lahan dari belakang.

Tetamu sibuk melihat dua mempelai bersanding. Tak kurang pula yang menjamu selera di khemah di laman rumah.

“Mana Alissa ni?Call tak angkat,” Saleha dah penat mendail.
“Tu…kat sana tu.Eh,macam kenal…” Mukhlis cuba meneka si jejaka yang sedang mengekori Alissa dari belakang.
“Lissa!” laung Saleha sambil berlari mendapatkannya.
Alissa terkejut,lalu berpusing ke belakang. Dilihatnya Haiqal tersenyum memandangnya.
Saleha memaut lengan Alissa, “Lissa,Lissa ke mana tadi?Penat Leha call tau?Fuh!” melepaskan penatnya.

“Maaflah,Leha ok tak?Jangan berlari lagi,jaga kandungan tu.” Timbul rasa belas pada sahabatnya itu.
“Leha penatlah…” Saleha kelihatan pucat tiba-tiba.
“Jom,kita duduk dulu.” Alissa memapahnya ke suatu tempat duduk bawah khemah.

“Leha nak makan?Abang ambilkan,ok?” Mukhlis berlalu,dicuitnya Haiqal. Haiqal turut sama beredar.
“Minta maaf,ye? Lissa menyusahkan Leha pulak.” Alissa rasa bersalah.

Saleha senyum, “It’s ok. Jangan lari lagi,ok. Kenapa keluar tak bagitau Leha?”
“Lissa rasa nak balik,tu saja.” Alissa senyum.
“Balik?Eh,buat habis minyak kereta saja!Lissa kena makan dulu,tau? Oppss!Macam kenduri Leha pulak,hehe…” Saleha tertawa kecil.

Tetamu tidak putus-putus bertandang. Famous jugak Dato’ Khalid ni. Majlis meriah mengalahkan menteri pulak. Anak kesayangan katakan, kenalah buat biar puas hati. Sekali seumur hidup. Ibu bapa mana tidak mahu melihat anaknya gembira.

“Lissa tahu tak, Sabrina kahwin dengan Hasnil,sepupu Haiqal. Mati-mati Leha ingat dengan Haiqal.” Kata Saleha.
“Lissa tahu.” Katanya ringkas.
“Tahu?Emm…Lissa tahu tak Haiqal akan pergi ke U.K. tak lama lagi.Nak sambung belajar katanya.”
Bergetar jantung Alissa seketika.
“Leha rasa kan,dia bukan nak sambung belajar. Tapi patah hati.” Sambung Saleha lagi.

“Dia kan banyak duit, biarlah dia sambung belajar.” Kata Alissa.
“Eh,Lissa ni!Leha cakap pasal Lissa dengan Haiqal….!” Saleha geram dengan sikap sahabatnya itu yang masih tak faham-faham.
“Apa pulak?Lissa tiada kaitan,ok.”
“Kamu dua orang ni sama-sama keras hati tau?Tak nak mengalah. Mengaku sajalah Lissa sukakan Haiqal tu…kan?” Saleha berbisik ke telinganya.
Merah padam muka Alissa.
“Haa…tengok tu. Merah padam muka dia,hehe…” Saleha ketawa mengusik.

“Apa ketawa seorang-seorang ni?Ingat,Leha tu mengandung,nanti terbawa-bawa pada baby. Tak pasal-pasal masuk wad…” Mukhlis tersenyum mengusik.
“Abang ni…..!” Saleha jeling semacam.
“Tahu marah,nah makan. Nanti masuk angin,susah.” Mukhlis duduk di samping isterinya.

“Ini untuk awak.Jangan nak lari pulak. Jangan risau,saya tak letak racun pun,hehe…” Haiqal masih sempat menyakat.
Mukhlis dan Saleha saling tersenyum.
“Makan,Lissa. Mungkin ini kali terakhir kita dapat makan bersama boss kita ni.Ye tak,boss?” kata Saleha.
Haiqal pula nampak muram.

“Haiqal,bila nak pergi?” tanya Mukhlis.
“Tunggu puteri dulu,” katanya ringkas.
“Aik??Puteri mana pulak?” tanya Mukhlis lagi.
“Dia ada, cuma susah sikit nak bagi signal hijau.” Matanya melirik Alissa. Alissa tunduk saja makan,buat pekak saja.

“Kalau boss pergi,siapa nak ganti?” celah Saleha pula.
“Nanti ayah carilah,” lalu meneruskan menjamu selera.
“Saya dengar..ada orang datang merisik,siapa?” Mukhlis pula ajukan soalan pada Alissa.
Alissa terkejut, “Ermm?!Merisik?Mana ada?” sekali lagi mukanya merah padam.

“Tu..kebarung tu…cantik,” kata Mukhlis lagi.
“Ni..baba yang beli.” Hatinya mula resah gelisah.
“Ye ke?Haiqal,bukankah taste kau macam ni?Kalau tak silap akulah,hari tu kau ada berkenan nak beli kebarung. Kebarung nilah pilihan kau. Bila masa kau beli,ha?Hari tu tengok-tengok saja.” Mukhlis cuba cungkil rahsia.

“Bukan kebarung ni saja kat kedai tu,melambak lagi kat tempat lain.” Kata Haiqal pula.
“Jadi,bukan pemberian kau,lah ni?” Mukhlis inginkan kepastian.
“Tanya Alissa,lah. Mana aku tahu.” Haiqal buat tak tahu.

Alissa termenung sejenak. Dia masih teringat kata-kata babanya berkenaan calon suaminya. Ain dan Aiman pun nampak gembira semacam saja. Mungkinkah ada rahsia di sebaliknya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 19:56


panajangnya....bila kesudahaan cerita tu...apapun amat menarik dan penuh suspen

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 10:59


panjang benor... naik juling mata ana ini...heheh :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 16:36


Alissa cepat-cepat mencapai teko air.
“Eh,dah siap ke?Cepatnya…” tegur Saleha.
“Lissa minta diri dulu,lah.” Bangkit tiba-tiba.
“Nak balik ke?”
“Emm…Lissa rasa tak sihat pulak.”
“Biar kami hantar. Hulurkan teko air tu,Leha.” Kata Mukhlis.
“Sampai bila awak nak lari dari saya?” tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Haiqal.
Masing-masing berpandangan.
“Apa boss cakap ni? Saya tak faham.” Alissa gabra.
“Tak apalah. Mukhlis. aku balik dulu. Flight aku malam ni.” Haiqal berjabat tangan,lalu beredar.

Wajahnya tampak muram. Hati Alissa resah gelisah. rasa mahu menangis pun ada.

“Lissa,awak tak faham ke? Haiqal betul-betul sukakan awak. Pergilah pujuk dia sebelum terlambat.” Kata Mukhlis.
“Saya tak tahu,Mukhlis. Hati saya berbelah bagi.” Kata Alissa.
“Jom,jumpa Sabrina. Lepas tu,kalau Lissa nak balik,bolehlah.” Saleha memaut lengannya.
“Baiklah,” Alissa ikut sahaja.

Namun hatinya berdebar. Fikirannya asyik bertumpu kepada Haiqal. Tapi Alissa tidak tahu,bagaimana untuk berhadapan dengannya. Sikap Haiqal yang acuh tak acuh membuatkan Alissa serba salah.

Seronok beramah mesra dengan dua mempelai sambil bergambar kenangan. Tidak ketinggalan Saleha dan Alissa. Sabrina dan Hasnil sama cantik,sama padan. Walaupun kenal dalam masa yang singkat,namun hati yang ikhlas tanpa megenal pangkat dan darjat telah menyatukan mereka berdua.

Dalam suasana yang ceria itu, satu panggilan kecemasan telah mengejutkan semua orang.

“Cepat,maknya! Kita ke hospital sekarang!” Tuan Haji kalut berjalan di celahan orang ramai.
“Kenapa,pak cik?” tanya Mukhlis.
“Accident! Haiqal accident!!” katanya lagi.
“Kalau macam tu,saya ikut sama,lah.” Mukhlis memimpin Saleha pergi.
Alissa turut gelisah mendengar berita itu.

“Papa,Sabrina nak ikut.” Sabrina gelisah.
“Kau tu pengantin baru,takkan nak pergi ke sana macam ni?” kata Dato’ Khalid.
“Kita tunggu di sini,nanti abang call diaorang. Sabrina jangan risau. Haiqal akan selamat.” Hasnil cuba tenangkan isterinya itu.
“Tapi,bang…!” Sabrina gelisah.
“Sabar itu separuh daripada iman.Ina kena sabar,abang kan ada?” berbisik.
“Maafkan Ina,bang.Sabrina terlalu mengikut perasaan.” Sabrina senyum semula.
“Ha,Lissa..kau nak pergi tak?” tanya babanya.
“Jomlah,jangan difikir lagi.” Ummi terus bawa Ain dan Aiman masuk ke dalam kereta.
“Masuk,” baba buka pintu belakang. Alissa ikut sahaja.

Perjalanan dirasakan lambat,hati penuh debaran.

“Baba….,” kata Alissa. “Ada sesuatu yang baba sembunyikan dari Lissa ke?”
“Ermm?!” baba tersentak.
“Akak terimalah abang Haiqal,ye?Dia baik,Ain suka dia.” Tiba-tiba Ain memeluk lengan Alissa.Bergetar jantungnya.
“Emm,ya. Maafkan baba kerana rahsiakan perkara ni. Baba takut kau tak terima.” Baba akhirnya berterus-terang.

“Sampai hati,baba…” air matanya mula menitis.
“Akak,akak nangis?” Aiman asyik merenungnya.
“Kenapa buat Lissa begini?” Alissa sedih.
“Hari tu Haiqal ada datang jumpa baba.Baju kebarung tu… dia yang bagi.” Kata baba lagi.
“Terimalah Haiqal,Lissa. Apa lagi yang kau mahu?Ummi rasa dia dah ditakdirkan bersama kau.” Kata ummi pula.
Alissa diam,air matanya menitis laju.

“Lissa berdosa,ummi. Haiqal jadi begini kerana Lissa..isk,isk..” Alissa menangis lagi.
“Tisu,kak.” Ain hulurkan tisu.Alisssa ambil.
“Jangan salahkan diri.Tak baik. Semua yang terjadi di dunia ini atas kehendak Allah.
Jangan menagis lagi.” Pujuk umminya.

“Kak,akak menangis ni sebab rindukan abang Haiqal ,ye,hehe…” Ain ketawa lucu.
“Pandai-pandai saja dia!” cubit adiknya.
“Adoi!Akak ni,sambil menangis pun masih sempat cubit orang!” Ain mengaduh sakit.

Alissa tersenyum.,lalu mengesat air matanya.
“Ummi tahu,Lissa sayangkan Haiqal,kan?Lupakan kisah lalu,ok?” umminya senyum.
“Inilah calon yang terbaik buat Lissa. Baba sokong seratus peratus!” babanya senyum puas hati.
“Tapi..Lissa telah lukakan hati dia,baba. Dia accident pun sebab Lissa.” Kata Alissa lagi.
“Sudah,baba tak nak dengar lagi. Kita jumpa dia di sana.” Meneruskan perjalanan.

Suasana di luar wad menunggu resah gelisah. Ramai yang sedang menanti. Di sebalik celahan ramai itu,ada seseorang yang dikenali turut terpacak di situ. Nampaknya sedih sekali.

**************

siapa ya...???
teka.....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 17:25


ee.. seronoknya.. zaki ke? haks.. seronoknya kalau ending dia sedih (no!!).. hehehe..

Best bc cerita akak, tak boring.. jadi tak sabar2 menunggu sambungannya...

Gambatene!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 15:03


“Laila?!Mana Laila pergi,ha?Bercuti sampai tak ingat kat orang!” Saleha menepuk bahu Laila.
Laila kelihatan sedih, “Leha…huhuhu…” terus memeluknya. Saleha panik.

“Eh,Kenapa ni? Laila buat apa kat sini?”
Laila mengesat air matanya, “ My husband…..!”
“Bila masa Laila kahwin? Laila kahwin belah Siam ye?”
“Taklah! Kami kahwin kat Perak,family Laila yang aturkan. Dah jodoh. Maaflah,tak sempat jemput,kami buat kecik saja.”

“Dah kahwin rupanya,siapa husband Laila tu? Mesti keturunan sheikh jugak,” Saleha tak sabar nak tahu siapa suaminya.
“Biasa saja,nama dia…Fariz Khan. Bukan Shah Rukh Khan tau? Ni Khan tulen,hehe..” Laila tidak lagi menangis. “Kenapa ramai orang kat sini?Tuan Haji pun ada.”

“Ada accident,tau? Kami dari rumah Sabrina,dia kahwin dengan sepupu Haiqal,Hasnil namanya.”
“Iye? Alissa mana?”
“On the way agaknya,” Saleha kemudian sama-sama menunggu.

“Leha,Laila!” kelihatan Alissa berlari mendapatkan mereka berdua.
Mereka saling berpelukan.
“Lissa tahu tak? Laila dah kahwin,Fariz Khan nama husband dia.” Beritahu Saleha.
“Alhamdulillah,baguslah. Laila buat apa kat sini?”

“Husband accident tadi,Laila duk tunggu la ni,” Laila kembali sedih.
“Sabar,semoga dia akan selamat.” Pujuk Alissa.
“Lissa tak bimbangkan Haiqal ke?” tegur Saleha.
“Dia accident jugak ke?” tanya Laila.
“Emm…” Saleha hanya mengangguk.
Alissa diam tak terkata.

“Mana ummi dan baba Lissa?” Saleha tercari-cari.
“kat depan tu,duk borak-borak dengan Tuan haji.Duduk dulu,Leha.Leha kan mengandung tu?Duduk,” Alissa menariknya duduk.
“Take care betul sahabat aku seorang ni….” Kata Saleha dalam hati.
“Seronoknya!Tak lama lagi timang baby,lah ye?” Laila senyum semula.

“Laila ni,sekali sedih,sekali senyum…” Saleha tertawa kecil.
“Sedih,sedih jugak..husband kan? Alissa bila lagi?”
“Tunggu sajalah….,” jawab Alissa ringkas.

“Eh,Zaki apa cerita?” Laila buka topik baru.
“Emm…dengar cerita ok dah. Nasib baik tak sempat kahwin dengan Alissa,kan? Tak ada jodoh. Emm…sekarang ni,jodoh dah ada kat depan mata, jangan tolak pulak. Kali ini,biar Leha yang bagitau Haiqal.”

“Eh,Leha nak bagitau apa?Jangan nak memandai,” Alissa gelisah.
Saleha ketawa kecil, “Hehe…tengok tu,orang acah saja,muka dah merah padam.Haha….”
“Leha ni!” cubit lengannya,Saleha mengaduh.
“Kamu dua orang ni,tak habis-habis bergaduh,hehe…” Laila tersenyum melihat telatah mereka berdua.

Tiba-tiba keluar seorang doktor dari bilik kecemasan. Laila terus bertanyakan suaminya.
“Doktor, macam mana suami saya?”
“Suami puan? Apa namanya?”
“Fariz Khan,” ringkas.
“Emm..puan tunggu sebentar,ye? Ada seorang lagi yang tenat,” kata doktor lagi.

Berderau darah Alissa mendengarnya.
“Tenat? Doktor tolonglah selamatkan dia….!” Rayunya.
Doktor itu tersenyum, “Awak ni isteri En. Arumugam ke?Dia yang sedang tenat sekarang ni.”
Alissa terkedu, “Err…tak.”
“Kalau begitu,saya pergi dulu.” Doktor itu beredar.
Saleha dan Laila menahan tawa mereka.
“Hehe..isteri Arumugam?Hehe….!”
“Ketawalah,ketawa!” Alissa duduk semula di tempat menunggu.
“Ala..janganlah marah.” Saleha pula memujuknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 15:09


Dalam leka berbual, mata terpandang seseorang yang sedang keluar dari bilik rawatan doktor di sudut lain.

“Abang!Eh,itu suami Laila,lah!” Laila bergegas mendapatkannya.
“Mana?Biar betul…!” Saleha dan Alissa mengekori dari belakang.
“Betullah!” Laila tersenyum gembira.
Laila memeluk erat lengan suaminya itu.
“Abang..abang tak apa-apa?Laila risau tau tak?Ingatkan abang kat bilik sana.”
“Alhamdulillah,sikit saja.Kaki abang ni.” Fariz Khan menilik kakinya yang berbalut.
“Emm..nasib baik Haiqal bantu abang tadi. Kalau tidak,tak tahulah apa akan jadi.”

“Haiqal?!” masing-masing berpandangan.
“Ni..ubatnya,Fariz. Eh?!” Haiqal keluar dari bilik doktor,turut terkejut.
Alissa terkejut sama.
“Ayah awak kata tadi…awak accident!” kata Saleha,kehairanan.
“Accident?” Haiqal tertawa kecil, “Silap faham tu. Fariz,kereta awak saya dah suruh orang tolong hantar ke workshop. Nanti saya bagi no.phone dia.”

“Thank you very much. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak,Haiqal.”
“It’s ok. Kita kan kena saling bantu-membantu. Aik? kenapa awak peluk orang lelaki ni?” Haiqal pelik tengok Laila yang asyik peluk lengan Fariz.
“Oh,terlupa! This is my wife, Laila.” Kata Fariz.
“Oh,ye ke? Bila kahwin? Tak jemput pun.”

“Sorry,boss. Emergency,kahwin kat kampung. Sebab tu saya cuti lama.”
“Eh,kamu dah kenal ke?” Fariz pelik.
“Boss Laila,bang.” Jelas Laila lagi.
“Keciknya dunia ni,ye?Boss rupanya.”
“Dalam office.. boss,kat luar.. manusia biasa saja,” Haiqal senyum mesra.

“Haiqal!kat sini kau rupanya!” Tuan Haji dan yang lain-lain mengerumuni Haiqal.
“Kau tak apa-apa?” tanya Mukhlis.
“Bukan aku accident.aku cuma bantu Fariz ni,suami Laila.Kebetulan aku lalu kat tempat kejadian tadi.”
“Flight kau macam mana?”
Haiqal hanya senyum.

“Kau tak jadi pergilah,ye?”
“Nak buat macam mana?Kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan.”
“Mana Alissa? Tadi ada kat sini. Issh..budak ni,hilang lagi!” Saleha mengeluh.
“Kau tak nak kejar ke?Last chance U know?” Mukhlis menepuk bahu Haiqal.
“Pergilah,boss…! Tadi dia menangis risaukan boss tau?” celah Saleha pula.

Dalam tak sedar, Alissa menarik ummi dan babanya balik. Mereka menaiki lif untuk turun ke bawah. Mereka kemudian berjalan menuju ke tempat parking kereta.

“Lissa, kau tak patut buat begini,” kata baba.
“Ummi pun dah naik jemu dengan perangai Lissa ni,tau?Ambillah peluang yang ada ni,nanti menyesal tau tak?” celah ummi pula.
Alissa hanya diam.

“ Tadi nampak benar sayang kat Haiqal,sampai nagis-nangis.” Baba ketawa kecil.
“Lissa sedar siapa diri Lissa ni. Biarlah dia cari yang sepadan dengan dia.”
“Budak ni,aku lekuk kang…..ha…!” baba berseloroh. “Jodoh pertemuan di tangan Allah.Mungkin jodoh Lissa telah ditetapkan dengan Haiqal.”
“Itu kata baba,” Alissa masih nak mengelak.

“Ain,Aiman,masuk.” Baba buka pintu kereta belakang.
“Baba,abang Haiqal!” jerit Aiman,lalu berlari mendapatkannya.
“Aiman,kereta tu!” jerit Alissa pula.

**************************

nanti kejap...rasanya dah jadi novel dah ni....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

rozihan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2006
Ahli No: 21749
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 17:13


assalamualaikum..

sempat lagi buat lawak isteri arumugan..kekekek

Bookmark and Share

    


  Member Information For rozihanProfil   Hantar PM kepada rozihan   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 10:18


Haiqal cepat-cepat memimpinnya, “Tak apa,Aiman selamat dengan abang kan?”
“Emm…,” Aiman tersenyum gembira di sisi Haiqal.
Alissa tidak boleh lari lagi. Kelihatan Saleha dan yang lain menyusur dari belakang.

Haiqal turut serba salah.

“Pak cik…saya nak minta restu pak cik melamar Alissa,boleh?” katanya perlahan.
Alissa terkejut dengan kenyataan itu.
Baba senyum, “Pak cik ok saja. Tu…empunya badan tu…” baba menunjuk pada Alissa.
“Cakaplah setuju,kak.” Celah Ain pula.
“Issh..budak-budak,jangan campur urusan orang tua. Masuk dalam kereta.” Baba beralih ke keretanya,diikuti ummi.

Alissa masih diam. Haiqal cuba menyelami perasaanya.
“Alissa,saya minta maaf atas keterlanjuran sikap saya selama ini. Mungkin awak banyak terguris,kan? Oh,ye! Terima kasih atas pemberian hadiah comel tu,saya sukakannya.”
“Saya dah lama maafkan boss.” Kata Alissa perlahan.
“Apa awak cakap? Saya tak dengarlah…” Haiqal pura-pura tak dengar.
“Saya…dah lama…maafkan boss. Jelas?”
Haiqal tertawa kecil, “ Mulai sekarang,tiada lagi boss,ok. Nanti kita bina hidup baru,ye?”

“Apa boss cakap ni? Saya tak faham.”
“Hai…nak suruh saya dukung dulu ke baru nak faham?”
“Minta maaf,ye….saya nak balik.” Alissa cepat-cepat memasuki kereta.
Kerana terlalu kalut,sepatu kirinya tertanggal lalu terjatuh di luar kereta. Pintu dibuka semula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Ashraff
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13678
Posting: 32
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 11:25


BEST JUGAK cerita NI..HAIQAL macam NAMA TENGKU KITALAH :-) TENGKU HAIKAL.ADA KENA MENGENA KE? :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For AshraffProfil   Hantar PM kepada Ashraff   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 13:20


mana ada.....nama sama tak semestinya serupa....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 13:40


“Adoii!!” Haiqal mengaduh kesakitan.
Alissa keluar dari kereta, “Boss,maaf boss. Saya tak nampak tadi.”
“Apa awak dah buat dengan anak saya ni,Alissa?” muncul Tuan Haji.
“Err…saya..saya….!” Alissa tak terkata.
“Jangan lepaskan dia,Tuan Haji. Suka hati dia saja ketuk kepala orang,” celah Saleha dari belakang.
Berdesing telinga Alissa dibuatnya.

“Nah,sepatu awak. Jangan jadi Cinderella pulak. Tak larat saya nak mencari empunya sepatu ni karang.” Haiqal menghulurkan sepatu, sambil menggosok kepalanya yang denyutnya belum hilang lagi.
“Maaf….,” sepatu dipakai semula.
“Sakit,Haiqal?” tanya Mukhlis.
“Sakitlah,tanya pulak.”
“Alissa,dah banyak kali awak buat Haiqal begini. Saya tak boleh lepaskan awak.” Kata Tuan Haji lagi.

Alissa gelabah, “ Tuan Haji nak bawa saya ke balai polis ke?”
“Emm…Alissa akan dipenjara selama-lamanya.”
“Biar betul….!” Saleha turut gelisah.
“Kau pun sama,Haiqal!Masuk penjara jugak.”
“Apa pulak Haiqal,ayah?”
“Haha….dua-dua kena kahwin,faham?”
“Laa…ingatkan apa tadi?Suspens betullah Tuan Haji ni. Leha setuju. Lissa,padan muka,hehe…Kali ni tak boleh lari lagi.”
“Leha…!” Alissa terpaksa terima.
“Apa tunggu lagi,balik! Waktu Maghrib dah nak habis ni.Balik,balik..” Tuan Haji minta semua bersurai.

Masing-masing bersurai. Baba Alissa sempat lagi memberi isyarat tangan ‘best’ kepada Tuan Haji. Tuan Haji turut membalasnya sambil tersenyum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 16:41


“Baba,Lissa malulah…” Alissa mengeluh kecil.
Ain dan Aiman ketawakan Alissa.
“Padan muka akak. Nak lari konon,hehe.Abang Haiqal ok,padanlah dengan akak.” Kata Ain.
“Emm…dah sampai masa akak kahwin tau? Akak suka tak?” tanya Aiman pula.

Alissa diam,tapi bibirnya mengukir sebuah senyuman.
“Hooreyy….!! Akak suka abang Haiqal..!!” Dua-dua berteriak kesukaan.
Terkejut baba dan ummi di depan.
“Apa bising-bising ni?”tegur baba.

“Ha,Lissa..kau jangan buat hal lagi,tau?kasihan kat Haiqal. Tak pasal-pasal kena penangan pintu kereta tadi. Lissa mesti tebus kesalahan Lissa.” Ummi memberi nasihat.

“Lissa tak sengaja,lah, umi. Tapi kan..Lissa rasa kerdil,lah. Dia berpangkat,kelulusan tinggi,Lissa KLCC pun tak sampai.”
“Siapa suruh panjat KLCC?” baba ketawa,diikuti yang lain.
“Semua tu tak penting,Lissa. Jodoh tak mengenal semua tu. Kejujuran dan keikhlasan yang penting.” Celah ummi.
“Kalau begitu…Lissa setuju sajalah.”
“Alhamdulillah…! Baba dapat jugak menantu tahun ni.” Baba senyum puas hati.

*****************

sikit lagi nak habis....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 09:33


Masa berlalu begitu pantas. Masing-masing melalui cara hidup tersendiri.
Tiba giliran untuk meraikan majlis sahabat tersayang. Bermacam-macam bentuk hadiah diterima. Semuanya pemberian tetamu yang datang.

“Sarungkan cincin tu,Haiqal. Senyum sikit,nak ambil gambar ni.” Mukhlis sibuk jadi jurugambar.
“Alissa,senyumlah…” Saleha dan yang lain tak habis-habis menyakat.
Haiqal perlahan-lahan meyarungkan cincin tanda ikatan antara dua hati. Alissa nampak malu-malu.
“Apalagi? Ciumlah tangan tu,Lissa..” kata Laila pula.
“Malunya dia,hehe…” bisik Saleha.

Alissa perlahan-lahan tunduk mengucup tangan suami tercinta, Haiqal. Tiba-tiba air matanya jatuh menitis mengenai tangan Haiqal.

“Kenapa ni,sayang?” Haiqal memanggu dagunya,lalu dikesat air matanya.
“Lissa bersyukur dan terharu,bang. Tak sangka abang akan terima Lissa yang tak seberapa ni.” Katanya penuh sayu.
“Jangan kata begitu,tak baik. Hari ni adalah hari yang paling gembira bagi abang. Abang bersyukur kerana dikurnia seorang isteri yang baik seperti Lissa.Jangan nangis lagi,ok.Malu orang tengok.” Kata Haiqal dengan penuh kasih sayang.

“Lissa,perkara dah lepas tu,lepaslah. Jangan diungkit lagi. Cuba tengok dalam cermin tu, dua-dua sama padan,kan?” Saleha menilik kedua mempelai.
Alissa tersenyum, “Pandai kenakan orang ye?”
“Leha jangan over sangat,nanti tak pasal-pasal beranak kat sini. Haru jadinya,” kata Mukhlis.

“Dah sampai bulan ke,Leha? Laila baru lima bulan ni.” Kata Laila.
“Entah,kalau beranak kat sini pun..apa salahnya? Boleh jadi anak angkat Lissa..” masih sempat berseloroh.
“Jomlah keluar,ambil gambar depan pelamin pulak.” Sabrina menjenguk masuk.
“Jom,sayang.” Haiqal memimpin Alissa.
“Malulah panggil begitu,” tersipu malu.
“Nak malu apa?Isteri abang kan?Jom,” kedua-duanya diiring keluar dari bilik.

Semua ada menanti. Mereka saling bergambar kenangan dengan kedua mempelai.
“Sayang cinta kat abang sebab harta,ye?” bisik Haiqal.
“Mana ada? Abang seorang yang baik, Lissa suka,lah.”
“Gurau saja. Senyum…” kedua-duanya senyum menghadap kamera.
“Alamak,perut Leha rasa sakitlah…,bang…” Saleha terduduk di depan pelamin.
“Leha…!Kan dah kata tadi…!” Mukhlis gelisah.
“Oppss…baru Leha ingat, tadi Leha makan asam. Hehe…nak ke toilet kejap.” Beredar dari situ. Yang lain ketawa.
“Leha ni,buat orang terkejut saja.” Mukhlis rasa lega. “Ready…I,2,3.Smile…!!”

KLIK!KLIK!KLIK!

Begitulah peristiwa dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah. Setiap insan ada akhlak dan fe’ilnya tersendiri. Allah cipta semua manusia dalam keadaan elok dan indah,cuma akhlaknya saja yang berbeza mengikut individu itu sendiri. Jadi bersyukur dengan apa yang ada dan redha dengan qada’ qadar-Nya.

Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

Ukhuwwah itu indah jika berlandaskan Islam

:):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 10:53


kahwin jugak.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 10:54


:roll: :roll: hhmmmm.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 12:34


banyaknya rintangan kan?maaf kalau tak suka....
ana hanya menulis..tiada kaitan dengan hidup dan yang telah mati...

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 15:59


dah habis ke ???
:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 16:11


kenapa?! ayang nak suruh sambung lagi?nanti admin marah pula....panjang2...hehehe...:)
kalau kat luar,ana tulis sampai 100 lebih muka surat...saja buat bacaan sendiri dan kawan2.....

tapi ana tak pandai pun...ni first time letak kat ukhwah...:)

Kalau ayang mahu baca yang lain..beritahulah...
sebenarnya tajuk lain tu...tapi sebab nak letak dulu kat ukhwah...letak 'cermin diri' :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

rozihan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2006
Ahli No: 21749
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 16:28


assalamualaikum..
happy ending jugak akhirnya.
cuma cerita ni kebanyakan watak utama..mudah sangat percaya cakap orang ..:di

Bookmark and Share

    


  Member Information For rozihanProfil   Hantar PM kepada rozihan   Quote dan BalasQuote

zaid3246
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21710
Posting: 45

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 20:24


tak tahu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaid3246Profil   Hantar PM kepada zaid3246   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 16:37


ni tajuknya yang sebenar...

"DALAM DIAM KU MENCINTAIMU"

jangan marah ye....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-01-06 17:52


....INDAHNYE KALAU IA BETUL2 TRJADI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 09:05


.....:):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 11:50


Tapi ending dia typical sangat la ... dah boleh agak dari awal-2 lagi ... banyak cerita melayu, novel melayu yang saya baca ending dia mesti macam tu ... tak ada pembaharuan ... buat la dia tak jadi kawin ke .. mati ke .. tak ada jodoh ke ... bahagia dengan orang lain ke .. contoh ending yang menarik ialah seperti cerpen hatiku milikmu .. rasanya pernah disiarkan dalam forum cerpen ukhwah ni .. cuba cari ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 11:59


Dan seperkara lagi .. just nak tau la .. banyak jugak cerpen atau novel yang mengisahkan gadis sederhana yang berkahwin dengan anak orang kaya ... Kenapa ye ??

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 16:13


Kenapa ye??!...........
:)

entahlah,tapi jarang orang kaya mahu cari pasangan orang rendah...
biasanya cari yang sekufu mereka sahaja...

tapi atas individulah...Kalau dah jodoh,nak buat macam mana...(Kalau silap tolong betulkan)

emm..berkenaan ending cerita tu...tu cerpen lain.
Lain -lain cerita yang ana buat,tak sama dengan yang ni. Cerpen ni ending begini, yang lain tak..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 14:11


Akak ada lagi cerpen?..
Boleh paste di portal ukhwah tak?.. seronok membacanya ^-^

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 14:28


akak tak pandai sangat...
Kalau sempat..ada masa,akak paste,k...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-01-06 16:20


tak sabar rasanya nak tunggu.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 16:23


emm..baru siapkan tadi....
pendek saja..."Isi Hati Ini,Tuhan Saja Yang tahu"

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-01-06 18:26


Assalamualaikum....

dah habis dah eh?

seronok dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 15:19


erm.. best juga ending nya.. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 10:28


Pada 23-01-06 16:13 , sesejuksalju posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa ye??!...........
:)

entahlah,tapi jarang orang kaya mahu cari pasangan orang rendah...
biasanya cari yang sekufu mereka sahaja...

tapi atas individulah...Kalau dah jodoh,nak buat macam mana...(Kalau silap tolong betulkan)

emm..berkenaan ending cerita tu...tu cerpen lain.
Lain -lain cerita yang ana buat,tak sama dengan yang ni. Cerpen ni ending begini, yang lain tak..:)


OK .. looking forward for the next cerpen ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 15:20


ana sekadar menulis...ana tahu banyak kelemahannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

asha_gurl
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17461
Posting: 191
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 17:05


best lah jugak cerita awak ni...hehee

Bookmark and Share

    


  Member Information For asha_gurlProfil   Hantar PM kepada asha_gurl   Pergi ke asha_gurl's Website   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-03-06 01:39


suka sangat cerita ni..
best!

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» CERMIN DIRI

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.194721 saat. Lajunya....