Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 171
Ahli: 0
Jumlah: 171




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 31 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: amalan kita yang terbalik


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» amalan kita yang terbalik

Please Mendaftar To Post


Oleh amalan kita yang terbalik

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 14:59


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung
kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita
akan dapati amalan kita adalah terbalik atau
bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan
dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau
telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan
oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam
pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah
terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga simati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula
menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang
membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh
simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri
kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang
diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak
pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang
mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya
kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa
kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan
untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita
berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap
Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih
kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri
jamuan, kita rasa segan nak makan sampai
habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan
dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa
gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi
kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya
solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah
untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk
nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang
mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah
orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan
puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila
balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat
dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak
bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini
terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka
gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen
walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh
baca Quran atau solat,
tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca
Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran
8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar
RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan. Bukankah
terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang
jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari
tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang
malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau
ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan
kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid)
tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang
ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki
Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada
dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias.
Tetapi kalau duduk di rumah, MasyaAllah. Sedangkan
yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk
suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan
amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita
berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah
kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut
landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang
digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita
maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup
kita.

Nota: Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariKu
walaupun satu ayat."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-05 15:07


assalamualaikum

terima kasih bagi peringatan yang baik niee

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 13-12-05 15:10


insyaAllah...syukran...
:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

syurga_ik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 309
Posting: 195
Dari: Australia

australia  


posticon Posting pada: 29-12-05 14:58


harap kita dapat muhasabah diri atas apa yang kita telah amalkan dalam hidup kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For syurga_ikProfil   Hantar PM kepada syurga_ik   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 29-12-05 15:08


mmmm.... syukran... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

aifarina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17414
Posting: 30
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 15:16


mmm.... syukran for the info @ peringatan ini.ia amat berguna sekali.kadang-kadang kita memang tak terperasaan.hehehe ;-) :-)


-----------------
"GUNAKAN DUNIA UNTUK MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For aifarinaProfil   Hantar PM kepada aifarina   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-12-05 15:20


thanks....

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130036 saat. Lajunya....