Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 47 minit yang lalu
z_tornado: 1 hari, 11 jam, 54 minit yang lalu
sarashanee: 8 hari yang lalu
CikIzzah1992: 10 hari yang lalu
Qiamulail: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: cukur bulu kaki..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» cukur bulu kaki..

Please Mendaftar To Post


Oleh cukur bulu kaki..

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-11-05 21:57


berdasrkan tajuk yang tertera di atas, nak tanya yang pakar lagi arif bab fiqh ini, boleh ke???

maaf kiranya dah ada posting ini,,,
AUF

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-11-05 21:59


erk...bagi insan yang bergelar wanita lah ye,,,
kalau lelaki tak payah lah cukur menyiksa badan saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-11-05 22:46


Assalamualaikum...

setahu saya yang kurang ilmu ni...bab ni lebih kurang macam cukur kening, dye rambut dsbnya yang kita boleh katakan sebagai mengubah ciptaan Allah...
Allah ciptakan sesuatu tu tidak sia2...Kenapa pulak kita nak mengubah ciptaan yang dah indah elok dan sempurna ni...
cukur kaki misalnya, kalau untuk niat untuk mencantikkan tu tidaklah membolehkan kita meneruskan niat tu...sebagaimana yang selalu kita dengar matlamat tak menghalalkan cara...
walaubgmpun ada certain2 keadaan yang membolehkan kita melakukannya contohnya terlalu lebat hingga mengaibkan tuan empunya diri, menyerupai lelaki sehingga menyebabkan empunya diri merendah diri dsbnya...
tapi kalau dah wanita ni berpakaian menutup aurat dengan sempurna semua ni tak menjadi masalah...
yang timbulnya masalah sekarang ni sbrnarnya sebab nak mengikut orang...tengok orang buat semua nak ikut...tengok iklan sikit nak ikut...
tu masalah orang puan ni sebenarnya...
dye...cukur kening...cukur bulu kaki...
mungkin yang lebih arif dalam fiqh ni boleh huraikan dengan lebih jelas lagi...dalil2 yang berkenaan dsbnya...

Wallahu A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
[ Telah diedit oleh: jAiLuL_mAnsHuDaH pada 27-11-05 23:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 00:01


Pada 27-11-05 22:46 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...


tapi kalau dah wanita ni berpakaian menutup aurat dengan sempurna semua ni tak menjadi masalah...




erm, dah bersuami nanti, bermasalah.. huhuhu


p/s: kecantikan hak milik setiap insan.. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

kalimahsuci
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.11.2005
Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 28-11-05 00:17


rasanya kalau seseorang itu cukur untuk suaminya...boleh...diharuskan

Bookmark and Share

    


  Member Information For kalimahsuciProfil   Hantar PM kepada kalimahsuci   Quote dan BalasQuote

suklia
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14740
Posting: 28
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 09:34


maksudnya lepas kawin baru boleh cukur bulu kakilah(minta permision)ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukliaProfil   Hantar PM kepada suklia   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-11-05 23:03


a'ah..sekarang kalau bulu kaki dah panjang, malulah kat kawan2, bukan nak menunjuk kaki pun...aurat tetap di jaga...
camanaer itu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 23:08


saya minta mana-mana sahabat jangan suka-suka keluarkan fatwa sendiri, sebab perkara ini ada dibincangkan oleh para ulama' muktabar, lebih baik kalau kita ketengahkan terlebih dahulu pendapat atau fatwa mereka baru kita bincang...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-05 02:17


tanya pada yang arif.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 11:44


Dari Al-Ahkam Online...

Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala.

Namun, bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal, maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan.

HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki .

Adapun jika seseorang wanita itu 'saja-saja' mencukur bulu kaki tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU KAKINYA.

Ana harap selepas ini sahabat-sahabat di sini tidak mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati tanpa merujuk pada sumber-sumber yang berauthoriti...

Allahu Ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-05 14:05


em...musykil juga..banyak pendapat pulak tu...tanya lagi pada yang arif...
tapi kalau waswas dan sebagai lgkah selamt...tak payah lah nak buat...
dok begitu??? :-)
[ Telah diedit oleh: hudahasnan pada 29-11-05 14:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

kalimahsuci
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.11.2005
Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 29-11-05 23:16


hmm...maafla jika saya tersalah berikan jawapannya.. :-(
saya beritahu apa yang saya tahu ketika menghadiri usrah di sekolah saya...kerana tajuk seperti ini pernah timbul dalam program usrah saya...
harap kenyataan saya yang salah itu dapat diperbetulkan :-)
saya akan lebih berhati-hati selepas ini...
terima kasih kepada sudara saudari yang memperbetulkan saya..

......saya budak baru belajar..........
......kalau salah tolong betulkan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For kalimahsuciProfil   Hantar PM kepada kalimahsuci   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 23:24


saya sokong petikan yang dikirimkan oleh SaLaFiaN Dari Al-Ahkam Online tersebut... :-)

sebab hukum mengubah ciptaan Allah s.w.t. adalah haram, sama juga kesnya dengan pembedahan plastik, ia hanya dibolehkan sekiranya ada kecacatan yang membawa kepada kesakitan, kesakitan yang dimaksudkan adalah dari segi pandangan, iaitu sekiranya ia boleh memalukan dan memberikan kehinaan kepada empunya diri...

dari. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden Pertubuhan Islam Amerika Utara menyatakan:
“Pembedahan kosmetik plastik dibenarkan dalam Islam hanya sekiranya ia dapat membetulkan dan membaiki kecacatan yang mengganggu fizikal, emosi, dan psikologi seseorang. Ia perlu dilakukan sekiranya ia benar-benar diperlukan. Pembedahan plastik yang di luar keperluan, hanya untuk mengubah bentuk dan gaya adalah suatu pembaziran masa dan wang dan adalah tidak disukai berdasarkan Syariah.”

dipetik dari Portal IslamOnline


walaupun fatwa ini tidak menjawab persoalan ini, iaitu tentang cukur bulu kaki, tetapi in sya'a'Llah ia ada kaitan dengan permasalahan yang sedang kita bincangkan, Wa'Llahu A`lam...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 29-11-05 23:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

rabiyatul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.09.2005
Ahli No: 19292
Posting: 26
Dari: Kuala Lumpur

turkey   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 00:11


Assalamualaikum
Agama Islam tak pernah memudaratkan umatnya...
Kita bukan macam kaum nasrani,yahudi..perlu pakai skirt pendek...bagi kita pakaian labuh diwajibkan..
jadi bagi ana,tak perlulah nak cukur bulu kaki,lagipun bulu kaki yang lebat akan menambahkan perasaan malu kita,supaya kita tak akan mendedahkan aurat.......kecantikkan muslimah sejati terletak pada keimanan dan akhlak,bagi ana kaum nasrani yahudi mempunyai pekerti yang rendah,tidak seperti muslimah islam....sebab itulah mereka menambahkan kecantikkan dengan mencukur bulu kaki...ana rasa muslimah islam dah memang cantik dan sempurna......jadi buat apa nak ubah2 lagi..bersyukur sajalah....kat pakistan..dan india,saudara ana bulu kaki mereka lebih lebat,tapi tak lah cukur,jadi Kenapa kita perlu....
ana minta maaf kalau ada yang tersalah
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiyatulProfil   Hantar PM kepada rabiyatul   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 09:19


Cabut bulu kaki kambing biri2 tak mengapa agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 23:31


abang ridwan ni memang nak kena..orang lain tanya lainlah..
ummi sokong saudara salafian..
mengikut sumber yang insya ALLAH betul..
kepada saudari kalimahsuci,ummi tau ada sesetegah pendapat mengatakan macam tu...dalam usrah ummi pun ada bertanyakan kemusykilan ni..dan jawapannya adalah sama dengan jawapan kalimahsuci..cuma kita mungkin kurang faham dengan kehendak suami dan tuntutan agama...
seperti situasi mencukur bulu kening apabila suami menyuruh..
tanya pada yang arif...

ps*rumah abang ridwan banyak kambing biri2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-12-05 01:29


Assalamualaikum...

!!! QUOTE !!!

Ana harap selepas ini sahabat-sahabat di sini tidak mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati tanpa merujuk pada sumber-sumber yang berauthoriti...


nak tanya akh salafian lah, adakah alahkam tu sumber yang berautoriti?Kenapa tak tanya pada Jabatan Mufti negeri-negeri yang ada dalam Malaysia ni?...

ginilah sahabat-sahabat sekelian, cukur bulu kening memang tak dibolehkan dalam Islam. manakala bulu yang disunatkan dicukur ialah bulu hari-hari manakala bulu ketiak disunatkan dicabut.

jawapan persoalan ini yang diambil dari laman web Persatuan 'Ulama Malaysia.(YDP PUM adalah AJK Fatwa Negeri Perak)

cukur untuk suami Tarikh: 6/27/2003

assalamualaikum wr..
apa hukumnya seorang isteri mencukur bulu kaki semata-mata niatnya untuk kelihatan cantik di mata suami.untuk pengetahuan si isteri menutup aurat ketika di luar, memakai sarung kaki dan memakai tudung labuh
terima kasih



Jawapan:
Hukum mencukur bulu kaki tetap haram walaupun untuk kelihatan cantik di mata suami sendiri, kerana buku kaki adalah antara ciptaan tuhan yang tidak boleh diubah/dicukur dan sama hukumnya dengan menjalani perbedahan plastik hanya untuk kelihatan cantik di mata suaminya kerana ianya sudah dikatakan sebagai mengubah ciptaan tuhan.

wallahua'lam
Oleh: cahaya agama
Tarikh Dijawab: 7/10/2003 11:56:07 AM


http://www.e-ulama.orang/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1673

wa allahu a'lam bis sawab.

namun dari mashitah mengeluarkan jawapannya seperti ini.

Cabut bulu kening bukan ubah kejadian


SAYA masih keliru mengenai hukum mencabut kening. Ada pendapat kata ia haram kerana mengubah kejadian Allah, tetapi saya lihat ramai melakukannya, malah dalam rancangan kecantikan di televisyen pun ia dilakukan atas alasan mengemas dan mencantikkan bulu kening. Apakah pandangan Datuk mengenai hal ini?




ZAI
Petaling Jaya

JAWAPAN

Ada sebuah hadis yang menyebut Allah melaknati wanita yang bertatu dan pembuat tatu, yang mencabut bulu kening, yang mengasah gigi dan yang mengubah kejadian Tuhan.

Ramai mentafsirkan mengubah kejadian maksudnya mengubah jantina daripada lelaki menjadi perempuan atau sebaliknya. Mencabut bulu kening tidak termasuk mengubah kejadian Tuhan.

Wanita berkahwin harus mengemaskan bulu kening dengan tujuan untuk suami bila mendapat keizinan daripadanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20050717113613/Article/indexs_html

tapi bila terkenang kita pada jawapan beliau berkenaan isu boleh tak boleh melacur tak lama dulu, pendapat ni nampaknya pendapat yang lemah.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 23:16


Alang-alang ABg_IMaM udah berkongsi artikel tentang mencukur kening, ana pun ingin kongsi juga. Moga bermanfaat, insyaAllah...
----------------------------------------------------------------------
Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik
Oleh: Professor Madya dari Anisah Abdul Ghani


KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”

Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik

Mengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.

Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

*Penulis (Professor Madya dari Anisah Abdul Ghani) adalah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di alamat emel, [email protected]

----------------------------------------------------------------------

Erm, maksud ana tentang berauthoriti, adalah berdasarkan rujukan kitab yang muktabar, bukannya dikeluarkan oleh pihak yang berauthoriti. Lain maksudnya. Mungkin jawapan dari Al-Ahkam Online tidak lengkap, insyaAllah, di lain masa akan dikongsikan jawapan yang lebih lengkap...

Allahu Ta'ala a'lam...


-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 21-12-05 23:23


syukfan akhi salafian

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 23:54


Pada 28-11-05 00:17 , kalimahsuci posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya kalau seseorang itu cukur untuk suaminya...boleh...diharuskan


pendapat saya sama dengan yang ni...tapi kalau yang tak kawin tetapi menutup aurat tak jadi masalah..be yourself!!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 00:45


cukur jangan tak cukur...........


tapi misai la, bukan bulu kaki atau kening atau janggut

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 00:46


rumah saya tak ada kambing biri2 dek ummi oii....kambing boleh berdiri adala agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_mnor
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 01:00


setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya..manusia dah dikurniakan akal yang cukup sempurna untuk mengkaji tiap2 satu kejadian. cuba kita renung balik, apakah fungsinya bulu kaki? senang cerita ambil saja contoh singa, kucing dan binatang2 yang berbulu. bulu itu fungsinya sebagai penebat haba, jika kita merasa sejuk bulu itu akan memerangkap lapisan udara mengelak kita merasa sejuk, jika merasa panas.. peluh akan mengalir keluar dan bulu ini mengelak air peluh ini dr tersejat dengan cepat dan dapat menyejukkan badan..
banyak lagi hikmah tiap2 satu kejadian,tapi dah lumrah manusia suka menaruh syak wasangka. akhir kata jika ada apa-apa syak wasangka cubalah kaji dulu kebaikkannya berbanding keburukannya semoga orang-orang lain dapai melihat keindahan Islam yang sebenarnya.

ps:lepas ini jangan ada sesiapa pula tanya Kenapa manusia ada 2lubang hidung ye..mana tau nak operate buang satu ke..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_mnorProfil   Hantar PM kepada najwa_mnor   Quote dan BalasQuote

VHoutenJr
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7454
Posting: 53
Dari: Pasir Puteh

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-01-06 03:43


Jika abang Imam masih meragui jawapan dari akhi salafian tu,

mungkin boleh dirujuk di sini, sebab al-ahkam sedang down sekarang.

Jawapan itu adalah dari Ustaz Pendekar (Juraimi), PERKIM.

http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=7435&highlight=

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For VHoutenJrProfil   Hantar PM kepada VHoutenJr   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.144918 saat. Lajunya....