Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Seni Mempertahankan Diri


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Seni Mempertahankan Diri

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Seni Mempertahankan Diri

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 16:09


Apakah pendapat anda tentang seni pertahanan diri yang wujud pada masa kini?

Nyatakan juga seni pertahanan diri yang anda minati atau pelajari dan sertakan kelebihannya sekali. Mudah-mudahan Allah Merahmati dan melindungi kita semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 23:11


Assalamualaikum

Seni pertahanan diri penting dalam kehidupan masa kini.
Ia membantu di saat kita menghadapi situasi yang tidak diduga.
Ia juga merupakan salah satu jenis senaman.

Saya minat Tae Kwan Do, sukar nak percaya kan...tapi itulah hakikatnya.
Manusia diciptakan dengan keinginan yang berbeza.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

nurilham7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20317
Posting: 241
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 20:15


betul kata nuralisa tu..saya sokong...

saya dulu masuk taekwondo sampai belt blue 2...lepas itu say astop masuk silat gayung fatani pula..mungkin dah minat saya kat seni mempertahankan diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilham7Profil   Hantar PM kepada nurilham7   Quote dan BalasQuote

Ameen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20162
Posting: 146

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 20:23


Saya sbnar masuk SILAT GAYUNG MALAYSIA.Saya rasa setiap manusia perlu mempelajarinya terutamanya kaum WANITA kerana kita boleh menggunakkn apila diancam.

AmeeNz:evil:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmeenProfil   Hantar PM kepada Ameen   Quote dan BalasQuote

nurilham7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20317
Posting: 241
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 21:10


betul tu.....ameen.....saya sokong 1000%

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilham7Profil   Hantar PM kepada nurilham7   Quote dan BalasQuote

atisolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5372
Posting: 270
Dari: bumi Allah

japan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 22:44


assalamualaikum,

         haa...saya pulak masuk tae kwon do.daripada dulu lagi saya memang lasak.nak tendang saja kerja.hehe...sekarang ini pun saya tengah belajar.baru belt kuning.Kelebihannya??hm...ianya seronok?? Boleh terima tak??

Bookmark and Share

    


  Member Information For atisolehahProfil   Hantar PM kepada atisolehah   Pergi ke atisolehah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 22:51


belajar seni mempertahankan diri ni bukan nya apa......just sbgai persediaan jk berlaku apa-apa pada diri sendiri atau orang terdekat....juga boleh bantu orang dalam kesusahan.....

saya belajar taekwondo sjk darjah 5 lagi........sekarang dah black belt.....
InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan wakil negeri dalam acara tersebut......
doakan kejayaan saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 23:09


dulu saya ada masuk karate-do. tapi berhenti.
tapi memang seni mempertahankan diri amat penting khususnya untuk wanita macam saya ni. yelah duniakan dah semakin mencabar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 13-11-05 23:39


saya minat silat...tapi mak saya tak benar kan saya masuk...tak tau kenapa...tapi tak apa...redha Allah pada redha ibu bapa...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-11-05 09:00


Pada 13-11-05 23:39 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

saya minat silat...tapi mak saya tak benar kan saya masuk...tak tau Kenapa...tapi tak apa...redha Allah pada redha ibu bapa...;)


Assalamualikum...

Mungkin bersebab mak u tak bagi u masuk??? just guess, maybe u ni orang yan ada ilmu pun tak reti nak guna agaknya???


better prevent then cure

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-11-05 09:52


Selalunya silat tak lari dari amalan yang aneh2...contohnya mandi minyak dan amalan tertentu.

saya juga pernah masuk silat.. silat cekak semalaysia.. walaupun silat cekak dikatakan tak ada amalan khurafat ada satu part yang saya kurang pasti..

Bila nak grade kena mandi dengan kain putih selama 40 hari diikuti dengan bacaan tertentu. bila saya tanya dengan jurulatih dia cakap amalan ni cuma adat saja. ... adat?

tapi satu keajaiban telah berlaku, masa cuti semester saya bawak balik barang kat kampung guna courier.. tapi kain2 tu hilang dengan barang2 berharga yang lain. Mungkin ada hikmahnya.. saya tak grade lagi silat cekak kerana kain tu. apa maksudnya? Grade bila dah mandi.. tu yang saya tak pasti.. kalau ada kawan2 yang tau... dipersilakan. bukan saya nak persoalkan sangat pasal ilmu ni. Cuma kurang pasti dengan ritual tersebut.


-----------------

Koleksi Busana
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 14-11-05 09:54 ]



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 14-11-05 09:59


saya masuk silat cekak hanafi, dah habis dah. sebenarnya silat cekak hanafi dan cekak malaysia ni adik beradik saja. dan amalan mandi kain putih dengan doa tupun same. yang mandi tu tak ada apa-apa. perkara tu niasa saja dan ayat yang dia bagipun ayat doa sebenarnya. kita sebagai hamba ni usaha, doa dan tawakkal. kalau dibaca maksud doa nyepun tak ada apa-apa yang terpesong lagipun doa tu dah dilulus dek jakim. tu sajalah agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

narutomaster
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19202
Posting: 46
Dari: Damansara

Johor  


posticon Posting pada: 14-11-05 11:13


dulu masa sekolah saya aktif join silat gayung pusaka dengan silat olahrage boleh la tahan,lepas dah kerja ni tak ada masa pula nak berlatih,'kaki' pun tak ada berlayih sekali,saya pun tengah usha kickboxing (jak othman) punya tu ,tengok macam best saja......

Bookmark and Share

    


  Member Information For narutomasterProfil   Hantar PM kepada narutomaster   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 14-11-05 12:25


saya pula dulu taekwondo what on earth... dak sampai black belt..

so sekarang beralih angin kat seni silat gayong malaysia (PSSGM)...

bagi saya masing2 ada kelemahan dan kekuatan tapi tak dapat dielakkan silat gayong adalah paling best walaupun saya dah pegang black belt taekwondo...

dengan bismilah mula dikata..
mengingati kebesaran allah yang mulia...
kerana wajib telah ternyata...
segala perbuatan mahulah diserta...

seni gayong payung pusaka..
nanungan aneka hikmat mulia...
rahsia tersimpan di purbakala...
ilham menyusun zahir semula..

niat yang bersih baunya suci....
berseru kepada putera dan puteri...
agama yang mulis dijunjung tinggi...
belalah bangsa adat dan negeri..

gayong bercantum bersatu padu..
mengingat junjungan empunya seru..
sama sendiri bantu membantu ...
selamat sejahtera hajat dituju..

PSSGM....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-11-05 12:31


bagi peminat seni pertahankan diri saya syorkan ...sila baca buku garis panduan silat (kalau tak silap saya) keluaran JAKIM....edaran percuma.....

ahli silat sekarang ramai yang terlibat dalam kegiatan syirik,sesat,.......samseng dll...merosakkan nama baik silat sahaja....

belajarlah apa sahaja...silat ke taekwando ke...karate ke.....silambam ke...kung fu ke.......apa sahaja

demi ISLAM.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 15-11-05 00:13


Pada 14-11-05 09:00 , farhanna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-11-05 23:39 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

saya minat silat...tapi mak saya tak benar kan saya masuk...tak tau Kenapa...tapi tak apa...redha Allah pada redha ibu bapa...;)


Assalamualikum...

Mungkin bersebab mak u tak bagi u masuk??? just guess, maybe u ni orang yan ada ilmu pun tak reti nak guna agaknya???


better prevent then cure


waalaikumusalam farhana...

ya...mungkin mak saya tak bagi saya masuk silat ada sebabnya...mungkin saya wanita dan dia tak berapa setuju kalau saya masuk sukan yang agak lasak pada diri dia...

mana awak tau kalau saya ada ilmu saya tak reti nak menggunekan nya?awak pernah tanya saya sendri ke?if use logik...kalau macam tu..saya tidak berposting lah sekarang ni...sebab saya ada ilmu tntg komputer tapi tidak reti nak menggunekn nya...;)

inna ba'dah zonni ismun..(sesungguh nya sparuh dari sangkaan itu adalah dosa...)

ps: ermm...kempen berbudi bahasa kat Malaysia dah tak ada lagi ke...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-11-05 00:52


Farishah jangan ambik hati sangat dengan farhanna, dia selalu macam tu... farhanna pun janganla suka-suka saja hentam orang, walaupun kami tak nampak awak tapi ingat Allah sentiasa nampak apa yang kita lakukan...

pasal Seni Mempertahankan Diri ye, saya masa kat UM dulu ambik Seni Silat Gayong Gaya Fatani sebagai subjek kokurikulum (anda-ok), best juga belajar, walaupun hanya sempat peringkat satu dan tak habis pun, tapi sekurang2nya ia dapat dijadikan asas kepada kita ketika kecemasan...

kalau ada peluang lagi, in sya'a'Llah nak sambung belajar lagi tak kisahlah silat ke, taek-wondo ke asalkan tidak menyalahi kehendak agama...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-11-05 00:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 15-11-05 00:55


saya tak ambil hati pun dengan farhana sebab hati saya masih disini tidak kemana2...;)
dan maaf kalau kata-kata saya agak kasar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

nurilham7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20317
Posting: 241
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-05 09:03


saya masuk silatt gayung fatani..tapi tak ada pulak mandi2 semua tu...yang bagusnya seni gayung fatani ini..ialah silat ni lembut macam taichi...walaupun pergerakan perlahan tapi kalau kena memang sakit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilham7Profil   Hantar PM kepada nurilham7   Quote dan BalasQuote

naqiyyah_al-sarirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19666
Posting: 130
Dari: subang jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 19-11-05 21:10


sebenarnya saya menyertai seni silat gayung malaysia...saya mempelajarinye demi mempertahankan diri....ia elok untuk semua orang sebab boleh defend diri sendiri jika sesuatu yang buruk terjadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For naqiyyah_al-sarirahProfil   Hantar PM kepada naqiyyah_al-sarirah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 21:16


saya nak tanya kat ahli2 ukhwah.com ni, selain daripada institusi pengajian seperti sekolah & IPT, kat mana ye tempat yang sesuai kita nak belajar atau sambung pengajian dalam seni pertahanan diri ni...?

seperti saya masa kat IPT dulu ada juga ambik silat fatani, tapi bila dah habis ni terasa pula nak sambung, tak kirala apa pun, asal tak ada amalan yang bercanggah dengan Islam... so sesiapa ada cadangan tak...?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 22:21


saya nak promote Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada semua ahli portal ukhwah!!! daftarlah beramai-ramai.


-----------------
JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 22:34


he..he.. nak daftar kat mana? Saya pun minat seni ni.Saya belajar silat.Tapi tak ingat la namenye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

rul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 19-11-05 22:40


jika anda berminat dengan silat Cekak Hanafi.... sila klik di sini... anda boleh buat pendaftaran secara online di sana....

->click here......
null

Bookmark and Share

    


  Member Information For rulProfil   Hantar PM kepada rul   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 15:25


Pada 13-11-05 22:51 , qudwah posting:

!!! QUOTE !!!

InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan wakil negeri dalam acara tersebut......
doakan kejayaan saya.


Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kejayaan buat qudwah, Amin Ya Rabbal ALamin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 15:51


belajarlah silat pusaka gayung malaysia!
sebab silat ni paling brutal di malaysia yang pernah saya tengok dan main!
siap luka2,patah2,dan tikam tertikam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 16:23


Pada 23-11-05 15:51 , nurman posting:

!!! QUOTE !!!

belajarlah silat pusaka gayung malaysia!
sebab silat ni paling brutal di malaysia yang pernah saya tengok dan main!
siap luka2,patah2,dan tikam tertikam!


:)) paling brutal tak tahan tu... memang brutal.. kalau pakai parang.. bunyik2 parang dia dah buat orang gerun..


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

auni1011
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22509
Posting: 28
Dari: UM-KL-Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 15:53


saya pun pernah masuk seni mempertahankan diri...

tapi sekarang dah lama tak pergi latihan.saya join pssgm kat um KL. rasanya banyak dah lupa pergerakan...kalau pgerakan bunga tanjung tu,insyaAllah ingat lagi...

bila la agaknya dapat pergi latihan lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For auni1011Profil   Hantar PM kepada auni1011   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 16:01


saya pernah masuk tae-kwondo kat sek men dulu..samp red-belt satu..tapi stop sebab masa tu nak pmr..terus tak sambung dah..
masa kat u, ada kelab kungfu..tapi malas pula nak join.
hari tu ada orang promot seni capuera kat kl..tapi macam sosial pula nampak...bercampur gaul secara bebas..
erm..
lepas itu baru-baru ni..baca kat surat khabar..ada seni samurai pula kat penang...macam best... :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 16:26


ehm..ana minat jugak nak masuk taekwando!!
tapi pemakaiannya tu yang tak sesuai untuk seorang muslimah..so lebih baik tak payah masuk!alternatif lain untuk mempertahankan diri..mesti ada pepper spray dalam beg!nak keluar ke mana-mana tu baca lah bismillah..insyaallah selamat dunia akhirat!

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 26-02-06 18:07


Pada 19-11-05 21:10 , naqiyyah_al-sarirah posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya saya menyertai seni silat gayung malaysia...saya mempelajarinye demi mempertahankan diri....ia elok untuk semua orang sebab boleh defend diri sendiri jika sesuatu yang buruk terjadi...


assalamualaikum...
tak kisah silat ke apa ke...
semua benda tu baik
jangan kita yang buat tak baik dengan benda tu
niat kita juga yyang penting.
semua silat ada kelebihan nya sendiri..
benda ni jadi tak elok kerana pembawanya...
harap faham
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

intan_farisya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 573
Posting: 26
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 18:47


seni mempertahankan diri ini memang bagus...
terutamanya untuk kaum wanita..
bak kata pepatah..sediakan payung sebelum hujan..
saya memang minat dengan silat...
so sebab 2 dr sek lagi dah masuk silat gayong..
sampai kat ipt pun sambung lagi...

dan saya rasa...
belajar silat ini tak merugikan..
selain dapat belajar seni mempertahankan diri...
kita juga boleh masuk bertanding di kejohanan..
ilmu dapat..medal pun dapat (kalau menang)
tapi kalau tak menang pun still dapat pengalaman..

so...
sya rasa gol wanita ini..
memang wajar mempelajari seni mempertahankan diri..
tambah best kalau kita ada minat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For intan_farisyaProfil   Hantar PM kepada intan_farisya   Pergi ke intan_farisya's Website   Quote dan BalasQuote

julihan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17771
Posting: 90
Dari: klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-06 18:51


setuju dengan intan itu... bagus untuk perepuan zaman sekarang ini... mana-mana saja kita pergi kita tak terlepas dari bahaya... saya pun baru saja belajar silat baru mula ada kesedaran sebab banyak sangat peristiwa dalam akhbar sekarang berlaku pada wanita.... mula2 dulu saya selalu fikir belajar silat susah tapi bila kita mendalaminya ianya tak la susah sangat yang penting berdisplin baru dapat buat...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For julihanProfil   Hantar PM kepada julihan   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 19:01


:-) Assalamualaikum...


     Sebagai seorang wanita saya rasa seni mempertahankan diri itu perlu...saya lebih kepada taekwondo..kerana pergerakannya yang pantas dan bertenaga...tidak terlampau banyak "bunga" dan pergerakan seperti silat...well just opinion... :-)


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-06 12:15


bagi ana, belajar ilmu mempertahankan diri sebagai salah satu daripada cara yang boleh digunakan utntuk menyelamatkan diri pada waktu kecemasan. ana belajar silat gayong.
dapat melihat dan merasa keindahan dan kesenian silat gayong.
disamping belajar untuk ketangkasan mempertahankan diri.
ana paling suka BUNGA TANJUNG:-)
[ Telah diedit oleh: houri pada 04-03-06 21:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-02-06 13:47


saya pun teringin nak belajar..
tapi masih tak berkesempatan lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-06 13:50


Pada 09-11-05 16:09 , Nuralisa posting:

!!! QUOTE !!!

Apakah pendapat anda tentang seni pertahanan diri yang wujud pada masa kini?

Nyatakan juga seni pertahanan diri yang anda minati atau pelajari dan sertakan kelebihannya sekali. Mudah-mudahan Allah Merahmati dan melindungi kita semua.


erm...seni mempertahankan diri ini sudah tentu dapat membantu kita mempertahankan diri semasa berada dalam keadaan yang terancam.....contoh terdekat apabila diri ini hampir kena rogol...
apa lagi bantai la puas2..mula saya belajar tang soo do..then taekwondo dan sekarang ni silat gayung fatani...banyak kelebihan dia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-03-06 01:55


hati-hati belajar ilmu persilatan..rujuk pada guru yang mursyid dahulu..ana dengar ada banyak perkara yang tak selari dengan agama dalam ilmu kebatinnan ni..hati-hati dan mohonlah petunjuk dari Allah taala..jaga akidah anda..
[ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 01-03-06 01:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-03-06 01:58


bagi ana solat 5 waktu dan beberapa zikir dan doa yang diajar nabi sudah memadai..kekuatannya cukup luar biasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

elmifaiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22925
Posting: 41
Dari: Brickfields

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-06 07:21


bismillah....

luaran = seni mempertahankan diri( tak perlulah sampai peringkat batin)

dalaman = solat, zikir, doa....

insyaallah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For elmifaizProfil   Hantar PM kepada elmifaiz   Quote dan BalasQuote

elmifaiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22925
Posting: 41
Dari: Brickfields

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-06 07:26


yang lain, biarlah allah yang menentukan....

hmn.... nasib baik senjata api kat malaysia ni terkawal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For elmifaizProfil   Hantar PM kepada elmifaiz   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 08:51


pernah masuk silat gayong malaysia di gelanggang naga cini(pssgm)...pengalaman yang tak dilupakan dan mencabar waktu kenaikan bengkong...selain sebagai ilmu pertahankan diri ia juga dapat mengisi masa agar terhindar daripada melakukan perkara yang tak berfaedah...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 09:18


kepada sesiapa yang beminat untuk mempelajari silat..
pilihlah silat seni gayong malaysia..
tidak ada ritual pelik atau adat yang bertentangan dengan agama Islam...
hanya orang-orang yang minat dan sabar saja dapat bertahan lama dalam arena silat ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 11:59


tak kisah la silat ke paer ke asalkan tidak bertentangan dengan agama kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 12:00


tak kisah la silat ke paer ke asalkan tidak bertentangan dengan agama kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 12:00


tak kisah la silat ke paer ke asalkan tidak bertentangan dengan agama kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 12:02


Pada 01-03-06 09:18 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sesiapa yang beminat untuk mempelajari silat..
pilihlah silat seni gayong malaysia..
tidak ada ritual pelik atau adat yang bertentangan dengan agama Islam...
hanya orang-orang yang minat dan sabar saja dapat bertahan lama dalam arena silat ni...


SOKONG 1000%..:-di dengan triptofana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-03-06 09:08


Assalammualaikum
Saya penuntut Sendeng Kelantan. ada sesiapa pernah belajar silat sendeng Kelantan, Tok Gurunya Allahyarham Ayah Long Harun, asal Chetok Pasir Mas, masa saya belajar tu usia saya 17 tahun lepas SPM di rumahnya di Caruk Puting, Temerloh. kalau ada sesiapa yang pernah belajar boleh kita berkenalan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

hana_88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12020
Posting: 81
Dari: KuKTeM..(UTEC)

Pahang  


posticon Posting pada: 08-03-06 12:12


hana belajar karate aliran goju ryu
sekarang dah masuk tali pinggang merah
bagus juga kalau ada seni pertahanan diri ni...
xla takut sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hana_88Profil   Hantar PM kepada hana_88   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 08-03-06 12:33


saya sdng belajar silat cekak..silat ni sangat molek lah kalau para wanita mempelajarinya..tak ada bunga2,hanya brdiri tengok untuk menahan serangan..sila cb join..xrugi malh banyak mnfaat...

kbtln, 18 mac ni ada event yang dianjurkan olh perstuan silat cekak di uum..sesiapa yang brmnt boleh la join..ada demo dr silat gayung,silat gayung pusaka dan macam-macam lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-03-06 15:35


Assalamualaikum, sekadar ingin berkongsi pendapat. Sebenarnya semua seni mempertahankan diri mempunyai matalamat yang sama iaitu mempelihara maruah diri serta menegakkan kebenaran. Tiada satu pun guru seni mempertahankan diri menyuruh anak didiknya membuat onak. Belajarlah silat, contohnya seperti SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI. Mudah dan ringkas, sesuai dengan makna cekak yang bermaksud ringkas dalam bahasa jawa serta chakak di dalam bahasa minangkabau yang bermaksud bergaduh. Bukannya silat yang menyuruh bergaduh tetapi seni silat yang bertanggungjawab dalam mempertahankan diri ketika bergaduh. Konsep secekak/segenggam yang diamalkan berbanding seni lain yang mengamalkan konsep segantang menarik minat saya memasuki seni silat ini di samping pendiriannya yang lurus serta konsep solat yang diterapkan di dalam setiap pergerakan menangkis serangan musuh.

"Kalau Ingin Cekak Yang ASLI pastikan ianya Cekak Hanafi"


-----------------
"Bersamalah kita meneruskan perjuangan
membasmi ilmu tahyul dan khurafat dalam alam persilatan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

sha_ieda
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23071
Posting: 30
Dari: UiTM malacca

Pahang  


posticon Posting pada: 09-03-06 10:06


assalamualaikum....

saya pun join clat cekak ustaz hanafi....
tap xhabis lagi... dalam proses....setiap clat di cara dan keistimewaan nya...
bagi sahabat muslimah yang lain...tak salah kita pelajari ilmu m'pertahankn dari tak kisah lah clat Apa pun...itu juga satu keperluan dan ilmu...
kita kan dituntut menuntut ilmu hingga ke negeri cina...

ok fkir2 kan la... wassalam....
sesiapa berminat dan ahli pssch salam ukhwah fillah abdan abadaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sha_iedaProfil   Hantar PM kepada sha_ieda   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 11:53


Assalamualaikum...

Ana ahli silat cekak ustaz hanafi..
erm memang sekarang ni sedikit sebanyak kita perlu untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri..
tetapi harus ingat! pilih yang tidak melanggar hukum syara' kerana ada yang dikuatiri mengamalkan syirik dalam ilmu persilatan..selama ana belajar lelaki perempuan dasingkan..jadi takdakla segan..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

spaghetigoreng
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah

uk  


posticon Posting pada: 11-03-06 01:12


pernah belajar taekwando sampai blue belt saja..

arituh try pergi kelas aikido..best sebab xfokus on strentgh ..'being relax will give u more power'..dah start jatuh cinta dengan aikido tapi sebab time trainingnye mix sangat-sangat dengan mat2 saleh ni...maka rasa tak best dan xsambung

macam nak pergi kungfu class pulak..huhuh

but still want to learn silat some day. tak ada peluang kat sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For spaghetigorengProfil   Hantar PM kepada spaghetigoreng   Pergi ke spaghetigoreng's Website   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-03-06 04:58


saya dr PSSGMM..
salam ukhwah untuk semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-03-06 09:14


ANAK-ANAK GAYONG.............

PERGERAKAN BUNGA TANJUNG.............

tu la kenangan bersama pssgm......

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-04-06 15:45


Assalammualaikum
ada sesiapa yang pernah belajar Silat Sendeng Kelantan, gurunya ialah Allahyarham Ayah Long Harun bin Abdullah asal dari Chetok Pasir Mas Salor, dan meninggal semasa duduk di Charuk Puting, Temerloh, anak muridnya ada di sekitar Temerloh, Silat ini juga ada dipelajari oleh rakyat sekitar Mersing Johor dan daearah lain di Johor. Asal dari Patani, salah seorang anak muridnya bernama Cikgu Hanafi (Napi).murid seniar ialah Abang Him (Yahya), abang Zahari. Kalau ada boleh hubungi saya di forum ini.Keluarga Allahyarham masih ada di Charuk Puting. silat tidak ada kuda-kuda seakan serupa silat Cekak Ustaz Hanafi. Ada teknik menyerang. sentiasa menyendeng ketika menghadapi lawan.
Saya nak hubungkan silaturahim. Silat ini diajarkan di dalam rumah bukan di padang. Allahyarham Ayah Long Harun belajar dengan Allahyarham Pak Cu Saad di Pasir Mas- Salor, Kelate.
Assalammualaikum
baru ni saya bertemu murid senior silat ni, dia kata silat ini dinamakan "Sendeng Anugerah". O.K kita belajar silat untuk mempertahankan,menegakkan Islam.Islam Pasti Menang. Silat ini ada Belebat. terdapat dua jenis belebat, perlu mahir belebat baru pantas bila jadi buahnya. Ada enam buah asasnya. Buahnya banyak menjatuhkan lawan, bila dah jatuh kita boleh buat apa saja. ada juga kaedah guna tongkat, dan tekpi.
tiada bunga. semua berpunca dari duduk mennyedeng tanpa kuda-kuda (Tak sama dengan sendeng malaysia sebab sendeng malaysia ada kuda-kuda) Dia seolah sama seperti silat cekak Ustaz Hanafi. bergerak juga seperti silat Cekak.
itu sebab saya juga berminat dengan silat cekak Hanafi. saya pernah jatuhkan murid silat cekak hanafi tahun 1993 di UPM dala bilik. mungkin murid cekak hanafi tu guna buah yang tak berapa tinggi. dia guna buah ali patah atas, masa dia ambil tangan saya tu saya dapat potong dengan angkat kakinya dan melancarkannya ke almari. Kami cuma discuss saja bab buah silat, masa tu saya muda usia 23 tahun. murid gayung malaysia talipinggang hijau masa sparring dengan saya juga pernah dingkat dan saya jatuhkannya ke lantai dengan perlahan sebab sahabat. masa sparring tu pelajar gayung tu bagi back kick, langsung saya sambut dan jatuhkannya ke bawah dengan perlahan. silat sendeng anugerah ni banyak menggunakan tenaga lawan, umpama kalau orang sepak dengan laju ,lagi lajulah dia jatuh umpama gasing yang sedang berpusing ligat bila kita angkat sikit terus paksinya jatuh. silat ini tidak gunak kaedah block seperti karate tetapi guna kaedah angkat dan jatuhkan. hari tu saya tengok Silat cekak ustaz hanafi buat demontrasi dalam Tv3 seramai 1000 peserta (rekod) di tasik perdana(kalau tak silap) ada satu buat tu sama seperti satu kaedah buah dalam silat sendeng anugerah ini. Itulah sebab masa belajar di UPM , bila sahabat saya suruh belajar silat cekak saya tak masuk, sebab tengok sama saja, cuma ...Sama tapi tak serupa... apa pun kepantasan, teknik,daya(power strength) adalah penting. silat ini pantang undur jika lawannya menyerang , perlu masuk dan sambut , buat jatuhan. saya fikir-fikir sama dengan silat cekak hanafi. hari tu jumpa pelajar yang tamat silat cekak hanafi, dia kata ada silat tersebut disebarkan di Perak dan kedah. walau apa pun saya amat setuju dengan silat cekak ustaz hanafi.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 06-04-06 15:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 15:30


dengan bismillah mula dikata
mengingati kebesaran Allah Yang Mulia
kerana wajib telah ternyata
segala perbuatan mahulah diserta

seni gayong payung pusaka
naungan aneka hikmat mulia
rahsia tersimpan di purbakala
ilham menyusul zahir semula

niat yang bersih baunya suci
berseru kepada putera dan puteri
agama yang mulia disanjung tinggi
belalah bangsa adat dan negeri

gayong bercantum bersatu padu
mengingat junjungan empunya seru
sama sendiri bantu membantu
selamat sejahtera hajat dituju

:-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-04-06 16:27


Assalammualaikum
saya syorkan kita gunakan Teori Fizik dalam buah teknik Silat, seperti silat cekak hanafi, Gayung Fatani. Kita juga masukkan doa dari al Quran+ al Hadis Sahih. Kita amalkan membaca dan mengamalkan Al Quran (ada 6666 ayat) dan al Hadis Sahih (ada lebih dari 600,000 Hadis Sahih). jaga Syariat. InsyaAllah kita berjaya.
teknik yang baik menurut teori fizik ,pada saya ialah buah yang makan dalam satu gerak, makan dalam gerak lawan, tak perlu elak jauh sangat sebab semasa kita elak, satu serangan susulan akan dibuat, kalau boleh setiap elakkan yang sedikit (kilip) kita serang, elak sedikit dan serang. teknik seperti peluru berpandu pun ada, teknik ini kalau elak kena kalau tak elak lagi kena, cuma perlu mahir nak kuasainya. Ianya ada dalam teknik tumbukan. ada kawalan aqal semasa lancarkan tumbukan, bukan dikuasai ammarah. waktu itu kita boleh baca ke arah mana lawan kita cuba mengelak dan masa itulah tumbukan peluru berpandu ini mencari sasarannya.saya cerita ini dah peringkat tinggi, cuma siapa allah bagi tahu saja tahu. jangan pula buat bunga yang tak ada makna, dan teknik yang tak ikut Teori Fizik. Cepat, pantas. jarak dekat, power strength. kalau tak power nanti tumbuk lawan langsung lawan tak rasa sakit.

keuntungan semasa berdiri qiam sendeng,
1. Jarak tumbukan lebih panjang, jika dibandingkan jika kita berdiri mengadap.
2. kita dapat jaga kemaluan dari di sepak/terajang lawan sebab kita menyendeng., rusuk kita dilindungi oleh tangan kita. Kita ada saksi tangan kiri, tangan kanan melancarkan tumbukan, disusuli tendangan tanpa diduga sebab tak ada kuda-kuda, jadi lawan tak sangka kita akan menendang, tendangan tak perlu tinggi sekadar kena pada kemaluan lawan, bagi dia senak, kan bahaya buat tu. Belum masuk tumbukan peluru berpandu (itu istilah saya beri, sebab tumbukan itu ikut kena lawan elak/pergi). tendangan sendeng anugerah tak tinggi seperti Tae Kwan Do, paling tinggi di perut, kalau nak bahaya tendang di kemaluan, nanti lawan, akan senak, tendangan juga dalam keadaan sendeng, tanpa kuda kuda, kalau nak belajar, belajarlah Sendeng Anugerah, jangan cari sendeng yang ada kuda-kuda, sebab itu sendeng yang tak sama dengan sendeng Anugerah. ada juga buah umpanan,buah umpanan ini dibuat pada awalnya, jika lawan tak lancarkan serangan kita bolehlah lancarkan serangan sepakan secara sendeng, sepakan tak perlu tinggi sekadar sasaran kemaluan saja, serangan sepakan dibuat dengan saksi(tujuan saksi adalah, apabila lawan buat serangan kita boleh sambut dan buat jatuhan), jika lawan tepis dengan block sepakan kita tadi dengan tangan, kita lancarkan serangan tangan di bahagian kepada, kalau kena hidung sakitlah, kedudukan masih sendeng. teknik ikut Teori Fizik, saya beritahu ini hanya untuk sebarkan ilmu. Untuk Islam. Buah yang makan paling cepat ialahkonsep "lawan nak kawe dah sudah" maknanya lawan nak tumbuk, kita masa tu dah bersedia, sendeng, kita terus sajalah lancarkan tendang sendeng ke perut atau ke kemaluan lawan.Kaeadahnya ada supaya lawan tak jangka kita akan tendeng secara sendeng, kedudukan tangan ada sebagai saksi. Silat Sendeng Anugerah ini ada saksi bertujuan supaya sentiasa waspada dengan serangan lawan. tujuan duduk qiam tanpa Kuda-kuda pada pendapat saya adalah untuk kita sembunyikan serangan tendangan kaki. teknik tendangan ada. latihan tendangan juga ada.
kalau nak belajar teknik main tongkat Sendeng anugerah juga ada, Tek pergi juga ada.
guna rifle M-16, perlulah masuk Palapes U, baru boleh belajar menembak. Saya train Palapes 3 tahun sehingga ditauliahkan oleh Tuanku Jaafar di UKM tahun 1993 sebagai Leftenan Muda Askar Wataniah, sekarang sudah tak aktif, BAT C20 dah kemana perginya, BAT C20(Borang Angkatan Tentera C20) Jika Askar Rajimen Askar Melayu DiRaja, anggotanya pakai BAT C10.
1 Seksyen ada 10 anggta.
3 Seksyen adalah Satu Platun diketuai seorang Leftenan Muda hingga Kapten.
3 Platun adalah Satu Kompeni diketuai oleh Mejar
3 Kompeni adalah Satu Bridge
3 Bridge adalah satu Division.
contohnya di .............Johor ada 3Division disitu (Rahsia), tujuan menahan kemaraan musuh dari arah selatan Semenanjung
Selain itu terdapat staff pentadbiran.
Ok jika antum nak diskuss buah silat yang ikut teori fizik, silakanlah.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 06-04-06 17:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

zaidharithah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.03.2006
Ahli No: 23661
Posting: 198
Dari: In thE WoRlD

macedonia  


posticon Posting pada: 06-04-06 16:31


tak pernah masuk taekwando....heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidharithahProfil   Hantar PM kepada zaidharithah   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-04-06 17:58


ASSALAMMUALAIKUM
BAHAYA TENDANGAN TINGGI BILA BERTEMU DENGAN AHLI CEKAK HANAFI, SENDENG ANUGERAH, MASA LAWAN TENDANG TINGGI PARAS MUKA, SENDENG ANUGERAH DAH MASUK DENGAN SAKSI,MASUK HANYA SELANGKAH KE DEPAN, TERUS SAMBUT ANGKAT DI BAWAH LIPATAN LUTUT DENGAN TANGAN KIRI MANAKALA TANGAN KANAN DI DADA LAWAN, MASUK ADA TEKNIK, KILIP SEDIKIT KE ARAH DEPAN, TUJUAN KILIP (SAYA PINJAM ISTILAH DARI MAJALAH PENDEKAR tahun 1989,masuk segerak dengan buat jatuhan ada kaedah pergerakkan kaki yang menjadikan jatuhan dalam segerak., jika lawan tendang lurus, kilip sikit. dan buat jatuhan. tujuan kilip adalah untuk elak dari tendangan kena di pinggang ahli Sendeng Anugerah. Ada dua kaedah Belebat, ianya bertujuan untuk membuat jatuhan bila lawan buat tendangan dengan kaki kiri atau kaki kanan. kita pastikan kaki mana yang lawan buat tendangan dengan pandangan kita tujukan ke dada (atas pusat sedikit), dari kaeadah itu kita akan tahu tangan kanan, atau tangan kiri, atau kaki kanan atau kaki kiri yang akan digunakan lawan untuk menyerang kita, mesti bertenang semasa menanti serangan, kedudukan sendeng tanpa kuda kuda-kuda, seperti relaks saja, tak perlu buat bunga, cuma berikan tumpuan di dada. bila lawan bergerak masa itulah gerakan serangan dari kita dilancarkan. tanpa di duga lawan, yang penting SAKINAH, Jangan ammarah, relaks, jangan macam setengah silat tu nampak macam nafsu ammarah saja waktu buat serangan, ikutlah contoh Cekak Hanafi yang tenang, relaks semasa menanti serangan dan buat serangan, relak seperti seorang Muslim yang nak tegakkan keadilan. kalau nak serang, kita bertujuan mengajar saja, jangan zalim, bertindak ikut aqal yang waras. tak perlu emosi, ini juga persamaan antara cekak Hanafi dan Sendeng Anugerah, tidak emosi, tidak ammarah semasa serangan. Semangat datang dari azam untuk menegakkan keadilan dari al Quran, bukan dari nafsu ammarah tetapi dari nafsu lawwamah ke atas. tingkatan nafsu ada 7.

Kamilah paling tinggi
Mardiyyah
Radiah
mutmainnah
mulhamah
lawwamah
ammarah paling rendah

Gunakan nafsu tahap Lawwamah ke atas semasa berhadapan dengan musuh. berdoa,Tawakkal kepada Allah kerana setiap gerakan kita adalah dari kudrat Allah. tiada daya upaya kita melainkan kekuatan dari Allah. Itulah Hakikat yang tinggi yang perlu ada pada Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah diseimbangkan dengan perancangan dan teknik yang baik.
kalau silat yang salah tu sebab dia guna nafsu ammarah semasa buat serangan. Fikirlah.
Pernah semasa bertugas di pedalaman bawah Sabah, saya diserang oleh orang filipina kristian,yang marah apabila ditegur kerjanya tak betul , kebetulan saya adalah Head Of Surveyor check kayu dalam dirian hutan. masa saya duduk di bangku tempat tunggu van kampung, tunggu hilux sampai untuk balik ke logging camp. selepas saya tegur orang filipina ni serang dengan tendangan kaki style filem hollywood, Saya Alhamdulillah, dengan relaks bangun dari bangku lancarkan satu tendangan ke perutnya, sebelah saya ada staff kaum Murut, dia ni entah apa dia buat(katanya nak tolong saya sebab dia terkejut orang filipina tu serang, dia tepis, terkena kaki saya yang sedang lancarkan tendangan ke perut orang filipina tadi) kena juga perut orang filipina tu tetapi slowlah sikit sebab dah terkena tangan staff Murut tadi. Terundur filipina tu ke belakang, langsung di kata " Commom figth me, I know you learn karate," dari mana orang filipina tu dapat info , saya belajar karate, mungkin cara tendangan tu sama dengan karate, sebenarnya orang filipina ni ada martial art juga, saya tengok gaya dia, sebab dia ni jadi ketua filipina yang jadi ranjer hutan kat logging camp tu. bila dia ajak fight saya buat relaks saja sambil bersedia, bukan apa saya Forestry Officer yang di hantar oleh HQ di K.L untuk monitoring (pantau) pengurusan pengeluarkan kayu dari hutan pedalaman Sabah. Bila saya buat tak tahu orang filipina tu pun tak berani masuk sebab dia tahu saya juga ada belajar. Sebenarnya masa tu saya dah mahir Sendeng Anugerah, cuma sekarang ni kurang latihan, sebenarnya saya tak ada kawan atau sahabat nak bincang pasal buat silat yang tekniknya ikut Teori Fizik. Masa di logging camp ini saya ditest oleh orang pengamal sihir. kisahnya tak perlu saya cerita. Itu sebab saya syorkan kita sama-sama belajar al Quran dan al Hadis, doa-doa mathur (doa dari al Quran dan al Hadis) sebagai kekuatan dalam kita. Solat Hajat adalah ibadah utama kiata sebagai Muslim untuk mohon kebaikan dari Allah kejayaan dunia Akhirat. Kalau silat yang ada unsur baik seperti saya nyatakan ini belajarlah, kalau yang ada perasap keris tu Tinggalkankan. tak perlu saya nyata di sini silat mana nanti ada yang marah. kita nakkan perdamaian bukan permusuhan. Pernah di UPM tahun 1988 saya sparring dengan satu murid silat asal di johor(gurunya di johor). kawan ni bila malam jumaat saja perasap keris kecil dalam bilik, masa dia tengah perasap keris depan saya, saya nasihat dia, dari mu perasap keris baik mu baca Yaa Siin.

Itulah bezanya Sendeng anugerah sebab ianya mempunyai Hakikat dari asas Sifat 20. Percayalah Mat kilau, Tok Gajah dan To' Bahaman jadi bertambah kuat terbilang bila dia berada di Trengganu dan menuntut dengan Wali Allah Sayid Hj Abdul Rahman (To'Ku Paloh, keturunan Rasulullah) semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin. yang dipelajari ialah ilmu Tauhid (Usuluddin) Sifat 20, kita perlu belajar Asma, Sifat, Af'al Allah,
Itulah Kekuatan kita. cuma sekarang ni nak carai guru Mursyid perlu hati-hati. pada saya To' Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah guru Mursyid zaman ini. datanglah ziarah ke Kelate. Lihat pembangunan di Kelate pesat, rakyatnya pandai menggerakkan ekonomi. Kekuatan ekonomi masih ditangan Muslim di Kelate. oleh itu kita berdoa semuga Muslim terus berjaya. Man Jadda wa Jada (Siapa berusaha Dia Berjaya)
Man Solla Solaha (Siapa Solat Dia Salamah (Selamat). Oleh itu Silat tidak boleh jauh dari tuntatan fardu Ain seperti Ucapan Syahadatain, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Barulah umat Islam Melayu cemerlang dan Terbilang. WalLahua'lam. Jika ada terkasar bahasa minta maaf.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 06-04-06 18:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

jahil_tukir
Warga Rasmi
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23353
Posting: 17
Dari: hujung dunia

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 18:44


Asslammualaikum......
Best lah dengar en saifudin cerita pasal silat dan ilmu tauhid....saya ada sedikit soalan nak tanya ini.....pasal silat pun ada dan tauhid pun ada juga......Kalau tak keberatan la ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For jahil_tukirProfil   Hantar PM kepada jahil_tukir   Quote dan BalasQuote

jahil_tukir
Warga Rasmi
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23353
Posting: 17
Dari: hujung dunia

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 18:51


Untuk silat....macam mana kita nak berhadapan dengan orang yang menggunakan teknik jurus dalam serangan yang di buat.....tolong jawab soalan saya ye...terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For jahil_tukirProfil   Hantar PM kepada jahil_tukir   Quote dan BalasQuote

jahil_tukir
Warga Rasmi
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23353
Posting: 17
Dari: hujung dunia

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 18:58


Untuk tauhid, boleh tak saudara menerangkan serba sedikit cara2 untuk mentauhidkan Allah. Kalau ada kelapangan terangkanlah sekali pasal 7 martabat nafsu yang saudara nyatakan di atas tu deh. Sebabnya, martabat nafsu ini juga bukan hanya boleh di gunakan dalam silat sahaja kan...tetapi dalam kehidupan seharian kita juga orkk...

p/s:Ilmu ni kalau kita kongsi dengan orang, ,makin banyak lah yang kita dapat.....tapi kalau wang ringgit, makin kurang lah......saya budak masih bajor..thanks

Bookmark and Share

    


  Member Information For jahil_tukirProfil   Hantar PM kepada jahil_tukir   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 21:50


saifuddin awak ni bekas pelajar fakulti perhutanan UPM ke.batch keberapa.saya bekas penuntut kejuruteraan UPM tapi mude lagi..baru 23

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-06 08:57


assalammualaikum
serba sedikit boleh saya cerirakan tentang tingkatan Nafsu.
1. Nafsu Kamilah- Kamilah bermakna sempurna, nafsu kamilah ini dimiliki oleh Para Nabi (Anbia), Para Rasul. Nafsu ini kasihkan untuk mentaati Allah setiap masa, Kasih untuk mengerjakan Ibadah.SEMPURNA.
2.Nafsu Mardhiyah, nafsu dimiliki oleh para Aulia(Wali Allah). Allah redha kepada mereka,mereka redha kepada Allah.
3. Nafsu Radhiah- sama dengan Mardhiah(Maaf, ana tak ingat secara terperinci).
4. Nafsu Mutma'innah ialah nafsu yang ada Sakinah(Kedamaian). Dalam al Quran ada nyatakan "Ya aiyuhan nafsu Mutma'innah, irji'i ila Rabbiki Raadhiyatan Mardhiah, Fad'uli fi 'ibaadi wadhuli fi Jannati.
Nafsu ini sudah masuk Jannah
5 nafsu Mulhamah ialah nafsu ini belum jamin masuk Jannah, sudah ada rasa suka buat ibadah, cuma masih ada lara sikit-sikit.
6. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang sudah suka buat ibadah, taat, kadang-kadang terjatuh dalam nafsu ammarah. dah boleh fikir yang baik dan buruk, bila buat dosa rasa menyesal dan bertaubat, masih belum selamat sebab ada rasa suka buat maksiat.
7. Nafsu Ammarah nafsu suka buat maksiat, tak selamat dari azab neraka.

Dalam bertarung jika kita dipihak yang benar, semasa kita bertempur cara batin kita gunakan doa yang ma'thur (dipetik dari al Quran dan al Hadis) ingat ilmu Tauhid, yakin, ada cara bacaannya.baca ayat alQuran,Insyaallah tak akan mencederakan kita. mohon pertolongan Allah menerusi ayat al Quran, KalamulLah. banyak doa dan ayat kalau kita rajin bertanya alim ulama'.dekat sini tak dapatlah saya mengajarnya. sebab ilmu tu tinggi. kat sini mana tahu ada musuh Islam. doa ialah senjata mu'min, jadi tak mahulah saya senjata jatuh ke tangan musuh Islam. adDu'a silahul mu'min

saya boleh nyatakan ayat yang boleh diamalkan:
1.ayat seribu dinar (kalau di arab saudi mereka tak tahu panggilan ayat seribu
2. Surah Yaa Siin. (dalam surah Yaa siin ini ada Qalbun Yaa Siin, cuba tanya ustaz yang arif).
3. ayat Haikal(ada tujuh ayat)
4.Surah al Ikhlas(amalan To' Kenali)
5.Qul A'uzu Bi Rabbinnas hingga akhir ayat
6.Qul A'uzubi Rabbil Falaq hingga akhir ayat
7. Surah al Waqiah(untuk murah rezeki)
8. Surah Luqman (untuk kuat Tauhid, dan Taqwa)
9. surah al Mulk

banyak lagi....

sebenarnya saya dah tulis panjang tadi, tiba-tiba Pengarah panggil, sempat sent posting tetapi yang keluar sikit saja, kena edit dengan moderator ke, wallahu a'lam.
saya Alhamdulillah, mak saya banyak doa amalan, jadi alhamdulillah saya dapat ambil darinya. siapa lagi kalau bukan anak yang ambil, kebetulan yang minat bab doa ni, saya. senjata Mu'min katakan.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 07-04-06 09:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 13:13


Assalammualaikum
pernah sekali di kajang, saya jumpa seorang jurulatih silat, (tak perlu nyatakan silat apa,pendapat saya batin silat tersebut tak betul). di perkarangan masjid Jame' Pekan Kajang. Saya bersangka baiklah maklumlah dalam kawasan masjid, masa salam tu saya niat ikhlas, tetapi guru silat ini dah hantar jurus masa salam tu, terasa pedih di dada saya,cepat-cepat saya baca selawat Syifa' untuk tawarkan sakit tersebut, Alhamdulillah reda. tahulah saya Ilmu yang ada pada saya berlawanan dengan guru silat tersebut. Saya tak balas, biar Allah yang membalasnya.Mudah-mudahan dia taubat.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 12-04-06 13:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 13:16


Assalammualaikum
pendapat saya, silat yang saya tahu batinnya betul ialah Silat cekak Ustaz Hanafi, Silat Gayung Fatani, Silat Sendeng Anugerah.
Kesimpulannya silat yang berasaskan Tauhid kepada Allah sahaja yang betul. Ada belajar Sifat 20. yang lain tu fikir sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 13:40


seni mempertahankan diri....dah namanya seni mempertahankan diri sepatutnya ia dapat mempertahankan diri dari segala segi baik dari kelakuan atau dari nafsu kita.apa gunanya jika tidak sendiri menghayati maksud yang asal bila kita mengenali seni mempertahankan diri. kita manusia lemah jangan gunakan sedikit ilmu yang diberikan untuk tujuan mencederakan dan merendahkan orang yang tidak ada seni mempertahankan diri. sepatutnya yang kuat membantu yang lemah...bila ada sedikit kekuatan kita jadi takut dan bersyukur dengan apa yang kita ada.bukan semakin kita kuat makin berjalan bongkak...jika itu yang menjadi pegangan tidak kemana ilmu pertahankan diri kita hanya untuk menjadikan kita glamor sahaja.bukan untuk menhayati dan menolong yang lemah....apa-apa pun sebelum menyertai apa-apa seni mampertahankan diri sematkan di dada tujuan dan matlamat sebenar bila kita menerima ilmu mempertahankan diri.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 15:19


Assalammuaikum
Maksud saya ada silat yang menyeleweng dari akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Rasulullah saw. yang paling kuat. baca kisah Rasulullah saw mengalahkan ahli gusti.Kisah Junaid Al Baghdadi seorang yang hebat dalam tinju,gusti,

Pernah baca kisah Junaid al Baghdadi sengaja kalahkan dirinya sendiri(buat kalah dalam pertandingan) ketika berdepan dengan keturunan Rasulullah saw(Ahli Bait).Anda tahu bangsa apa yang kuat sekali di dunia ini, iaitu bangsa Quraish (Sama dengan Rasulullah saw). saya tak ada niat nak besarkan diri cuma saya nak Nyatakan silat yang ikut tauhid dengan silat yang menyeleweng, kalau dah menyeleweng akidah tu, cepatlah balik ke pangkal jalan.Bukan maksud saya nak hina silat lain, saya tak nyatakan nama silat apa. lagipun saya dah berusia dan dah kaji dua tiga silat. Rasulullah saw juga seru kita suruh belajar naik kuda, memanah,berenang, itu juga adalah untuk berJIHAD. sekarang ni nak cari kuda pun susah apa lagi nak belajar naik kuda.
kalau anda dah salah belajar tu bertaubat saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 15:49


jangan gaduh2 kat sini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 15:49


ISLAM tak menghalalkan cara

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 15:50


jom sihatkan badan dengan silat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 15:54


Kalau nak glamuor bukan dengan belajar Silat , masuk akedemi fantasia("Ulama' kata Haram).
Niat bersih, cara perlulah ikut Syara'. Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Cuba baca laman silat Cekak Ustaz Hanafi. Wajib bersih dari tahyul, khurafat, sihir. Kembali kepada Mu'jizat al Qur'an, AsSunnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 15:56


jom mewarisi warisan melayu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 15:59


Kisah Abdullah ibnu Mas'ud RadhiaLlahu'anhu(Siddiqiin) bunuh abu jahal (kafiriin) dalam perang Badar.
Abdullah ibnu Mas'ud jadi gabenor di Kufah.
Wajib berbaik sesama Muslim. itu sebab ada takziir,hudud,qisas.

Perang dalam Sirah Rasulullah s.a.w.

1.    Perang Badar Kubra
2.    Perang Uhud
3.    Perang Bani Sulaim di Al-Kudr
4.    Perang bani Qainuqa’
5.    Perang Dzi Amar
6.    Perang Buhran
7.    Perang Hamra ‘ul-Asad
8.    Tragedi Bi’lah Maunah
9.    Perang Bani Nadir
10.    Perang Najd
11.    Perang Badar yang kedua
12.    Perang Dumatul- Jandal
13.    Perang Ahzab/Khandaq
14.    Perang Bani Quraizah
15.    Perang Bani Lahyan
16.    Peperangan Bani Mushthaliq/Perang Al-Muraisi’
17.    Perjanjian Hudaibiyah
18.    Perang Ghabah/DzuQarad
19.    Perang Khaibar & Wadil-Qura
20.    Perang Dzatur Riqa’
21.    Perang Mu’tah
22.    Perang dan Penaklukan Makkah
23.    Perang Hunain
24.    Perang Tha’if
25.    Perang Tabuk (berdepan seramai 40,000 tentera Rumawi)

Wajib belajar untuk Jihad fi Sabilillah, buat masa ni perlu belajar menembak dan teknologi.Baju kalis peluru.
saya ni dah berusia 35 tahun.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 12-04-06 16:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 16:03


ada berpuluh silat di malaysia ini, (saya jumpa dalam internet) tu tak termasuk silat yang tak berdaftar, bergerak secara senyap seperti Selendang Merah, Tapak Suci. saya cerita silat yang bersih Aqidahnya saja.
tak main yang sesat. kalau dah tahu sesat balik ke pangkalan jalan ISLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:07


sayangnya ramai belia melayu yang tak minat belajo

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 16:20


Yang banyak jadi ganas (cederakan Muslim) ,biasanya yang aqidah tak ikut ahlu Sunnah wal Jamaah, tak takut pada hukum qisas. tu sebab pukul ore tak tentu hala. cuba tengok ahli Silat Cekak Hanafi, mana ada pukul muslim tak tentu hala.
dulu pun yang kena penjara di pulau jerjak silat mana? Pukul orang tak tentu hala... tu sebab kena. sekarang ni tak tahu cerita. Allahyarham ustaz Hanafi berakhlak baik,mana ada pukul orang tak tentu hala.kalau Aqidah kita betul mana ada kita nak cederakan Muslim, berdosa.
ni ada silat bila berlawan ikut nafsu ammarah saja, tu yang tak betul, berlainan dengan konsep defence seperti silat Cekak Hanafi, saya ni bukan ahli silat cekak hanafi atau gayung fatani, cuma saya suka akhlak ahlinya bertaqwa, ada juga yang tak solat, tu bukan sebab silat cekak hanafi tetapi mereka ni sebelum belajar silat cekak hanafi memang tak solat dah. salah diri sendirilah. buat jahat di balas jahat, baik dibalas baik (maksud ayat al Quran)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 16:21


kalau tak solat, belajar silat tak ke mana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:23


Al-Fatihah untuk Ustaz Haji Hanafi haji Ahmad.
Kenapa melayu suka pijak2 satu sama lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-04-06 08:21


Assalammuaikum.
sebab ada hasad dengki, masalah hati yang tidak bersih. hasad dengki yang membakar pahala seperti api membakar kayu bakar.Jangan berkawan dengan orang yang ada hasad dengki.
Rasulullah saw bersabda"Aku bukan takut, kamu miskin tetapi yang aku takut bila kamu dihamparkan didepan kamu harta yang banyak sehingga kamu sanggup bermusuh dan berbunuhan untuk mendapatkan harta tersebut" (maksud Hadis).

Berebut harta tersebut,pangkat, pengaruh adalah kerana ada hasad dengki. sepatutnya bersaing secara sihat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-04-06 16:56


Maaf kepada semua jika terkasar bahasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 13-04-06 18:18


assalamualaikum..

ana nak belajar ninja.. ada ninjutsu, taijutsu, genjutsu... tapi tak jumpa lagi kat sini sesiapa nak ajar benda ni semua :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-04-06 09:49


Assalammualaikum
Mati Syahid
Daripada Ubadah bin samit lah.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda†Bagi muslim yang mati Syahid di sisi allah ada tujuh perkara. Pertama dosanya diampuni sejak darahnya memancar.Dua, melihat tempatnya di Jannah.Tiga, dihiasi dengan perhiasan iman.Empat, diselamatkan dari azab kubur dan aman dari kedahsyatan hari kiamat.Lima, diberi mahkota kewibawaan, sebuah yaqut(mutiara) darinya lebih dari dunia dan seluruh isinya.Enam, dikahwinkan dengan 72 bidadari.Tujuh, memberi syafaat kepada 70 ahli keluarganya†(Riwayat Ahmad dan Thabrani)
Berbakti Kepada Ibu
Daripada Thalhah bin Muawiyah asSalami lah.a. berkata “ Aku pernah bertemu Rasulullah ,â€Wahai rasulullah. Aku ingin jihad fi sabilillah†maka baginda bertanya “Apakah kau masih mempunyai ibu?†Aku menjawab, “Yaâ€. Rasulullah bersabda,â€Berbaktilah kepadanya, kerana di sana terletak Jannah†(Riwayat Ibnu Majah dan Nasa’i)

Daripada Mu’awiyah bin Jahimah, bahawa dia pernah bertemu Nabi s.a.w. untuk meminta pendapat: “Ya Rasulullah. Aku ingin berperang. Aku dating kepadamu untuk meminta pendapat, bagaimana?†Maka rasulullah s.a.w. bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?†Aku menjawab, “Ya,â€Maka baginda berkata ,â€Kalau begitu, dampingi dia kerana Jannah itu di bawah telapak kaki ibuâ€. (Riwayat Ibnu Majah dan Nasa’i)

Fiqh alHadith:

Itulah maksud Fiqh Awlawiyat (fiqh keutamaan) yang diajar oleh Nabi saw kepada kita. Pada satu ketika Nabi menceritakan besarnya pahala mati syahid, namun bagi setengah pemuda yang masih ada ibu yang amat memerlukan khidmat si anak, maka keutamaan baginya ialah khidmat ibu, manakala yang lain, di mana ibunya sudah ada penjaga, maka diutamakan khidmat negara. yang bagusnya: kedua khidmat ibu dan khidmat negara, semuanya mendapat Jannah.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 14-04-06 16:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-04-06 10:09


Soalan:
apa sebenarnya Ilmu Kalam?.
apa keyakinan pengikutnya?
apa ciri-ciri pengikutnya?
apa amalan pengikutnya?
adakah group tareqat pegang ilmu Kalam.
ada berapa group tareqat yang betul?
ada berapa group tareqat yang sesat/menyeleweng?
boleh jelaskan oleh sesiapa yang arif bab ini.
bukan apa kat pejabat ni ada yang belajar tarikat samaniyah, akhirnya dia mengaku tarekat tersebut sesat.

Jawapan:

a. ilmu kalam ni dari kalimah 'kalam' yang bermaksud pembicaraan (omongan), berbahas, berdebat. Di zaman generasi pertama Islam, ia dikenali dengan Ilmu Tawhid atau Usuludiin. Selepas kemunculan Muktazilah, muncullah ilmu kalam kerana ia memasukkan unsur mantiq (logik) dan falsafah.
Maka menurut aliran salaf, ilmu Kalam ni adalah ilmu teologi yang dipelopori oleh ahli bid'ah. Kita kena namakan semula ilmu kalam ini dengan Ilmu Tawhid. itulah istilah nyang asal dan benar.

b. keyakinan pengikut Ilmu Kalam ni banyak, tapi yang terpenting ialah peranan akal dalam menetapkan ilmu akidah kekadang mengatasi wahyu (AQ dan Sunnah)

c. ciri2 pengikut ilmu kalam?

perbicaraan mereka amat sukar dimengerti kerana banyak memasukkan argument akliah atau mantik falsafah. Manakala ilmu tawhid manhaj salaf amatlah mudah difahami kerana mereka terus menggunakan pecahan tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' was Sifaat.

di. amalan pengikut ilmu kalam?

Ini susah nak kata sebab kebanyakan mereka ni menyembunyikan akidah/ pemikiran mereka (taqiyah). sekarang mereka dikenali dengan Liberalisme atau neo-Muktazilah. Ini kerana Muktazilah adalah pejuang utama Ilmu Kalam kerana mereka kata Kalam Allah ini makhluk dan hadith (baru).

e. Tareqat berpegang dengan ilmu Kalam?

sebahagian darinya, dari aliran falsafah seperti tareqat aliran syaikh Akbar Muhyidin Ibn Arabi (wihdatul Wujud), alHallaj (ana alHak) dan teori Nur Muhammad.
Tapi kebanyakan tareqat adalah dari cetusan madzhab Syi'ah. Ini kerana kebanyakan wali2 tareqat adalah nasabnya Ali-Fatimah (pada alHusain dan alHasan bin Ali)

f. Tareqat yang betul dan tareqat yang salah?
Senarai terkini ada dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. (lawati website jabatan atau Jakim)
Kami cuma boleh beri petua untuk mengenai tareqat sunni dan Tareqat Bid'iy.
Mana-mana tareqat yang manyatukan syari'at dan hakikat (tauhid) adalah tareqat sunni. Mana-mana tareqat yang berpegang dengan alQur:an dan Sunnah, maka tareqat sunni. Jika akidah mereka adalah akidah salaf, maka dia juga tareqat sunni.

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 11:38


ninjutsu banyak kat malaysia,taijutsu dan genjutsu terkandung dalam nitjutsu..... ;)


p/s
Taijutsu dan genjutsu suruh rock Lee ajar

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 13:06


saya pernah belajar silat gayung, silat cimande, tinju koboi, taekwando dan juga tomoi atau muay siam...
tapi yang paling popular ialah langkah seribu jurus tak cukup tanah...hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 16:47


fu yooo hebat betul rimbarara

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 14-04-06 16:49


boleh percaya ke ni???

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

nurul09
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2006
Ahli No: 23223
Posting: 91
Dari: shah alam

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-04-06 16:52


Pada 14-04-06 13:06 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

saya pernah belajar silat gayung, silat cimande, tinju koboi, taekwando dan juga tomoi atau muay siam...
tapi yang paling popular ialah langkah seribu jurus tak cukup tanah...hehehehe


ada ke? :-o
tapi kelakar la.. :lol: :lol:
yang tu rasa-rasanya,semua orang tau agaknya.. :-di


-----------------
Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan berwasiat (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran.


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul09Profil   Hantar PM kepada nurul09   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-05-06 11:30


nurulmbelajar silat apa? saya syorkan nurul belajar Silat cekak hanafi sebab tak perlu buka kelangkang luas seperti karate, tae kwndo, dan sesetengah silat, memang cekak hanafi sesuai untuk perempuan bagi mempertahankan diri bila diserang musuh.
tendangan dalam cekak hanafi pun tak tinggi mana tak perlu tendang sampai paras dada, hanya di kemaluan musuh saja, tepat kena situ mesti musuh leamh punya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-05-06 09:41


Ada dua perkara utama yang perlu diyakini sebelum kita melaksanakan jihad untuk kemenangan Islam. Perkara pertama ialah menyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Perkara kedua ialah menyakini bahawa kita ada keupayaan untuk berjihad memenangkan Islam dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kedua-dua keyakinan ini, jihad untuk menegakkan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Wawasan

Kita mesti mempunyai dan meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Tanpa keyakinan ini tidak ada sebab untuk kita berjihad. Jika kita yakin Islam pasti tewas, tidak perlulah kita bersusah payah kerana ia sama seperti membina rumah yang kita pasti akan roboh. Untuk apakah kita membina tiang, rasuk, dinding dan bumbung sekiranya kita melihat dengan nyata bahawa asas rumah tersebut telah retak dan pasti tumbang.
Sebaliknya, jika asas rumah tersebut memang kukuh,
tidak ada sebab bagi kita tidak membina keseluruhan rumah tersebut supaya kita dapat berlindung di dalamnya.

Allah telah menjanjikan dalam beberapa ayat al-Quran (as-Saff: 9 dan al-Hujurat: 28) bahawa Islam akan dimenangkan di atas sistem-sistem kehidupan yang lain.
Malah salah satu surah dalam al-Quran (al-Fath)
dinamai dengan kemenangan. Ini adalah janji Allah yang telah menciptakan manusia. Ini bermakna, Islam pasti tegak kerana Islam adalah keperluan manusia dan manusia tidak akan dapat hidup ke peringkat yang tertinggi sebagai manusia tanpa Islam. Biasanya Islam akan lebih nyata diperlukan apabila sesuatu sistem ciptaan manusia telah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Oleh demikian,
kita perlu mempunyai satu keyakinan yang mendalam
bahawa masa depan adalah untuk Islam. Inilah wawasan Islam selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini.

Marilah kita bayangkan kita hidup dalam satu sistem yang berdasarkan al-Qur’an. Cubalah kita bayangkan John Major atau Bill Clinton membuka kitab al-Qur’an di Mestminster atau di White House dalam penggubalan undang-undang. Adakah ini mustahil? Bukankah ini wawasan kita di dunia ini? Semasa menggali parit dalam Peperangan Khandak, bukankah Rasullullah SAW telah berseru, jatuhlah Rom dan Parsi, dua kuasa besar ketika itu! Kini Rusia telahpun jatuh.....

Selain itu, Allah telah menjanjikan kemenangan yang lebih besar di akhirat nanti bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Dalam banyak ayat al-Qur’an Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang beriman, berusaha, berjuang, berkorban, berhijrah dan berkasih sayang kerana Allah tanpa menyebutkan sama ada mereka
menang ataupun kalah (al-Kahft: 31 dan al-Hasyr: 8-9).
Malah dalam Surah al-Buruj, Allah menyatakan bahawa pihak kufur yang kelihatan berjaya di muka bumi akan di azab di akhirat nanti. Sebaliknya, mereka yang beriman dan beramal saleh akan mendapat balasan nikmat syurga yang berkekalan. Marilah kita bayangkan diri kita bersama isteri dan ahli keluarga serta golongan mukmin dan mukminah berada di dalam kamar-kamar istana
serba indah dan dikelilingi pelayan-pelayan yang setia di sebuah taman syurga yang damai - tempat terakhir seorang mujahid. Bukankah ini wawasan akhirat yang Allah gambarkan dalam al-Qur’an?

Keyakinan kita terhadap wawasan dunia dan wawasan
akhirat, bergantung pada keyakinan kita kepada Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah setiap hari dengan penuh kesedaran. Sembahyang, zikir dan doa kita hendaklah dijadikan alat untuk meningkatkan hubungan kita kepada Allah. Begitu juga dengan jalan-jalan lain seperti program perbincangan, ziarah, riadah, lawatan dan
jamuan yang diwujudkan dalam suasana Islam. Ia
hendaklah dirancang secara rapi supaya semuanya
menjadi alat untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah. Dengan keyakinan yang mendalam sahaja, kita dapat membina wawasan dunia dan akhirat.


Keyakinan diri

Perkara kedua yang kita perlu yakini ialah kita
berupaya untuk berjihad. Kita perlu tanya diri kita sendiri: Siapakah kita sebenarnya? Persoalan siapakah diri kita sebenarnya memberi kesan yang cukup besar dalam membentuk sikap dan peranan yang kita mainkan.
Sekiranya kita merasai bahawa kita bukanlah orang
penting dan tidak ada sumbangan penting yang dapat
kita berikan, maka itulah kita. Kalau kita merasai
kita tidak layak untuk mengajak orang lain kepada
Islam, maka itulah kita. Sedangkan pada hakikatnya, disisi Allah, setiap diri mempunyai tanggungjawab yang sama sebagai khalifah Allah di muka bumi. Inilah yang menjadikan setiap diri sebagai orang penting. Kita penting sebab Allah telah memberikan amanah kepada setiap diri sebagai khalifah. Di akhirat nanti kita akan disoal, sejauh manakah kita telah laksanakan
tugas penting ini. Apakah yang akan kita jawab di
hadapan Allah nanti?
Oleh demikian, kita perlu membina keyakinan diri yang lebih besar terhadap diri kita sendiri. Setiap kita ialah murabbi, pemimpin, pendakwah, ahli sukan, ahli politik, ahli masyarakat, ahli perniagaan dan lain-lain. Kita adalah murabbi - sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri, isteri, anak-anak, kawan-kawan dan mereka yang dekat dengan kita. Begitu juga dengan sifat-sifat lain. Persoalannya ialah kita memang merasai tidak mampu sekarang ini. Kita tidak mampu untuk mendidik dan mendakwah. Apa lagi utnuk menjadi ahli politik dan ahli perniagaan kerana kita
melihat apa yang kita ada pada masa ini, sedangkan
Allah telah memberikan kita potensi yang dapat dibina untuk melahirkan apa sahaja sifat yang kita ingini.
Allah tidak akan memberikan tanggungjawab sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakannya. Tanggungjawab kita ialah membina kemampuan dengan potensi dan persediaan jiwa yang besar yang telah Allah anugerahkan. Ini memerlukan masa yang panjang dan usaha yang berterusan. Inilah yang selalu kita lupa.
Kita tidak menentukan sasaran dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

Ambil sahaja contoh yang mudah iaitu untuk menjadi
ahli sukan. Bagi kita, menjadi seorang ahli sukan
bukanlah menjadi pelari 100 meter yang mampu bersaing dengan Linford Cristie. Apa yang kita ingin ialah kesihatan dan kekuatan tubuh badan yang menjadikan kita cergas, mempunyai stamina yang banyak dan tahan lasak. Malangnya, kita mahu natijah ini berlaku dalam masa seminggu atau dua minggu sahaja. Kita lupa bahawa sedikit latihan tetapi yang berterusan, akan menghasilkan natijah yang besar. Biasanya, kita akan berlatih dengan semangat yang berkobar-kobar, berlari begitu jauh, tetapi hanya untuk seminggu dua. Selepas
itu kita berhenti kerana tidak nampak hasilnya.
Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan ialah
menanamkan kesedaran yang mendalam bahawa kita
memerlukan kekuatan tubuh badan. Dengan kesedaran ini, kita mulakan latihan yang paling mudah seperti berlari 100 meter dengan cara yang paling perlahan. Tetapi setiap hari kita tambah jarak ini sehinggalah setahun, dua tahun dan seterusnya sehingga Allah memberikan kekuatan tubuh badan yang kita hajatkan.

Begitu juga dalam aspek lain seperti hafalan al-Quran, ibadat sunat, menambahkan ilmu umum, ilmu syara’ dan lain-lain lagi. Kita sering tertipu dengan semangat yang berkobar-kobar tetapi padam dalam tempoh yang singkat. Oleh itu marilah kita bayangkan bahawa kita menjadi manusia yang baru yang mempunyai kemampuan yang jauh lebih besar. Bukankah Rasulullah SAW merupakan seorang ahli ibadat, murrabbi, pendakwah, ilmuan, ahli perniagaan, panglima perang, ahli politik, ahli ekonomi, ahli kemasyarakatan yang prihatin terhadap orang tua dan miskin, juga suami
yang penyayang, bapa yang dihormati dan dikasihi ahli keluarga. Apa yang perlu kita fahami ialah perubahan tahap yang lebih baik lahir daripada kesedaran yang mendalam dan usaha yang berterusan setiap hari walaupun kelihatan kecil. Marilah kita tanamkan tekad untuk membina diri kita untuk jangka masa lima, 10 atau 15 tahun akan datang. Insya Allah kita akan dianugerahi kehidupan yang lebih baik di sisi Allah.
Dengan itu mudah-mudahan kita akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebagai persiapan jihad.


Usaha yang berterusan

Bagaimanakah kita dapat mengekalkan tahap kesungguhan yang tinggi dalam usaha jihad yang kita laksanakan?
Mengikut ahli psikologi, kecemerlangan kita bekerja dengan penuh kesungguhan bergantung pada fokus dalam fikiran kita dan cara kita menggunakan tubuh badan.
Fokus dalam pemikiran ini perlu kepada usaha yang
berterusan. Umpamanya kita memberikan fokus terhadap pembinaan peribadi muslim yang beriman, berakhlak dan berjihad. Inilah yang kita fikirkan, bayangkan dan inginkan setiap hari. Kita perlu mencari jalan supaya perkara ini sentiasa diperingatkan kepada kita, bukan
seminggu sekali atau sebulan sekali, tetapi setiap
hari. Mungkin kita catatkan perkara ini dalam diari, poster atau dalam bentuk-bentuk lain. Apa yang lebih penting ialah kita diperingatkan setiap hari terhadap fokus tersebut. Jadi, fokus kita yang pertama ialah untuk menjadi muslim, mukmin yang berkualiti, sehingga berguna kepada maysarakat. Kemudian, fokus kita ialah membentuk sebuah masyarakat Islam yang berkualiti sehingga berguna kepada ummah Islam seluruhnya.

Selain fokus dalam pemikirannya, kita perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, segar dan bertenaga. Cara kita menggunakan tubuh badan akan mempengaruhi jiwa kita.
Umpamanya, jika kita duduk di atas kerusi dengan
keadaan yang lemah, tidak bermaya, badan membongkok, bernafas dengan perlahan dan pendek, jiwa kita turut menjadi lemah dan kita tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, jika kita duduk dengan penuh bertenaga, dalam keadaan bersedia, badan tegak, menarik nafas dengan panjang sehingga penuh paru-paru
kita, jiwa kita akan lebih bersemangat untuk
menyiapkan tugas yang ada di hadapan kita. Ini
bermakna kita perlu kepada tubuh badan yang
benar-benar sihat, cergas dan bertenaga. Sekali lagi, kita mempunyai satu sasaran yang perlu kepada usaha yang berterusan dan mengambil masa yang panjang.

Dengan wawasan yang jelas dan keyakinan diri yang
tinggi, mudah-mudahan kita dapat melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar iaitu jihad untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat manusia hari ini.


Strategi

Satu perkara penting yang perlu kita sedari ialah
meletakkan Islam dalam suasana yang berubah. Pada
hakikatnya, sistem Islam memang tidak berubah pada
zaman mana sekalipun. Namun, proses untuk menegakkan sistem Islam memerlukan strategi dan operasi yang sesuai dengan tempat dan suasana yang ada. Sebagai contoh, Rasulullah SAW memulakan seruan umum dengan memanggil kaumnya dari puncak Bukit Safa. Puncak Bukit Safa merupakan tempat yang strategik di Makkah pada
masa itu kerana puncak tersebut memang digunakan
sebagai tempat untuk mengumumkan sebarang berita
penting dan segera seperti kedatangan musuh. Ini
adalah contoh bagaimana Rasulullah SAW menggunakan
strategi yang ada dan sesuai pada masa itu untuk
mengumpul dan menyampaikan ajarannya. Oleh demikian, kita juga perlu banyak mengkaji, mengumpul maklumat, berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih baik dari semasa ke semasa. Hal ini penting kerana persoalan strategi adalah persoalan yang sentiasa berubah. Sekiranya kita tidak mahu berfikir dan hanya berpuas hati dengan apa yang ada sudah pasti jihad kita tidak akan berkesan dan tidak membantu kemenangan
Islam.

Sebenarnya, langkah dalam jihad Rasulullah SAW dan
sahabatnya adalah penuh dengan strategi dan teknik
yang berkesan. Semua strategi, taktik dan teknik
tersebut memerlukan tenaga serta pemikiran yang banyak dan berterusan. Dalam banyak peperangan, sahabat akan bertanya sama ada sesuatu keputusan Rasulullah SAW itu merupakan wahyu daripada Allah ataupun pendapatnya sendiri. Sekiranya bukan wahyu, maka sahabat akan berbincang untuk mencari jalan atau keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, Peperangan Khandak membuktikan Rasulullah SAW menerima pendapat yang kreatif daripada sahabatnya. Menggali parit yang dicadangkan oleh Salman daripada Parsi adalah suatu strategi peperangan yang baru dan asing bagi bangsa Arab. Namun demikian, pendapat yang baru ini diterima
dan ternyata dapat membantu kemenangan Islam di
samping bantuan dan izin Allah.

Untuk menghasilkan strategi yang berkesan pun perlu kepada ilmu. Kita perlu tingkatkan taraf ilmu, strategi dan taraf pemikiran kita. Tidak mungkin kita dapat memikirkan strategi yang baik hanya dengan taraf ilmu dan pemikiran yang lama sahaja. Kita perlu menukar kaedah kita berfikir supaya lebih positif, kreatif dan mempunyai fokus yang jelas. Hasil pemikiran yang berkualiti hanya lahir daripada corak dan daya pemikiran yang berkualiti juga. Selain itu, usaha ini juga memerlukan banyak latihan. Ini bermakna
lebih banyak kita berfikir dan membuat keputusan
strategi, maka kita akan lebih matang dalam soal ini.


Kesimpulan

Di atas keyakinan kita terhadap sebuah wawasan yang jelas dan keyakinan kita terhadap keupayaan diri kita sendiri (dengan izin dan bantuan Allah) mudah-mudahan kita menjadi seorang mujahid yang Allah kehendaki.
Seorang Mujahid Islam adalah seorang yang sentiasa
memikirkan tentang cara untuk melakukan sesuatu
perkara dengan lebih baik. Kita perlu mencari
jalan-jalan yang lebih baik dalam usaha jihad kita.
Kita juga perlu kepada tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga. Kita tidak boleh lupa kepada faktor strategi, taktik dan teknik untuk kemenangan Islam.
Bukankah ini yang diwariskan oleh Rasulullah SAW
kepada kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-05-06 09:45


Assalamulaikum w.b.t
Dalam kita mengharungi..dan menghabiskan sisa-sisa hidup dizaman moden atau alaf baru ini,sering berlaku huru-hara,demo-demo tak puas hati,
dan sebagainya.Yang menunjukkan kita diambang akhir zaman,menurut Dr.Mohd Hawa (anak kepada Sheikh Said Hawa) yang sedang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah,katanya didalam Kuliah Akidah:

"(sesungguhnya tanda kiamat ada tiga,iaitu tanda besar,pertengahan dan kecil dan sebahagian ulamak membahagikannya kepada dua,iaitu kecil dan besar.Dan lebih daripada 50 tanda kiamat kecil telah disenaraikan dan
kesemua tanda-tanda kiamat kecil itu TELAH BERLAKU!!,dan tanda kiamat pertengahan atau (wustho)sebahagiannya telah berlaku dan sebahagiannya belum berlaku.Dan bila sampai masanya kiamat Besar yang dijanjikan oleh allah berlaku ia akan berlaku.)" tambah beliau lagi.."(di dalam
hadith yang disampaikan oleh rasullullah saw,tidak berlaku kiamat besar selagi ada orang menyebut kalimah "LAILAHAILLALLAH",dan ia sertakan sekali beberapa kiraan-kiraan yang menunjukkan berlakunya kiamat,
walau bagaimana pun katanya kita umat islam harus mempersiapkan diri dengan pahala yang secukupnya untuk persediaan kiamat Kubra.Kiamat kubra boleh berlaku pada bila-bila masa jika Allah menghendakinya berlaku.Jika kita tidak ada ilmu kita tidak tau mengenainya)"
(teks ini telah diringkaskan)

Kita sebagai umat ISLAM wajib bagi kita mempersiapkan diri dengan segala ILMU pengetahuan sebagai persediaan kita mengharungi alaf baru ini.Dengan adanya ilmu,segala gerak-geri kita terancang,terutamanya Ilmu AGAMA.Bila kita kata 'IMLU'ia adalah lafaz am,pandai-pandailah
kita mencari yang 'khas'nya, yang bersesuaian dengan diri serta mengharapkan keberkatan dan keradhaan ALLAH .

Bila ILMU sudah didada title kita sudah naik sedikit sebagai orang yang berilmu,orang yang berilmu mesti mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada orang lain,disitu pula title kita secara automatic adalah seorang pendakwah,dan ciri-ciri seorang pendakwah adalah memperjuangkan Ilmu yang dipelajari,kita semua adalah PEJUANG....

Seorang pejuang...
tidak kira Ilmu pelajaran,ilmu persilatan dan sebagainya ,kita sebagai umat Islam penjurusan ilmu itu akan menjurus kepada satu noktah iaitu
mengesakan ALLAH Taa'la.Akhir kata,seorang pejuang juga harus mempunyai semangat para pejuang Islam yang teguh dalam apa juga keadaan sekalipun..berjuanglah kerana ISLAM.
"aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH".

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-05-06 09:50


Assalamulaikum w.b.t
Dalam kita mengharungi..dan menghabiskan sisa-sisa hidup dizaman moden atau alaf baru ini,sering berlaku huru-hara,demo-demo tak puas hati,
dan sebagainya.Yang menunjukkan kita diambang akhir zaman,menurut Dr.Mohd Hawa (anak kepada Sheikh Said Hawa) yang sedang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah,katanya didalam Kuliah Akidah:

"(sesungguhnya tanda kiamat ada tiga,iaitu tanda besar,pertengahan dan kecil dan sebahagian ulamak membahagikannya kepada dua,iaitu kecil dan besar.Dan lebih daripada 50 tanda kiamat kecil telah disenaraikan dan
kesemua tanda-tanda kiamat kecil itu TELAH BERLAKU!!,dan tanda kiamat pertengahan atau (wustho)sebahagiannya telah berlaku dan sebahagiannya belum berlaku.Dan bila sampai masanya kiamat Besar yang dijanjikan oleh allah berlaku ia akan berlaku.)" tambah beliau lagi.."(di dalam
hadith yang disampaikan oleh rasullullah saw,tidak berlaku kiamat besar selagi ada orang menyebut kalimah "LAILAHAILLALLAH",dan ia sertakan sekali beberapa kiraan-kiraan yang menunjukkan berlakunya kiamat,
walau bagaimana pun katanya kita umat islam harus mempersiapkan diri dengan pahala yang secukupnya untuk persediaan kiamat Kubra.Kiamat kubra boleh berlaku pada bila-bila masa jika Allah menghendakinya berlaku.Jika kita tidak ada ilmu kita tidak tau mengenainya)"
(teks ini telah diringkaskan)

Kita sebagai umat ISLAM wajib bagi kita mempersiapkan diri dengan segala ILMU pengetahuan sebagai persediaan kita mengharungi alaf baru ini.Dengan adanya ilmu,segala gerak-geri kita terancang,terutamanya Ilmu AGAMA.Bila kita kata 'IMLU'ia adalah lafaz am,pandai-pandailah
kita mencari yang 'khas'nya, yang bersesuaian dengan diri serta mengharapkan keberkatan dan keradhaan ALLAH .

Bila ILMU sudah didada title kita sudah naik sedikit sebagai orang yang berilmu,orang yang berilmu mesti mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada orang lain,disitu pula title kita secara automatic adalah seorang pendakwah,dan ciri-ciri seorang pendakwah adalah memperjuangkan Ilmu yang dipelajari,kita semua adalah PEJUANG....

Seorang pejuang...
tidak kira Ilmu pelajaran,ilmu persilatan dan sebagainya ,kita sebagai umat Islam penjurusan ilmu itu akan menjurus kepada satu noktah iaitu
mengesakan ALLAH Taa'la.Akhir kata,seorang pejuang juga harus mempunyai semangat para pejuang Islam yang teguh dalam apa juga keadaan sekalipun..berjuanglah kerana ISLAM.
"aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH,dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah".

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-05-06 09:50


Assalamulaikum w.b.t
Dalam kita mengharungi..dan menghabiskan sisa-sisa hidup dizaman moden atau alaf baru ini,sering berlaku huru-hara,demo-demo tak puas hati,
dan sebagainya.Yang menunjukkan kita diambang akhir zaman,menurut Dr.Mohd Hawa (anak kepada Sheikh Said Hawa) yang sedang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah,katanya didalam Kuliah Akidah:

"(sesungguhnya tanda kiamat ada tiga,iaitu tanda besar,pertengahan dan kecil dan sebahagian ulamak membahagikannya kepada dua,iaitu kecil dan besar.Dan lebih daripada 50 tanda kiamat kecil telah disenaraikan dan
kesemua tanda-tanda kiamat kecil itu TELAH BERLAKU!!,dan tanda kiamat pertengahan atau (wustho)sebahagiannya telah berlaku dan sebahagiannya belum berlaku.Dan bila sampai masanya kiamat Besar yang dijanjikan oleh allah berlaku ia akan berlaku.)" tambah beliau lagi.."(di dalam
hadith yang disampaikan oleh rasullullah saw,tidak berlaku kiamat besar selagi ada orang menyebut kalimah "LAILAHAILLALLAH",dan ia sertakan sekali beberapa kiraan-kiraan yang menunjukkan berlakunya kiamat,
walau bagaimana pun katanya kita umat islam harus mempersiapkan diri dengan pahala yang secukupnya untuk persediaan kiamat Kubra.Kiamat kubra boleh berlaku pada bila-bila masa jika Allah menghendakinya berlaku.Jika kita tidak ada ilmu kita tidak tau mengenainya)"
(teks ini telah diringkaskan)

Kita sebagai umat ISLAM wajib bagi kita mempersiapkan diri dengan segala ILMU pengetahuan sebagai persediaan kita mengharungi alaf baru ini.Dengan adanya ilmu,segala gerak-geri kita terancang,terutamanya Ilmu AGAMA.Bila kita kata 'IMLU'ia adalah lafaz am,pandai-pandailah
kita mencari yang 'khas'nya, yang bersesuaian dengan diri serta mengharapkan keberkatan dan keradhaan ALLAH .

Bila ILMU sudah didada title kita sudah naik sedikit sebagai orang yang berilmu,orang yang berilmu mesti mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada orang lain,disitu pula title kita secara automatic adalah seorang pendakwah,dan ciri-ciri seorang pendakwah adalah memperjuangkan Ilmu yang dipelajari,kita semua adalah PEJUANG....

Seorang pejuang...
tidak kira Ilmu pelajaran,ilmu persilatan dan sebagainya ,kita sebagai umat Islam penjurusan ilmu itu akan menjurus kepada satu noktah iaitu
mengesakan ALLAH Taa'la.Akhir kata,seorang pejuang juga harus mempunyai semangat para pejuang Islam yang teguh dalam apa juga keadaan sekalipun..berjuanglah kerana ISLAM.
"aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH,dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah".

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-05-06 10:00


assalammualaikum
adakah anda pernah dengar kisah Shilat bin Asim seorang 'abid yang zahid dari kalangan tabiin. kisahnya bertemu singasemasa sedang solat

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 29-05-06 13:29


silat kebatinan ni boleh belajar ke? dengar cerita ada pakai jin2 la apa la..silap2 hari bulan boleh isin la apa la... ada ka dalam islam benda-benada ni... bukan ke sahabat2 dulu pergi perang pakai iman dan yakin... xplain sikit boleh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

wanina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 20:57


saya ada tempur tampa senjata (tts) belt merah

Bookmark and Share

    


  Member Information For waninaProfil   Hantar PM kepada wanina   Quote dan BalasQuote

zahrawi_achik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.05.2006
Ahli No: 24519
Posting: 39
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-05-06 21:04


Pada 29-05-06 10:00 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

assalammualaikum
adakah anda pernah dengar kisah Shilat bin Asim seorang 'abid yang zahid dari kalangan tabiin. kisahnya bertemu singasemasa sedang solat


xpernh dgrpun.. siapa name 'abid tu? ambil cerita tu dari kitab mana? citela sikit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrawi_achikProfil   Hantar PM kepada zahrawi_achik   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Seni Mempertahankan Diri

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.234416 saat. Lajunya....