Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 188
Ahli: 0
Jumlah: 188




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: NAUZUBILLAHIMINZALIK!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» NAUZUBILLAHIMINZALIK!!

Please Mendaftar To Post


Oleh NAUZUBILLAHIMINZALIK!!

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 10:38


....diforwardkan dari kawan ana...

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah,Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan
terpengaruh dengan Kristian ini.    

Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, tidak boleh
minum arak, tidak boleh makan benda-benda berdarah, tidak boleh kahwin. Holywater dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian
iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah
tangan.

Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yang bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya,kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yang membabitkan remaja belasan tahun.

Pada minggu lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama.

Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 orang remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yang diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan
akidah.

Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat seorang paderi Melayu yang bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih
ramai warga Melayu di sini.

Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah elahirkan seorang bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita
tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelas bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islan dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yang suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yang menamakan diri mereka J.I.T. @ jangan Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men'declare'kan diri mereka free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah
Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yang berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yang telah bercampur dengan darah kambing (kalau tak silap saya). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dengan senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yang hanyut itu.

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an.Dia boleh dikatakan rapat dengan saya. seorang anak cikgu yang berasal dari Muar. seorang pelajar yang pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus,
beliau pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yang tidak baik berlaku. Beliau seorang yang patuh pada perintah orang tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendapat pekerjaan di sebuah syarikat guaman yang terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yang sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dengan anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorang penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah datang mencari saya; dan terakhir yang saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yang setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible . Tujuan saya bukan untuk mengaibkan dia, tetapi untuk kita
jadikan sempadan.

Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan; good religious foundation but got carried away. Missionary agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar
Islam pula yang dijadikan mangsa; kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah
semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yang
terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yang sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

> Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri.INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH,
akan diberkati...

:-) Islam itu indah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 15-10-05 12:22


apa nak jadi ni??????

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 12:27


nauzubillah min zalik.....dia seorang tidak akan masuk syurga, kubimbangi dia adalah diriku...Ya 4JJ1, janganlah kau palingkan hati kami setelah engkau beri hidayah....aminnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For teru_teru_bozuProfil   Hantar PM kepada teru_teru_bozu   Quote dan BalasQuote

Ikhwan23
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13474
Posting: 60
Dari: Dimana sahaja yang diizinkanNya

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 15:06


jika iman sudah rapuh,masyarakat kian hancur,diri makin lusuh,musuh datang mencucur.

Dakwah dan tarbiah kita hidupkan agar masyarakat islam jadi kuat.
Semoga Allah wujudkan kembali kegentaran terhadap umat islam dalam diri musyrikin laknatullah itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ikhwan23Profil   Hantar PM kepada Ikhwan23   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 15:20


Pada 15-10-05 15:06 , Ikhwan23 posting:

!!! QUOTE !!!

jika iman sudah rapuh,masyarakat kian hancur,diri makin lusuh,musuh datang mencucur.

Dakwah dan tarbiah kita hidupkan agar masyarakat islam jadi kuat.
Semoga Allah wujudkan kembali kegentaran terhadap umat islam dalam diri musyrikin laknatullah itu


isk isk isk

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

zamirsham
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14483
Posting: 77
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 15:58


Nauzubillahi min zalik!
dah lama ana ikut kes2 murtad ni.
angka statistik dari akhbar berita harian (tarikh ana tak ingat) menunjukkan angka kasar 30000 orang melayu murtad di malaysia. tu yang kasar , yang tak kasar lebih lagi.
sedih lihat dan baca kes LINA JOY.
mereka yang murtad akan "finnar Khaldan abadan!!!"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamirshamProfil   Hantar PM kepada zamirsham   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-05 12:34


na'uzubillah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

ima_83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17672
Posting: 21
Dari: penang

jordan  


posticon Posting pada: 25-10-05 13:00


Masya'Allah...apa yang dah jadi dengan dunia sekarang ni...sedih betul. macam-macam perkara yang dah berlaku,berkaitan dengan air hollywter dahulu saya pernah juga terminum. Tapi syukur alhamdulillah,Allah pelihara. Kisahnya bermula sewaktu saya berada di sekolah menengah agama dhl, beberapa orang berwajah melayu, telah datang dari sebuah syarikat yang mendakwa diri mereka Thobib dan Thobibah datang ke sekolah saya untuk memberi air penerang hati. Akhirnya,air tersebut dapat di kesan apabila terdpt antara kawan-kawan saya yang tak ingat pada Allah. Sering nak melakukan tanda salib pada badan mereka..tak boleh nak mengucap, thobib2 tersebut sering terbayang2 di fikiran mereka dan macam-macam lagi yang terjadi pada kawan-kawan saya. Sejak hari itu,saya lebih berjaga2 untuk membeli barangan yang berunsur air penerang hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ima_83Profil   Hantar PM kepada ima_83   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-05 13:47


Assalamualaikum
Kalau sahabat2 semua nak tau dengan lebih lanjut tentang pergerakan JIT dan nak tengok betapa rosaknya remaja kita, bacalah Mastika keluaran terbaru.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

zamirsham
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14483
Posting: 77
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 16:04


dah baca mastika yang terbaru.......
budak2 sekarang....why?WHY?WHY? kalau saya jumpa mampos anda!!!!
tak dapat dimaafkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamirshamProfil   Hantar PM kepada zamirsham   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 29-10-05 22:27


NAUZUBILLAHIMINZALIK...!!!!!!!!!!!!!

SHAMR....... adakah enti sebenar-benar SHAMR..???????????

SEDARLAH APA YANG "enti lakukan ni".....

S H A M lah.............SHAMR...??????????????? BENARKAH 'enti' ni SHAMR yang asli.....????????????

astaghfirullahalazim.....!!!!!!!!!!!!!!!!!

nauzubillahiminzalik........cuba fikir balik apa yang "enti " buat ni betulkah...??? muslimah sejati kah namanya???

semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang buta...


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�
[ Telah diedit oleh: ilham_thahurah pada 29-10-05 22:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

Ikhwan23
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13474
Posting: 60
Dari: Dimana sahaja yang diizinkanNya

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 23:09


Cuba bayangkan......

statistik sebenar awal tahun ini yang disampaikan oleh Mufti perak....15000 permohonan untuk masuk kristian telah berada di Jabatan pendaftaran Negara.
Itu adalah angka bagi mereka2 yang berani tampil secara terang.

Cuba kita fikri berapa ramai lagi yang dah masuk kristian secara sembunyi?
Pastinya angkanya berkali ganda dari itu.

Betapa rosaknya umat kita hari ini.tak cukup dengan zina,arak,judi.....yang murtad pula makin bertambah.

Semoga Allah tetapkan iman kita semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ikhwan23Profil   Hantar PM kepada Ikhwan23   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 30-10-05 00:59


astaghfirullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

iskehe
Warga Rasmi
Menyertai: 23.05.2005
Ahli No: 16675
Posting: 3
Dari: Mesir

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-11-05 19:34


Ya Allah jika beruang itu pahit... jadikanlah saya insan yang rindu pada kepahitan itu.. Kerana saya tahu syurga itu manis...
Ya allah manisnya kedindahan dunia ini dengan emas pertmata yang melimpah ruah... Tetapi jika kemanisan itu akan membakar tubuhku, jadikanlah saya makhlukmu yang membenci kemanisan itu Ya Allah..
Kerana saya tahu azabnya nerakamu ya Allah... NAUNZUBILLAHI MIN ZALIK,MiN AZABINNAR,MiN KULLI SYAR..

kerana wang harta pangkat sanggup orang melayu sendiri lihat kemusnahan kaum nya... doa hidayat untuk semua umat nabi MUHAMMAD S.A.W keseluruhannya... moga kita semua tergolong dalam golongan ummat nya..

Ya Rasulullah Syafaatkan kami sebagai umatmu di Akhirat nanti... Aminnn..

Bookmark and Share

    


  Member Information For iskeheProfil   Hantar PM kepada iskehe   Pergi ke iskehe's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-05 01:15


saya pun dah baca keluaran terbaru mastika...ya Allah..mengucap panjang saya.kalau iman tak kuat itulah jadinya...saya pun jadi takut pula..yelah kalau kat negara sendiri jadi macam tu, macammana pula kalau kat negara luar..sepatutnya malaysia kena mengharamkan orang islam yang nak masuk agama lain. kalau buat undang-undang macam tu, mungkin perkara-perkara macam ni tak berlaku...

YA ALLAH kuatkanlah imanku...


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-11-05 04:44


Email ini bagus juga untuk menyedarkan umat Islam , tapi perlu hati2 kerana. mungkin apa yang disampaikan melalui email ada sedikit sebanyak kesilapan.jangan mudah sangat menuduh orang. bukan Islam itu dan ini ...... hanya berdasarkan email saja.Dia orang. pun bijak juga,mungkin merubah fakta dan strategi mereka untuk kelirukan umat Islam.Perkara yang penting ialah kita mewujudkan aktv.dan beri sumbangan untuk kukuhkan agama/umat ini.
JIM dan ABIM ada buat dakwah untuk bukan Islam .... berilah sokongan kepada.mereka.

jangan la kerana email begini di kalangan kita bergaduh sesama sendiri, berlaku tuduh menuduh antara satu sama lain dan mendakwa seseorang berbohong.cuba tengok yang berlaku dalam email di bawah "1998/9: salah sebuah kolej di uni. malaya menganjurkan satu forum bertajuk 'apa ertinya saya menganut islam?' yang mana panelisnya adalah saudara kita, iaitu ann wan seng (pada waktu itu, baru memeluk islam, beliau tidak menukar nama), us tajudin osman (bekas paderi) dan seorang lagi tak-kristian. luahan hati dan 'persembahan' kesemua panelis amat memukau terutamanya daripada us tajudin osman (PERKIM mencadangkan penganjur menjemput beliau sebagai panelis yang ketika itu sedang terkenal). masa kan tidak, us tajudin menyatakan yang beliau ialah bekas paderi besar sabah dan pernah belajar di vatican, rom dll. apa yang beliau nyatakan dalam forum tersebut banyak bertepatan dengan islam ie berkenaan kebenaran islam dan keindahan ajarannya serta kesesatan kristian.

1999/2000 : majalah muslimah menerbitkan artikel mengenai wawancara dengan us tajudin osman iaitu artikel yang diemail ini. beliau juga mengulangi kenyataan yang beliau adalah bekas paderi besar sabah dan pernah belajar di vatican, rom. majalah tersebut mendapat sambutan hangat di pasaran.

tetapi ... dalam keluaran selepas itu, majalah muslimah mengeluarkan pula respon dari sebuah gereja ternama di kuala lumpur. terkejut juga, bagaimana majalah muslimah mengeluarkan kenyataan dari sebuah gereja ternama. pihak gereja menyatakan 1.menafikan bahawa pernah terdapat paderi besar sabah yang bernama thomas laden 2.dalam list mereka, tidak pernah wujud paderi 'graduan' dari vatican yang bernama thomas laden.

2000/01 ... UIA Matrikulasi, PJ, menganjurkan forum yang juga menjemput saudara kita. dua panelis dijemput, iaitu saudara amran (india muslim) dan saudara **Lim (seorang cina dan bekas pendakyah kristian sebelum memeluk islam). dalam forum tersebut, seorang pelajar bertanya tentang kristianisasi. Brother Lim menafikan berlakunya kristianisasi dalam bentuk holy water dimasukkan dalam air minuman dll dan boleh menyebabkan mangsa tidak boleh mengucap ... apa yang berlaku ialah sejenis dadah yang boleh memberi kesan terhadap lidah (kelu) yang dimasukkan dalam air tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa kenyataan us tajudin osman bahawa dia adalah bekas paderi besar sabah dan graduate daripada vatican adalah satu pembohongan (ana masih ingat lagi, bro lim kata, us tajudin belajar di indonesia). bro. lim boleh dipercayai sebab dia sebelum itu dia adalah orang kuat gereja yang tentunya mempunyai maklumat dan fakta yang sahih".

Di dalam email di atas ternyata berlaku tuduh menuduh antara pendakwah Islam.Mungkin antara mereka ada hujah masing2. Tetapi saya rasa keadaan itu membawa kelemahan kepada. umat Islam.Saya percaya kedua2 pihak memeluk Islam kerana cintakan agama ini. So saya tidak berhasrat untuk menghakimkan antara keduanya kerana saya rasa, saya adalah pendahwah bukan penghukum.Kesilapan mendedahkan maklumat dan membuat sesuatu persepsi mungkin berlaku kepada sesiapa pun kerana itu semua bergantung kepada sumber dan pendedahan yang diterima seseorang. orang kristian pun ada juga membuat persepsi silap terhadap kita .... kita juga kan...?
Satu lagi yang saya ingin tekankan ialah pendakwah kristian berjaya bukan kerana holy waternya ..... kalau pun holy water memberi sedikit kesan ..ianya bukanlah faktor utama kejayaan mereka.Mereka berjaya adalah kerana mereka bekerja kuat dan melakukan aktv. secara berkesan.Mereka banyak menulis,melakukan kerja amal,membuat kerja secara tersusun dan menetapkan sasaran secara realistik.Mereka buat kejayaan di korea selatan, di China,Vietnam,India,indonesia, di Sabah/Sarawah dan di bandar2 di semenanjung.orang. India dan cina sudah ramai menganut kristian... malah melayu juga.
Penting bagi umat Islam melakukan kerja amal bagi memberi sumbangan kepada. manusia.dengan itu umat Islam boleh meningkatkan pengaruh,wibawa dan meningkatkan imej. Manusia bukan hanya nak tunggu hujjah2 yang kita berikan .... malah mereka lebih selesa dengan apa yang kita sumbangkan.Manusia ni kan ada hati ... juga ada akal.pada. hati berlaku perasaan tetarik,selesa,berkenan dan membuat persepsi, manakala akal memikirkan,membuat perkiraan dsbnya. Guna pintu hati lebih berkesan daripada guna pintu akal .... kalau kedua2nya lagi baik. Berkaitan betapa perlunya umat Islam melibatkan diri dengan kerja amal,cu perhati artikel berikut "This Islamic stance toward disasters and people in need becomes clear when a number of Muslim scholars stated that although zakah has a special status in Islam, it is permissible to give it to non-Muslims. The Prophet of Allah (peace and blessings be upon him) said, “Sadaqah (charity) is prescribed for every person every day the sun rises” (Ahmad and Abu Dhar Al-Ghafari).
Repercussions
A serious question is raised here: What are the consequences of deactivating Muslim relief activities?
Deactivating these activities would have a great impact on both Muslims and non-Muslims.
Some Muslims affected by the disasters may lose the feeling of belonging to the Muslim Ummah. Strengthening the concept of the Ummah is extremely important nowadays, as a great deal of Muslims are aware of international politics; therefore, we need a unified Ummah.
A more dangerous result is that some Muslims may be affected by missionaries who are active after such disasters. For example, a missionary group planned to place 300 Muslim tsunami orphans into a Christian children’s home. A news story entitled “Catholics growing fast worldwide” is sufficient to let us be aware of that danger.
As for non-Muslims, if Muslim relief activities are neglected, non-Muslims will not be in touch with genuine Islamic morals and values. When observing the apathy of some Muslims toward their needy brothers and sisters, a bad image will be formed about Islam itself, especially when Muslim efforts are compared to those done by many non-Muslim nations and organizations.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Ameen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20162
Posting: 146

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-11-05 10:47


Boleh saya tahu daripada awak (raudhah84) forward information ni ????

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmeenProfil   Hantar PM kepada Ameen   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-11-05 16:35


andai brother Lim yang dimaksudkan itu adalah brother Lim yang aktif dalam dakwah perbandingan agama maka ana kenal dengan dia, beliau merupakan antara teman2 Brother Shah Kirit. dan apa yang dikatakan itu meang benar, cerita holy water itu hanyalah fitnah terhadap agama lain.

cerita mengenai holy water ini mula disebarkan oleh seorang yang konon mengaku bekas paderi. sesuai dengan pemikiran orang2 Melayu yang suka benda2 berunsur magis maka cerita tu dapat tempat di hati masyarakat. seorang sahabat ana sudah menulis satu artikel membongkar kebenaran dan kredebility Paderi Thomas Laiden tersebut dengan berdasarkan fakta2. silalah baca artikel tersebut di...

http://f40.blogs.friendster.com/my_blog/2005/10/hakikat_holy_wa.html

renung2lah sendiri. bagi yang belajar ilmu rijal pasti lebih tahu apa yang sepatutnya dibuat. disini kita bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi yang hak tetap hak dan perlu dijelaskan.
dan saya seru jangan kita terus gelengkan kepala pada orang yang murtad, gelengkan pada diri dulu, cermin balik uslub dakwah kita, cara kita menghadapi mereka2 yang bermasalah. dan lihat sama ada adakah cara kita tu membantu.

wallahua'lam bisawab
[ Telah diedit oleh: Al-Faisal pada 06-11-05 16:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-11-05 22:20


masyaalllah..... ini pergi di takuti,,, kerana jika berlaku banyak keburukan daripada kebaikan maka bala allah akan turun menimpa kita... itulah sebabnya kita perlu memilih pemimpin yang beul2 endakkan kepada islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-05 00:48


Saya nak berkongsi sdikit info... Saya pernah menyelamatkan seorang wanita melayu islam yang berkahwin secara hindu diPEnang dan group saya bkerjasama dengan team JAIPP dan SB Penang untuk membawa balik wanita tersebut ke Johor dan mengikut cerita bahawa dia telah dipukau dan tak ingat apa yang berlaku pada diri dia.Dan saya pernah bertugas di unit enforcement dbhg risikan dan pernah membuat satu intipan tentang gerakan kristian ini dan satau kes saya ia;lah mengikut satu group remaja melayu islam yang membuat satu majlis dchurh pada jam 12 malam keatas yang mana hampir 100 orang remaja melayu islam yang ikut maj di churh tersebut diberikan wang dan seterus nya diugut supaya ikut mereka.So kalau saya saya nak cerita panjang susah juga sebab ini sbenarb=nya rahsia so ini basicly sbgai peringatn kepada kita semua ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-11-05 02:26


Honestly la dalam email yang saya bawak di atas berlaku pertembungan antara pendakwah islam.Berlaku tuduhan”pembohong” ke atas ustaz. Tajudin Osman.Berlaku juga seolah-olah ada usaha untuk menyisihkan beliau dari arus dakwah.Saya difahamkan ustaz.Tajudin juga mempunyai sumbagan dalam dakwah.Mungkin semua ini berlaku atas alasan untuk.menegakkan kebenaran.Tapi tak boleh ke guna kata-kata yang lebih lunak seperti “Pandangan ustaz Tajuddin tidak tepat ….. mungkin beliau mengalami pengalaman tertentu yang menyebabkan beliau berkata begitu atau “Saya tak bersetuju dengan apa yang dikatakan ustaz.Tajudin setahu saya tak ada holy water seperti yang disebutkan beliau dll.Saya yang mendapat latihan dalam bidang ni merasa sangat tak selesa dengan tuduhan seperti ini.Saya rasa tuduhan seperti ini kasar dan tak wajar.Tambahan pula yang dituduh juga seorang pendakwah yang ingin menegakkan agama.Hujah yang menyatakan kalau ustaz.Tajudin tu benar sudah tentu beliau akan terkenal seluruh m”sia adalah tidak tepat.Ada juga orang berbohong tapi terkenal juga.orang. jual maksiat pun terkenal juga kan?? Sekarang ni banyak juga berlaku pertembungan antara pendakwah antara pelbagai aliran.Sejarah pejuang mujahiddin Afghanistan juga mencatatkan pertembungan antara kumpulan.Masing2 mendakwa untuk menegakkan kebenaran.???
Saya faham sesetengah pihak ingin menegakkan kebenaran dan membersihkan imej Islam.Tapi jangan pula menyebabkan pertembungan sesama sendiri.Bukankah itu akan menyebabkan umat Islam menjadi lebih lemah lagi??.Pertembungan sesama sendiri menyebabkan pihak kristian gembira dan mungkin bertepuk tangan..??.Sedangkan kita asyik dengan agenda menegakkan kebenaran dengan cara begitu.Saya tahu sdr.Lim mempunyai banyak ilmu berkaitan hal ehwal kristian tapi saya rasa ustaz.Tajudin juga mempunyai ilmu dalam bidang tersebut.Mungkin juga dengan ada pendedahan terhadap kristian menyebabkan mereka bertindak mengubah sesetengah fakta.
Pasal holy water tu saya sebelum ini ada dengar ceramah oleh bekas Paderi bernama Selleh.Beliau mendakwa memang berlaku usaha untuk mengkristian orang.melayu menggunakan holy water yang mengandungi unsur sihir.Holy water tersebut diambil dari Indonesia.Tak tahu la sejauh mana kebenarannya.Saya ambil kenyataan itu secara positif ..kalau pun holy water sebegitu wujud saya yakin pendakwah kristian berjaya bukan kerana holy waternya ..... kalau pun holy water memberi sedikit kesan ..ianya bukanlah faktor utama kejayaan mereka.Mereka berjaya adalah kerana mereka bekerja kuat dan melakukan aktv. secara berkesan.Mereka banyak menulis,melakukan kerja amal,membuat kerja secara tersusun dan menetapkan sasaran secara realistik.Email sdr. subuhku Di atas juga menyatakan ada usaha memurtadkan orang melayu dengan menggunakan unsur sihir.
    Saya sudah baca website yang diberikan oleh al-Faisal tu .Saya rasa kritikan yang diberikan di situ terlalu bersifat akademik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 00:58


Pada 07-11-05 02:26 , nano posting:

!!! QUOTE !!!

.Holy water tersebut diambil dari Indonesia.Tak tahu la sejauh mana kebenarannya.


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(al-Hujurat 49:6)


!!! QUOTE !!!

    Saya sudah baca website yang diberikan oleh al-Faisal tu .Saya rasa kritikan yang diberikan di situ terlalu bersifat akademik.


kalau sesuatu teguran bersifat ilmiah dirasakan tidak lagi relevan maka saya tak tau nak kata apa dah:)

ya tak dinafikan kemungkinan penggunaan sihir seperti pukau boleh terjadi dalam memurtadkan orang jika berita itu benar, tapi kalau sihir itu yang jelas benar maka katalah sihir tetapi bukan perkara2 lain. andai air zamzam digunakan dalam perbomohan melayu adakah salah air zamzam atau perbomohan? masalah sekarang penuduhan dah sampai ke tahap holy water dibuat dari benda2 kotor dsb. sedangkan tak ada bukti pertuduhan tersebut. mana lebih penting, menguraikan kebenaran demi menjaga imej Islam atau menjaga imej seseorang? malahan tak ada pulak kita membenci penyebar khabar tersebut, yang dibenci adalah kenyataannya. baik kita kata baik, tak baik kita tak patut la kata baik. maaf sekiranya kata-kata mengguris hati sesiapa, itu semua natijah kelemahan saya sebagai manusia.

"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar". (al-Baqarah 2:111)

wallahua'lam bisawab
[ Telah diedit oleh: Al-Faisal pada 08-11-05 01:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 01:06


tak perlulah kita nak salahkan siapa2 kat sini, ambil yang keruh buang yang jernih... yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan...

daripada kita berbalah sesama kita, baik kita ambil jalan tengah, sebagaimana ulama' yang berkhilaf, mereka utamakan kaedah al-khuruj `an al-khilaf mustahabb... keluar daripada khilaf adalah disunatkan...

ambil yang mana boleh dijadikan iktibar, tinggalkan yang mana tidak sesuai dengan kita... tak salah kalau kita nak berjaga2, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan... wassalam :-)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 01:09


Pada 08-11-05 01:06 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

tak perlulah kita nak salahkan siapa2 kat sini, ambil yang keruh buang yang jernih... yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan...

daripada kita berbalah sesama kita, baik kita ambil jalan tengah, sebagaimana ulama' yang berkhilaf, mereka utamakan kaedah al-khuruj `an al-khilaf mustahabb... keluar daripada khilaf adalah disunatkan...

ambil yang mana boleh dijadikan iktibar, tinggalkan yang mana tidak sesuai dengan kita... tak salah kalau kita nak berjaga2, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan... wassalam :-)



saya setuju dengan ibnu_musa. jangan risau la tak ada niat nak berbalah pun. cuma kekadang bila atmosfera perbincangan nampak serius nampak macam nak bertumbuk hehe.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 01:20


oklah kalau macam tu...

pasal kritikan yang bersifat akademik ni, saya setuju dengan Al-Faisal... kita kenalah berhujjah berdasarkan fakta, mestilah akademik dalam melakukan perbincangan, barulah mengikut landasan yang betul...

secara akademik itu adalah secara berilmu, berasas... sebab ahli akademik adalah ahli ilmu/ilmuan...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 02:27


yup..setuju. dalam perbincang tak lari daripada pertentangan pendapat. kalau tak ada pertentangan pendapat, bukan perbincangan namanya. cuma apa yang perlu difahami ialah roh perbincangan itu sendiri. dan rasanya perbincangan seperti ini tidaklah memecah belahkan umat. sedangkan imam2 terdahulu, walaupun telah berlainan pendapat, namun bila ditemui hujah yang lebih kuat daripada hasil perbincangan, mereka akan menerimanya dan berlapang dada.

Abu Hanifah juga pernah berkata "inilah pandanganku. ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. sesiapa yang membawa pandangan yang lebih baik, maka kami akan menerimanya"

Imam Malik juga pernah berkata "Sesungguhnya saya adalah manusia yang betul dan silap. oleh itu periksalah kata-kataku dengan al-Quran dan sunnah"

Imam Syafie juga telah berkata "Apabila satu hadith yang sahih bercanggah dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika saya melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku". beliau juga pernah berkata "Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul"

lihatlah bagaimana imam2 besar ini dalam mereka mengeluarkan pandangan. mereka tidak kisah dikritik dan mengaku mereka juga melakukan kesilapan dan menyuruh kita meninggalkan pandangan mereka yang silap atau jika ada hujah yang lebih kuat.

kerana itulah saya juga berpendapat seperti al-faisal dan ibn musa, yang kita perlu berhujah berdasarkan fakta. dan inilah cara perbincangan yang matang.sedangkan imam as-syafie juga pernah berkata "orang yang menuntut ilmu tanpa hujah adalah seperti pemotong kayu api pada waktu malam. dia membawa seikat kayu api yang di dalamnya ada seekor ular. Ular itu mematuknya sedangkan dia tidak mengetahui"

dan saya juga berpendapat (dan percaya al-faisal juga berpendapat) bahawa kita perlulah lebih mengetahui kebenaran untuk menegakkan kebenaran. adalah tidak betul jika kita cuba menegakkan kebenaran dengan sesuatu yang tidak benar. saya tidak gemar sekiranya islam terfitnah apabila berita yang kita bawa atas nama islam itu terbukti satu penipuan. kerana ini akan memburukkan imej islam itu sendiri. sedangkan kita masih banyak lagi modal untuk menunjukkan islam itu benar. tanpa cerita holy water, kita masih dapat menunjukkan islam itu benar, dan tanpa kisah holy water kita masih mampu untuk mencegah gejala murtad. kerana ini semua berkaitan dengan aqidah. tapi kita tak cuba tumpu pada pembentukan aqidah, tetapi perkara yang kita samar2.

saya berkongsi pengalaman saya berkenaan cerita holy water ini. daripada cerita holy water ini, ada kawan2 dari agama Christian yang saya cuba dakwah kepada mereka telah memandang serong pada islam. menganggap bahawa islam ini agama yang prejudis.

pendapat ini bukan sahaja tertanam kepada non-muslim. malah juga kepada teman2 muslim. saya terkejut apabila seorang teman muslim telah fwd mesej melalui messenger dan menyatakan bahawa "inilah orang islam, asyik nak prejudis saja terhadap agama lain". hal ini pada pandangan saya bukan lah petanda yang baik (bukan lah petanda ia dapat menghalang orang dari murtad), malah boleh menjadi satu faktor muslim semakin jauh dari islam yang suci.

fikir2 kan lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 06:10


Saya rasa ikhwah/buat semua setuju kan bahawa kita kita perlu menggunakan kata-kata lebih lunak apabila berbeda pendapat.
“kalau sesuatu teguran bersifat ilmiah dirasakan tidak lagi relevan maka saya tak tau nak kata apa dah ” al-Faisal.
Saya tak bermaksud untuk menolak hujjah yang diberikan secara akademik.Tetapi yang saya maksudkan dengan “terlalu bersifat akademik” ialah kajian tersebut hanya memberi tumpuan kepada teks cerita pasal holy water sedangkan tak ada temuramah dengan mereka yang pernah mengalami perkara tersebut/mereka yang membuat dakwaan tersebut.Kajian secara langsung terhadap mereka yang mengalami perkara tersebut akan memberi dimensi lebih realistic terhadap kajian.Kita boleh membuat banyak andaian/persoalan terhadap kata-kata/tulisan seseorang tetapi orang yang pernah mengalami situasi tersebut lebih memahami situasi…..seperti juga email sdr. yang menyatakan pernah menyelamatkan seorang wanita yang ingin berkahwin secara hindu,wanita itu mendakwa telah dipukau …..beliau yang mengalami lebih memahami daripada. Mereka mendengar ceritanya saja.
Istilah akademik saya pinjamkan daripada. Kaunseling kerjaya yang mana dalam satu2 kerjaya …..contohnya bidang perniagaan, mereka yang belajar bidang perniagaan di univ. tidak semestinya akan berjaya bila menceburi bidang perniagaan di alam reality.Subjek perniagaan di univ. mengandugi kaidah2,isu,pengalaman2 terdahulu dalam perniagaan.Tetapi bila masuk alam reality ….perniagaan memerlukan ilmu dan kemahiran yang lebih besar daripada.apa yang diajar di univ.Begitu juga dalam bidang dakwah mereka yang mengalami sesuatu situasi tak sama dengan mereka yang membaca cerita berkaitan mereka saja.
Saya faham anda semua ingin menjaga imej Islam, tapi apa salahnya gunakan kata-kata lebih lunak apabila berbeda.Saya tekan perkara ini kerana mengikut pengalaman saya sudah banyak berlaku pertembungan antara dae’i.Mereka juga mendakwa untuk menegakkan kebenaran.Saya sebenarnya ingin melihat hasil yang baik terbukti di alam reality.Pendapat begitu dan begini …memang banyak tapi sesiapa yang berjaya lahirkan kejayaan di alam reality maka itulah kejayaan yang sebenarnya. Sebab tulah dalam dakwah terhadap non-muslim ni kita tak boleh terlalu bergantung kepada.hujjah2 malah juga kepada sumbangan kita terhadap mereka.Saya telah katakanan sebelum ni “Penting bagi umat Islam melakukan kerja amal bagi memberi sumbangan kepada. manusia.dengan itu umat Islam boleh meningkatkan pengaruh,wibawa dan meningkatkan imej. Manusia bukan hanya nak tunggu hujjah2 yang kita berikan .... malah mereka lebih selesa dengan apa yang kita sumbangkan.Manusia ni kan ada hati ... juga ada akal.pada. hati berlaku perasaan tetarik,selesa,berkenan dan membuat persepsi, manakala akal memikirkan,membuat perkiraan dsbnya. Guna pintu hati lebih berkesan daripada guna pintu akal .... kalau kedua2nya lagi baik”.Ahmad Deedat banyak mematahkan hujjah2 orang.kristian …tetapi tak ramai juga orang barat yang menganut Islam berbanding dengan mubaligh kristian yang melakukan kerja amal di sana sini … mereka buat kejayaan Di Korea Selatan di mana kurang lebih 80 peratus penduduknya menganut kristian, mereka juga mencipta kejayaan yang memberangsangkan di Vietnam… juga di negara2 lain seperti yang saya telah sebutkan dalam email sebelum ini.
Soal nak bersihkan Islam daripada persepsi buruk non-Muslim, harap tak perlulah lari daripada. Reality yang berlaku.Kalau dah ada dikalangan kita yang bawak cerita begitu nak buat bagaimana/mungkin juga dilangan pendakyah kristian yang provok cerita begitu/atau mungkin juga dikalangan kita mengalami situasi begitu …terimalah yang berlaku seadanya dan jawablah kepada non-muslim secara bijaksana.Tak kan kerana tu kita nak bergaduh…..menuduh itu dan ini.Tak seronok kan???.orang menuduh mungkin tak rasa sangat …orang yang kena tuduh …Allah saja yang tahu ….tambahan pula jika mereka juga melakukan kerja dakwah. Reality umat Islam yang lemah dan bercelaru juga dijadikan hujjah oleh mereka untuk menolak Islam, tapi kita perlu terima semua ini seadanya ….maka jawablah kepada mereka secara bijaksana.
Saya harap saya sudah menjelaskan sedikit sebanyak apa yang dari saya.Saya memohon maaf jika ada salah dan silap dalam tulisan ini,jika ini berlaku tapi ambillah apa yang saya maksudkan….

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

mazrik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20118
Posting: 98
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 10:09


Harap2 dijauhkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazrikProfil   Hantar PM kepada mazrik   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 10:19


tak ada cara lain dah ni, kena hidupkan sunnah...baru batil akan musnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 10:19


tak ada cara lain dah ni, kena hidupkan sunnah...baru batil akan musnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-11-05 15:20


SHAMR....

NABI MUHAMMAD S.A.W pernah bersabda :
'sesiapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicmpakkan ke dalam api neraka dalam keadaan menangis'


wallahua'lam...


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 21:45


WASIAT MELAIKAT JIBRIL kepada NABI S.A.W.

*hiduplah kamu di atas dunia ini dan buatlah apa yang kamu suka tapi ingat kamu akan mati.

*cintailah apa yang kamu suka tapi ingat kamu akan berpisah dengannya

*buatlah apa yang kamu suka tapi ingat kamu akan mwnerima balasan dengan apa yang kamu lakukan

*dan kemuliaan seseorang kamu adalah terletak atas qiamulllailnya.

*dan kehebatan seseorang adalah apabila ia tak bergantung pada orang lain

jadi fikir balasan allah terlebih dahulu sebelum kita membuat satu2 keputusan yang bertentangan dengan agama.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

atiqahsyahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.11.2005
Ahli No: 20514
Posting: 79
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 17:46


astagfirullah....apa nak jadi lah ye...ni lah natijah kalau berkiblatkan barat.mudah sungguh menjual akidah..minta dijauhkan tuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiqahsyahidahProfil   Hantar PM kepada atiqahsyahidah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 17:56


:lol: :lol: Ya Allah.....sungguh teruk sekali,Alhamdulillah,saya dok di kelantan,pengaruh2 luar kurang sikit,tapi tetap kena berhati2........ 8-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-01-06 22:40


semua tu adalah langkah yang diambil untuk menarik agama lain..bijak kan...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-01-06 23:38


subhanallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 09:15


takut nya zaman sekarang ini... macam mana anak2 nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 09:17


Alangkah baiknya jika kita hanya menjadi tanah daripada terus berbuat dosa....
MasyaAllah....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148771 saat. Lajunya....