Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 229
Ahli: 0
Jumlah: 229




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 23 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Rawatan Tradisional
Topik: Siapa yang boleh bantu saya..


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Tradisional
    »» Siapa yang boleh bantu saya..

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa yang boleh bantu saya..

The_Smart_Hack
Warga Rasmi
Menyertai: 11.10.2005
Ahli No: 19750
Posting: 13
Dari: Teluk Intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 17:55


Kemudian pada suatu malam saya mengalami sesak nafas secara tiba.
Lemas.!!!. rasa nak mual. Pada keesokan harinya badan saya rasa lemah.
Dengan lemah saya telah meminum air Musoffa yang dibeli di kedai.
*Apabila tak cukup oksigen kita akan berasa mual.

Saya juga dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Homeopati di Teluk Intan.
Doktor membuat andaian mengatakan saya ni sakit angin medu.
Doktor bagi ubat. Tapi lemasnya tak kurang sedikit pun.
Lepastu saya dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Shahrul.
Doktor bertanya saya ada asma ke. Saya menjawab tidak tahu sebab tak pernah pergi hospital. Doktor bagi ubat.
Selepas seminggu lebih saya beransur kurang.
Kemudian beberapa hari berikutnya saya berasa lemas semula dengan teruk.
Saya tidak lalu bangun. Saya rasa sangat takut,
Saya hanya ingatkan Allah yang Maha Esa saja yang dapat menolong saya. Saya rasa tanpa apa-apa nafsu pun.
Hari berganti hari saya rasa lemas dan tak bermaya. Dapat tidur pun tak lama.
Badan saya menggeletar apabila mula nak tidur.
Kemudian saya diberi makan Spirulina. Saya rasa OK lepas dua hari lemas datang kembali.
Saya dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Razak.
Doktor membuat andaian mengatakan saya ni sakit gastrik. Doktor bagi ubat tapi tak berkesan. Kemudian..
Saya dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Shahrul sekali lagi.
Saya di diagnosis (ujian) menggunakan alat tak RAY.
Keputusan tak RAY adalah baik. Doktor bagi ubat. Tapi lemasnya tak kurang sedikit pun.
Kemudian saya dibawa berjumpa dengan Bomoh.
Bomoh ini mengatakan saya ni kena buatan orang. Bomoh bagi ubat air. Tapi tak berkesan.
Kemudian saya dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Homeopati untuk kali kedua.
Doktor ini membuat andaian mengatakan jantung saya ni denyutnya tak beberapa betul.
Doktor bagi ubat tapi tak berkesan.
Kemudian saya dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Somu. Dia syak saya ni ada masalah psikologi
Doktor bagi ubat tapi tak berkesan.
Kemudian saya dibawa pergi ke Hospital Teluk Intan.
Doktor menyuruh saya pergi ke Psikitrik (JIWA). Saya tak pergi.
Kemudian saya diberi makan Spirulina. Mula-mula OK lepastu saya rasa badan saya bagai
mencucuk-cucuk dengan jarum pada kebanyakan tempat di badan.
Kemudian saya dibawa berjumpa dengan Bomoh yang lain .
Bomoh ini mengatakan saya ni tidak ada kena mengena dengan buatan orang.
Cuma ada gangguan makhluk kat kampung itu.
Kemudian saya dibawa ke klinik Pakar Eran. Doktor itu asyik senyum saja.
Dia bertanya Kenapa awak ni takut.
Doktor ini bagi 3 jenis ubat iaitu B.Complex, Fluanxol (untuk bagi relax)
dan lagi satu saya tak tahu (mungkin ubat tidur).
Saya juga diberi minum dengan susu Omega oleh keluarga.
Saya juga diberi minum air Musoffa oleh keluarga.    
Saya juga diberi madu lebah
Selepas seminggu ada kurang sedikit. Bolehler berjalan. buat kerja ringan seperti buat laman web.

Tapi saya rasa macam tak cukup nafas.
Kemudian saya pergi ke Hospital Teluk Intan banyak kali. Berikut adalah ujian yang dilakukan sepanjang
tempoh saya di hospital selama berminggu-minggu.
Saya di diagnosis (ujian) menggunakan alat Flow Peak.
Keputusan - Normal
Saya di diagnosis (ujian) dengan menguji darah.
Saya di diagnosis (ujian) air kencing untuk uji buah pinggang.
Keputusan - Hampir semua Normal
Saya di diagnosis (ujian) dengan menguji fungsi Hati.
Keputusan - Semua Normal kecuali Bilirubin Total = 16
Saya di diagnosis (ujian) menggunakan alat Spirometer
Keputusan - Normal
Saya di diagnosis (ujian) menggunakan alat ECG (ECHOCARDIOGRAM)
di Makmal Jantung Non Invasive.
Keputusan - Overall Normal
Ringkasan
Normal size heart chambers.
Normal wall motion. No segmental hypokinesia.
VALVES: No thickening of cusp/leaflet.
On Colourflow/CW Doppler: Normal Flow.
AO/LA : 28/33 mm.
Good overall systolic LV Function.
LVIDS: 25 mm.
LVIDD: 41mm
EF: 71 %
Saya di diagnosis (ujian) menggunakan alat tak RAY
Keputusan - Normal
Banyak doktor yang saya temui. Namun banyak doktor tak tahu macam mana nak buat.
Ada doktor kata saya ni kena penyakit misteri.
Reaksi kawan-kawan saya.
Secara keseluruhannya asyik bertanya "bila nak kerja". Bila saya mengadu masalah ini
dia mengutuk saya. Ada juga yang mengata "kau tak ada sakit...." sebab dia tengok elok saja sebab
masa dia datang tu saya berkeadaan elok sikit. Ada juga mengata saya ni berfikiran negatif.
Saya juga pergi ke Perpustakan Teluk Intan banyak kali untuk pinjam pelbagai buku perubatan.
Saya juga banyak melayari Internet (Web Bahasa Melayu dan Inggeris) untuk mengetahui apakah sakit yang saya alami.
Tapi saya masih tak dapat tahu.
Saya boleh syak tiga perkara saja.
1. Paru-paru saya ada masalah.
2. Jantung saya ada masalah.
3. Darah saya ada masalah.
4. Ataupun resdung.
5. Atau asma
Apa-apa pun saya masih tidak tahu. Syak saja tak guna.
Pelbagai usaha yang saya dan keluarga saya lakukan. Namun masih tidak berjaya.
Sekarang ni simptom yang masih saya alami ialah:
Nafas seolah-olah tak cukup dan kadang-kadang sesak.
Dada selalu sakit di kanan.
Adakalanya dada sakit di kiri.
Kerap lendir berkumpul di tekak. Membuatkan kerap meludah.
Kadang kadang lendir keluar di hidung.
Selalunya dua-tiga bulan sekali Sakit tekak.
Selalu Kebas.
Adakala badan dan kepala ada rasa macam mencucuk-cucuk.
Kadang-kadang badan terasa panas.
Kepala selalu sakit kalau banyak berfikir.
rasa tak seronok (selalu).
Perasaan (feeling) dalam diri nikmatnya tidak dapat dirasa sepenuhnya.
Bila keluar peluh kerap kali gatal-gatal dan banyak daki.
Gatal-gatal di kepala,muka,badan,telinga,
Tidur tidak nyenyak.
Letih.
Kurang tumpuan.
Dilema.

Email Saya [email protected]
Bantulah Saya.


Saya dah cuba macam-macam tapi tak berjaya pun...

Sekian Wassalam. Inilah masalah saya yang ingin dikongsi bersama..
Rujukan:

Nama Saya:MMH DAAMRAN BIN LOP
ALAMAT:    
7294, Lorong Masjida,
Kampung Bahagiaa,
36000 Teluk Intann,
Perak Darul Ridzuan.
Klinik yang dikunjungi.
Klinik Homeopathy Intan Jaya
9, Taman Intan Bahagia,
36000 Teluk Intan,Perak
Tel: 05-6223541
019-5759095
email: [email protected]
Doktor: H/dari. Shahabodin L.Ahmad
M.di. (M.A), L.C.H(HOM).di.SHIATSU
BIOCHEMIC AND HOMOEOPATIC
PHYSICIAN NUTRISIONIST
Medi-Klinik Shahrol
55W, Tmn. Impian, jalan. Changkat Jong,
36000 Teluk Intan, Perak.
Tel: 05-6218761 Fax: 05-6211613
Klinik Pakar Eeran
NO. 15, Medan Sri Intan,
Jalan Sekolah, 36000
Teluk Intan, Perak.
Tel: 05-6211555
Doktor: dari. J.di Eeran AM,FRCP
Consultant Physician & Cardiologist
Klinik Razak
Bandar Baru Teluk Intan,
Klinik Somu Teluk Intan,
Hospital Daerah Teluk Intan,
Doktor: dari. Meor Adzmey Bin Sagiruddin
Pegawai Perubatan Gred U41

Bookmark and Share

    


  Member Information For The_Smart_HackProfil   Hantar PM kepada The_Smart_Hack   Quote dan BalasQuote

hamizan
Warga Rasmi
Menyertai: 01.10.2005
Ahli No: 19488
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 21:41


awak jngn pcaye sangat dengn bomoh tau.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamizanProfil   Hantar PM kepada hamizan   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-11-05 20:59


Wawa cadangkan awak tanyakan problem Resdung awak ni pada Ayah Wawa.. Ayah Wawa pengamal resdung tau? Dia guna formula yang memang dah terkandung dalam al-Qur'an.. Setakat ni, ALHAMDULILLAH pesakit2 yang datang bagi respon yang positif termasuklah actor Farid Kamil yang ada prob gatal2 muka dan jerawat.

Ayah Wawa ada buka klinik kat Sg.Buloh.. Ni No h/p Ayah Wawa (019-2063696-En.Abdullah) Setiap penyakit tu, ada ubatnya.. Insya ALLAH.. Kita usaha, ALLAH yang tentukan ok? Never give up..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

spurs
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2006
Ahli No: 25001
Posting: 27
Dari: Lembah Klang

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 00:48


kepada saudara The_Smart_Hack,

saya rasa terpanggil untuk membantu saudara kerana saya ada kenal seorang yang pakar bab2 herba dan rawatan tradisional seperti bekam,akupunktur,urut refleksologi,Terapi Resdung (Asap atau Bekam), Kiropraktik (Terapi Tulang Belakang)...beliau juga boleh mendiagnos penyakit melalui:-

* Saraf Tapak Tangan
* Nadi
* Iris Mata (Iridologi)
* Lidah

ni adalah alamat tempat tersebut:-

PERUBATAN (ALTERNATIF) JAWI

KHAULAH AZWA

No 28, Jalan Mutiara 4/3.

Taman Seri Nanding,

43100 Hulu Langat, Selangor.

sekiranya berminat untuk berubat secara tradisional ini,bagitau saya ye...hubungi 019-3093956........wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For spursProfil   Hantar PM kepada spurs   Pergi ke spurs's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084764 saat. Lajunya....