Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 177
Ahli: 0
Jumlah: 177




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: murtad kerana cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» murtad kerana cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh murtad kerana cinta

narutomaster
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19202
Posting: 46
Dari: Damansara

Johor  


posticon Posting pada: 05-10-05 08:46


Astagfirullah!. saya beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya saya tidak
        sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah
        dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. saya sujud
        panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. saya terlena di atas
        sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan saya berada
        dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui
        mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku
        terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....

        Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?"
        tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak.....
        adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. saya gembira. Dia gembira.
        Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. saya tahu dia amat sayang padaku.
        Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.
        Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya.
        "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang
        diingatkan padaku. saya pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur
        pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu
        hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di
        dalam rahim. saya pasti ada pertalian yang menghubungkan saya dengannya.
        saya nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat
        suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah
        sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan
        mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu
        apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah
        tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan
        antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

        Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling
        seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,
        nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi
        setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita
        terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri
        Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

        Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang saya dan suami. Takdir Allah
        s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.
        Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah
        amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. saya akur. Suamiku tidak banyak
        bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

        Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,
        akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
        menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.
        Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang
        lain.

        Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada
        suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang
        dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun
        begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku. saya yakin
        dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis
        segala unsur jahat.

        saya pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar
        pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
        Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah
        hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau
        orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip
        berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

        Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.
        Air mataku menitis. Jauh di sudut hati. saya berbisik semoga anak inilah
        yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.
        Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang
        ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan
        kerundung gelap. Pun saya bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada
        kebaikan.

        Seperti suamiku. saya tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,
        Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai
        purdah. saya pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat
        Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil
        langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan
        yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah
        kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar
        pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki
        untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan
        hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan
        pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala
        Lumpur. saya tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana
        sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

        Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari
        berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula
        berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri
        dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan
        bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali saya cuba
        mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun saya tidak
        berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

        Sehinggalah suatu hari saya dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana
        telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada
        Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana
        tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. saya dan
        suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
        diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

        Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada
        apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul
        fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri
        menjadikan saya gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana
        kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup
        bimbang.

        Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu
        yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya
        cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,
        Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta saya dan suami solat dahulu.
        Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya
        mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak
        dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang
        tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah
        melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.
        Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami
        cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

        Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong.
        Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku
        dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat
        suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja.
        Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya
        lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir
        senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.
        Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci
        melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara
        agamanya.

        Sebulan kemudian. saya dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar
        agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu,
        menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.
        Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan
        kepercayaan saya dan suami padanya. saya tidak mampu bertahan lagi.
        Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura
        lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana
        besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah
        kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan
        tersusun buku-buku tebal di atas rak. saya menghampirinya. Dan jantungku
        berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan
        agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. saya menggeletar.
        Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah
        meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air
        mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?
        Subhanallah!

        Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu
        biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi
        pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
        Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam.....
        pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam
        agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.
        Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana
        menangis. saya terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

        Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa
        bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa
        "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan
        bahawa saya bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
        mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak
        pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis
        tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama
        yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan
        meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.
        Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar
        belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan
        ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan,
        Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!
        Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

        Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah
        India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai
        ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki
        ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat
        dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.
        Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.
        Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.
        Suamiku gagal!

        Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami
        tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18
        tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku
        hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan
        hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan
        tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus
        berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. saya rebah dalam pelukan suamiku.
        Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan
        kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi
        pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya
        gugur.

        saya tahu hatinya. Dan cuma saya yang tahu hatinya."Demi Allah. saya bersumpah
        negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba
        suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala
        hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.
        Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan
        "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.
        saya cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.
        "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

        Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-
        ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan
        kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika
        melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang
        tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,
        teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"
        Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
        senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur
        Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,
        suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan
        ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman
        juga keagamaan.

        saya terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. saya
        belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi saya tertidur dan menyambung
        mimpi ngeri semalam. saya segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.
        Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi
        pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di
        sudut hati. saya terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

        Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh
        undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga
        tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.
        Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang
        ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak
        lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku
        dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
        Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!!
        Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......
        MALAYSIA khasnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For narutomasterProfil   Hantar PM kepada narutomaster   Quote dan BalasQuote

hisham20
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19114
Posting: 51
Dari: melaka-terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 09:04


LAILAHAILLALLAH.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hisham20Profil   Hantar PM kepada hisham20   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 05-10-05 09:22


LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 09:36


:-( :-( :-(
ya Allah ya maha pengasih dan penyayang lindungilah imanku daripada hasutan duniawi... ya Allah, jangan lah engkau biarkan diriku terpesong dari agama sucimu setelah engkau memberi hidayah kepadaku....kumohon kepadamu ya Allah :-( :-( ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 05-10-05 10:03


ya Allah ya Tuhanku YAng MAha Pengasih..Yang Maha Pengampun..peliharalah nikmat Islam yang telah Kau kurniakan untukku ya Allah..wahai Allah yang mebolak-balikkan hati..janganlah Kau palingkan hatiku dari agamaMu ini..insyaAllah..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

ruhul_islami
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13208
Posting: 124
Dari: Terengganu

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 10:24


ALLAH, KAU lindungilah kami semua.. :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ruhul_islamiProfil   Hantar PM kepada ruhul_islami   Quote dan BalasQuote

ayuidayah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18710
Posting: 7
Dari: Sandakan,Sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 10:28


Ya Allah..ya tuhanku, engku lindungilah kami semua(umat mu)...betapa rapuhnya iman umatmu..serapuh-rapuhnya deaun yang kekeringan..teguhkanlah iman kami dan jgnlah engkau pesongkan iman kami..sesungguhnya,diri ini adalah salah satu daripada hambamu yang memohon keampunan daripada Mu..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayuidayahProfil   Hantar PM kepada ayuidayah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 13:22


macam macam lah sekarang ni :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ainulfaizah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1350
Posting: 36
Dari: UTM,Skudai

malaysia  


posticon Posting pada: 05-10-05 13:50


ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM..kisah benar ke ni...sedih kemain...sampai menitik airmataku...minta dijauhkan...kerana cinta badan binasa...bukan takat badan agama pun boleh binasa....inilah padahnya cintakn makhluk melebihi Tuhan yang SATU.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainulfaizahProfil   Hantar PM kepada ainulfaizah   Pergi ke ainulfaizah's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 13:58


berikanlah kuhidayah..
agar dikuatkan iman yang lemah..
moga diberkati hidup ini..
menuju bahagia yang kekal abadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 14:43


Ya Allah yang membolak balikan hati, peliharalah hati2 ini kepada agamaMu dan ketaatan hanya padaMu ya Allah..

Sedih, ni lah Malaysia.. Padah kepada sokongan yang membabi buta.. fikirlah kepada Islam.. sebelum memberi sokongan.. :(

Hidupkan syiar ISLAM!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 14:59


Pada 05-10-05 10:03 , sufti_ilham posting:

!!! QUOTE !!!

ya Allah ya Tuhanku YAng MAha Pengasih..Yang Maha Pengampun..peliharalah nikmat Islam yang telah Kau kurniakan untukku ya Allah..wahai Allah yang mebolak-balikkan hati..janganlah Kau palingkan hatiku dari agamaMu ini..insyaAllah..amin..


amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 05-10-05 16:42


masyaAllah...bergetar jiwa saya baca kisah ni....minta di jauh kan dari berlaku lagi Allhumma ameeen....

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 22:44


> semoga kita sentiasa m`dapat petunjuk daripadaNya...
> amin...
> .......................

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 00:49


astaghfirullah...kuasa cinta..
kasihan ibubapa yang mendidik dengan ajaran agama
sepatutnya negara kita tak boleh benarkan orang islam memeluk agama lain..kalau nak peluk juga gunalah hukum hudud..


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

mawaddahkarimah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18704
Posting: 60
Dari: bumi merdeka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 10:20


MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaddahkarimahProfil   Hantar PM kepada mawaddahkarimah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 23:16


kerana cintakan seorang jejaka kristian yang baru dikenali, ibu bapa yang melahirkan dan menjaganya sejak kecil dengan penuh kasih sayang rela diderhakai dan ditinggalkan...

malah yang paling teruk, kerana ingin mengikut jejaka kristian tersebut, Allah s.w.t. pun sanggup ditinggalkan... Ma Sya'a'Llah... Na`uzu bi'Llahi min Zalik...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 21-01-06 22:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 23:30


itulah salah 1 strategi musuh menentang islam....menggunakan kuasa cinta!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

aduka_irwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??

mozambique  


posticon Posting pada: 16-10-05 05:05


Na`uzu bi'Llahi min Zalik...

kat tempat ana pun ada ada 2 couple india-muslimah...ish...takut pula jadik macam kisah nur amana tu...ana pun pelik, 2 muslimah ni tak fikir ke mereka tak boleh kahwin dengan laki tu melainkan tukar agama?? hmm...aperpun, doakan kesejahteraan mereka tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aduka_irwanaProfil   Hantar PM kepada aduka_irwana   Pergi ke aduka_irwana's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 16-10-05 12:35


jangan biarkan iman buta kerana cinta. Ya Allah matikanlah kami dengan iman. jangan biarkan iman kami tergadai. sesungguhnya kami insan yang lemah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-10-05 14:11


ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM.

cinta kepada makhluk melebihi cinta kepada Allah menjadikan manusia buta mengenal erti Islam yang sebenar. membuatkan manusia tidak dapat merasai nikmat sebagai seorang hambaNya dan tidak dapat merasai nikmat kemanisan iman dan islam.

wallahu a'lam.
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-05 14:52


Lagi kes kecundang kerana cinta. Tapi yang hairannya, masih ramai yang tak serik. kat sini pun ramai yang layan cinta sebelum kawin, sampai nak pakai sms. Kes yang ni sampai tergadai akidah, yang tergadai bodi, dah selalu keluar dalam surat khabar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-05 15:02


Pada 13-10-05 10:20 , mawaddahkarimah posting:

!!! QUOTE !!!

MEMBANGUN MENURUT ISLAM


ya.. membangun bersama Islam..

:-) :-) :-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 19-10-05 15:43


lindungah kami hambamu ini ya allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-05 15:57


moga kita diberikan kekuatan dan ketabahan untuk mengekalkan iman kami....
ya Allah mengharapkan cahaya dan hidayahMu untuk membimbingku untuk kekal didalam agamaMu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 21-01-06 22:50


Tu lah pentingnya kita memilih kerajaan yang tahu dan faham akan Islam. Bukan pemerintah macam sekarang ni....Haprak....!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 00:44


Kebelakangan ini memang ramai remaja kita mudah terpengaruh gara2 cinta... Kerana cinta mereka sanggup serahkan segalanya...Sama ada maruah diri, wang dan agama.....Hal ini sememangnya dah lama berlaku namun tiada undang2 yang menghalangnya.....Maka ramailah yang murtad....Contohnya kes Aishah...


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 00:53


kalau undang2 Islam dihayati dan dipraktikkan betul2, perkara macam ni takkan berlaku... inilah akibatnya apabila berpaling dari hukum Allah, mereka ingat mereka lebih bijak dari Allah s.w.t....

kalau undang2 syariah dilaksanakan 100%, sebelum nak murtad mereka akan fikir lebih dari seribu kali, ataupun tak berani nak fikir langsung nak buat macam tu...

dan dari sehari ke sehari, agama Islam semakin diperlekehkan oleh orang2 bukan Islam, dan tak kurang juga oleh orang2 Islam sendiri...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-01-06 22:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-01-06 22:21


nauzubillahiminzaalik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 12:50


astaghfirullah al azim..

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 11:15


ni saudara aishah bukhari ke...???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137547 saat. Lajunya....