Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 15 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 26 hari yang lalu
eme86: 26 hari yang lalu
sunan-faqih: 31 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: antara guru sekolah rendah atau sekolah menengah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» antara guru sekolah rendah atau sekolah menengah

Please Mendaftar To Post


Oleh antara guru sekolah rendah atau sekolah menengah

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 29-09-05 16:50


assalamualaikum w.b.t
saya tertarik dengan posting ukhti nur haziqah yang dikasihi jadi saya teruskan dengan posting nak tanya..mana lebih sukar mengajar sekolah rendah atau sekolah menengah? dan mana yang lebih menyeronokkan sama ada mengajar sekolah menengah atau sekolah rendah?sekadar bertanya pendapat..ana dah buat praktikal di sekolah rendah tapi di sekolah menengah tak merasa lagi..tapi bila mengajar sekolah rendah haritu memang seronok..pelajar kecil-kecil saja.sayang sangat dengan kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

khalida
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.11.2004
Ahli No: 12271
Posting: 56
Dari: Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 29-09-05 23:42


sekolah rendah lah seronok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalidaProfil   Hantar PM kepada khalida   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 30-09-05 00:59


saya suka ngajar budak tadika...lagi best...tapi so far tak pnah ngajar lagi lah..berangan saja...hhehehe...:di

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

Nurr_Iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 11:09


Assalamua'laykum...

in my opinion, mengajar dak sekolah rendah ni lagi best sebab dieorg still innocent lagi. kalau dak sekolah menengah ini, kita kena pakai method yang lebih susah sikit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurr_ImanProfil   Hantar PM kepada Nurr_Iman   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-09-05 11:30


kalau dari segi kepuasan, mengajar di sekolah rendah kita rasa lebih puas. pengalaman dan pemerhatian ni saya ambil menerusi mak saya. bayangkan mengajar murid-murid umur 7,8 tahun dan suasana kampung pulak tu...lebih mencabar berbanding sekolah rendah di bandar. sebab utamanya murid-murid ni datang ke sekolah dengan tiada idea awal pun mengenai sesuatu ilmu. even nak mengira dan membaca pun perlu diajar dari start mengenal angka dan huruf...

suasana pembelajaran pun akan rasa lebih menyeronokkn..kita mengajar budak2 yang masih mentah..nama lagi budak2 atau istilah lebih tepat kanak-kanak. setiap kali sambutan hari guru, kereta mak saya memang penuh dengan hadiah-hadiah dari anak murid..bayangkan suasana seronok tu. murid-murid di sekolah rendah lebih menghargai cikgu.

tekanan memang kita tak dapat lari. mak saya yang dah berbelas tahun jadi cikgu 'kanak-kanak' ni pun masih rasa lagi tekanan mengajar. dari segi nak kawal tekanan, itu memang di bawah kendalian cikgu masing2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulsyaqqah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.05.2005
Ahli No: 16331
Posting: 8
Dari: tampin

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-09-05 14:15


ana memang tahu penatnya jadi guru ni...tak kisahla guru sekolah rndh or mngh ana masih student lagi...bagaimana pun ana sokong 100% profesion guru ni...syabas buat gugu-guru di malaysia
[ Telah diedit oleh: raudhatulsyaqqah pada 30-09-05 14:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulsyaqqahProfil   Hantar PM kepada raudhatulsyaqqah   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-09-05 15:15


rasanya sekolah rendah lah...hehehe... :-di ;-) :-)
insyaAllah saya pun akan mengajar kat sekolah rendah... :-) :-) :-)
dapat tengok budak2 cute...dan yang penting,didik mereka dari kecil...basic yang penting kan???tunjukkan contoh yang baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-09-05 15:37


tak kisah kalau mengajar kat sek rendah @ sek menengah..
tapi,kalau diberi pilihan...saya tend to choose sek ren...the reason is...'more happening'.. sepanjang pemerhatian saya, sek rendah ini tak banyak kerenah berbanding sek menengah...sek menengah ini complicated sikit...complicated dari banyak aspek...esp.students ...dari segi pengajaran...kita senang tuk train mereka(pelajar sek ren) sebab mereka ini still 'fresh' @ mentah...so,senang tuk menerima,menghayati dan menaakul segala ilmu yang dicurah...insyaALLAH,kalau teknik @pendekatan yang digunakan oleh cikgu2 itu berkesan...secara tak lansung akan membuahkan hasil tuaian yang begitu manis dan membanggakan...:-) paling manis sekiranya anak2 didik berjaya bukan saja dari segi akademik bahkan sahsiah(terpuji)...ALHAMDULILLAH..itulah kejayaan sebenar yang ingin dilihat oleh para guru sebenarnya...

..anyway,saya akui kedua2nya mempunyai 'keistimewaan'nya yang tersendiri....keistimewaanya bukan terletak pada jenis sekolah(sek rendah @sek menengah)...tetapi...pada guru itu sendiri... :-)

wassalam... :-di


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 30-09-05 15:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 15:40


terima kasih ukhti azareenzulaikha...
topic yang menarik untuk dibincangkan...
mengajar di kedua-dua sekolah ada pelbagai kelebihan,
tapi lain orang lain pandangan.
course ana (b.ed tesl twinning programmme) ada 2 pilihan,
sama ada sek.men atau sek ren, bergantung pada institut perguruan yang ditetapkan oleh BPG.
first time ana memang minat mengajar sekolah menengah,
but ana dapat institut yang menetapkan kami untuk mengajar sekolah rendah.
tapi ini mungkin petunjuk dan rezeki buat ana..

bulan lepas, ana dan kawan2 ana di ippm telah mengambil bahagian dalam tesl language camp di ipkb,klantan.hari ketiga kami dikehendaki membuat school visit di skolah2 rendah dalam daerah berdekatan.
rasa nak menitis airmata kerana terharu...bila kanak2 sekolah tu menyambut kami dengan mesra sambil ucap 'assalamualaikum and good morning teacher' beramai-ramai.
sweet sangat!!
seronok bersama mereka, mereka bersemangat ingin belajar, walaupun keadaan keluarga mereka yang serba kekurangan.

penat dan letih memang tak dapat dinafikan,dah jadi lumrah dalam mengajar kanak2 sekolah rendah, tapi kita gembira dengan hasilnya.

alhamdulillah, ana dah jatuh cinta untuk mengajar sekolah rendah. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 16:05


bergantung kepada individu itu sendiri. ana yang lebih selesa untuk mengajar murid2 sekolah rendah dan sebaliknya. yang penting keikhlasan mengajar dan komitmen yang diberikan untuk mendidik pelajar2 menjadi insan yang berguna.
personally, ana lebih suka mengajar di sekolah rendah (dan insya-Allah akan mengajar di sekolah rendah :-) ). ana berpeluang mengikuti satu program bersama murid2 sekolah rendah selama 3 jam. best sangat..bila tengok mata dan senyuman mereka bila dapat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan, rasa tenang dan puas hati. terharu pun ada bila mereka ucapkan 'thank you teacher'..memang menyentuh ke jiwa. mereka semua bersemangat dan memberikan kerjasama untuk setiap aktiviti yang telah diaturkan. sebelum ana dan rombongan kawan2 + lecturer nak bertolak balik, mereka semua bersalam dan cium tangan kita. al-hamdulillah.
ana pun sependapat dengan anis_najihah. murid2 sekolah rendah ini masih lagi fresh+mentah, mereka lebih mudah dididik dan dibentuk,isnya-Allah penghayatan dan pembelajaran ilmu lebih berkesan ditambah pula dengan usaha dan teknik mengajar yang betul. secara tidak langsung dapat melahirkan murid2 yang baik dari segi akademik dan juga sahsiah. (semua guru ingin melihat pelajar2nya berjaya dari setiap aspek).

mengajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah bukanlah menjadi pesoalan. masing2 mempunyai keistimewaan dan kelebihan. dan ianya terletak pada guru itu sendiri.

wallahu a'lam.
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 30-09-05 17:27


saya rasa, bukan senang nak jadi cikgu sekolah rendah atau menengah....tekanan banyak...masalah pelajar dan kerja...kesabaran dan persediaan mental memang penting...jika tak ada persediaan susah sikit..apapun semoga bakal cikgu2 dan dah jadi cikgu dapat jadi pendidik yang berjaya...

:-)

[ Telah diedit oleh: FIRDAUSNUR pada 30-09-05 21:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 19:17


:roll: :roll: dua2 pentg....sebab dua2 nya bagi ilmu kat kita.so,hargai lah guru2 yang telah mencurah kan ilmu kepada anda :-P :-) :-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ketenteramanku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 21:04


sekolah menengah tu best tapi banyak dugaan dan kena banyak sabar. sebab mereka sedang mencari identiti diri.kenalah pandai ambil hati mereka. kalau boleh guna psikologi bukan marah atau pukul mereka.untuk budak2 kls hujung.....mereka memeberontak kerana layanan yang diberikan...kalau kasih sayang yang diberikan mereka akan kerjasama dengan kita....pengalaman praktikal 3 bulan bersama mereka banyak mengajar erti sabar dan macamana tugas seorang guru untuk didik anak-anak nya...yang niat kita ikhlas nak bantu mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ketenteramankuProfil   Hantar PM kepada ketenteramanku   Pergi ke ketenteramanku's Website   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 21:39


sekolah menengah @ rendah dua² suka...best wooo....

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 22:02


saya rasa mengajar kat sekolah rendah lebih mudah sebab budak-budak tak berapa degil sangat, lagi satu diaorang dengar cakap kita. kalau sekolah menengah, susah sikit sebab dieorg ni kadang-kadang degil.

terpulanglah...


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 14:04


Mengajar budak sekolah rendah rasanya memang lebih BEST!sebab dikelilingi budak-budak yang COMEL!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 02-10-05 14:23


waalaikumsalam w.b.t dan assalamualaikum w.b.t kembali..
terima kasih bagi yang sudi memberikan pendapat.ana sebenarnya teringin nak mengajar sekolah rendah tapi dengan kata budak2 keluaran upsi kebanyakannya di postingkan ke sekolah menengah melainkan yang ambil pendidikan sekolah rendah.risau juga ana bila membayangkan mengajar sekolah menengah ni..kalau arah sikit mesti ada cabaran yang perlu diterima..aduh!tapi kalau dah rezeki nak mengajar sekolah menengah ana terima saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 15:02


Memanglah mencabar sebab kat nak mengajar orang yang boleh berfikir sendiri dan sudah ada pendapat sendiri.tapi,kalau dapat tu...terimalah dengan hati terbuka.jangan rasa macam tak best,sebab nanti memang jadi tak BEST.Jadilah guru yang diSAYANGI... ^ _ ^

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 02-10-05 15:46


saya tak tau lagi nak pilih..
sekolah rendah, budak-budak kena cakap banyak kali nak bagi faham..
sekolah menengah, kebanyakkannya masalah disiplin..
apa-apa pun ni lah cabarannya kalau dah pilih bidang ni..

doakan saya jadi guru yang sukses!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

izzatuljannah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13674
Posting: 9
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 16:03


sek.rendah ke sek.men...dua-dua best kalau kita ikhlas. tiap pekerjaan tu pasti ada cabaran.tapi pada sya kalau sek rendah ni dapat jumpa adik2 come walaupun tau adik2 ni nakal..yang pastinya mesti best ngajar deme ni.kalau sek men pula rasanya jarak umur dengan mereka ni dekat..dalam masa yang sama boleh jadi kakak pada mereka dalam mendidik tapi kena pastikan batas2nye.
[ Telah diedit oleh: izzatuljannah pada 02-10-05 16:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzatuljannahProfil   Hantar PM kepada izzatuljannah   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 15:53


assalamualaikum.. :-di :-di :lol:
kalau saya diberi pilihan..saya memang nak mengajar kat sekolah rendah..masa interview dulu..saya pun prefer jawab sekolah rendah sebagai main choice kalau nak belajar..
act..ajar budak sekolah rendah memang fun and happy..
mereka lebih ke arah keanak2kan dan mampu menerime apa yang diajar dengan cepat..
kita boleh bentuk mereka untuk menjd insan yang baik kerana sistem pengaran ketike umur masih mude dapat membantu sistem pemikiran mrke untuk menjd lebih baik..
lagipun..budak-budak sekolah rendah jrg timbulkan masalah disiplin..so taklah takut mana.. :lol: :lol:
saya dah pernah berpengalaman jadi guru sekolah rendah..ganti mak saya kejap..hehe..
saya boleh gurau dengan mereka..main and berteka-teki..memang riuh kelas...mrke mnerime apa yang diajar dengan hati yang terbuku dan gembire...

tak sabarlah nak tunggu kerja!!!
i'm proud to be a teacher...

:lol: :lol: :lol: :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

cahaya82
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-10-05 10:35


erm....betul tu dik...akak sokong...ajar budak2 ni fun and happy....best...hati kita jadi terhibur layan perangai mereka....
whatever...semua ada keistimewaannya....yang penting kita mesti ikhlas mendidik mereka.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya82Profil   Hantar PM kepada cahaya82   Quote dan BalasQuote

irdiana
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2005
Ahli No: 19559
Posting: 12
Dari: Kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-10-05 17:32


Topik ini amat menarik perhatian saya...em, pengalaman saya masa mengajar di sekolah rendah dan menengah..sememangnya kedua-duanya best...bagi saya, mereka yang ingin bergelar guru mestilah dari awal lagi dah tanam minat dalam diri..faham konsep integrity...sebab kerja guru adalah satu ibadah....amat mulia..sama ada nak tentukan kriteria guru sekolah rendah atau menengah.. ia amat sukar..sebab kedua-duanya mempunyai situasi yang berbeza. paling penting, seorang guru tahu cara macam mana menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irdianaProfil   Hantar PM kepada irdiana   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-06 12:23


Pada 05-10-05 10:35 , cahaya82 posting:

!!! QUOTE !!!

erm....betul tu dik...akak sokong...ajar budak2 ni fun and happy....best...hati kita jadi terhibur layan perangai mereka....
whatever...semua ada keistimewaannya....yang penting kita mesti ikhlas mendidik mereka.....


mmm....
insyaAllah....kedua-duanya ada pro dan kontranya...
setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri..
walau di mana kita dipostingkan nanti...
sama2lah kita cuba menyumbang ke arah pembentukan generasi pelapis yang mapan...insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 21-02-06 02:05


depend pada setiap individu la..
kalau sesuai jiwa dia kat sekolah menengah..
maka seronok la dia..
kalau sesuai jiwa dia kat sekolah rendah..
maka seronok la dia..
kalau dia tak seronok ajar kat kedua-duanya..
makner nya dia tak boleh jadi cikgu la...
hehe..:P

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-02-06 12:09


assalamualaikum

bagi saya, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya
akan tetapi, terpulangla kepada kita untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 03:32


sekolah menengah...best agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

ketenteramanku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 08:02


aritu praktikal sek menengah..so far ok tapi banyak cabaran dan dugaan.sebab plj sekolah menengah ini jiwa mereka suka memberontak dan sedang mencari identiti diri..tapi kalau budak cina dan budak kls hujung yang nakal tu agk memeningkan kepala jugak untuk control...kena pandai sesuaikan diri dan cuba untuk jadi kawan dalam masa yang sama..mungkin plj sekolah rendah lebih senang untuk dikawal memandangkan mereka kanak2 lagi.


-----------------
Nilai seorang wanita terletak pada sifat & peribadinya. Nilai seorang lelaki terletak pada sifat kesabarannya


Bookmark and Share

    


  Member Information For ketenteramankuProfil   Hantar PM kepada ketenteramanku   Pergi ke ketenteramanku's Website   Quote dan BalasQuote

diyan_huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2005
Ahli No: 21127
Posting: 102
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-06 16:31


sekolah rendah best..senang handle students...
but i choose to teach in secondary school...
banyak cabaran2...

~secondary future English teacher to be~

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyan_huwainaProfil   Hantar PM kepada diyan_huwaina   Quote dan BalasQuote

haykal77
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23012
Posting: 116
Dari: Perak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 11:41


Assalamualaikum...

Well another English speaking kelantanese... how interesting. :)
Dan akan jadi guru bahasa inggeris i presume.

Kalau tuan-tuan tanya saya... di sekolah rendah, para pelajarnya kecil-kecil, cute-mute... betul... tapi kena ingat... kita sebagai guru kena banyak sabar... sebab nanti mereka akan melompat ke sana ke mari... childish kan... hahaha.

Anda jangan lah dilupa... tanggungjawab amat berat sekali tapi sangat mulia, kita lah menjadi pendidik pertama kepada kanak-kanak ini... kejayaan kita membentuk peribadi, akhlak, akademik si kecil ini akan memberi bekal kepada nya apabila masuk ke alam sekolah menengah. Takkan terjadi "guru sekolah menengah menyalahkan guru sekolah rendah" kan? :)

Di sekolah menengah pula, agak senang bila pelajar dah mula matang atau matang atau lebih matang. Tapi kena ingat... mereka remaja... Darah panas... kena lah pandai tackle, jangan terlalu keras... nanti jadi musuh, jangan terlalu lembut, nanti naik kepala. :) Saya ingat lagi kawan saya, a kelantanese kata... biar "sedang molek". Kena pandai tarik tali dan kendurkan sikit... tapi jangan lepas... or jangan tarik hingga akhirnya... ianya putus. :) Pikiaq pergi pikiaq mai... who we are in the inside and who we can or want to be... is important... We teachers... are versatile. :)

Adios.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haykal77Profil   Hantar PM kepada haykal77   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 13-06-06 02:06


pada saya....saya lebih senang menjadi guru tadika...deal dengan kanak2...paling happy kalau mereka tau tulis nama sendri,pandai baca...dan pada masa ni lah kita nak didik peribadi mereka...kena tunjuk yang baik2 saja depan kanak2 ni...

pada saya kanak2 ni terlalu unik...mereka kadang-kadang dapat tau prasaan kita sbagi tch dia...dia tau bila kita marah or tak suka apa yang dia buat...saya pernah tersentuh bila saya tengah kawal marah...1 of em said..i love u tch...time tu segala perasaan marah saya hilang begitu saya dengan kata-kata itu...itulah pengalaman yang paling indah yang pernah saya lalui bila saya mengajar di tadika...tapi sekarang dah cuti sekolah...rindu nya saya pada mereka...:-(

satu yang tak bestnya menjadi guru tadika ialah...kena deal dengan parents...sometime ada parents yang fussy or over protective dengan anak mereka sampai menyusahkan tch2...hmmm...

satu nasehat saya pada ibu bapa atau kepada yang bakal menjadi ibu bapa kelak...pahami lah kerjaya guru...sesungguhnye kami sebagai guru sememangnye akan buat yang terbaik untuk anak anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

cynognathus
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 907
Posting: 143
Dari: ~baNdarTeriNdah + BandaRtErmusNah~

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 07:33


Assalamualaikum..

sekolah rendah seronok = sebab senang handle.. budk2 mentah @ tak matang.. cute.. best.. bla3.. uhuhu..

sekolah menengah.. = disiplin? brontak? bla3.. alahai.. ciannye~haha..

semua suka mengajar sekolah rendah ek..

cuma yang seronok kalau sekolah menengah ni, ada aktiviti student yang conduct.. nak buat kerja pun senang, kita boleh urus dengan mereka... tu kat sekolah saya la.. ..aktiviti pun mencabar2..

tak macam sekolah rendah.. lwtn sana sini saja..kui3.. kalau ada camping pun koman saja.. ahaks..

yeke cikgu2 ku sekalian? haha...

saja-saja ni.. huhu


-----------------
::cakap-untuk akue-untuk kamu-untuk kita::
[ Telah diedit oleh: cynognathus pada 13-06-06 07:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For cynognathusProfil   Hantar PM kepada cynognathus   Pergi ke cynognathus's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 09:14


sekolah rendah lagi best!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Individu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2006
Ahli No: 24670
Posting: 244
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 10:08


sekolah rendah , murid murid dia kalau nakal, memangtyang tak kita jangka.

tapi kalau budak sekolah menengah, nakal diaorang ni macam ada standard sikit kecuali yang form 1 yu lah kerana baru masuk kan. kat sekolah menengah juga, pelajar yang dah mampu nak berfikir,maka kalau kita buat silap, siaplah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For IndividuProfil   Hantar PM kepada Individu   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 23:49


macamane pula di peringkat university..i mean 'lecturer'....tanggungjawab yang berat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 05:31


mula2 mengajar sekolah rendah, lepas itu sekolah menengah.... kelebihannya... kita boleh mngikuti perkembangan hidup anak2 sendiri mengikut trend zaman yang berubah2 dan agak pelik.di samping tu, kita dapat mmikirkan dan mmberikan yang terbaik untuk anak sendiri dan anak2 yang satu agama dengan kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 28-06-06 17:30


hmm...as bakal guru..insyaallah...ngaja kat sekolah rendah best sebab derang budak-budak..tapai kalau kena budak-budak yang ketegaq...bengang juga cikgu...tingat pula masa darjah 1,saya pernah tegur seorang cikgu sebab tulisan dia senget kat blackboard...last2 maksu saya cakap cikgu tu nangis kat bilik guru...maksu saya pun cikgu kat situ...

kalau sekolah menengah yang best cos student rapat dengan cikgu...macam kawan-kawan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-06-06 17:39


ana suka mengajar kat sekolah menengah..insyAllah..3 tahun lagi tercapaila impian ana itu :)
teringat masa ada observation kat sebuah sekolah rendah KL, area Bangsar. best sangat-sangat rasa masa itu..sayang sangat mereka..sporting sungguh. senyum kat cikgu..yang best sekali..panggil 'cikgu' heheh..terharu sangat-sangat hehe
dan yang best sekali..boleh join mereka makan eskrim dengan popcorn kat luar pagar sekolah heheh rindunyer kat mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

junaidi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16182
Posting: 111
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-06-06 19:01


mengajar di sakolah randah lagi seronok kerana murid2 baru mula hendak belajar.
tetapi jikalau hendak menjadi seorang guru jadilah guru yang berdedikasi supaya dapat melahirkan individu yang berilmu dan berjaya demi bangsa, agama dan negara.


-----------------
"kelahiran manusia disambut dengan laungan AZAN dan pemergian manusia diiringi dengan SOLAT....cuba renungkan antara AZAN dengan SOLAT, alangkah singkatnya hidu


Bookmark and Share

    


  Member Information For junaidiProfil   Hantar PM kepada junaidi   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 19:06


Pada 28-06-06 17:39 , wan_andmawaddah posting:

!!! QUOTE !!!

..teringat masa ada observation kat sebuah sekolah rendah KL, area Bangsar. best sangat-sangat rasa masa itu..sayang sangat mereka..sporting sungguh. senyum kat cikgu..yang best sekali..panggil 'cikgu' heheh..terharu sangat-sangat hehe
dan yang best sekali..boleh join mereka makan eskrim dengan popcorn kat luar pagar sekolah heheh rindunyer kat mereka...
alahai..sweetnye... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 23:54


salam...
depends lah....minat masing-masing.
kalau saya, kena ngaja kat sekolah menengah, insyaAllah.

sekolah men ni, nak kena serius sikit, kena btegas serta tau handle kelas nga baik.

yang penting, sebagai guru kena master the content dan pegagogi.
dan guru perlu menyentuh hati pelajar...dat's mean being friends to them...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 00:00


GURU SEKOLAH TADIKA lagi BEST.... CIKGU sekolah TADIKA SEMUA BAIK-BAIK... HEHEHE.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 01:13


Pada 29-06-06 00:00 , siswa posting:

!!! QUOTE !!!

GURU SEKOLAH TADIKA lagi BEST.... CIKGU sekolah TADIKA SEMUA BAIK-BAIK... HEHEHE.....


sokong siswa...betul itu.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

era
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15229
Posting: 129
Dari: b.baru bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 08:39


Assalamualaikum...
mengajar di sek rendah lebih mudah dan seronok...
tapi mungkin bagi orang yang suka dengan budak-budak lah.... :-) :-) :-)
[ Telah diedit oleh: era pada 30-06-06 08:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For eraProfil   Hantar PM kepada era   Quote dan BalasQuote

m_husna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-07-06 01:10


ngajar sek rendah lah best
best ngajar budak-budak ni
dahlah comel2
hihi :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_husnaProfil   Hantar PM kepada m_husna   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-06 00:51


saya ingat lagi masa temuduga hari tu,penemuduga tanya kalau dapat nak ngajar sek men ke sek ren.saya jawab sek men...entahlah Kenapa...tapi bila difikrkan balik baik gajar sek ren dp sek men...sek ren masih boleh dilentur berbanding sek men....stident dia lebih menghargai dan menghormati cikgu....pengalaman saya buat SBE kat sek menag menyeronokkan....walaupun sekadar buat observation about one months....student appreciate kehadiran saya dan kawan-kawan...rasa dihargai sangat.....:)...akaksaya pun cakap lebih baik ngajar sek ren dp sek men...student sek men sekarag akak saya kata budi pekerti dah hilang....tak hormat cikgu langsung...kadang tak hairan cakap perkara2 lucah depan cikgu....Alhamdulillah saya akan mengajar student sekolah ren dalam tiga tahun.....InsyaAllah....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 18:52


salam...
kalau diikutkan cabaran, kedua-duanya sama saja
cuma cbran tu datang dr bentuk yang berlainan
kalau kat primary, yang susahnye nak memahamkan mereka pelajaran2 asas
kalau sekolah mngah pulak, budak2nye kurang hormat...
so, bagi saya, i prefer sekolah rndah
and, skag ni dah praktikal kat 2 sekolah daah...
seronok sangat ngk budak-budak kecik
dan i still hv 3 years to go nak abeskan study
doakan ek...

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 20:38


saya lebih berangan nak ngajar budak tadika..lagi kecik lagi mudah :P

mungkin perit dr segi nak fahamkan mereka..kenakalan mereka..terjerit-jerit melayan kerenah si kecil..(jenuh bila memikirkan..meskipun peluang mengajar hanya sehari! )

compare untuk budak-budak menengah..santunnya mungkin dah hilang..respect pun kurang..lebih2 lagi jika anak bandar dan tinggal di kota..(pengalaman: kena banyak sabar..kalau tak ikhlas dan tak tahan, mungkin boleh tampar si budak..)berbanding dengan anak org susah..anak felda..layanan bagus..meskipun peluang mengajar hanya seminggu..

begitu juga dengan si cilik sek.rendah..taraf hidup berbeza turut merubah corak hidup..dan tingkah laku mereka di dalam kelas..

so..angan-angan saya..biarlah saya mengajar di pendalaman (itupun jika saya meneruskan untuk tukar profesion kerja kelak)..baru saya tahu corak hidup seterusnya..mesti makin menguji :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

suepolaris
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21713
Posting: 46
Dari: Johor Bahru

Johor  


posticon Posting pada: 24-11-06 21:00


Bergantung kepada diri kita. Andai kita ikhlaskan diri mengajar dan mendidik kerana-Nya... sekolah menengah atau sekolah rendah... tak menjadi halangan...

tapi, jika diberi pilihan, tak salah jika kita memilih...
saya rasa, lebih seronok mengajar sekolah menengah... kalau sekolah rendah, semua aktiviti semuanya berpusatkan guru. semua perancangan, guru yang buat dan sediakan...
tapi kalau sekolah menengah, kita boleh sama-sama dengan murid2 untuk berganding bahu jayakan sesuatu aktiviti...

tak dinafikan cabaran mengajar sekolah menengah amat mencabar... tapi... percayalah... pelajar2 akan respect jika kita tahan dengan karenah mereka... still layan mereka yang nakal dan yang baik... yang pandai dan yang kurang cerdik... secara sama rata... tidak pilih bulu...

pengalaman latihan mengajar selama 3 bulan di sekolah menengah yang agak terkenal dengan kecorotan dan kenakalan pelajar2 nya telah merubah persepsi saya terhadap pelajar yang nakal...

Teringat bait lagu yang pernah bekas anak murid saya nyanyi....
"....tiada kupinta...lahir ke dunia... tidak ku pinta....nakal begini..."
hehehe....

Bookmark and Share

    


  Member Information For suepolarisProfil   Hantar PM kepada suepolaris   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 22:12


ana pernah menjadi guru ganti bagi kedua sek...ren & men..

sek men keb miharja..kl tahun 2002...
sek ni 70% kaum cina.. so.. memang mencabar juga...
dapat pulak sekitar kawasam kl.. macam-macam dugaan..
bestt bila ajar klass yang baik..tapi kalau dapat yang hujung..
waduhhh.. saboo saja..

teringat 1st day masuk kelas.. bebudak dah bergaduh..
huhu.. tak dapat nak solve.. panggil cikgu lelaki kat sebelah kelas..
hehehe.. ana tak mmpu nak sound.. :roll: :roll:

sek ren islam at taalim..manjung..perak 2006
baru sahaja dalam bulan 10 habis..

bestt ajar sek ren.. adik-adik ni memang nakal..
tapi.. suka tengok gelagat yang tahun 1-3
macam-macam..hihi..

ana kena ganti guru klass untuk tahun 5..
ya ALLAH.. nakal juga klass ni..
penat nak jerit.. memang kat sini.. mostly..
ustaz..ustazah kena menjerit..nak bagi pelajar senyap..

ana tak mmpu nak talk kuat..
so.. kekadang cubit saja lah adik-adik tu..hehe..

apapun.. dua-dua pun bestt..hihi..
ada rezeki boleh try position ni soon..
amin.... :lol: :lol: :-D :-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 09:19


mengjar yang susah dan mencabar itulah yang lebih bernilai. itulah uniknya seorang guru. sama juga kes sama ada mngajar kelas pandai atau kelas terbelakang? ajar budak pandai lebih mudah tapi mndidik pelajar tercicir lebih bermakna. walaupun kedua-duanya ada cabaran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 02-07-07 22:11


saya akan mengajar sekolah rendah..dan amat suka kerana akan mengajar sekolah rendah..lagi best mngajar budak kecik..tapi cikgu2 kena sedia nak basuh kencing ke muntah murid lah..hehe..mujur ada pengalaman jaga adik..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

nuhasolehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 03-07-07 11:25


assalamualaikum...
nampak menarik topik ini..:D...antara sek men atau rendah yang mana best? ..nuha sekarang ini sedang mengajar di sek men..:)..alhamdulillah setakat ini..ok..best..walaupun ada jugak pening dengan students ini..tapi nuha bernasib baik sebab sek perempuan semua..tak ada lah tension sangat...:D..tapi bagi pandangan peribadi..nuha lebih suka sek rendah...sebab walaupun tension..tapi kejap saja..sebab terhibur dengan sifat keanak-anakkan budak-budak sek ren ini...:D comel..:D...tapi pepun..mengajar mana-mana pun kena ikhlas..itu yang penting.,.amanah harus ditunaikan..:)..insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhasolehahProfil   Hantar PM kepada nuhasolehah   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-07-07 15:42


Pada 03-07-07 11:25 , nuhasolehah posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...
nampak menarik topik ini..:D...antara sek men atau rendah yang mana best? ..nuha sekarang ini sedang mengajar di sek men..:)..alhamdulillah setakat ini..ok..best..walaupun ada jugak pening dengan students ini..tapi nuha bernasib baik sebab sek perempuan semua..tak ada lah tension sangat...:D..tapi bagi pandangan peribadi..nuha lebih suka sek rendah...sebab walaupun tension..tapi kejap saja..sebab terhibur dengan sifat keanak-anakkan budak-budak sek ren ini...:D comel..:D...tapi pepun..mengajar mana-mana pun kena ikhlas..itu yang penting.,.amanah harus ditunaikan..:)..insyaAllah..


budak-budak kecik ni memang lah kadang-kadang banyak kerenah..tapi pada masa yang sama boleh menghiburkan hati..tu yang best..hmm..tak lama lagi nak praktikum..huu..takut pulak..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

alang1993
Warga Rasmi
Menyertai: 02.04.2007
Ahli No: 29420
Posting: 6
Dari: pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-08-07 12:33


sekolah rendah lah best...saya dah rasa kedua-duanya...memang sek rendah best

Bookmark and Share

    


  Member Information For alang1993Profil   Hantar PM kepada alang1993   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-08-07 22:25


ana kerja cikgu....ana mengajar sekolah menengah...kalau di beri pilihan ana nak sek rendah....walau pun sek rendah susah kawal dengan pelajar yang masih kanak-kanak tetapi lagi susah kawal sikap pelajar sek menengah yang semakin lama semakin degil....dan ada juga segelintir yang tiada adab terhadap guru....sebagai guru, di sek menengah kena guna method yang sesuai....nak kaji method yang sesuai tu sebagai guru kena fikir dari semua aspek...kalau sek ren...senang nak didik....sebab didikan perlu bermula dari kecik lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-07 08:31


tugas sebagai seorang cikgu sekolah rendah tu besar dan sangat penting sebab semuanya bermula di sekolah rendah. pendidikan kanak-kanak penting dan perlu selaras dengan perkembangannya berbeza dengan sekolah menengah sebab pelajarnya terdiri daripada remaja. jadi sebagai seorang cikgu perlu fikirkan tanggungjawab utama iaitu bagaimana nak mendidik mereka. sekolah rendah atau menengah sama sahaja selagi cikgu dapat mengawal dan memikirkan satu jalan yang berkesan bagaimana nak mendidik serta mengubah pelajar ke landasan yang sebenarnya. itu adalah cabaran profesion ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

nuzra_awatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 01-09-07 14:35


hmm sek ren lagi best sebab budak-budak kecik boleh lagi dengar kata..sek men susah sikit lah budak dah besar2..susah nak kawal.tapi apa-apa pun dah ditakdirkan akan mengajar sek men..redha saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzra_awatifProfil   Hantar PM kepada nuzra_awatif   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.175321 saat. Lajunya....