Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 4 hari yang lalu
azemi: 8 hari yang lalu
Firdaus15: 14 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 17 hari yang lalu
secureofficemovers: 18 hari yang lalu
Naqiu: 24 hari yang lalu
nawfaa79: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 28 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Ramadhan Al-Mubarak..Bulan Pesta Ibadah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Ramadhan Al-Mubarak..Bulan Pesta Ibadah

Please Mendaftar To Post


Oleh Ramadhan Al-Mubarak..Bulan Pesta Ibadah

Belalang_kampung
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 01:24


Alhamdulillah segala Pujian bagi Allah swt, Selawat dan Salam Sejahtera kepada Rasulullah Solallahua'laihiwassalam..Insya Allah masih diperpanjangkan usia untuk bertemu lagi pada gerbang Ramadhan Al-Mubarak ini..

Bersua ana kat sini, ambil kesempatan ini 'curi2' masa untuk kita pakat2 bermuhasabah sejenak sempena semakin hampirnya kita pada ketibaan Ramadhan Al-Mubarak..yang dikenali juga sebagai 'Shahrusshiam' di mana kefardhuan berpuasa di bulan ini yang disyariatkan oleh Allah swt pada kita, Ramadhan merupakan bulan untuk kita, umat Nabi Muhammad Sollallahua'laihiwassalam Insya Allah

"Wahai orang-orang yang beriman, Diwajibkan pada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." Al-Baqarah: Ayat 183

Sesungguhnya..Bulan Ramadhan ini merupakan Pesta Ibadah dan peluang untuk kita lipatgandakan amal ibadah setaraf dengan umat2 terdahulu yang dikurniakan Allah swt umur yang sangat panjang. Umat-umat Nabi terdahulu dikurniakan Allah swt umur yang sampai beratus2 tahun. Kita umat Nabi Muhammad umur tidak sepanjang umat Nabi2 terdahulu..'benchmark' kita ialah pada umur Rasulullah iaitu 63 tahun.

Oleh itu, Ramadhan yang didatangkan pada kita oleh Allah swt sebagai pakej ibadah yang menawarkan gandaan ganjaran pahala. Ditawarkan dalam Ramadhan ini..Maghfirah, Rahmat dan Pembebasan dari Neraka Allah, bersamanya bermacam ibadah istimewa, Puasa, Solat Sunat Tarawih dan Witir, Zakat Fitrah serta didatangkan dengan suatu malam 'tersembunyi' paling istimewa, yang ibadah dimalamnya itu lebih baik dari seribu bulan biasa. Bersamaan juga dengan 83 tahun pahala beribadah.

Bulan Ramadhan diteraskn dengan kewajipan ibadah puasa, suatu latihan mujahadatunnafs.. iaitu menundukkan nafsu ammarah kita selama 11 bulan sebelumnya. Perut yang lapar dapat 'menyempitkan' nafsu dan merehatkan sistem penghadaman kita Insya Allah. 2 Kegembiraan yang dijanjikan Allah swt bagi orang yang berpuasa ialah pertama ketika iftar dan berhari Raya. Kedua ialah ketika bertemu Allah swt di akhirat kelak.

Dalam bulan ini juga kita pakat2 membentuk halaqah bertadarus Al-Quran..Insya Allah segala qiraat Al-Quran digandakn 70x bagi suatu huruf, sedekah, dan segala amal kebajikan berganda2 pahalanya pada bulan Ramadhan Insya Allah. Rasulullah tidak pernah meninggalkan I'tikaf di sepuluh malam terakhir sebagai kemuncak pada ibadah.

Orang yang soleh akan gembira dan merindui menantikan kedatangan Ramadhan. Mereka akan menagisi pemergian Ramadhan di malam 1 Sayawal. Bagi mukmin, Ramadhan merupakan 'Pesta Beribadah' yang mesti diisi dan di'ihya'kan dengan semaksimumnya. Bulan ini jugalah peluang ibadah kita terbuka luas dengan terbelenggunya iblis dan syaitan.

Bagi yang berkeupayaan, jadikanlah Masjid rumah2 Allah swt ini sebagai 'Gelanggang Beribadah' dan 'port' aktiviti ibadah kita
Insya Allah..sama2lah kita berdoa kepada Allah swt, supaya kita berupaya melipatgandakan amal ibadah kita, berjaya melalui ujian2 Ramadhan, diterima ibadah puasa, dan meningkat iman dan taqwa kita selepas melalui Madrasah Ramadhan ini serta mendapat Lailatul Qadar! Insya Allah.AMINN

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan ketaqwaan pada diri kita untuk mengharungi bulan2 yang mendatang. Sesungguhnya Ramadhan yang pergi tak akan kembali lagi pada kita. Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..

"Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak"


-----------------





Bookmark and Share

  


  Member Information For Belalang_kampungProfil   Hantar PM kepada Belalang_kampung   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 07:14


MENGQADHA PUASA RAMADHAN
Disalin Dari
AL-FATAWA AL-JAMI'AH LIL MAR'ATIL MUSLIMAH
Penyusun
Amin bin Yahya Al-Wazan
Bagian Terakhir dari Dua Tulisan

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 09:34


insyaAllah..
kita hiasi ramadhan ini dengan ibadah2 kpdNYA...
semoga segala amalan kita diterima Nya...
amin...

ramadhan karim untuk semua warga ukhwah.... :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 11:12


Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar yang lebih terang
kepada warga ukhwah...
Ramadhan adalah bulan yang berkat,jangan sia-siakan
ramadhan yang hanya muncul sekali dalam setahun...

Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 09:13


Bersempena bulan Ramadhan ini
Marilah sama-sama
Perbaiki diri
Jangan berasa diri itu
Dah sempurna semua sekali

Banyak perkara
Yang kita tak faham tak reti
Jangan eksyen dengan ilmu
Yang sekelumit cuma
Berbanding ilmu Allah
Yang tak terperi luasnya

Rukun dalam solat pun
Ramai yang tak selesai lagi
Nampak macam betul
Tapi banyak yang tersasul

Bacaan Al-Fatihah
Apatah lagi
Apabila diuji bacaannya
Allahu Akbar! Ramai yang tak reti
Lintang pukang mahkraj dan tajwidnya
Sudah tentu akan lari maknanya

Sampai bila
Kita nak jadi begini
Masih di takuk lama kalau tak baiki diri
Tiada peningkatan tiada perubahan
Umur kita hanya tinggal berapa baki lagi
Kita pun tak tahu
Bila kau dan saya akan dijemput pergi

Ini kenyataan
Bukan dogengan Puteri Gunung Ledang
Bercinta dengan Hang Tuah
Tetapi realiti kehidupan
Sebagai hamba mencintai Allah
tak kisah kalau ada yang
nak marah
nak bengang
nak temper
nak benci
nak menyumpah
nak terasa
dengan kata-kata ini
sebab
ia jauh lebih baik
daripada
buat-buat pekak dan tuli

Baikilah diri
`Overhaul'lah diri
Bukan untuk orang lain
Tetapi diri sendiri

w.dan.afinaz
Kuala Lumpur – 4 Nov, 2003

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 10:31


Marhaban wa Ahlan Ya Ramadhan...
sama2lah kita menyambut kedatangan bulan yang Mulia ini dengan penuh kegembiraan dan keazaman...
semarakkanlah Ramadhan dalam diri, keluarga serta rumahtangga kita... semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan beruntung bagi kita semua...amiin

Allahumma bariklana fi Rajab wa SYa'ban wa ballighna Ramadhan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For pErMaIsUrI_hAtIProfil   Hantar PM kepada pErMaIsUrI_hAtI   Quote dan BalasQuote

qatrunnada_qaisara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 10
Posting: 52
Dari: kedah darulaman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 01:13


assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.



Syukran jazilan akhie Belalang_kampung atas peringatan di atas.


Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. bulan yang membawa 1001
keberkatan dan kerahmatan.. bulan Ramadhan sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W sebagai “Shahrul Azhim Mubarak” yang mana bulan yang sangat agung penuh dengan keberkatan dan kebaikan. Bulan dimana sepuluh hari pertamanya tercurah rahmat , sepuluh hari keduanya melimpah maghfirah dan sepuluh hari terakhirnya adalah pembebasan dari api neraka.

Puasa bukan bererti kita menahan lapar dan dahaga sahaja malah melatih jiwa dari melawan nafsu. Sebagaimana yang disebut akhi belalang_kampung di atas , di bulan Ramadhan juga sama-sama membuat halaqah quran tadarus bersama. Inilah hikmah mengapa al-quran diturunkan pada bulan Ramadhan. selain itu kita hendaklah memperbanyakkan amalan2 sunat, mengerjakan solat terawih dan iktikaf di sepuluh hari terakhir ramadhan sebagai amalan yang tidak patut ditinggalkan sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

"Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

Dalam bulan ini jugak ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADAR. Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya adalah dengan adanya malam lailatul qadar yang dirahsiakan.sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat tertinggi bagi orang yang berjaga mendapatkan malam lailatul qadar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada Allah disamping sembahyang sunat , berzikir , istighfar dan bertadarus al-quran.

apabila berakhirnya bulan Ramadhan orang-orang soleh akan menangisi pemergiannya kerana berpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan segala amalan2 dari bulan2 lain. Bulan Allah menerima taubat hamba-hambaNya.

bulan ni jugak kita dapat mengkoreksikan diri adakah puasa kita lebih baik dari sebelum ni.sebagaimana sabda nabi muhammad s.a.w " janganlah jadikan sepanjang hari puasa kamu sama sahaja sehingga waktu berbuka".

moga diakhir bulan Ramadhan nanti, kita akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari semua segi dari sebelum ni. InsyaAllah

" JADIKAN BULAN RAMADHAN SEBAGAI SATU PESTA IBADAH"

WALLAHUA'LAM.


Bookmark and Share

  


  Member Information For qatrunnada_qaisaraProfil   Hantar PM kepada qatrunnada_qaisara   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 09:16


ALLAHUMMA ATMIMNA SYA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN..:)


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 02-10-05 09:16 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 09:46


assalamualaikum

ada beberapa hari saja lagi untuk kita menempuh ramadhan. semoga semoga kita diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan 1426

meowhidayah tak nak jemput saya iftar kat rumah ke


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
[ Telah diedit oleh: lidah-penghunus pada 02-10-05 09:49 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 02-10-05 10:23


Assalamualaikum wwt...

Bulan Ramadhan..bulan penuh kemuliaan...bulan penuh rahmat
manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya...

p/s:Berlumba-lumbalah menuju kebaikan ;-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 02-10-05 11:54


semoga ramadhan kali ni dipenuhi dengan kerahmatan dan nikmat dari ALLAH SWT


-----------------
Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T


Bookmark and Share

  


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 13:17


jum berpesta ibadah... :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 13:59


salam ramadhan al mubarak..
jom imarahkan masjid..
bykn sedekah...ibadah..tadarus..

huhu.. exam weekk begin.. >>demam final







-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 02-10-05 14:08 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 14:12


salam imtihan.. buat semua warga UUm khasnye..
amnye buat all candidate exam..pmr..spm..stpm..
moga kejayaan milik kita bersama..amin...

mAAt taufiq naJAh wa mUmtaz fil imtihANN..
(".)

doa banyak-banyak di bulan yang barakah ni..amin...amin... =)




-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

  


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-10-05 21:05


assalamualaikum...

RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud..
'sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan perhitungan,ALLAH SWT akan mengampuni segala dosanya yang lalu' -riwayat muslim-

'selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak' :-)


wallahua'lam


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 02-10-05 21:08 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 23:30


assalamualaikum wbt..


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

wallahu a'lan.
wassalam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 07:49


Salam ramadhan al-mubarak kepada semua warga ukhwah.com

Semoga amal ibadah, ketaqwaan, keimanan kita di bulan ramdhan kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas, insyaAllah

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 07:51


Sama-samalah kita mencari lailatul qadr di sepuluh malam terkahir dengan biriktikaf(hanya untuk lelaki) dan meningkatkan amal, qiyam di malam hari

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 10:07


selamat menyambut bulan puasa...apa yang paling kalian rindukan dalam bulan puasa???saya paling rindukan dalam bulan puasa adalah nak terawih kat malam tu...seronoknya hati ni dah lama tak terawih beramai-ramai.....tak sabar rasanya.....

Bookmark and Share

  


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

misscute
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2005
Ahli No: 18801
Posting: 4
Dari: bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 14:04


AHLAN WASAHLAN...RAMDHAN AL-MUBARAK...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UAT semua WARGA UKHWAH...moga puasa tahun ini akan lebih memberi makna pada diri kita...i-ALLAH...TINGKATKAN amal ibadat pada yang Esa...mga dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini dapat memberi kerahmatan dan keberkatan dalam hidup kita i-ALLAH...

Bookmark and Share

  


  Member Information For misscuteProfil   Hantar PM kepada misscute   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-10-05 14:45


3K-KEINSAFAN,KEREDHAAN,KEAMPUNAN (selingan iklan)

TAWARAN HEBAT!!

tawaran hanya datang sekali..jangan lepaskan peluang mendapat keRAHMATan yang mennjadi idaman semua..
*terhad kepada mereka yang SEDAR dan PANTAS mengambil peluang SAHAJA
*sah sehingga 10 Ramadhan sahaja..

PROMOSI GEMPAK!!

bagi insan yang dahagakan keAMPUNan inilah masa yang dinanti-nantikan. keAMPUNan yang benar-benar istimewa.jangan malu dan segan kerana tawaran ini hanya bagi manusia yang tidak diulit mimpi.
*Jangan lepaskan peluang termahal abad ini khas dari MADRASAH RAMADHAN
*tarikh tutup adalah 20 Ramadhan..

TAWARAN MENARIK!!

bagi mrkyg tercicir,anda masih berpeluang merebuttawaran terakhir dari Madrasah yang hanya sekali setahun.Tawaran yang ditunggu-tunggu berupa PERLINDUNGAN dari API NERAKA.Ayuh apa dimenungkan lagi,mari kita ke Madrasah Ramadhan hari ini juga..
*tawaran ditutup pada 29/30 Ramadhan
*usah berfikir lagi,mari kita sama2 merebut tawaran ini :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

tetikus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18733
Posting: 45
Dari: Muar

Johor  


posticon Posting pada: 03-10-05 22:05


Assalamualaikum..
Alhamdullillah ramadhan datang lagi...marilah kita sambutnye dengan hati yang terbuka dan gembira...inilah masenye kita muhasabah diri kita supaya lebih baik dari sebelumnya dan mendekatkan diri kepada Allah..
Inilah juga masanya kita memohon keampunan dari Allah supaya hidup ini lebih diberkati...Insyakallah....Salam Ramadhan

Bookmark and Share

  


  Member Information For tetikusProfil   Hantar PM kepada tetikus   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 22:10


Alhamdulilah, ramadhan datang lagi...
inilah peluang kita nak menambah kan amal ibadah..


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

  


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 01:13


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq 1426H semoga Ramadhan kali ini dilalui dengan penuh ikhlas dalam mencari redha Allah SWT. Maaf zahir batin. Di bawah ini umi copy paste petikan dari terjemahan Ustaz Kamin dari al-ahkam.net -

Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :

* Menipu : Nabi saw bersabda :

ãä áã íÏÚ Þæá ÇáÒæÑ æÇáÚãá Èå ÝáíÓ ááå
ÚÒ æÌá ÍÇÌÉ Ãä íÏÚ ØÚÇãå æÔÑÇÈå
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya,
maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan
minumnya" .

* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :

áíÓ ÇáÕíÇã ãä ÇáÃßá æÇáÔÑÇÈ ¡ æÅäãÇ ÇáÕíÇã
ãä ÇááÛæ æÇáÑÝË ¡ ÝÅä ÓÇÈøóÜß
ÃÍÏ Ãæ Ìóåöá Úáíß ÝÞá : Åäí ÕÇÆã
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau
menyakitimu, maka katakan : sesungguh saya sedang berpuasa" .

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - One learned man is harder on the devil than a thousand ignorant worshippers.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 13:25


Bertemu kembali dengan ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Alloh daku bersyukur
Kau pertemukan saya semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Alloh
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan-Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan saya

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 13:29


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 14:31


Assalamu'alaikum...

Salam Ramadhan Karim buat semua.... moga ibadah puasa Ramadhan kali ini dapat kita tunaikan dengan penuh keinsafan dan kesungguhan... sama2 kita tingkatkan amal kebajikan untuk mengejar mardhatillah... InSya Allah.. :-)


-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."


Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 18:15


Selamat menyambut bulan ramadan...perbanyakan amalan dibulan yang mulia ini.

Bookmark and Share

  


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 23:49


JIHAD DALAM RAMADHAN

LUSA bermulalah jihad atau perjuangan paling besar iaitu menahan hawa nafsu. Maklumlah kita akan berpuasa.

Dalam sirah, tertera kisah Rasulullah bersama pasukannya selepas Perang Badar.

Kemenangan dalam perang pertama Islam itu memang bermakna kerana satu lawan tiga (314 perajurit Islam lawan lebih 1,000 orang Quraisy). Namun, ba ginda lebih menjuruskan perhatian kepada melawan nafsu kerana besar sekali fadilatnya.

Banyak tamadun musnah akibat tidak dapat menahan nafsu, misalnya Empayar Rum dengan arena yang diisi banduan yang melawan singa.

Kejatuhan banyak kerajaan Islam juga antaranya dek nafsu - tidak mengendahkan golongan susah, tetapi si penguasa berfoya-foya saja.

Tetapi fahamkah umat Islam mengenai 'jihad' ini? Bak kata seorang ustaz, jihad kini dikaitkan dengan 'jahat' dek perbuatan Al-Qaeda dan gengnya.

Masyarakat kita mesti memberikan gambaran sebenar dan suci terhadap jihad. Ia bukanlah suatu kekata 'nista' yang bermaksud pengganasan dan segala rupa kebinasaan, termasuk nekad mengebom diri di khalayak ramai.

Jihad termasuk dalam perjuangan membina ekonomi, mencari pekerjaan, cemerlang dalam setiap lapangan, mengatasi wabak, menolong anak yatim dan si miskin, membina keharmonian berbilang kaum dan agama.

Jadi, J-I-H-A-di bermakna Jana Islam Hidup Aman Damai.

Untuk menjana (menyebarkan syiar) bermakna akhlak umat Islam mestilah terlebih dulu baik.

Tapi jika dalam Ramadan masih ada yang tidak puasa terang-terangan dan berlaku tidak sopan termasuk merokok, ini bukanlah imej Islam.

Oteh sering pelik memikirkan mengapalah kita sebagai umat Islam sering gagal menghayati agama suci kita?

Jika kita betul-betul menghayatinya, misalnya menerusi amalan puasa yang mengajar pemakanan, ibadah dan peningkatan diri, Oteh yakin semua orang Islam akan sihat-sihat rohani dan jasmani.

Bahkan demi Islam, kita tidak akan lokek menderma dan membetulkan seluruh perjalanan hidup kita - rumah tangga, pertubuhan, pekerjaan dan apa saja - demi hidup bermakna.

Terlebih dulu maaf zahir batin. Selamat menyambut ibadah Ramadhan.

http://cyberita.asiaone.com.sg/komentar/story/0,3617,62000,00.html?

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 05:18


Ramadhan Karim...!!!

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan ketaqwaan pada diri kita untuk mengharungi bulan2 yang mendatang..Insya4JJI

Bookmark and Share

  


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

hisham20
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19114
Posting: 51
Dari: melaka-terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 06:56


ALLAHAMDULILLAH.....TUHAN TELAH MEMBERIKAN sekali LAGI PELUANG KEPADA KITA semua DENGAN MEMBERI NIKMAT UNTUK MERASAI IBADAH PUASA YANG PENUH KEBERKATAN,...INSYAALLAH...IANYA DAPAT MENDAKATKAN LAGI DIRI KITA DENGAN ALLAH S.W.T DAN DIMURAHKAN REZEKI....DIBERIKAN RAHMAT DAN KEBERKATAN HIDUP DIDUNIA DAN AKHIRAT JUA...INSYAALLAH...ALLAHHUAKBAR!!!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For hisham20Profil   Hantar PM kepada hisham20   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 08:26


Alhamdulillah, kita bertemu lagi pada Ramadhan kali ini... kepada pelajar - pelajar yang akan mengambil SPM dan STPM.. dan tidak lupa pada pelajar2 IPTA dan IPTS.. selamat menyambut ramadhan, selamat berpuasa dan selamat beramal ibadah, tabahkan hati menghadapi final lepas raya... :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

annur83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 05-10-05 09:14


assalamualaikum...

wahai tetamu Ramadhan..
untukmu rahmat dan maghrifah..
airmata taubat..dendangan zikrullah..
selimut tarawih..
bnatal mujahadah dan istiqomah..
moga mendapat barokah..
selamat berpuasa istimewa buat sahabat ukhwah....

Bookmark and Share

  


  Member Information For annur83Profil   Hantar PM kepada annur83   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 02:36


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah Ramadhan Al Mubaraq Al Kareem kembali lagi dengan limpahan Rahmat dan kasih sayang dari Allah Subhanahu Wata'ala kepada makhluknya yang beriman. Kedatangannya kali ini di tahun 1426 Hijrah adalah dinantikan oleh setiap insan yang mengetahui akan hikmah disebalik anugerah Allah yang memperuntukkan dalam setahun satu bulan untuk berpuasa demi Nya semata-mata. Ganjarannya pula adalah dari Nya juga semata-mata.

Apa khabar wahai anak^ummi di mana saja berada. Marilah kita sama-sama mensyukuri dapat bertemu dengan Ramadhan lagi di mana Allah SWT memberi kita peluang untuk mengejar satu malam yang begitu hebat tiada tandingannya iaitu Malam Lailatul Qadar - satu malam ibadah diterima bersamaan dengan 1000 bulan (lebihkurang 83 tahun).

Maka "Jibril berkata: Celakalah orang yang melalui bulan Ramadhan yang diberkati tetapi tidak mendapat keampunan dari Allah SWT, kata Rasul, memaklumkan kepada para sahabat apa yang diucapkan oleh Jibril kepadanya,"Lalu saya mengaminkannya".

"Bagi orang yang berpuasa itu saat berbuka puasanya, ada satu doa yang sangat mustajab." (mafhum hari Ibnu Majah, al-Hakim, Abud Daud dan al-Baihaqi)

Nabi Sollallahu 'alaihi wassalam bersabda mafhumnya: "Puasa itu perisai dari api neraka sepertimana perisai (benteng) salah seorang kamu dalam peperangan. (Puasa akan menjadi perisai) selama mana dia tidak merosakkannya dengan kata-kata dusta dan umpatan." (hari Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Sebab itulah elak dari banyak berkata-kata yang tidak berfaedah semasa berpuasa. Sebenarnya ada tiga perkara kebaikan menghindari mengumpat iaitu terpelihara lidah dan hati dari kekejian; tersemai bibit baik sangka dan tertutup aib orang lain. Sabda Rasulullah saw mafhumnya:
"Tiadalah seseorang yang menutup aib seorang yang lain di dunia, nescaya Allah menutup pula aibnya pada hari kiamat kelak." (hari Muslim daripada Abu Hurairah ra)

Sabda Rasulullah saw mafhumnya: "Sesungguhnya kamu tidak akan sanggup melapangkan manusia dengan segala pemberian hartabenda kamu (semuanya) maka lapangkanlah mereka dengan kebaikan akhlak kamu."

Anak-anak jadilan insan soleh dan solehah memenuhi hajat ayah bonda menjadi yang terbaik dalam lapangan yang diceburi. Ini bukan bermaksud score semata masa peperiksaan (kalau score itu adalah bonus) tetapi menjalani kehidupan sebagai hamba Allah taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Belajarlah jadi insan yang sabar kerana "Tidak ada pemberian Allah kepada seorang hamba itu yang lebih baik dan lebih luas dari sabar dan sabar itu senjata mukmin (mafhum hadis).

Man lah yarhamunnas lah yarhamhulLah (Siapa yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang lain, nescaya tidaklah ia akan dicurahkan belas kasihan (Rahmat) oleh Allah SWT).

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
ummimq
ps - Expecting God to give you something for nothing is the most popular form of hope.
1 Ramadhan 1426H / 5 Oktober 2005M

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 02:46


Salam Ramadhan...

semoga ibadah yang kita lakukan benar-benar ikhlas. mudah-mudahan Allah ampuni segala dosa-dosa kita. sama-samalah kita berusaha untuk istiqamah dalam setiap amalan kita..insyaallah ;)

Bookmark and Share

  


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 12:44


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

:-) Kedatangan Mu Di nanti-nanti...
Pemergiaan Mu Di tangisi :-(
selamat menjalani ibadah puasa dan solat sunnat tarawih...semoga amalan kita di bulan ini lebih baik dari tahun sebelumnya... ;-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-10-05 16:54


Assalamualaikum...

Buat semua warga ukhwah yang dikenali mahupun tidak, disini saya ingin mengucapkan salam ramadhan. Maaf zahir batin yang mana dosa saya yang ternampak atau tidak, tersengaja atau tidak dan sebagainya....Ahlan wasahlan ya ramadhan. :-)



Bookmark and Share

  


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 07-10-05 17:10


bulan pesta makan.
macam2 adhaa...


-----------------
pengalaman itu ibarat guru
yang mengajar di sekolah hidupmu


Bookmark and Share

  


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 11:25


Tajuk : Kisah Ramadhan

Pabila tiba bulan Ramadhan,
Bulan yang penuh dengan barakah,
Begitu dinantikan sepenuh hati,
Oleh umat Islam yang bertakwa,

Diperintahkan sebulan berpuasa,
Amalkan rukun Islam yang ke-3,
Bukan sekadar tunaikan kewajipan,
Tetapi kisah disebaliknya,

BUlan yang menguji keimanan,
Kekuatan iman di dalam hati,
Setelah godaan syaitan dihalang,
Jangan tewas dengan nafsu sendiri,

Kesunyian malam dihiasi terawih,
Diselang-seli dengan selawat,
Hanya terasa pada awalnya,
Akan kehangatan semangat umat,

Di malam ganjil penghujung Ramadhan,
Tercari - cari Lailatul Qadar,
Setelah berakhirnya Ramadhan,
Kian menanti Syawal menjelma,


......

Bookmark and Share

  


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 12:12


Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua. Moga bulan latihan ini akan terus menjadikan kita insan yang beriman dan beramal soleh sepanjang masa..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

putera_sufi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1188
Posting: 48
Dari: ardhuLLAh

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 12:57


man soma ramadhana imanan wahtisaban ghufiro lahu ma taqaddama min zanbih..

Bookmark and Share

  


  Member Information For putera_sufiProfil   Hantar PM kepada putera_sufi   Pergi ke putera_sufi's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 18:10


Assalamualaikum

Penulisan yang lepas tentang ramadhan. semoga kita terus agresif, bukan pasif


!!! QUOTE !!!

17 ramadhan 2H- umat islam mencapai kemenangan besar dalam perang badar.

* ramadhan 91H- umat islam berjaya mejejakkan kaki ke bumi andalusia.

*ramadhan 92H- tewasnya angkatan raja frederick di tangan tentera islam pimpinan tariq bin ziyad

*ramadhan 584H- tentera islam pimpinan salahuddin al ayubi menewaskan tentera salib.

*ramadhan 658H- pengusiran tentera tartar dari bumi mesir oleh tentera pimpinan mamalik.


Fakta-fakta sejarah di atas membuktikan bahawa di bulan ramadhan juga umat islam boleh mencapai kejayaan yang gemilang, jika mereka dahulu yang tidak mempunyai kelengkapan yang canggih mengharungi lautan pasir, jadi tidak ada alasan bagi kita umat islam kini untuk jadikan bulan ramadhan sebagai bulan pasif. Semoga fakta-fakta sejarah di atas ini menjadi suntikan motivasi kepada kita umat islam untuk terus giatkan usaha dalam kerja-kerja jemaah mahupun dalam kerjaya kita. Insya-Allah dalam bulan ramdhan inilah akan meningkatnya operasi-operasi syahid terhadap tentera musuh di negara-negara yang sedang diceroboh musuh-musuh islam.



-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

  


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 08-10-05 21:49


bulan ramadhan bulan yang mulia..bulan yang telah lama ana nanti-nantikan...adakah ini ramadhan yang terakhir buat ana..??? sebak dan ingni menangis rasanya tatkala ana masih lagi bernafas dan mampu mencelik mata di bulan mulia ini...terasa ingin kaki ini melangkah ke surau untuk setiap waktu...bertemu dengan Mu Ya Allah...

~ indahnya ramadhan ni tidak mampu ku ucapkan dengan kata-kata yang pengertiannya tidak sehebat di hati ini...malah lebih dari itu...
ingin ku gilap kembali segala dosa-dosa dan kisah lalu yang pernah ku lakukan...ku sedar ku telah jauh terpesong dari Mu Ya Allah...zaman jahiliah ku...telah lama kau tinggalkan..hanyut bersama pepasir di pantai...kini..saya adalah saya yang sekarang...
Ya Allah panjangkanlah umurku untuk beramal beribadat kepada Mu siang dan malam...

andai ini yang terakhir kali...
sempat kah saya menebus kesilapan lalu...


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�
[ Telah diedit oleh: ilham_thahurah pada 08-10-05 21:58 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 08-10-05 22:39


assalamualaikum, alhamdulillah ramadhan datang lagi. selamat berpuasa buat warga ukhwah.moga dapat mempertingkatkan amal ibadat dibulan mulia
[ Telah diedit oleh: izdham pada 09-10-05 11:19 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 10:46


assalammualaikum.....

Salam ramadhan buat semua warga ukhwah.com....
semoga ramadhan ini lebih bermakna untuk kita....Insya-Allah

Bookmark and Share

  


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-05 10:59


ramadhan bulan kerahmatan..
bulan kemulian...
salam ramadhan untuk semua ahli ukhwah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 12:47


> bulan Ramadhan ni juga kalau boleh khatamkan baca al-Quran...
> Allah akan ganda2kan setiap huruf yang kita baca...

Islam itu indah :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 11-10-05 09:34


saya Cemas Kedatangan Ramadhan

Aduh! Susahnya hatiku bila berhadapan dengan Ramadhan
Macam ada benda yang tidak kena
saya cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau saya tidak menyambut kedatangannya dengan sebaik-baiknya
Padaku kedatangan Ramadhan macam kedatangan
tetamu yang sangat mulia

Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama
Aduh orang macam ini bagaimana
saya hendak menyambutnya?
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya, cara mana dan
bagaimana saya hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya

Kerana itu kedatangannya saya cemas selalu
Kalau saya tidak beradab dengannya
saya takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannya
Kalau dia tidak datang lebih baik
rasanya daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah setahun
sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia dengan penuh kecemasan dan bimbang

Nukilan: asz




-----------------
Ilmu Tuhan Maha luas,
Ilmu manusia sangat terbatas
Ciptaan Tuhan Maha sempurna
Ciptaan manusia banyak kelemahan...


Bookmark and Share

  


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 11-10-05 09:37


Bulan Ramadhan..Hadiah dari Tuhan..


-----------------
Ilmu Tuhan Maha luas,
Ilmu manusia sangat terbatas
Ciptaan Tuhan Maha sempurna
Ciptaan manusia banyak kelemahan...
[ Telah diedit oleh: ZaufanTM pada 11-10-05 09:38 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 10:28


:roll: :roll: hhmmm....kalau nak diharapkan bulan lain,Ramadhan banyak mengajar kita erti kesabaran,dan juga erti kesusahan,so bersabar lah menempuhi ujian dalam bulan ramadahn... :-di


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

  


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Nurr_Iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 12:09


Bulan Ramadhan... bulan keampunan ... hapuskan dosa tingkatkan pahala,
moga kitakan berada dikalangan hambaNya yang bertakwa...
InsyaAllah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For Nurr_ImanProfil   Hantar PM kepada Nurr_Iman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.186323 saat. Lajunya....