Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 672 gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 672 gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005

Please Mendaftar To Post


Oleh 672 gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 25-09-05 10:39


Oleh: OPAT RATTANACHOT

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seramai 672 gadis bawah umur dilaporkan menjadi mangsa rogol sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 491 gadis berusia di bawah 15 tahun manakala selebihnya 16 hingga 17 tahun.

``Bagi kes melibatkan mereka berusia lebih 18 tahun pula, seramai 358 orang dikesan menjadi mangsa rogol.

``Jumlah keseluruhan gadis menjadi mangsa rogol antara Januari hingga Julai tahun ini ialah 1,030 orang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Kebangsaan Pencegahan Jenayah 2005 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini.

Menurut Abdul Halim, jumlah kes rogol dilaporkan tersebut berkurangan sebanyak 17 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

``Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu, gadis yang menjadi mangsa rogol seramai 1,047 orang.

``Bagaimanapun, dari segi pecahan statistik tahun lalu, gadis berusia bawah 15 tahun merupakan paling ramai menjadi mangsa iaitu 501 orang.

``Bagi gadis berusia 16 hingga 17 tahun pula, seramai 184 orang dikesan menjadi mangsa rogol tahun lalu,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, siasatan polis menunjukkan kebanyakan pelaku kes rogol melibatkan mereka yang mempunyai pertalian rapat dengan mangsa.

``Berpandukan statistik kes rogol dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, seramai 274 orang pelaku dikesan merupakan rakan kepada mangsa.

``Sementara seramai 251 orang suspek pula merupakan teman lelaki mangsa dan diikuti 196 orang yang tidak dikenali mangsa.

``Bagaimanapun, jumlah pelaku kes rogol selebihnya melibatkan orang yang dikenali mangsa seperti jiran, bapa, bapa saudara, bapa tiri, sepupu, abang ipar, majikan, abang dan lain-lain,'' jelasnya.

Sementara itu, Ahli Kriminologi dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, dari. P. Sundramoorthy dalam kertas kerjanya memberitahu, kebanyakan kes-kes rogol di negara ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

``Banyak mangsa rogol tidak melaporkan kes kepada polis kerana beberapa masalah.

``Antara alasan diberi ialah takut kepada pelaku, aib dan stigma kerana percaya masyarakat akan memandang hina serta bimbang tidak ada orang akan percaya kejadian menimpanya.

``Selain itu, ada juga mangsa rogol berasa bimbang terhadap perjalanan proses undang-undang seperti dikehendaki tampil di mahkamah sebagai saksi, menjalani pemeriksaan di hospital dan takut dipandang serong oleh masyarakat,'' ujarnya.



Bila hukum Allah diketepikan, maka inilah jadinya...........Islam Hadhariku

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 25-09-05 13:30


gadis zaman sekarang ini...tak tahu nak kata apa...pengajarannya kalau nak keluar pergi mana-mana ajak mahram sekali..kalau duduk kat rumah pastikan ada ibu atau adik-beradik perempuan..insyaAllah segala yang tak diingini tak akan berlaku..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 25-09-05 13:34


ya ke mangsa rogol...
bukan suka sama suka ke...
kekadang tu pelik jugak...
macam2 manusia
maksiat bermaharajalela

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 25-09-05 13:52


nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 18:51


:-?

masyarakat islam hadhari...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 22:34


bahaya bagi wanita zaman sekarang ni

p/s: sentiasa berjaga-jaga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

siraj82
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2005
Ahli No: 19320
Posting: 8

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 22:48


banyak sebab berlakunya kes rogol ini...
semua pihak harus memainkn peranan dalam membasmi gejala ini
bermula dari daulah...masyarakt.....ibu bapa.... guru...persekitaran.....diri sendiri perlu memantapkan kefahaman tentang Islam dan patuh terhadap ajarannya
janganlah islam itu sekadar d. mulut....tak ramai yang mampu menjadikan Islam itu syumul sepertimana yang sepatutnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For siraj82Profil   Hantar PM kepada siraj82   Quote dan BalasQuote

hisham20
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19114
Posting: 51
Dari: melaka-terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 07:20


memang SUSAH NAK CAKAP...SEBENARNYA....JIKA ALLAH SENTIASA KITA INGATI ..PERKARA MACAM NI INSYAALLAH TAKKAN BERLAKU.....DIDIKAN AGAMA jangan SESEKALI DIPINGGIRKAN....KASIHANI DIRI....MAK..AYAH...KELUARGA...DAN SEMUA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W....INGAT ALLAH SENTIASA...INSYAALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hisham20Profil   Hantar PM kepada hisham20   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 10:34


ya Allah...jauhkaanlah saya dari bala'MU...
selamatkanlah saya dari semua ini berlaku ke atasku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

stitch
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16190
Posting: 24
Dari: singapore

singapore  


posticon Posting pada: 26-09-05 23:37


kepada Gadis2...

hati2 dalam setiap langkah mereka ...

punya sedikit.... sangka buruk pada "lelaki"

dan jangan pernah takut pada kebenaran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For stitchProfil   Hantar PM kepada stitch   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-05 09:50


no komen..tapi memang ramai yang jadi mangsa.. nak cari slh siapa tak menyelesaikan apa-apa.. yang penting pergantungan pada Allah selepas membuat persediaan.. jauhi perkara2 yang membawa kepada terjadinya kes rogol

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 10:34


semuanya berpunca daripada lelaki yang tak dapat kawal nafsu! saya sedih ramai wanita yang menjadi habuan mereka...:-| :-(

bagi para wanita diluar sana, jagalah diri hiasi peribadi..
:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-09-05 11:10


nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-05 11:43


orang timur zaman sekarang banyak sangat terpengaruh dengan barat...bangga boleh memusnahkan hidup orang lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

mizzaisya
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10681
Posting: 11
Dari: Jiran Planet Pumpkin

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 16:51


assalamualaikum..
andai kata gadis tersebut benar-benar dirogol, ada tak lelaki yang nak kahwini gadis tersebut bila dah tahu keadaan sebenar gadis itu ye?
kasihan mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizzaisyaProfil   Hantar PM kepada mizzaisya   Pergi ke mizzaisya's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 27-09-05 18:57


Pada 25-09-05 13:34 , maisarahlisa posting:

!!! QUOTE !!!

ya ke mangsa rogol...
bukan suka sama suka ke...
kekadang tu pelik jugak...
macam2 manusia
maksiat bermaharajalela



Assalamualaikum...
susah kita nak duga...
kalau suka sama suka pun...
undang2 kata tetap rogol..
nak buat bagaimana...
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 27-09-05 20:13


hadari ke MUNDURI?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 29-09-05 16:17


Pada 27-09-05 20:13 , kilauansyifa posting:

!!! QUOTE !!!

hadari ke MUNDURI?



Assalamualaikum....
kita patut salahkan diri kita...
kerana kita yang menjadi hamba nafsu...
wassala...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.171156 saat. Lajunya....