Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 184
Ahli: 0
Jumlah: 184




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PESTA SEX???? MasyaALLAH


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PESTA SEX???? MasyaALLAH

Please Mendaftar To Post


Oleh PESTA SEX???? MasyaALLAH

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 22-09-05 18:00


Siasat segera laman web promosi pesta seks di pada
Thursday, September 22 @ 14:09:49 MYT


Oleh IBNU W.YAACOB
SEREMBAN, 22 Sept (Hrkh) - Kerajaan dan pihak berkuasa diminta menyiasat dakwaan satu iklan berhubung pengajuran pesta seks menjelang sambutan tahun baru 2006 di Port Dickson yang disiar sebuah laman web tempatan.

Seorang pemanggil yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, beliau mendapat maklumat setelah seorang kenalan memberitahunya berhubung isu tersebut beberapa hari lalu.
Setelah menyiasat dakwaan itu, terbukti laman web berkenaan mempromosi gadis melayu yang tidak berpakaian sebagai bahan utama paparan.

Malah terdapat juga gambar-gambar beberapa selebriti dan artis Melayu yang dipapar dalam laman web tersebut, katanya.

Menurut beliau yang ingin dikenali sebagai Melayu Glokal, lama web tersebut mempromosi penjualan gambar, VCD lucah, muat turun gambar dan filem lucah ke telefon bimbit dengan sistem MMS dan SMS.

Bukan itu sahaja , laman web ini turut menyediakan perkhidmatan seks melalui kamera web, chatting dan sebagainya,kata beliau.

Menurutnya, kemungkinan gambar serta filem lucah yang diambil secara curi sama ada melalui web macam, telefon bimbit dan sebagainya ini , dijual kepada orang ramai semata-mata untuk mengaut keuntungan yang singkat tanpa kerelaan dan pengetahuan mereka yang terdapat dalam gambar atau filem tersebut.

Melihatkan laman web ini yang menggunakan gadis-gadis Melayu sebagai pelaris industri seks mereka, kerajaan perlu bertindak segera, katanya.

"Mereka yang tidak bermoral yang mengendalikan laman web ini pula turut mempromosikan Pesta Seks di pantai Port Dickson Negeri Sembilan pada 31 Disember 2005 ini sempena sambutan Tahun Baru 2006," katanya.

Harakahdaily yang cuba mengenalpasti kesahihan dakwaan tersebut mendapati ianya benar apabila setiap paparan di laman tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar lucah, aksi seks, cerita lucah serta tentatif kemuncak program pengendali laman tersebut di Port Dickson kelak.

Berikut adalah tentatif program yang diperolehi melalui laman web berkenaan:

...anda berpeluang juga untuk menyertai Pesta Seks pada Orgy Ramai-Ramai di Batu XXX (Lokasi dirahsiakan!) Pesta Seks pada besar-besaran ini akan diadakan pada 31hb Disember 2005 sempena menyambut kedatangan Tahun Baru 2006. Hanya 200 ahli ... yang dipilih dari cabutan bertuah boleh menyertai Pesta Seks ini. Pesta ini juga akan disertai oleh professional lelaki dan perempuan Kuala Lumpur, model-model, bakal artis, pasangan-pasangan baru kahwin dan pelbagai lagi. Anda juga diwajibkan untuk berbogel dalam parti ini. Berikut aturcara majlis :

31hb Disember 2005
6:00pm : Berkumpul ramai-ramai di Pantai XXX (Dirahsiakan) Port Dickson
6:30pm : Sessi barbaque & makan dimulakan
7:00pm : Sessi membuka baju masing-masing
8:30pm : Disko Besar-besaran Tepi Pantai
11:00pm: Aktiviti Permainan Seks Berkumpulan
12:00am: Detik Tahun Baru 2006
2:00am : Seks Orgy Kemungkaran Maksimum!

Mereka yang mengendalikan laman web lucah ini bukan hanya melanggar batas-batas perundangan Islam, malah mereka ini juga melanggar batas-batas hak asasi manusia.

Justeru itu semua pihak harus tampil ke hadapan terutamanya mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia untuk membanteras gejala ini.

Atas kesedaran itu beliau menggesa kerajaan terutamanya pihak berkuasa agama menyiasat pengumuman itu dan memantau perkembangannya sehingga tarikh program tersebut.-wn.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 22-09-05 18:02


Nak sambut ulang tahun dgan TSUNAMI ke??? yang dok dkt2 pantai tu baik pindah cepat

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 22-09-05 18:11


ni nampaknye nak kena tsunami + katrina ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

stitch
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16190
Posting: 24
Dari: singapore

singapore  


posticon Posting pada: 26-09-05 23:51


Kerajaan harus memandang ia sebagai satu penyakit ....

terikut-ikut dengan budaya Kuning...

Manusia kini dah terlalu....Zalim

Bookmark and Share

    


  Member Information For stitchProfil   Hantar PM kepada stitch   Quote dan BalasQuote

ainnurwardah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2628
Posting: 67
Dari: Utec

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-09-05 01:43


tak tau nak kata apa lagi dahhh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainnurwardahProfil   Hantar PM kepada ainnurwardah   Quote dan BalasQuote

ainnurwardah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2628
Posting: 67
Dari: Utec

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-09-05 01:48


ermm..satu lagi..patutnye letak astaghfirullah..bukan masyaAllah...salah penggunaan perkataan tu...kalau pujian blehle masyaAllah..wallahu'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainnurwardahProfil   Hantar PM kepada ainnurwardah   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 27-09-05 08:14


Pada 27-09-05 01:48 , ainnurwardah posting:

!!! QUOTE !!!

ermm..satu lagi..patutnye letak astaghfirullah..bukan masyaAllah...salah penggunaan perkataan tu...kalau pujian blehle masyaAllah..wallahu'lam


that's absolutely true!
i believe the title needs to be change ASAP.
there's no such words like "masyaALLAH" for maksiat.
it needs to be either "astaghfirullahal'azim" or "nauzubillah".

Wallahu'alam.


-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"


Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-05 08:24


errrrmmmm..... moga2 benda2 macam ni tak berlaku..... andai berlaku maka bersiap sedialah kerana hukum tuhan akan mengejar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-05 08:25


Edisi KL : Potret kekasih dalam laman lucah

Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Pengasas laman web lucah Melayu terbaru yang didedahkan Harian Metro, baru-baru ini, dikesan menyalahgunakan potret seorang gadis remaja yang diperoleh melalui laman mencari kenalan di Internet.

Dalang terbabit dipercayai memindahkan gambar wajah gadis berkenaan menggunakan teknik pertindihan atau `super impose’ untuk dijadikan tarikan kepada laman web lucah, sekali gus membolehkannya mengaut keuntungan cara mudah.

Tindakan ini menyebabkan beberapa mangsa berasa malu apabila dituduh terbabit dalam `pesta seks’ anjuran laman web lucah terbabit, selepas mendapati gambar mereka dicuri daripada laman web mencari kenalan.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 24, berkata pengasas laman web terbabit menyalahgunakan potret kekasihnya yang dipercayai diperoleh melalui laman mencari kenalan sebelum diubah suai menjadi gambar bogel menggunakan teknik super impose.

Menurutnya, dalang terbabit menggunakan teknik potong dan tampal untuk memindahkan gambar teman wanitanya dan tindakan itu menyebabkan dia dan gadis berkenaan berasa malu.

“Mereka mengeksploitasikan gambar terbabit untuk tujuan mencari keuntungan `atas angin’ dengan cara mudah.

“Ramai rakan menghubungi saya dan memberitahu mengenai perbuatan teman wanita saya menghadiri satu pesta seks berdasarkan gambarnya terpampang di muka depan akhbar baru-baru ini.

“Gambar teman wanita saya dipaparkan bersama dua gadis lagi yang sedang mandi dalam kolam sambil berbogel. Saya sedih dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, pemeriksaan Harian Metro mendapati laman web lucah yang dipercayai didalangi sindiket penipuan dengan mengumpan pelanggannya menyertai pesta seks di Port Dickson pada malam sambutan tahun baru 2006, didapati sudah disekat.

Difahamkan, ini berikutan tindakan pantas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyekat siaran laman web lucah Melayu itu sebaik berita mengenainya disiarkan Harian Metro, sehari sebelum itu.

Halim berkata, berdasarkan pemerhatiannya, dua lagi gadis yang dipaparkan dalam keadaan berbogel itu rakan teman wanitanya yang juga menjadi mangsa dalang laman web memualkan itu.

“Mereka mengubah suai gambar berkenaan selepas menyalinnya daripada laman web lain dan kemudian mencantumkan gambar bahagian kepala gadis itu dengan gambar bogel yang diambil daripada laman web lucah.

“Perbuatan `syaitan’ itu sungguh tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, selepas gambar itu tersebar, jiran termasuk rakan teman wanitanya melemparkan pelbagai hinaan sehingga ahli keluarganya tidak keluar rumah berikutan malu dengan perbuatan anak mereka.

Muka depan Harian Metro Khamis lalu membongkar perbuatan satu sindiket penipuan yang dikesan mencipta laman web lucah Melayu terbaru untuk meraih keuntungan ‘atas angin’ dengan mengumpan pesta seks eksklusif bersama model dan artis sekiranya menjadi ahli berbayar laman berkenaan.

Setiap ahli dikehendaki membayar RM60 menggunakan kad prabayar telefon bimbit bagi melayakkan mereka menyertai pesta seks beramai-ramai di Port Dickson, pada 31 Disember depan sempena sambutan tahun baru 2006.

Selain itu, ahli atau ejen yang mengumpul mata tertinggi ditawarkan hadiah percutian ‘seks’ bersama ‘Ratu Seks Melayu’ dan gadis tertentu yang disediakan khas pengasas laman web berkenaan.

Ahli yang berjaya mempromosi atau menarik penyertaan rakan lain pula ditawarkan mata bonus yang melayakkan mereka membuat ‘temu janji seks’ dengan model lucah Melayu terkenal, ‘Babyrina’ dan rakannya di hotel lima bintang di ibu kota.

Penemuan laman web lucah terbaru itu dianggap memeranjatkan apabila ia didakwa lebih ‘panas’ berbanding beberapa laman web lucah Melayu terdahulu seperti ‘Melayu Boleh’, ‘Seks Melayu’, ‘Melayu Telanjang’ dan ‘Skandal Melayu’ yang sudah ditutup.

another news...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-05 08:28


dunia dah sampai ke penghujungnya..

satu peringatan daripada Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 27-09-05 09:33


inilah bila hawa nafsu mula menguasai akal fikiran...

hanya kekuatan iman dapat menghalang segalanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-09-05 11:17


tsunami+katrina+rita+anita......
bakal muncul ah semua...

nauzubillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-05 11:22


pesta sex tu,pesta sex lah...yang tak ada pesta sex pun boleh buat benda tak baik....hari ni ana ada dengar berita anak seorang pelakon yang juga anak kepada seorang penyanyi rock terkenal kena tngkp khalwat semalam kat penang..tapi ana tak nakla cakap lebih2,sebab kita tak tahu cerita sebenar..tapi benda ni memang memalukan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 11:29


:-( apa nak jadi dengan bangsa melayu sekarang ni..? sedih betul... kalau nafsu susah nak kawal, kawin sajalah.. lagipon banyak ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t.... dah nazak nanti baru lah terkapai2 minta tolong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

lukmanhakimi
Warga Rasmi
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1218
Posting: 10
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 27-09-05 12:12


Assalamualaikum...melihat muda-mudi sekarang ni entahlah tak tau nak kata apa.Dah pergi kursus motivasi, majlis ilmu, ceramah agama semuanya tak bermakna kalau perangai tak berapa elok selepas tu.Tidak ambil pengajaran langsung.Bukan nak ngutuk tapi inilah realiti zaman sekarang.Tengoklah sekarang ni Malaysia dah jadi macam negara barat.VCD lucah orang malaysialah, pesta sexlah...walaupun dicegah tapi lepas tu jadi jugak.Saya sedih melihat apa yang berlaku sekarang ni.kalau ditegur kita yang kena balik baik tak payah nak tegur.apa-apa pun hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.Tsunami, taufan, dan lain2 bencana?Semuanya tidak memberi pengajaran.Sanggupkah melihat anak muda kita rosak?Cuba renungkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanhakimiProfil   Hantar PM kepada lukmanhakimi   Pergi ke lukmanhakimi's Website   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 27-09-05 13:33


kiamat dah dekat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 14:46


assalamualaikum...
entah apa nak jadi...terkejut dengan apa yang didengar..
betul kata "farabi"...dunia dah nak kiamat...
tapi..sebagai hambanya...ingatlah...perjalanan kita..tidak berakhir disini..kita masih ada penghidupan dialam sana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

narutomaster
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19202
Posting: 46
Dari: Damansara

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-05 14:51


kiamat semakin hampir,tapi melayu kita masih layu dan tak sedar!So peringatkanlah & peliharalah diri sendiri dan saudara2x terdekat kita.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For narutomasterProfil   Hantar PM kepada narutomaster   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 14:52


Umat yang dimurkai.....Tsamud kaum Nabi Lut, Umat Nabi Nuh........., UMAT MELAYU ???

Dan berapa banyak telah kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar { MARYAM 98 }

" Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik kebawah dan Kami hujani mereja dengan batu belerang yang keras . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran Kami ) bagi orang-orang yang meperhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak dijalan yang masih tetap ( dilalui manusia). ( QS Al Hijr 73-76).


Umat Yang Dimurkai

Wahai pemerintah, LAKSANAKANLAH AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR, JANGAN ENGKAU SEMARAKKAN LAGI MAKSIAT DI KALANGAN RAKYAT-RAKYATMU

Wahai Ulama, JANGAN ENGKAU MENJADI SYAITAN BISU, JANGAN ENGKAU MEMBIARKAN KAMI TERUS MENERUS DALAM MAKSIAT DAN KESESATAN

Ampunkan kami dan selamatkan kami Ya Allah dari azabMu....
[ Telah diedit oleh: mujahadatunnafsi pada 27-09-05 15:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 14:56


seolah-olah mereka mencabar kekuasaan Allah.. nauzubillah.. semoga mereka insaf ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 16:15


nauzubillah..
terkikisnya nilai dan adat ketimuran adalah antara faktor yang menyumbang kepada pesta sek.
dan faktor yang paling utama ialah bila pegangan iman goyah dan manusia semakin angkuh dengan Allah. tidak memahami dan menghidupkan nilai-nilai dan ajaran islam dalam kehidupan. matlamat manusia sebegini hanya lah keseronokan dunia semata-mata tanpa memikirkan akan berlakunya hari pembalasan di mana pada hari tersebut hanya amalan yang akan menentukan sama ada ke Syurga atau ke Neraka. kerosakan akhlak anak-anak muda memberi gambaran kepada kita semua betapa kritikalnya keadaan iman dan pemikiran mereka. mereka lebih memuja dan mengagung-agungkan budaya kuning dari barat yang semestinya terpesong dari syariat islam.

wallahu a'lam.
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 16:26


apa nak jadi dengan umat islam hari ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 17:40


Ya Allah...Teruknya umat akhir zaman ini..
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah
memberi hidayahNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 18:04


inilah tanda2 kiamat, apabila yang melakukan kemungkaran tidak malu malah berbangga dan orang yang tidak melakukan kemungkaran merasa dan malu dan jauh diri... Ya ALlah, berikanlah pertunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui...!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 18:20


semakin jauh kita ditinggalkan baginda Nabi Muhammad S.A.W, semakin tipis iman iman kita rupa2nya.. dan semakin lama, semakin kuat pula tindakan2 dan hasutan dari musuh2 Allah sama ada dari kalangan syaitan dan jin.. dari kalangan manusia sendiri (kafirin, munafiqin, fasiqin dan lain2 yang sewaktu dengannya).. dan juga dorongan nafsu manusia itu sendiri..

Ya Allah.. tunjukkanlah kami jalan yang benar.. untuk terus berada dalam keredhaan-Mu..

Amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

akhn06
Warga Rasmi
Menyertai: 15.09.2005
Ahli No: 19027
Posting: 20
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 18:31


betullah kata Qalam tu, manusia sekarang dah tak malu malakukan maksiat kerana dalam sebuah hadis yang mana mafhumnya"jika engkau tidak malu maka lakukanlah apa engkau suka"....hadis ini membawa 2 maksud iaitu:
1.sebagai ancaman/amaran...jika kau tidak malu pada Allah dan masyarakat sekeliling maka buatlah apa yang kamu suka...sesungguhnya azab Allah sangat pedih...
2.sebagai suruhan...jika kau tidak malu/salah disisi Allah maka lakukanlah...kerana ia menjadi perintah untuk dilakukan...........

umat akhir zaman dah semakin sesat dan dah tak pedulikan apa-apapun walaupun Allah dah menegaskan dalam surah al-isra' ayat 32 dek kerana pengaruh barat........banyak-banyaklah berdoa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhn06Profil   Hantar PM kepada akhn06   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-10-05 09:19


dimanakah suara pemimpin kita?apa pelaksanaan kerajaan untuk membendung?takkan hanya kat "ish,teruknye.."???tindakan apa tu?mana ulama'?mana pulak perginya slogan berbunyi ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH?dan CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG!fikir sendirila wahai manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 18-01-06 19:02


manusia sekarang sudah dah jauh terpesong...Rasulullah dah tinggalkan untuk kita 2 perkara...kalau kita ikut, tak akan sesat sampai bila2....itulah AL_QURAN dan ASSUNNAH...mengapa masih mencari yang lain? tepuk dada tanyalah iman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

bintul_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?

Selangor  


posticon Posting pada: 18-01-06 20:09


Nauzubillah... Kenapa orang sanggup jadi hamba nafsu macam neih?

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintul_farhanahProfil   Hantar PM kepada bintul_farhanah   Quote dan BalasQuote

bintul_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?

Selangor  


posticon Posting pada: 18-01-06 20:09


Nauzubillah... Kenapa orang sanggup jadi hamba nafsu macam neih?

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintul_farhanahProfil   Hantar PM kepada bintul_farhanah   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 18-01-06 23:26


YA ALLAH BERIKANLAH HIDAYAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SEMUANYA....AMINNNN......

YA ALLAH SESUNGGUHNYA aku TELAH MENZALIMI DIRI KAMI,,,,KEZALIMAN YANG SANGAT BESAR....DAN TIDAK ADA YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA INI KECUALI ENGKAU....AMPUNKANLAH DOSAKU......BERILAH KEAMPUNAN kepada KU....RAHMATILAH DAKU........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

danial_muhd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23070
Posting: 212
Dari: Bukit Mertajam -> gambang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-06 18:41


apa dah jadi dengan bangsa kita? Apa sumbangan kita sebagai masyarakat untuk hapuskan semua gejala keruntuhan moral ini???

Bookmark and Share

    


  Member Information For danial_muhdProfil   Hantar PM kepada danial_muhd   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-03-06 21:13


hurm...macam2 sekarang ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22741
Posting: 167
Dari: bumi Allah

georgia  


posticon Posting pada: 14-03-06 23:04


"Berfikiran dai'e dan berotak fakih..untuk menangani masalah ini.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For shattirProfil   Hantar PM kepada shattir   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 14-03-06 23:10


apa nak jadi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-03-06 00:57


ada orang yang nafsu menjadi hambanya dan nafsu menjadikannya hamba....

renung2kanlah..... :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 04:24


Assalamualaikum


wala taqrabuzzina...jangalah kamu menghampiri zina....sesungguhnya zaman kita sudah berada di penghujungnya...jika islam sendiri yang melakukan kerosakan maka akan terbit bala dan kebinasaan yang akan Allah turunkan untuk meleyapkannya..seperti yang berlaku di Acheh 2 tahun lalu..masih terkenang lagi anak2 kecil menangis kehilangan mak ayah...janganlah kita membangkitkan kemurkaan Allah SWT...

ingatlah wahai umat terakhir dan akhir zaman ini...ia juga diberikanpada diri ini agar tidak leka dan alpa dengan tipu daya dunia ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-03-06 05:56


ish bahaya sungguh keadaan di malaysia sekarang ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 09:00


manusia sekarang ni berani betul mencabar hukum dan kuasa allah...maka layaklah allah turun kan bala seperti tsunami tu...tak insaf2 manusia ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

sharkuitm
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.02.2006
Ahli No: 22667
Posting: 109
Dari: UITM SHAH ALAM

brazil   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 13:24


nila nama dia otak letak kat lutot!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharkuitmProfil   Hantar PM kepada sharkuitm   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 13:48


malunyer saya..kat n9 dibuat benda tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 19:03


islam hadhari ke ini??

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

serban
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22773
Posting: 16
Dari: Tanta,EGYPT

egypt   avatar


posticon Posting pada: 16-03-06 05:08


Memang itulah realitinya Rakyat MALAYSIA sekarang...yang lebih memalukan Orang ISLAM itu sendiri...Orang Islam di Malaysia sekarang memang sedang dilanda Masalah AKIDAH...cabaran bagi kita semua...

Maruah ISLAM yang semakin tercemar...itulah yang dibimbangkan oleh Rasulullah SAW tentang umatnya di Akhir Zaman ni..terutama FITNAH.

Dunia Akhir Zaman..semoga kita semua terselamat dari Azab An-Nar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For serbanProfil   Hantar PM kepada serban   Quote dan BalasQuote

wanie85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2006
Ahli No: 23417
Posting: 190
Dari: uk

Selangor  


posticon Posting pada: 16-03-06 05:31


ini lah yang melanda orang islam di akhir zaman....ramainya manusia yang tak ada akidah l..hilangnyer akidah bila masyarakat itu sendiri tak tahu tujuan hidup dia kat dunia ni...kalau mat salleh,memang mereka mostly tak ada agama,,sbgai orang islam,al-quran ada sbgaikn panduan hidup..tak payah nak agung2kn budaya mat salleh..sedangkn kita dah tahu mana yang haq dan mana yang batil...pihak berkuasa perlu meneliti kes2 begini,,sirius kes ni...takley buat main2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wanie85Profil   Hantar PM kepada wanie85   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 17-03-06 05:44


HA....KEPADA POMPUAN2,JANGAN NAK LAMBEK2KAN NIKAH.....KALAU BOLEH kahwin TU BIAR CEPATKAN...ASIK2 NAK TUNGGU HABIS BELAJAR saja......KARANG TUNANG2 ATAU BOIPREN2 anda JOIN KANG BARU TAU.....JANGAN NAK LAMBEK2 kahwin.....KEPADA ORANG pada,TAKKAN PANDANG YOOOOO

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

qarlena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.01.2005
Ahli No: 13844
Posting: 69
Dari: perak darul Rizduan

Perak  


posticon Posting pada: 17-03-06 09:31


sedihnye...
pesta sex boleh diadakan terbuka kat negara kita...
macam mene semua ni boleh lepas?
sepatutnya...banyak pihak kena peranan...
tapi bila kita pk2...
macam mana kita nak main peranan?
setakat buat report...
tapi still ada lagi kat tempat lain...

BRING BACK ISLAM!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qarlenaProfil   Hantar PM kepada qarlena   Pergi ke qarlena's Website   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 17-03-06 10:55


takbir allahuakbar.......................perangi maksiat cegah maksiat.bersama2 dr mashitah ibrahim

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-06 13:23


inilah bila hawa nafsu mula menguasai akal fikiran...
hanya kekuatan iman dapat menghalang segalanya
errrrmmmm..... moga2 benda2 macam ni tak berlaku..... andai berlaku maka bersiap sedialah kerana hukum tuhan akan mengejar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-03-06 15:48


:-( :-( :-( :-(

ke mana pergi pemimpin2 kita dan ulasan mereka tentang isu ini?... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-03-06 16:51


entah la tak tahu nak cakap apa...
tapi masa pagi new year hari tu tak dengar pun orang kecoh2 pasal benda tu tapi tak tahu la kot2 mereka diam kan tak hendak bagi malu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 17-03-06 19:59


KITA minta PERUNTUKAN KERAJAANNN!!!!!!!!!!!!!!

KITA BOM TEMPAT2 MAKSIAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SEBELUM ALLAH BOM KITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.181832 saat. Lajunya....