Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 43 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mahasiswa tuntut pilihan raya yang bebas di kampus


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mahasiswa tuntut pilihan raya yang bebas di kampus

Please Mendaftar To Post


Oleh Mahasiswa tuntut pilihan raya yang bebas di kampus

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-09-05 21:38


Lebih 100 mahasiswa berpiket di Parlimen bantah campurtangan Umno di IPTA
Wednesday, September 21 @ 15:12:03 MYT


"Mahasiswa tuntut pilihan raya yang bebas di kampus"
Oleh IBNU W.YAACOB


KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Lebih 100 mahasiswa dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang mengadakan piket aman di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi bagi membantah campur tangan politik dalam pilihan raya kampus.

Piket yang dianjur Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu bermula sejak jam 10.30 pagi lagi dengan beberapa pemimpin kumpulan tersebut memberi uacapan mengecam tindakan Umno yang didakwa campur tangan dalam pilihan raya kampus.

Menurut seorang jurucakap mahasiswa, Shamsul Hisham mereka berkumpul bagi menyatakan bantahan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' dari Shafie Salleh.

Malangnya, dari Shafie dilaporkan tidak di parlimen dan mahasiswa hanya dibenarkan bertemu dengan Setiausaha Parlimen KPT, Dato' dari Adham Baba di dalam parlimen.



Antara intipati tuntutan mahasiswa yang terkandung dalam memorandum itu ialah, mahasiswa mahu pilihan raya kampus berjalan secara bebas.

Selain itu mereka menuntut KPT mengambil tindakan ke atas pegawai HEP yang bertindak kasar ke atas mahasiswa termasuk dalam isu mahasiswa menerima ugutan dan bilik digeledah masuk.

Terdahulu ketika mahasiswa berbincang berhubung bilangan wakil yang akan masuk, pegawai Khas Kepada Menteri KPT, Irmohizam Ibrahim hanya membenarkan dua wakil untuk bertemu Adham.

Timbul kekecohan apabila pihak mahasiswa berang dengan sikap pegawai terbabit yang enggan membenarkan lebih dari dua wakil mahasiswa untuk bertemu Adham.

Bagaimanapun setelah Salahuddin Ayob (PAS-Kubang Kerian) yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, campur tangan dalam perbincangan itu, Irmohizam membenarkan lima wakil mahasiswa untuk bertemu.

Seketika selepas itu kekecohan berlaku lagi apabila tiga orang pengawal keselamatan Universiti Malaya (UM) yang datang dengan berbaju biasa telah mengambil nombor plat motor mahasiswa yang diletakkan di bahu jalan berhampiran pondok pengawal Parlimen.

Beberapa mahasiswa meluru kepada pengawal keselamatan itu dan cuba meminta penjelasan mengapa nombor plat mereka diambil.

Beberapa minit setelah berbincang akhirnya tiga pengawal terbabit meninggalkan kawasan tersebut.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Adham wakil mahasiswa, Ginnie Lim, berkata, Adham tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap memorandum tersebut.

Malah Adham pula menyifatkan bahawa aduan mengenai seorang mahasiswa tahun satu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dipukul pegawai Hal Ehwal pelajar (HEP) hanya kes terpencil, katanya.



"Adham tidak mahu kes itu diperbesar-besarkan," kata Ginnie yang ditemui selepas pertemuan dengan Adham.

Selepas pertemuan itu, lima wakil mahasiswa kemudiannya bertemu dengan wakil pembangkang iaitu, Whip PAS, Dato'Kamaruddin Jaffar dan Salahuddin di Lobi Parlimen.

Wakil mahasiswa telah menyampaikan memorandum yang sama kepada Kamaruddin dan Salahuddin untuk diedar kepada ahli Parlimen.

Kamaruddin yang mengulas isu itu berkata, PAS kecewa dengan pengendalian IPTA dan campur tangan Umno dalam pilihan raya kampus.

Malah katanya, tindakan itu akan terus memburukkan lagi demokrasi kampus serta memusnahkan impian melahirkan pemimpin berkaliber pada masa akan datang.

"Universiti adalah gelanggang untuk melahirkan pemimpin akan datang.Bebaskan mahasiswa dari belenggu dan cengkaman Umno supaya demokrasi dapat disuburkan," katanya.

Mahasiswa akhirnya bersurai kira-kira jam 1.00 petang setelah lima wakil yang bertemu dengan Adham turun semula ke tempat perhimpunan.
- mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101444 saat. Lajunya....