Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: hentikan hadith2 palsu Nisfu Syaaban


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» hentikan hadith2 palsu Nisfu Syaaban

Please Mendaftar To Post


Oleh hentikan hadith2 palsu Nisfu Syaaban

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 12:51


ADALAH sesuatu yang tidak dapat dinafikan
bahawa bulan Syaaban mempunyai kelebihannya
tersendiri. Namun, menggalakkan orang ramai
beribadah pada bulan ini dengan disebarkan hadis-
hadis palsu adalah dilarang sama sekali.
Kebanyakan hadis yang disebarkan adalah
mengenai malam Nisfu Syaaban serta solat dan
doa yang khusus pada malam ini. Begitu juga
dengan puasa sunat khusus pada hari Nisfu
Syaaban.

a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam
Nisfu Syaaban

Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa
Nabi s.a.w. menghidupkan malam Nisfu Syaaban
ini dengan amalan-amalan khusus seperti
sembahyang sunat khas atau doa-doa tertentu.
Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan
palsu. Di antaranya :

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali r.a.: Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban, maka bangunlah kamu
(menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu
malam dan berpuasalah kamu pada siangnya,
kerana sesungguhnya Allah s.w.t. akan turun ke
langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya
matahari dan berfirman: Adakah sesiapa yang
memohon ampun daripada-Ku akan Ku
ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon
rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki
kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang
meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya.
Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku
akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini,
adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga
terbitnya fajar.

Hadis ini adalah maudhu', diriwayatkan oleh Ibn
Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-Iman.
Rujuk Dhaifah al-Jami' dan Silsilah al-Dhaifah oleh
al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa membaca
seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat
solat pada malam Nisfu Syaaban, ia tidak keluar
dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan
dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh
daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya,
tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga
puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan
kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang
yang memusuhinya.

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu'.
(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, Dar al-Fikr, cet.
1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula
meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin
Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia
mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang
pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga
sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi
bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai
pembuat hadis.

Diriwayatkan daripada saja'far bin Muhammad
daripada ayahnya berkata: `'Sesiapa yang
membaca pada malam Nisfu Syaaban seribu kali
surah al-Ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia
tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan
kepadanya seratus malaikat; tiga puluh
menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya,
tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga
puluh akan mengawalnya daripada berbuat salah
dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-
musuhnya.'' Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini
dengan maudhu'.

Kebanyakan hadis yang menyebut tentang amalan-
amalan yang khusus seperti solat, doa dan
sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada
amalan-amalan atau ibadah khusus yang
disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu
Syaaban seperti solat tertentu yang dinamakan
solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah
(seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau
sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah
s.a.w. akan mengajarkannya kepada para sahabat
dan generasi selepas itu akan menyampaikannya
kepada kita.

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: `'Hadis tentang solat pada
malam Nisfu Syaaban adalah maudhu', direka cipta
dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.'' Hal ini
juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam
kitabnya, al-Majmu': ``Solat yang dikenali sebagai
solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas
rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam
Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada
malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat
adalah dua jenis sembahyang yang bidaah (ditokok
tambah dalam agama).''' (Rujuk: Abd al-Aziz bin
Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', cetakan
ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:
`'Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka
cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu
Syaaban dan berpuasa sunat khusus pada
siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang
mengharuskan perkara ini. Riwayat yang
menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah
dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun
riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat
yang khas, semuanya adalah maudhu' seperti
yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu.''
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min
al-Bida', hal. 11).

Ulama kontemporari masa kini, Syeikh dari. Yusof al-
Qardhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
`'Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat
hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang
menyebut tentangnya, kecuali ia berada di
martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan
terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya
dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang
hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban,
sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut
berada di martabat hasan, maka apa yang disebut
di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya
berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak
disebut sebarang doa yang khusus sempena
malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian
manusia di sesetengah negara, dicetak dan
diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal
sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah
salah.''

Beliau menambah lagi: `'Terdapat juga di
sesetengah negara yang mereka berkumpul
selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan
membaca surah Yaasin, kemudian solat dua
rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan
dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan
manusia, kemudian membaca doa yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan
salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan
nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi
maknanya''. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah
(Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syeikh al-Islam
Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-
Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi
juga menafikan wujudnya amalan ibadah yang
khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini
bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai
kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis thabit
yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya,
tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah
khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah
yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh
disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun
menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas
dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini
telah disebut al-Imam al-Suyuti: `'Dan pada malam
Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan
menghidupkannya dengan ibadah adalah
digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara
bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.''
(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu
an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1,
1998), hal 61)

b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada
hari Nisfu Syaaban.

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada
Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis sahih yang
menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis
yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa
berdasarkan amalan Nabi s.a.w. yang
memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan
termasuk di dalamnya hari Nisfu Syaaban, maka
ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan.
Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa
sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari
yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang
dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa
ini dilakukan pada Nisfu Syaaban sahaja dengan
menganggap ia adalah sunah, maka inilah yang
dilarang. Menurut dari Yusof al-Qardhawi: `'Di dalam
kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk
menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa
atau sesuatu malam yang tertentu untuk
dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan
kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan
ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun
berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah
semata-mata)).(Rujuk: Al-Qaradhawi, Fatawa al-
Muasarah, 2/343)

c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada
malam Nisfu Syaaban.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa
segala amalan manusia akan diangkat pada
malam Nisfu Syaaban. Justeru, kebanyakan umat
Islam akan menghidupkan malam ini dengan
membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan
ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat
dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang
menjelaskannya.

Demikianlah beberapa perkara yang sering
dibincangkan di dalam bulan Syaaban ini. Semoga
melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta
pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang
kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama
hadis. Ketahuilah sesungguhnya segala perkara
yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadilat
dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah s.w.t.
Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh
mendakwa dan menjanjikan sebarang fadilat atau
keberkatan tertentu dengan mereka-cipta amalan-
amalan yang tidak pernah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Marilah sekali
lagi kita menyemak dan memastikan segala
amalan ibadah yang kita lakukan ini bertepatan
dengan sunah Rasulullah s.a.w. untuk melayakkan
amalan tersebut diterima di samping diiringi
dengan keikhlasan kepada Allah s.w.t. Ayuhlah
kita bersama-sama membenteras kegiatan
penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di
kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua
akan mendapat pertolongan dan diberikan
kekuatan oleh Allah s.w.t.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 13:40


Alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 13:42


beribadahlah dengan ikhlas, tak kira hari apa!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 13:57


assalamualaikum...

sedikit ilmu dari seorang teman yang boleh dikongsi bersama....

Bacaan yasin pada malam nisfu syaaban dan puasa adalah menyalahi sunnah...malah tidak pernah ada contohnya pada zaman Rasul, sahabat dan aimah arbaah. Prof.Qardhawi dalam kitabnya, fiqh siam, siapa puasa nisfu syaaban, dia hanya dapat makruh or haram..begitu juga bacaan yasin, mengkhususkan amalan yang tiada sandaran adalah Bid'ah..wallahua'lam...

moga kita mendapat ilmu darinya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 14:33


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah satu ilmu yang patut difikirkan oleh semua orang Islam yang dibekalkan Allah hati dan akal yang waras. Umi cuma nak copy paste balik satu perenggan dari artikel tersebut.

Ulama kontemporari masa kini, Syeikh dari. Yusof al-
Qardhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
`'Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat
hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang
menyebut tentangnya, kecuali ia berada di
martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan
terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya
dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang
hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban,
sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut
berada di martabat hasan, maka apa yang disebut
di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya
berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak
disebut sebarang doa yang khusus sempena
malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian
manusia di sesetengah negara, dicetak dan
diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal
sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah
salah.''

Beliau menambah lagi: `'Terdapat juga di
sesetengah negara yang mereka berkumpul
selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan
membaca surah Yaasin, kemudian solat dua
rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan
dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan
manusia, kemudian membaca doa yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan
salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan
nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi
maknanya''. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah
(Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Setelah membaca pandangan dari Yusuf Qardhawi ni bagaimana pendapat anak-anak? Patutkah kita waras akalnya tidak mahu menerima hakikat kebenaran apa yang dipaparkan itu? Kenapa masih mahu melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam? Tidakkah takut akan ingatan baginda saw bahawa sesiapa yang mengatakan sesuatu tidak daripadanya maka tempatnya di neraka?

Kekadang tertanya-tanya juga di dalam hati ini mengapa mereka sanggup memuliakan hari nisfu sya'ban yang tidak pernah diraikan oleh Rasulullah saw dan juga para sahabat?

Kemungkinan ulama yang mengajak pada beramal malam nisfu sya'ban tu mengharapkan orang Islam dapat beramal lebih walau tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Itu adalah satu kaedah yang tidak mengikut syarak kerana tugas kita adalah menyampaikan walau satu ayat dan bukannya mengada-gadakan sesuatu agar orang Islam amalkan sesuatu yang tidak pernah baginda saw dan para sahabat amalkan.

Sedarlah wahai umat Muhammad! Antum mengucap dua kalimah syahadat tetapi perangai, sikap dan juga tindak tanduk jauh menyimpang dari bye'ah yang diucapkan itu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - hidup yang sebentar cuma ini penuhkanlah dengan mencari dan menghadiri majlis ilmu bagi mempertingkatkan iman dan memperelok amalan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-09-05 14:44


Assalamualaikum...

sedikit ilmu dari seorg teman yang boleh dikongsi bersama:

"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah dan tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku

di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." (dari. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut). kesimpulan beribadat tak salah tapi jangan MENGKHUSUSKAN sesuatu ibadat itu IBADAT NISFU SYAABAN. untuk lain2 rujukan sila

ke:

wassalammm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 14:46


Pada 19-09-05 13:57 , af_zubaiti posting:

!!! QUOTE !!!

Bacaan yasin pada malam nisfu syaaban dan puasa adalah menyalahi sunnah...malah tidak pernah ada contohnya pada zaman Rasul, sahabat dan aimah arbaah. Prof.Qardhawi dalam kitabnya, fiqh siam, siapa puasa nisfu syaaban, dia hanya dapat makruh or haram..begitu juga bacaan yasin, mengkhususkan amalan yang tiada sandaran adalah Bid'ah..wallahua'lam...


hemm..jangan terlalu lekas menghukum bid'ah, melainkan pada ibadah yang sememangnya tidak tsabit dari Rasulullah (- solat sunat Nisfu Sya'ban)

adapun puasa dan membaca yaasin merupakan amalan tidak dikhususkan masanya (melainkan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa). nak buat pada malam 15 Sya'ban, 16 Sya'ban atau malam-malam lain, Kenapa nak dihalang? jika waktu lain dibolehkan baca yaasin & berpuasa sunat, takkan tiba-tiba pada 15 Sya'ban bertukar jadi bid'ah (melainkan ada yang beri'tiqad bahawa memang ada amalan yang dikhususkan pada 15 Sya'ban, atau beri'tiqad amalan tersebut tsabit dari Rasulullah - correct me if i'm wrong)

persoalan bid'ah dalam masyarakat harus ditangani dengan bijak, bukan menjatuhkan hukum dengan mudah. jangan terlalu ghairah nak ikut Sunnah sehingga kita menghalang orang lain beribadah. mungkin dalam setahun tu hanya pada malam 15 Sya'ban baru dia nak baca Quran, dan pada siang 15 Sya'ban baru dia nak puasa sunat. who knows?

wAllahu a'lam :-)

----------------------------------

Sheikh Ahmad Kutty, A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, adds:

There are no prescribed rituals of worship to be performed on the 15th of Sha'ban. If there had been any such rituals to be performed, then it would have been stated clearly in the authentic traditions.

Having said this, we cannot stop people from performing nawafil any time; for nawafil are simply optional prayers; no one can stop anyone from performing them any time except those times when prayers are forbidden. (Islam Online)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 19-09-05 14:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 19-09-05 15:02


!!! QUOTE !!!

hemm..jangan terlalu lekas menghukum bid'ah, melainkan pada ibadah yang sememangnya tidak tsabit dari Rasulullah (- solat sunat Nisfu Sya'ban)

adapun puasa dan membaca yaasin merupakan amalan tidak dikhususkan masanya (melainkan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa). nak buat pada malam 15 Sya'ban, 16 Sya'ban atau malam-malam lain, Kenapa nak dihalang? jika waktu lain dibolehkan baca yaasin & berpuasa sunat, takkan tiba-tiba pada 15 Sya'ban bertukar jadi bid'ah (melainkan ada yang beri'tiqad bahawa memang ada amalan yang dikhususkan pada 15 Sya'ban, atau beri'tiqad amalan tersebut tsabit dari Rasulullah - correct me if i'm wrong)

persoalan bid'ah dalam masyarakat harus ditangani dengan bijak, bukan menjatuhkan hukum dengan mudah. jangan terlalu ghairah nak ikut Sunnah sehingga kita menghalang orang lain beribadah. mungkin dalam setahun tu hanya pada malam 15 Sya'ban baru dia nak baca Quran, dan pada siang 15 Sya'ban baru dia nak puasa sunat. who knows?

wAllahu a'lam

Iyalah cik..Ana pun tak suai macam tu. Suka sangat membid'ah orang..
Al Kuliyyah di TV 3 tiap tiap petang jum'at juga bid'ah tu...Menetapkan waktunya pada jam 5 petang dan tiap tiap jum'at. Nabi tak pernah buat macam tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 15:47


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sebenarnya perkataan bid'ah itu dari Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam.

"Kamu semua wajib berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Quran) dan sunnah Khulafa lah-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kamu sekua-kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama) kerana setiap perbuatan baru itu adalah BID'AH, dan SETIAP BID'AH ITU SESAT." (hari Abu Dawuud dan Tirmidzi)

Sekiranya tentang waktu al Kuliyyah dikaitkan dengan bidah itu menandakan anakanda abu_muaz sudah keliru. Carilah ilmu lagi ya anakanda dan sebagai tambahan bacalah apa yang umi copy paste ini.

Hang Tuah
Sent : Friday, September 16, 2005 5:04 AM
To : abang Omar , khadaied , [email protected]
Subject : : Wahabi Adalah Wahabi - satu sorotan

Assalamu alaikum,

Melalui pengalaman saya mereka yang digelar wahabi ini ialah golongan yang amat amat keras pegangannya terhadap amalan-amalan yang bersangkutan dengan bidah-bidah kuburan. Dan yang amat keras menentang wahabi ialah ialah golongan sufi terutamanya yang amat gemar memuja kuburan-kuburan syeikh-syeikh mereka dan lain-lain orang yang dianggap sebagai wali-wali di mata mereka.

Perbuatan-perbuatan bidah-bidah kuburan ini bagi golongan wahabi dianggap sebagai sebagai sesuatu amalan yang boleh menjejaskan akidah seseorang muslim.

Ini amat ketara kerana golongan wahabi menganut fahaman akidah yang bersandarkan akidah-akidah para salaf seperti yang dianuti oleh Imam Ahmad dan para imam-imam mazhab yang lain. Ini berbeza dengan golongan sufi dan penentang wahabi yang menganuti akidah menurut fahaman Asyariah atau Maturidiah.

Kitab-kitab akidah yang menjadi sandaran golongan wahabi antara lainnya ialah :

1. Aqidah Thahawiyah oleh al-Izz al-hanafi dan berbagai kitab-kitab syarahnya oleh para ahlul hadis.
2. Aqidah Wasitah oleh Ibnu Taimiyah.
3. Al-Ibanah oleh Imam Asyaari.
4. Kitabut Tauhid oleh Ibnu Wahab
dan lain-lain.

Sedangkan kitab-kitab akidah yang digunakan oleh golongan sufi terutamanya di nusantara tidak lain hanya sekitar yang membicarakan tentang sifat 20. Malah kitab yang amat terkenal dan banyak diguna pakai di nusantara ialah Akidah Ahlus-sunnah Wal-Jaamaah karangan Sirajuddin Abbas.

Bagi saya , pertelingkahan sufi vs wahabi ini bukan soal fekah, kerana soal-soal fekah ini ada jalan keluar dan akan bertemu penghujung. Bahkan sesama golongan wahabi ini pun soal fekahnya berbeza. Bahkan antara Bin Baaz dan Al-Albani pun ada soal fekah yang berbeza.

pertelingakahan antara sufi vs wahabi ini sebenarnya adalah pertelingkahan soal akidah. pertelingkahan mengenai akidah salaf vs akidah asyaariah/maturidiah.

juga pertelingakahan yang tidak kurang pentingnya ialah tentang taqlid vs ittiba'.

secara pribadi, saya lebih menghormati seorang wahabi daripada seorang sufi. Seorang yang digelar wahabi itu saya tahu bahawa ilmunya lebih berpijak kepada kitab-kitab hadis yang sahih walaupun ada sebagiannya sebaliknya. tetapi seorang sufi ilmunya lebih kepada kitab-kitab yang membicarakan tentang ilham-ilham dan perkara-perkara yang rancu.

Saya amat jeles kepada mereka yang digelar 'wahabi' oleh masyarakat. Kerana bersandarkan pengalaman, orang yang digelar wahabi ini, fahaman mereka lebih dekat kepada sunnah daripada golongan yang menggelar mereka. Moga-moga satu hari nanti saya punkan digelar 'wahabi' oleh masyarakat. Kerana jika telah digelar begitu, saya tahu bahawa saya berada di jalan sunnah...

sekian wassalam.
Tuah.



abang Omar wrote:

Kalau wahabi itu mengikut sunnah....menentang bid'ah tariqat..........saya reda mengaku wahabi

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - manfaatkan dirimu untuk berusaha menjadi seorang yang berilmu agar dapat beramal sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT berdasarkan Al Quran dan Al-Sunnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-09-05 15:55


Assalamualaikum....

terima kasih ummi...terasa ilmu di dada masih banyak yang kurang...menyedari sekarang ni era kebangkitan ilmu......semua ingin mencari kebenaran yang sebenar...syukran jazilan buat ummi...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 16:15


Assalamualaikum

hemm..perlukah semua yang menyeru agar kembali kps AQ & Sunnah digelar wahabi, & yang mengamalkan zikir-zikir tertentu digelar sufi. kalau yang duduk di tengah tengah, bagaimana?

ana rasa isu wahabi-sufi tak relevan dengan topik ni. takut berlarutan macam topik yang lepas lepas

memurnikan ibadah sememangnya amat dituntut. tapi sebelum tu perlu murnikan aqidah. selalunya persoalan usul pun tak beres, kita dah terjah pada masalah furu'. natijah apabila aqidah tak beres, berhati-hati yang tak kena pada tempatnya & cepat menghukum bid'ah. akhirnya satu ibadah sunat pun masyarakat tak buat sebab takut dikatakan bid'ah

seeloknya kita ambil ambil pendekatan mendidik yang sederhana seperti kebanyakan pendakwah, yang lebih teliti dalam berkata-kata dengan mengambilkira keadaan masyarakat setempat dan mashlahat umum

wAllahu a'lam :-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 19-09-05 16:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 19-09-05 17:25


!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sebenarnya perkataan bid'ah itu dari Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam.

"Kamu semua wajib berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Quran) dan sunnah Khulafa lah-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kamu sekua-kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama) kerana setiap perbuatan baru itu adalah BID'AH, dan SETIAP BID'AH ITU SESAT." (hari Abu Dawuud dan Tirmidzi)

Sekiranya tentang waktu al Kuliyyah dikaitkan dengan bidah itu menandakan anakanda abu_muaz sudah keliru. Carilah ilmu lagi ya anakanda dan sebagai tambahan bacalah apa yang umi copy paste ini.

Wahai ummi semoga Allah merahmatimu...
Ilmu sememangnya harus dituntut namun bukannya ia dijadikan alat untuk memfatwa ini dan itu..

Ulama berkata sesungguhnya orang yang cepat berfatwa adalah orang yang paling sedikit ilmunya.. Adalah lebih baik kita mengatakan tidak tahu....

Adalah Imam Malik pernah ditanya 40 persoalan agama namun beliau hanya menjawab 4 persolan saja sedang 36 yang lain dijawab tidak tahu.. Kemudian orang berkata apakah anda sebagai ulama besar tidak malu karena tidak tahu jawabannya....Maka beliau menjawab Malaikatpun tidak malu mengatakan tidak tahu ketika ditanya Allah mengenai nama nama benda...
Disini ditarik kesimpulan harus berhati hati dalam mengeluarkan fatwa....

Ana melihat akhir akhir ini setiap orang ingin agar pendapatnyalah yang dianggap benar dengan alasan Sunnah...
Sunnah melarang menuliskan Hadist namun Hadist tetap ditulis oleh para Ulama Hadist bukan?
Demikianlah ummiku tidak semua Hadist bisa diterjemahkan secara tertulis..Tapi perlu pemahaman yang mendalam dari seorang yang betul betul berilmu..
Dan orang itu tentunya bukan ana..

Wassalam

[ Telah diedit oleh: abu_muaz pada 19-09-05 17:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

ibnu-albaytar
Warga Rasmi
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19039
Posting: 16
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 19-09-05 17:46


assalamualaikum..bagi ana selagi sesuatu perkara itu tidak melanggar hukum dan syariatNya ana akan ikut....sesunggguhnya kita bukan hampaNya yang perfect cuma mengharapkan segala amalan kita di dunia ini akan diterimaNya tuk bekalan kita di hari muka....mardhatillah tujuan hidup kita...yang hanya tahu menilai adalah DIA...ALLAHUAKBAR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu-albaytarProfil   Hantar PM kepada ibnu-albaytar   Pergi ke ibnu-albaytar's Website   Quote dan BalasQuote

tulipputih
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2005
Ahli No: 19100
Posting: 7

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-09-05 19:03


Nisfu Sya'ban hampir menjelang. Suara-suara yang tidak enak didengar pun mula berkumandang lagi. Seperti mana Awal tahun, maulid nabi dan lain-lain sambutan hari-hari kebesaran Islam, suara-suara ini juga akan muncul seolah-olah siaran ulangan yang tetap waktunya. Musim menghina para ulamak terdahulu pun muncul lagi. Inilah masanya kononnya mengembalikan ummah ke jalan yang betul dan fikrah yang soheh. Suci dari kekotoran yang dilakukan oleh ulamak nusantara kita. Bersih dari penyelewangan yang diajarkan oleh tok-tok guru dan habaib yang mengajar kita. Na'udzubillah.

Alangkah murninya niat mereka ya! Alangkah indah seruan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah yang soheh. Alangkah moleknya fikrah yang dibawa mereka. Biarlah orang hendak kata apa pun kepada mereka. Yang penting bagi mereka. saya membawa kefahaman Islam yang sebenar. Lebih benar dari kalian semua. Justeru, panggillah saya apa nama sekalipun. saya akan tetap fanatik kepada fahaman ini. Fahaman yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang soheh. TETAPI, alangkah indahnya jika benar-benar begitu!!!

Hakikat tidak sama dengan apa yang diwar-warkan. Kebenaran tidak sama dengan apa yang dipertuturkan. Perbuatan tidak sama dengan niat yang disuarakan. Fikrah Islam sebenar tidak selari dengan apa yang diyakini. Malah teknik dan pendekatan juga terlalu jauh dari keindahan Islam yang cantik lagi sempurna.

Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukanlah dengan menolak kalam ulamak terdahulu dari kita (tak kira dari zaman mana dan di mana pun beliau, tak kira ulamak nusantara mahupun ulamak tanah Arab). Kembalilah kita kepada dua rujukan utama ini berpaksikan fahaman dan ajaran yang telah diterangkan oleh jutaan ulamak terdahulu. Tidak kan lari kita dari paksi kebenaran selagi mana kita berpegang kuat dengan tali-tali ini. Tali yang menghubungkan kita dengan kebenaran Islam yang takkan putus. Tali-tali yang menjadi waris para Nabi dalam membimbing ummah ke arah kebenaran.

Jika kita tidak mengerti atau memahami apa yang dilakukan oleh tali-tali ini, dan melihat seolah-olah ia bersalahan dengan kebenaran yang diajar oleh sesetengah pihak, tak semestinya tali-tali ini yang sebenarnya salah. Tetapi letakkan kebarangkalian kesalahan tali-tali ini dengan kebarangkalian kesalahan pada kita sendiri yang lemah dan tidak mengerti. Tentu sekali kebarangkalian kita salah jauh lebih banyak dari mereka. Maka belajarlah sifat tawadhu' dan rendah diri dalam mencari ilmu. Amalkan sifat menghormati para ulamak terdahulu. InsyaAllah Allah Ta'ala akan membukakan pintu hati kita kepada kebenaran.

Amalan pada malam Nisfu Sya'ban antara perkara yang sering kali dihebohkan bahawa ia merupakan amalan yang tertolak. Ini kerana suatu perkara baru dalam agama ini yang tidak diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maka ia tertolak. Maka terzahirlah kelantangan pihak-pihak tertentu mengharamkan segala ibadah yang dilakukan khusus pada malam tersebut.

Kita katakan bahawa terdapat malam-malam tertentu yang dimuliakan oleh Allah lebih dari malam-malam yang lain sepanjang tahun. Antara malam tersebut adalah malam Nisfu Sya'ban. Perkara ini disepakati oleh kesemua ulamak terdahulu (sejauh pengetahuan ana yang faqir). Ini kerana terdapat hadis sohih mengkhabarkan pengampunan diberikan oleh Allah kepada semua manusia kecuali yang kafir dan yang ada sifat dengki. Maka ini bukanlah mahallul khilaf (titik perselisihan). Kemuliaan malam ini tidak boleh diingkari oleh sesiapa jua.

Adapun amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (solat sunnah, bacaan Quran serta zikir) mempunyai sandaran-sandaran tertentu yang diperselisihkan. Secara ringkasnya, para ulamak yang menganjurkannya bersandarkan kepada banyak hadis yang menceritakan amalan-amalan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri pada malam tersebut. Walaupun ada di kalangan hadis-hadis ini yang lemah, tetapi menurut mereka hadis-hadis yang sekian banyak ini menguatkan satu sama lain, selain dikuatkan pula oleh hadis kemuliaan Nisfu Sya'ban yang soheh.

Selain itu para ulamak juga berpegang kepada dalil bahawa malam yang dimuliakan oleh Allah mempunyai kelebihan sendiri. Maka itu perlulah kita membuat seberapa banyak amalan yang termampu dalam mengharap keredhaan dan maghfirah Allah Ta'ala. Oleh yang demikian, perlulah kita sedaya mampu melebihkan malam Nisfu Sya'ban dari malam-malam lain dalam menggarap kemuliannya ini.

Walaupun ada di kalangan ulamak yang membantah amalan-amalan ini sekarang, namun bantahan tersebut adalah bantahan yang lemah. Ini kerana mereka hanya mengatakan hadis-hadis tersebut lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Lantas amalan tersebut tertolak. Kita katakan amalan soleh dengan fadhailul a'mal dibolehkan (selain hadis-hadis tersebut sebenarnya sudah dikuatkan). Amalan yang dilakukan oleh generasi-generasi dari zaman salaf sehingga sekarang membuktikan kebenaran perkara ini. Lagipun ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulamak silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia.

Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu. Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini.

Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam. Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam iktilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

http://aljoofre.blogdrive.com/]

Tentang sembahyang Nisfu Sya'ban, Imam al-Ghazali ada membincangkannya dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin, juzuk 1. Katanya:

"Dan adapun sembahyang Sya'ban, maka pada malam ke-15 daripadanya. Bersembahyang ia seratus rakaat. Tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam. Membaca ia dalam tiap rakaatnya sesudah al-Fatihah, Qu Huwallahu Ahad sebelas kali. Dan jika dikehendakinya, boleh bersembahyang sepuluh rakaat. Membaca ia pada tiap rakaat sesudah al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad seratus kali. Malah ini pula ada diriwayatkan dalam jumlahnya sembahyang-sembahyang yang adalah para Ulama' Salaf ada melakukan sembahyang ini, dan mereka menamakannya Solatul Khair, sembahyang kebajikan, dan mereka berkumpul kerana sembahyang ini dan kadang-kadang mereka lakukan sembahyang itu dengan berjama'ah. Diriwayatkan dari al-Hasan bahawasanya berkata ia: Telah diceritakan kepadaku oleh tiga puluh orang dari para sahabat Nabi s.a.w bahawa barangsiapa yang melakukan sembahyang ini di malam ini, nescaya Allah memandang kepadanya 70 pandangan rahmat dan Allah tunaikan baginya dengan tiap-tiap pandangan itu, 70 hajat. Sekurang-kurangnya adalah ampunan."

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipputihProfil   Hantar PM kepada tulipputih   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 20-09-05 12:06


Pada 19-09-05 17:46 , ibnu-albaytar posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..bagi ana selagi sesuatu perkara itu tidak melanggar hukum dan syariatNya ana akan ikut....sesunggguhnya kita bukan hampaNya yang perfect cuma mengharapkan segala amalan kita di dunia ini akan diterimaNya tuk bekalan kita di hari muka....mardhatillah tujuan hidup kita...yang hanya tahu menilai adalah DIA...ALLAHUAKBAR...

Suai tu ...Mari kita lakukan pembuktian terbalik...Artinya jika orang cakap kita ahli bid'ah tentulah dia seorang ahli sunnah....Kalau bukan ahli sunnah tentu dia tak berani cakap..

Nah...apakah ahli sunnah ini dah lakukan sunnah nabi..Apakah mereka pernah sholat malam hingga bengkak kakinya..Apakah mereka baca Quran dari al baqaroh hingga al maidah dalam sholat malamnya...tilawah mereka apakah katam dalam sebulan atau kurang dari masa itu..apakah mereka melakukan puasa Nabi Daud...

Apakah mereka ada terniat untuk berperang dijalan Allah.."Barangsiapa yang tidak pernah berperang dan tidak pernah terniat untuk berperang maka matinya munafik"...Dan beribu ribu lagi sunnah yang lain...

Bagi akhwat apakah mereka ridho dengan hukum berpoligami tanpa sedikitpun merasa keberatan..

Ana ingat ucapan orang "Jika kita tunjuk orang maka 3 jari yang lain tunjuk kita"..

[ Telah diedit oleh: abu_muaz pada 20-09-05 12:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 22-09-05 02:29


ikut-ikutan..dah jadi budaya...nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-09-05 10:54


!!! QUOTE !!!


Saya amat jeles kepada mereka yang digelar 'wahabi' oleh masyarakat. Kerana bersandarkan pengalaman, orang yang digelar wahabi ini, fahaman mereka lebih dekat kepada sunnah daripada golongan yang menggelar mereka. Moga-moga satu hari nanti saya punkan digelar 'wahabi' oleh masyarakat. Kerana jika telah digelar begitu, saya tahu bahawa saya berada di jalan sunnah...
**********************************************************
Kalau wahabi itu mengikut sunnah....menentang bid'ah tariqat..........saya reda mengaku wahabi


Wahabi lah pulak!!!! sudah sudahlah..... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

aina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1092
Posting: 25
Dari: sg buloh

Selangor  


posticon Posting pada: 22-09-05 11:29


terima kasih...
saya kurang arif sbenarnya tentang hadis2 ni
sbelum ni pun saya ada buat sembahyang sunat, baca yasin 3 kali....
salah ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainaProfil   Hantar PM kepada aina   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 11:27


assalamualaikum...

jika kita tak pasti dengan sesuatu perkara, rujuklh pada yang lebih tahu..
kembalilah pada Sunnah Rasul...

wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 18:55


assalamualaikum...

wahai saudaraku sekalian...

Kenapa mesti kita beremosi bila bercerita tentang wahabi???
apa yang disampaikan adalah berdasarkn hadis2 yang soheh...bila kita tak pasti sesuatu perkara, jangalh cepat melatah..refer balik, kaji balk adakah apa yang diperkatakn betul atau salah....insyaallah kita akan lebih memahami....jagn kita bertaqlik tanpa usul periksa...
bila kita rasa tersesat jalan atau tak pasti tentang sesuatu perkara....KEMBALILAH PADA SUNNAH RASUL...insyaallah kita akan temui jawapannya....insyaallah...

jika ada salah dan silap harap diperbetulkan....
ana hanya seorang hambaNYA yang hina....

wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 19:48


Assalamualaikum

af_zubaiti: ana cadangkan sis semak topik2 yang berkaitan dengan wahabi yang prnh dibuka sebelum ni & lihat apa yang terjadi bila perkara2 seperti ini dibincangkan secara terbuka dalam forum

ana percaya tiada umat Islam yang tak mahu beramal dengan Sunnah Nabi. namun, istinbath hukum berdasarkan Hadith shahih tanpa panduan ulama' - atas alasan tak mahu bertaqlid - boleh mengelirukan dan menyesatkan, terutamanya pada golongan awam

& lagi, memelihara kesatuan ummah lebih utama daripada membicarakan masalah khilafiah yang boleh membawa kepada perpecahan

kalau tak keberatan, ana cadangkan sis jawab kemusykilan adik2 di sini terutamanya dalam permasalahan agama. ianya lebih baik & lebih awla, daripada sis mengutarakan isu wahabi atau membangkitkan perkara2 furu' yang tak prnh habis dibahaskan zaman-berzaman

wAllahu a'lam :-)

p/s: you can read this article, if you like: Jabatan Mufti Perak
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 23-09-05 20:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 23:03


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-09-05 19:59


assalamualaikum...

kenapalah masih lagi bergaduh pasal perkara furu yang semacam ni....
adakah disebabkan sedikit perselisihan antara ulama tedahulu masih kita nak panjangkan...cukuplah umat islam sekarang menderita akibat perpecahan....adakah sedara2 sekalian sedar umat islam ibarat telur dihujung tanduk...akibat dari perselisihan yang sedikit...alangkah indahnya jika kita saling berlapang dada dalam menerima sesuatu pendapat dan jgnlah cepat menghukum itu dan ini.....

didalam kitab yang berjudul sirajul abidin kitab imam syafie,dinukilkan didalamnya bahawa bidah terbahagi kepada 2 bahagian...bidah hasanah dan bidah sayyiah...jadi sdh jelas kepada kita akan hal tersebut....perkara bidah hanyalah diikhtilafkan kerana takrifan nya mengikut fahaman ulama itu sendiri...maka bermacam2 tafsiran yang diutarakan...sehingga timbul,pendapat ini lebih rajih dari yang ini....wahabi mengatakan tafsiran mereka yang betul...as-syairah pula kata merekalah yang tepat...jadi bagi saya,cubalah kita sama2 berlapang dada...sebagai contoh....jika anda semua mengkaji balik...keempt2 mazhab kita,terdapat perbezaan yang amat ketara...akan tetapi tidak berlaku pertelingkahan pada pengikut masing2...Kenapa????sebab masing2 berlapang dada dengan pendapat masing2....saling bertolak ansur...adakah kita nak mengatakan syafie yang salah...maliki yang betul????masing2 mengutarakan hujjah masing2...mengikut cara pendetailan sebagaimana yang digariskan oleh ulama fiqh....jadi,tidak ada sebab kita nak bergaduh hanya kerana berselisih pendapat...ingat kita bknlah maksum sebagaimana nabi...selagimana tidak bercanggah dengan alquran dan sunnah selagi itula sesuatu itu tidak boleh dihukum tidak betul.....

kalau mengikut kaedah usul fiqh,malam nisfu syaaban itu bknlah bidah..kerana ianya adalah amalan yang baik...yang banyak memberi manfaat....berdasarkan kaedah لا ضرر ولا ضرار kerana malam ini dipenuhi dengan amalan yang mampu menambahkan amalan kebajikan pada diri kita......dan kaedah ini diambil dari hadis nabi yang soheh...anda tidak mahu percaya????maka anda menolak hadis....apakah hukum menolak hadis????anda semua tahukan???,juga boleh digunakan kaedah yang kedua...وافعلوا الخير لعلكم تفلحون erm yang bermaksud,berbuatlah baik semoga kamu dirahmati....potongan kaedah tersebut dipetik dari surah alhaj hanya yang ke17 dalam alquran....jika ini kalam agung Tuhan...Kenapa kita nak sangkalkan lagi......cukupla ulama dahulu merungkai permasalahan ini dengan pelbagai pendapat yang mengutarakan pelbagai dalil ilmiah.....yang mana insya Allah semua mendapat pahala hasil pemikiran mereka....dan berpeganglah pada dua sumber utama kita....jadi sekadar tu dululah coretan saya pada kali ni...semoga kita semua dapat berbincang dengan tenang dan secara profesional....agar masing2 mendapat manfaat bersama....
wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 18:08


Pada 24-09-05 19:59 , Atif_Haziq posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

kalau mengikut kaedah usul fiqh,malam nisfu syaaban itu bknlah bidah..kerana ianya adalah amalan yang baik...yang banyak memberi manfaat....berdasarkan kaedah لا ضرر ولا ضرار kerana malam ini dipenuhi dengan amalan yang mampu menambahkan amalan kebajikan pada diri kita......dan kaedah ini diambil dari hadis nabi yang soheh...anda tidak mahu percaya????maka anda menolak hadis....apakah hukum menolak hadis????anda semua tahukan???

......cukupla ulama dahulu merungkai permasalahan ini dengan pelbagai pendapat yang mengutarakan pelbagai dalil ilmiah.....
wasalam


a`kum,

Alhamdulillah, memang malam nisfu syaaban itu mulia, cuma yang bid`ah itu adalah pengkhususan melakukan ibadat tertentu.memang ada hadith sahih tentang mulianya malah disahihkan oleh albani.beliau bertindak ilmiah tidak menyembunyikan kesahihan kemuliaan malam itu. saya tak pernah sesuka hati menghukum orang lain, malah albani mengarang kitab 'jangan mengkafirkan saudara anda' yang mengecam sikap mudah menghukum. sebaliknya saya merujuk kepada tuan guru untuk memahami sesuatu,iaitu dari Al Qaradhowy:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.

tambahnya lagi.........

Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." (Fatawa mu`asorah,dari. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

jadi saya faham dari ulama` ni bid`ahnya ialah {PENGKHUSUSAN} ibadat tertentu sprti solat trtentu dalam bil rakaat trtentu sebagaimana ditegaskan dari yusuf tadi tidak diriwayatkan dari nabi.

Wallahu`alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 18:21


Wahabi lah pulak!!!! sudah sudahlah..... ;-)

a`kum,
Al-Azhar (Mesir) telah menetapkan melarang pengedaran 5 buah kitab yang diterbitkan oleh Tarekat al-Azmiah kerana isikandungannya menyerang al-Imam Muhamad bin Abdul Wahab dan al-Imam Muhamad bin Sa'ud.

بعد طبع 15 ألف نسخة لتوزيعها مجاناً
الأزهر ينع 5 كتب تهاجم الشيخ محمد بن عبدالوهاب
القاهرة: حازم عبده
أصدر الأزهر أمس قراراً بمنع تداول وعدم صلاحية 5 كتب أصدرتها الطريقة العزمية - إحدى الطرق الصوفية المصرية - لمهاجمتها الإمام محمد بن عبدالوهاب والإمام محمد بن سعود واحتوائها على بذور الفتنة وشق الصف الإسلامي.
وقال مدير شؤون لجان مجمع البحوث الإسلامية التابع للأزهر الشريف الشيخ ماهر الحداد لـ"الوطن" إن المجمع في جلسته أمس برئاسة شيخ الأزهر الدكتور محمد سيد طنطاوي وافق على تقارير فحص الكتب الخمسة والتي أعدها أعضاء المجمع بعدم صلاحية هذه الكتب للتداول لما تحتويه من بذور للفتنة والشقاق وهي مجموعة الكتب التي أصدرتها لجنة البحوث والدراسات بالطريقة العزمية في إطار سلسلة تحمل عنوان سلسلة الفتوحات العزمية وعلمت "الوطن" أن جهاز أمن الدولة بمصر هو الذي أحال هذه الكتب إلى المجمع لإبداء رأيه فيها حيث طبعت الطريقة نحو 3 آلاف نسخة من كل كتاب لتوزيعها كهدية مع مجلة الطريقة.
kalau sesiapa ada saudara masih di Al Azhar sila rujuk.Keputusan berkenaan dipersetujui oleh Syeikhul Azhar dari Saiyid Thanthawi.jadi tak elok lah memandang sinis nama wahabi yang disandarkan kepada imam ini. jika ada kesalahan yang dilakukan pengikutnya yang memang salah maka tak layak disandarkan kepada imam ni. kata dari Al Qaradhowy:

وقد وصف د . يوسف القرضاوي ابن عبد الوهاب بشيخ الإسلام في كتابه حقيقة التوحيد
وقد قام أحد الإخوة بنقل الكتاب كاملا على هذا الرا
imam ni adalah syeikhul islam dalam kitab haqiqah tauhiid.
wassalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 20:05


Marhaban wa ahlan ya Ramadhan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12571 saat. Lajunya....