Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 182
Ahli: 0
Jumlah: 182




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: kisah sujud


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kisah sujud

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah sujud

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 00:42


Assalamu'alaikum

ana sedikit musykil.
doa yang paling afdal adalah ketika kita besujud...adakah dimentionkan ianya sujud ketika solat atau tak kira sujud tika mana sekailpun.

********************

Berdoa di saat sujud akhir ketika solat,

Rasulullah saw. bersabda, "Ketika sedang sujud, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, karena doamu di saat sujud pantas dikabulkan." (hari Muslim).

*********************

alJawab:

Berdo'a ketika sujud itu termasuk dalam Bab Memilih waktu, Tempat dan keadaan diQabulkan Du'a atau Petua memilih waktu yang afdhal agar Do'a mudah dikabulkan. Kalau lihat kitab2 alAzkar dan Kitab Himpunan Do'a, maka niscaya pengarangnya akan menyenaraikan checklist waktu2 dan tempat2 tersebut.

Salah satu waktu yang afdhal ialah ketika Sujud dalam solat baik solat fardhu atau sunat. Mana ada lagi sujud selain dalam solat fardhu atau sunnat??

Takhriij hadith:

Hadith yang dinukilkan oleh sdr Pemikirislam ialah dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya pada Kitab Solat: Bab dilarang membaca alQur:an ketika sujud dan ruku', Hadith # 738 dari jalur perawi Ibn Abbas RA.
Hadith #744 dalam sahih Muslim dari Abu Hurayrah berbunyi:
" Sedekat-dekat hamba dengan Rabb-nya ialah ketika sedang sujud, maka banyakkan berdo'a."

Tempat, keadaan dan Waktu yang mana do'a mudah dikabulkan bukan dalam waktu sujud sahaja, bahkan banyak lagi. Untuk itu miliki kitab2 himpunan Azkar dan Do'a (antaranya) oleh Prof Hasbi Siddiqi, Imam Nawawi, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, dsbnya.

sekian

thtl

*****************************

macam mana pula dengan sujud syukur dan sujud tilawah?? (soalan alhakim)

****************************

syeikh,

mungkin syeikh tak pernah ketemu, tapi di tempat ana dulu, ada "individu" bertanggungjawab memperkenalkan amalan sujud lepas salam secara jemaah iaitu popular untuk solat sunat hajat.

Maka sujudlah sekalian jemaah solat hajat lepas salam secara jamaah dengan kadar yang LAMA kerana mungkin baginya sudah pun berada di luar solat, maka tidak mengapa

Entah dari mana datangnya.. ingin bertanya, risau juga.

WA (soalan van houten)

********************************

alJawab:

Satu: U/P: alhakim

Sujud syukur dan sujud tilawah

sujud syukur

Pendapat pilihan ialah sujud syukur bukanlah sebahagian solat, maka ia tanpa takbir, tanpa angkat tangan, tanpa tasyahud dan tanpa salam (Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam, 22/171), Manakala bacaan di dalam sujud syukur ialah sama seperti bacaan lazim dalam sujud (subhanarabbiyal 'A'laa) (syaikh Saleh alUthaimiin, syarh alMumtii': 4/154)
Sujud syukur nak do'a apa lagi, sebab kita dah dapat nikmat atau terlepas dari bala. Kita sujud kerana melahirkan syukur.


Sujud tilawah

Sujud tilawah ada dua jenis: di luar solat dan ketika solat
Jika di luar solat, maka ia bukan solat, maka ia sama seperti sujud syukur.

Jika dalam solat, maka ia adalah sebahagian dari solat.

kesimpulan:

sujud syukur dan tilawah yang bukan dari solat, maka tidak adalah maksud perintah berdo'a di dalamnya. kerana dalam ibadah, dasar ibadah ialah kita menunggu petunjuk dari syara'.

sekian

---------------------

Dua:

U/P: VanHouten asghar,


Hadis2 tentang solat Hajat ini adalah Dha'if (lemah) di sisi ahli hadis yang handal seperti Ibn jauzi, alMuhaddith al-Albani, syaikh Saleh alUthaimiin. Malah Syaikh Uthaimiin menolak adanya solat hajat.

bila solat hajat ini tidak sahih di sisi ahli hadith, maka sujud yang lama selepas solat Hajat itu adalah bid'ah mungkar.

sekian
thtl

*****************************

Adakah yang di syorkan berdoa pada mana-mana sujud ketika solat atau di saat sujud terakhir solat..? Adakah di saat sujud akhir itu dianggap lebih afdhal?
Jazakallah.

**********************

alJawab:

Bila nasnya umum tak payahlah kita takwil. Nanti berjangkit penyakit Bani Israel, asalnya diperintah menyembelih lembu, mereka merincikan, maka akhirnya menyusahkan mereka sendiri. Hadis2 menyebut ketika sujud dan ruku' sahaja tanpa merincikan. sekian
thtl

***********************

Pendapat pilihan ialah sujud syukur bukanlah sebahagian solat,

tanya:
so,kalau dah bukan termasuk solat,wudhuk pun tak payah lah kan??sebab sebelum ni,ustazah ana kat sekolah menegah dulu kata wajib ambil wudhuk...ana pun taklid lah,sekarang nak mencari dalil2nya selari dengn umur yang semakin meningkat dan prasaan yang meluap2 mencari ilmu... (soalan alhakim)

**************************

Pendapat yang alhakim taqlidkan itu adalah pendapat dalam madzhab Syafi'iy dan sahabat-sahabatnya. Hujah mereka sujud syukur adalah demi bertaqarrub kepada Allah SWT, maka disyaratkan dalam keadaan suci.

Pendapat yang lebih rajih ialah yang didokong oleh para muhaqqiqin seperti syaikhul Islam Ibn Taymiyah , muridnya Ibn Qayyim, alhafidz Ibn Hajar, alSyawkani, alSyun'ani, Lajnah alDaimah (Komiti Ulama' Senior Kerajaan Arab Saudi pinpinan Samahah Syaikh Ibn Baaz), sujud syukur tidak diwajibkan syarat suci seperti solat kerana ia bukan solat. Dalil mereka ialah para salaf seperti Ibn Umar melakukan sujud tanpa wudhu' (alMusannif Ibn Abi Syaibah, 2/14)

sekian
thtl

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29024


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 12-09-05 09:11


Thanks for the info Ummi

Bookmark and Share

    


  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 22:47


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah. welcome son. so how's life?

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - bila sujud biarlah hati turut sujud sama!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 15-09-05 12:37


My life's ok...:) Thanks

Bookmark and Share

    


  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 13:08


InsyaAllah...moga2 doa2 kita di mudah kan makbul oleh Allah.... ;-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 14:41


bykknlah solat dan sujud ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 22-09-05 03:07


jazakallah ummi...
it's surely a lifetime-worth info...
may it helps us to improvise our way of daily obligation to ALLAH...amiin

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

Ms_Nik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1455
Posting: 105
Dari: Malaysia Bumi Bertuah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-09-05 11:15


nak tanya...

masa kita sujud...kita berdoa...kalau doa dalam Bahasa Melayu...tidak batalkah solat kerana mengucapkan perkataan selain zikr, nama Allah dan Ayatul Quran??? atau kita kena doa dalam hati ?? batal ke ???musykil lah...

kerana dalam solat, slh satu perkara yang m'btlkan solat adalah berkata-kata (seperti di atas) ... tolong siapa jawab...wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ms_NikProfil   Hantar PM kepada Ms_Nik   Quote dan BalasQuote

id4h
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2003
Ahli No: 5378
Posting: 60
Dari: parit buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 15:41


sjud tilawah perlu dalam keadaan berwudhuk ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For id4hProfil   Hantar PM kepada id4h   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 18:29


Pada 22-09-05 03:07 , adlan posting:

!!! QUOTE !!!

jazakallah ummi...
it's surely a lifetime-worth info...
may it helps us to improvise our way of daily obligation to ALLAH...amiin


ameen.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 22:43


sujud hanya pada Allah yang esa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-05 23:43


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah maafkan umi Ms_Nik kerana lewat menjawab. Tak perasan persoalan puan. InsyaAllah selagi mana berdoa dalam bahasa hati tidak keluar pada ucapan maka tidak batal solat. Selepas baca ayat semasa sujud tu maka diam dan doa dari dalam hati dengan bahasa hati (bahasa ibunda masing-masing).

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Berimaginasi ialah mereka (mencipta) satu matlamat dalam minda sedangkan berkhayal ialah membiarkan angan-angan bebas bermain tanpa titik (matlamat).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110361 saat. Lajunya....