Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 154
Ahli: 0
Jumlah: 154




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: panjat gunung...


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» panjat gunung...

Please Mendaftar To Post


Oleh panjat gunung...

cahayahati
Warga Rasmi
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2175
Posting: 11
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 20:30


askm..sahabat....
bercakap pasal panjat gunung ni,sungguh menyeronokan..terutamanya bila dah sampai ke puncak tau.semua penat tu hilang...itulah nikmatnya panjat gunung..sahabat yang suka aktiviti lasak ni bolehlah kongsi pengalaman dengan saya ye..sudi-sudilah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayahatiProfil   Hantar PM kepada cahayahati   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 18-07-03 17:12


ish ..ish..
hari tu..kawan ade bawak gambo..
panjat gunung kinabalu..
best benor la.
teringin cek..ni..
tapi takpo la..lain kali
ade kot..peluang..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

NurNisa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 827
Posting: 29
Dari: Shah Alam

Selangor  


posticon Posting pada: 18-07-03 17:29


memang seronok! satu kepuasan dan ketenangan apabila berada dipuncak. 2 kali sampai di puncak g.ledang juga jejak di g.datok dan beberapa gunung kecil yg lain

-----------------
walau setinggi mana darjat kita didunia, kita tetap berstatus HAMBA. Satu perkataan yg merujuk SIAPA kita dan apa TUJUAN hidup kita di dunia SEMENTARA ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurNisaProfil   Hantar PM kepada NurNisa   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-07-03 12:27


Saya juga suka sangat masuk hutan dan panjat gunung. Suka aktiviti-aktivi rekreasi dan lasaklah tu. Saya dah 28 kali mendaki gunung di
semenanjung Malaysia ni. Seperti:

Gunung Tebu, Terengganu
Gunung Chamah, di Gerik, Perak
Gunung Bubu di Kuala Kangsar, Perak
Gunung Korbu, Ulu Kinta perak (2 kali)
Gunung gayong, Ulu Kinta Perak(2 kali)
Gunung Tahan, Taman Negara, Pahang (3 kali)
Gunung Nuang, Hulu langat, selangor (5 kali)
Gunung Batu Putih, di Tapah Perak
Gunung Irau di Cameron Highland
Gunung Yong Belar kat Cameron Highland ( 2 kali)
Gunung Bunga Buah, Genting HghLand
Gunung Stong -Ayam di Jelawang Dabong kelantan (2 kali)
Gunung Yong Yap kat Sungai Siput Perak
Gunung Angsi di Kuapa Pilah, Negeri 9.
Gunung Datok di Rombau, Negri 9
Air terjun Berkelah di maran, Pahang (2 kali)
air terjun Jerangkang di maran pahang
Bukit Tabur di taman melawati, Gombak. ( 6 kali)
Gunung Ledang, Sagil Tangkak, Muar johor.
Gunung Belumut, Kluang Johor.




Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-07-03 12:48


Xpdc mendaki gunung Batu Puteh.
bacalah...

Salam semua.

aku pergi Gunung Batu Puteh pada 30 April 2000 - 1 Mei 2000 Gunung Batu Puteh best wooo...tak teruk sangat perjalanannya, scenery
pulak cantek gilaks.. Dari mana-mana pun Utara/Selatan/KL ka..kita exit kat Tapah. Then dari situ bagi yang bawak kereta (advisable),
boleh terus drive menghala ke Cameron Highland, tapi kejap je 7 batu jer masuk ke simpang ke Kuala Woh.

Dalam 10 minit kot sampai empangan apa nama tah..terus sampai kampung orang asli..terus lagi sampai the end of the road. Bagi yang nak naik bas pun tadak hal. kat Tapah the last bus
masuk ke Kuala Woh kira pukul 6:30 petang kot. Dia hantar sampai empangan last saja (empangan teruk,keruh,siltated). Then dari situ
kena jalan kaki sampai the end of the road...lalu kat kampong-kampong orang asli(jalan tar). Kira-kira 30-45 minit jalan kaki sampai kat end of the road nie..

.kat sini ada satu rumah pump (pump house). Dulu aku, and the gang seramai 8 orang, sampai pagi kat sini, so kami bertolak dari UIAM Gombak jam 4.30 a.m pagi sampai kat Tapah jam 7.00 pagi, kami beli sayur kat Pasar Tapah. Kat sini parking kereta ke, bas ke tadak masalah sebab ada parking space, nak khemah ramai-ramai kat sini pun
ok gak..dulu kami pergi 8 orang saja so..awal-awal pagi, pukul 9.00 pagi kami dah pergi trekking kot Lepas breakfast boleh terus jalan..

lupa laks..kat sini pun ada sungai kecik kat bawah, 2-3 minit perjalanan; dan sungai besar 5-10 minit perjalanan dan pump house;1 minit perjalanan. So bagi yang suka cret pagi-pagi..kira tadak hal la....cret laa..cretttt Kat sini pun boleh ambik guide orang asli.
Tapi tak boleh diharap!!! lebih baik tak payah ambil guiders/trekkers kalau dah ada yang pernah pergi .

First day jalan, menuju ke Gua , best gilaks..naik turun sikit je....mainly jalan datar je...lalu tepi sungai yang sangat cantik
.pokok-pokok pun hijau semacam je....mungkin time tu kashaf lama rest outdoor kot......semua nampak ceria.....sampai sungai kena cross
la..masa nie air tak lah tinngi..so syok la cross.. Then jalan kat hutan Buluh......cantik gak...kat sini, Then jalan sampai pertembungan 2 sungai kecik...nie sempoi gilaks sebab kita trek kejap atas permatang yang memisahkan 2 buah sungai cantekkk nye

Lepas tu menapak mencanak naik la..kerja dia. Sampai kat persimpangan ke Kem Gua, kami terus exit kiri kerana kami nak bermalam di situ .
samapai kat gua....fuyooooooooo...batu besar gilaks la 3-4 tingkat bangunannye.....sebijik setongkol batu tu je.....sapa tah letak kat
situ.......so bawah dia ada lubang besar la.....boleh ramai-ramai duduk tidur .so laju sikit la..terus sampai di Gua tu pada jam
4.00p.m .

kat gua ni sumber air nyer kalau nak ambil kena turun bawah sikit.ada air sungai di bawah batu. cantik wooo.... tapi sayang.. kamera yg cuma satu tu dah terjatuh dalam air. esoknya kami mulakan trekking ke puncak pada jam 1.30 p.m. ye lah kan kami semuanya malas nak treking awal.. lepas bangun solat subuh tidur semula..... lepas solat zohor kami mula trekking menuju ke puncak.


nak naik Gunung Kak..mencanak gak. aku panjat-panjat..kena panjat batu sikit-sikit sampai kat puncak Gunung Kak pada jam 2.30 p.m open gilaks.. .nie puncak antara yang best kashaf pernah sampai (Gunung Kak) .open gilaks..ada gaung sebelah kami tu...nampak Gunung Bah
Gading(5381), G. Kinip dan banjaran-banjaran yang lawa..jauhhhhhhhhhh kat bawah dengar deruman air terjun power nye.... kata Tapa kat bawah
nu ada Kem Musuh pada zaman dahulu. tapi taknampak la sebab tinnggi dah...sebelah Gunung
Kak nie ada Abang Kak, dia kira seketul batu besar yang lebih tinggi dari Gunung Kak nie.... daripada puncak kak ni kita boleh nampak satu tembok batu natural warna putih kat seberang sana.


kat sini lah kami jumpa satu group lain.. entah dari mana entah.mereka dalam perjalanan nak turun ke bawah.


kemudian jam 3.00 p.m kami teruskan trekking setelah rest 30 minit.. budget trekking pergi sampai ke puncak maximum 4 jam daripada
puncak Gunung kak ini.kalau tak sampai kira 'turn around time' la lepas 4 jam tu. Trekking ok je. then nampak trek la. sempoi je. naik turun banyak la. tapi energy kira okay okay nye semua..
semangat gilaks la.....cross dah 2 gunung tu....then naik lastnye gunung ada tanda 'campsite' ngan ' water point' laks.....so turun melawat sungai la......fuyooooooooooo sejuk gilaks...air terjun atas gunung......ambik air sumua.....trek naik balik.....mengah ooooooooo
..campsite nie kira ok ay gak.....tapi ada cerun sikit le....yang lain ok, cuma kat hutan lumut le......sejuk la.....so kami teruskan
usaha ik.je..then.jeng..... jeng... toinngggggggggggggg....there is no higher ground!!!!!!!!! Power gak runners depan belasah n
ie...2 jam setengah saja ddiorang dah sampai......campsite dia best la..besar la.......ada 'triangle survey' gak...( kami tak dapat ambik gambar kat sini kerana tadak kamera, ada kamera pun rosak masuk air ).... aku yang pancit masa tu sampai kat puncak pada jam
6.00 p.m ... kami hanya mampu melihat keindahan sunset tanpa dapat merakamkannya.

...then makan time.........nie cerita lawak la.........bawakmakanan ala kenduri besar laaaaaa.... Masak nasi, masak sayur,
masak daging, pehh superb.... malam tu cuaca elok tak hujan. esoknya kami bangun awal pagi.. jam 6.15dah bangun solat subuh.. kemudian tunggu sunrise. jam 6.30 dah mula canti dah... alhamdulillah cuaca elok pulak.. tapi sayang kami hanya dapat menikmati keindahan sunrise batu puteh hanya di puncak tu sahaja. kami tak dapat bawa balik.

......turun laks.....nie yang mak marah nie........penat-penat naik gunung..tu je...lepas tu turun balik......bukan nak buat umah kat
atas tu ke apa ke......bawak pokok balik kat mak ke.....apa ke.....ishhhhhh mak aku tak paham lagi la..... Masa turun tu tak hujan
laks......so turun laju-laju la........sampai la ke pump House itu . kami turun ikut struggle camp e...kami turun la....sampai persimpangan gua kami tak masuk ke simpang tu sebaliknya kami teruskan perjalanan

.sampai kat sungai......fuyooooooo air manyak tinggi oooooooo.....jeng-jeng ada jambatan.....masa datang pun kami naik jambatan ni .....ada 2 pokok besar di kedua-dua belah sungai....dahannya rimbun...sampai mencecah tebing sebelah sana.....so orang asli buat
tangga di kedua-dua belah tebing naik atas pokok.....tehn dari pokok
ke pokok ada jambatan buluh.....cuak campur kaget
gak.....iyelah....boleh caya, engineering diaorang nie......tapi
semua okay je......dema musti rajin maintain bridge nie..kalau jatuh
pun ke bawah je kan.....bukannya ke atas.So selamat la sampai...makan
sikit biskut apa yang patut.then jalan 30-45minit lagi ikut tebing
sungai keluar...

kami dalam hutan semua 3 hari je...hari last tu kalau naik kereta
boleh balik terus..kat Caravan Camp kat Kuala Woh tu
(Hutan Simpan Kuala Woh), Sungai Batang Padang; kita bolehmandi-manda.best gilaks sungai tu sebab dari kiri-kanan sungai tu ada natural hot water spring sipping masuk ke sungai tu.....so
kena cari port baik nye la..jangan terlalu panas atau terlalu sejuk.sebab ada sungai besar laju mengalir kat tengah-tengah dia.mau
apa lagi kan.butterfly Rajah Brooks pun bersepah beratus-ratus kalau bukan beribu.nie baru dunia nie. Otay la...

aku , Pak Tam ngan Adam boleh jadi guide, janji time tu kami pun free la..tadak kerja apa ke.....best gak kan kalau pi time cuti 3-4
hari nie....Batu Puteh nie tak lah seglamour korbu dan tak setough korbu. kalau ramai geng kita tahap 'slow train' baik gi Batu Puteh.
dan tak bermaksud Batu Puteh nie kacang je susah gak.....so training kena la...wajib la. So pikir la .. Budget kami masa tu cuma seorang
RM20 sahaja. ha murah kan??? itu semua dah termasuk bayar Minyak...kereta, Tol, dan ration makanan. makan mewah beb..

Yang pergi masa tu ialah pakcik Rosman, Hardie, Kurin, Adam, aku, Tapa, Abu, dan director PakTam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 23-07-03 22:07


Waduh ..panjangnye cite sahabat nie
bagus nie..pengalaman yang menarik
tentang panjat gunung..
leh la buat cerpen yer..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-07-03 23:28


ass

bestya,panjat gunung batu puteh,kat mana tu????

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

amirabalqis
Warga Rasmi
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2268
Posting: 2
Dari: anywhere in de' world

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-07-03 18:10


assalamualaikum..

ermm..seronoknya..sahabat2 yg dpt mendaki gunung.saya pun pernah juga pergi mendaki gunung di n9..gunung angsi..dulu masa saya study dia oversea pun pernah mendaki gunung..kalau nak du bandingkan memang lain pengalaman mendaki di m'sia.





________________________________________________
"...mengenali seseorg mmg mudah..utk mengekalkan persahabatan pula mmg byk dugaannya..."

aDioS

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirabalqisProfil   Hantar PM kepada amirabalqis   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-07-03 13:47


Josh,
Gunung Batu Puteh terletak di Banjaran Titiwangsa. Di Tapah Perak.



Amira,
Gunung angsi tu tidaklah setinggi mana. mendaki selama 2 jam sudah sampai ke puncak Gunung Angsi, ulu Bendul, Kuala Pilah, negeri Sembilan.

Pengalaman mendaki gunung-gunung di Malaysia ni memang lain. Kalau hendakkan kelainan, pergilah mendaki gunung Tahan melalui Merapoh dan terus turun di Kuala Tahan. Perjalanan sejauh 80 km dengan berjalan kaki selama 6 hari. Di situ kita dapat saksikan perubahan pokok-pokok dan tumbuhan yang berbeza-beza mengikut ketinggiannya.




Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 28-07-03 18:19


Gunung jerai sape penah pegi..??
hafiz penah pegi..
tapi duk kat ..tangga first jer..
tak dapat naik atas nun..sebab kecik lagi
waktu tu..hehe
sape ade pengalaman..panjat gunung ..ni cerita lah untuk dikongsi bersama..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

al-anshaary
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2004
Ahli No: 7544
Posting: 136
Dari: petaling jaya

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-02-04 11:15



saudara Jaydie...banyak saudara punya pengalaman..ble tak lps nih tubuh kelab kt ukhwah ni..ana teringin gak naik gunung ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-anshaaryProfil   Hantar PM kepada al-anshaary   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-04 17:35




ha...satu lagi aktiviti outdoor yg ana minat...panjat gunung

ana ada pengalaman panjat gunung jerai dan gunung tebu.bestnya....bila dah sampai kat puncak.

ana setuju ngan cahayahaticahayahati,bila sampai jer kat puncak hilang penat sebab kita terlalu happy bila dah sampai ke puncak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

ummu_najah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 26-06-04 21:19




sayerr mmg minat tul aktiviti2 panjat gunung nih..yer lerr yang advanture2 cam nih..jungle tracking kerr..sayerr minat tuh.....teringin tu nak dki gunung angsi kat ulu bendul nun di n sembilan.....jom kiter gi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_najahProfil   Hantar PM kepada ummu_najah   Pergi ke ummu_najah's Website   Quote dan BalasQuote

miss_arin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8931
Posting: 288
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-04 22:51


bestnya panjat gunung..saya sebenarnya teringin nak panjat gunung Sinai..tahun lepas melepas nak join sahabat2 saya sbb saya balik Malaysia..ermm..moga2 thn ni adalah org nak bawa gi Sinai..asyik tengok gambar je.. doakanlah ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_arinProfil   Hantar PM kepada miss_arin   Pergi ke miss_arin's Website   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-04-05 11:30


.

Mau kasi up ini topik.

Tahun ini tak ada sesiapa ke yang nak panjat gunung? Aktiviti memanjat gunung ni ada faedah, manfaat dan kebaikan pada kita.

Memanjat gunung dapat memotivasikan diri kita kerana kita gunakan kekuatan fizikal dan mental untuk sampai ke puncak gunung. Hidup kita juga boleh diibaratkan macam satu pendakian. Sebelum mendaki menuju puncak kejayaan, kita mesti buat persediaan dengan segala bekalan makanan dan alat kelengkapan seperti dapur, khemah, tali dan sebagainya. Kalau tak cukup bekalan dan persediaan, maka agak susahlah nak sampai ke puncak.



Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 28-04-05 11:45




Pernah pi panjat gunung tahan...
bermula dari kuala tembeling....
berakhir kat gua musang....
ada la dalam satu minggu....
adventure sesungguh....
mencabar fizikal, mental dan spiritual....
pas tu.. dah serik nak gi...
rasa tak sesuai buat kaum hawa....


Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

cenderawasih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2249
Posting: 115
Dari: utm

Johor  


posticon Posting pada: 28-04-05 17:05


Sape penah daki gnung Irau??CANTIK SANGAT!!MENCABAR!!SEJUK!!dan tersesat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cenderawasihProfil   Hantar PM kepada cenderawasih   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 16:30


rindunyee..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 10-04-07 17:04


betul ke aktvt mendaki gng ni xsesuai dengan kaum hawa?
ish3....sob2...(T_T)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 17:20


teman nak reverse question balik lah, betul ke Wataniah ataupun tentera sesuai dengan wanita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 10-04-07 17:23


sesuai saja..tapi ikut kemampuan.jangan lari dr landasan agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-04-07 19:00


bestnya...teringin nak panjat gunung stong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 10-04-07 19:04


Pada 10-04-07 19:00 , erwina posting:

!!! QUOTE !!!

bestnya...teringin nak panjat gunung stong...


gunung stong kat mana? ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 19:11


kat sepadan Perak dan Kelantan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 19:11


teman pernah menjejakkan kaki di 3 sempadan negeri...Perak, Pahang dan Kelantan. Dari situ boleh nampak Siam...
rindunyeeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 10-04-07 19:44


tak pernah lagi..
ingat nak ikot kawan-kawan panjat gunung ledang..
tapi..
tengok ah dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 22:43


salam...
pernah daki gunung angsi (banyak kali jgkla),gunung datuk kat negeri9.gunung datuk ini curam sikit..kira-kira mencabar juga ...lepas itu luar dr negeri9, gunung ledang...mencabar juga...tinggi..banyak checkpoint..kat kolam puteri,kolam anak gajah sebelum nak naik ke puncak itu...


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.
[ Telah diedit oleh: ctnurbebo pada 10-04-07 23:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 22:45


Datuk gunung berbatu...Ledang kawasan keras...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Huzaimi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29691
Posting: 55
Dari: Bandar Baru Bangi, Skudai

Selangor  


posticon Posting pada: 27-04-07 12:03


Aku pernah daki gunung sekali saja
Gunung Belumut
Time tengah daki gunung hujan lebat tapi tak lama
walaupun penat tapi best trutamanya bila sampai ke puncak
masing-masing sibuk berposing kat atas batu di puncak itu ambik gambar
ada perkataan SBC kat batu itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuzaimiProfil   Hantar PM kepada Huzaimi   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 12:21


banyak kali juga time sekolah2 dulu...adventure betul.
boleh menguatkan ketahanan fizikal dan mental
sambil menikmati pemandangan indah..cewah

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 15:04


Teringin sangat nak panjat gunung....huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

diyana_jamal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28464
Posting: 35
Dari: rumahku syurgaku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 02:02


pegilah jika ada peluang... banyak kelebihan mendaki ini...
tak percaya cuba lah,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyana_jamalProfil   Hantar PM kepada diyana_jamal   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 11:15


pernah sekali naik gunung kinabalu dengan rombongan matrik dulu..masa awal perjalanan rasa sakit dada tapi bila dah atas sikit barulah tak sakit tapi kaki pula yang sakit. ketahanan oklah sebab sebulan sebelum, kami naik bukit 2 kali seminggu. sampai di laban rata sebelum tengahari. kami menginap di sana tunggu pagi esok untuk bertolak ke puncak.

esok pagi, kami bertolak dari gunting lagadan ke puncak kira-kira 2.30pagi. sebelum tu kami kumpul dan buat warming up dan stretching.. cantiknya bintang2..nampak dari jarak dekat..terpegun dengan keindahan bintang yang sangat banyak.. kami guna lampu suluh naik.

sampai low's peak sebelum matahari terbit. saya bawa coklat naik atas tu, ingatkan nak buat sarapan sana tapi tak dapat makan sebab jadi keras macam batu. hehe. kami ambil gambar kenangan di puncak. dah cerah, tadi naik gelap. bila nampak, rasa tak percaya begitu curam dan mencabarnya gunung yang dipanjat..sekejap saja atas puncak sebab bergilir dengan orang lain.

masa turun dari laban rata ke kaki gunung saya dan kawan-kawan lari sebab berlumba nak sampai bawah dulu. tapi bila ada orang kami jalan. bila tiada orang lari dan lompat.hehe..akhirnya jadilah top 5 yang sampai dulu..o ya, sampai puncak pula top 10. adalah kira-kira seminggu juga sakit kaki.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 12:13


kecil-kecil cili padi sakinah ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 12:19


tak adalah prof daeng..suasana hidup macam tu jadilah macam tu..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 18:50


Assalamualaikum wbk..


Ana nak tanya pada sesiapa yang boleh menjawabnya dengan baik amat ana alu-alukan..

>> Berapa budget yang telah anda belanjakan untuk satu kepala dari Semenanjung ke Sabah pergi balik (daki Gng. Kinabalu)...?
>> Bagaimana dengan penginapan?
>> Bagaimana denagn makan minum?
>> Adakah anda diiring penunjuk jalan atau sahabat2?
>> Peralatan apa yang anda bawa ke sana?
>> Berapa lama masa anda habiskan disana..?
>> Apa pengalaman berharga yang anda bawa pulang??
>> Boleh anda cadangkan sesiapa (lelaki) atau kelab outdoor yang boleh bagi sedikit guide untuk daki gunung Kinabalu??
>> Lain-lain..

Hmm, dalam kepala ana, tengah merancang nak daki Gng. Kinabalu.. Insya-ALLAH.

Cuma perancangan.. Tahun depan kalau ada rezeki. Nak form beberapa orang kawan-kawan (lelaki) . Kalau bulan ni himpun sedikit2 mungkin > RM90 tiap-tiap bulan.. Akhir tahun depan, tak ada masalah rasanya.. Insya-ALLAH.

Insya-ALLAH, nak penuhkan impian yang tak kesampaian sejak kecil.. Doakan ana, Ameen.

Huhuuuhuhuh..

Alhamdulillah,

Muddathsir787
[ Telah diedit oleh: Muddathsir787 pada 27-10-07 19:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 19:41


teman dah lama dah tak mendaki, dulu teman aktip...
rindu juga, tapi badan ni dah tak fit dah. dah lama tak bersenam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 27-10-07 20:30


panjat bukit perna lah..nite treking time matrik..huh

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 20:33


erm ummu, gunung kinabalu belakang rumah saja ummu.
tak pancit ke ummu?

kenapa malam ni orang sabah saja ada...

erm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 27-10-07 20:49


xklu setakat bukit tak pancit
bwak spare tyre..hehe

gunung kinabalu jauh sangat lah
nanti lah kalau bkempatan..insyALLAH
akan d tawan gunung kinabalu

mlm ni malam Sabahan..tak tahu ke? =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 27-10-07 20:49


xklu setakat bukit tak pancit
bwak spare tyre..hehe

gunung kinabalu jauh sangat lah
nanti lah kalau bkempatan..insyALLAH
akan d tawan gunung kinabalu

mlm ni malam Sabahan..tak tahu ke? =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 27-10-07 20:52


:berfikir: :berfikir: :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 12-12-07 19:50


Pada 27-10-07 18:50 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wbk..


Ana nak tanya pada sesiapa yang boleh menjawabnya dengan baik amat ana alu-alukan..

>> Berapa budget yang telah anda belanjakan untuk satu kepala dari Semenanjung ke Sabah pergi balik (daki Gng. Kinabalu)...?
>> Bagaimana dengan penginapan?
>> Bagaimana denagn makan minum?
>> Adakah anda diiring penunjuk jalan atau sahabat2?
>> Peralatan apa yang anda bawa ke sana?
>> Berapa lama masa anda habiskan disana..?
>> Apa pengalaman berharga yang anda bawa pulang??
>> Boleh anda cadangkan sesiapa (lelaki) atau kelab outdoor yang boleh bagi sedikit guide untuk daki gunung Kinabalu??
>> Lain-lain..

Hmm, dalam kepala ana, tengah merancang nak daki Gng. Kinabalu.. Insya-ALLAH.

Cuma perancangan.. Tahun depan kalau ada rezeki. Nak form beberapa orang kawan-kawan (lelaki) . Kalau bulan ni himpun sedikit2 mungkin > RM90 tiap-tiap bulan.. Akhir tahun depan, tak ada masalah rasanya.. Insya-ALLAH.

Insya-ALLAH, nak penuhkan impian yang tak kesampaian sejak kecil.. Doakan ana, Ameen.

Huhuuuhuhuh..

Alhamdulillah,

Muddathsir787


ana pun tengah tunggu masa saja nak daki Gunung Kinabalu tu.. huhu... insyaALLAH...akan tiba jua masanya nanti..

p/s: stamina memang kena cukup... kalau tak...memang sia-sia saja nanti tak dapat naik ke puncak...



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

faizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.02.2007
Ahli No: 28760
Posting: 122
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 20:25


kalau sesiapa kat sini mrancang nak bawa pergi pnjat gng,bagi tau lah ek. dah gian ni...last pnjat bulan 8 hari tu.....insyaallah bulan depan nak pergi gng nuang

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizatulProfil   Hantar PM kepada faizatul   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 12-12-07 20:36


tak ada team yang nak handle panjat gunung ke??
nak join juga Kalau ada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 14-12-07 09:47


Assalamualaikum

cuti sem ni nya plan nak daki gunung tak jadi...

sebab cuaca...

kat nOgOri ni banyak gng yang boleh daki.... :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-07 09:58


Assalamualaikum

ana teringin nak panjat gunung kinabalu,
tapi tak ada kesempatan lagi,
walaupun dah 3 tahun kat sabah

:-( :-( :-(


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 21:50


tak pernah lagi panjat gunung..
panjat bukit pernah lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 31-01-08 22:45


teman terasa nak naik gunung balik, rindunye...
dah bebelas2 gunung dah takluk, lepas ni nak tawan pula...
siapa nak ikut teman naik gunung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-01-08 22:53


dulu ikut kumpulan ekspedisi gunung angkat puncak everest
lepas itu kalau dah 25 agaknya rekodngan sijil.. boleh daftar untuk latihan everest pula.

seronok dan puas.:)
tapi masa dan keadaan tak mengizinkan untuk ke arah pencapaian 'matlamat utama' tu

apa pun, dah tua ni baru terasa kesannya pada fizikal sendiri.
boleh nak berekspedisi.. cuma langkah keselamatan kena tekankan sentiasa. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 08:43


Everest tu... tapi tak minat lah naik gunung yang sejuk2 macam tu, tak ada pokok

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 08:45


Pada 27-10-07 18:50 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wbk..


Ana nak tanya pada sesiapa yang boleh menjawabnya dengan baik amat ana alu-alukan..

>> Berapa budget yang telah anda belanjakan untuk satu kepala dari Semenanjung ke Sabah pergi balik (daki Gng. Kinabalu)...?
>> Bagaimana dengan penginapan?
>> Bagaimana denagn makan minum?
>> Adakah anda diiring penunjuk jalan atau sahabat-sahabat?
>> Peralatan apa yang anda bawa ke sana?
>> Berapa lama masa anda habiskan disana..?
>> Apa pengalaman berharga yang anda bawa pulang??
>> Boleh anda cadangkan sesiapa (lelaki) atau kelab outdoor yang boleh bagi sedikit guide untuk daki gunung Kinabalu??
>> Lain-lain..

Hmm, dalam kepala ana, tengah merancang nak daki Gng. Kinabalu.. Insya-ALLAH.

Cuma perancangan.. Tahun depan kalau ada rezeki. Nak form beberapa orang kawan-kawan (lelaki) . Kalau bulan ni himpun sedikit2 mungkin > RM90 tiap-tiap bulan.. Akhir tahun depan, tak ada masalah rasanya.. Insya-ALLAH.

Insya-ALLAH, nak penuhkan impian yang tak kesampaian sejak kecil.. Doakan ana, Ameen.

Huhuuuhuhuh..

Alhamdulillah,

Muddathsir787

mengikut pendapat teman yang daif ni, kewangan yang kira lengkap lebih kurang RM 900.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 08:48


Pada 28-11-08 08:43 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Everest tu... tapi tak minat lah naik gunung yang sejuk2 macam tu, tak ada pokok


Daeng dah pernah ke panjat gunung kinabalu :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 08:54


Pada 28-11-08 08:45 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-10-07 18:50 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wbk..


Ana nak tanya pada sesiapa yang boleh menjawabnya dengan baik amat ana alu-alukan..

>> Berapa budget yang telah anda belanjakan untuk satu kepala dari Semenanjung ke Sabah pergi balik (daki Gng. Kinabalu)...?
>> Bagaimana dengan penginapan?
>> Bagaimana denagn makan minum?
>> Adakah anda diiring penunjuk jalan atau sahabat-sahabat?
>> Peralatan apa yang anda bawa ke sana?
>> Berapa lama masa anda habiskan disana..?
>> Apa pengalaman berharga yang anda bawa pulang??
>> Boleh anda cadangkan sesiapa (lelaki) atau kelab outdoor yang boleh bagi sedikit guide untuk daki gunung Kinabalu??
>> Lain-lain..

Hmm, dalam kepala ana, tengah merancang nak daki Gng. Kinabalu.. Insya-ALLAH.

Cuma perancangan.. Tahun depan kalau ada rezeki. Nak form beberapa orang kawan-kawan (lelaki) . Kalau bulan ni himpun sedikit2 mungkin > RM90 tiap-tiap bulan.. Akhir tahun depan, tak ada masalah rasanya.. Insya-ALLAH.

Insya-ALLAH, nak penuhkan impian yang tak kesampaian sejak kecil.. Doakan ana, Ameen.

Huhuuuhuhuh..

Alhamdulillah,

Muddathsir787

mengikut pendapat teman yang daif ni, kewangan yang kira lengkap lebih kurang RM 900.



kalau rakan-rakan ukhwah cadang nak daki gunung kinabalu ni ana boleh tolong carikan penginapan2 yang boleh save bajet sikit rasanya.....lagi pun kalau datang ramai insyaallah ada special offer...



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 08:59


Pada 28-11-08 08:48 , akuhambaALLAH posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-08 08:43 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Everest tu... tapi tak minat lah naik gunung yang sejuk2 macam tu, tak ada pokok


Daeng dah pernah ke panjat gunung kinabalu :berfikir:


maaf lah, teman tak pernah naik gunung kinabalu lagi. Tiada kesempatan dan kewangan. Kawan teman pergi budget RM 900 untuk berapa hari ye? lupa pula....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 09:09


Pada 28-11-08 08:59 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-08 08:48 , akuhambaALLAH posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-08 08:43 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Everest tu... tapi tak minat lah naik gunung yang sejuk2 macam tu, tak ada pokok


Daeng dah pernah ke panjat gunung kinabalu :berfikir:


maaf lah, teman tak pernah naik gunung kinabalu lagi. Tiada kesempatan dan kewangan. Kawan teman pergi budget RM 900 untuk berapa hari ye? lupa pula....



bajet memang tinggi.....
it's ok tapi kalau ada perancangan nak datang, boleh inform ana k....
nak lumba panjat gunung dengan Daeng_Jati :-P :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 09:55


rasanya macam tak pernah lagi memanjat gunung ni.. setakat bukita yang tinggi-tinggi tu pernah lah.. bukit-bukit pun rasa mencabar jugak.. banyak halangannya.. duri-duri, akar yang berselirat + macam-macam lagi..

p/s: antara yang tak boleh dilupa, kena panjata bukit yang agak curam selepas mengharungi 'selut' setinngi pinggang.. macam nak tergelak juga, bila ada kawan yang tertinggal kasut dalam 'selut' tu.. :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 12:41


Koleksi pendakian gunung teman pula:

Gunung Tahan
Gunung Korbu
Gunung Gayung
Gunung Yong Belar
Gunung Kenderung
Gunung Belumut
Gunung Tangga 15
Gunung Chenuang
Gunung Rajah
Gunung Berembun
Gunung Chamah
Gunung Resket
Gunung Gedung
Gunung Pangkin

Sepanjang perjalan di dalam hutan pernah menyeberangi Banjaran Titiwangsa dari Perak ke Pahang. Pengalaman menyelusuri Sungai Tembeling tempat laluan Pendekar Mat Kilau. Memasuki Gua dan menyelusuri sungai perjalanan para penentang penjajah di Kelantan dan Terengganu, jalan sungai yang dilalui oleh pahlawan Mat Kilau, Tok Gajah dan seangkatannya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 12:48


Pada 04-12-08 12:41 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Koleksi pendakian gunung teman pula:

Gunung Tahan
Gunung Korbu
Gunung Gayung
Gunung Yong Belar
Gunung Kenderung
Gunung Belumut
Gunung Tangga 15
Gunung Chenuang
Gunung Rajah
Gunung Berembun
Gunung Chamah
Gunung Resket

Sepanjang perjalan di dalam hutan pernah menyeberangi Banjaran Titiwangsa dari Perak ke Pahang. Pengalaman menyelusuri Sungai Tembeling tempat laluan Pendekar Mat Kilau. Memasuki Gua dan menyelusuri sungai perjalanan para penentang penjajah di Kelantan dan Terengganu, jalan sungai yang dilalui oleh pahlawan Mat Kilau, Tok Gajah dan seangkatannya.



:-o tak sangka, dah banyak koleksi gunung yang Daeng da daki ye...

dah banyak experience lah bab-bab daki gunung ini....bolehlah share kot2 ana pun nak daki gunung suatu hari nanti.... :-D
cayalah Daeng.... :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 13:40


tak ada lah banyak, biasa saja. Lagipun kadang-kadang satu ekspedisi tu banyak gunung kena tempuh dulu, contohnya nak naik gunung tahan kena tempuh beberapa gunung seperti Gunung berembun, Chamah, Rajah dan lain-lain.

Lagi contoh, masa ekspedisi merentas banjaran titiwangsa juga kena menempuh banyak gunung....

Teman cadang nak buat program Mendaki Gunung Ukhwah.com lah. Tapi takut warga Ukhwah muslimin dan muslimah rasa tak sesuai pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 14:13


Pada 04-12-08 13:40 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada lah banyak, biasa saja. Lagipun kadang-kadang satu ekspedisi tu banyak gunung kena tempuh dulu, contohnya nak naik gunung tahan kena tempuh beberapa gunung seperti Gunung berembun, Chamah, Rajah dan lain-lain.

Lagi contoh, masa ekspedisi merentas banjaran titiwangsa juga kena menempuh banyak gunung....

Teman cadang nak buat program Mendaki Gunung Ukhwah.com lah. Tapi takut warga Ukhwah muslimin dan muslimah rasa tak sesuai pula.


bagus juga idea tu akhi Daeng....
sekurang-kurangnya boleh dapat pengalaman dan timba lebih banyak ilmu.....
menerokai flora dan fauna ciptaan ALLAH....
melihat kebesaran dan keagungan kuasa ALLAH....
sokong...sokong....
tapi nak tengok pandangan warga ukhwah juga sebab ekspedisi sebegini sangat mencabar mental dan stamina juga...



Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 17:09


/

Gambar di atas contoh pemandangan Gua Musang. Gua Musang juga satu tempat yang sesuai untuk aktiviti reakreasi...

Kelihatan juga stesen keretapi Gua Musang. Ayuh kita meneroka sini pula.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 18:08


salam..
oh.. daeng ada plan ye..
sebelum ni memang ada planning.. dari peguin agaknya..
apa ye nickname dia.. lupa..ehhee..

tapi, hanya tinggal kenangan saja .
dalam planning tahun ni juga ada..
tapi, dek sibuk dengan tugasan aula'. tak dapat nak organize.

ha.. mybe daeng boleh organize.. tahun 2009..
teman dah naik gunung brinchang..di pahang.... best ;)
lain tempat.. bukit apa ye di lumut tu.. alamak lupa..
then the latest bukit larut..ehehe..

best masuk hutan ni.. adventure.. ;)

expidisi 7G hampir ss join..
tapi, dek taklifan sebagai ajk suaikenal untuk junior masuk di UUM
dua kali ss terlepas join kelab kembara ...

ntahlaa bila dapat lagi panjat gunung ni..
bila ye...??? (^-^)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 18:17


Teman boleh organize...
kena tengok masa yang betul-betul sesuai.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.303612 saat. Lajunya....