Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 24 hari yang lalu
izdham: 33 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 43 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: JEREBU DAN ANDA


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» JEREBU DAN ANDA

Please Mendaftar To Post


Oleh JEREBU DAN ANDA

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-08-05 00:59


Apakah itu jerebu ??

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3­, PM10, SOx dan NOx.

Apa kaitan jerebu dengan manusia ??

Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Apa yang menyumbang kepada jerebu ??

~Pembakaran secara terbuka
~Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
~Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
~Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
~Pelbagai semburan atau aerosol
~Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
~Mungkin juga pembakaran rokok !!!


Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.

Golongan yang berisiko tinggi-menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998) :

· Kanak-kanak dan bayi

· Orang tua

· Golongan berpenyakit seperti:
+ Asma
+ Bronkitis
+ Radang paru-paru
+ Penyakit paru-paru yang kronik
+ Penyakit jantung
+ Alahan

· Perokok

· Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah

Apakah kesan kesihatan kepada manusia??

1. Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2. Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
3. Kepala berasa berat dan sakit
4. Dada ketat dan terasa sesak
5. Letih yang berlebihan dari biasa
6. Ketidak stabilan emosi
7. Gangguan kepada hormone terutama wanita
8. Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
9. Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 : Sihat
51-100 : Sederhana
101-200 : Tidak sihat
201-300 : Sangat Tidak Sihat
> 300 : Berbahaya
(Sumber: JAS 1997)

Apa yang perlu anda lakukan??

~menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
~memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
~meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
~memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
~Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
~Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
~Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
~Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
~Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
~Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
~Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
~Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
~Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
~Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
~Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
~Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
~Pengharaman pembakaran secara terbuka
~Kawalan lebih ketat kepada industri.
~Mengurangkan waktu persekolahan .
~Mengurangkan masa bekerja
~Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
~Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
~Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
~Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara


(Sumber diperolehi dari:
dari.Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar Dewan Muslimat PAS Pusat.)


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...


Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091219 saat. Lajunya....