Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 3 hari yang lalu
azemi: 7 hari yang lalu
Firdaus15: 14 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 17 hari yang lalu
secureofficemovers: 18 hari yang lalu
Naqiu: 24 hari yang lalu
nawfaa79: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Sembang-sembang waktu lunch


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Sembang-sembang waktu lunch

Please Mendaftar To Post


Oleh Sembang-sembang waktu lunch

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-08-05 23:29


Pada suatu hari sewaktu lunch hour di sebuah negara yang bernama Negara Ketam, Perdana Menteri (PM) negara Ketam, 2 Timb. Perdana Menteri (TPM) dan penasihat kepada PM sedang menjamu selera di restoren sebuah hotel 5 bintang. Mereka berempat sedang bersembang tentang masalah-masalah negara mereka.

PM: Remaja-remaja dan kaum muda mudi kita sekarang ini banyak yang terlibat dengan masalah-masalah sosial. Mereka terlibat dengan pergaulan bebas, seks bebas, terlibat dengan dadah, terlibat dengan jenayah seksual, membakar kereta cikgu-cikgu mereka. Kenapa semua ini berlaku? Siapa yang bersalah dalam hal ini?

TPM 1: Tuan, tuan janganlah susah hati dengan perkara ini. Ini bukan salah tuan. Ini bukan salah kita sebagai pemimpin. Kita of course tidak mampu untuk mengawal semua remaja-remaja di negara Ketam ini sebab bilangan mereka terlalu ramai. Kita ada anak-anak kita sendiri yang perlu kita jaga. Saya rasa cukuplah dengan kita menjaga anak-anak kita sahaja. Yang penting untuk anak-anak kita, kita mesti menganugerahkan pelbagai tender dan jawatan-jawatan CEO dan pengarah-pengarah syarikat berhad negara kepada anak-anak kita. Dengan ini, hidup anak-anak kita akan terjamin. Actually tuan, masalah ini berpunca daripada kelemahan ibu bapa remaja-remaja dan juga cikgu-cikgu di sekolah yang tidak pandai mendidik murid-murid mereka di sekolah. As the result, remaja-remaja ini mudah terpengaruh dan terlibat dengan budaya-budaya kuning. Mereka bergelombang dengan hiburan. Mereka mudah mengikut kawan-kawan ke kelab-kelab malam, pub-pub, disko-disko, dan konsert-konsert. Lagipun, umat Islam di negara kita tidak menjalankan tugas mereka dalam menasihati remaja-remaja ini.

TPM 2: Saya rasa tidak patut kita letakkan semua kesalahan tersebut kepada ibu bapa, cikgu-cikgu di sekolah dan juga umat Islam negara Ketam. Saya rasa kita sebagai pemimpin juga mempunyai saham dalam menggalakkan dan menjadikan mereka remaja-remaja ini bergelombang dengan hiburan dan masalah-masalah sosial. Kitalah yang memberi kebenaran dan meluluskan permit untuk membuka kelab-kelab malam, pub-pub, disko-disko, dan dan kebenaran menganjurkan konsert-konsert artis-artis barat. 3 hari yang lepas juga Tuan baru sahaja merasmikan rancangan hiburan Akademi Fantasia dan Ketam Idol yang mana kedua-dua rancangan ini sememangnye menggalakkan hiburan dan pergaulan bebas antara muda mudi kita. Kita jugak membenarkan import rokok-rokok dan tembakau-tembakau ke dalam negara. Saya percaya Tuan sendiri tahu yang rokok-rokok inilah yang menjadi punca utama remaja-remaja lelaki terlibat dengan dadah.

PM: Datuk TPM 2, I don’t think I liked your tone just now. Be more careful with what you gonna say. Hhmm….sekarang ini, menurut setiausaha sulit saya, negara kita kekurangan bekalan air. Kebanyakkan empangan-empangan di negara kita juga telah surut paras air. Sekarang ini pulak musim panas. Ditambah pulak dengan keadaan jerebu yang sangat teruk. Pagi tadi nyaris-nyaris pemandu saya hendak melanggar Tugu Helang kat depan pintu masuk parlimen.

Penasihat PM: Tuan, keadaan dalam negara yang kekurangan bekalan air dan jugak decrease level of water kat empangan-empangan adalah fenomena biasa. Lihat sahaja di negara-negara jiran kita yang mempunyai 4 musim yang lain, mereka juga mengalami masalah yang sama. Bahkan mereka lebih teruk daripada kita apabile hutan-hutan di negara mereka terbakar akibat suhu musim panas yang tinggi. Cumanya, disebabkan kebakaran hutan di negara jiran, kita terpaksa berhadapan dengan jerebu.

TPM 1: Tuan, saya cadangkan supaya semua menteri-menteri cabinet diberi cuti bergaji dan disupport untuk pergi bercuti bersama keluarga ke luar negara semasa berlakunya jerebu sekarang ini. Jika kita masih berada di dalam negara, kesihatan diri kita, isteri-isteri kita, dan anak-anak kita akan terancam. Tuan, jika tuan dan menteri-menteri cabinet tuan jatuh sakit, maka negara akan berada dalam keadaan yang bahaya, tidak berpentadbir.

TPM 2: Datuk TPM 1, Macam mana pula dengan rakyat-rakyat kita yang lain? Adakah kita perlu tinggalkan mereka menghadapi jerebu yang bahaya itu? Bukankah ini suatu tindakan yang zalim, meninggalkan rakyat dalam kesusahan manakala menyelamatkan diri sendiri? Kalau kita hendak meluluskan cuti serta meluluskan penajaan jemaah menteri untuk bercuti bersama keluarga ke luar negara semasa jerebu ini, maka saya rasa semua rakyat negara Ketam juga turut sama berhak menerima penajaan bercuti ke luar negara kerana mereka membayar cukai kepada kerajaan. Bahkan gaji-gaji kita jemaah menteri, elaun-elaun kita jemaah menteri datangnya dari cukai-cukai dari rakyat….Tentang negara yang kekurangan air di musim panas ini dan juga isu jerebu yang melanda negara, saya rasa ada baiknya kita sebagai pemimpin-pemimpin ini muhasabah diri kita. Saya rasa kitalah punca kepada datangnya bala Allah SWT ini. Kita menganjurkan, membenarkan dan menyuburkan aktiviti-aktiviti maksiat dalam negara….Bahkan, idea tentang Islam Hadhari yang Tuan ambil sewaktu lawatan Tuan ke Malaysia jugak tidak dipraktikkan. Keadaan kita sekarang ini sama sahaja seperti Malaysia. Tidakkah Tuan nampak, semuanya ini adalah bala dari Allah SWT?

Penasihat PM: So Datuk TPM 2, adakah datuk mengatakan semuanya ini adalah salah Perdana Menteri? Adakah semuanya ini salah Islam Hadhari? Hati-hati dengan percakapan datuk. Jangan sampai buatkan PM marah.

PM: Sudah…sudah…Datuk TPM 2...kan saya dah warning Datuk tadi supaya hati-hati dengan apa yang datuk ingin cakap. Datuk nak saya humban datuk ke dalam penjara tanpa dibicarakan. Datuk jangan lupa di negara Ketam ini jugak ada ISA. Kalau sekali lagi Datuk bercakap benda-benda yang tidak seronok, yang merosakkan suasana, bercakap benda yang tidak menggembirakan hati saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengotakan kata-kata saya tadi.

Keempat-empat menteri berkenaan menghabiskan makanan mereka. Kemudian mereka keluar daripada hotel dan menuju ke arah kereta-kereta rasmi mereka dan kembali ke pejabat masing-masing.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 12-08-05 02:47 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

yuiummi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16610
Posting: 58
Dari: Jay Bee

Johor  


posticon Posting pada: 11-08-05 23:37


panjang sangat lah perbualan ni....takpela..
no komen...

Bookmark and Share

  


  Member Information For yuiummiProfil   Hantar PM kepada yuiummi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11374 saat. Lajunya....