Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Doktor Memeluk Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Doktor Memeluk Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Doktor Memeluk Islam

aina_nasuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1488
Posting: 144
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-03 21:20




Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sedikit-dikit.



Bookmark and Share

    


  Member Information For aina_nasuhaProfil   Hantar PM kepada aina_nasuha   Quote dan BalasQuote

AnisAqilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-07-03 08:34


Anis penah dengar cerita macam ni...

pada satu masa seorang doktor (tak pasti dari amerika atau britain) berada dalam keretapi di pakistan..sedang doktor tu mengelamun, orang pakistan yang duduk kat sebelah dia tu bersin dan mengucapkan alhamdulillah..lepas tu orang pakistan tu bersin lagi seraya mengucapkan Alhamdulillah..ditakdirkan tuhan, orang pakistan tu bersin sekali lagi dan mengucapkan Alhamdulillah..doktor tu bertanya kepada orang pakistan tersebut,
" Saya terdengar anda mengatakan sesuatu selepas setiap kali bersin..apa itu?"
Lalu orang pakistan itu menjawab,
"Saya mengucapkan Alhamdulillah"
"Apa maksudnya?" tanya doktor tersebut dengan berminat.
"Maksudnya Segala Puji Bagi Allah..untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah" jawab orang pakistan tersebut.

tidak lama selepas itu, doktor tersebut melakukan satu pembedahan di sebuah hospital di negaranya. ditakdirkan tuhan, semasa melakukan pembedahan tersebut..pesakit tersebut tiba-tiba bersin. Doktor itu terpaku sekejap kerana sewaktu pesakit tersebut bersin..seluruh organ di dalam badan berhenti berfungsi. Jantung pesakit tersebut langsung tak berdegup..
Setelah itu, doktor itu faham kenapa orang pakistan mengucapkan Alhamdulillah setelah bersin, Ini menunjukkan betapa Berkuasanya Allah SWT dalam penciptaan manusia.
Doktor lantas mendalami agama Islam dan menjadi seorang yang taat kepada suruhan-Nya..

-----------------

Tertawalah pada segala cubaan, kerana dunia ini hanya kosong belaka, terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan


Bookmark and Share

    


  Member Information For AnisAqilahProfil   Hantar PM kepada AnisAqilah   Pergi ke AnisAqilah's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 10:44


subhanallah....
segala puji bagi ALLAH..
ALLAHUAKBAR...
inilah kuasa ALLAH..
setiap kejadian itu ALLAH jadikan bersebab...
cuma kita manusia yg tak pandai menilai..

p/s..tak bijak...apalagi nak menunjuk pandai..
kalo salah tlg tunjukkan..
dlm berukhwah pasti ada rintangan...
jgn mengalah dengan cubaan...
semoga kita sama2 menimba ilmu di sini...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-07-03 15:17


alhamdulillah...semakin bertambahlah umat islam yang bertakwa di bumi Allah ni...jangan setakat masuk islam je tapi amal kosong

-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 20-07-03 16:21


Alhamdulillah...
Hafiz macam penah baca..cerita nie
tapi kat mane yer..
ape ape pun semoga
dirahmati Allah...semua
wasalam..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1794 saat. Lajunya....