Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 165
Ahli: 0
Jumlah: 165




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Darurat Mungkin Diisytihar...?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Darurat Mungkin Diisytihar...?

Please Mendaftar To Post


Oleh Darurat Mungkin Diisytihar...?

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 21:15


Darurat mungkin diisytihar -- Sekiranya kawasan dilanda jerebu bertambah serius


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kerajaan kemungkinan mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan yang teruk dilanda jerebu sekiranya keadaan itu bertambah serius.

Antara tindakan yang mungkin perlu diambil adalah menutup sekolah-sekolah dan mengehadkan waktu bekerja untuk mengurangkan pendedahan orang ramai kepada pencemaran itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem berkata, pengisytiharan sedemikian hanya akan dibuat jika tahap kualiti udara di kawasan-kawasan berkenaan mencapai ke paras kritikal atau berbahaya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Indeks Pencemaran Udara (IPU) belum mencapai ke paras itu. Ia mencatatkan paras tidak sihat.

IPU diukur secara: 0-50 Baik, 51-100 Sederhana, 101-200 Tidak Sihat, 201-300 Sangat Tidak Sihat dan 301-500 Berbahaya.

Sarawak merupakan negeri pertama di negara ini yang pernah diisytiharkan darurat jerebu iaitu pada 19 September 1997 apabila IPUnya mencatatkan angka melebihi 650 - paras ``Berbahaya'' paling tinggi dalam sejarah.

Serentak dengan perkembangan itu, kesemua pejabat kerajaan dan swasta, serta lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan, kuari dan sekolah di negeri itu diperintahkan ditutup serta-merta.

Hanya yang dibenarkan dibuka ialah kedai makan, pasar raya, farmasi, klinik dan hospital. Perkhidmatan pengangkutan awam turut dibenarkan beroperasi, manakala kenderaan-kenderaan persendirian dihadkan pergerakan.

Hari ini, IPU di lapan kawasan iaitu Ipoh, Seri Manjung, Tanjung Malim, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Nilai, Seremban dan ibu kota berada pada paras bacaan melebihi 100 yang merangkumi status tidak sihat.

``Apa yang kita lihat hanyalah penurunan kualiti udara dari sederhana ke tahap tidak sihat dan kita masih lagi berada pada zon yang selesa.

``Namun, kita akan memantau keadaan jerebu dengan rapi dan jika keadaan bertambah teruk, kita mungkin perlu melakukannya (melaksanakan tindakan drastik) selepas membincangkan hal ini di dengan Kabinet,'' kata Adenan pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kawalan Asap Kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang yang mengalami kemerosotan status kualiti udara dan jarak penglihatan sejak beberapa hari lalu.

Keadaan ini dipercayai berpunca daripada peningkatan beban pencemaran merentasi sempadan dari kawasan kebakaran di Sumatera ke Semenanjung di bawah pengaruh angin monsun barat daya.

Kesan pencemaran ini dijangka berlarutan beberapa hari lagi ekoran cuaca kering di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Utusan Malaysia di JAKARTA, ZULKIFLI HAMZAH melaporkan Badan Meteorologi Medan mengesan 333 titik panas di Wilayah Sumatera Utara bulan ini.

Pembakaran ladang dikesan semakin menjadi-jadi.

Di Pekan Baru pula, dilaporkan ribuan hektar tanah gambut terus terbakar sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Pembakaran yang mereka lakukan itu sebagai persiapan untuk kerja-kerja menanam semula kelapa sawit.

Ketua Badan Pengendali Kesan Alam Sekitar Riau, Chairul Zainal berkata, usaha untuk memadamkan api terus giat dijalankan.

Bagaimanapun, halangan utama ialah kesukaran pasukan pemadam untuk sampai ke lokasi.

Dalam hal ini, Adenan memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Alam Sekitar Indonesia bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik untuk menghentikan kebakaran-kebakaran di kawasan itu.

Apabila ditanya tentang langkah pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu, beliau berkata, ia mungkin wajar dilakukan jika keadaan bertambah teruk namun keberkesanannya tidak begitu baik.

``Langkah ini yang jatuh di bawah tanggungjawab Jabatan Meteorologi sebenarnya tidak akan banyak membantu dalam situasi ini kerana keadaan jerebu kita berpunca daripada kebakaran di negara jiran.

``Jadi, ia akan menghasilkan hujan di sini dan membantu pada jangka masa yang pendek sahaja,'' jelasnya.

Adenan memberitahu, beliau akan membincangkan Kabinet nanti mengenai cadangan untuk JAS mendedahkan IPU kepada orang ramai.

Buat masa ini maklumat mengenai IPU tidak didedahkan kepada orang ramai kerana ia terletak di bawah Bahagian Keselamatan Negara (bukan), Jabatan Perdana Menteri dan hanya boleh diumumkan oleh menteri berkenaan.

Adenan berkata, pihaknya juga akan turut mengambil kira kesan pencemaran ini ke atas kesihatan orang ramai dalam jangka masa panjang dengan mendapatkan kerjasama Kementerian Kesihatan.

****************************************************

ah....pening kepala...asap jerebu masuk bangunan...!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 22:16


Assalamualaikum

terkini...
dari tingkap bilik ofis ana ni di tgkat 30 ni ..dah tak nampak pun bangunan KTM (anggaran jarak 500 meter) dan bumbung masjid negara (anggaran jarak 200 meter)....tapi semuanya dah hilang ditelan asap jerebu, macam Al Dukhan..
1 kali rasa macam alam kayangan..
2 kali rasa macam kat genting pukul 7.00 pagi
3 kali rasa bau asap sampah....sesak nafas..
[ Telah diedit oleh: zulman pada 10-08-05 22:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-05 22:49


dah tak nampak bangunan yang biasanya nampak dari tingkap hostel...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-05 23:38


setiap yang berlaku bukanlah sesuatu yang sia2......ambillah hikmah dan pengajaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 01:42


UiA dah teruk sangat jerebunya...
ramai yang tak sihat...
jagalah kesihatan....
kurangkan aktiviti luar...
banyak minum air dan makan buah2an...
semoga Allah sentiasa bersama kita....
insyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 01:43


Kalau darurat adakah cuti akan di berikan ..emmm ok jugak, hehe(cuti lagi).

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

success
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17768
Posting: 50
Dari: bumi penyu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-08-05 02:05


hmm,tempat saya dah start cuti..klas semua cancel sampai hari jumaat..bestnyer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For successProfil   Hantar PM kepada success   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 02:10


salam,

peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat m'sia. bersyukurlah Allah masih sayang pada kita & tak dihantarnya bala yang besar seperti tsunami dan gempa bumi yang melanda Acheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 02:49


macam kat europe agaknya, waktu winter. alhamdulillah, ana diselamatkan dari jerebu

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 04:03


assalamualaikum....

oo.. cuace kat UIA dah teruk juga eak... keadaan yang sama juga berlaku di MMU,Cyberjaya... kami kat sini dah diisytiharkan cuti 2 hari... sebab paras sekarang ini dah mencecah 197 skala API(Air Polution Index)... tinggal 3 mata jea lagi nak mencecah ke paras sangat tak sihat.... :(

Wallahua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

dhuha
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6741
Posting: 28
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 04:50


Assalammualaikum..em,orang kat shah alam ni dah rasa betul2 sesk nafas..dah tak larat nak pndg sekeliling.rasa nak pejamkan mata aje.sesungguhnya ni peringatan buat diri kita yang sering lupa.di sebalik apa yang jadi Allah nak hantar mesej yang cukup besar untuk kita..sama ada kita received atau tak..sama ada kita received dan kita save dalam diri untuk renungan dan p'tingkatkn amalan @ kita received dan kita delete kan aje (mg2 kita tak tergolong dalam gol ni).kat sini orang dah dapat cuti.so,esk pg nak balik cpt2 cari udara yang segar dan nyaman kat bumi Allah ni....jom balik kampung ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhuhaProfil   Hantar PM kepada dhuha   Pergi ke dhuha's Website   Quote dan BalasQuote

laila_qaisy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17496
Posting: 74
Dari: punck perdana,u10

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 04:58


UITM shah alam cuti 2 hari sebagai langkah2 berjaga2..
pedih mata bila pergi kuliah...lepas itu ada test pula...rase2 ada effect tak??letih2 sama.....ramai bebeduak balik kampung....tapi saya still dok hostel ..kerja banyak..hehehehehe..dugaan Allah SWt kepada hambaNya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For laila_qaisyProfil   Hantar PM kepada laila_qaisy   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 07:23


Even kat Melaka pun dah dapat tempiasnya. Memang agak berjerubu sekarang. Malam pun sama jugak tahap 'kejerebuannya'. Ramai yang dah jatuh sakit, batuk lah demam lah. Ni lah natijahnya bila kita tak menjaga alam sekitar yang diamanahkan kepada kita sebagai khalifah kat bumi ni dengan baik. :-?


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 07:43


Bala dan Peringatan Allah......KL kan sarat dengan maksiat...........sekarang berlangsung minggu dedah tubuh badan wanita ( Kl Fashion Show )....Begitu juga dengan pameran Moto GT...

Gadis2 jepun yang berpakaian separuh bogel........menjadi model di samping kereta2 GT...

Nak tengok kereta pun boleh....nak undang bala pun boleh...malaysia boleh.....BOLEH BLAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 08:46


!!! QUOTE !!!

Bala dan Peringatan Allah......KL kan sarat dengan maksiat...........sekarang berlangsung minggu dedah tubuh badan wanita ( Kl Fashion Show )....Begitu juga dengan pameran Moto GT...

Gadis2 jepun yang berpakaian separuh bogel........menjadi model di samping kereta2 GT...

Nak tengok kereta pun boleh....nak undang bala pun boleh...malaysia boleh.....BOLEH BLAH....


macam mana kalau nak tukar warganegara? boringlah jadi rakyat M'sia ni.... dok sekali dengan beruang kutub ka, ok jugak!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 11-08-05 17:31


!!! QUOTE !!!


macam mana kalau nak tukar warganegara? boringlah jadi rakyat M'sia ni.... dok sekali dengan beruang kutub ka, ok jugak!


tak payah tukar warganegara... insyaAllah, TUKAR saja KERAJAAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 18:38


tukar Kerajaan?...... ish... payah tu. Kita kalau nak cakap tu mmglah mudah. Selagi sikap semua orang tak berubah macam mana nak tukar kerajaan.... tak mungkin ianya akan berlaku! Trengganu pun tak boleh nak manage, inikan pula satu malaysia...fuh! berat tu.... 'dulu' dari M dok atas takhta kurang lebih 20 th.... tak ada sapa pun yang dapat tumbangkan dia.... bla...bal...bla...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

cahaya_nur_iman
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16528
Posting: 13
Dari: tanah adriyana

north_korea   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 18:46


kerajaan tak bekal kan topeng pernafasan free ke kat setiap orang? teruk aa kerajaan m'sia ni...kondom dengan jarum nak kasi percuma. benda yang penting begini pun tak hendak kasi free ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_nur_imanProfil   Hantar PM kepada cahaya_nur_iman   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 18:50


Pada 12-08-05 18:46 , cahaya_nur_iman posting:

!!! QUOTE !!!

kerajaan tak bekal kan topeng pernafasan free ke kat setiap orang? teruk aa kerajaan m'sia ni...kondom dengan jarum nak kasi percuma. benda yang penting begini pun tak hendak kasi free ke?




semua benda nak freee....
haiii....

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_nur_iman
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16528
Posting: 13
Dari: tanah adriyana

north_korea   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 22:08


bknnye semua benda nak free lah..cuba baca balik apa saya tulis tu..kondom dengan jarum boleh pula kasi free..takkan pasal jerebu yang dah teruk ni tak boleh kasi free topeng tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_nur_imanProfil   Hantar PM kepada cahaya_nur_iman   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 23:33


ya.. saya setuju dengan pendapat cahaya_nur_iman.... :idea: ada logik juga....

wallahua'lam... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-08-05 00:35


kwn2 saya pun ramai yang batuk2,selsema,sesak nafas dan demam..
ni,baru orang-orang kat sekeliling..kalau seluruh malaysia tak tau lah..
pendek kata,dah tak nmpak lagi alam ciptaan allah yang indah dan mengasyikkan..sebab,ditutupi jerebu..

marilah sama2 kita berdoa agar tahap jerebu di negara kita brkurangan..sekaligus, no haze anymore!!!

insyaallah..


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 13-08-05 00:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

hilmy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21712
Posting: 44

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:03


kemingkinan kerajaan akan m'isyhtiharkan darurat..disebabkan.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hilmyProfil   Hantar PM kepada hilmy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.358541 saat. Lajunya....