Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 4 hari yang lalu
wyd1014: 12 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Pertembungan antara Pro-Kerajaan dengan Pro-Pembangkang:Malaysia Sukar Berubah


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Pertembungan antara Pro-Kerajaan dengan Pro-Pembangkang:Malaysia Sukar Berubah

Please Mendaftar To Post


Oleh Pertembungan antara Pro-Kerajaan dengan Pro-Pembangkang:Malaysia Sukar Berubah

your_brOther
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.07.2005
Ahli No: 17321
Posting: 25
Dari: Malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 00:00


http://siswazahmuda.blogspot.com

Melihatkan senario perkembangan mahasiswa-mahasiswa di seluruh negara sudah pastilah kita dapat melihat pertembungan yang hebat di antara mahasiswa pro-pembangkang dan pro-kerajaan. walaupun ramai di antara mereka-mereka ini menafikan kepentingan mereka terhadap jenama-jenama ini tetapi secara realitinya adalah benar.

Kita perlu mengakui bahawa pertembungan antara kelompok ini berlaku adalah kerana kecenderungan mereka terhadap parti-parti politik yang sedang merebut tempat di dalam pemerintahan negara.Pertembungan yang berlaku di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang amat menyamai pertembungan yang berlaku di antara kelompok mahasiswa ini. Perebutan kuasa,nilai mahupun merebut tempat bagi siapa yang benar dan siapa yang salah hebat berlaku di dalam arus politik negara. Dan ianya semakin menular dan hebat mempengaruhi kelompok mahasiswa-mahasiswa di semua tempat.



Ketidaksatuan di antara orang Melayu yang berlaku di dalam arus politik perdana ini mengundang kepada perpecahan di kalangan umat yang amat dibimbangi untuk masa hadapan.Tugas amanah kepada pemimpin untuk menyatu padukan seluruh umat tidak dapat dilakukan kerana pertembungan yang berlaku berdasarkan aliran yang berbeza.Harapan untuk melihat kesatuan ini agar dapat direalisasikan hanya dapat disandarkan kepada generasi pelapis yang akan mewarisi takhta pemerintahan negara.

Maka sudah pastilah harapan ini disandarkan kepada mereka yang sudah bergelut dengan pelbagai situasi dan kondisi seperti mahasiswa-mahasiswa dipelbagai peringkat. Akan tetapi sekira inilah yang berlaku pertembungan di antara kelompok-kelompok mahasiswa, maka sudah pastilah harapan yang dinyatakan tadi sukar untuk direalisasikan. Pendek kata Malaysia dulu,kini dan mungkin selamanya tidak akan berubah.

Oleh itu kepada mereka yang mendokong akan perjuangan "jenama" itu harus berubah. Apa salahnya untuk sekiranya kita menepikan pelbagai bentuk unsur-unsur untuk memecah belahkan perpaduan umat ini agar dapat kita sama-sama membina,melahirkan serta mencorak keadaan dan kondisi di masa hadapan demi kepentingan umat keseluruhannya. Apakah kita tidak mahu melihat kekuatan yang akan dilahirkan di atas sebab perpaduan ini dapat mencetus satu revolusi baru yang akan memberi manfaat kepada kita dan seluruh umat islam amnya? maka fikir-fikirkanlah....!


-----------------
Image hosted by Photobucket.com




Bookmark and Share

    


  Member Information For your_brOtherProfil   Hantar PM kepada your_brOther   Pergi ke your_brOther's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 00:06


Kumpulan siswazah pro islam dan kumpulan siswazah yang pro sekular.......mahasiswa pilih yang mana ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-08-05 01:17


tepuk dada, tanyelah iman di hati....nak bersengkongkol dengan pihak yang mengamalkan kezaliman, rasuah, kelentong dan menipu rakyat, kebas duit dan hak rakyat....atau nak bersama pihak yang ingin menegakkan agama Allah SWT dan menegakkan keadilan.

Allah SWT dah kurniakan akal fikiran....boleh bezakan yang hak dan batil...buatlah keputusan yang saksama. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

comel_asu
Warga Rasmi
Menyertai: 02.02.2005
Ahli No: 14066
Posting: 8

Melaka  


posticon Posting pada: 13-08-05 17:08


bukan kita yang memilih untuk di gelar pro aspirasi mahupun pro pembangkang. masyarakat sendiri yang meletakkan label itu kepada mahasiswa yang mirip kepada perjuangan 'jenama'yang di maksudkan..bila nampak segak dan berkepimpinaan, baik dengan menteri, dilabel nya orang itu pro kerajaan. manakala orang yang islamik sikit, selalu pergi masjid, ikut kuliah agama dan sebagainya, di label pulak sebagai pro pembangkang... sekarang siapa yang melabel siapa???
dalam keadaan umat islam yang sedang meruncing dengan masalah sosial yang tak terkawal ini,kita sememangnya perlukan perubahan..so, siapa yang yang akan merubah keadaan ini? kitalah, sebagai mahasiswa yang ada kesedaran tentang masalah ini.bukannya mereka yang menjadikan hiburan sebagai mata pencarian, menjadikan hiburan sebagai wadah untuk menenangkan jiwa...BUKAN...

anta/i sendiri anti kepada agen2 perosak remaja islam...
tepuk dada, tanya iman...

"MENEGAK KALIMAH ALLAH,MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" :roll:
[ Telah diedit oleh: comel_asu pada 13-08-05 17:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For comel_asuProfil   Hantar PM kepada comel_asu   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 17:33


Bagi saya sama saja tak kira mahasiswa itu pro apa? Bukannya mereka mapu melakukan sesuatu yang besar. Seperti Mahasiswa di negara Korea Selatan, Iran, dan Indonesia. Petembungan ini lebih kepada pertembungan politik untuk mendapatkan kuasa memegang tampuk kampus dan bukannya memperjuangkan idealisma.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-08-05 10:27


Cakap saja lebih...nasib baik UITM tak ada pro2 pembangkang...kalau tak, habis degree show aku...maklumlah..mamat2 serban ni mana boleh tengok fashion show..apalagi asp seni...mengelegak telinga dengar muzik alunan Academia Symphony Ochestra UITM...cuma nak tanya..ni yang bangkang sana sini , budak2 menganggur2..u all tolong apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 17:52


apa yang mereka perjuangkan sebenarnya...
sampai student2 biasa macam ana ni tersepit...
kalau sokong pro pembangkang...
nanti kemudahan yang dicite ta dapat pihak u sediakan...
kalau sokong pro kerajaan..
erm...ta tula na cakap bagaimana...

eeii..confusing..confusing...confusing...



:-? :roll: :-o :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 19:03


Pada 10-08-05 00:06 , mujahadatunnafsi posting:

!!! QUOTE !!!

Kumpulan siswazah pro islam dan kumpulan siswazah yang pro sekular.......mahasiswa pilih yang mana ?


Siswazah pro sunnah nabi tak ada ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092911 saat. Lajunya....