Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 2 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Macam Mana rasa Bila Mawi(AF) Menang ?(Manis Ke... Masam Ke?)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Macam Mana rasa Bila Mawi(AF) Menang ?(Manis Ke... Masam Ke?)

Please Mendaftar To Post


Oleh Macam Mana rasa Bila Mawi(AF) Menang ?(Manis Ke... Masam Ke?)

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 23:03


- "Assalamualaikum w.b.t

"Alamak, Kenapa bagi Mawi perform lambat sangat!", itulah antara rungutan kedengaran dari rakan-rakan yang 'dia-hard Mawi' apabila dengan tidak sabarnya menunggu-nunggu aksi Mawi di atas pentas. Apa yang pasti 'aksi' Mawi yang dilabelkan di dalam harian Metro sebagai 1 dalam 1000 amat ditagih oleh semua 'dia-hard fan' Mawi disegenap lapis masyarakat, terutamanya MELAYU. Untuk penonton yang bergelar mahasiswa yang mana mempunyai kemudahan Astro pasti tidak mempunyai masalah untuk terus 'tercongok' didepan TV untuk melihat konsert akhir AF itu.

Namun apabila dinobatkan Mawi sebagai Juara AF, maka 'Kebah'lah sudah demam yang melanda anak melayu Malaysia. Namun disini tidaklah saya mahu mengulas tentang apa yang berlaku di konsert itu, memandangkan saya pun tidak mengikuti secara langsung konsert itu di Astro(Maklumlah kat bilik saya mana ada Astro!). Cuma disini, saya ingin fokuskan 'lensa kehidupan' anda kepada apa yang berlaku disekitar kampus saya ini ketika dan sebelum berlangsungnya konsert tersebut.

SEBELUM KONSERT.

Pada ketika ini, sudah mula penyokong AF sibuk top-up telefon bimbit mereka semata-mata untuk menyenangkan mereka meng'vote' calon pilihan mereka. Maklumlah PTPTN dan JPA sudahpun 'masuk', jadi bolehlah mereka SMS habis-habisan malam itu. Jadi tidak hairanlah dilaporkan didalam Harian Metro bahawa peminat Mawi menghabiskan RM 12.5 Juta untuk 'vote' Mawi. Itu adalah cerapan yang dibuat dikalangan Mawi FC sahaja.Patutlah Pak Lah berasa kenaikan harga minyak baru-baru ini tidak menjejaskan rakyat Malaysia, mana tidaknya rakyat Malaysia 'kaya-kaya' belaka.

Bagi yang mempunyai 'teman wanita', inilah masa yang terbaik untuk berbincang dimana tempat yang sesuai unuk menonton Konsert AF yang akan berlangsung. Di dalam kampus saya ini, telahpun mempunyai 4 pengkalan utama(yang saya tahu) untuk menonton Astro samaada di Bilik TV(yang disambungkan Astro,masing-masing 1 di Desa Jaya dan Lembaran) ataupun di 2 Kafetaria di Desa Jaya. Namun bagi yang inginkan 'privacy' ada yang memilih untuk menonton Astro di luar kampus, bersama-sama 'fan club' masing-masing.

Sedangkan pada masa sama, saya cuba memerhatikan kelibat pelajar-pelajar CINA di kampus saya ini, rata-rata mereka nampaknya lebih 'tenang' berbanding pelajar-pelajar MELAYU. Bilangan kaum CINA yang menonton memanglah ada, namun bilangannya amatlah sedikit berbanding MELAYU.

SEMASA KONSERT

Jika di dalam kuliah, pelajar MELAYU lebih 'gembira' untuk berada di barisan belakang,namun apabila 'Kuliah Akademi Fantasia' berlangsung, lain pula ceritanya ! Pelajar MELAYU awal-awal lagi sudah 'tercongok' didepan TV. Bagi yang menonton di Kafetaria, minuman dan makanan sudah ada di tangan cuma menunggu 'Prof Madya Aznil' membuka tirainya sahaja.

Agak lama juga konsert itu berlangsung,namun para pelajar 'Kuliah Akademi Fantasia' masih dahagakan aksi calon-calon pilihan mereka beraksi. Jika di kuliah Universiti, 1 jam waktu pembelajaran, sudahpun ada yang inginkan 'waktu rehat' tetapi tarikan kuliah ini amat luar biasa, 3 atau 4 jam didepan TV umpama 30 minit sahaja bagi mereka.

Itulah Kehebatan mahasiswa MELAYU berbanding mahasiswa CINA !

SENARIO PELIK AF.

Satu lagi fenomena pelik yang berlaku disini adalah jika dahulu, seandainya seseorang penyanyi 'lupakan' lirik lagu atau sumbang suaranya apabila 'perform' diatas pentas, sudah pasti para peminat mereka akan 'sedih' dengan prestasi idola mereka, tetapi di AF makin 'lupa' lirik seseorang itu, makin tinggi pula rating untuknya menang ! Mungkin sejarah Pengetua AF kali ini(M.Nasir) yang suatu ketika dahulu 'lupa lirik' ketika beraksi di Juara Lagu TV3 membuatkan generasi baru mutakhir ini lebih suka untuk memilih idola yang 'suka lupakan lirik' agaknya.

Apa tidaknya, hampir kesemua rakaman VClip yang melibatkan nyanyian Mawi (terutamanya part yang Mawi lupa lirik) sering dimainkan berulang-ulang kali oleh peminatnya ! Sehinggakan ada yang berkira-kira seandainya Mawi masuk Malaysia Idol, Mawi pasti menang !

Betulkah sebegitu...? Apa yang saya tahu hanyalah menjadi pendengar yang setia dan terus tersenyum.(Nak ditegur apa 'kebendanya' bila 'kuasa' tidak diberikan kepada pemimpin pro-islam yang wujud di dalam kampus!)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_qistina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7091
Posting: 137
Dari: uum sintok

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-08-05 23:14


saya tengok saja...tak tahu nak komen apa...mmgla af tu xbaik...tapi fenomena mawi ni memang macam pelik sikit...ala sbnrnyer sebab nasyid tu yang membawa perubahan dalam arus af dan astro sendirik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_qistinaProfil   Hantar PM kepada puteri_qistina   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 23:48


Dipetik dari laman web PAS Kelantan

Konsert Mawi Di Negeri Kelantan


KOTA BHARU, 9 Ogos – Biar pun baru dinobat sebagai juara Akademi Fantasia 3, Mawi kini sudah ‘dipinang’ kerajaan Kelantan bagi mengadakan persembahan hiburan alternatif di negeri ini, tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam. Ikuti pelbagai isu menarik disentuh termasuk poligami dimuat pada edisi Harakah cetak yang akan berada di pasaran Khamis ini.
“Boleh jadi kita buat konsert. Kita akan jemput sama ahli kesenian lain yang banyak khidmat kepada Islam. Kita gabung dalam satu konsert, dan tajuknya terpulang kepada pihak penganjur.

“Apa yang penting dia sudah bersetuju untuk datang ke Kelantan. Benda ini saya hendak sebut lama dah, tapi ketika itu khuatir boleh mempengaruhi pertandingannya dalam Akademi Fantasia. Pada konsert itu saya minta rakyat Kelantan datang beramai-ramai,” katanya.

Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani, 24 menjadi ‘kegilaan’ remaja sehingga mendapat undi paling banyak pada pertandingan merebut juara Akademi Fantasia 3 baru-baru ini. Ada tanggapan mengatakan kejayaan itu disebabkan beliau bekas pelajar sekolah agama, pernah menjadi bilal dan johan musabaqah.

Menteri Besar berkata, Mawi difahamkan mempunyai pendirian sendiri, tidak terpengaruh dengan artis-artis dari Eropah yang menggambarkan imej duniawi. “Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu harga diri dan tahu agamanya.

“Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang ke Kelantan. Dan saya difahamkan Mawi akan hadir pada satu persembahan yang akan diadakan di sini tidak lama lagi,” ujarnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 00:07


secara jujur....tak pernah tengok mawi menyanyi...
tak terasa kepingin pun nak tengok dia...
saya orang johor...tak bangga pun jadi orang johor kerana dia...
banyak lagi perkara lain yang boleh dibanggakan...
sebenarnya....kesianlah kat diri kita yang terlalu mengagung2kan manusia smpi lupa pada Pencipta manusia...
wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 00:17


Ana dimaklumkan oleh sahabat yang mawi akan menurut peraturan yang kerajaan kelantan tetapkan....

Mawi akan diberi garis panduan khusus dan suasana yang akan berlaku kalau perkara ini diizin Allah SWT tidak akan berlaku sebagaimana di AF.

Peminat lelaki perempuan juga akan diasingkan tempat duduk........dan akan diselitkan mesej-mesej islam kepada peminat2 mawi yang hadir....

Ini bertujuan mendidik mawi dan juga masyarakat....dalam memilih hiburan sebenar yang diredha Allah....

Walaubagaimanapun, tidak ada yang dapat menghalalkan tindakan mawi sebelum ni....cuma sekarang PAS dilihat cuba mengambil kesempatan tarikan mawi pada masyarakat untuk menarik mawi sendiri dan juga masyarakat yang meminatinya.....


Mudah-mudahan ia berjaya............

Bagaimana pula kontrak mawi dengan Maestro, tidakkah mawi terpaksa mengikut lagi peraturan jahiliah Astro ini...untuk berjoget dan bermaksiat.....ataupun mawi yang akan dapat mengenakan syarat....ENTAHLAH......tunggu dan lihat

Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-05 00:31


"secara jujur....tak pernah tengok mawi menyanyi...
tak terasa kepingin pun nak tengok dia...
saya orang johor...tak bangga pun jadi orang johor kerana dia...
banyak lagi perkara lain yang boleh dibanggakan...
sebenarnya....kesianlah kat diri kita yang terlalu mengagung2kan manusia smpi lupa pada Pencipta manusia...
wallahua'lam..."

betul tu wafa_mawaddah, saya pun orang johor juga.... banyak lagi isu2 yang penting selain isu mawi..... kita sekarang sudah diakhir zaman.... suka tak suka kiamat makin hampir... kubur dah menunggu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 00:32


mawi.. mawi.. :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-08-05 01:22


feel nothing 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-05 01:35


macam2 dengan mawi ni...
entahlah...dengar jugak lah sikit suara dia ni kat radio...tak lah sedap sangat pun...
mungkin sebab dia ni lain sikit dari semua pelajar AF tu agaknya, tu yang terlebih popular tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 10-08-05 03:22


ntahnyer..
kawan-kawan asyik duk ngajak saya pergi nengok af..
tapi..tak pernah tengok pun..eh.
ada laa sekali tengok..itu pun sebab restoran tu pasang af..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

nisa_maisarah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11031
Posting: 17
Dari: bumi Allah

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-08-05 03:49


assalamualaikum...

tak tau nak komen apa sangat...mule2 masa kawan cerita pasal mawi....macam best saja...sebab dia bawak penampilan islamic kan...lepas itu lame2 macam dia pun terikut2 dengan gaya af tu....sayang lah...tak dapat bagi contoh terbaik jgak...tapi maybe sebab dia terpaksa tolong family kan...
nak dapat duit cepat...masuk saja lah...
Kalau diamati...macam menggunakan islam untuk kepentingan diri...tapi apapun...wallahua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_maisarahProfil   Hantar PM kepada nisa_maisarah   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 04:12


salam..

erm..tak habis lagi ke cerita pasal mawi ini?rasanya better cakap benda lain yang rasanya lagi berfaedah...kat ukwah ini rasanya dah beberapa posting asyik pasal mawi saja kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127792 saat. Lajunya....