Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bekas tahanan DEDAH KEZALIMAN ISA!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bekas tahanan DEDAH KEZALIMAN ISA!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Bekas tahanan DEDAH KEZALIMAN ISA!!

bie_feelhoney
Warga Rasmi
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17790
Posting: 20
Dari: marikh kut!!

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 21:08


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Tanggal 1 Ogos 2005 genaplah 45 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri digunakan kerajaan terhadap ribuan rakyat atas alasan keselamatan dalam negara.

Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada era 60 an yang dikenali sebagai Lee Ban Chen, 63, yang ditahan pada tahun 1967 dan di bebaskan pada 1974 menceritakan keperitan ditahan di bawah akta 'draconian' itu.

Ikuti pengalaman Ban Chen semasa di tahan di bawah ISA, yang turut diceritakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sempena genapnya 45 tahun ISA pada pertemuan 1 Ogos lalu di Pejabat Suhakam.

Bila saya ditahan di bawah ISA pada tahun 1967, saya adalah Setiausaha Organisasi Kesatuan Pekerja-perkerja Ladang Malaya Bersatu (UMEWU) yang secara aktif terlibat dalam memimpin pemogokan pekerja Ladang Bukit Asahan di Melaka dan Ladang Triang di Pahang.

Pemogokan Ladang Bukit Asahan tercetusnya pada 25 Febuari 1967 dan mulai bekerja pada 11 Mei setelah mencapai penyelesaian selepas berjuang selama 75 hari.

Sedangkan pemogokan Ladang Triang tercetus pada 22 Mac 1967 dan gagal setelah ditindas dengan kekerasan secara bengis pada 12 Jun, lalu disusuli dengan pemecatan kesemua pemogok pada penghujung bulan Jun dan akhirnya diusir keluar dari Ladang Triang pada permulaan bulan Ogos 1967.

Pemogokan terbabit dijalankan semata-mata untuk mempertahankan hak pekerja untuk berkesatuan, menentang pemecatan pekerja secara sewenang-wenangnya dan menuntut layanan dan kebajikan pekerja yang sewajarnya.

Oleh kerana Kerajaan Perikatan masa itu mengamalkan dasar pekerja yang pro-pemodal asing dan majikan dan bermusuhan dengan kesatuan pekerja yang progresif, maka majikan-majikan telah bersekongkol untuk menumpaskan perjuangan kaum pekerja.

Maka bukan sahaja kekerasan samseng, pasukan FRU dan Polis pencegah rusuhan sering digunakan untuk mematahkan pemogokan, padahal pendaftaran UMEWU telah digantung dan seramai 21 orang pemimpin dan petugas kesatuan telah ditahan di bawah ISA selama beberapa tahun sehingga 15 tahun.

Maksud penahanan jelas sekali ialah untuk 'turn-over' kami supaya mengkhianati perjuangan pekerja dan menyokong dasar kerajaan yang pro modal asing dan majikan.

Dalam tujuh tahun penahanan terutamanya dalam 60 hari pertama saya telah mengalami pelbagai seksaan mental dan fizikal, termasuk;

Saya tidak dibenarkan berjumpa dengan peguam dan ahli keluarga pada peringkat penyiasatan.

Saya dituduh sebagai anggota kongsi gelap dan dimaki hamun, dilucutkan semua pakaian, diugut oleh beberapa orang Pegawai Cawangan Khas (SB) yang berbadan besar dan berwajah bengis.

Saya ditawarkan jawatan dalam SB dengan jaminan masa depan saya tentu cerah sekali kerana kononya saya lebih hebat daripada Lim Chin Siong dan Fong Swee Suan, dua tokoh gerakan pekerja dan politik kiri di Singapura.

Saya dipujuk untuk ' balik tongsan' secara sukarela, hujah mereka saya lebih sesuai dengan keadaan China yang telah melaksanakan sistem sosialisme, kerajaan akan membiayai segala perbelanjaan perjalanan saya ke sana termasuk ahli keluarga yang sudi pergi bersama saya.

Saya 'dibrainwash' oleh pakar-pakar psikologi yang terdiri daripada 'veteran revolusi' supaya saya patah semangat dan mengkhianati perjuangan pekerja.

Saya diberi pilihan sama ada bekerjasama dengan SB dan dibebaskan atau 'reput dalam penjara'.

Saya dibelasah bersama beberapa orang tahanan yang lain oleh beberapa orang warden yang diketuai oleh warden yang digelar dengan panggilan yang menjelekkan, seorang yang dianggap 'terrorist' dalam kem Batu gajah pada sekitar tahun 1967 kerana kami bernyanyi dalam bilik tahanan.

Saya mogok lapar untuk membantah insiden tersebut dan meminta supaya pihak Kem meminta maaf, menghukum pesalah dan menjamin hak tahanan untuk menyanyi tidak akan diganggu lagi pada masa akan datang.

Berbanding dengan tahanan-tahanan ISA lain yang diseksa sehingga mengalami ganguan mental atau terus tidak waras, cuba membunuh diri atau sudah membunuh diri, seksaan mental dan fizikal.

Boleh dikatakan terlalu ramai mangsa dan insiden penyeksaan tahanan telah berlaku di negara kita. Tentu ramai sudah meninggal. ramai yang belum pulih dari keganasan dan pengganas putih yang mereka alami.

Ramai yang cuba hendak melupakan pengalaman yang dahsyat itu. Mungkin ramai juga yang enggan tampil ke depan untuk membuat testimoni kerana takut dibalas.

Tentu pula ramai yang tidak percaya siasatan yang berkesan akan dilakukan dan keadilan akan tercapai.

Bagaimanpun saya berharap Suhakam akan berusaha dan mengambil tindakan yang telus dan berkesan agar lebih ramai mangsa penyeksaan di bawah ISA akan tampil ke depan.

Moga-moga pada suatu hari nanti, pesalah-pesalah dan penjenayah-penjenayah terbabit dapat didedah, dikenalpasti dan dibawa ke mahkamah untuk diadili.

Yang penting sekali, ISA hendaklah dimansuhkan dengan segera dan semua tahanan ISA dibebaskan dengan segera atau didakwa mahkamah terbuka.


-----------------
tidaklah tanah menumpangkan rumput..
tidaklah bulan menemani bintang..
tidaklah adam bersama hawa..
jika bukan kerana CINTA...


Bookmark and Share

    


  Member Information For bie_feelhoneyProfil   Hantar PM kepada bie_feelhoney   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 21:22


bie_feelhoney, semak dulu topik sebelum buka yang baru. topik yang sdri buka semuanya topik yang berulang. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 21:58


ni lah akibatnya masuk tak beri salam.

ps: orang baru dinasihatkan join perbincangan dahulu. dah biasa nanti baru buka topik baru.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 01:13


Ana baru nak bagi komen...hem tak jadilahh.... :oops:


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-08-05 01:29


apa salahnya!!
kita ni insan.......pelupa
walau apa pun saya hargai initiative bie-feelhoney to refresh history!!

kekadag tu nampak macam portal ni milik peribadi aje!!! maaf ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 01:41


bagi yang merasakan portal ni bukan milik anda....nasib lah.

ps: :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 01:56


dah lari topik pulak. kita menumpang rumah orang, perlulah ikut peraturan tuan rumah. bukan begitukah ezad? ;-)

ahli-ahli ukhwah, bacalah peraturan berforum terlebih dahulu. :-)

!!! QUOTE !!!

ETIKA FORUM

- Ahli hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan santun. Penggunaan bahasa yang kasar dan keras seperti ‘gua’ dan ‘lu’ adalah tidak dibenarkan. Bahasa sihat dan IRC juga tidak dibenarkan sama sekali.
- Perbincangan hendaklah berada dalam keadaan aman, damai, dan harmonis agar mencapai kata sepakat dari perbincangan bukan untuk menghentam atau memalukan mana-mana pihak. Perbincangan yang terlalu agresif akan dikunci untuk kebaikan ahli.
- Perbincangan mengenai politik hendaklah global dan tidak mengena mana-mana parti.
- Posting yang diambil dari web lain (copy and paste) hendaklah dinyatakan sumber dan dihuraikan dahulu.
Pastikan topik berkenaan dalam ruangan yang sepatutnya. Elakkan masalah salah ‘landing’.
- Pastikan topik yang hendak dihantar belum dibincangkan lagi. Sekiranya sudah ada, ahli hendaklah menyambung perbincangan tersebut sahaja. Topik yang sudah dikunci adalah dilarang untuk dibuka semula melainkan dengan budi bicara pihak pengurusan.

- Pastikan topik yang dibincangkan mempunyai mesej yang hendak disampaikan bukan sekadar mengejar juara carta sahaja.
- Iklan jualan adalah dilarang sama di forum kecuali barang yang telah mendapat keizinan pihak pengurusan Portal.
- Setiap program yang diiklankan atau dibincangkan di dalam Portal Ukhwah hendaklah dijalankan bersama dengan Portal Ukhwah atau sekurang-kurangnya mempromosikan Portal Ukhwah.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kenyataan atau perbincangan ahli


- Peraturan dan Etika
- Posting Berulang
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 04-08-05 01:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 02:50


kalau semua nak refreshkan memori/refreshkan history, maka beribu2 tajuk topiklah yang kita akan ada nanti.

ps: tuan rumah pun suruh buat macam rumah sendiri + dengan etika.

ps lagi: silalah baca apa etika forum yang n_farhanah dah beri tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

bie_feelhoney
Warga Rasmi
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17790
Posting: 20
Dari: marikh kut!!

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 05:05


wokay..
saya minta maaf ok!
kawan2 buleh maafkan kan..
saya orang baru..

sedikit pesanan:
tegurlah secara berhikmah,hati insan tak siapa menduga..
ada yang kebal..ada yang mudah terasa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bie_feelhoneyProfil   Hantar PM kepada bie_feelhoney   Quote dan BalasQuote

bie_feelhoney
Warga Rasmi
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17790
Posting: 20
Dari: marikh kut!!

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 05:06


jangan sampai madu..akan hilang manisnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bie_feelhoneyProfil   Hantar PM kepada bie_feelhoney   Quote dan BalasQuote

dehearty_ku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7288
Posting: 35
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 05:24


anda ni..
tak salah forum berulang kembali..
mungkin untuk tatapan ahli2 baru..
buktinya,tengok dah berapa yang baca topik ni??
kalau topik ni dah BASI ,mesti orang tak baca..

APAPUN..teruskan bie_feelhoney..
jangan peduli kata orang!!
kalao rasa diri betul..teruskan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dehearty_kuProfil   Hantar PM kepada dehearty_ku   Pergi ke dehearty_ku's Website   Quote dan BalasQuote

dehearty_ku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7288
Posting: 35
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 05:25


mungikn juga..
buka topik baru ni hobi bie_feelhoney..
kehkekehkeh..
tak begitu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dehearty_kuProfil   Hantar PM kepada dehearty_ku   Pergi ke dehearty_ku's Website   Quote dan BalasQuote

dehearty_ku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7288
Posting: 35
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 05:30


:-o
[ Telah diedit oleh: dehearty_ku pada 04-08-05 05:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For dehearty_kuProfil   Hantar PM kepada dehearty_ku   Pergi ke dehearty_ku's Website   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 06:39


bie_feelhoney: ana rasa teguran tu dah cukup berhikmah. tapi kalau masih terasa, i'm sorry. :-)

dehearty_ku: ana hanya mengulang semula teguran Admin & beberapa rakan ukhwah yang lain sebelum ini. kalau rasa topik dah BASI, naikkanlah semula dengan hantar posting baru. tak susah, kan? ;-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 04-08-05 06:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 18:42


ye betul tu n_farhanah.

ps: alaa... tak payah nak terasa-terasa lah.

ps lagi: bak kata dehearty_ku, kalau rasa betul teruskan, tapi biarlah beretika.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 20:32


Dah lah tu....jangan gaduh-gaduh....islam tak ajar orang untuk kurang ajar....berhikmahlah sebaik mungkin...ok, janganlah kita cepat melenting dengan teguran...

......Semoga Ukhwah terjain dengan harmoni hendaknya.....


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 22:15


kurang ajar tak apa lagi, jangan tak makan diajar.

ps: siapa rasa nak terasa, ikutlah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.250742 saat. Lajunya....