Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 231
Ahli: 0
Jumlah: 231




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: MENCARI CINTA atau MENCARI DOSA


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» MENCARI CINTA atau MENCARI DOSA

Please Mendaftar To Post


Oleh MENCARI CINTA atau MENCARI DOSA

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 03-08-05 16:55


Dewasa ini, kita banyak "dirasuah" dengan pelabagi program realiti TV.... Namun, dalam banyak-banyak rancangan tersebut, saya agak tertarik untuk membincangkan mengenai rancangan ini....Sedih sengguh saya melihat rancangan "Realiti" yang ini....Terlalu murah rasanya maruah seorang Hawa dan terasa dipijak-pijak martabat seorang kaum Adam( sebenarnya 10 orang )..Mungkin salah seorang daripada lelaki tersebut tak sanggup nak tanggung malu, maka dia undur dir, maka tinggallah hanya 9 orang....Mereka merebutkan seorang wanita yang tidak pasti apa takdirnya... Mengapa perlu sampai macam tu sekali mereka terkejar-kejar dan terhegeh-hegeh terhadap seorang wanita yang "kurang sempurna" .. Kalau wanita yang mereka rebutkan itu memiliki pegangan agama yang bagus, boleh juga kita timbangkan...Tetapi, apa yang saya lihat, aurat sendiri pun dia susah nak tutup.......Sejujurnya saya bagitau, wanita tersebut adalah kakak ipar kepada kawan saya...Ya Allah, malunya saya....Nasib baik kawan tersebut tak macam tu....
    Bukan niat saya nak mengata atau memburukkan wanita tersebut atau pun lelaki-lelaki yang agak kurang "ilmu" tersebut tetapi wajarkah rancangan sebegitu wujud dalam kelompok kita ini? Seorang wanita yang bukan muhrim bergurau senda dan ber"dating" dengan ramai lelaki yang bukan muhrimnya... Walaupun wanita tersebut mencari jejaka sbagai pasangan hidupnya namun jika bukan kehendak ALLAH, buat lah apa pun, tetap tak akan berlaku.... Saya tengok rancangan tersebut bukan kerana taksub, tetapi saya nak lihat apa yang sanggup lelaki2 tersebut lakukan demi " MENCARI DOSA "...
    memang betul seperti kata salah seorang peserta lelaki " kami bukan buat apa-apa pun" tetapi kalau ALLAH dah tentukan hukumnya tak boleh, maka tak boleh lah...memang tak buat apa-apa sebab semua memerhati, tetapi kalau tak ada yang memandang cuba bayangkan apa yang terjadi......
Bagaimana pula pendapat saudar-saudari yang lain? Sedih sungguh saya... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 17:21


i definitely agree with you Akhi_Arab.
apa yang ana perhatikan sekarang, kita asyik terikut-ikut negara barat.
boleh dikatakan hampir kesemua rancangan realiti tv di malaysia ni tak bermanafaat.
apa yang ana kesalkan,rancangan2 sebegini bakal melahirkan lebih ramai remaja dalam dunia hiburan.
ini mungkin menggalakkan maksiat...wallahu a'lam.
berbalik pada rancangan mencari cinta,...
memang membawa kearah maksiat yang nyata.

orang pejabat agama sibuk tangkap pasangan yang buat maksiat,
kat TV pula kita dihidangkan dengan rancangan orang buat maksiat.
memang mereka kata tak buat apa-apa,
tapi Allah dah kata dalam alQuran,
"wala taqrabuzzina".

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

aprill
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17649
Posting: 91
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 17:33


saya pun setuju dengan nurhaziqah.maaflah...saya ni baru join .tak banyak ilmu jugak tapi pasal topik ni memang saya tak berkenan sangat dengan cara mereka 'mencari cinta'.tak taulah mereka ni betul2 nak mencari ataupun saja nak promote diri.sanggup bersaing dengan 8 orang yang lain semata- mata nak dapatkan seorang perempuan.tu macam dah kes basi.kasihan terpaksa berkongsi kasih ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aprillProfil   Hantar PM kepada aprill   Quote dan BalasQuote

srikandi_anisz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7798
Posting: 35
Dari: negeri yang bersih lagi aman...

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-08-05 17:45


assalamualaikum...

saya pun pernah dengar pasal mencari cinta..tapi belum pernah tengok lagi cerita itu..huhu...ada juga ye cerita macam ini...dunia...dunia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_aniszProfil   Hantar PM kepada srikandi_anisz   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 03-08-05 18:05


Kalau kita perhatikan, hampir semua peserta yang menjayakan rancangan ini memiliki wajah yang agak sempurna, kerjaya yang agak baik dan dari golongan elit dan berpelajaran...Tetapi sayangnya Akal mereka tak mampu nak menimbang tentang halal dan haram..Nampak macam tak ada apa-apa tetapi hakikatnya itu adalaha salah....
Kalau Allah dah tentukan belum jodoh mereka, masuk ruangan / rancangan/ program realiti ke program tak real ke, memang tak akan sampai jodoh tersebut.... Cuba bayangkan, maruah seorang lelaki setelah tersingkir dari rancangan tersebut...Apa yang anda rasa.....Ya Allah, Syukran kerana masih memberi aku kekuatan dan menjauhkan aku dari larangan tersebut..aku pinta dari MU agar tetap memelihara aku dari kejahilan yang tak di ingini..Amin Ya Rabb..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-08-05 18:23


Pada 03-08-05 18:05 , Akhi_Arab posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau kita perhatikan, hampir semua peserta yang menjayakan rancangan ini memiliki wajah yang agak sempurna, kerjaya yang agak baik dan dari golongan elit dan berpelajaran....


saya setuju. saya rasa kalau mereka menyuruh keluarga yang carikan pun tak apa. lagi pun latar belakang ok. ekonomi mantap...


-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka


Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

Ms_Nik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1455
Posting: 105
Dari: Malaysia Bumi Bertuah

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-05 19:12


dunia dah akhir zaman...itulah realitinya...macam dah tak ada program lain dah nak disiarkan...tapi ana rasa macam tak realiti juga program ni...takkanlah peserta2 tu tak terpikir betapa tak cerdiknya mereka merebut cinta seorg wanita sdgkan ramai lagi wanita di luar sana yang jauh lebih baik InsyaAllah...lagipun they've their own career dan bereducated juga lah...apa susah nak cari teman hidup kan..

tapi nampak sgtla...igt senang ke nak buat pilihan 9 orang yang tercalon tu...uish, ini bukan pilih barang..tapi pilih orang...masing2 ada kelebihan dan kekurangan...wallahua'alm

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ms_NikProfil   Hantar PM kepada Ms_Nik   Quote dan BalasQuote

Redth
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 796
Posting: 65
Dari: South Province Wellesley

iran  


posticon Posting pada: 04-08-05 19:32


Assalamu'alaikum...

aku tak sangka rupanya dalam arus kemodenan ini, orang kita sanggup diperlakukan sebagai bahan ketawa. Betul, best man wins, tapi di mana nilai-nilai yang kita pertahankan selama ini? Kadang-kadang aku tak faham (walau aku mengerti ada kalangan desperado yang berasakan agak terlalu lama hidup keseorangan) mengapa jalan demikian jadi pilihan. Bukannya aku beranggapan jodoh pertemuan datang sendiri kerna aku penuh percaya usaha dan tawakal harus dimulai namun tidak seharusnya cara sebegini. Adilkah lelaki seolah-olah tiada lagi pilihan justeru melakukan apa segala bagi memenangi hati bakal mertua. Bahasa mudahnya, seperti diistilahkan Ujang, beli jiwa. Orang boleh jadi berkata, "Alah, lelaki.". Barang harus diingat, lelaki juga manusia, ada hati ada rasa, kalau sembilan orang lelaki itu digantikan dengan wanita, agaknya bagaimana pula? Adakah feminists akan menjerit serata massa, melaungkan keadilan untuk kaum Hawa? Rendahnya martabat seorang lelaki di kaca tivi sedangkan "lah-rijaalu qauwaamuuna 'alannisak". Mungkin aku terlalu konservatif dan tradisional, barangkali. Aku pernah tersedar hakikat itu. Cuma aku bertanya kembali kepada diriku, "Kalau tiada lagi idealisme sebegitu, apa lagi yang tinggal padaku?".

Bookmark and Share

    


  Member Information For RedthProfil   Hantar PM kepada Redth   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 20:27


Assalamualaikum...

macamtulah orang melayu...apa yang barat buat semua nak ikut...sebab mereka tahu rating rancangan sebegitu selalunya tinggi dan akan dapat sambutan...untung pun banyak...nak mencari cinta bukan dengan cara begitu pun boleh...
entah apalah nak jadi dengan masyarakat melayu yang lebih2 lagi beragama Islam ni...
melayu yang semakin 'melayu' dan telah lama layu...

Wallahu A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 05-08-05 06:32


kita m'cari cinte,
malangnye bertemu dose.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

faizbukharyy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 07:07


asssalamualaikum.....

MENCARI ....identiti sendiri yang hilang akibat terikut barat ...Realiti TV macam macam ada ...entahla ....segelintir bangsa melayu ni suka sangat copy dan paste ...saja banyak buruk berbanding baiknya .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizbukharyyProfil   Hantar PM kepada faizbukharyy   Quote dan BalasQuote

suz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13406
Posting: 122
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 16:38


sekarang dah akhir zaman..macam-macam perkara pelik dan tak patut buat tapi buat jugak.siri MENCARI cinta tu,saya rasa malaysia tiru 1 rancangan yang popular kat US.Dah lupa pula nama rancangan tu.... :roll: :roll:
Mereka ingat...tiru budaya barat tu bagus ke?????

Kiranya tiada cinta insani untukmu..
Cukuplah cinta Allah pesuluh bagimu...
Kelak akan ada cinta utkmu dari insan yang menyintai Allah
sebagaimana cintamu terhadapNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For suzProfil   Hantar PM kepada suz   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 18:45


yes...sebenarnya segelintir rakyat malaysia yang bahlul ni mengadaptasi sebuah rancangan yang lebih kurg sama gayanya dari US.

tajuk rancangan tu... >AVERAGE JOE

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 18:49


1st time tau pasal average joe tu terasa;"alahai...bangangnye ..apa punya reality show.."

tapi tak sangka..orang malaysia...negara islam(???)..mengaku melayu islam ...pun terpengaruh dengan kebudusan tu & sama2 jadi bodoh...aduh...sakit!negara kita sedang mengalami penyakit hedonisme&kebodohan yang kronik lagi kritikal..!!!

YA ALLAH..TOLONGLAH KAMI!!
tak sanggup rasanya.....
.....................
..............
....................................(-_-)


-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

sakuraku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15625
Posting: 21
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 05-08-05 19:54


alahai bangsa melayu......
bangsa cina, india dok gelakkan bangsa melayu ..
errr...kalau sebut melayu mestilah islam kan???
tak terasa ke kita sabagai orang islam???
sanggup ke kita buat agama kita dirosakkan oleh orang2 yang macam ini???
alahai bangsa melayu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakurakuProfil   Hantar PM kepada sakuraku   Pergi ke sakuraku's Website   Quote dan BalasQuote

nikida
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2004
Ahli No: 11697
Posting: 5
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-08-05 23:35


panas juga bab ni kan ......maklum lah kan..nak bercinta bergantung kepada diri masing-masing kan...bagi saya bercinta tu tak salah ..tapi cara bercinta tu yang salah terlalu sangat excited.....tu yang halal jadi haram kan.....bagi saya elok bercinta lepas kawin ...tak ada lah yang dosanya kan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikidaProfil   Hantar PM kepada nikida   Pergi ke nikida's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 00:26


betul saya sokong...biar sudah halal baru nak buat apa pun boleh................huhuhuhuhuu~

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

nurislammic
Warga Rasmi
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15673
Posting: 19
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 06-08-05 00:27


masya Allah..itulah cabaran dunia buat para pejuang islam sekarang....bagi antum dan antunna di luar sana,,usah biarkan gejala maksiat terus berleluasa....ana hairan Kenapa hanya remaja melayu yang beragma islam yang sering mengotori agama sendiri..bukankah islam itu syumul lagi indah...buatlah cara yang terbaik bagi mengelakkan maksiat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurislammicProfil   Hantar PM kepada nurislammic   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 00:55


"Dosa yang paling berbahaya adalah dosa yang dianggap remeh oleh pelakunya"
(Ali ra).

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 02:04


assalamualaikum...
ana cukup tak setuju dengan rancngan 'realiti' tu.rendah sungguh maruah dan martabat seorg wanita Islam...yang kaum lelaki pula...entah tak tau ana nak cakap...mungkin juga mengejar kecantikan seorg wanita...mungkin juga didesak dengan keadaan jdoh yang masih tak sampai2...wallahu'ala.ana tak berani nak cakap,niat seseorang tu hanya Allah yang berhak nilai, bukan kita manusia..biarlah kita bersederhana,bukankah Allah dah ciptakan manusia tu berpasang2an?jadi tak perlulah risau sampai sanggup adakan 1 program yang jelas merendahkan maruah Islam itu sendiri...begitulah umat akhir zaman...moga kita dijauhkan dengan perkara2 sebegitu...

islam itu indah...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 06-08-05 07:06


Assalamualaikum...

ada ke nak cari jodoh pun kena buat macam tu..
teruk betul lah..

wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-08-05 08:21


saya cukup meluat tengok cerita tu...eh tertengok masa pergi makan dengan kwn2 baru ni......rasanya sejak akhir2 ni rancangan tv banyk menjauhkan diri manusia dari nilai2 dan landasan yang betul
[ Telah diedit oleh: isa-VR4 pada 06-08-05 08:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 08:47


dah lah sesiaper yang mencari cinta sekarang ini penuih dengan maksiat...malah sekarang di previewkan kat tv lark itu...huhuh...bagaimana ini..pening2

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

alhafizah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17710
Posting: 11
Dari: bumi allah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 19:16


oh pasal mencari cinta .....
Rupanya ada jugak rancangan macam tu. Tak tau lah pulak ana kat asrama mana ada tv.Lepas tu ana tau dari kawan ana . Masyaallah , apa jadi orang islam yang nak cari cinta manusia .Kan cinta yang hakiki ialah cinta ILLAHI.Nikmat cinta dengan ALLAH itu lebih indah dan mengasyikkan .Bila kita buat silap DIA maafkan kita pulak tu. Ana nak tahu lah cari jodoh dengan program yang tah apa-apa tah itu menjamin kebahagiaan ke. sama2lah kita renungkan ..... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhafizahProfil   Hantar PM kepada alhafizah   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 06-08-05 20:31


Pada 06-08-05 00:26 , Haslan posting:

!!! QUOTE !!!

betul saya sokong...biar sudah halal baru nak buat apa pun boleh................huhuhuhuhuu~


emm setuju
:-D :lol: :-P


-----------------
Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T


Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

Rab_Lynx
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2005
Ahli No: 17745
Posting: 11
Dari: aku masih di sini

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 21:30


NI KETARA LAH MENCARI DOSA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rab_LynxProfil   Hantar PM kepada Rab_Lynx   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 07-08-05 00:20


Pada 06-08-05 21:30 , Rab_Lynx posting:

!!! QUOTE !!!

NI KETARA LAH MENCARI DOSA....


Assalamualaikum....
orang kita sekarang ni kalau boleh..
nak orang lain tahu apa yang kita buat..
nak cari jodoh pun biarlah glamour..
boleh orang kenal..
yang tak malunya..
lelaki tu lah..
Kenapa lah bodoh sangat..
perempuan tu pun tak pakai tudung..
masih nak rebut lagi..
lain lah kalau ahli ukhwah.com yang dicari..
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 10-08-05 17:41


carilah cinta sejati lagi hakiki

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

yan4485
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 12-08-05 23:02


nisume gara2 terikut rancangan AVERAGE JOE....
rancangan barat juga diikutnya...
tak fikir dulu ke sebelum buat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yan4485Profil   Hantar PM kepada yan4485   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 23:53


macam2 rancangan realiti yang disiarkan kat tv sekarang. dah tu rancangan2 yang disiarkan bukannya dapat membina perpaduan dan kekuatan ummah, tetapi hanya melalaikan dan melagharakan. penerbit rancangan pula duk tiru rancangan dari luar negara yang semestinya terpesong dari adat2 ketimuran dan batasan syariat islam . peserta-peserta untuk rancangan ini mencari jodoh secara berebut dan dipertontonkan untuk tontonan masyarakat. macam ini ke nak cari jodah??
memang tak kena pada tempatnya.
[ Telah diedit oleh: houri pada 14-08-05 06:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 01:40


erm..pelik tapi benar...nak cari calon tak payah masuk tv pun tak mengapa..kalau betyl2 nak cari calon..suruh saja mak ayah cari...ish ish ish...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 14-08-05 03:30


Mengapa kita tak berusaha untuk mendapatkan cinta Allah......

bagus juga buat program "mencari cinta Illahi"...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 06:21


betol ke tak...
ada fikiran kan...
so gunakanlah sebaiknya...
tak ada faedahnya benda tu semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 06:28


mungkin tak patut saya rasa macam ni, tapi terus-terang saya cakap, saya rasa nak tergelak dengan kebodohan orang melayu. Kenapa nak perabis duit, sanggup buat apa saja untuk seorang wanita.
iye, memang perempuan tu matlamat dia nakkan seorang lelaki yang "terbaik" antara semua 10 orang lelaki tu. pandai menyanyi, pandai ambil hati, jaga badan, jaga solat, dsb. apa perempuan tu dah elok sangat ke nak cari lelaki yang memenuhi ciri2 yang dia nak? yang lelaki sibuk memperbaiki diri agar dipandang perempuan tu sampai terlupa sempurna tahap manakah perempuan tu yang mereka berebut sampai nak rak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 06:56


Setuju sangat boleh tahan sampai mati ke hubungan tu kalau gne cara ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 18:22


slm...teringat kate2 dari.tuah...mencari cinta ini satu rancangan bodoh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129933 saat. Lajunya....