Oleh |
Bukan senang jadi ISTERI tau… |
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 18-07-05 23:40
..... bukan sekadar cerita lawak semata~mata..... ***************************** Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. lepas itu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. lepas itu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. lepas itu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. lepas itu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. lepas itu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, lepas itu cuci pinggan mangkuk, lepas itu mandikan anak yang masih kecil, lepas itu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe.. Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan.Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, "Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." Whatttt???... 9 bulan 10 hari???...Beranaaak???.......Waaaaaa..tak mo... takmo... takmmmoooooooo!!! ~~~~~ "Bang, bang... Abangggg...kenapa niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab,Nab kah yang jadi suami tau abang yang jadi suami??? "Laaaaa...tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni perempuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....". Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya......... Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai ……..bukan nak membebel ya….dah memang begitu……….
|
balqiszie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2004 Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak
|
Posting pada: 19-07-05 00:52
mmmmm baru dia tahu apa tugas isteri sbnrnyaaa kart rumah...nasib mimpi, kalau betul2 jadi lah tak tau lah apa nasib si mat tu... kadang-kadang mimpi tu adalah petunjuk dari Allah ...
|
Nafizatul
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.03.2005 Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor
|
Posting pada: 19-07-05 01:39
|
puteri_sofea
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.07.2005 Ahli No: 17022
Posting: 26
Dari: tanah air tercinta
|
Posting pada: 19-07-05 01:49
lelaki kadang-kadang hanya nampak duduk dirumah cuma bersenang lenang.sedangkan mereka ni tak tahu yang kaum perempuan melakukan perlbagai kerja di rumah.semoga setiap wanita boleh menjadi isteri yang sempurna...
|
ad_atie
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.07.2005 Ahli No: 17295
Posting: 49
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 19-07-05 01:59
ha3 lawak betul r ssungguhnya kaum wanita ni amat mulia bsr pngorbanannya arap kaum lelaki dapat ambik pengajarannya
|
trigO
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.05.2005 Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...
|
Posting pada: 19-07-05 22:17
yeah betul tu..orang kata baik kerja kat ofis..kerja beres cukup time balik.. kalau kerja kat rumah(surirumah),mana ada cukup time..every time kena kerja..tambah parah kalau isteri kerja luar jugak lepas itu balik kena buat semua kerja rumah sementara suami dia sedapĀ² relaks,baca paper,tengok tv..isk isk isk..tak baik betul!
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 26-07-05 02:22
huhuhu... dah terkena baru tahu... isteri.. pengorbanannya terlalu mulia.
|
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 26-07-05 02:51
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 27-07-05 00:52
....... Wanita senang nak masuk syurga dan senang pula nak masuk neraka....wanita diberi kesabaran dan ketabahan yang tidak dimiliki oleh lelaki...syaratnya taat perintah ALLAH dan Rasul juga pada suami.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-08-05 07:18
Assalamualaikum... nak jadi suami pun bukan senang.. lagi berat tanggungjawab.. jangantahu buat anak saja.. wassalam.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
huda_wafana
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17784
Posting: 144
Dari: port dickson
|
Posting pada: 06-08-05 08:20
ha..ha..ha...lawaknyer..apapun kaum adam ni ambil lah ikhtibar ..
|
sazuwi
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai
|
Posting pada: 06-08-05 09:01
allah itu maha adil...kaum hawa ada kelebihannyer dan kaum adam pun ada kelebihannya..hehe
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 07-08-05 00:48
Pada 06-08-05 08:20 , huda_wafana posting:!!! QUOTE !!! ha..ha..ha...lawaknyer..apapun kaum adam ni ambil lah ikhtibar .. a;kum... apa maksud awak tu??? wassalam.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
qville_islaami
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 07-08-05 09:34
Kalau dah rasa teruk isteri kat rumah carilah anak dara jepun satu besar punya Toshiba ke , Sanyo boleh tolong basuh kain. Tak pun bibik seorang tak lah penat. Kalau mampu khann. Ana tak nikah lagi tak tau lah camna. agaknya mana pun lepaih-lepaih ni lah ye.
|
nisa_maisarah
Warga Rasmi Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11031
Posting: 17
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-08-05 09:46
memang banyak cabarannya apabila bergelar seorang isteri...Kalau seblom kawin...syurga di bawah telapak kaki ibu....after kawin...syurga di bawah telapak kaki suami...
|
nisa_maisarah
Warga Rasmi Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11031
Posting: 17
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-08-05 09:46
memang banyak cabarannya apabila bergelar seorang isteri...Kalau seblom kawin...syurga di bawah telapak kaki ibu....after kawin...syurga di bawah telapak kaki suami...
|
qville_islaami
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.08.2005 Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 07-08-05 10:10
Pada 07-08-05 09:46 , nisa_maisarah posting:!!! QUOTE !!! memang banyak cabarannya apabila bergelar seorang isteri...Kalau seblom kawin...syurga di bawah telapak kaki ibu....after kawin...syurga di bawah telapak kaki suami... mmm...insaf.. ----------------- ___=Mendung jangan disangka hujan akan turun=___
|
salsabiila
Warga 2 Bintang Menyertai: 11.03.2005 Ahli No: 15054
Posting: 58
|
Posting pada: 08-08-05 17:45
Wanita senang nak masuk syurga dan senang pula nak masuk neraka....wanita diberi kesabaran dan ketabahan yang tidak dimiliki oleh lelaki...syaratnya taat perintah ALLAH dan Rasul juga pada suami.... __________________________________________________________________ btl tu....
|
aprill
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17649
Posting: 91
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-08-05 18:06
assalamualaikum... haa...baru tau.itu baru suri rumah tangga,kalau yang berkerja pula lagi teruk.kasihan kat mak saya.
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 08-08-05 20:36
Pada 08-08-05 18:06 , aprill posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
haa...baru tau.itu baru suri rumah tangga,kalau yang berkerja pula lagi teruk.kasihan kat mak saya. Assalamualaikum.... memang kasihan... tapi kalau dapat suami yang tahu tanggungjawab... bukan yang biasa saja.. tapi siapa buat kerja dapur... jaga anak sekali.. memang lah bahagia.. tidak kan macam tu.. wassalam.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
hana_88
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12020
Posting: 81
Dari: KuKTeM..(UTEC)
|
Posting pada: 10-10-05 15:36
sebab tu la dalam hidup ni perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain apa guna hidup serumah tapi tak boleh nak tolong betul tak??????????
|
ina_irdyna85
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.09.2005 Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak
|
Posting pada: 10-10-05 15:52
klaka juga cerita ni, tapi banyak pengajaran...
|
sea-tea
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 10-10-05 21:53
Pada 18-07-05 23:40 , nuraini posting:!!! QUOTE !!! .....
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai assalamualaikum... setuju!!! ----------------- ~carilah insan yang menyintaimu tidak lebih dari cintanya pada Allah dan tidak memuja mu,sebaliknya memuja Allah~
|
effi
Warga Rasmi Menyertai: 16.04.2005 Ahli No: 15859
Posting: 7
Dari: Planet bumi
|
Posting pada: 31-10-05 06:17
apa-apa pun kita mesti ada sifat give and take diantara satu sama lain..........
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 31-10-05 12:08
hentikanlah penyebaran artikel yang merosakkan akidah ini.........
|
Aneeqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.10.2004 Ahli No: 11976
Posting: 151
Dari: shah alam
|
Posting pada: 27-11-05 21:32
|
norlie
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17607
Posting: 68
Dari: kota bharu, bandaraya islam
|
Posting pada: 28-11-05 00:43
bagus jugak macam tu.. hehe at least, akhirnya dia tolong wife dia..
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 28-11-05 01:03
susah juga jadi isteri ni ye... kalau macam tu taknaklah saya jadi isteri..................... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
kalimahsuci
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.11.2005 Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 28-11-05 04:10
kelakarnya cerita ni.... hmm..pengajaran buat suami yang fikir seperti cerita tu..... banyak juga pengorbanan seorang isteri ye..
|