Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 3 hari yang lalu
azemi: 7 hari yang lalu
Firdaus15: 14 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 17 hari yang lalu
secureofficemovers: 18 hari yang lalu
Naqiu: 24 hari yang lalu
nawfaa79: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Bukan senang jadi ISTERI tau…


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Bukan senang jadi ISTERI tau…

Please Mendaftar To Post


Oleh Bukan senang jadi ISTERI tau…

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-07-05 23:40


Assalamualaikum.....

bukan sekadar cerita lawak semata~mata.....


*****************************

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan
setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam
sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak.
aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.
Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.

Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

lepas itu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. lepas itu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

lepas itu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.

Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. lepas itu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. lepas itu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.
Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, lepas itu cuci pinggan mangkuk, lepas itu mandikan anak yang masih kecil, lepas itu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.

Badan pun dah longlai lohe.. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan.Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,

"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula.

Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."


Whatttt???... 9 bulan 10 hari???...Beranaaak???.......Waaaaaa..tak mo... takmo... takmmmoooooooo!!! ~~~~~ "Bang, bang...

Abangggg...kenapa niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab,Nab kah yang jadi suami tau abang yang jadi suami??? "Laaaaa...tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni perempuan.

Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....". Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai


……..bukan nak membebel ya….dah memang begitu……….

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

balqiszie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-07-05 00:52


mmmmm baru dia tahu apa tugas isteri sbnrnyaaa kart rumah...nasib mimpi,
kalau betul2 jadi lah tak tau lah apa nasib si mat tu...

kadang-kadang mimpi tu adalah petunjuk dari Allah ...

Bookmark and Share

  


  Member Information For balqiszieProfil   Hantar PM kepada balqiszie   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-07-05 01:39


Maha suci Allah yang menciptakn wanita cukup tabah tok menghrungi kehidupan....btw, best juga cerita anti ni.. kepada kaum adam.. ambillah iktibar... :lol: :lol: :lol: :-D :-D :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

puteri_sofea
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2005
Ahli No: 17022
Posting: 26
Dari: tanah air tercinta

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 01:49


lelaki kadang-kadang hanya nampak duduk dirumah cuma bersenang lenang.sedangkan mereka ni tak tahu yang kaum perempuan melakukan perlbagai kerja di rumah.semoga setiap wanita boleh menjadi isteri yang sempurna...

Bookmark and Share

  


  Member Information For puteri_sofeaProfil   Hantar PM kepada puteri_sofea   Quote dan BalasQuote

ad_atie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.07.2005
Ahli No: 17295
Posting: 49
Dari: skudai,johor

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-07-05 01:59


ha3 lawak betul r
ssungguhnya kaum wanita ni amat mulia
bsr pngorbanannya
arap kaum lelaki dapat ambik pengajarannya

Bookmark and Share

  


  Member Information For ad_atieProfil   Hantar PM kepada ad_atie   Quote dan BalasQuote

trigO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.05.2005
Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...

malaysia  


posticon Posting pada: 19-07-05 22:17


yeah betul tu..orang kata baik kerja kat ofis..kerja beres cukup time balik..
kalau kerja kat rumah(surirumah),mana ada cukup time..every time kena kerja..tambah parah kalau isteri kerja luar jugak lepas itu balik kena buat semua kerja rumah sementara suami dia sedap² relaks,baca paper,tengok tv..isk isk isk..tak baik betul!

Bookmark and Share

  


  Member Information For trigOProfil   Hantar PM kepada trigO   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 02:22


huhuhu...
dah terkena baru tahu...


isteri..
pengorbanannya terlalu mulia.

Bookmark and Share

  


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 02:51


:) :) :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-07-05 00:52


:-D Assalamualaikum.......


Wanita senang nak masuk syurga dan senang pula nak masuk neraka....wanita diberi kesabaran dan ketabahan yang tidak dimiliki oleh lelaki...syaratnya taat perintah ALLAH dan Rasul juga pada suami....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

  


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 06-08-05 07:18


Assalamualaikum...

nak jadi suami pun bukan senang..
lagi berat tanggungjawab..
jangantahu buat anak saja..
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

  


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

huda_wafana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17784
Posting: 144
Dari: port dickson

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 08:20


ha..ha..ha...lawaknyer..apapun kaum adam ni ambil lah ikhtibar ..

Bookmark and Share

  


  Member Information For huda_wafanaProfil   Hantar PM kepada huda_wafana   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 09:01


allah itu maha adil...kaum hawa ada kelebihannyer dan kaum adam pun ada kelebihannya..hehe

Bookmark and Share

  


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 07-08-05 00:48


Pada 06-08-05 08:20 , huda_wafana posting:

!!! QUOTE !!!

ha..ha..ha...lawaknyer..apapun kaum adam ni ambil lah ikhtibar ..


a;kum...
apa maksud awak tu???
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

  


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

qville_islaami
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang

Kedah  


posticon Posting pada: 07-08-05 09:34


Kalau dah rasa teruk isteri kat rumah carilah anak dara jepun satu besar punya Toshiba ke , Sanyo boleh tolong basuh kain. Tak pun bibik seorang tak lah penat. Kalau mampu khann.

Ana tak nikah lagi tak tau lah camna. agaknya mana pun lepaih-lepaih ni lah ye.

Bookmark and Share

  


  Member Information For qville_islaamiProfil   Hantar PM kepada qville_islaami   Pergi ke qville_islaami's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_maisarah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11031
Posting: 17
Dari: bumi Allah

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-08-05 09:46


memang banyak cabarannya apabila bergelar seorang isteri...Kalau seblom kawin...syurga di bawah telapak kaki ibu....after kawin...syurga di bawah telapak kaki suami...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nisa_maisarahProfil   Hantar PM kepada nisa_maisarah   Quote dan BalasQuote

nisa_maisarah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11031
Posting: 17
Dari: bumi Allah

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-08-05 09:46


memang banyak cabarannya apabila bergelar seorang isteri...Kalau seblom kawin...syurga di bawah telapak kaki ibu....after kawin...syurga di bawah telapak kaki suami...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nisa_maisarahProfil   Hantar PM kepada nisa_maisarah   Quote dan BalasQuote

qville_islaami
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17821
Posting: 65
Dari: Pulau Pinang

Kedah  


posticon Posting pada: 07-08-05 10:10


Pada 07-08-05 09:46 , nisa_maisarah posting:

!!! QUOTE !!!

memang banyak cabarannya apabila bergelar seorang isteri...Kalau seblom kawin...syurga di bawah telapak kaki ibu....after kawin...syurga di bawah telapak kaki suami...


mmm...insaf..


-----------------
___=Mendung jangan disangka hujan akan turun=___


Bookmark and Share

  


  Member Information For qville_islaamiProfil   Hantar PM kepada qville_islaami   Pergi ke qville_islaami's Website   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 17:45


Wanita senang nak masuk syurga dan senang pula nak masuk neraka....wanita diberi kesabaran dan ketabahan yang tidak dimiliki oleh lelaki...syaratnya taat perintah ALLAH dan Rasul juga pada suami....

__________________________________________________________________

btl tu....

Bookmark and Share

  


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

aprill
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17649
Posting: 91
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 18:06


assalamualaikum...

haa...baru tau.itu baru suri rumah tangga,kalau yang berkerja pula lagi teruk.kasihan kat mak saya. :roll:

Bookmark and Share

  


  Member Information For aprillProfil   Hantar PM kepada aprill   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 08-08-05 20:36


Pada 08-08-05 18:06 , aprill posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

haa...baru tau.itu baru suri rumah tangga,kalau yang berkerja pula lagi teruk.kasihan kat mak saya. :roll:



Assalamualaikum....
memang kasihan...
tapi kalau dapat suami yang tahu tanggungjawab...
bukan yang biasa saja..
tapi siapa buat kerja dapur...
jaga anak sekali..
memang lah bahagia..
tidak kan macam tu..
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

  


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

hana_88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12020
Posting: 81
Dari: KuKTeM..(UTEC)

Pahang  


posticon Posting pada: 10-10-05 15:36


sebab tu la dalam hidup ni perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain
apa guna hidup serumah tapi tak boleh nak tolong
betul tak??????????

Bookmark and Share

  


  Member Information For hana_88Profil   Hantar PM kepada hana_88   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 15:52


klaka juga cerita ni, tapi banyak pengajaran...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

sea-tea
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 21:53


Pada 18-07-05 23:40 , nuraini posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai


assalamualaikum...
setuju!!!


-----------------
~carilah insan yang menyintaimu tidak lebih dari cintanya pada Allah dan tidak memuja mu,sebaliknya memuja Allah~


Bookmark and Share

  


  Member Information For sea-teaProfil   Hantar PM kepada sea-tea   Quote dan BalasQuote

effi
Warga Rasmi
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15859
Posting: 7
Dari: Planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-05 06:17


apa-apa pun kita mesti ada sifat give and take diantara satu sama lain..........

Bookmark and Share

  


  Member Information For effiProfil   Hantar PM kepada effi   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-10-05 12:08


hentikanlah penyebaran artikel yang merosakkan akidah ini.........

Bookmark and Share

  


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Aneeqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.10.2004
Ahli No: 11976
Posting: 151
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-05 21:32


huhu..

Bookmark and Share

  


  Member Information For AneeqahProfil   Hantar PM kepada Aneeqah   Pergi ke Aneeqah's Website   Quote dan BalasQuote

norlie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17607
Posting: 68
Dari: kota bharu, bandaraya islam

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-05 00:43


bagus jugak macam tu.. hehe
at least, akhirnya dia tolong wife dia..

Bookmark and Share

  


  Member Information For norlieProfil   Hantar PM kepada norlie   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 01:03


susah juga jadi isteri ni ye... :-o

kalau macam tu taknaklah saya jadi isteri..................... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

  


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

kalimahsuci
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.11.2005
Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 28-11-05 04:10


:lol: kelakarnya cerita ni....

hmm..pengajaran buat suami yang fikir seperti cerita tu.....

banyak juga pengorbanan seorang isteri ye.. :-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For kalimahsuciProfil   Hantar PM kepada kalimahsuci   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149171 saat. Lajunya....