Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 252
Ahli: 0
Jumlah: 252




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Isteri Bekerja Bagus atau Isteri Tidak bekerja bagus?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Isteri Bekerja Bagus atau Isteri Tidak bekerja bagus?

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri Bekerja Bagus atau Isteri Tidak bekerja bagus?

Bung
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15307
Posting: 29

Melaka  


posticon Posting pada: 14-07-05 20:31


Assalammualaikum... sebenarnya ana ini lelaki yang sudah cukup syarat untuk berkahwin insya Allah,, namun belumlah lagi bertemu dengan calon. Umur pun dah 27 tahun..

Ana kadangkala terfikir juga bila kawan-kawan tanya bila mahu berumah tangga? tapi itulah... Nak cari yang bekerja atau yang tak bekerja? kalau ikut hati ana.. ana suka isteri yang tidak bekerja.. supaya dapat menguruskan rumah tangga dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan rumah. Tapi Ibu ana pula suruh cari perempuan yang bekerjaya seperti ana.. katanya zaman sekarang kos hidup semakin tinggi. Pegalaman member yang berkahwin, katanya isterinya tidak bekerja dan dari segi kewangan tu agak cukup-cukup belanja saja tapi rumah tangga terurus dan seorang lagi member isterinya yang bekerja, katanya kena memang bagus tapi taklah terurus sangat macam isteri yang tak bekerja, yelah isteri bekerja pun penat macam lelaki juga. Itulah yang ana fikirkan.. tapi setakat ni belum jumpa lagi perempuan.. suruh ibu ana carikan dia kata carilah sendiri.. erkmm nak pilih yang kerja atau pun yang tak bekerja ek? Apa pendapat anda semua?

Bookmark and Share

    


  Member Information For BungProfil   Hantar PM kepada Bung   Pergi ke Bung's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 23:28


Kalau isteri bekerja, memang bagus sebab dapat tolong suami dari segi pendapatn. Kalau nak komplen pasal kerja rumah yang kurang sikit kualitinya, ni suami kena paham lah. Dah sama2 cari nafkah, apa salahnya sama2 kemas rumah, masak ke. tak jatuh air muka seorg lelaki yang tolong isterinya kerana sebaik-baik lelaki adalah yang baik pada isterinya.
Isteri yang tak kerja pun bagus sebab dapat tumpu sepenuh perhatian pada anak2 dan urusan rumah tangga. tengok lah kerjaya isteri tu macam mana. Kalau dia kerja cikgu, tak kan tak boleh consider agaknya. Kalau dia kerja doktor ke peguam ke memang lah bz.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 05:49


W'salam...

bagi saya bekerja atau tidak itu bukan soal yang terpenting daripada yang penting...paling penting kalau nak hidup bersama perlu ada sefahaman dan kerjasama...kalau si isteri bekerja sekurang2 dapat membantu meringankan bebanan suami...seperti kata ibu saudara Bung kos hidup sekarang tinggi...bersusah2 dahulu...masa ke depan nanti bila dah ada anak, kos pelajaran anak2 perlu difikirkan juga...soal penat bekerja atau tidak, tidak akan timbul jika suami isteri ikhlas dalam berkongsi hidup...semuanya atas diri sendiri...

Wallahu A'lam...

p/s:sekadar pandangan...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

hadaalia
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 7373
Posting: 20
Dari: BANDAR BARU BANGI

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-07-05 06:44


Ana rasa itu bukan soalnya yang penting cari dulu calon isterinya nanti bila dah berumahtangga tahulah enta membuat decision nak yang bekerja atau tak

Bookmark and Share

    


  Member Information For hadaaliaProfil   Hantar PM kepada hadaalia   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 08:30


cari lah yang bekerja...dapat mengukuhkan ekonomi rumahtangga....atau setidak2nya carilah seorang isteri yang sanggup berkorban cita2nya untuk bekerja...dapat jaga anak dan baby ygy cute......
seeloknya berbincang lah dengan bakal tunang/isteri...sekurangnya kita ni orang lelaki jangan sekat kemahuannya....bagilah tunang/isteri kita peluang untuk bekerja atau tidak..

yang penting Kalau dah ada tu..cepat2 lah kawin......

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 08:40


erm.. tengok lah gaji Bung berapa. jika agak tinggi, tak perlu yang bekerja. jika tidak, yang dah bekerja lah... kos hidup sekarang makin meningkat. jadi, kena fikir dalam-dalam..

cari yang bekerja dan rajin. tapi Bung pun kena rajin juga. :-D

ps: dengar cerita akan ada kegawatan ekonomi tahun 2007 ni... ni yang buat risau ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 09:11


betul lah...saya ada dengar jugak....setiap sepuluh tahun sekali akan berlaku kegawtan ekonomi...mungkin disebabkan oleh minyak pulak.....sekarang ni amerika dajjal tu dah kawal pengeluaran minyak dunia....

tapi yang saya tahu...Pak Lah tidak berpengalaman dalam mengawal situasi ekonomi....semua kerja orang suruhan nya yang buat...pendek kata Pak Lah bukan otak ekonomi macam bekas PM Tun Mahathir....

info tambahan buat ukhwah semua....masyarakat dunia sekarang dah semakin hilang kewarasan akal...Islam kian dibenci oleh orang bukan Islam....keganasan dan perbunuhan kian hebat berlaku....
agama yang suci dicop sebagai agama yang membawa kepada keganasan.... semua ni adalah rancangan amerikanak memusuhi orang-orang Islam...

apa yang menarik perhatian kita disini ialah...perperangan dijangka akan berlaku tahun depan...tahun 2005 ni diramalkan tahun yang membawa bencana yang dahsyat....Wallahu'alam..Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

tahun 2006...dijangkakan amerika akan menyerang Syria...mungkin jugak perperangan ni akan dikaitkan dengan pengeboman di kota London tempoh hari...semua dirancang dengan rapi...bagi menghalalkan cara perang...dalam perang ni sudah pasti amerika yang menang..tapi..

tahun 2008...dijangka pula amerika dajjal tu akan menyerang pulak Iran....di ramalkan dalam perang ini amerika kalah dan bermula kejatuhan amerika..orang panggil perang nuklear/perang dunia ketiga..

apa yang kita tunggu sekarang adalah kemunculan Imam Mahdi turun untuk menentang dajjal iaitu amerika,Britain dan sekutu2nya...

maaf lah lari dari topik sikit....saya risau dengan keadaan dunia sekarang ni...

[ Telah diedit oleh: Ghufranallah pada 16-07-05 09:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 16-07-05 17:44


!!! QUOTE !!!

bagi saya bekerja atau tidak itu bukan soal yang terpenting daripada yang penting...paling penting kalau nak hidup bersama perlu ada sefahaman dan kerjasama...

yap saya setuju dengan jAiLuL_mAnsHuDaH... apa-apa pun dalam rumahtangga harus ada kesefahaman dan toleransi.....


bekerja ke atau tak bekerja itu bukan soalnya... tapi yang penting pilihlah kerana agamanya... yang boleh mendidik jiwa... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-07-05 17:52


Isteri berkerja atau tidak itu bergantung kepada kemampuan kewangan, pendidikan dan sebagainya.

Sekiranya lelaki itu mampu menampung hidup maka tak perlu alah cari istteri yang berkerja dan sebaliknya. Begitu juga sekiranya isteri itu berkelulusan tinggi lebih baik sekiranya ia berkerja untuk membantu dirinya dan juga negara sebagai satu sumbangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 16-07-05 22:24


Assalamualaikum....pada pendapat analah kan lebih elok pilih isteri yang berkerjaya.....ye lah kan..sekarang ni taraf hidup dah tinggi,semuanya nak guna duit...lebih-lebih lagi Kalau yang dok kat kl macam ana ni...sekurang2nya boleh lah juga membantu suami kan...ana ni lainlah belum kawin,tanggungjawab nak sara kuarga sendiri tu belum ada lagi...tapi kita kena juga pikir untuk jangka panjang...tapi paling penting isteri yang bekerja ni jangan pula nak jadikan alasan penat tu untuk membelakangkan urusan rumah tangga..si suami pun kena juga sama-sama membantu bak kata "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"...hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-07-05 02:11


dua2 bagus.... sb dua2 ada kelebihan nya..... so terpulang pada lelaki saja nak yang mana.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154889 saat. Lajunya....