Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 4 hari yang lalu
Martyr: 8 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 12 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Nafsu Punya Cerita!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Nafsu Punya Cerita!

Please Mendaftar To Post


Oleh Nafsu Punya Cerita!

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 17:22


Assalamualaikum

Nafsu Punya Cerita!
25 June 2005
Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN

Bila mata bertentang mata, hati pasti berdebar-debar. Bila hati dah bersatu, janji taat setia pasti menjadi halwa telinga: “Demi U, I sanggup terjun ke lautan api, gunung yang berduri sanggup I daki, hutan tebal sanggup I tempuh, demimu sayang.”

Apabila dah kahwin, awal-awalnya: “Abang berjanji akan menjagamu dan anak-anak kita kelak sehingga ke hujung nyawa abang, sayanglah isteri abang yang satu, tiada yang kedua, demimu sayangku, abang akan saluti tubuhmu dengan emas permata tanda cintaku padamu.”

Tapi apabila umur perkahwinan menjangkau umur sepuluh tahun: “Mak nya...Kenapa lah muka hang penuh bedah sejuk?..rupa tepung gomak!, awak ni jalan sikitpun tak larat... rupa macam kura-kura dah saya nengok!, awak ingat saya ni bank bergerak ke? Semua barang kemas di Habib Jewels tu? awak nak saya beli!

Itu semua lumrahkan? Tapi ada satu lagi lumrah...

“Yang...kalau abang kahwin lagi, ayang bagi tak?...” ataupun...“ Awak ni tak pandai jaga badan, tak macam mula-mula dulu...sakit mata saya memandang! kalau macam ni saya nak kahwin lagi satu lah... ”

Jika sebut sahaja perkataan poligami, berbanding pihak isteri yang mewakili wanita, pihak suami (sudah tentu mewakili pihak lelaki) pasti akan tersenyum lebar. Masakan tidak, tidak akan dipanggil lelaki sekiranya tidak memiliki keinginan untuk berkahwin lebih daripada satu (Mungkin ada yang bersyukur dengan seorang, tetapi boleh dihitung jumlahnya).Yang membataskannya hanyalah ketumpatan kocek dan persetujuan isteri pertama! (walaupun alasan kedua tidak berapa kukuh!) kemampuan batiniah? Tidak menjadi masalah kerana produk-produk ´yang berkaitan´ menimbun di pasaran!

Alasan yang sinonim dengan isu poligami pula adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, walhal kebanyakan mereka yang memberi alasan tersebut tidak berapa tahu atau tidak mahu ambil tahu alasan mengapa Rasulullah s.a.w pada ketika itu berkahwin lebih daripada satu. Mengikut sirahnya, Rasulullah s.a.w berkahwin lebih daripada satu hanya selepas pemergian isteri kesayangan baginda, Siti Khadijah ke rahmatullah. Malah, wanita-wanita yang dinikahi baginda majoritinya adalah terdiri daripada wanita-wanita yang mana suaminya syahid di medan perang ketika berjihad. Hanya seorang sahaja isteri baginda yang masih lagi perawan ketika dinikahinya iaitu Aisyah Abu Bakar as-Siddiq.

Cuba pula dibandingkan keadaan pada masa sekarang. Lelaki yang ingin berpoligami kebiasaannya lebih cenderung memilih wanita-wanita yang masih lagi perawan untuk dijadikan isteri kedua, ketiga dan seterusnya keempat. Jarang rasanya lelaki memilih janda atau balu untuk dijadikan calon melainkan ´usaha´ memikat si anak dara tidak berhasil!

Namun, berpoligami tidaklah menjadi masalah jika lelaki tersebut ´mampu´ berlaku adil di dalam rumahtangganya. Apa salahnya sekiranya niat untuk berpoligami adalah atas dasar kebajikan dan rasa bertanggungjawab untuk menolong wanita yang ingin dinikahinya sebagai contoh wanita tersebut telahpun kematian suami dan hilang punca pendapatan untuk menyara anak-anaknya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, sebelum mengambil keputusan, lelaki tersebut haruslah berbincang terlebih dahulu dengan isteri dan anak-anaknya.

Namun, penting rasanya di sini penulis memetik firman-firman Allah s.w.t sebagai ´rujukan´ sebelum para lelaki ini memasang niat untuk berpoligami! Wahai lelaki, sebelum anda memasang niat untuk bernikah lagi satu, hayatilah firman Allah yang bermaksud:

“Kemudian jika kamu TAKUT tidak mampu berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.” (an-Nisaa´: 3)

Ternyata syarat ini sangatlah berat kerana dalam ayat al-Quran yang lain ada menyatakan bahawa lelaki tidak akan mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya.

“Dan sekali-kali kamu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.” (an-Nisaa´: 129)

Bolehkan anda berlaku adil? Cuba-cubalah menilai kemampuan anda, janganlah cuba-cuba mengambil risiko jika anda tidak mahu tidur di luar!


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 20:34


Assalamualaikum wbt...

syukran zulman atas info ini...saya setuju dengan artikel ini...para suami sepatutnya perlu faham konsep poligami yang sebenar...bukan hanya bab berpoligami saja yang nak ikut sunnah Nabi, tapi cara hidup dan pegangan agama juga kena seiring...
jangan di kemudian hari yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

Wallahu A'lam...

tumpang lalu :-)


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 21:57


assalamualaikum...

ingin mecelah sikit... zaman lah ini memang payah nak cari kaum adam yang benar² adil...

Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

wardatulislamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 168
Posting: 90

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 23:38


erm...
nak menambah sikit lagi...
para suami,kalau nak berpoligami..tanya diri sendiri dulu, apa tujuannya nak berpoligami? tuntutan batin ke?hmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatulislamiyahProfil   Hantar PM kepada wardatulislamiyah   Pergi ke wardatulislamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 07-07-05 08:09


Betul lah tu?! Setuju dengan zulman

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 09-07-05 14:29


Assalamualaikum....

ana sgt2 tertarik dengan isu ini...

ramai lelaki sekarang guna alasan nak ikut sunnah nabi MUhammaAd Sallahualaihi wasallam...maka dengan itu dia nak tambah isteri...

tapi tak ramai yang mmpu jadikan Rasulullah sallahualaihi wasallam...sbagai contah untuk jadi suami yang adil...

kadang-kadang tak berpoligami pun masih ada hak2 isteri yang tak mmpu suami tunaikan...apatah lagi nak adil...

dok kat pjabt lagi "best" dari layan isteri dan anak2 kat rumah...


apapun..bagi ana..soal keadilan sesuatu yang sgt2 berat...kadang-kadang kita rasa dri kita sgt2 adil..tapi...orang lain????adil bukan pada dri sdri..tapi pada orang yang menerima cara kita berlaku adil...
wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 10:44


Assalamualaikum....:-)

Firman Allah swt bermaksud:
(Jikalau kamu takut bahawa tidak boleh berlaku adil pada anak yatim)

Ibnu Kathir menjelaskan mengenai ayat di atas bahawa apabila seseorang tidak mampu memberi nafkah yang adil kepada anak yatim perempuan di bawah jagaannya maka ia kahwinilah perempuan lain selainnya dan Allah tidak memberati keatasnya. Berkata imam bukhari diriwayatkan kepada kami oleh ibrahim bin musa, meriwayatkan kami oleh Hisyam, daripada ibnu Juraij, telah memberitahu kepada aku oleh hisyam bin urwah daripada bapanya daripada saidatina aisyah berkata: bahwa seorang lelaki milki seorang anak yatim dibawah jagaannya dan dan ia bernikah dengannya, anak yatim itu mempunyai sekebun kurma maka lelaki itu memilikinya dan tidak ada seseuatu bagi perempuan itu maka turunlah ayat ini. dan banyak riwayat lain disebut...Juga kata saidatina aisya ditegah lelaki berkahwin dengan anak yatim mereka ialah pada ketika apabila ia ingin kepada kecantikan dan harta anak yatim itu. dan dibolehkan kepadanya berkahwin apabila ia berkahwin bukan dengan sebab kecantikan dan hartanya. (tafsir ibn kathir, Ibn Kathir. Mansurah, Maktabah al-Iman, Hlm. 126.)

(maka kahwinilah perempuan yang baik dua, dan tiga dan empat,
Ibn khatir menafsirkan bahawa kamu kahwinilah dua, tiga dan empat selain anak yatim dengan kehendak kamu....)

Berkata ibn kathir, JIkalau kamu suka, ini adalah satu pemberian dan keharusan. jikalau diboleh lebih dari empat maka Allah swt akan menyebutnya.

(maka jikalau kamu takut untuk berlaku adil maka cukuplah seorang atau apa yang kamu miliki dari hamba (perempuan),
maka yang demikian itu adalah terlebih hampir bagi kamu untuk tidak berlaku zalim.)

JADI.....,

1. (Bila mata bertentang mata, hati pasti berdebar-debar. Bila hati dah bersatu, janji taat setia pasti menjadi halwa telinga: “Demi U, I sanggup terjun ke lautan api, gunung yang berduri sanggup I daki, hutan tebal sanggup I tempuh, demimu sayang.”

Apabila dah kahwin, awal-awalnya: “Abang berjanji akan menjagamu dan anak-anak kita kelak sehingga ke hujung nyawa abang, sayanglah isteri abang yang satu, tiada yang kedua, demimu sayangku, abang akan saluti tubuhmu dengan emas permata tanda cintaku padamu.”Tapi apabila umur perkahwinan menjangkau umur sepuluh tahun: “Mak nya...Kenapa lah muka hang penuh bedah sejuk?..rupa tepung gomak!, awak ni jalan sikitpun tak larat... rupa macam kura-kura dah saya nengok!, awak ingat saya ni bank bergerak ke? Semua barang kemas di Habib Jewels tu??? awak nak saya beli! Itu semua lumrahkan? Tapi ada satu lagi lumrah...

“Yang...kalau abang kahwin lagi, ayang bagi tak?...” ataupun...“ Awak ni tak pandai jaga badan, tak macam mula-mula dulu...sakit mata saya memandang! kalau macam ni saya nak kahwin lagi satu lah... )

.....
Ya itu semua lumrah alam dan perlu diakuri bukan semua manusia bersikap sedemikian dan realiti yang ada adalah satu ketetapan. Mereka tidak adil itu salah mereka, mereka curang itu salah mereka, mereka tidak mampu itu juga mereka dan berbagai2 alasan lagii..satu persoalan yang perlu dijawab ,,apakah itu yang menjadi penghalang?

2. (Alasan yang sinonim dengan isu poligami pula adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, walhal kebanyakan mereka yang memberi alasan tersebut tidak berapa tahu atau tidak mahu ambil tahu alasan mengapa Rasulullah s.a.w pada ketika itu berkahwin lebih daripada satu. Mengikut sirahnya, Rasulullah s.a.w berkahwin lebih daripada satu hanya selepas pemergian isteri kesayangan baginda, Siti Khadijah ke rahmatullah. Malah, wanita-wanita yang dinikahi baginda majoritinya adalah terdiri daripada wanita-wanita yang mana suaminya syahid di medan perang ketika berjihad.

Hanya seorang sahaja isteri baginda yang masih lagi perawan ketika dinikahinya iaitu Aisyah Abu Bakar as-Siddiq.

Cuba pula dibandingkan keadaan pada masa sekarang. Lelaki yang ingin berpoligami kebiasaannya lebih cenderung memilih wanita-wanita yang masih lagi perawan untuk dijadikan isteri kedua, ketiga dan seterusnya keempat. Jarang rasanya lelaki memilih janda atau balu untuk dijadikan calon melainkan ´usaha´ memikat si anak dara tidak berhasil!)

......
JIkalau seseorang ingin memilih anak dara sekalipun dengan berteraskan konsep sebenar apa salahnya,??:-), YA, tidak dinafikan adalah lebih baik jikalau dasar perkahwinan bukan hanya sekadar cinta tetapi lebih juga meneliti pada aspek kebajikan dan keperluan semasa siisteri. Aspek kemampuan tidak timbul di sini kerana ya, bagaimana bayang2 mahu lurus dan betul jikalau tiangnya sendiri tidak betul...Ya, lelaki perlu berbincang dengan keluarganya untuk membuat keputusan besar ini......bukankah itu konsep syura yang digalakkan:-)

emm akhirnya, tak salah untuk kita mengingatkan kamu adam untuk lebih berhati2 dalam memerhati tangungjawab dan menilai kemampuan diri sebelum berpoligami, tetapi yang AMAT mendukacitakan.. setakat pemerhatian ana di mana-mana perbincangan pun sebelum ini, isu ini tidak lebih dari perbincangan secara sinis, beremosi dan natijahnya ramai bertanggapan ia hanya sebagai teori DAN untuk mengamalinya pasti sesuatu yang digeruni!!! Alangkah malangnya mereka sehingga ada yang sanggup berkata : hemmm apa perasaan kaum lelaki jika isteri dibenarkan berkahwin empat????!! Emmm , tepuklah dada, bisikkan iman di hati.......:-)



p/s: tidak ku niat untuk ke seberang, mungkin kerana tiada sampan atau jambatan atau mungkin.....? aku berbisik perlahan memujuk hati...emm aku pasti akan belajar berenang....:-)


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

tentera_berkuda
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-07-05 21:36


tahannn....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tentera_berkudaProfil   Hantar PM kepada tentera_berkuda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124536 saat. Lajunya....