Oleh |
�Zina dibolehkan kerana darurat hujah sesat� |
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 29-06-05 23:47
Bayangkan perbuatan yang haram dan berdosa besar yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dibolehkan jika dalam darurat..begitulah kenyataan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim yang menyifatkan berzina dibolehkan dalam keadaan darurat.. adakah beliau tu tak tahu yang berzina adalah perkara yang haram dan berdosa besar..adakah ini ada kaitan dengan politik beliau.. ana nampak beliau dah jauh terpesong dengan jalan yang benar.. mana boleh seorang yang asalnya pendakwah bebas boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.. ----------------- "Pahit bersabar madunya redha. perit berusaha dmanisi tawakal..Jerih bramal mnguntum pahala.Susah diuji btambah btaqwa.. Rintih mu'min hanya Penciptanya..
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 29-06-05 23:47
‘Zina dibolehkan kerana darurat hujah sesat’ - Exco Kelantan Tuesday, June 28 @ 19:48:27 MYT KOTA BHARU, 28 Jun (Hrkh) – Kenyataan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim yang menyifatkan berzina dibolehkan dalam keadaan darurat sebagai hujah yang sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood berkata, tidak ada pengeculian dalam situasi apa sekali pun menurut semua ulama fiqah terhadap perbuatan tersebut. Ketika menjawab soalan tambahan Mohd Zaki Ibrahim (PAS – Kelaboran) pada persidangan DUN hari ini katanya, keadaan darurat dalam konteks itu tidak sama dengan terpaksa makan ‘bab*’ ketika tiada langsung makanan. “Makan bab* dibolehkan sekadar untuk mengelakkan kebuluran dan bukan untuk kenyang. Ulama di seluruh dunia sudah lama membahas perkara itu,” katanya. Beliau berkata, melacur sama sekali tidak boleh digolongkan ke dalam keadaan yang diizinkan dalam situasi darurat sekali pun. Dalam ruangan ‘Anda musykil, Dr Mashitah jawab’ sebuah akhbar harian baru-baru ini anggota Parlimen Baling itu menjelaskan zina dibolehkan kepada perempuan dalam keadaan darurat. Sebelum itu ketika menjawab soalan Adun sama, Hassan berkata, dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan di Kelantan tidak sama dengan konsep Islam Hadhari dipelopori Perdana Menteri sekarang. Ketika menjawab soalan asal Haji Zakaria Yaakub (PAS – Kemuning), katanya, sejak dasar MBI dilaksanakan di Kelantan hampir 15 tahun lalu dapat dirasai kejayaannya apabila lahir keberkatan dalam pentadbiran kerajaan. “Kerajaan negeri tidak perlu meminjam daripada kerajaan Pusat bagi membayar gaji kepada kakitangan seperti yang berlaku di sesetengah negeri di bawah Barisan Nasional. “Biar pun disekat dalam banyak keadaan, namun kerajaan negeri masih mampu melaksanakan tanggungjawab. Ini mungkin tidak akan berlaku kalau tidak ada keberkatan yang dilimpahkan kepada Kelantan,” katanya. Beliau juga berkata, kejayaan MBI dapat dilihat apabila pemimpin Islam boleh bercakap mengenai agama di depan orang bukan Islam di majlis-majlis perayaan kebesaran mereka.
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 30-06-05 02:42
Erm, pelik. Adakah jalan singkat untuk mengaut duit namanya darurat? Banyak sektor di Malaysia yang memerlukan tenaga kerja sehingga saban tahun kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing. Apakah begini sudah darurat? Kenapa mereka tidak berusaha mencari sesuatu yang halal? Menjual kuih,pembantu rumah, atau sebagainya? Kalau begitu keadaannya, tiadalah orang yang akan ke penjara, tiada orang yang layak dipersalahkan. Pencuri akan berkata,"Kesempitan hidup telah memaksa saya mencuri." Dan dia tidak bersalah jika pandangan 'ulama'' di atas (jika layak dipanggil ulama'(?)) digunapakai. Pengedar dadah juga akan bersuara, "Inilah jalan cepat untuk menyara keluarga, untuk menjadi kaya.Saya terpaksa, darurat!" Dan 'ulama(?)'' tersebut tiada alasan untuk menidakkannya, kerana itulah definisi daruratnya. Penagih juga sama. "Saya sudah ketagih. Benarkan saya mengambil dadah kerana keadaan sudah darurat." Orang biasa yang meneguk arak dan daging tidak halal juga akan berkata," Jauhlah kedai halal. Lagipun leceh, kedai halal jauh. Di kedai tiada banyak pilihan. Tengok restoran/bar ni dekat saja, wain spesial dari France, menu istimewa dari Eropah; apa salahnya saya makan. Kan sudah darurat?" Apakah 'ulama'(?) ' itu berhak menidakkan situasi-situasi di atas, setelah mendefinisikan darurat sedemikian rupa? Ana ragu-ragu. Dan rasanya ramai yang akan berpegang pada kata-katanya atau tergugat keyakinan dengan pendapatnya. Dr Mashitah bukan orang main-main. Dengan autoritinya sebagai anggota kabinet, ana takut kalau ada benda yang tidak diingini akan berlaku. Jangan benarkan dia pergi lebih jauh. -----------------  [ Telah diedit oleh: mohdnurhakimin pada 30-06-05 04:47 ]
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 30-06-05 03:34
tak perlu rasa pelik.. zmn ni sesiapa pun bebas menyatakan 'pendapat' tentang Islam & mengeluarkan 'fatwa' w/pun tanpa kelayakan yang sah.. ana baru baca pendapat ganjil tentang isu ni, drp seorang yang agak 'dihormati' (w/pun tiada authority untuk bercakap dalam soal agama).. & mempunyai pengikut (who's willing to defend him, agaknya lah) juga di laman ukhwah.. -----------------  [ Telah diedit oleh: alea13 pada 30-06-05 03:35 ]
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 30-06-05 04:20
memang Dr Masitah sekarang agak mengelirukan dalam penyampaiannya dalam berhujah. kadang kala,ana rasa kurang hormat pd wanita berilmu seperti dia... Salahkah ana? Atau dia yang sebenarnya bersalah? Nauzubillah minzalik...
|
ibnu_karim01
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.04.2004 Ahli No: 8146
Posting: 52
Dari: Johor
|
Posting pada: 30-06-05 08:50
 wrt..kasihan tengok Dr Mashitah...tak perlulah kita menjual agama kerana ingin keuntungan dunia...kelak apapun tak dapat...harap kita berhati2 dalam menjaga tutur kata dan perbuatan kerana kita dah dok di atas dan kita ni sentiasa diperhatikan oleh rakyat...jangan disebabkan kenyataan kita menyebabkan orang Islam di negara kita yang kebanyakannya masih tertanya2 tentang mana satu Islam sebenarnya terpesong disebabkan oleh kejahilan kita...kasihan dia dan orang lain...harap orang ramai dapat berhati2 dengan kenyataan pemimpin yang ingin memesong kita dari memahami Islam yang sebenar....wassalam..
|
sukri96
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas
|
Posting pada: 30-06-05 09:02
darurat untuk kepuasan hawa nafsu??? mashitah oooo mashitah... bawak2 mengucap naaa..
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 30-06-05 09:04
Ish kalau lah ada umat Islam yang tersalah anggap kenyataan ini & melaksanakan pulak..hmm..maha besarnya dosa dia. Larat ke nak bawak dosa jumpa Allah nanti. Dah banyak sangat ke pahala tu? Allahua'lam
|
qais_amirii
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.02.2004 Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai
|
Posting pada: 30-06-05 09:08
Setiap pengembala akan ditanya tentang pengembalaannya...
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 30-06-05 10:05
ada seorang pembaca di utusan malaysia minta majlis fatwa kebangsaan jelaskan perkara ni. malangnya tiada sebarang tindakan diambil untuk penjelasan. akhirnya, seorang mufti dari Perak, telah mengeluarkan penjelasan(krn majlis fatwa berdiam diri) bahawa zina tidak dibolehkan kerana hukum darurat sukar untuk dijatuhkan pada 'perbuatan zina kerana darurat'. ps: islam hadhari, rakyat menari.
|
haura_akhas
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14612
Posting: 118
Dari: klate
|
Posting pada: 30-06-05 12:12
!!! QUOTE !!! akhirnya, seorang mufti dari Perak, telah mengeluarkan penjelasan(krn majlis fatwa berdiam diri) bahawa zina tidak dibolehkan kerana hukum darurat sukar untuk dijatuhkan pada 'perbuatan zina kerana darurat'. Kenapa majlis fatwa berdiam diri? Kenapa hanya seorang mufti sj yang bersuara? ----------------- Pasakkan Iman Untuk Satu Perubahan...
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 30-06-05 12:22
assalamualaikum.... umat akhir zaman.yang sudah jelas didlm quran pun boleh dihalalkan.apa nak jadi ni...
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 30-06-05 12:41
Pada 30-06-05 12:12 , haura_akhas posting:!!! QUOTE !!! Kenapa majlis fatwa berdiam diri? Kenapa hanya seorang mufti sj yang bersuara?
Sebab mereka belajar ilmu agama sebab nak kerja makan gaji. nanti kalau keluar statement yang bukan2 kena buang kerja pulak. ps: ana memang respek ulama2 @ mufti2 dari Perak. [ Telah diedit oleh: mukasyaf pada 30-06-05 12:41 ]
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 30-06-05 13:03
Pada 30-06-05 12:12 , haura_akhas posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! akhirnya, seorang mufti dari Perak, telah mengeluarkan penjelasan(krn majlis fatwa berdiam diri) bahawa zina tidak dibolehkan kerana hukum darurat sukar untuk dijatuhkan pada 'perbuatan zina kerana darurat'.
Kenapa majlis fatwa berdiam diri? Kenapa hanya seorang mufti sj yang bersuara?
nak buat bagaimana, zaman dulu golongan ulama' yang memainkan peranan penting dan berkuasa dalam suatu kerajaan, tapi sekarang ulama hanyalah boneka bagi kerajaan..untuk cukup syarat saja.. ----------------- "Pahit bersabar madunya redha. perit berusaha dmanisi tawakal..Jerih bramal mnguntum pahala.Susah diuji btambah btaqwa.. Rintih mu'min hanya Penciptanya..
|
khairol_khalid
WARGA SETIA Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech
|
Posting pada: 30-06-05 13:34
!!! QUOTE !!! ana baru baca pendapat ganjil tentang isu ni, drp seorang yang agak 'dihormati' (w/pun tiada authority untuk bercakap dalam soal agama).. & mempunyai pengikut (who's willing to defend him, agaknya lah) juga di laman ukhwah.. 'her' bukan 'him', jangan terconfius pula..dr masyitah ni perempuan, bukan lelaki...gurau saja.  ----------------- Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 30-06-05 14:10
ana rasa alea13 tu refer pada orang lain agaknya khairol_khalid, bukannya ustazah lawa tu.
|
viviana
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.03.2005 Ahli No: 14851
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 30-06-05 15:04
Pandangan orang yang tidak waras
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 30-06-05 16:03
Pada 30-06-05 15:04 , viviana posting:!!! QUOTE !!! Pandangan orang yang tidak waras sebab tu pandangan tidak waras daripada orang ber'ilmu' amat berbahaya kepada orang2 yang imannya ditahap awam. sebabnya boleh disalah gunakan oleh orang2 yang berkepentingan. dalam hal ni, selepas keluar saja hujah drp ustazah lawa ni, dah ada pelacur yang gunakan alasan yang dia dah terpaksa @ darurat melacurkan diri untuk mencari rezeki menyara keluarga. ps: mengemis lebih baik dari melacur.
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 30-06-05 17:43
kalau disebut 'him' maksud lelaki lah.. takkan refer di dr. masyitah pulak..  -----------------
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 30-06-05 17:58
Erm...susah betul lah macam ini
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 30-06-05 21:32
Pada 30-06-05 16:03 , mukasyaf posting:!!! QUOTE !!! Pada 30-06-05 15:04 , viviana posting:!!! QUOTE !!! Pandangan orang yang tidak waras
sebab tu pandangan tidak waras daripada orang ber'ilmu' amat berbahaya kepada orang2 yang imannya ditahap awam. sebabnya boleh disalah gunakan oleh orang2 yang berkepentingan.
dalam hal ni, selepas keluar saja hujah drp ustazah lawa ni, dah ada pelacur yang gunakan alasan yang dia dah terpaksa @ darurat melacurkan diri untuk mencari rezeki menyara keluarga.
ps: mengemis lebih baik dari melacur. betul kata mukasyaf tu..kenyataan orang yang berilmu amat berbahaya kerana semua orang akan merujuk kepadanya.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya ----------------- "Pahit bersabar madunya redha. perit berusaha dmanisi tawakal..Jerih bramal mnguntum pahala.Susah diuji btambah btaqwa.. Rintih mu'min hanya Penciptanya..
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 30-06-05 22:33
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) - Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' dari Mashitah Ibrahim disaran agar meminta nasihat para mufti sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan terutamanya dalam isu agama. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang, kenyataan Mashitah baru-baru ini mengenai wanita yang melacurkan diri boleh dimaafkan akan menyebabkan masyarakat terkeliru. "Tiada istilah 'boleh dimaafkan'kepada perempuan yang melacur diri mereka walaupun melakukan perbuatan tersebut kerana terpaksa atau berada dalam keadaan darurat," katanya. Menurut beliau lagi, melacur bermakna melakukan hubungan seks (berzina) tanpa mengikut syariat yang tujuannya sama ada untuk keseronokan atau mencari upah. Justeru kata beliau, perbuatan tersebut tetap merupakan satu penzinaan yang tidak boleh dimaafkan sebaliknya memerlukan seseorang yang melakukan perbuatan tersebut bertaubat dan menerima hukuman seperti ditetapkan oleh agama Islam. "Pandangan yang mengatakan menjadi pelacur boleh dimaafkan sekiranya dalam keadaan darurat tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana boleh menjejaskan tahap keilmuan dan akidah seseorang. "Perkara yang boleh dimaafkan dan tidak dikira berdosa hanyalah seperti memakan daging bab* ketika ketiadaan makanan lain sehingga boleh membawa mati dengan kadar yang tidak mengenyangkan. "Sebaliknya melacur kerana kesempitan wang tidak boleh diistilahkan sebagai darurat," kata beliau kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas satu soal jawab antara pembaca sebuah akhbar harian bersama Mashitah. Dalam soal jawab yang disiarkan akhbar tersebut, Mashitah telah ditanya oleh seorang pembaca yang mengenalkan dirinya sebagai Razin daripada Kuala Lumpur berkenaan kedudukan wanita yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Mashitah dalam jawapannya berkata kedudukan hukum dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Merujuk kepada persoalan tersebut beliau berkata, mengikut istilah yang dipakai, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. "Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan dan perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. "Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan," katanya. Sehubungan itu, Ustaz Ahmad ketika mengulas lanjut perkara tersebut menasihati Masitah supaya berbincang dengan para mufti sebelum membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai. - mks.
|
SyahPaat
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3445
Posting: 101
Dari: KUALA SELANGOR
|
Posting pada: 30-06-05 22:56
Ana pun berpendapat ia tidak wajar.............sepatutnya kita umat islam perlu bertanyakan hal2 agama dan hukum2 kepada mereke2 yang berilmu. jangan mengambil mudah, kerna syaitan itu ada d mana-mana.
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-07-05 09:32
SyahPaat kata:!!! QUOTE !!! Ana pun berpendapat ia tidak wajar....sepatutnya kita umat islam perlu bertanyakan hal2 agama dan hukum2 kepada mereke2 yang berilmu. itu lah masalahnya SyahPaat. Ustazah lawa tu pun boleh tahan 'ilmu'nya. dia kan student terbaik al-azhar.
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 01-07-05 12:36
lawa?biasalah tu..tapi buat2 lawa agaknya..
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 01-07-05 12:36
Buat apa lawa jika tak kena pada hukum..
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-07-05 15:01
lawa tetap lawa Faryzan. lawa muka tak semestinya lawa akhlak.
|
afiqah_afaf
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.10.2004 Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura
|
Posting pada: 01-07-05 15:14
erm... pelik nya lah dunya sekarang kan...
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 01-07-05 18:49
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 01-07-05 23:26
nauzubillahi min zalik!!!
|
Islamic_prince88
WARGA SETIA Menyertai: 25.05.2004 Ahli No: 9164
Posting: 587
|
Posting pada: 02-07-05 00:49
ini lah yang jadi kalau akal yang diutamakan...... pergh..perempuan pun..macam melacur saja ke cara boleh dapat duit....banyak cara lain,meniaga ke,kutip kayu,barang2 lame ke....hmmmm nauzubillah minzalik,harap2 bende ni tak terjadi pada keluarga kita semua.
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 02-07-05 07:32
Errmmm... Kalau saya nak Ustazah Masyitah tu ok tak? Tak kira laa dia dah ada suami ke tak sebab tengok perempuan lain memang tiada rasa ape2, tengok dia aje yang rasa lain macam.. Agak2 boleh tak sebab dah desperate sangat ni.. Makan tak kenyang, ngorok tak lena, bersiram tak basah2, kegersangan yang keterlaluan... Kira darurat laa tuu kan...?  Let say laa kalau pelacuran tu memang dibenarkan dalam Islam kerna darurat, yang dok langgan pelacur tu kira darurat juga ke? Takkan wujud pelacuran kalau tiada demand... ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-07-05 14:30
bahaya tu MeowHidayah. kena puasa tu.
|
adneen
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan
|
Posting pada: 04-07-05 14:57
Astaghfirullahal'azim.. Soalan ni dah terjwb oleh Senator Siti Zailah baru-baru ini.Menurut beliau, kalau btul2 terdesak smp nak bagi anak makan pun xmampu, apa peranan kerajaan?sepatutnya kerajaan lah kena ambik tindakan menangani masalah2 rakyat yang kesempitan ni.Bukannya 'menghalalkn' dan membiarkan mereka melakukan kerja yang dah ternyata salah..agaknya kalau dari mashitah sendiri tgh darurat, dia nak tak berzina?? dalam al-quran sendiri pun mana ada dihalalkn perbuatan zina dalam keadaan darurat..Kenapa mampu nak jual diri tapi xmampu nak buat keje2 lain..banyak lagi keje2 halal yang blh dibuat atas muka bumi Allah ni..melacur juga yang dinampaknya..
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-07-05 15:02
bagi yang tidak mengenali Senator Siti Zailah, beliau adalah naib ketua DMPP, yang juga merupakan ketua muslimat bagi negeri Kelantan.
|
tentera_berkuda
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan
|
Posting pada: 27-07-05 18:10
dari.marshitah maksud kan lain lah... kita kena dengar penjelasan dari dia dulu sebelum berkat apa-apa. jangan menuduh dia yang bukan2! tak baik... apa pun kena tanya dia sendiri..
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 27-07-05 18:26
Macam -macam dari ini. Tak lama lagi dia nak datang uum. Apa pulak yang dia nak cerita. kasihan kerana nak jaga bos sampai terpaksa buat hukum baru.
|
annajwa
Warga Rasmi Menyertai: 17.07.2005 Ahli No: 17330
Posting: 6
Dari: gombak
|
Posting pada: 27-07-05 19:27
ittaqullaah.. apapun berbaliklah kita pada Alquran dan assunnah..sebab macam yang kita tahu..akhir zaman nanti akan ada 73 golongan.hanya 1 saja yang betul..so pilihla nak jadi golongan mana.. *sabar dan taqwa walaupun tercabar..
|
farabi
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2004 Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya
|
Posting pada: 27-07-05 20:47
assalamualaikum... betul tu.. sedangkan zaman sahabat dulu pun walau susah macam mana pun banyak lagi kerja lain yang halal nak buat betul tak???
|
permata_hatiku
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 27-07-05 21:17
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-07-05 21:37
penerangan dia lain dari yang dulu. ps: lain kali terang betul2.
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 28-07-05 00:00
bila nila jatuh kesusu rosaklah irama musnahlah lagu
|
sufi_unic
Warga Rasmi Menyertai: 11.03.2005 Ahli No: 15045
Posting: 5
Dari: sufi_unic
|
Posting pada: 28-07-05 00:41
Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai ilmu agama, Datuk Mashitah memang telah lari jauh dari al-quran dan as-sunnah....Datuk Haron Din telah menjelaskan 4 perkara yang boleh dilakukan waktu darurat iaitu pertama berkaitan dengan keimanan dan tiga lagi adalah berkaitan dengan makanan.... Keimanan adalah dimana jika seseorang itu diugut bunuh maka dia boleh melafazkan seperti kehendak musuh.Tapi bagi yang kuat iman, dia akan berserah kepada Allah S.W.T. Bagi makanan pula, jika memang dah tiada makanan yang halal untuk dimakan maka dibolehkan untuk memakan makanan yang sebelum ini diharamkan iaitu bangkai, darah dan daging khinzir. Maka di sini telah jelas tiada satu ayat pun dalam al-quran yang menghalalkan zina....sedangkan dalam al-quran sendiri menyatakan 'janganlah kamu menghampiri zina.....' Oleh itu, sama-samalah kita memperdalamkan lagi ilmu agama agar tidak tersalah tafsir..... Wallahualam....
|
my_masjid
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.06.2003 Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman
|
Posting pada: 28-07-05 00:41
Silap tajuk ini...tajuk yang sepatutnya 'Melacur dibolehkan kerana darurat hujah sesat'.Tajuk yang salah boleh mengelirukan ahli yang lain.
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 07-08-05 03:37
Pada 30-06-05 03:34 , alea13 posting:!!! QUOTE !!! tak perlu rasa pelik.. zmn ni sesiapa pun bebas menyatakan 'pendapat' tentang Islam & mengeluarkan 'fatwa' w/pun tanpa kelayakan yang sah..
ana baru baca pendapat ganjil tentang isu ni, daripada seorang yang agak 'dihormati' (w/pun tiada authority untuk bercakap dalam soal agama).. & mempunyai pengikut (who's willing to defend him, agaknya lah) juga di laman ukhwah..
Assalamualaikum... entah lah... wasalam.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-08-05 03:51
Jawapan Fiqih ialah ibu tunggal itu hendaklah di hukum dengan hukuman berat sekali termasuk rejam sampai mati. Ini kerana Islam menolak terpaksa dalam pelacuran kecuali perempuan yang dipaksa melacur dalam keadaan nyawanya diancam. teruskan membaca .... --- In [email protected], faris irfan wrote: > Anda musykil, dari Mashitah jawab > > > > Jangan mudah hukum orang > > Saya memberi jawapan dengan merujuk pada istilah > > yang Razin guna, iaitu terpaksa. > > Soal jawab di sini berkisar mengenai wanita yang > > terlanjur melakukan dosa melacur, dia melakukannya > > pula dalam keadaan terpaksa, ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply Sinopsis: Soalan asal: Seorang pembaca Metro Ahad menulis kepada YB dari mengenai kisah2 yang dibaca dalam majallah berkisah mengenai ibu2 tunggal yang malang yang mana ada segelintir yang 'terpaksa' melacurkan diri untuk membesarkan anak2 dan juga mengeluarkan zakat fitrahnya. Ulasan aa: Majalah bacaan umum/hiburan begitu banyak sekali dilambak dalam pasaran niscaya ada Ruangan soaljawab agama,kaunseling, persoalan kehidupan atau semisalnya. Maka memang ada soalan2 yang sedemikian. Isu yang paling popular ialah masalah putus cinta, diperkosa, sumbang mahram dan pelacuran. Kekadang mungkin masalah itu direka oleh majallah itu.. kita pun tak pasti. Sdr 'Razin' apabila terbaca kisah2 ibu tunggal melacurkan diri kerana 'terpaksa' itu merasa terpanggil dan mahu mendengar pandangan YB dari kerana kebetulan mengendalikan ruangan soaljawab agama di Metro Ahad sebelum menjadi YB lagi... Jawapan simpel YB dari telah mencetuskan kekecohan besar dan barulah kini beliau tampil menjelaskan semula. Kekeliruan ini berpunca dari YB dari tersilap dalam memahami kalimah 'terpaksa' secara umum. Misalnya Ammar bin Yasser yang terpaksa mengucap kalimah kufur kerana menyelamatkan nyawanya. seseorang memakan bab* kerana terpaksa akibat kebuluran. Seseorang yang terpaksa meminum khamar kerana diancam bunuh. Adapun segelintir ibu tunggal terpaksa melacurkan diri kerana kesempitan hidup dan ditinggalkan oleh suami BUKANLAH maksud dalam terminologi 'terpaksa'. Kerana ini membuktikan industri pelacuran memang ujud dengan meluas di Malaysia, maka terpaksa itu bukanlah menjadi alternatif terpaksa kerana Malaysia terkenal dengan negara yang menyediakan pekerjaan halal yang meluas dan kadar unemployment yang masih rendah. contoh lain: seseorang terpaksa meminjam via ceti along. Ini juga bukan alasan kerana meluasnya rangkaian perbankan dan pajakgadai Islam di Malaysia. contoh lain: seseorang terpaksa melabur dalam skim haram. Ini juga bukan alasan terpaksa kerana skim pelaburan halal begitu luas.. contoh lain: seseorang terpaksa menyanyi di pub dan cabaret kerana kesempitan hidup juga bukan alasan terpaksa Kecuali soalan itu berbunyi: saya seorang ibu tunggal yang telah terjebak dalam industri pelacuran kerana terpaksa, tapi sekarang saya telah insaf, maka apa yang harus saya lakukan duhai Puan YB? Ini adalah soalan kaunseling. approachnya ialah Taubat. Jika soalan asal Razin, apa kesudahan dengan segelintir ibutunggal yang terpaksa melacur kerana membesarkan anak2 dan berzakat?? Ini adalah jawapan Fiqih bukan kaunseling. Jawapan Fiqih ialah ibu tunggal itu hendaklah di hukum dengan hukuman berat sekali termasuk rejam sampai mati. Ini kerana Islam menolak terpaksa dalam pelacuran kecuali perempuan yang dipaksa melacur dalam keadaan nyawanya diancam. sekian aa
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 07-08-05 03:51
 . Entah lepas ni berapa banyak lagi fatwa yang terang lagi bersulu bercanggah dengan ajaran Islam akan disebarkan. Tapi, sebab fahaman sesat ni datang daripada orang kuat kerajaan, maka ianya menjadi fahaman sesat yang 'dihalalkan'. Beliau, selaku orang yang berpengaruh dalam menyebarkan ilmu tak seharusnya timbulkan kekeliruan dan halalkan perzinaan. Tentu sahaja semua kata2nya akan dijadikan rujukan kerana sebelum ni sememangnya beliau menjadi antara rujukan masyarakat dalam menjawab pelbagai kemusykilan agama. Inilah.. Amanah yang telah dikhianati. Apa nak jawab dengan Allah nanti? Kebanyakan pemimpin2 hari ni tak pernah tahu yang mereka berada dalam keadaan istidraj. Owh yeah, wajarlah pun. Tanda2 kiamat hampir tiba. Nauzubillah. May Allah shower us with His forgiveness and love. Aameen..
|
uzair
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.01.2005 Ahli No: 13578
Posting: 33
Dari: malaysia
|
Posting pada: 09-08-05 04:44
assalaamualaikum umimq saya minta saudara pergi laa belajr byl sikit boleh saya lihat banyak tulisa awak keliru dan merbahay sial fahami betul fikh islam dan kauselin tu apa dan kalm itu APA jangan MUDAH 2 saja NAK BEZA TERPAKKSA DAN DARURAT INI apa JADA KAMU BERKAT BEGITU saya AGAK TERASA LAA DRV PADA jawapan DAN PANDANGAN awak NIEEE TOLG PIKI ELOOK 2 OK BAB HUKUM TETAP HUKUM jangan NAKJ MAIN2 OK BROTHHER
|