Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 154
Ahli: 0
Jumlah: 154




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Mutiara Imam al-Ghazali


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Mutiara Imam al-Ghazali

Please Mendaftar To Post


Oleh Mutiara Imam al-Ghazali

alhafiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.08.2003
Ahli No: 3038
Posting: 48
Dari: pondok usang

columbia  


posticon Posting pada: 28-05-05 19:08


wrb!

Didoakan agar semua netters berada dlm petunjuk dan
'inayahNya selalu.Berikut adalah kata-kata seorang
ahli hikmat yang ana petik dari Mau'izatul Mukminin,
karya Imam al-Ghazali.Moga sama-sama kita
menelitinya...

"Jika kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka
ikutilah petunjuk-petunjuk ini;

(1) Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dgn wajah yg
menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh
kesopanan dan ketenangan.Jangan sekali-kali kamu
menampakkan sikap angkuh, sombong dan merasa tinggi
diri . Rendahkanlah dirimu tapi bukan krn perasaan
kurang harga diri. Dalam segala hal letakkan menurut
ukuran yg pertengahan, sebab sesuatu yg berlebihan
dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan
tercela.

(2) Jgn gemar melihat dikedua sampingmu, kanan atau
kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana.Jangan
pula terlampau tajam memandang orang lain.Jikalau
engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana
orang yg tidak tenang duduknya dan spt orang yg hendak
melompat-lompat shj.

(3) Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak
tenang , kata-katamu selalu teratur dan tertib..
Dengarlah hati-hati percakapan orang yg ada di mukamu,
tanpa menunjukkan kehairanan yg amat sangat.Jgn pula
engkau biasa meminta orang lain mengulangi
perbicaraannya.Jikalau ada hal-hal yg mertertawakan,
maka diamlah sedapat mungkin.

(4) Jgnlah dalam bercakap-cakap itu engkau
membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu,
rambutmu,karangan-karanganmu atau apa shj yang engkau
anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau
keluargamu.

(5) Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah
kesopanan.Jagalah jgn engkau di anggap manusia yg
bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama lawanmu.
Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak
hujah atau bantahanmu. Jangan sekali-kali berisyarat
dgn menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke
belakang.Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan

setelah reda marahmu ucapkanlah isi hatimu dgn baik.

Wallahu a'lam


Bookmark and Share

    


  Member Information For alhafizProfil   Hantar PM kepada alhafiz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.186636 saat. Lajunya....